Chapter 31
Happy reading✌
2 hari selepas kejadian itu, Sehun tidak pernah berjumpa dengan Hayoung. Dia hanya menunggu Hansol atau anak buahnya yang ditugaskan di sana untuk memberitahunya tentang perkembangan Hayoung. Dia tahu perempuan itu mesti membencinya dan tidak bersedia untuk berjumpa dengannya.
"Eomma. Hun rindu Hayoung" Sehun memeluk ibunya dan menangis seperti budak kecil.
"Kan eomma dah bagitahu dulu, jangan sampai dia tahu yang kamu tu seorang kapten pilot. Dia tak suka" marah Puan Jihyo.
"Kalau Hun tak bagitahu pun, lambat laun dia akan tahu juga" jawab Sehun.
"Betul juga. Tapi eomma tahu Hayoung sayangkan Hun. Lagipun anak yang dia kandung juga perlukan seorang bapa. Tak kan dia nak lahirkan anak tanpa seorang bapa"
"Macam mana kalau dia cari bapa lain untuk anaknya?" Jihyo menampar bahu Sehun.
"Anak yang dia kandung tu kan anak Hun juga. Lagipun, eomma kenal sangat dengan menantu eomma. Dia tak kan cari lelaki lain"
"Mana eomma tahu?"
"Eomma tahu lah. Jangan risau lah. Dah jangan nangis" Jihyo mengesat air mata Sehun.
"Kesian baby eomma" Jihyo semakin mengeratkan pelukannya.
"Apa baby² ni eomma. Hun dah besar lah. Kenapa panggil baby lagi" Sehun tidak puas hati. Jihyo hanya ketawa melihat tingkah laku anaknya.
"Hun yang menangis tadi. So, eomma panggil baby lah. Lagipun Hun sorang je anak eomma. So, Hun selamanya akan jadi baby eomma" Jihyo mencium kepala anaknya.
"Suka hati eomma lah"
...
Sejak Hayoung mengandung, Doha lah yang menjadi mangsa Hayoung. Setiap hari, Hayoung akan menyuruh Doha membeli makanan pelik² yang susah dapat di China. Tapi Doha tidak pernah putus asa. Dia akan mencari makanan itu sampai dapat.
"Sejak awak mengandung, banyak yang awak makan. Makan ini lah, itu lah. Nanti gemuk baru tahu" kata Doha sambil melihat Hayoung memakan semua makanan yang berada di atas meja.
"Biarlah. Tak kisah pun"
...
Chae Young melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya. Manakala Chorong, sedang bersandar pada kerusi kerjanya. Mungkin dia terlalu letih kerana pesakitnya semakin bertambah.
"Unnie. Ada surat" Chae Young menghulurkan surat itu kepada Chorong dan berlalu pergi dari situ.
Chorong membuka surat itu.
"Saya nak ajak awak dinner malam ni. Pukul 11 malam. Saya tidak terima penolakan"
-Your secret admirer
...
Chorong memakai dress paras lutut yang berwarna hitam. Yang lebih peliknya tempat dinner yang dimaksudkan oleh secret admirer dia ialah di tepi kolam rumah dia dan Suho. Yang lebih membuatnya terkejut, tempat itu dihias dengan cantik termasuk di dalam kolam yang dipenuhi dengan bunga ros pelbagai warna.
Dia melihat lelaki yang sedang duduk membelakanginya. Dari belakang dia sudah dapat mengagak siapa yang sedang menunggunya di situ. Kakinya seperti dibekukan, dia tidak boleh berjalan dan hanya menangis di tempat dia berdiri sekarang ini. Tidak lama kemudian lelaki itu datang menghampirinya.
"Kenapa mematung di sini je. Jom lah dinner dengan saya" kata lelaki itu yang tak lain ialah suami dia sendiri, Suho.
"Kenapa awak buat semua ni?" Suho memeluk Chorong untuk menenangkan isterinya yang tidak henti² menangis.
"Sebab saya sayang awak lah" Suho mencium bibir isterinya.
"Saya rindu sangat dengan awak. Saya minta maaf-"
Chu~
"Sekali lagi awak minta maaf, saya tak kan berhenti cium awak" Chorong tertawa kecil.
"Cium lah sebanyak mana awak nak. Saya tak kisah tapi saya ada satu permintaan"
"Apa? Cakaplah"
"Saya nak makan Seafood boleh?" Tanya Chorong. Tidak lupa juga aegyo yang selalu mencairkan Suho apabila Suho melihatnya.
"Anything for my wife. Tapi kenapa awak nak makan Seafood? Dah pukul 11.30 malam. Lainlah kalau awak mengandung"
"Ye la. Sayang tengah pregnant. Sebab tu sayang minta pelik²"
"What?! Betul ke?"
"Yes Mr Kim. Saya tak tipu"
"Yeay!" Suho melompat lompat seperti budak kecil.
"Kalau ye pun, tak payah lah nak lompat bagai. Dah jom pergi. Saya lapar" Chorong menarik tangan Suho.
....🌸....
Dua tahun Hayoung dan Sehun tidak bersua muka. Hayoung masih kecewa dengan perbuatan suaminya. Dia juga sudah melahirkan anak lelaki. Apabila tarikh menunjukkan 30 October, usia anaknya akan genap satu tahun. Sehun hanya mampu melihat anaknya di dalam gambar mahupun dari jarak jauh. Itu tidak akan cukup baginya. Dia mahu memeluk dan mencium anaknya. Tapi itu semua hanya bayangan.
Kebetulan hari ini Sehun ada flight ke China. Inilah peluangnya untuk bertemu dengan anaknya. Dia tidak kisah walaupun Hayoung akan marah mahupun memukulnya. Niatnya cuma satu iaitu berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Oh Sejun itu. Hayoung juga mempunyai rumah sendiri. Dia tidak mahu menyusah abangnya. Lambat laun abangnya akan berkahwin juga. Sebab itulah dia membeli rumah lebih awal.
Sebelum Sehun sampai ke rumah Hayoung, dia sempat melihat Doha yang baru keluar dari rumah Hayoung bersama Hansol. Setelah 30 minit pemergian Doha dan Hansol, dia menekan bell. 2 minit dia berdiri di hadapan pintu, Hayoung tidak membuka pintu. Dia bercadang untuk membuka sendiri pintu. Dia menekan 6 angka nombor dan akhirnya dia berjaya membuka pintu. Dia tidak menyangka Hayoung tidak pernah menukar nombor lain selain 9496. Dia melangkah masuk dengan baju seorang pilot yang tidak sempat ditukarnya kerana terlalu teruja untuk berjumpa dengan anaknya.
Dia menuju ke ruang tamu dan sangkaan dia betul. Hayoung dan anaknya berada di ruang tamu. Dia terus berlari ke arah anaknya. Hayoung tidak tahu kerana dia tertidur manakala Sejun sedang bermain sorang².
"Hi baby" Sehun meletakkan Sejun di atasnya tanpa membuatkan Sejun menangis. Dia beruntung kerana Sejun tidak menangis dan tidur Hayoung juga tidak terganggu.
"Kesian ibu sampai tertidur. Maybe penat sangat jaga Sejun yang nakal ni. Betul tak?" Tanya Sehun kepada anaknya walaupun dia tahu Sehun tidak akan menjawab pertanyaannya kerana Sejun tidak boleh bercakap lagi. Sehun mendapat maklumat bahawa Hayoung membahasakan dirinya 'ibu' dengan Sejun.
Sesekali Sehun akan membuat muka lucu untuk membuat anaknya ketawa. Dia terima dengan hati terbuka apabila Sejun melemparkan barang mainan yang dibeli Hayoung kepadanya kerana itu membuatkan Sejun ketawa. Tidur Hayoung tidak terusik sehinggalah mainan yang dilempar oleh Sejun terkena tangannya.
"Baby?" Hayoung bangun dari tidurnya dan mencari Sejun.
"I-bu" dengan susah Sejun menyebut satu perkataan itu. Sehun tersenyum apabila mendengar suara Sejun yang memanggil ibunya.
"Anak awak ada di sini" akhirnya Sehun memberanikan diri untuk bercakap. Hayoung terkejut dengan kehadiran Sehun. Dia fikir dia mimpi tetapi semua itu ialah kenyataan. Suaminya datang ke rumahnya dengan berpakaian seragam pilot.
"Awak buat apa datang sini?" Hayoung mengambil Sejun daripada Sehun lalu memeluknya.
"Saya datang nak jumpa dengan anak saya, Sejun"
"Lebih baik awak baliklah. Saya tak nak tengok awak"
"Baiklah. Saya tahu saya bukan siapa² untuk awak. Tapi please, saya nak spend time dengan anak saya. Maybe untuk kali terakhir"
"Awak cakap macam awak nak mati dah kan" Hayoung menahan air matanya.
"Aa-ppa" satu lagi perkataan yang susah untuk disebut Sejun. Hayoung dan Sehun melihat sesama sendiri.
"Aww..so cute" Sejun menghulurkan tangannya minta didukung Sehun. Sehun terus mengambilnya.
"Fine. Saya bagi awak satu hari untuk spend time dengan Sejun"
"Yeay! Baby. Ibu izinkan appa spend time dengan baby" Sehun memusingkan Sejun.
"Jangan buat anak saya macam tu. Pening dia nanti"
"Hello Mrs Oh. Sejun ni anak saya juga. Bukan anak awak sorang"
"Whatever. Saya nak masak jap. Jangan sampai Sejun tidur. Dia belum makan"
"Ok ibu" Sehun melambaikan tangan Sejun kepada Hayoung. Hayoung tersenyum dan mencubit pipi Sejun. Sejujurnya, dia gembira kerana akhirnya dia dapat lihat Sehun dan Sejun bermain bersama. Dia merasa keluarganya lengkap.
Updated! Hope suka. Bye. Assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro