Chapter 23
Happy reading✌
Bughh!! Bughh!!
Sehun memukul seorang lelaki. Anak buahnya yang lain juga turut berlawan.
"Lain kali kalau nak fight, tengok orang dulu. Ni tak, main redah je. Better kau bagitahu bos kau, jangan pernah cari pasal aku. Faham!!" Lelaki itu mengangguk. Tetiba telefonnya berbunyi. Dia melepaskan lelaki itu dan menjawab panggilan telefon dari Taeyong.
"Kau nak apa?"
"...."
"What?!! Hayoung hilang?"
"...."
"Tak kan sorang perempuan pun kau tak boleh jaga. Kau ni kan memang tak pandai langsung jaga Hayoung. Aku nak kau cari dia sampai jumpa. Kalau tak jumpa, kau tahu sendiri akibatnya!"
"....."
Sehun menutup telefonnya dan berlalu ke keretanya. Dia perlu mencari Hayoung. Urusan di sini, Mingyu akan selesaikan.
...
1 jam berlalu, Hayoung masih tidak dijumpai. Semua tempat sudah dicari tapi hasilnya tetap sama. Setelah lama berfikir, akhirnya dia teringatkan satu tempat yang belum dia pergi. Dia memandu kereta sepantas mungkin. Sampai di situ, dia mula mencari Hayoung. Sangkaannya tepat, Hayoung berada di kubur anaknya.
Dia menghampiri Hayoung yang sedang nyenyak tidur di tepi kubur Seyoung. Dia mencium pipi Hayoung dan meletakkan Hayoung di dalam keretanya. Dia meninggalkan Hayoung di dalam kereta lalu dia melangkah ke kubur seseorang.
"Hyung. Saya minta maaf kerana baru sekarang saya dapat datang sini. Hyung. Apa patut saya buat? Saya dah gagal jadi appa yang baik untuk anak saya hyung. Saya tak layak jadi seorang bapa. Anak saya mati kerana saya hyung. Anak saya dah mati hyung!!" Sehun terduduk dan menangis di tepi kubur lelaki itu. Dia betul² menyesal dengan perbuatannya.
Lama juga dia menangis sehingga dia baru sedar siang dah bertukar malam. Dia mengesat air matanya dan bangun menuju ke keretanya. Sampai di kereta, dia melihat Hayoung masih tidur nyenyak. Dia menghidupkan enjin dan berlalu dari kawasan perkuburan itu.
....🌸....
02.05 pagi, Sehun terjaga dari tidurnya. Dia melihat di sebelahnya. Hayoung tidak ada di sebelahnya. Tingkap koridor terbuka dan angin yang dingin mula masuk ke dalam bilik mereka. Sehun bernafas lega apabila mendapat tahu bahawa perempuan yang berdiri di koridor bilik mereka ialah Hayoung.
"Kenapa tak tidur?"
"...."
"Tak sejuk ke berdiri di sini?"
"...." seperti biasa. Hayoung tidak akan menjawab pertanyaan Sehun termasuk sesiapapun yang bercakap dengannya. Sehun tak kan mengalah. Dia akan terus bercakap dengan isterinya walaupun Hayoung masih enggan mengeluarkan suaranya.
"Jom tidur. Sejuk di sini" Hayoung hanya menurut. Sehun memimpin Hayoung kembali ke tempat tidur mereka. Dia membaringkan dirinya di sebelah Hayoung dan memeluk wanita itu. Tidak lama kemudian, Sehun merasa seperti sesuatu melingkari pinggangnya. Yup! Hayoung membalas pelukannya. Hayoung membenamkan wajahnya di dada Sehun. Dia memperatkan pelukannya.
Sehun tersenyum gembira. Hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia Hayoung membalas pelukannya. Dia sangat merindui pelukan isterinya itu.
...
Sehun sibuk menyediakan sarapan untuknya dan Hayoung. Sejak Hayoung begitu, semua kerja rumah dibuat olehnya. Selesai menghidangkan sarapan, dia menuju ke atas untuk memanggil Hayoung. Sampai di bilik, dia tidak melihat kelibat Hayoung. Dia mencari seluruh rumah tapi tidak ada juga. Dia melangkah ke taman belakang rumahnya.
"Hi sayang. Buat apa sorang² di sini"
"..."
"Saya tahu awak rindu anak kita. Saya pun rindu juga. Tapi kita tak boleh buat apa². Kita harus teruskan hidup kita"
"..."
"Sampai bila awak nak jadi macam ni? Saya tak sanggup tengok awak macam ni. Saya nak Oh Hayoung yang dulu. Saya tahu ni semua salah saya. Saya tak pandai jaga anak. Kalau awak nak benci, nak tengking, nak bunuh saya sekalipun saya tak kisah. But please, saya tak nak tengok awak macam ni. Saya rindu Oh Hayoung yang dulu" sebutir air mata jatuh di pipinya.
Sedikitpun Hayoung tidak menghiraukan percakapan Sehun. Muka Sehun juga tidak dilihatnya. Hayoung bangun dan meninggalkan Sehun seorang diri.
....🌸....
Praanggg!
Bunyi gelas kaca jatuh di dapur. Siapa lagi kalau bukan Hayoung yang menjatuhkannya. Sehun yang mendengar itu terus berlari menuju ke dapur.
"Sayang!" Sehun melihat Hayoung terduduk di bawah sambil menangis. Jari Hayoung juga berdarah akibat terkena serpihan kaca.
...
Sehun meletakkan plaster di tangan Hayoung. Air mata Hayoung tidak henti mengalir dari tadi. Dia menangis bukan disebabkan luka ditangannya tapi disebabkan dia terlalu lemah untuk melakukan sesuatu.
"Next time, kalau nak apa² bagitahu saya. Kalau jadi apa² kan susah. Tengok sekarang ni, jari awak dah terluka"
"..."
"Awak jangan pergi mana². Saya nak pergi bersihkan kaca² tadi. And then, saya nak bawa awak pergi satu tempat" Sehun mencium dahi Hayoung dan berlalu ke dapur.
...
Hayoung memakai dress simple dan rambut yang dilepaskan. Dia tetap terlihat cantik walaupun tanpa make up. Mereka berjalan ke tepi pantai. Tidak lupa juga Sehun memegang tangan Hayoung dengan erat. Sesekali dia memandang wajah Hayoung yang sedikit pucat dan matanya mempunyai garisan hitam di bawah kerana kerap menangis. Dia menjadi serba salah. Kalau dulu dia tidak terima ajakan Hayoung untuk berkahwin, mungkin Hayoung tidak seperti sekarang ini.
Angin di pantai itu menyebabkan rambut Hayoung menutupi wajah cantiknya. Hayoung terpaksa memegang rambutnya. Sehun mengeluarkan sesuatu dan menghulurkan kepada Hayoung. Mereka berhenti di satu tempat.
Hayoung hanya melihat benda yang dihulurkan oleh Sehun. Dia tidak berniat untuk mengambil dari tangan Sehun. Dia kembali melihat pemandangan indah di pantai itu. Sehun hanya menggeleng kepalanya melihat sikap Hayoung. Dia berdiri di belakang Hayoung dan mula mengikat rambut Hayoung menjadi seperti ekor kuda. Walaupun dia lelaki, dia juga tahu sedikit sebanyak untuk mengikat rambut perempuan. Dia selalu melihat ibunya mengikat rambut ketika hendak memasak. Dari situ dia dapat belajar cara mengikat rambut.
Hayoung masih leka melihat pemandangan di hadapannya. Di sisi lain, dia merasa beruntung kerana mempunyai suami yang prihatin seperti Sehun.
"Hi Youngie" sapa seorang perempuan. Hayoung hanya melihat tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.
"Chorong noona. Suho hyung. Buat apa kat sini? Jaehyun mana? Tak datang sekali?" Tanya Sehun bertubi tubi.
"Jaehyun tak datang. Dia ada rumah eomma hyung" jawab Suho.
"Kitaorang saja datang sini. Ambil angin. Korang?" Tanya Suho pula.
"Saja bawa Hayoung datang sini. Asyik di rumah je. Boring" Hayoung bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah pantai semula.
Mereka bertiga hanya mampu melihat.
"Hyung harap Hun kuat dan sabar. Tapi hyung appreciate sangat Hun tetap jaga Hayoung dengan baik" Suho menepuk perlahan bahu Sehun. Chorong hanya tersenyum.
"Itu kan tanggungjawab Hun sebagai seorang suami. Hmm. Hyung, noona terima kasih kerana terus support Hun. Kalau hyung dan noona tak ada, tak tahulah apa jadi dengan Hun"
"Noona akan terus support Hun sampai bila². Noona dah anggap Hun macam adik noona sendiri" Chorong memeluk Sehun.
"Ekhmm!" Suho berdehem.
"Tak kan dengan Hun pun nak jealous. Hun pun dah anggap Chorong noona macam kakak Hun sendiri. Lagipun, Hun dah ada isteri. So, jangan risau. Hun tak kan ambil Chorong noona"
"Hyung kamu tu memang kuat jealous. Kadang² dengan anak sendiri pun dia jealous"
"Mana ada saya jealous"
"Eleh! Nak tipu"
"Tak. Saya tak tipu" Suho mencubit pipi Chorong.
Sehun hanya melihatnya. Dia rindu untuk berbuat begitu pada Hayoung.
"Emm? Hyung, noona. Saya pergi dulu. Kesian Hayoung sorang²"
"Hmm yelah" Sehun menuju ke Hayoung yang sedang leka melihat pemandangan di tepi pantai.
"Hi babe. Tengok ape tu?"
"Lepaskan saya" Sehun memandang Hayoung dengan tatapan tidak percaya. Dia gembira akhirnya Hayoung bercakap dengannya. Di sisi lain, dia sedih dengan apa yang Hayoung cakap.
"Kenapa tiba² awak cakap macam tu?"
"Awak tak penat, siang malam kena jaga saya. Saya ni cuma perempuan yang selalu susahkan awak. Susahkan semua orang. Saya tahu awak tak mudah lepaskan saya. Saya tahu saya tak berhak cakap macam ni tapi saya tak nak susahkan awak dengan keadaan saya macam ni. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik daripada saya" Hayoung mula mengeluarkan air matanya.
"Kenapa awak cakap macam ni. Awak tahu kan, walau apa yang terjadi saya tak kan lepaskan awak!"
"Awak please. Kalau saya terus hidup dengan awak. Saya akan lebih tersiksa dan begitu juga awak. Awak lebih layak dapat perempuan yang lebih baik dari saya"
"...."
Patutkah aku lepaskan orang yang aku sayang...
-Sehun
Hufftttt! Finally, siap juga untuk chapter ni. Hari ni saya busy sangat. Biasa la, dah nak dekat Hari Raya kan. So, busy sikit. Anyway, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada READERS cite ni. Saya minta maaf kalau ada tersalah kata. And last, saya akan try updated walaupun hari raya. Mwahaha. Kalau korang ada ucapan, comment je. Bye. Assalamualaikum.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
#syukurselalu
#2016
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro