Chapter 8
Happy reading✌
"Awak kalau saya ada buat salah, cakap. Jangan diam macam ni" Sehun meletakkan IPad nya dan melihat Hayoung di sebelahnya.
"Yes! Awak memang ada buat salah. Awak cuba fikir. Suami mana tak cemburu tengok isteri sendiri berpelukan dengan lelaki lain" air mata yang ditahan akhirnya mengalir dengan laju di pipi putihnya.
"Awak ingat saya tak de perasaan ke. Saya juga manusia Hayoung. Sama seperti awak. Awak tu isteri sah saya. Hak milik saya!" Sehun sedikit meninggikan suaranya. Dia tidak boleh menahan marahnya.
Dia bangun dan berlalu ke biliknya. Hayoung hanya mampu menangis. Dia telah membuat Sehun marah kepadanya.
🌸🌸🌸
Kelihatan seorang perempuan sedang membuat sarapan dengan harapan agar suaminya memaafkannya. Dia sedikit meregangkan badannya kerana semalam dia tidur di sofa ruang tamu.
Setelah siap, dia menunggu Sehun untuk sarapan bersama sebelum pergi kerja. Sehun keluar dari biliknya dengan baju kemeja dimana lengannya dilipat paras siku ditambah dengan bau wangian yang boleh membuat semua wanita cair.
Hayoung terus mendapatkan suaminya itu.
"Awak. Saya dah buatkan sarapan. Jom makan sesama" Sehun hanya diam dan berlalu ke pintu utama. Air mata Hayoung mengalir lagi.
Makanan yang aku buat pun tak disentuhnya. Maybe dia sangat marah. Ape aku nak buat ni untuk hilangkan kemarahan yang ada dalam diri dia sekarang ni. Hmm.
🌸🌸🌸
Hayoung pergi kerja bersama Taeyong. Bodyguard yang dianggap sebagai kawan baiknya dan abangnya sendiri. Taeyong juga temannya semasa Sehun tiada.
Hayoung memulakan kerjanya seperti biasa. Membuat pemeriksaan pesakitnya. Hayoung seorang wanita periang apabila bersama pesakitnya.
Jam menunjukkan pukul 6. Hayoung bersiap siap untuk pulang. Dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar bersama Taeyong yang sedang menunggunya. Hari ini hari yang pelik bagi Hayoung kerana dia tidak nampak kelibat seseorang yang selalu menganggunya semasa kerja. Dalam masa yang sama dia juga gembira. Akhirnya Min Jun tidak mengganggunya lagi.
...
"Oppa. Kita pergi rumah mommy Sehun jap. Saya tak nak balik. Lagipun Sehun tak de selama dua hari kan?" Taeyong hanya mengangguk faham.
Sampai di rumah Mr Oh, dia disambut baik oleh ibu mertuanya itu. Dia memeluk dan mencium pipi Puan Jihyo.
"Rindunya mommy dengan kamu. Kenapa lama kamu tak datang sini? Sehun mana? Sorang je ke?" Bertubi tubi soalan yang dilontarkan dari ibu mertuanya itu.
"Entahlah. Youngie pun tak tahu. Biarlah. Youngie rindu masakan mommy. Boleh tak kalau Youngie tidur sini malam ni. Sehun tak de. So, Youngie tak nak tidur sorang². Youngie nak tidur dengan mommy boleh?" Hayoung merengek manja seperti budak kecil. Mr Gary berdehem sambil membaca surat khabar.
"Habis tu. Daddy nak letak mana?" Hayoung melangkah ke arah Mr Gary.
"Ala daddy ni. Dua hari je. Lagipun daddy bukan selalu ada di rumah. Out station memanjang. Betul tak mommy?" Hayoung menoleh ke arah Puan Jihyo.
"Betul tu. Out station je memanjang. Ke ada perempuan lain. Mana tahu kan" Puan Jihyo sengaja mengenakan suaminya. Hayoung hanya tersenyum melihat ke dua ibu bapa mertuanya bergaduh manja.
"Hmm yelah. Lagipun malam ni saya harus ke Busan. Ada meeting esok" Hayoung menunjukkan thumbs up kepada bapa mertuanya.
🌸🌸🌸
Hayoung termenung jauh di koridor bilik mommy nya. Sehingga Mrs Oh berdiri di sebelahnya juga, dia tidak sedar.
"Termenung jauh nampak" Mrs Oh menghentikan lamunannya.
"Eh! mana ada. Kenapa mommy datang sini?" Hayoung tersenyum.
"Mommy nak Youngie tolong mommy masak makan malam boleh?"
"Lah. Kenapa tak cakap awal². Jom Youngie tolong" mereka berlalu ke dapur dan memasak makan malam bersama.
Mereka masak sambil berbual mesra. Sesekali Hayoung membuat ibu mertuanya ketawa. Selesai masak, Hayoung mengambil tempat di hadapan lelaki yang dirinduinya. Ya, lelaki itu ialah suaminya sendiri, Sehun.
"Hun cakap pergi 2 hari? Kenapa sekarang Hun dah balik?" Mrs Oh memulakan bicara. Sesekali air mata Hayoung jatuh. Dengan cepat dia mengesatnya.
"Tak. Dibatalkan. So.. Hun datang sini lah sebab masa Hun pulang rumah tadi tak de sesiapa" kata² Sehun berjaya membuatkan air mata Hayoung semakin laju keluar.
"Mommy. Youngie dah full. Youngie naik atas dulu" Hayoung berlalu ke bilik ibu mertuanya.
"Hun. Kamu gaduh dengan isteri kamu ke?" Tanya Puan Jihyo kepada anak lelakinya itu.
"Mana ade. Kenapa?" Sehun meneguk air putih yang disediakan dia atas meja itu.
"Tak de lah. Mommy tengok sejak Hayoung datang sini, dia selalu termenung dan menangis. Kalau korang ade masalah, mommy harap korang selesaikan dengan baik" Puan Jihyo tersenyum. Sehun berlalu ke biliknya.
Mata Hayoung masih terbuka luas. Dia tak boleh tidur dan ibu mertuanya juga terjaga dari tidur. Hayoung sedikit terkejut kerana dia telah membuat Puan Jihyo terjaga dari tidurnya.
"Youngie. Kenapa tak tido lagi?" Tanya Puan Jihyo.
"Youngie minta maaf. Tapi Youngie tak boleh tidur. Hmm" jawabnya.
"Alo...kesiannya. Meh mommy peluk" Hayoung tersenyum gembira. Dia terus memeluk ibu mertuanya itu seperti budak kecil.
"Youngie. Mommy nak tanya boleh?" Kata Jihyo sambil memeluk menantunya itu.
"Mommy nak tanya ape?" Hayoung melihat wajah cantik ibu mertuanya itu.
"Youngie ade masalah ke?" Pertanyaan yang membuat Hayoung mengeluarkan air matanya.
"Tak pe. Setiap suami isteri mesti akan bergaduh. Mommy harap Youngie dapat selesaikan masalah ini dengan baik. Sehun pun tak kan marah lama² dengan Youngie. Percayalah. Mommy kenal dengan anak mommy sorang tu. Mana boleh dia tidak bercakap dengan isteri dia yang cantik ni lama². Dah. Jangan nangis" Hayoung kembali tersenyum dan semakin mempereratkan pelukannya.
🌸🌸🌸
Kedua suami isteri itu telah pulang ke rumah mereka sendiri. Selesai mandi, Sehun menuju ke ruang tamu dan menonton televisyen. Kata² ibunya masih segar di ingatannya. Matanya melihat ke arah televisyen manakala fikirannya entah kemana. Dia termenung sehingga satu suara kedengaran.
"Awak saya dah masak. Kalau awak nak makan, saya dah siapkan di atas meja makan. Saya nak pergi rumah mommy saya jap" Sehun hanya diam dan menunjukkan wajah dinginnya sambil menonton televisyen. Air mata yang ditahan mengalir begitu sahaja. Dia menghapuskan air matanya dengan menggunakan tangannya.
"Maybe petang ni saya balik. Awak. Saya minta maaf atas semua kesalahan saya terhadap awak. Saya harap awak dapat maafkan saya. Saya nak awak tahu yang sayang dah mula cintakan biy" dia memberanikan diri memeluk leher suaminya dan mencium lama pipi suaminya bersama air mata yang tidak berhenti mengalir sejak tadi. Sehun juga terkejut dengan perbuatan isterinya itu tetapi dia hanya membiarkan kerana dia juga merindui ciuman lembut daripada isterinya. Hayoung melepaskan dan berlalu keluar dari rumah itu. Dia menuju ke rumah ibunya bersama Taeyong.
Sehun merasa berat hati melihat isterinya yang melangkah keluar dari rumahnya walaupun hanya sebentar. Dia merasa bersalah. Televisyen ditutup. Dia bangun dan menuju ke dapur. Pelbagai makanan termasuk makan kesukaannya telah siap disediakan oleh isterinya. Dia mengambil tempat dan mula menjamah makanan tersebut.
Kediaman Mr Xi
"Hi my baby!" Mr Xi mengejutkan anaknya yang termenung jauh.
"Ape daddy ni. Terkejut tahu tak. Youngie bukan baby lagi la" Hayoung berpura merajuk dan manja dengan daddy nya.
"Ye daddy tahu. Di mata semua orang Youngie bukan baby atau budak kecil tapi, bagi daddy Youngie ialah my baby dan kenyataan itu tak kan berubah. Youngie tetap baby daddy" Luhan mengusap kepala anak perempuan kesayangannya itu.
"Suka hati daddy lah. Yang penting Youngie sayang daddy" dia memeluk daddy nya.
"Ekhmm!" Yuri berdehem kecil sambil membawa 3 jus oren. Hayoung melepaskan pelukannya.
"Berbual ape sampai peluk² bagai" Yuri meletakkan jus oren di atas meja yang disediakan di taman itu.
"Tak penting pun. Kan baby" Luhan minum jus oren yang dibuat oleh isterinya itu. Begitu juga Hayoung.
"Hmm. Tak penting pun" jawab Hayoung.
"Yelah tu" Yuri mencubit lengan suaminya. Hampir tersembur air yang diminum Luhan. Hayoung hanya ketawa bersama Yuri.
*wink
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro