Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 3

Happy reading✌

Dia membersihkan dirinya selama 20 minit dan turun ke ruang makan kerana ketua maid memberitahunya bahawa Mr Sehun sudah menunggunya di bawah. Sampai di ruang makan, dia duduk berhadapan dengan Sehun. Mereka mula menjamah makanan dengan senyap sehingga Hayoung memulakan perbicaraan mereka.

"Awak saya nak ucap terima kasih kerana sudi tolong saya masa di Paris" Sehun hanya memakan makanannya tanpa menghiraukan percakapan Hayoung. Dia mengambil tisu lalu mengelap mulutnya dan berlalu pergi dari situ.

Hayoung juga pelik dengan perangainya. Sekejap baik, sekejap dingin dengannya. Hayoung tidak mahu berfikir panjang dan dia kembali menjamah makanan dihadapannya dengan gembira. Selesai mengisi perutnya, dia bercadang untuk tenangkan dirinya. Dia menuju ke mini garden yang terletak di belakang rumah itu. Belum sempat dia duduk di bangku yang disediakan di situ, seorang lelaki yang tak lain ialah tuan rumah ini sendiri sudah melabuhkan punggungnya di situ dan dia juga melabuhkan punggungnya di situ.

"Awak. Saya nak tanya something" Hayoung melihat Sehun yang sedang bermain game di dalam telefon pintarnya.
"Awak nak tanya ape?" dia masih setia dengan telefonnya. Hayoung menarik nafas dalam² sebelum memulakan perbicaraannya.

"A-awak nak tak kahwin dengan saya. Saya tahu ini soalan yang paling bodoh di dunia. Tapi saya harap awak akan jawab soalan saya and saya akan terima apa pun jawapan awak." Sehun masih diam dan bermain game nya dengan wajah dinginnya tanpa senyuman sedikit pun.

10 minit, Hayoung menunggunya dan perempuan itu memutuskan untuk masuk ke dalam rumah. Dia sedikit sedih kerana pertanyaannya tidak dijawab tetapi dia juga tahu dia tak sepatutnya tanya soalan seperti itu.
Dia mengatur langkahnya ke dalam rumah semula tetapi langkahnya terhenti apabila satu suara kedengaran.

"Fine. Saya terima. Disebabkan ibu saya suka awak, saya akan terima. Saya buat semua ni sebab saya tak nak kecewakan ibu saya dan satu lagi sebab awak dah tolong rawat saya semasa saya sakit. Just that." Sehun memandang tepat ke arahnya. Dia memusingkan badannya menghadap Sehun.

"Thank you so much sebab terima saya. Dan pasal rawat tu, itu kan tanggungjawab saya sebagai doktor. Thanks again" dia membongkokkan badannya dan kembali masuk ke dalam rumah dengan gembira.

...

Hari ini Hayoung tidak pergi hospital dan dia memberitahu ketuanya yang dia akan cuti selama seminggu. Lelaki yang sedang menikmati sarapannya sekarang ini ialah bakal suaminya. Walaupun dia tidak mencintai lelaki itu, dia akan cuba sedaya upaya untuk mencintai lelaki itu. Sekurang kurangnya, dia akan selamat apabila bersama lelaki itu. Selepas sarapan, mereka menuju ke kedai cincin untuk membeli cincin perkahwinan mereka. Sampai di sana, pekerja perempuan yang bekerja di kedai itu mengeluarkan dua bentuk cincin perkahwinan yang hanya lima pasangan di dunia ini boleh memilikinya. Tanpa membuang masa, Sehun membelinya dan Hayoung hanya membesarkan matanya.

Mereka beralih ke boutique yang terkenal di Korea. Hayoung melihat lihat dress perkahwinan di dalam boutique itu. Sehun hanya mengikutnya dari belakang sehingga Hayoung menghentikan langkahnya di depan white dress yang berlengan panjang.

"Awak nak dress tu?" pertanyaan Sehun membuatkan dia melepaskan dress yang dipegangnya dan tersenyum ke arahnya.

"Tak nak lah. Mahal sangat-" belum sempat Hayoung menghabiskan percakapannya, Sehun sudah memberitahu pekerja di situ dan menyuruh Hayoung mencuba dress putih itu. Sebenarnya, Hayoung lebih daripada mampu untuk membeli dress itu tapi dia tak suka membuang buang duitnya. Tidak lama kemudian, Hayoung keluar daripada bilik persalinan.

Dress putih yang dipakainya terlihat padan dengan badan cantiknya. Sehun hanya melihat seperti lelaki tidak mempunyai perasaan. Hayoung kembali ke bilik itu dan menukarkan pakaiannya. Mereka berjalan ke bahagian pakaian lelaki. Seorang pekerja perempuan mengeluarkan tuxedo dan memberi kepada Sehun. Sehun tidak memakainya kerana baju itu telah ditempah mengikut saiz badannya. Setelah menyelesaikan semua pembayaran, mereka terus pulang ke rumah kerana ibu bapa mereka sudah menunggu di rumah Sehun dan menguruskan perkahwinan mereka yang akan berlangsung esok pagi.

Sampai di rumah, kedua ibu bapa mereka sudah menunggu mereka di ruang tamu. Hayoung yang melihat ibunya sedang duduk di sofa terus memeluk ibunya erat. Jarang sekali dia dapat berjumpa dan memeluk ibunya.

"Mommy. I miss you so much" dia mencium pipi ibunya. Yang lain melihat mereka hanya tersenyum.

"I miss you too dear" ibunya pula mencium pipinya. Dia duduk di sebelah ibunya.

"Hayoung. Daddy nak tanya. Macam mana kamu boleh nak kahwin dengan Sehun sedangkan kamu berdua baru sahaja berjumpa" Luhan bertanya kepada anaknya. Hayoung hanya diam. Dia harus jujur atau tidak.

"Youngie just rasa selamat bila bersama dengan Sehun. Itu je" Sehun hanya mendengar semua pertuturan Hayoung tanpa bercakap sepatah pun.

"So, korang tidak bercinta" kali ini Mr Gary tanya kepada anaknya pula. Kedua mereka hanya menggeleng kepala mereka.

"It's ok. Kamu boleh bercinta selepas kahwin. Lagi bagus" Mrs Jihyo sambung. Dia tak sangka impiannya selama ini untuk bermenantukan Hayoung tercapai.

"Betul tu. Yang penting kitaorang boleh dapat cucu" ujar Mrs Yuri diikuti dengan anggukan Mrs Jihyo. Hayoung sedikit terkejut dengan percakapan ibunya sendiri tetapi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri begitu juga dengan Sehun.

Wedding Day..

Hayoung dipimpin oleh daddy nya masuk ke dalam gereja. Tidak lupa juga bodyguards yang berdiri di luar gereja. Dia terlihat cantik dengan dress putih yang dibeli oleh Sehun. Semua tetamu mengarahkan pandangan mereka ke arah Hayoung. Sampai di depan pendeta, Mr Xi memberikan tangan anaknya dan disambut oleh Sehun. Mereka mengucapkan kata² janji dan setelah itu mereka menghadap satu sama lain. Sehun mencium bibir Hayoung dengan gentle selama 5 saat. Kedengaran tetamu bertepuk tangan dan ibu bapa mereka datang memeluk kedua pengantin baru itu. Tetiba bunyi tembakan kedengaran di luar gereja. Sehun terus berlari ke luar dan melihat salah seorang daripada bodyguards nya telah mati ditembak.
Semua orang keluar daripada gereja dan melihat kejadian buruk itu.

"Apa dah jadi Mingyu? Kenapa orang kita boleh ditembak mati" tanya Sehun dengan sedikit meninggikan suaranya. Hayoung yang berdiri disebelahnya juga berasa takut apabila melihat Sehun sedang marah.

"Tadi masa kitaorang berjaga di luar ni, seorang lelaki yang menyamar sebagai tukang kebun sedang berpura pura menyapu sampah di kawasan ni, tetiba dia mengeluarkan pistol dan menembak orang kita. Saya tak pasti siapa orang tu kerana dia terus melarikan diri. Tapi saya tahu orang tu budak siapa" dia mengarahkan pandangannya kepada Hayoung. Sehun juga turut memandang Hayoung.

"Maksud kau Min Jun?" tanya Sehun dan Mingyu menganggukkan kepalanya. Hayoung yang mendengarnya sudah memeluk erat tangan Sehun manakala ibu bapa mereka masih terpinga pinga. Sehun memberitahu mereka bahawa majlis perkahwinan dibatalkan. Tetamu juga pulang dengan cepat kerana takut.

"Kamu berdua pulang dulu. Nanti daddy uruskan tentang majlis perkahwinan kamu yang akan diadakan di hotel itu. Yang penting sekarang kamu berdua sudah sah menjadi suami isteri" ujar Mr Xi dengan senyumannya. Mereka hanya menuruti cakap Mr Xi dan pulang ke rumah yang dibeli Sehun sendiri diikuti dengan 4 buah kereta di belakangnya dan 2 buah kereta di depannya.

...

Hayoung berjalan masuk ke dalam rumah mewah itu dengan baju pengantin yang masih tersarung di badan kecilnya. Dia mendaki tangga dengan perlahan dan mencari sebuah bilik untuk dia merehatkan dirinya sekarang. Dia sangat letih hari ini kerana bermacam macam masalah yang berlaku. Di dalam kepalanya hanya ada satu perkataan iaitu tidur. Setelah sampai di tingkat 2, dia melihat sebuah bilik dan terus berjalan menuju ke bilik itu tetapi tangannya dipegang oleh seseorang. Siapa lagi di dalam rumah besar itu selain dia dan seorang lelaki yang bergelar suaminya beberapa jam yang lalu. Dia memusingkan badannya menghadap Sehun dengan tatapan yang pelik.

"Kenapa awak tahan saya" tanya Hayoung dan Sehun memandangnya dengan tatapan dingin.

"Kenapa pergi bilik lain. Awak kan wife saya" Sehun menatap wajahnya. Hayoung memandangnya pelik.

"So?" dia bertanya kembali. Otaknya masih mencari jawapan.
"Kalau awak anggap saya sebagai suami awak, kita harus sebilik tapi kalau awak anggap sebaliknya, teruskan apa yang awak buat" Sehun berlalu pergi ke biliknya dan diikuti Hayoung. Hayoung berfikir, mungkin betul cakap Sehun, mereka adalah suami isteri. Walaupun tidak bercinta satu sama lain, mereka harus sebilik.

"Awak tak perlu risau, saya tak kan buat apa² kepada awak. Saya just nak hubungan kita seperti suami isteri yang lain. Saya tak nak orang anggap kita seperti suami isteri yang sedang bergaduh. Dan mulai sekarang awak harus panggil saya dengan panggilan biy and saya akan panggil awak sayang. Kita kena biasakan diri dengan panggilan itu kalau tak nak orang lain syak. Terutamanya, Min Jun" Hayoung yang mendengarnya terus masuk ke dalam bilik Sehun dan membersihkan dirinya. Sehun juga turut masuk ke dalam bilik itu. Telefonnya dicapai dan menelefon seseorang sementara menunggu isterinya membersihkan dirinya.

"Kau dah dapat siapa spy dalam group kita?" tanya Sehun kepada pemanggil yang tak lain ialah Mingyu.

Telefon diletakkan di atas meja kembali apabila Hayoung keluar daripada bilik mandi dengan seluar jeans pendek yang menampakkan paha putihnya dan juga t-shirt berlengan pendek. Sehun yang melihatnya hanya mampu menahan nafsunya. Lelaki mana tidak tergoda apabila melihat perempuan memakai seluar pendek. Dengan cepat Sehun masuk ke dalam bilik mandi. Hayoung melihat penampilannya di cermin dan setelah itu, dia turun ke bawah untuk masak.

Sampai di dapur, dia melihat semua barang sudah disediakan dan sekarang dia hanya perlu masak. Dia memakai blue apron dan mengeluarkan semua barang di dalam peti sejuk. Dia memberhentikan kegiatannya kerana dia tidak tahu makanan apa yang perlu dia buat. Dia risau Sehun tidak akan suka dengan masakannya. Dia tahu, masakannya tidak sehebat dengan masakan ibu dan ibu mertuanya. Dia melangkah ke biliknya semula. Niatnya, hendak bertanya kepada suaminya apa perlu dia masak untuk lelaki itu. Pintu bilik dikuak, alangkah terkejutnya, dia melihat suaminya tidak memakai baju. Pintu bilik ditutup semula. Sehun yang melihat isterinya datang, dia memakai baju dengan cepat dan keluar berjumpa dengan isterinya semula.

Ayat yang saya tulis dalam cerita ni, semakin lama semakin teruk dan tidak faham. Korang faham tak ayat yang saya tulis??

              #MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro