Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 22

Happy reading✌

Dua hari di hospital, Seyoung masih tidak dibenarkan pulang. Selesai Hayoung melakukan kerjanya, dia kembali menemani anaknya. Sehun pula, sekejap datang sekejap tidak.

"Eomma" suara kecil yang membuat Hayoung menoleh ke arah sumber suara itu.

"Yes baby. Baby nak apa² ke?" Hayoung mengusap kepala anaknya.

"Tak. Seyoung tak nak apa². Seyoung just nak tanya, appa mana? Kenapa dia tak datang sini?"

"Tak tahu. Biarlah. Eomma kan ada dengan Seyoung sekarang ni"

"Seyoung tahu. Tapi Seyoung nak jumpa appa. Please eomma. Call appa boleh?"

"Anything for my baby. Nanti eomma call" Hayoung berusaha tersenyum ke arah anaknya. Apa yang Chorong bagitahunya, susah nak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Dia harus terima.

"Thanks eomma"

                       ....🌸....


Sehun melangkah masuk ke dalam bilik yang bernombor 110 iaitu bilik anaknya, Seyoung bersama buah buahan kesukaan Seyoung.

"Good morning my baby!"

"Appa!" Sehun memeluk anaknya.

"Rindunya dengan anak appa yang nakal ni. Appa harap, baby cepat baik. Appa tak sabar nak main dengan baby" Seyoung tersenyum.

"Seyoung pun sama"

"Mana eomma?"

"Eomma cakap dia busy. Malam ni dia akan temankan Seyoung"

"Ouh! Seyoung nak apa² tak?"

"Tak. Seyoung tak nak apa²"

"So?"

"Seyoung just nak appa jagakan eomma untuk Seyoung. Seyoung tak nak eomma sedih bila Seyoung tak ada. Seyoung mungkin tak kan lama di dunia ini. Seyoung tak nak appa abaikan eomma macam sekarang ni. Seyoung tahu appa ada perempuan lain selain eomma. Seyoung selalu dengar eomma menangis. Seyoung nak appa tahu, eomma sayang sangat dengan appa. Seyoung tahu, eomma juga tahu appa selalu keluar dengan perempuan lain tapi dia just diam. Eomma ialah segala galanya bagi Seyoung. Seyoung sayang sangat dengan eomma begitu juga appa. Seyoung bersyukur sangat kerana diberi kesempatan untuk memiliki ibu seperti eomma. Appa harus tahu, sekarang ni susah sangat nak cari perempuan macam eomma. Eomma seorang wanita yang luar biasa. So, Seyoung tak nak appa lepaskan perempuan seperti eomma. Seyoung minta maaf kalau Seyoung susahkan appa selama Seyoung hidup. Seyoung juga nak minta maaf kalau Seyoung terlebih cakap atau menyinggung perasaan appa. Seyoung just nak yang terbaik buat appa. Permintaan terakhir Seyoung, tolong jagakan eomma untuk Seyoung. Peluk dan cium eomma untuk Seyoung setiap hari. Bagitahu eomma, Seyoung saaaayannggg sangat dengan eomma. Se-"

Tit.....tit....

Bunyi alat yang memberi isyarat bahawa seseorang itu kehabisan nyawa. Sehun yang mendengar itu juga panik. Dia menggoncang tubuh anaknya berkali kali. Kali ini, air matanya sudah keluar. Dia menekan butang kecemasan. Semua doktor yang ditugaskan merawat Seyoung terlihat berlari ke arah bilik Seyoung termasuk Hayoung.

Sampai di bilik Seyoung, nurse yang bertugas menyuruh Sehun untuk menunggu di luar. Hayoung mula merawat anaknya. Setelah beberapa kali mencuba, keputusannya juga sama. Seyoung telah meninggalkan semua orang di dunia ini. Hayoung mula menangis terisak di dalam pelukan Chorong. Dia teringatkan sesuatu dan melepaskan pelukannya dengan kasar. Dia melangkah keluar dari bilik Seyoung.




Plakkk!!

Satu tamparan hebat hinggap di pipi putih Sehun. Ya, Hayoung yang menamparnya a.k.a isterinya sendiri. Hayoung tidak peduli dengan orang sekelilingnya yang melihat moment terbaik mereka sekarang ni.

"Ni semua salah awak! Kalau awak tak abaikan Seyoung, mungkin Seyoung tak kan mati!! Paru² nya dijangkiti kuman disebabkan awak. Kalau awak lebih perhatikan dia, ini semua tak kan jadi. Saya benci awak!!!" Hayoung memukul dada Sehun berkali kali. Dia semakin terisak. Manakala Sehun hanya mematung di tempatnya. Dia masih tidak percaya apa yang dia dengar dari mulut Hayoung. Chorong pula terpaksa membawa Hayoung ke biliknya untuk menenangkannya.

Dengan rasa berat hati, Sehun melangkah masuk ke dalam bilik Seyoung. Dia melihat tubuh Seyoung yang tidak bernyawa. Air matanya semakin laju turun membasahi pipinya.

Tangan Seyoung diraih dan dikucup dengan lembut. Rasa bersalah mula menyelubungi dalam dirinya.

"Appa akan tunaikan permintaan Seyoung. Appa janji, appa akan jagakan eomma untuk Seyoung. Appa juga akan peluk dan cium untuk Seyoung. Appa janji Seyoung! Appa minta maaf kerana selalu abaikan Seyoung" tangan kecil Seyoung dikucup berkali kali. Begitu juga dahi anaknya itu.

                         ....🌸....

Seminggu selepas pemergian Seyoung, Hayoung masih di dalam biliknya. Dia menjadi pendiam. Sehun juga tidak dihiraukannya. Pekerjaannya diambil alih oleh doktor baru untuk sementara. Chorong juga selalu datang ke rumah Sehun untuk memujuk Hayoung. Tapi Hayoung tetap dengan pendiriannya. Tak mahu bercakap dengan orang lain termasuk kedua ibu bapanya. Sehun juga tak tahu nak buat apa lagi. Sejak pemergian Seyoung, Hayoung berubah 100%.

Sehun juga terpaksa mengambil cuti. Tugasnya diambil alih oleh Suho buat sementara waktu sehingga Hayoung betul² pulih. Dengan keadaan macam ni, dia tak kan tinggalkan Hayoung seorang diri. Macam² benda boleh jadi. Pernah sekali, Hayoung cuba bunuh diri dengan alasan untuk berjumpa dengan Seyoung. Sejak perkara itu berlaku, Sehun lebih perhatikan Hayoung.

Eunbin pula sudah pergi bersama suaminya. Suaminya memaksa dia pulang ke New York kembali. Dia sempat meminta maaf kepada Hayoung tetapi Hayoung hanya mendiamkan diri.

...

Sehun melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia melihat Hayoung sedang termenung di koridor. Pakaian Hayoung sedikit tidak terurus. Rambutnya yang dilepaskan seperti Hantu Kak Limah (bhahaha). Sehun yang melihat itu juga sedikit takut untuk menghampiri Hayoung tetapi perasaan itu dibuang jauh².
Dia mendekati Hayoung dengan perlahan.

"Sayang"

"..."

"Jom turun bawah dan makan. Tapi sebelum tu sayang perlu bersihkan diri dulu"

"Tak nak"

"Awak tak kesian dengan anak kita ke. Macam mana kalau dia tengok ibu dia tak terurus macam ni. Kecewa dia nanti"

"..."

"Awak perlu terima hakikat yang anak kita dah tak da-"

"Anak aku belum mati lah!"

"Awak. Seyoung dah mati"

"Aku cakap anak belum mati! Kau tak faham ke!!" Sehun terus memeluk Hayoung. Hayoung memukul dadanya berkali kali. Sehun tidak menghiraukan itu. Dia terus mengusap kepala isterinya untuk menenangkannya. Dia faham, Hayoung masih tidak boleh terima hakikat bahawa Seyoung dah mati.

...

Dengan susah payah Sehun memujuk Hayoung untuk bersihkan diri, akhirnya perempuan itu mahu juga. Selesai membersihkan diri, Sehun membawa makanan ke dalam bilik mereka kerana Hayoung tak mahu turun bawah. Sehun hanya menurutinya sahaja.

"Sayang buka mulut" Hayoung hanya hanya menurut. Sehun menyuapkan nasi ke dalam mulut Hayoung. Belum sampai 3 sudu nasi, Hayoung dah menolaknya. Sehun memberikan air.

Dia melihat Hayoung. Sedikit pun tak memandangnya. Hayoung hanya fokus kepada pemandangan di luar. Tiba² bunyi bell kedengaran. Sehun bangun dan membuka pintu. Chorong tersenyum kepada Sehun. Mereka menuju ke ruang tamu.

"Youngie mana?" Tanya Chorong sebaik melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Ada dalam bilik"

"Dia ok?"

"Tak. Macam tu la. Selalu duduk di dalam bilik. Diam. Makan pun susah"

"Noona tahu Hun kuat. Noona harap Hun dapat lalui semua ini"

"Noona. Macam mana Seyoung boleh mati?"

"Awal tu, Hayoung bawa Seyoung datang hospital. Masa tu Seyoung dah sedarkan diri. Youngie cakap Seyoung demam panas. Setelah dua jam, Seyoung mula membaik tapi masa noona tengok keputusan ujian darahnya, noona juga tak percaya. Noona tak tahu macam mana nak bagitahu Youngie tapi Youngie harus tahu semua ni. Noona minta dia datang bilik noona dan noona bagitahu perkara sebenar. Paru paru Seyoung dijangkiti kuman and kuman tu dah merebak seluruh badannya. And maybe dia tak boleh hidup lama. Dia-"

"Stop noona. Hun dah tak nak dengar semua tu. Hun tak patut jadi bapa kepada Hayoung. Hun seorang lelaki yang tak guna. Hun seorang yang bodoh. Tak pandai jaga anak sendiri!"

"Sudah² lah Hun. Perkara dah lepas. Jangan diungkit. Belum terlambat untuk Hun betulkan semua ni. Noona percaya Hun boleh hadapi semua ni"

"Terima kasih noona. Untung Suho hyung dapat noona"

"Ada² lah Hun ni. Kalau tak ada apa², noona balik dulu. Noona kena pergi hospital. Bye. Jaga Hayoung baik². Hun tu jangan lupa makan"

"Ye noona. Hun akan ingat pesan noona" kelibat Chorong sudah tidak terlihat. Dia kembali ke biliknya.





Apa yang patut aku buat?
-Sehun

Semalam tak sempat updated. Sorry. Actually, saya semakin semangat nak sambung cite ni. Tak tahu lah kenapa. Maybe, korang selalu bagi respon yang baik kot. HEHE✌. Bye. Assalamualaikum.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro