Chapter 4
Happy reading✌
Hayoung menuju ke dapur semula. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat badan lelaki dan hari ini pertama kali dia melihat badan lelaki yang bergelar suaminya yang mempunyai six pack di perutnya. Sampai di dapur, dia mengetuk kepalanya sendiri beberapa kali. Dia menyesal kerana pergi ke biliknya sebentar tadi.
"Kenapa sayang pukul kepala sayang yang tak bersalah tu?" Hayoung terkejut dengan suara itu. Dia hanya tersenyum malu ke arah suaminya.
"Eh! Biy. Bila datang?" dia cuba mengubah topik dan mengambil sayur lalu dipotong.
"Kita tanya dia, dia tanya kita balik?" Hayoung memotong sayur tanpa melihat suaminya. Sehun mengambil tempat di hadapannya.
"Kenapa sayang naik atas tadi?" tanya Sehun kerana dia ingin tahu kenapa isterinya naik atas sebentar tadi.
"Sayang just nak tanya biy nak makan apa?" Hayoung kembali menatap Sehun.
"Ouh. Biy tak kisah pun. Masak je apa sayang suka. Biy akan makan" Hayoung mengambil sayur yang dipotongnya lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh.
"Baiklah, kalau macam tu. Biy pergi lah tengok tv sementara sayang nak masak" kuali diambil dari dalam almari dan dia mula memasak.
"Tak nak lah. Biy nak duduk sini. Sayang masak and biy akan tolong sayang buat air" Hayoung menganggukkan kepalanya. Sehun bangun dari tempat duduknya. Gelas yang berada di atas dicapainya. Buah oren dipotongnya dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar buah. Sesekali Hayoung melihat kepantasan suaminya membuat air melalui ekor matanya.
Setelah 30 minit memasak, makanan dihidangkan di atas meja. Mereka duduk berhadapan satu sama lain dan mula menjamah makanan dengan senyap.
Tetiba bunyi bell rumah kedengaran. "Tak pe. Sayang pergi buka pintu" Hayoung mengangkat punggungnya dan menuju ke pintu. Pintu dikuak dan menampakkan seorang budak bersama seorang bodyguard sedang tersenyum ke arahnya.
"Siapa ni Mingyu?" belum sempat Mingyu menjawab pertanyaannya, budak yang dipegang Mingyu sudah memotong kata katanya.
"Papa Sehun ada?" Hayoung terkejut kerana setahu dia, Sehun tidak mempunyai anak atau Sehun sudah kahwin. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya.
"Ada. Masuklah" Hayoung membawa budak perempuan itu masuk ke dalam rumah dan berjumpa Sehun. Mingyu kembali melakukan kerjanya. Sehun sedikit terkejut kerana budak perempuan yang paling manja dengannya datang rumahnya.
"Papa!" budak itu berlari ke arahnya dan memeluk Sehun. Hayoung kembali ke tempat duduknya.
"Kim Hana?" budak itu hanya tersenyum dan sesekali melihat ke arah Hayoung yang diam dan makan makanannya.
"Papa. Siapa perempuan tu? Perempuan simpanan papa ke?" Hayoung yang mendengarnya berhenti makan dan menoleh ke arah Sehun dan Hana.
"Tak lah. Dia wife papa" jawab Sehun dan budak itu hanya mengangguk faham.
"Papa. Nak makan juga. Hana lapar" Hana sedikit merengek dengan Sehun. Sehun pula melihat ke arah Hayoung. Hayoung hanya masak untuk mereka berdua.
"Tak pe. Ambil makanan sayang. Lagipun sayang dah full" tipunya. Dia sangat lapar tetapi dia terpaksa menipunya kerana dia tidak sampai hati melihat Hana kelaparan. Dia mengangkat Hana ke tempat duduknya dan dia berlalu ke biliknya.
Setelah puas Hana bermain dengan Sehun, dia meminta Sehun menghantarnya pulang. Sehun melangkah ke biliknya manakala Hana menunggunya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sampai di biliknya, dia melihat Hayoung sibuk melakukan kerjanya kerana sudah 2 hari dia tidak pergi hospital.
"Eh! Biy. Sayang minta maaf, sayang tak nampak biy masuk. Hana dah balik?" dia menanggalkan kaca mata yang dipakainya. Senyuman sudah terukir di bibirnya.
"Belum lagi. Biy nak sayang ikut biy pergi hantar Hana" dia mengambil pakaiannya dan berlalu ke bilik mandi.
"Tak nak lah. Sayang penat. Biy pergi je" Hayoung sambung membuat kerjanya kembali. Kaca matanya dipakai semula.
"Tapi biy tak boleh jamin keselamatan sayang" dia menutup pintu bilik mandi. Hayoung yang mendengarnya terus menutup semua fail kerjanya dan menukarkan pakaiannya.
Sehun keluar dari bilik mandi dengan pakaian lain. Dia melihat Hayoung sudah siap menukarkan pakaiannya. Mereka turun ke bawah dan terus menghantar Hana pulang.
"Bye papa. Jangan lupa datang lagi" ujar Hana dengan gembira dan memeluk Sehun.
"And you. Please take care of my daddy" dia juga memeluk Hayoung.
Sebenarnya, Hana tidak suka sangat dengan Hayoung. Sehun yang mendengarnya hanya ketawa kecil. Mereka masuk ke dalam perut kereta semula.
"Kalau sayang nak tidur, tidur je" Sehun menghidupkan keretanya dan meluncur laju di atas jalan raya.
"It's ok" Sehun tahu Hayoung sangat letih tapi Hayoung masih menafikannya. Tidak sampai 5 minit, Hayoung sudah masuk ke alam mimpi. Sehun memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menurunkan sedikit kerusinya agar Hayoung dapat membaringkan dirinya. Dia membuka jaket nya dan meletakkan di atas badan isterinya agar tidak kesejukan. Dia sambung memandu.
Setelah 20 minit, dia mematikan enjin keretanya dan membangunkan Hayoung. Hayoung melihat sekelilingnya. Ini bukan rumah mereka tetapi ini restoran seafood di tepi pantai. Sehun membuka pintu keretanya dan memakaikan Hayoung jaket hitamnya. Hayoung hanya menurut kerana dia separuh sedar. Dia disuruh Sehun pergi ke tandas dan mencuci mukanya. Selepas menyegarkan mukanya, dia menuju ke meja makan dimana Sehun sedang menunggunya.
"Kita buat apa di sini biy?" tanyanya sambil melihat sekelilingnya. Pantai yang cantik apabila waktu malam. Ramai pengunjung yang datang sini dan menikmati makanan laut.
"Biy tahu sayang lapar. So, biy bawa sayang datang sini untuk makan" waiter datang dan mengambil pesanan. Hayoung memesan satu set makanan laut special untuk dua orang dan juga jus epal.
"Biy" panggil Hayoung. Sehun masih dengan telefonnya.
"Hmm" jawabnya singkat.
"Sayang nak tanya boleh?" sebenarnya Hayoung sudah lama simpan soalan ini tetapi dia takut untuk menanyakan kepada suaminya.
"Sayang nak tanya apa?" Sehun mengarahkan pandangannya tepat ke arah Hayoung dengan serius.
Hayoung jadi takut untuk menanyakan sesuatu apabila melihat muka Sehun berubah menjadi serius.
"Tak pe lah. Lupakan. Tak penting pun" makanan yang dipesan mereka sudah siap dihidangkan atas meja. Mereka mula menjamah makanan tersebut sambil melihat pemandangan yang indah pada waktu malam. Sehun merasa seperti beberapa orang sedang melihat dia bersama Hayoung tetapi dia hanya buat tidak tahu. Setelah Hayoung menghabiskan makanannya, Sehun menggenggam tangan Hayoung dan berlalu dari situ. Hayoung hanya menurutnya.
Sampai di kereta, beberapa orang lelaki sedang berdiri sambil melihat ke arahnya. Salah seorang daripada mereka melangkah ke arahnya dan terus memukulnya tetapi dia sempat memukulnya dahulu. Hayoung berdiri di belakang Sehun dengan menutup matanya. Tetiba bunyi tepukan kedengaran.
"Hebat juga kau kan" lelaki yang bertepuk tangan itu bersuara. Sehun menarik dan memeluk pinggang Hayoung.
"Kau nak apa?" Min Jun hanya menunjukkan senyuman jahatnya.
"Ouh! Aku tahu. Kau nak isteri aku kan?" Hayoung juga memeluk Sehun erat kerana ketakutan.
"Yup! Baguslah kalau kau dah tahu" dia melihat Hayoung yang sedang memeluk Sehun ketakutan.
"Sayang jom ikut oppa" Hayoung menggelengkan kepalanya berkali kali dan tidak berani menatap Min Jun.
"Jom sayang balik. Biy tak suka tengok muka dia lama² di sini. Buat sakit hati ada lah" Hayoung melepaskan pelukannya dan masuk ke dalam kereta. Sehun memandu pulang ke rumah.
"Kenapa kita tak halang dia bos" tanya salah seorang anak buah Min Jun. Min Jun hanya tersenyum jahat.
"Kita biar dulu. Kita tengok sejauh mana dia mampu bertahan. Dia belum kenal siapa Im Min Jun. Dia tu cuma lelaki biasa. Dia tak kan mampu untuk melawan aku" mereka juga berlalu pergi dari restoran itu.
Hayoung membaringkan dirinya di atas katil. Berbagai masalah yang menimpanya hari ini. Sehun juga turut membaringkan dirinya di sebelah Hayoung. 10 minit berlalu, Hayoung sudah tidur dengan nyenyak manakala Sehun masih memikirkan masalah tadi.
Dia menatap wajah perempuan yang bergelar isterinya itu. Pipi lembut Hayoung diusap. Timbul rasa simpati terhadap isterinya. Kenapa perempuan ini harus menjadi mangsa lelaki yang tidak punya perasaan itu.
"Sayang. Betul ke sayang tak ingat biy. Muka biy dah berubah eh? Tapi hairstyle biy tetap macam dulu. Walaupun sekarang biy tak cintakan sayang tapi biy akan cuba dan biy janji akan jaga sayang" dia mengucup lembut tangan isterinya dan menutup matanya.
...
Cahaya matahari menembusi bilik dan menyebabkan seorang perempuan yang tidur nyenyak terjaga. Dia melihat Sehun sudah tiada di sebelahnya. Dia berfikir mungkin suaminya sudah pergi kerja. Dia merasa bersalah kerana tidak menyediakan sarapan untuk suaminya sebelum pergi kerja. Dia mengemaskan tempat tidurnya dan melangkah ke bilik mandi. Selepas membersihkan dirinya, dia menuju ke dapur untuk mengisi perutnya.
Selesai mengisi perutnya, matanya meliar mencari bodyguard peribadinya. Dia membuka pintu dan melihat Taeyong sudah berdiri di hadapan pintu.
"Kamu nak tak temankan saya pergi bersiar siar. Bosan la di rumah" Taeyong tersenyum dan mengangguk kepalanya. Mereka menuju ke Disney Land.
Disney Land 15:11
Hayoung memakai mahkota seperti Princess Snow White dan masuk ke dalam Disney Land bersama Taeyong yang juga memakai mahkota manakala bodyguards yang lain mengikuti mereka. Mereka menaiki kereta kuda dan mengelilingi Disney Land. Wajah Hayoung yang sentiasa ceria dan gembira membuatkan dua orang lelaki yang berpakaian seperti putera raja memberikannya bunga ros. Setelah 15 minit mengelilingi Disney Land, Hayoung memberitahu Taeyong yang dia akan membeli air untuk mereka berdua. Hayoung berjalan ke arah kedai kecil yang menjual air. Penjual itu memberikan dua botol air mineral. Dia berlalu pergi dari kedai kecil itu dan menuju ke tempat dimana Taeyong menunggunya. Tetiba, seseorang telah melanggarnya dan dia terjatuh.
"Saya minta maaf. Saya tak sengaja" lelaki itu minta maaf kepadanya. Dia terkejut melihat wajah lelaki yang melanggarnya.
Finally, saya updated. Sorry updated lambat. Internet buat gila. Haha. Korang rasa, siapa yang langgar Hayoung? Hehe suspend tak.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro