Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10

Kyungsoo meregangkan ototnya. Dia melompat-lompat sambil melibas kain sambil diperhatikan oleh Chanyeol.

"Bukak baju kau!" arah kyungsoo.

Chanyeol terkejut. Dia menutup badannya kerana takut dinodai. Dengan pantas Kyungsoo melempang kepala Chanyeol kerana berfikir yang bukan-bukan.

"Kau tu nak mandi bodoh! Bukak baju cepat!" marahnya.

Chanyeol baru sedar yang dia berada ditempat mandi awam tapi sekarang ini tidak ada orang pun. Memanglah sebab mereka masih berada didalam spa.

Chanyeol membuka baju sehinggalah tinggal seluar dalam sahaja. Dia berdiri sambil berkepit kerana malu dengan Kyungsoo. Kyungsoo menayangkan wajah jijik. Kalau bukan sebab Wendy, dia tak mahu pun tolong si Chanyeol ni.

Badan berdaki!

Chanyeol dipaksa duduk diatas kerusi sementara Kyungsoo mengambil dayung. Tiba-tiba, Kyungsoo melibas air panas keatas badan Chanyeol.

"YAHHHH!! KAU NAK BUNUH AKU KE?!!"

"SHIKKEUREO!!!!" (Diam!)

Kyungsoo memandikan Chanyeol tapi lebih kepada penyeksaan. Badan Chanyeol digosok untuk membuang daki lelaki itu sehinggakan kulitnya merah. Kepala Chanyeol dipukul lagi.

"Kau ni tak pernah mandi ke?!"

"Mandilah! Yang kau ni melebih kenapa?!"

Chanyeol dipukul untuk kali ketiga.

"Kalau bukan sebab Wendy, tak ingin aku buat ni. Aku pemilik tempat ni kau tahu tak?" Kyungsoo mengadu kepadanya.

Chanyeol merenung kolam air panas tersebut. Membiarkan Kyungsoo melakukan kerja. Selepas tubuhnya dimandikan, Kyungsoo menyerahkan bathrobe kepadanya.

Mereka bergerak ke bilik seterusnya. Disini, Chanyeol akan diurut terlebih dahulu. Sekali lagi, Kyungsoo yang akan menguruskannya.

Chanyeol ditolak berbaring diatas katil sementara Kyungsoo mengambil minyak untuk mengurut. Pengawal memegang kedua belah tangan Chanyeol dan menolak kepala lelaki itu masuk ke dalam lubang dihujung katil.

"Wei jangan rogol aku! Tolonglah!!" rayu Chanyeol.

Dia datang bukan untuk serahkan tubuh dia. Chanyeol menangis.

Kyungsoo yang terlalu jengkel dengan Chanyeol terus melibas kain ke kepala lelaki itu.

"Aishh diamlah!" marahnya. Dia pula mengurut belakang badan Chanyeol dengan kasar tapi menyenangkan.

Kaki Chanyeol dilipat sehingga membuatkan Chanyeol menjerit meminta tolong.

Wendy yang berada diluar sana terkejut. Dia tidak jadi untuk menikmati teh lemonnya.

"Diorang tak apa-apa ke tu?" tanya Wendy kepada pembantu yang menyediakan teh buatnya itu. Wanita itu mengangguk sambil tersenyum. Dia menolong memasangkan airpod pada telinga Wendy.

Wendy menjongket bahu dan kembali menonton movie.

Sebaik sahaja diurut, Chanyeol yang sudah pun lemah dianggap ke bilik salon. Rambutnya akan didandan disini.

Kyungsoo membelek kepala Chanyeol ke kiri dan kanan. Selepas memutuskan gaya rambut yang sesuai, dia mengangguk-angguk.

Gunting diambil. Rambut Chanyeol mulai dipotong dengan rapi. Lelaki itu pula nampaknya sudah tertidur. Penat kena urut agaknya.

Kerusi Chanyeol ditarik ke tempat membasuh kepala pula. Selepas siap, dia dialih lagi ke depan cermin. Kyungsoo mewarnakan rambut Chanyeol dengan warna coklat. Lama menunggu, rambutnya dibasuh. Dia kembali ke depan cermin untuk mengeringkan rambut Chanyeol.

Kyungsoo menyisir rambut Chanyeol supaya ianya tidak berantakan. Selepas siap dan berpuas hati, Kyungsoo menampar pipi Chanyeol untuk membangunkan pelanggannya itu.

"Ahhh--Appo!!" raung Chanyeol.
"Kau kejutkan aku atau nak lepas geram?!"

"Dua-dua." jawab Kyungsoo, selamba.

Dia menarik leher Chanyeol masuk ke dalam bilik persalinan. Disana, terdapat begitu banyak baju kemeja untuk golongan CEO dan seangkatan dengannya. Golongan atasan.

Chanyeol melongo. Barang-barang kemas lelaki juga ada disediakan disana.

"Woah. Rolex." ujar Chanyeol, kagum.

"Pakaikan dia baju ni," arah Kyungsoo kepada pembantunya. Mereka mengangguk faham.

Chanyeol diseret masuk ke dalam bilik persalinan. Selesai memakai baju, Chanyeol mulai keluar dengan langkah sombong. Dia dipukul dikepala lagi.

"Belum siap, tak guna." kata Kyungsoo dan mula memilih jam tangan buat Chanyeol.

Tangan lelaki itu ditarik dan dipakaikan salah satu jam tangan Rolex yang nilainya boleh menanggung kehidupan Chanyeol. Rasa dihina pula.

"Siap jugak akhirnya." kata Kyungsoo, puas hati dan tersenyum.

Pintu diseberang terbuka. Chanyeol dan Kyungsoo boleh nampak dengan jelas Wendy yang sedang menikmati teh kaku kerana mereka.

Wendy terbangun. Dia terkejut melihat perubahan pada Chanyeol.


Chanyeol mula berlagak sombong. Dia merenung Kyungsoo disebelahnya yang bersedia untuk memukulnya. Chanyeol terus menjauhkan diri daripada Kyungsoo dan meminta maaf kepadanya.

"Kyungsoo, eotteokhae?" soal Wendy, kagum.

"Tangan aku masih berbisa." Kyungsoo memuji dirinya sendiri. Wendy bersetuju.

"Nampaknya, awak akan berjaya Chanyeol."

"Betul?"

Wendy mengangguk.

"Terima kasih Kyungsoo. Saya dah bayar dah tadi."

"Ehh tak payah. Saya belanja je yang ni."

"Tak susahkan awak ke Kyungsoo? Sejuta bukannya sikit Kyungsoo."

Sejuta Won maksud Wendy.
Chanyeol terbatuk. Semua yang dia buat tadi berharga sejuta?

"Tak apa. Saya tak terima duit selain daripada pelanggan saya. Saya hias orang lain, bukan awak."

Kyungsoo jelas-jelas menyindir Chanyeol yang sudah pasti tak mampu membayarnya. Kejap. Kalau Wendy dah bayar, maknanya Wendy dah habiskan sejuta untuk dia untuk hari ni je?

Perempuan ni ada harta karun ke apa?!

"Baiklah. Awak memang baik Kyungsoo."

"Haha. Memang pun." Kyungsoo angkat bakul sendiri.

Wendy mengalihkan perhatiannya pada Chanyeol.

"Kita pergi makan sama-sama nak? Kyungsoo restoran awak buka lagi kan masa ni?"

"Haah. Buka. Jomlah?"

"Ah chankanman! Wendyyy. Aku sakit perutt.. Kita balik lah?" Chanyeol memeluk lengan Wendy dan menyandarkan kepalanya pada bahu gadis itu. Wendy terkejut.

"Tapi.."

"Ahhh. Wendiii.."

Wendy merenung Kyungsoo. Lelaki itu memberi isyarat menyuruh mereka pulang sahaja. Dia terus menunduk hormat dan membawa Chanyeol pulang.

"Kita makan lain kali, Kyungsoo!"

Chanyeol menghembus nafas lega. Tak sanggup dia menghabiskan masa dengan lelaki menakutkan itu. Cukuplah untuk hari ini.

Sampai didalam kereta, Chanyeol terus masuk dan duduk ditempat penumpang. Dia mengurut dadanya. Lega.

"Okey! Jom balik!" teriak Wendy.

Chanyeol menoleh. Dia mengerutkan dahinya.

"Apa balik? Bukan nak jumpa Juyeon?"

"Chanyeol. Ni kan dah malam. Tak elok pergi rumah orang lewat macam ni,"

"Jadi aku bazirkan masa dekat dalam sana, pakai cantik-cantik, cuma untuk balik rumah?"

Wendy ketawa.

"Apa salahnya kan? Dah kita pergi esok je. Saya mengantuk ni."

Wendy terus memandu keluar. Sementara Chanyeol ternganga.

"AISHHHHH!!!!!"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro