Chapter 35
Happy reading✌
@ Taman
Doha sedang menunggu seseorang dengan perasaan gementar. Dia sangat takut kerana setelah 2 tahun dia tidak berjumpa dengan orang itu. Orang yang telah memukulnya sehingga dia tidak boleh berjalan selama 2 minggu. Siapa lagi kalau bukan 'ex' bosnya.
Sehun mendorong sendiri kerusi rodanya. Doha yang melihat itu terus bangun dan menolong Sehun menolak kerusi rodanya sehingga ke tempat duduk yang disediakan di situ.
"Ada apa bos nak jumpa saya?" Tanya Doha dengan sedikit takut.
"Kenapa kau masih panggil aku bos sedangkan kau bukan anak buah aku lagi"
"Maybe saya dah biasa. And saya still anggap bos seperti bos saya lagi. Tapi kalau bos tak suka, it's ok saya boleh-"
"Aku tak cakap pun aku tak suka. Anyway, terima kasih sebab tolong aku hari tu"
"Sama². Kebetulan saya lalu di situ hari tu"
"Kebetulan atau sengaja? Aku tahu kau mengintip aku dengan yang lain"
"Saya minta maaf bos. Tapi hari tu saya tak sedap hati. So, saya follow bos and bila saya sampai, saya nampak bos dengan sorang lelaki"
"Kau tak patut selamatkan aku. Aku tak layak dapat pertolongan dari kau. Aku dah pukul kau, aku tengking kau-"
"Saya tak kisah pun. Memang betul apa yang bos buat. Sepatutnya, saya tak bagitahu Hayoung tentang bos. Lagipun, saya dah sihat sekarang ni"
"Thanks Doha. Aku tak patut buang kau hari tu. Kau mesti benci aku kan?"
"Tak. Saya langsung tak benci bos. Saya masih berharap dapat kerja dengan bos lagi tapi bos mesti tak nak kan?"
"Siapa cakap aku tak nak?"
"So, bos nak ambil saya kerja lagi dengan bos?!" Tanya Doha excited.
"Yup! Tapi kali ni aku tak nak kau jadi ketua kawasan, aku nak kau jadi pembantu kanan aku"
"Betul ke?! Tapi....Mingyu macam mana?"
"Mingyu akan kahwin and dia akan bekerja di company bakal isteri dia. So, kau lah pembantu kanan aku sekarang. Mulai sekarang!"
"Thanks bos" Doha memeluk Sehun kerana terlalu gembira.
"Ekhmm...Kau nak aku mati sebab tak boleh bernafas"
"Oups! Sorry. Saya terlalu happy sangat"
"Tak payah nak happy sangat. Dah. Bawa aku ke bilik aku sekarang. Aku nak tidur" arah Sehun.
"Baik bos" Doha menolak kerusi roda Sejun ke biliknya.
...
Hayoung menatap wajah Sehun yang sedang tidur tanpa gangguan sedikit pun. Sejun pula sedang minum susu yang berperisa coklat yang dibuat oleh Hayoung. Hayoung membaringkan Sejun di atas sofa.
Dia kembali ke Sehun dan mencium pipi lelaki itu. Matanya terhenti di bibir Sehun. Pipinya sudah memerah apabila teringatkan Sehun yang selalu menciumnya. Tanpa membuang masa, dia terus mencium bibir Sehun dan membuatkan lelaki itu terjaga dari tidurnya.
"Finally, Biy dapat morning kiss daripada sayang. Sudah lama biy tunggu saat² ni" Hayoung menahan malu.
"Mana ada saya kiss. Saya kiss pipi awak je. Yang awak perasan lebih kenapa?"
"Tak payah nak tipu sangat sayang ku yang tercinta. Saya sedar sayang kiss bibir saya tadi"
"Ok fine. Saya kiss awak tadi. Puas hati? Lagipun, kalau ikut undang undang negara, tak salahkan kiss bibir suami sendiri. Lagi² suami yang handsome ni" Hayoung mencubit pipi Sehun.
"Saya tahulah saya handsome, tapi tak payahlah sampai cubit² pipi orang. Sakit tahu tak" Hayoung ketawa melihat perangai Sehun. Tiba², Sejun menangis. Sehun dan Hayoung menoleh ke arah Sejun. Alangkah terkejutnya, Sejun sudah berada di atas lantai. Dia terjatuh dari sofa.
"My baby!" Hayoung berlari ke arah Sejun dan mengangkatnya ke pelukannya. Dia mengusap kepala Sejun untuk memberhentikan Sejun menangis.
"Awak dia tak nak berhenti menangis. Saya tak tahu nak buat macam mana"
"Dia ada cedera mana² tak?"
"Saya rasa tak ada. Dia just terkejut je"
"Ouh! Meh sini anak appa" Sehun menghulurkan tangannya untuk mengambil Sejun. Sejun yang melihat itu terus beralih ke arah Sehun.
"Alo....kesiannya anak appa" Sehun memeluk Sejun dan mengusap belakang Sejun. Tidak lama kemudian, Sejun berhenti menangis.
"Sejak ada appa, Sejun lupakan ibu eh? Nakal kan" Hayoung mencubit pipi Sejun.
"Sejun tengok ibu. Ibu cemburu Sejun rapat dengan appa. Sejun anak appa kan?" Sejun memeluk Sehun tanda ya.
"Hello Mr Oh. Sejun anak I k. I yang mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari"
"Hello Mrs Oh. Ada I kisah" dengan selamba Sehun bercakap.
"Fine. Sejun anak awak kan? So, awak jagalah 'anak awak' tu. Saya nak balik" Hayoung mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.
"Baby. Ibu merajuk lah. Macam mana appa nak pujuk. Appa tak boleh bangun. Hurmm" Sehun mencium pipi Sejun. Sejun pula sedang bermain main dengan jarinya.
...
"Hehe. Padan muka. Jagalah anak sendiri. Haha. Seronok juga kenakan suami sendiri. Hmm. Penatnya. Lebih baik tidur. Lagi baik" Hayoung membaringkan diri di atas sofa dan terlelap di situ.
...
Sejun sangat seronok dapat main dengan Sehun. Dia sama sekali tidak menangis walaupun ibunya tiada apabila dia bersama Sehun. Malah, dia ketawa apabila Sehun membuat muka lucu. Tidak lama kemudian, Doha muncul di muka pintu.
"Sejun!!!!" Dia berlari untuk mendapatkan Sejun. Dia terlalu rindu dengan budak comel itu. Tetapi dengan cepat Sehun menahan tangannya agar Doha berhenti.
"Ala..bos. Saya nak main dengan anak bos. Lama saya tak jumpa dia"
Doha merengek untuk mendapatkan Sejun dari Sehun.
"D-daddy" sudah lama perkataan itu tidak disebut Sejun.
"Sejak bila anak aku panggil kau daddy. Aku appa dia bukan kau"
"Bos. Dia dah lama panggil saya 'daddy'. Dari kami di China hingga di sini, dia tetap panggil saya daddy sebab saya yang suruh dia panggil macam tu"
"Pandai² kau je. Entah² kau dah ajar anak aku bukan²"
"Eh! Mana ada. Bos tahu kan saya tak pernah tipu bos"
"Kali ni aku percayakan kau" tiba² Sejun menangis.
"Kenapa baby appa menangis ni?" Sehun cuba memujuk Sejun.
"Hayoung mana?" Tanya Doha.
"Dia balik rumah. Sekejap lagi datang lah tu" Doha melihat jam tangannya.
"Bos tahu tak, sekarang ni time untuk Sejun tidur. Patutlah dia nangis"
"Ouh! Mana aku tahu. Lagipun, first time aku jaga dia. Kalau macam tu, kau pergi buat susu dia. Aku nak tidurkan dia"
"Apa?! Bos. Mana saya tahu buat susu budak ni. Saya bukan babysitter bos"
"Aku tak nak dengar alasan. Tak kisahlah, kau babysitter ke, gangster sekalipun, aku tak kisah semua tu. Yang aku nak kau buatkan susu untuk Sejun. Kau buat lah macam mana pun. Tapi jangan sampai anak aku sakit perut akibat minum susu yang kau buat" Sejun tidak berhenti menangis. Doha terus keluar dan meminta pertolongan.
Dia sedikit berlari sehingga terlanggar seorang nurse. Siapa lagi kalau bukan Nurse Dahyun yang merupkan ketua nurse di hospital itu. Dia tertarik dengan kecantikan Dahyun sehingga dia lupa apa yang disuruh bosnya. Akhirnya dia tersedar dan ingat semula apa yang disuruh bosnya.
"Boleh saya minta tolong?" Tanya Doha.
"Kalau saya mampu tolong, saya akan tolong. Awak nak minta tolong apa?"
"Saya nak minta tolong awak buatkan susu untuk seorang budak"
"Ouh! Untuk anak awak?"
"Eh! Bukan. Untuk anak bos saya"
"Ouh! Sorry. Meh sini botol susu tu. Jom ikut saya" Doha mengikut kemana Dahyun pergi.
15 minit kemudian...
"Ni. Saya dah buatkan susu untuk anak bos awak"
"Terima kasih sangat. Kalau awak tak tolong saya tadi, tak tahulah apa jadi dengan saya nanti"
"Maksud awak?"
"Suatu hari nanti, awak akan tahu juga apa maksud saya. Bye. Again. Thank you so much for your help. I hope we'll meet again" Doha menampakkan senyumannya dan berlalu pergi.
...
Hayoung terjaga dari tidurnya. Dia meregangkan badannya. Matanya meliar melihat sekelilingnya. Tetiba matanya berhenti tepat ke arah jam dinding rumahnya.
"7 malam?! Sejun!!" Dia bergegas ke bilik mandi. Setelah selesai dia memandu kereta sedikit laju daripada biasa.
Sampai di bilik Sehun, dia melihat Sehun sedang memakaikan baju untuk Sejun. Dia merasa bersalah kerana meninggalkan Sejun kepada Sehun yang dalam keadaan sakit.
"Awak. Saya minta maaf sebab tinggalkan Sejun kepada awak. Saya tertidur tadi"
"Tak pe. Saya faham sayang. Mungkin sayang penat sampai tertidur. Lagipun saya dah pun siapkan Sejun. Comel tak?" Hayoung terharu dengan kata² Sehun. Dia beruntung dapat berkahwin dengan Sehun. Sehun selalu memahaminya. Dia terus memeluk Sehun.
"Thanks my love babe sebab faham sayang. And Sejun comel sangat. Macam mana biy mandikan Sejun. Biy kan sakit"
"Doha dan Dahyun yang tolong mandikan Sejun. Saya just siapkan budak comel ni je" Sehun mencubit pipi Sejun.
"Untung saya dapat suami macam awak. Dah lah handsome, baik, seorang kapten pilot, pandai jaga anak pula tu. Memang untung saya jadi isteri awak"
"Well. Sayang pun apa kurangnya. Saya beruntung sangat dapat jadi suami awak. Betul sayang tak dapat kenal saya?"
"Hmm. Sayang tak ingat lagi lah. Boleh tak awak bagitahu saya siapa awak yang sebenarnya?" Hayoung membuat muka comel.
"Mulalah tu nak pancing saya dengan muka comel awak tu. Kalau awak nak tahu, Sejun lagi comel"
"Ala awak ni. Boleh la boleh la" Hayoung merengek.
"Not for today but I promise I will tell you soon"
"Baiklah Mr Oh" Sehun menggeleng kepalanya melihat isterinya.
"Ouh. Saya hampir terlupa. I have a good news for you"
"What? Tell me"
"Emm. Actually, ada orang yang sanggup derma jantung dia untuk awak"
"Really?! Siapa orang tu?"
Hmmphh. Siapalah yang sanggup derma jantung untuk Sehun kan? Hehe. Anyway saya dah updated. Hope suka.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro