Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 26

Happy reading✌

Hayoung menunggu Sehun sambil menonton rancangan televisyen. Hatinya panas kerana Sehun memberitahunya dia hanya pergi sekejap tapi dah nak dekat malam, bayang pun belum muncul. Dia masih cuba untuk tenangkan hatinya dengan menonton televisyen. Tiba² pintu dibuka dan muncul seseorang yang ditunggu Hayoung. Sehun melabuhkan punggungnya di sebelah Hayoung.

"Awak pergi mana? Sehari tak balik rumah"

"Ada kerja sikit. Kenapa?"

"Kerja apa? Kerja pukul orang?"

"Aik! Macam mana tahu? Sayang spy biy eh?"

"Jadi betullah awak kerja pukul orang?"

"Yup! Tapi saya pukul orang yang bersalah je"

"Itu semua kan kerja polis. Yang awak sibuk kenapa? Lain lah kalau awak kerja polis"

"Polis? Not my taste k. Sayang marah eh?"

"Tak. Sayang tak marah tapi sayang suka sangat"

"Kalau sayang suka, bolehlah biy kahwin sorang lagi. Hihi"

"What?! So, biy tak balik rumah sebab biy pergi jumpa perempuan lain?"

"Mana ada. Biy gurau jelah"

"Tipu. Biy ada perempuan lain kan? Baik cakap"

"Tak. Betul biy tak ada perempuan lain. Sayang sorang je yang bertahta di hati biy"

"Tipu!"

"Suka hati sayang lah. Biy nak mandi jap" Sehun berlalu pergi ke biliknya.

"Merajuk dengan biy dua tahun!"

"Merajuk lah sangat. Tak sampai dua minit dah berbaik"

"Fine! We will see. Two years or two minutes?" Bayang Sehun sudah tidak kelihatan. Dia sudah masuk ke dalam bilik mandi. Manakala Hayoung sudah menghidupkan kereta dan berlalu pergi.

...

Sehun selesai membersihkan dirinya. Dia melangkah turun ke bawah. Matanya meliar mencari Hayoung tapi susuk tubuh perempuan itu tidak kelihatan. Dia ketawa kecil. Perangai Hayoung masih tak berubah, kalau merajuk mesti pergi ke rumah ibunya.


@ YulHan house

"Mommy!!" Hayoung menjerit memanggil ibunya. Yuri yang tengah bersantai di depan kaca televisyen pun terkejut.

"Kamu dah kenapa Youngie? Terjerit². Boleh pekak telinga mommy dengan suara kamu"

"Mommy. Youngie tak suka Hun. Dia suka sakitkan hati Youngie" Hayoung memeluk ibunya.

"Hmm. Ni mesti tak ada kerja lain, Youngie gaduh dengan suami Youngie kan?"

"..."

"Youngie ni kan. Dah besar panjang dah pun. Perangai tu masih tak ubah². Still macam budak kecil. Youngie kena ingat, Youngie dah kahwin. Kalau Youngie ada masalah, Youngie selesai lah dengan cara baik. Bukan macam ni. Asal gaduh je, balik sini"

"So, sekarang ni mommy nak sebelahkan menantu mommy tu. Mommy tak sayangkan Youngie?"

"Bukan macam tu. Mommy sayang Youngie tapi.."

"Hi mommy. Hi sayang" Sehun muncul di muka pintu. Hayoung terus bangun ke biliknya.

"Tengoklah tu isteri kesayangan kamu tu. Perangai macam budak²" Yuri menggelengkan kepalanya. Sehun tersenyum.

"Mommy. Saya pergi naik atas dulu"

"Emm yelah. Kalau boleh jangan dimanjakan sangat isteri kamu tu"

"Mana boleh macam tu. Dia kan isteri Hun. So, Hun kenalah layan kerenah dia. Lagipun, tak susah pun. Hun lagi suka dia merajuk macam ni. Tak susah pun nak pujuk dia"

"Untung Youngie dapat suami macam kamu. Dah la handsome, baik pula tu. Tak sia² mommy lepaskan anak Youngie untuk Hun. Mommy harap Youngie dapat bersama Hun hingga ajal datang menjemput kamu berdua"

"Terima kasih mommy. Hun pun untung dapat ibu mertua macam mommy" Sehun memeluk Yuri.

"Hun naik atas dulu"

"Yelah"

Hayoung room

"Hi sayang" Hayoung berdiri di balkoni. Dia tidak menghiraukan panggilan Sehun. Sehun memeluknya dari belakang meletakkan dagu nya di bahu Hayoung.

"Kenapa datang sini? Sepatutnya awak ada dengan perempuan tu"

"Perempuan mana sayang? Kalau sayang nak tahu, sayang sorang je perempuan yang saya ada selain eomma saya"

"Saya tak percaya"

"Awak harus percaya"

"Tak nak!"

"Ok fine. Sayang jangan nangis nanti bila saya pergi jumpa Seyoung" Sehun melepaskan pelukannya dan berbalik ke arah pintu untuk pergi.

"Awak please jangan pergi" Hayoung memeluk Sehun. Sehun tersenyum kemenangan. Dia ada 1001 cara untuk memujuk Hayoung.

"Tak. Saya memain je. Saya janji saya tak kan tinggalkan awak" Sehun mengesat air mata Hayoung. Perempuan itu sudah terisak di dalam pelukannya.

                        ....🌸....



Chae Young sedang berjalan santai di taman berdekatan dengan hospital. Dia hanya bekerja separuh hari. Puas dia memujuk kakaknya untuk bekerja separuh hari. Dia beruntung kerana hari ini Chorong tiada mood untuk marah orang.

Dia berhenti dan duduk di sebuah bangku sambil menghirup udara segar. Matanya meliar melihat di sekelilingnya dan tidak sengaja melihat seorang lelaki dan seorang perempuan berciuman. Lebih parahnya, lelaki itu sangat tidak asing baginya. Dia sangat kenal bahkan sudah terlanjur mencintai lelaki itu tapi setelah melihat lelaki itu berciuman dengan perempuan lain membuatkan hatinya sakit dan mungkin dia tidak mahu mencintai mahupun dicintai. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya hati dia.

Chae Young terus bangun dan berlalu dari situ. Mungkin sejak kejadian tadi, dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Ya, lelaki yang dicintai nya ialah Taeyong. Sejak pertama kali dia berjumpa Taeyong, jantungnya seakan mahu berlari meninggalkannya. Tetapi, setelah kejadian tadi, hatinya terus tertutup. Air mata mula mengalir di pipi putihnya. Dia pulang ke hospital semula.

Sampai di hospital, dia terus ke bilik Chorong. Chorong yang melihat kedatangan adiknya juga pelik. Mana taknya, tadi bukan main lagi pujuk dia untuk bekerja separuh hari. Ini tak, tidak sampai sejam Chae Young dah pulang ke hospital semula. Yang lebih peliknya, Chae Young sedang memeluknya sambil menangis.

"Unnie. Chae tak layakkah untuk mencintai seseorang. Kenapa di saat Chae bercinta dengan seseorang itu, seseorang tu akan menyakiti hati Chae walaupun dia tak sedar dia telah lukakan hati Chae" Chorong yang mendengar luahan adiknya juga terkejut. Dia tahu lelaki yang dimaksudkan Chae adalah Taeyong. Pertama kali dia melihat adiknya menangis seperti ini.

"Kenapa cakap macam tu. Chae layak sangat untuk mencintai seseorang itu tapi Chae perlu berkorban sedikit. Mencintai seseorang dalam diam akan membuat kita sakit daripada seseorang itu menolak cinta kita. Chae kena lalui semua tu. Unnie cadangkan, Chae bagitahu perasaan sebenar Chae kepada lelaki tu. Kalau tak Chae akan lebih sakit" Chorong mengusap kepala adiknya.

"Tak nak. Pintu hati Chae dah tertutup untuk semua lelaki. Chae dah tak cintakan dia" kata Chae Young dengan penuh yakin. Chorong hanya menggeleng kepalanya.

...

"Aaaaa!!!!" Hayoung menutup telinga apabila mendengar jeritan Chae Young. Syaitan mana tah merasuk dia pada siang² hari ni.

"Chae kenapa jerit? Sakit telinga unnie tau tak?" Rungut Hayoung.

"Sorry. Chae just excited sebab tak lama lagi Chae akan jadi aunty" Hayoung cuba untuk memahami maksud Chae Young.

"You mean I'm pregnant?!" Hayoung baru dapat menangkap kata² Chae Young.

"Yup! 2 weeks. Congratulations unnie. I'm happy for you" tanpa disedari, air mata Hayoung jatuh dari kelopak matanya. Chae Young panik.

"Unnie ok? Kenapa menangis?" Tanya Chae Young dengan riak wajah yang risau.

"Unnie ok. Unnie just happy" Chae Young bernafas lega. Dia fikir Hayoung tidak gembira.

...

Sehun baru pulang dari rumah ibunya. Dia sudah mengajak Hayoung bersama tetapi perempuan itu menolak dengan alasan dia ingin ke hospital untuk berjumpa dengan Chae Young. Akhir sekali, dia memutuskan untuk pergi seorang diri.

Dia melangkah ke dapur kerana tercium bau makanan kesukaannya. Hayoung sibuk memasak di dapur sehingga dia tidak menyedari kehadiran Sehun. Sesekali, dia akan menyanyi kerana terlalu gembira.

"Hi sayang" Sehun memeluk Hayoung.

"Eee..busuknya awak. Awak pergi mana tadi? Awak pergi rumah eomma ke awak pergi kandang lembu. Saya tak suka bau ni. Pergi sana. Meloyakan betul" Hayoung menolak Sehun.

Sampai di bilik mereka, Sehun mencium badannya. Adakah dia terlalu busuk. Dia cuma ke rumah ibunya buka ke tempat pembuangan sampah.

Selesai mandi, dia turun ke ruang makan semula untuk menjamah makanan yang dimasak oleh isterinya.

...

Hayoung merehatkan diri di ruang tamu sambil bermain telefonnya. Dia terlalu bosan di rumah. Sehun datang dan melihat Hayoung sedang bermain telefon dengan beposisi tidur. Dia terus datang dan memeluk Hayoung.

"Awak rimas lah. Sayang letih tau tak. Please jangan ganggu sayang" Hayoung meletakkan telefonnya dan memejamkan matanya. Sehun pelik dengan perangai isterinya.

"Sayang buat kerja apa sampai letih macam ni?" Tanya Sehun.

"Akhir² ni sayang selalu letih sebab sekarang ni sayang dah berbadan dua" dia bercakap sambil menutup mata.

"What?! Berbadan dua?! You mean you're pregnant babe?!" Sehun masih tidak percaya dengan kata² Hayoung.

Tak jadi DELETE lah cite ni. Bila fikir² balik cite ni dah nak sampai ke penghujungnya. Tinggal satu lagi konflik, pas tu tamat. Yeay! Boleh buat cite baru. Ekhmm! Over pulak.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro