Final Chapter
Happy reading✌
Sehun bersiap siap untuk ke airport. Hari ini dia ada jadual penerbangan awal. Sejun pula dari semalam tidak pulang. Entah kemana dia pergi. Hayoung menolong Sehun meletakkan baju² di dalam bagasi. Sehun akan ke Dubai selama 3 hari.
"Biy. Tiga hari tu lama sangatlah" Hayoung merengek.
"Tiga hari je pun. Sayang macam tak biasa pula" Sehun mengambil bagasinya dari Hayoung.
"Dulu Sejun temankan sayang tapi sekarang muka handsome dia pun susah nak tengok" Sehun meletakkan bagasinya di dalam kereta. Kedua tangan Hayoung dipegang.
"Kejap lagi dia baliklah tu. Mana tahu dia tengah dating dengan Yeri" Sehun mencium dahi Hayoung.
"Tak kanlah dating 24 jam" Hayoung membetulkan tali leher Sehun.
"Nanti dia baliklah tu. Ok lah kalau macam tu, saya pergi dulu. Lewat pula sampai di airport nanti" Sehun mencium bibir Hayoung dan melangkah masuk ke dalam kereta.
Setelah Sehun pergi, Hayoung menutup semula pagar tetapi belum sempat dia menekan butang, kereta Sejun kelihatan. Sejun keluar dari kereta Audi miliknya. Terkejut Hayoung dibuatnya melihat muka Sejun yang lebam sana sini. Darah juga masih segar di muka Sejun. Hayoung terus berlari mendapatkan anaknya itu.
"Kenapa dengan muka kamu Sejun? Jangan cakap dengan ibu Sejun bergaduh dengan orang. Ataupun Sejun macam appa"
"Appa yang bagi Sejun jawatan ketua gangster tu. Sejun ambil jelah. Seronok ape pukul orang" Hayoung menumbuk perut Sejun.
"Aduh! Sakitlah bu" Sejun memegang perutnya.
"Biar sakit. Itulah, lain kali jangan ikut cakap appa tu. Jun tahu tak, ibu hampir kehilangan appa dulu sebab appa ketua gangster. Appa hampir mati" Hayoung menangis. Dia menutup pagar dan masuk ke dalam rumahnya. Sejun mengikut dari belakang.
"Ibu. Jun minta maaf. Jun janji, Jun akan jaga diri dengan baik. Dah lama Jun impikan untuk jadi seorang ketua gangster. Ibu janganlah risau"
"Baiklah. Ibu izinkan. Tapi kalau jadi apa² pada Jun, appa Jun yang bersalah"
"Terima kasih bu. Saaa.....yaang ibu!" Sejun memeluk ibunya.
"Ibu. Kalau Jun minta something boleh?" tanya Sejun.
"Kalau untuk anak ibu ni, apa apa pun boleh. Cakap je apa Sejun nak" Hayoung suka manjakan Sejun sejak Sejun kecil.
"Tolong letakkan ubat pada muka Sejun boleh? Ibu kan doktor"
"Itu dulu. Sekarang ibu bukan doktor. Ibu cuma suri rumah. Kenapa tak suruh Yeri ubatkan" muka Sejun berubah secara tiba tiba.
"Kalau ibu nak tahu, disebabkan perempuan tulah, Jun kena pukul macam ni. Kalau ikutkan hati tadi, Jun nak je bunuh lelaki tu tapi Jun taklah sekejam tu"
"Ibu tak fahamlah Jun"
"Sebenarnya, masa Jun temankan Yeri shopping, ada seorang lelaki datang dan mengaku dia teman lelaki Yeri. Dia siap cium Yeri lagi depan Jun. Jadi, Jun pukul lah dia. Dari situ, terjadilah pergaduhan antara kami berdua. Yang paling Jun sakit hati, Yeri boleh pula sebelahkan lelaki tu. Habis selama ni dia anggap Jun ni apa. Patung? Lelaki simpanannya? Ibu tahu tak, masa Jun overseas dulu. Jun nak sangat balik cepat sebab nak jumpa Yeri tapi bila Jun balik sini, ini yang Jun yang dapat. Jun tak layak ke bu untuk perempuan secantik Yeri tu" Hayoung memeluk anak lelakinya. Tak sangka anak lelakinya dipermainkan.
"Its ok baby. Bunga bukan sekuntum. Ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih cantik dari Yeri. Ibu percaya Jun akan dapat perempuan yang lagi cantik dan jauh lebih baik dari Yeri. Jun boleh anggap semua ni sebagai latihan untuk mengenali perempuan" Hayoung memberi nasihat kepada Sejun. Dia tahu bukan senang nak ubatkan hati lelaki yang sedang terluka.
"Ibu. Jun rasa hati Jun dah tertutup untuk semua perempuan. Mulai hari ini Jun tidak akan jatuh hati dengan mana mana perempuan"
"Termasuk dengan ibu?"
"Tak lah. Ibu special. Ibu akan selalu ada di hati Jun. Tiada siapa boleh ganti tempat ibu"
"Aww...so sweet. Jom. Ibu tolong bersihkan luka Jun. Kesian anak ibu. Sampai hati dia buat anak ibu macam ni. Tapi anak ibu tetap handsome"
"Ibu cantik dan appa handsome. Tak kan anak tak handsome"
"Yelah tu" Hayoung membersihkan luka pada muka Sejun.
"Kalau Jun nak, anak uncle Suho dengan aunty Chorong cantik juga. Dia pandai masak. Jun tak nak cuba"
"Ibu!!" Hayoung ketawa.
...
Sehun akan pulang dari Dubai pada pukul 8 pagi. Hayoung dan Sejun bercadang untuk menjemput Sehun di airport. Awal awal lagi Hayoung dah bangun dan bersiap siap. Dia tak sabar nak berjumpa dengan Sehun.
"Jun bangun cepat. Nanti kita lambat sampai airport"
"Apa ni bu, ganggu Jun tidur. Sekarang awal lagilah bu. Jun nak tidur. Kejap lagi Jun ada kerja"
"Kerja? Kerja apa? Kerja pukul orang. Sudah sudahlah tu Jun. Sekarang ni ibu tak nak tahu. Ibu nak Jun bersiap siap ikut ibu pergi airport. Kita jemput appa sama sama. Cepat!"
"Kenapa kita perlu jemput pula. Bukannya appa tak tahu jalan balik rumah"
"Oh Sejun!!"
"Yelah yelah. Ibu ni kan, kalau suami kesayangan balik, bukan main seronok lagi"
"Mestilah. Appa kan suami ibu. Ok lah. Ibu tunggu di bawah. Cepat sikit"
15 minit kemudian, Sejun turun ke bawah dengan berpakaian kemas seperti idol. Tidak lupa juga kaca mata hitamnya. Hayoung tersenyum melihat anaknya. Wajah Sejun tak ubah seperti Sehun.
"Kenapa ibu senyum?" tanya Sejun.
"Ibu teringatkan noona Jun. Seyoung. Kalau dia ada, mesti dia cantik macam ibu sebab Jun pun handsome macam appa"
"Sebenarnya, Jun teringin sangat nak tengok noona. Tapi noona pergi dulu" Hayoung menitiskan air matanya.
"Kalau ibu lebih perhatikan dia, mungkin sekarang ni dia akan ada bersama kita" Sejun memeluk ibunya.
"Tak pe lah bu. Benda dah pun terjadi. Kita bukan minta pun. Ibu tak payahlah sedih². Jun kan ada. Jun akan jaga ibu dan sayangkan ibu macam mana noona sayangkan ibu"
"Terima kasih Jun. Jun anak yang baik. Ibu beruntung sebab Jun selalu ada di sisi ibu"
"Jun pun beruntung ada ibu macam ibu. Ibu ialah ibu yang terbaik. Jun sayangkan ibu"
"Ibu pun sayangkan Jun"
"Eh! bu. Kita dah lambat nak pergi airport" mereka bergegas masuk dalam kereta.
"Sampai di airport, mereka menunggu ketibaan Sehun. Ramai perempuan yang memandang Sejun. Sejun hanya menunjukkan muka tanpa senyuman. Like father like son.
"Banyak perempuan yang tengok Jun. Jun tak nak cuba sorang?"
"Ibu!" marah Sehun. Hayoung ketawa.
"Ibu gurau jelah. Eh! Itu appa Jun" Hayoung menunjukkan seorang lelaki yang sedang bercakap dengan dua orang perempuan.
"Dia tengah cakap dengan siapa bu? Entah entah, Jun akan akan terima ibu baru. Tak lama lagi ibu ada kawanlah di rumah nanti"
Sejun menambahkan kemarahan ibunya. Hayoung terus pergi dari situ. Sejun mengikut ibunya dari belakang. Dia masih pelik. Adakah dia tersilap cakap?
"Ibu kenapa kita balik? Tadi ibu cakap nak jemput appa?"
"Tak payahlah Jun. Dua orang perempuan tadi dah pun jemput dia. Jadi buat apa kita susah² jemput dia lagi" Sejun menahan tawanya.
"Ouh! Baru Jun faham. Ni kes cemburulah ni" Sejun ketawa.
"Kenapa ketawa? Eiii...bapa dengan anak sama je"
"Jun minta maaf bu"
Sampai di rumah, Hayoung terus masuk ke dalam biliknya. Sejun pula masih menahan tawanya. Pada masa yang sama dia merasa bersalah kerana bercakap seperti itu. Tidak lama selepas itu, Sehun pulang ke rumah.
"Ibu mana?" tanya Sehun kepada Sejun yang sedang menonton tv.
"Ada dalam bilik. Tapi Jun rasa appa tak boleh masuk" Sehun menjadi pelik.
"Kenapa pula?" tanya Sehun lagi. Sehun mengambil tempat di sebelah Sejun.
"Tadi di airport, appa tengah dating dengan perempuan mana?"
"Mana ada appa dating. Jun boleh tak bagitahu dengan jelas. Appa tak faham"
"Tadi Jun dengan ibu ada pergi airport. Ibu cakap dia nak jemput appa. Tapi bila ibu tengok appa bercakap dengan dua orang perempuan, terus dua ajak Jun pulang" Sehun tersenyum.
"Kenapa appa senyum? Ouh! Jadi betullah appa ada perempuan lain" satu pukulan mendarat di perut Sejun.
"Aduh! Sakitlah appa"
"Itulah. Lain kali jangan cakap yang bukan². Emm...cakap pasal sakit kan, ni muka Jun lebam² ni kenapa?"
"Jun gaduh semalam"
"Jun pukul orang"
"Yelah. Tak kan Jun nak jadi patung pula?"
"Bergaduh je kerja Jun kan" Sehun menggeleng kepalanya. Dia berdiri dan pergi ke biliknya.
"Eleh...macamlah appa tak pernah gaduh" kata Sejun perlahan.
"Appa dengar apa Jun cakap"
...
Sehari berlalu, Hayoung masih tidak mahu bercakap dengan Sehun. Besar sangatkah kesalahan Sehun baginya? Sejun pula entah kemana perginya. Dia tidak mahu masuk campur masalah kedua ibu bapanya.
"Sayang. Sayang tak nak cakap dengan biy lagi ke?" Sehun cuba untuk memujuk isterinya.
"..." Hayoung hanya tengok tv. Sehun buntu.
"Sayang-"
"Saya nak pergi rumah Hansol oppa malam ni. Saya harap awak izinkan" Hayoung menutup tv dan berlalu ke biliknya untuk berkemas apa yang patut.
Sehun tidak mampu untuk berkata kata. Dia tahu isterinya sedang merajuk, dia akan pergi ke rumah Hansol.
Sejun menghantar ibunya ke airport. Dia tidak mahu mengikut ibunya kerana dia perlu selesaikan beberapa masalah di sini. Sejujurnya, dia kesian dengan appa nya yang sabar hadapi perangai ibunya.
"Betul ke ibu nak pergi? Ibu tak kesiankan appa?" tanya Sejun.
"Yelah. Kenapa? Lagipun appa kan ada perempuan lain. Dia dah tak perlukan ibu lagi. Ibu dah tua. Tak cantik"
"Mana ibu tahu appa tak perlukan ibu? Sedangkan Sejun perlukan ibu apatah lagi appa. Dia perlukan seorang perempuan di sisi dia dan perempuan itu ibu. Jun tahu appa sayang sangat dengan ibu"
"FLIGHT TO CHINA!"
"Ibu pergi dulu. Jangan lupa makan"
"Ibu pun. Jaga diri baik baik. Jun sayang ibu"
"Ibu pun sayang Jun"
Hayoung berjalan ke pintu masuk kapal terbang. Apabila dia melangkah masuk ke dalam kapal terbang, pintu utama kapal terbang ditutup. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kapal terbang yang dinaiki nya sekarang ialah kapal terbang persendirian. Dia teringatkan sesuatu. Sehun ada cakap dengannya, Sehun ada kapal terbang sendiri. Dia menutup mulutnya.
' This announcement is for Ms Oh. Captain Oh Sehun want to say sorry for Ms Oh for what he did. I love you Ms Oh'
Hayoung kenal dengan suara itu. Air matanya laju mengalir. Dia tidak sangka Sehun sanggup buat apa saja untuknya. Sepasang tangan melingkari pinggangnya.
"Sayang. Biy minta maaf sangat sebab lukakan hati sayang. Kalau sayang nak tahu, perempuan yang sayang nampak semalam ialah anak Suho hyung dan Xiumin hyung. Mereka minta tolong biy untuk masukkan mereka ke Stewardess College. Biy tak tahu sayang nampak biy berbual dengan mereka" Hayoung memusingkan badannya dan memeluk Sehun.
"Sayang minta maaf. Sayang dah salah faham dengan biy. Sayang tak sepatutnya buat biy macam ni"
"Its ok biy faham. Itu maknanya sayang cintakan biy"
"Perasan" Hayoung mencuit hidung Sehun.
Tiba tiba pintu utama kapal terbang terbuka. Sejun masuk dengan meletakkan kedua belah tangannya di dalam poket seluarnya. Tidak lupa juga kaca mata hitamnya. Sehun menggelengkan kepalanya.
"Tengoklah tu. Masuk sesuka hati. Sombong pulak tu. Ikut perangai siapalah kan?" kata Sehun.
"Awak boleh tanya lagi. Ikut perangai awak lah. Sombong, tak senyum pada orang, tak nak jatuh cinta dan banyak lagi. Itu semua perangai awak. Sekarang ni, anak awak pula"
"Amboi! Sedap mulut bercakap"
"Sudah sudahlah tu ibu appa. Jun tak nak tengok ibu dengan appa bergaduh lagi. Cukuplah untuk hari ini. Dan appa tunggu apa lagi. Tadi cakap nak bawa Jun dengan ibu pergi Hawaii. Jadi, cepatlah bawa kapal terbang, Captain Oh" Sejun bersembunyi di belakang Hayoung. Dia tahu dia akan dipukul oleh Sehun kerana mengarah Sehun seperti itu.
Th End
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro