Chapter 24
Happy reading✌
"Fine. Saya lepaskan awak. Tapi dengan satu syarat" Hayoung melihat Sehun yang sedang serius bercakap.
"Apa syaratnya?"
"Saya boleh lepaskan awak tapi saya nak awak sihat dulu. Saya akan jaga awak sebaik mungkin. And saya nak awak tahu, saya buat semua ni sebab saya cinta dan sayangkan awak. Pintu rumah saya akan terbuka bila² masa untuk awak. Begitu juga hati saya" air mata Sehun mula jatuh.
"Thanks awak" Hayoung memeluk Sehun. Sehun juga turut membalas pelukan Hayoung dengan erat. Berat hatinya untuk mengeluarkan kata² tadi. Tapi ini semua untuk kebaikan Hayoung. Mungkin dia dan Hayoung tidak ditakdirkan untuk bersama.
"Jangan menangis. Awak buat saya semakin rasa bersalah kerana membuat keputusan macam ni" Hayoung mengesat air matanya. Dari jauh Suho dan Chorong hanya memerhati. Mereka tidak tahu apa yang dibualkan oleh Sehun dan Hayoung.
"Tak. Awak buat keputusan yang betul. Sebelum saya lepaskan awak, saya nak hubungan kita macam dulu. And kalau awak tak kisah, saya nak spend time dengan awak lebih lama boleh?"
"Sure. If you want it. Saya bagi awak seminggu. Boleh?" Sehun hanya mengangguk lemah.
"Now. Kita lupakan masalah tadi. Jom kita pergi jalan²" Hayoung menarik Sehun ke arah penjual ais krim yang berada tidak jauh dari mereka.
Hayoung menghulurkan secawan ais krim kepada Sehun. Sehun mengambil ais krim itu dan meletakkan di atas meja. Berbeza dengan Hayoung, perempuan itu terlebih dahulu memakan ais krim yang dibelinya tadi. Sehun hanya memandang ke arah laut.
"Biy. Kenapa tak makan. Cair ais krim tu nanti"
"Biy tak nak makan. Tak ada selera"
"Ala biy ni. Makanlah sikit. Penat tau sayang beli" Hayoung berpura pura sedih.
"Alo. Sayang sedih ke kalau biy tak makan ais krim ni?" Hayoung mengangguk.
"Biy bukan tak nak makan tapi biy tak suka ais krim berperisa coklat. Biy suka perisa vanilla"
"Kenapa tak cakap awal²" Sehun melihat sisa ais krim di tepi bibir Hayoung. Dia ketawa kecil.
"Kenapa ketawa macam tu?" Tanya Hayoung pelik. Sehun mengesat ais krim yang berada di tepi bibir Hayoung dan mencium bibir perempuan itu lembut.
"Cute sangat sayang buat muka macam tu" Sehun mencubit pipi Hayoung.
"Suka sangat kan kenakan orang" Hayoung mencubit perut Sehun.
....🌸....
Dua hari berlalu, tiada pergaduhan di antara mereka. Hayoung melayan Sehun dengan baik. Begitu juga Sehun. Hayoung juga mula pulih seperti dulu. Sehun gembira Hayoung sudah seperti dulu tetapi di sisi lain dia juga sedih kerana terpaksa melepaskan perempuan kesayangannya.
Bunyi bell kedengaran. Sehun melihat Hayoung membuka pintu dari ruang tamu. Seorang lelaki datang dan langsung memeluk Hayoung. Hatinya panas kerana dia tahu lelaki itu bukan Taeyong, Mingyu mahupun Hansol abang Hayoung. Dia berjalan ke arah mereka. Johnny tersenyum jahat sambil melepaskan pelukan dia kepada Hayoung.
"Sayang" panggil Sehun. Hayoung menoleh ke arah Sehun. Dia tahu Sehun melihat dia berpelukan dengan Johnny. Sebenarnya, Johnny yang memeluknya dahulu. Dia juga terkejut.
"Awak. Saya nak keluar dengan Johnny oppa boleh?" Sehun yang mendengarnya semakin panas hatinya plus sakit.
"Tak boleh sebab saya nak spend time dengan awak hari ni" kata Sehun dengan wajah dinginnya.
"Tapi-"
"It's ok. Lain kali keluar sama². Kita ada banyak masa lagi lepas ni" Johnny melihat ke arah Sehun yang sedang menahan marahnya. Sehun tahu apa yang dimaksudkan Johnny. Macam mana Johnny tahu dia dan Hayoung akan bercerai? Sehun tertanya tanya.
"Oppa balik dulu Youngie. Bye" Hayoung tersenyum. Johnny mendekatkan mulutnya ke telinga Sehun.
"Hari ni kau boleh menang. Aku biarkan kau spend time dengan Hayoung sebanyak mana yang kau nak sebab nanti Hayoung akan tinggalkan kau. And dia akan kahwin dengan aku. Nanti aku hantar special kad jemputan kat kau. Jangan lupa datang pula" kemarahan Sehun sudah mencapai tahap terakhir.
Bila² masa boleh meletup. Kata² Johnny membuatkan dia bunuh lelaki ini sekarang juga. Johnny menepuk bahu Sehun dan berlalu pergi. Sehun melangkah masuk ke dalam semula. Televisyen dipasang untuk menghilangkan kemarahannya. Hayoung melabuhkan punggungnya di sebelah Sehun.
"Biy. Biy marah sayang ke?"
"..."
"Biy"
"Yup! Memang saya marah awak. Awak tu still wife saya. Kenapa mesti keluar dengan lelaki tu? Kalau awak nak keluar, saya boleh temankan awak!"
"Hehe. Biy jealous eh? Awww..so cute" Hayoung mencubit pipi Sehun.
"Mana ada saya jealous. Saya just tak suka awak keluar dengan lelaki tu"
"Jealous la tu. Hahahaha. Actually, sayang tak pernah fikir pun nak keluar dengan Johnny oppa. Sayang pun tak tahu dia datang sini. Sayang just nak kenakan biy je tadi. HEHE✌"
"Nakal kan sayang" Sehun menarik perlahan telinga Hayoung. Manakala Hayoung hanya ketawa. Dia dah berjaya kenakan Sehun.
"Biy lagi nakal" Hayoung menarik kuat telinga Sehun sehingga meninggalkan kesan merah. Dia bangun dan berlari menuju ke bilik mereka.
"Yah! Oh Hayoung!! Sakit tahu tak!" Sehun juga bangun dan mengejar Hayoung.
Hayoung mengunci pintu bilik mereka. Sehun tidak berhenti mengetuk pintu. Hayoung di dalam hanya ketawa. Dia berjaya kenakan Sehun buat kali kedua.
"Oh Hayoung! Buka pintu" Hayoung hanya diam dan membaringkan dirinya di atas katil.
"Buka pintu ni sayang. Kalau tak, biy akan pastikan sayang pregnant buat kali ketiga" Sehun tersenyum jahat.
"...." Hayoung yang mendengarnya juga terkejut. Kalau dia buka pintu, beerti dia kalah dan Sehun juga akan kenakan dia balik.
Sehun masih berfikir cara untuk masuk ke dalam bilik mereka. Tidak lama kemudian, dia mendapat satu idea. Dia membuka almari yang tidak jauh daripada bilik mereka. Dia mengambil kunci pendua bilik mereka.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Hayoung yang masih berada di atas katil juga terkejut. Tidak terlintas di dalam fikirannya Sehun akan mengambil kunci pendua bilik mereka.
Sehun terus melompat ke arahnya dan turut membaringkan dirinya di sebelah Hayoung. Hayoung sedikit takut kerana Sehun tidak akan bercakap sahaja, dia akan buat betul². Dia bangun untuk lari dari Sehun tetapi tidak berjaya kerana Sehun terlebih dahulu menarik dan memeluknya. Dia tidak dapat lari lagi.
"Sayang nak pergi mana? Kan tadi biy dah cakap buka pintu. Kenapa degil"
"Sayang minta maaf. Sayang just bergurau je tadi"
"Dah terlambat untuk minta maaf sayang. And now, sayang harus tunaikan apa yang biy cakap tadi. Tiada penolakan" jantung Hayoung berhenti untuk seketika setelah mendengar percakapan Sehun.
Dia melakukan dengan rela hati. Lagipun, ini memang tugasnya sebagai seorang isteri iaitu melayan suaminya.
....🌸....
Seorang lelaki sedang minum hot chocolate yang dipesan olehnya di sebuah cafe yang cukup mewah. Di luar, hujan lebat masih melanda kota Seoul sejak semalam. Tidak lama kemudian seseorang yang ditunggunya muncul sambil tersenyum ke arahnya.
"Suho oppa. Sorry lambat sikit datang. Bukan senang nak minta izin Sehun" Hayoung melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Suho.
"Youngie sihat?"
"Youngie sihat je. Look, badan Youngie pun bertambah gemuk sekarang ni. Oppa tak kerja hari ni?"
"Tak. Oppa cuti hari ni"
"Youngie nak minta maaf. Disebabkan Youngie, Suho oppa terpaksa gantikan tempat Sehun oppa"
"Tak pe. Perkara kecil je"
"Tak de lah, oppa mesti tak de masa untuk Jaehyun. Kesian Jaehyun"
"Mana ada. Jaehyun lebih suka tinggal dengan neneknya berbanding dengan kitaorang"
"Lah ye ke. Anyway, kenapa oppa nak jumpa dengan Youngie?"
"Oppa just nak tanya, betul ke Youngie dan Sehun akan bercerai?"
"Macam mana oppa tahu? Setahu Youngie, Youngie tak bagitahu sapa²"
"Sehun yang bagitahu oppa"
"Ouh"
"Oppa tahu, oppa tak patut campur urusan korang and Sehun pun tak patut bagitahu hyung. Sejak hyung dia meninggal, semua masalah dia, dia akan kongsi dengan oppa"
"Wait? Sehun oppa ada abang? Bukannya, dia anak tunggal?"
"Yes. Memang dia anak tunggal. Dia anggap lelaki tu seperti abangnya sendiri. Semua masalah dia akan cerita kepada lelaki tu. Tapi sekarang lelaki tu dah tak da"
"Lelaki tu pergi mana?"
"Lelaki tu dah meninggal dunia"
"Ouh. Kesian Sehun oppa"
"Sehun dulu seorang yang periang, suka bercakap, peramah dan suka senyum kepada orang. Tapi sekarang, semua tu dah tak da sejak hyung dia mati sehinggalah dia berkahwin dengan Youngie, sikap dia semakin berubah seperti dulu. Walaupun dia tak sepenuhnya berubah tetapi sikap dinginnya semakin kurang"
"Kalau boleh Youngie tahu, hyung dia mati sebab apa?"
"Kalau yang tu, oppa tak boleh bagitahu sebab Sehun tak benarkan oppa bagitahu orang lain"
"Youngie rasa, banyak tentang Sehun, Youngie belum tahu"
"Kenapa Youngie tak cari tahu sendiri?"
"Youngie malas. Oppa tahu kan, Youngie busy sangat. Pesakit di hospital pun semakin bertambah. Youngie tak ada masa untuk cari tahu semua tu"
"Tak pe. Nanti Youngie akan tahu juga. Oppa rasa, Youngie mampu untuk merubah Sehun menjadi seperti dulu. Tapi oppa mungkin boleh berharap kerana Youngie akan bercerai dengannya"
"Sorry oppa. Youngie terpaksa tinggalkan Sehun oppa sebab Youngie rasa, Sehun oppa patut dapat perempuan yang lebih baik dari Youngie"
"Oppa tahu. Youngie tahu tak apa yang Sehun bagitahu oppa?"
"Dia cakap apa kat oppa?"
"Dia cakap, kalau boleh dia tak nak tinggalkan Youngie. Dia baru dapat kebahagiaan yang dia tak pernah rasa bila bersama dengan Youngie. Tidak sia sia dia terima ajakan Youngie untuk berkahwin dengannya. Dia cakap, dia jatuh hati dengan Youngie semasa Youngie merawatnya di hospital. Sejak pertama kali dia jumpa Youngie, dia rasa dah jatuh cinta dengan Youngie. Tapi dia tak nak tunjuk semua tu sebab dia nak tengok Youngie sama ke tidak seperti perempuan di luar sana. Dia cuba untuk dekatkan diri dengan Youngie dengan menolong Youngie dari Min Jun, lelaki yang selalu mengganggu Youngie. Lama kelamaan, dia dapat lihat Youngie lain daripada perempuan di luar sana. Dia ada tanya oppa, macam mana nak confess dengan Youngie. Oppa pun pelik dengan pertanyaan dia sebab setahu oppa dia bukan lelaki macam tu. Kalau dia betul² sukakan perempuan tu, dia akan terus confess tanpa malu. Dia kata, Youngie tak macam perempuan lain, dia takut untuk bagitahu perasaan sebenarnya kepada Youngie. Dia takut Youngie akan tolak dia tetapi sebelum dia bagitahu Youngie perasaan dia, Youngie dah ajak dia kahwin. Dia cakap tiada siapa yang tahu betapa gembiranya dia kecuali Tuhan. Malam tu juga dia telefon oppa dan bagitahu oppa Youngie ajak dia kahwin. Dia ada bagitahu oppa, dia cakap dia nak berhenti kerja and cari kerja lain. Dia tak nak berjauhan dengan Youngie. Dia cakap dia tak kan lepaskan Youngie walau apapun terjadi. Dia sayang dan cintakan Youngie. So, oppa harap Youngie fikirkan balik keputusan yang Youngie buat sekarang ni. Oppa tahu, Youngie cintakan Sehun seperti Sehun cintakan Youngie"
Hayoung mula menangis. Apa yang Suho cakap, semua betul. Dia terlalu sayangkan Sehun.
"Baiklah oppa. Youngie akan fikirkan semula. Terima kasih kerana beritahu Youngie semua ni"
Haruskah aku lepaskan orang yang aku cintai demi kepentingan ku sendiri...
-Hayoung
Panjang tak chapter ni? Anyway saya dah update. Sorry kalau korang tunggu lama untuk chapter ni.
Q: KORANG NAK HAYOUNG AND SEHUN BERCERAI ATAU TIDAK?? DAN BAGI SEBAB.
Saya akan tunggu jawapan korang sebelum saya updated. Cepat korang bagi jawapan, maka cepatlah saya akan update untuk chapter seterusnya.
#justcommented
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro