Part 14
Wendy sampai dihadapan rumah Sehun. Dia menekan loceng beberapa kali. Cuma Sehun sahaja yang dia kenal yang boleh menyimpan rahsia.
Tak menunggu lama, Sehun membuka pintu. Terkejut dia saat melihat Wendy berada diluar sana.
"Wen?"
"Sehun.."
Jantung Sehun berdebar kencang. Baru kali ini, Wendy memanggilnya dengan nama sebenar dan bukannya panggilan ketua.
"Boleh pinjamkan saya bahu awak?" soal Wendy, sayu. Sehun mengangguk.
Serta-merta Wendy memeluk Sehun dan menangis. Sehun membalas pelukannya dan mengusap belakang Wendy. Dia tersenyum kecil.
Sehun membawa Wendy masuk ke dalam rumah. Mereka duduk bersebelahan diatas sofa sekarang. Gadis itu sudah berhenti dari menangis.
"Wen.." panggil Sehun lagi. Wendy tidak menjawab, tapi dia mendengar.
"Kalau awak ada masalah, boleh cerita pada saya.." ujar Sehun. Wendy menunduk.
"Awak percaya pada zing tak?"
Zing, cinta pandang pertama. Ia merupakan satu perasaan yang istimewa buat para vampire. Waktu kecil dulu, Sehun pernah mendengar kisah-kisah zing daripada ibu bapanya. Vampire akan jatuh cinta sekali seumur hidup sahaja.
Zing akan terjadi bila mereka menemui pasangan sejati. Apabila terjadinya zing, mereka akan dipastikan bakal hidup bersama selamanya. Happily ever after. Tapi seumur hidupnya, dia belum pernah zing dengan sesiapa lagi.
"Kenapa?"
"Saya rasa.. saya dah pun zing dengan seseorang."
Wendy sedih. Dia sendiri percaya dengan zing tapi kenapa dia sedih pula?
Sehun terdiam.
"Saya dah cintakan lelaki yang baru je saya kenal.. Is it possible?" soal Wendy, menatap Sehun sekarang.
Anak mata Sehun bergetar. Ada sesuatu dimata Wendy yang buatkan Sehun tak betah memandangnya.
"Tak.. Tak mustahil." jawabnya.
"Kenapa.. Kenapa perlu dia? Kenapa.."
Wendy baru sedar, selama 500 tahun hidup sebagai vampire, baru kali ini dia menangisi sesuatu yang tidak penting.
Dan ianya tentang cinta.
...
Juyeon pulang ke rumah dengan perasaan puas. Dia berjaya menyingkirkan halangannya. Perbualan bersama ibu bapanya semalam kembali menerjah fikirannya.
"Kamu yakin Chanyeol betul-betul kaya?" soal ayah Juyeon, iaitu Encik Yoon.
Juyeon mengangguk.
"Tapikan appa. Ada benda pelik lah." sahutnya.
"Apa?"
Kedua ibu bapanya mulai tertarik.
"Dia simpan gambar pembantu dia dekat sekeliling rumah. Bila Yeon tanya, dia jawab macam tak ada apa. Macam benda tu biasa je."
"Mwo? Dia gila ke?! Mana ada lelaki simpan gambar perempuan dalam rumah kecuali perempuan tu kekasih atau isteri dia!" marah Encik Yoon.
"Kamu kena bertindak cepat, Juyeon! Jangan lepaskan Chanyeol!"
"Gwenchana omma, appa. Yeon dah suruh dia buang gambar perempuan tu dan dia ikut je cakap Yeon tau? Chanyeol tu dah cinta gila-gila dekat Yeon agaknya."
Satu keluarga itu ketawa jahat. Padahal dulu, mereka juga yang menghina Chanyeol kerana hidup dalam kemiskinan. Mereka mencemuh dia. Tapi sekarang, mereka yang tergila-gila akan kekayaan Chanyeol.
"Kamu kena pastikan Chanyeol menikah dengan kamu! Omma tak akan biar peluang ni terlepas lagi! Ini masanya untuk kita ubah hidup kita!"
"Betul tu! Oh ya nanti Juyeon suruh Chanyeol hantarkan duit untuk appa boleh? Appa ingat nak pergi kolam air panas lah.."
"Appa.. nanti dia ingat kita nak kikis duit dia pulak.."
"Cakap jelah appa nak pergi hospital buat check-up. Pandai-pandailah menipu dia.."
"Juyeon-ah, dah balik?" soal Puan Yoon. Juyeon menjawab. Dia duduk disebelah ibunya yang sedang menonton televisyen.
"Dah. Penatlah omma." katanya lantas merebahkan kepalanya keatas paha Puan Yoon.
"Anak omma yang cantik ni penat kenapa?"
"Yeon baru halau perempuan tu dari rumah," jawabnya. Mata Puan Yoon bersinar-sinar sekarang.
"Iya?! Baguslah tu! Bagus anakku!"
Juyeon tersenyum.
"Sikit lagi hidup kita nak berubah, Yeon. Omma dah penat nak bagi makan dekat lalat-lalat tu. Menyusahkan hidup je! Penat aku nak berpura-pura."
Lalat-lalat yang dimaksudkan adalah orang-orang jalanan yang sentiasa datang meminta makanan dengan mereka. Orang gelandangan.
Keluarga Yoon selama ini cuma berselindung disebalik ketamakkan mereka. Mereka tak pernah ikhlas pun membantu. Bahkan sebenarnya, separuh wang bantuan yang diterima itu mereka ambil dalam diam.
Mereka memang syaitan yang bertopeng malaikat.
...
Chanyeol mengambil semula gambar-gambar Wendy yang dia buang semalam. Dia mengelap bingkai gambar yang terkena kotoran itu.
Gambar-gambar itu dibawa masuk ke dalam biliknya. Lantas ianya diletakkan diatas rak bersebelahan katilnya.
Chanyeol menilik gambar-gambar tersebut sambil tersenyum. Kesemua gambar tersebut adalah sebahagian memori Wendy sepanjang dia hidup.
Ada dari era 50-an dan sebelum-sebelumnya. Chanyeol memerhati tarikh yang ditulis pada hujung gambar. Semuanya tepat pada 27 November. Mungkin tarikh itu tarikh istimewa buat Wendy.
Bila difikirkan lagi, itu tarikh hari jadinya juga.
Adakah 27 November merupakan tarikh hari jadi Wendy juga? Kalau betul, ini memang kebetulan yang menarik.
Chanyeol rasa tertarik untuk menyiasat. Mungkin ada sesuatu didalam rumah ini yang boleh menjawab.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro