Part 1
"Tak apa, Wendy. Pembedahan ni sekejap je. Semua akan okay,"
"Err, doktor. Saya bukan Wendy?"
"Saya tahu. Sayalah Wendy tu,"
"Hah?!"
Pesakit diberikan ubat bius. Dia kelihatan cemas.
"Kejap doktor! Kejap nurse! Saya tak nak kena bedah dengan doktor ni!!!"
Jeritannya menghilang setelah ubat bius yang diberikan berkesan. Wendy tersenyum puas. Mereka mulai memeriksa keadaan pesakit melalui monitor terlebih dahulu.
"Bacaan vital normal. Peratus HB normal. Tekanan darah normal. Peratus oksigen normal. Semuanya normal, doktor. Doktor je yang tak normal,"
Wendy mengangguk. Dia bertenang terlebih dahulu. Tangannya dihulurkan pada jururawat.
"Apa doktor?"
Wendy merenung jururawat tersebut. Dia nampak buntu.
"Kita patut buat apa dulu?"
Dang!
...
Wendy berdiri dihadapan ketua jabatannya sambil memegang tangannya seolah-olah seorang pesalah. Memang dia bersalah. Bersalah sebab menghentikan pembedahan buat seketika dan memaksa doktor lain untuk meneruskannya sedangkan pembedahan itu adalah miliknya.
Doktor Oh Sehun, ketua jabatan merenung Wendy dengan wajah yang pasrah. Ini kali ke-10 dalam minggu ini sahaja Wendy dipanggil ke pejabatnya. Kalau ada yang tak berpuas hati, mungkin dia sudah dilaporkan ke jabatan etika.
"Berapa kali awak nak singgah sini, hah? Awak ingat pejabat saya ni kawasan RnR awak ke?!" jerkah Sehun.
Wendy terhinjut. Terkejut dengan jerkahan tersebut. Dia menggeleng.
"Habistu?! Belajar 500 tahun masih tak reti lagi nak jadi doktor?! Awak ni vampire ke bengap?!" marahnya. Wendy menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tak, doktor. Sebelum saya mati dulu, saya ni pelajar terpintar dekat Canada. Pernah memang anugerah Oh Bama lagi. Gred saya 3.98. Saya pun pandai matematik---"
"Habistu?!!"
"Lepas mati, otak saya pun dibawa pergi jugak. Hilang." sambungnya.
Sehun menghentak mejanya kerana geram. Silap hari bulan, Wendy boleh mati sekali lagi.
"Menjawab!"
"Tadi doktor tanya--"
"Aku tak suruh pun jawab!"
"Kalau tak jawab nanti kurang ajar,"
"Siapa yang suruh kau bercakap ni hah?!"
Wendy akhirnya diam. Dia menunjukkan seolah-olah sedang menutup mulutnya dengan zip. Sehun menggelengkan kepalanya.
"Kamu ambil cuti jelah, Wendy." arah Sehun, mengalah sudah.
Dia kembali duduk diatas kerusi lantas menulis sesuatu. Wendy mendekati mejanya.
"Tapi doktor, saya mana pernah ambil cuti. Kalau pesakit cari--"
"Tak ada pesakit nak cari kau. Diorang lari adalah,"
Yelah, kau bayangkan tengah sakit-sakit tiba-tiba ada doktor menjerit takut tengok darah.
Masa nak suntik jarum, doktor tersilap cucuk dekat tangan sendiri.
Masa nak membedah, doktor tak tahu nak guna alatan yang mana satu.
Siapa yang nak doktor macam ni?
"Kau cuti je sebulan dua. Tak ada orang perasan pun," sambung Sehun lagi. Surat cuti yang disertakan dengan tanda tangannya itu diberikan kepada Wendy.
Gadis itu merenung lama surat tersebut.
"Rehat dan cuba selami balik apa yang kau belajar selama ni. Kita vampire diberi kelebihan Wen. Tak ada kekurangan. Cubalah belajar betul-betul," kata Sehun.
Wendy mengambil surat tersebut dengan hati yang tak rela.
Dia keluar dari pejabat Sehun dengan lemah.
Seluruh hospital diperhatikannya. Bauan darah tidak menjadi masalah baginya lagi. Cuma kadang-kadang dia terkejut sebab ternampak luka pesakit je. Bukannya dia takut darah. Dia geli je.
Manusia-manusia disekelilingnya itu langsung tidak perasan akan kewujudan sebenar mereka. Diabad ke-22 ini, vampire sudah pun berani untuk bekerja sebumbung dengan manusia.
Yang pasti, identiti mereka masih rahsia kerana semaju apa-apa sesuatu kaum itu, mereka tetap akan kekal dengan idiologi kolot mereka tentang makhluk bermitos seperti vampire mahupun serigala jadian.
Wendy pulang ke kawasan perumahannya. Dia menendang batu-batu kecil sepanjang perjalanan.
Tekaknya yang terasa dahaga disentuh. Pulang dari hospital tadi, dia lupa untuk ambil minumannya.
Matanya melilau mencari sesuatu. Seekor kucing jalanan yang sedang menjilat bulu diatas tong sampah dipandang.
Kucing itu bagaikan perasan dirinya diperhatikan. Dia turut sama merenung Wendy yang sedang tersengih-sengih seperti orang dungu.
Kucing itu melarikan diri sehingga masuk ke halaman rumah orang sembarangan. Wendy mengejarnya dengan terbang.
Dia menangkap kucing tersebut dengan pantas. Lehernya dipatahkan.
"Sorry," ujarnya.
Gigi taringnya keluar.
Darah kucing tersebut mulai dihisap dengan rakus.
Tiba-tiba, bunyi siren polis kedengaran disekitarnya.
"Pencuri!! Berhenti!!" jeritan polis mengganggu Wendy yang sedang menikmati makan malamnya. Wendy cuba untuk melihat apa yang sedang berlaku disebalik tembok.
Tak semena-mena, Wendy ditolak oleh seseorang yang sedang memanjat tembok. Keduanya jatuh ke tanah sehingga barang-barang mereka terlepas dari tangan.
Pencuri tersebut menimpa badan Wendy.
"Senyap kalau kau nak hidup!" ugutnya.
Hei, pencuri. Bukan aku yang patut risau dengan kau, sepatutnya engkau yang patut takut dengan aku.
to be continued
Park Chanyeol
- The handsome thief
"Kau ni comel jugak bila aku perhati."
Son Wendy
- The fool vampire
"Baru tahu ke yang saya ni comel? Ehek!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro