Chapter 37 (END)
Happy reading✌
Birthday party yang diadakan oleh Hayoung dan Sehun berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yang datang. Tidak lupa juga mereka membawa hadiah yang besar². Antaranya, DO dan keluarganya, Suho dan keluarganya, Doha dan Dahyun dan ramai lagi. Taeyong pula sudah dapat mengambil hati Chae Young kembali. Tidak sia sia dia menghabiskan waktu di hospital.
Sejun tidak bersama Sehun mahupun Hayoung tetapi sebaliknya budak kecil itu bersama Tiffany dan Nickhun. Tiada siapa yang berani merebut Sejun dari Tiffany. Yuri dan Jihyo juga tidak berpeluang untuk bersama cucu mereka.
"Hansol oppa" panggil Hayoung sambil memeluk abangnya itu. Dia tidak menghiraukan perempuan di sebelah Hansol. Perempuan itu juga kelihatan seperti marah.
"Siapa ni aegi?" Tanya perempuan itu.
"Hi! Saya girlfriend Hansol oppa. Betul tak oppa?" Hansol melihat adiknya dengan tatapan marah. Mana taknya, kalau balik sini je mesti Hayoung akan kenakan dia.
"What?! Betul ke apa yang perempuan ni cakap?" Hansol hanya diam. Kalau di rumah, confirm Hayoung kena tarik rambut.
"Hi sayang. Buat apa kat sini?" Tanya Sehun. Perempuan itu memandang Hayoung pelik.
"Sayang?"
"Yes babe. Dialah adik saya yang saya cakap dekat awak hari tu. Nakal kan?" Perempuan itu terkejut.
"Yes. Hansol oppa ni ialah abang saya. Sorry. Saya just nak test unnie je. Anyway, unnie ke perempuan yang oppa saya cakapkan tu?"
"Ouh! Yes. Saya Kim Seulgi"
"Oh Hayoung. And he is my husband. Oh Sehun"
"Nice to meet you"
"Me too"
"Unnie kerja apa. Macam mana oppa boleh terpikat dengan unnie?" Seulgi menahan malu.
"Seulgi seorang ketua stewardess di China. Sebab tu lah oppa boleh kenal dia. Jadual penerbangan kami hampir sama. So, tiap hari kitaorang mesti jumpa"
"Aww...So sweet"
"Sejun mana?" Tanya Hansol.
"Sejun ada dengan aunt Tiffany. Youngie tengok aunt macam dah tak nak bagi Sejun tu. Dia buat Sejun tu macam anak dia dah. Hmm"
"Biarlah. Jap. Oppa pergi kat dia"
"Ok. Have fun unnie"
"Ok ^^"
...
Birthday party Sejun sudah tamat. Sejun pula sudah mula mengganggap Tiffany seperti ibunya sendiri. Tiffany pula tidak melepaskan peluang untuk membawa Sejun pulang ke rumahnya. Kini, Sehun dan Hayoung berada di dalam bilik mereka sambil berpelukan.
"Biy. Boleh sayang tahu semua rahsia biy sekarang?"
"Ki..-" belum sempat Sehun menghabiskan kata katanya, Hayoung sudah mencium dahi, pipi dan bibir Sehun berkali kali.
"Wow! Sekarang sayang dah pandai kan"
"Sayang dah masak dengan perangai biy"
"Ok. Sayang nak tahu apa?"
"Sayang nak tahu kenapa biy sembunyikan pekerjaan biy selama ni?"
"Sebenarnya biy tak ada niat nak sembunyikan pekerjaan biy tapi mommy yang suruh. Dia cakap kalau sayang tahu biy seorang kapten pilot, sayang mesti bencikan biy. Biy tak nak perkara yang terjadi kepada Hansol, terjadi kepada biy. Hansol cakap 15 tahun sayang tak bertegur sapa dengan Hansol. So, biy tak nak lah macam tu. Sayang tahu kan biy cintakan sayang. Biy tak nak berpisah dengan sayang. Biy akan rindu sayang. Nak berpisah dengan sayang dua tiga hari pun tak boleh tahan, ini kan pula bertahun tahun. Tak nak lah biy"
"Sayang memang perempuan pentingkan diri sendiri kan?"
"Tak lah. Biy tak rasa sayang pentingkan diri sendiri. Sayang just tak nak kehilangan orang yang tersayang je. Betul tak?" Hayoung mengangguk. Dia semakin memperatkan pelukannya dengan Sehun.
"Lagi"
"Sebenarnya biy tak nak bagitahu pekerjaan yang satu lagi. Takut sayang terkejut plus takut"
"Kenapa pula sayang mesti takut?"
"Sebenarnya...biy....ialah....Ketua gangster yang terbesar di Korea"
"Wah! Daebak! Patutlah biy ada ramai anak buah. First time, kita jumpa pun sayang dah rasa lain dengan biy. Sayang pelik sebab biy ada ramai anak buah"
"HEHE✌. Masa sayang cakap nak lari dari Min Jun and pergi luar negara, biy ada cakap nak minta tolong kawan biy kan sebab kawan biy ada kapal terbang sendiri kan?" Hayoung mengangguk.
"Sebenarnya, itu kapal terbang biy sendiri. And biy juga bawa sayang pergi Paris. Sebab tu masa Min Jun ganggu sayang shopping dengan aunt Fany, biy datang tolong sayang"
"Hebat sungguh my husband"
"Well. Sayang nak tahu apa lagi?"
"Macam mana biy boleh kenal Hana?"
"Ouh! Pasal tu, biy jumpa dia di MA Orphans House lah"
"Jangan cakap yang rumah anak yatim tu pun biy punya"
"But itulah realitinya. Rumah anak yatim tu biy yang punya"
"..."
"Lagi"
"Macam mana biy boleh kenal Hansol oppa?"
"Kitaorang dulu universiti sama² dengan Suho hyung. Tapi Suho hyung sunbae kitaorang"
"Ouh! Soalan terakhir. Siapa sebenarnya biy? Kenapa sayang tak dapat ingat biy?"
"Betul sayang nak tahu? Tapi sayang jangan menangis pula"
"Ok"
"Biy ialah lelaki yang suka sayang masa kita first time masuk sekolah menengah. Ingat masa biy bagitahu sepupu sayang Hanbin, biy nak couple dengan sayang"
"Ye la!!! Baru sayang ingat"
"Aip...jangan nangis. Tapi kan masa tu sayang jual mahal lah"
"Sebenarnya, sayang bukan jual mahal tapi sayang ingat pesan mommy. Dia cakap, sayang tak boleh bercinta sehingga sayang habis sekolah. Hmm. Terpaksalah sayang tolak cinta biy masa tu. Lagipun, sayang tak kenal biy and sayang tak pernah bercinta"
"Betul ke? Masa tahun kedua, bukannya sayang couple dengan lelaki satu kelas dengan sayang?"
"Itulah biy. Lain kali dengar berita yang betul. Sebenarnya, sayang tak couple pun dengan lelaki tu. Dia je anggap lain. Biy nak tahu tak. Masa tahun kedua, sayang dapat tahu biy couple dengan orang lain, biy gembira sangat sebab itu bermaksud biy dah tak suka dengan sayang. Tapi masa masuk tahun ketiga, sayang jatuh hati dengan biy. Tapi sayang tak boleh buat apa² sebab biy orang lain punya. Lagipun sayang seorang yang pemalu. Setiap kali, sayang terserempak dengan biy, mesti hati sayang akan berdebar debar dan sayang rasa seperti biy sedang tengok sayang. Tapi hakikatnya, biy tak pernah tengok sayang. Sayang terfikir, patutkah sayang berhenti mencintai biy? Setiap hari sayang akan cuba untuk lupakan biy. Tetapi tetap tak boleh. Sehingga masuk tahun keempat dan kita habis sekolah, sayang masih tak dapat lupakan biy" Hayoung menangis di pelukan Sehun.
"Kalaulah biy sedar bahawa sayang cintakan biy masa tu. Mungkin biy akan couple dengan sayang. Tapi biy kecewa sebab sayang tolak cinta biy. Tapi itu semua sudah berlalu. Sekarang sayang dah jadi isteri sah biy and biy sayang sangat dengan babe yang sorang ni. Anyway, kenapa sayang tak dapat kenal biy"
"Sayang pun tak tahu. Mungkin lama sangat sayang tak jumpa biy"
"Sayang nak tanya apa lagi?"
"Siapa lelaki yang selalu beri semangat kepada biy selama ni?"
"Xi Hyunwoo"
"What?! Maksud biy, abang sulung sayang. Hyun oppa?"
"Yup! Dia yang selalu beri kata semangat kepada biy"
"Apa kata kita pergi kubur Hyun oppa esok. Boleh pergi kubur Seyoung dan Min Jun sekali"
"Min Jun?"
"Hmm. Dia yang derma jantung untuk biy. Dia cakap kalau dia hidup sekalipun, biy tak kan maaf dia. Dia cakap dia tak layak untuk dimaafkan. Dia cakap, walaupun dia derma jantung, belum tentu cukup untuk menebus kesalahan yang dia pernah buat dekat kita dulu. Itu je mampu dia beri sebagai tanda maaf dia"
"Biy tak tahu nak cakap apa. Apapun biy bersyukur sangat dia sanggup menderma jantung dia untuk biy and biy boleh hidup bersama isteri biy yang comel ni"
"Sayang pun boleh hidup dengan suami sayang yang handsome ni"
"Well"
"Mulalah tu nak banggakan diri sendiri"
"Suka hati lah"
...
Mereka ke rumah Tiffany untuk mengambil Sejun tetapi Tiffany merayu supaya Hayoung mengizinkan Sejun untuk tinggal lagi bersamanya selama satu malam. Hayoung tidak sampai hati melihat aunt nya yang tidak berkahwin itu pun mengizinkan. Mereka berdua pulang dan pergi ke tempat lain.
"Lama kan kita tak datang sini" kata Sehun sambil memeluk Hayoung.
"Betul tu. Sayang rindu tempat ni"
"Sayang ingat tak masa sayang jatuh di sini?"
"Mestilah. Sayang tak pernah lupa moment tu. Biy..." panggil Hayoung sambil melingkarkan tangannya di leher Sehun manakala Sehun memaut pinggang Hayoung.
"Thanks sebab sudi jadi suami sayang. Kalau biy tak ada masa tu, tak tahulah apa jadi dengan sayang sekarang ni. Sayang tahu dengan ucap terima kasih tidak setanding dengan apa yang biy dah tolong sayang selama ni. Buat sayang, biy ialah seorang suami yang baik, prihatin, selalu beri kasih sayang and last sekali handsome"
"Well. Semua orang cakap biy handsome"
"Mulalah tu"
"Memain jelah. Anyway, biy pun nak terima kasih dengan sayang sebab sudi jadi isteri and ibu yang baik untuk Seyoung dan Sejun. Sayang seorang isteri yang baik, cantik, prihatin terhadap keluarganya and last sayang seorang isteri yang nakal"
"Sayang minta maaf kalau selama ni sayang nakal, suka merajuk dan selalu menyusahkan biy-" Sehun mencium bibir Hayoung untuk menghentikan percakapan Hayoung.
"Jangan pernah cakap macam tu. Buat biy, sayang tak pernah menyusahkan biy sedikit pun. And biy suka sangat kalau sayang nakal"
"Sayang harap biy tak kan menyesal kahwin dengan sayang. I'm not a perfect woman"
"Biy juga bukan lelaki yang sempurna. Tapi buat biy, sayang ialah wanita sempurna yang pernah biy jumpa. Biy harap, sayang tak kan tinggalkan biy seperti sebelum ni. Sayang tahu kan biy tak boleh hidup tanpa sayang dan Sejun"
"Sayang tahu. Sayang pun tak boleh hidup tanpa biy di sisi sayang" Hayoung memeluk Sehun erat.
"You know what babe?"
"What?"
"You're really my UNEXPECTED HUSBAND ever and I love you so much"
"I love you too. No one can take you from me. You're mine Oh Hayoung" Sehun mencium sekali lagi bibir Hayoung.
20 years later...
Sehun dan Hayoung menunggu kepulangan anak mereka dari New York. Sejun semakin rapat dengan Tiffany kerana di New York, Sejun tinggal bersama Tiffany. Tiffany sudah mengangap Sejun seperti anak sendiri. Sejun pula menganggap Tiffany sebagai ibu keduanya selepas Hayoung.
Pengumuman ketibaan penumpang dari New York kedengaran. Hayoung semakin teruja. Mereka tidak datang berdua, tetapi mereka datang bersama seorang perempuan iaitu Kim Yeri anak kedua Suho dan Chorong.
"Awak. Betul ke anak kita tu?" Hayoung menunjukkan seorang lelaki kacak yang sedang berjalan menuju ke arah mereka dengan memakai kaca mata hitam untuk menyerlah lagi ketampanannya.
"Betul lah tu. Kita ada sorang anak je"
"Sejun!!!"
"Ibu" Sejun berjalan ke arah mereka lalu memeluk Yeri. Yeri juga terkejut dengan perbuatan Sejun. Dia tahu, dia teman wanita Sejun tetapi sepatutnya Sejun memeluk ibunya dahulu bukan dia.
"Arghh! Bu sakitlah. Lepas lah telinga Sejun. Kalau putus macam mana"
"Biar putus telinga tu. Ibu datang sini sebab ibu rindu Sejun. Tapi macam ni Sejun buat ibu. Sejun lebih sayangkan girlfriend Sejun dari ibu"
"Sorry bu. Sejun tak sengaja tadi" Sejun memeluk ibunya dengan erat.
"Appa tak nak peluk?"
"Eh! Appa. Wow! Appa. Appa semakin handsome lah. Tapi tak boleh kalahkan Sejun. Sejun lagi handsome. Betul tak chagi" Yeri menahan malu kerana Sejun memanggilnya chagi di depan ibu bapanya sendiri.
"Eleh...perasan. Appa lagi handsome"
"Tak. Sejun lagi handsome"
"Appa lagi handsome"
"Cukup². Tak malu ke bergaduh di depan khalayak ramai. Dah jom balik"
THE END
Huarrghhh...habis juga cite ni. Sorry kalau ending cite ni tak best macam ending cite lain yang korang baca. Yang ni je saya mampu tulis. Saya harap korang suka. Anyeong. Assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro