Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 25

Happy reading✌

Hayoung berjalan seorang diri di Sungai Han sambil memeluk tubuhnya. Angin malam menerpa kulitnya meyebabkan dia sedikit kesejukan. Fikirannya melayang entah kemana. Orang sekelilingnya juga tidak dihiraukan. Dia berhenti berjalan dan melihat pemandangan di situ pada waktu malam. Kata² Suho masih segar di ingatannya.

Tiba² satu tangan melingkari pinggangnya. Dia menoleh ke sebelahnya dan melihat lelaki yang bergelar suaminya itu berdiri di sebelahnya. Dengan cepat dia memeluk lelaki itu.

"Sayang buat apa di sini sorang²? Mana Taeyong? Mana Mingyu?"

"Dorang ada di rumah dorang lah. Sayang tak nak mereka ikut. Sorry. Awak jangan marah dorang pulak"

"Tak. Saya tak akan marah dorang. Hmm. Tadi cakap nak jumpa Suho hyung, kenapa datang sini pula?"

"Sayang dah jumpa Suho oppa. Sayang datang sini sebab nak tenangkan fikiran sayang yang serabut ni"

"Serabut? Serabut kenapa?"

"Tak da apalah"

"Sayang. Kalau sayang nak bagitahu apa², cakap je"

"Biy"

"Hmm"

"Betul biy nak lepaskan sayang? Biy dah tak sayangkan sayang?"

"Sebab biy sayang lah, biy sanggup lepaskan sayang walau sebenarnya biy tak nak sayang pergi dalam hidup biy. Kenapa biy tanya macam tu?"

"Sebenarnya sayang..."

"...." Sehun masih menunggu Hayoung bercakap.

"Sebenarnya sayang tak nak bercerai dengan biy. Sayang masih cintakan biy. Sayang tak nak hidup tanpa biy di sisi sayang" Hayoung berkata dengan sekali lafaz. Mukanya ditutup kerana menahan malu.

Sehun menutup mulutnya kerana menahan tawanya. Hayoung menjadi pelik kerana Sehun tidak membalas percakapannya. Dia membuka semula mukanya dan melihat muka Sehun sudah merah kerana menahan tawanya. Entah apa yang lucu pun tak tahu. Sehun semakin tidak tahan dan akhirnya dia melepaskan tawanya.

"Kenapa awak ketawa. Ingat sayang memain ke. Benci lah macam ni" Hayoung mencubit perut Sehun.

"Alolo. So sweet" Sehun mencubit pipi Hayoung.

"Saya serius tau tak? Awak ingat benda ni lawak ke" dengan tiba² Hayoung menjadi marah.

"Ok². Biy minta maaf. Anyway thanks sayang sebab batalkan penceraian kita. Saya happy sangat dengar awak cakap tadi" Sehun mencium bibir Hayoung.

"Tapi kan. Masa awak marah tadi, muka awak tak ubah seperti ahli sihir macam dalam movie Shrek" Sehun terus melarikan diri.

"Yah! Oh Sehun!! Berani awak cakap macam tu!" Hayoung terus berlari dan mengejar Sehun.

"Awak! Stop lah. Saya dah tak penat nak kejar awak" Sehun berhenti dan berjalan ke arah Hayoung yang terduduk.

"Awak ok ke tak ni?" Tanya Sehun.

"Of course la tak ok. Berani awak kenakan saya!" Hayoung menarik telinga Sehun sehingga menyebabkan kesan merah. Sehun memegang telinganya.

"Sakit tahu tak. Awak main tarik² je telinga saya. Macam mana kalau putus?" Hayoung melepaskan tawanya.

"Kalau putus, saya sambung balik" jawab Hayoung tanpa rasa bersalah.

"Awak ingat wayar ke, boleh putus sambung balik?" Sehun menggeleng kepalanya. Sikap Hayoung tak pernah berubah sejak mereka berkahwin.

"Biy"

"Nak ape?"

"Nak dukung" Hayoung merentangkan tangannya sambil membuat muka comel.

"Tak nak"

"Ala. Biy. Boleh la boleh la" Hayoung masih merengek sambil memegang tangan Sehun.

"Nasib awak comel. Kalau tak dah lama saya campak dalam sungai ni" Hayoung naik di belakang Sehun. Mereka berjalan menuju ke kereta Sehun.

                        🌸🌸🌸

@ hospital

Hayoung ke hospital untuk berjumpa dengan Chorong kerana dia merasa bosan di rumah. Sehun pula keluar pergi kemana tah. Katanya ada kerja penting. Kerja pukul orang ada lah. Dia membawa satu beg kertas di tangannya. Maybe hadiah untuk Chorong.

"Auchh!!" Seorang perempuan telah melanggarnya.

"Saya minta maaf sangat. Saya nak cepat tadi" kata perempuan yang terlihat lebih muda dari Hayoung itu.

"It's ok. Saya tahu macam mana menjadi seorang doktor. Semua kerja harus cepat, tidur tak cukup tapi menjadi seorang doktor sangat seronok. Betul tak?"

"Betul. Macam mana unnie tahu?"

"Saya juga seorang doktor di hospital ni tapi saya ambil cuti yang panjang sehingga saya betul² bersedia untuk bekerja semula. Ada problem sikit. Hmm. Saya dengar ada doktor baru ganti tempat saya. Kamu tahu tak siapa?"

"Wait?...Omo!! Unnie Doktor Oh Hayoung? Yang cantik, tinggi and dah berkahwin tu?!"

"Yes. Semua tu betul. Macam mana kamu tahu?"

"Saya Park Chae Young. Doktor baru yang menggantikan doktor Oh Hayoung selama dua tahun dan juga adik kepada Park Chorong yang juga doktor di hospital ni"

"Wow! Daebak! So, Chae lah yang gantikan tempat unnie. And sejak bila Chorong unnie ada adik?"

"Ouh! Dia tak bagitahu eh? Aishh! Dia selalu macam tu. Susah nak kenalkan Chae kepada orang lain. Biarlah. Anyway, Chae baru balik dari India. Baru habis study"

"Patutlah unnie tak pernah kenal. Chae. Unnie nak ucapkan terima kasih sangat sebab sudi gantikan tempat unnie"

"No problem lah. Lagipun, lepas habis je study, Chae tak ada kerja. Bosan di rumah sementara tunggu pihak atasan panggil Chae berkerja lebih baik Chae ganti tempat unnie. Chae suka sangat jadi doktor. Macam mana unnie kata tadi, menjadi seorang doktor sangatlah seronok"

"Betul tu. Tak pe lah. Nanti kita berbual lagi. Unnie nak pergi jumpa Chorong unnie jap"

"Ouh! Dia ada di bilik dia"

"Thanks. Unnie pergi dulu. Fighting!"

"Ok. Fighting!" Hayoung berlalu pergi ke bilik Chorong.

....

Chorong sibuk menaip sesuatu di dalam laptop nya. Dia tidak perasan dengan kehadiran Hayoung. Mungkin dia terlalu busy.

"Chorong unnie!!" Hayoung memeluk Chorong yang masih duduk di atas kerusi kerjanya.

"Yah! Oh Hayoung! Sakit telinga unnie dengar Youngie jerit"

"HEHE✌. Sorry. Youngie rindu sangat dengan unnie"

"Unnie pun. Btw kenapa Youngie datang sini?"

"Youngie datang sebab nak bagi ni. Chocolate cake untuk Jaehyun. Dia mesti suka. Youngie buat sendiri cake ni"

"Thanks. Jaehyun mesti suka. Tapi unnie rasa Jaehyun tak sempat makan sebab ada seekor gorila di rumah unnie sekarang ni"

"Maksud unnie Park Chae Young? Adik unnie yang baru balik dari India tu?"

"Macam mana Youngie tahu?"

"Tadi Youngie terserempak dengan dia masa nak datang sini. Dia cantik sangat"

"Lah ye ke. Jangan puji sangat. Nanti dia terlebih seronok pula"

"Unnie saya dengar apa unnie cakap" Chae Young muncul di dalam bilik Chorong.

"Memang betul pun"

"Unnie cakap jelah yang unnie jealous dengan kecantikan Chae. Betul tak?" Chae Young flip rambutnya. Chorong yang melihatnya juga menyampah. Hayoung pula hanya ketawa kecil.

"Lepas ni Chae ada kerja tak?" Tanya Hayoung.

"Tak de. Chae nak balik rumah lepas ni. Kenapa?"

"Chae nak tak temankan unnie beli barang dapur? Tapi bodyguard peribadi unnie ikut sekali lah. Chae tak kisah kan?"

"Chae tak akan kisah selagi bodyguard peribadi unnie tu handsome"

"Mula la tu nak menggatal. Unnie macam nak letak cili je mulut tu" kata Chorong.

"Hari tu, unnie yang suruh Chae cari teman lelaki. Pas tu kahwin cepat². So, Chae nak try lah bodyguard peribadi Hayoung unnie. Mana tahu dia handsome and maybe dia type ideal Chae ke. Kan? Betul tak Hayoung unnie?"

"Betul tu. Dah la unnie. Jangan marahkan sangat Chae ni. Kesian dia"

"Jangan dimanjakan sangat budak tu. Lama² nanti naik lemak. Susah"

"Biarlah. Wekk" Chae Young menjelir lidah kepada Chorong.

"Tengok tu. Elok sangatlah buat muka macam tu. Memang patut unnie panggil dia gorila" Chorong tertawa.

                       ....🌸....

Chae Young mengikut di belakang Hayoung sambil menolak troli yang penuh dengan barang dapur. Sepatutnya, Taeyong yang menolak troli itu tapi dia memberitahu Hayoung dia akan datang lambat.

"Unnie. Banyak lagi ke barang yang unnie nak beli? Chae dah penat tolak troli ni dari tadi lagi" rungut Chae Young. Hayoung hanya menggelengkan kepalanya. Umur baru 23 tapi buat kerja sikit je dah penat.

"Hmm. Banyak lagi barang yang unnie nak beli. Unnie beli semua ni untuk sebulan sebab tu lah banyak" Chae Young membesarkan matanya.

"Tak payah nak besarkan sangat mata tu. Mata unnie lagi besar" tiba² seorang lelaki yang tidak lain dari Hayoung muncul. Lelaki itu hanya berpakaian biasa.

"Datang pun. Youngie ingat oppa dah tak nak datang" Chae Young masih memandang Taeyong dengan mulutnya sedikit terbuka.

"Handsome nya"

"Apa Chae cakap? Unnie tak dengar"

"Eh! Tak ada apa pun. Anyway, siapa lelaki ni unnie"

"Kenalkan. Ni lah bodyguard peribadi unnie. Handsome kan?"

"Hi. Saya Lee Taeyong" Taeyong menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Chae Young.

"Park Chae Young. Nice to meet you Mr Handsome"

"Ekhmm!! Unnie masih ada di sini"

"Ouh! Sorry. Meh saya tolak troli ni" Taeyong mengambil troli dari Chae Young. Manakala Chae Young pula masih memandang Taeyong.

Semakin lama semakin pening cite ni. Patutkah saya DELETE cite ni?

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro