Chapter 15
Happy reading✌
20 minit di dalam kereta, akhirnya Hayoung sampai di satu tempat. Setelah meninggalkan Hayoung, lelaki² yang menculiknya tadi masuk semula ke kereta mereka dan pergi dari tempat itu.
Dengan tangan tanpa ikatan, Hayoung membuka kain hitam yang menutup matanya. Terkejut. Itulah perasaan dia sekarang berada di tengah² taman yang dihiasi lampu berwarna warni. Ditambah dengan pokok² yang mempunyai lampu. Cantik. Itu yang dapat dia gambarkan untuk taman ini.
Tetiba satu lengan telah memeluk pinggangnya. Dia sangat tahu lengan itu milik siapa. Air matanya mula mengalir.
"Hai sayang" satu bisikan yang membuat hatinya bersorak gembira. Ditambah dengan degupan jantungnya yang berdegup laju. Dia memusingkan badannya.
"Awak" Hayoung bernafas lega. Dia fikir dia diculik orang lain tapi suaminya sendiri yang menculiknya. Dia mula menangis.
"Awak saya minta-" Sehun meletakkan jari telunjuknya di mulut Hayoung. Dia mengesat air mata Hayoung dan menariknya ke dalam pelukannya.
"Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya dah salah faham-"
"Tak. Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya tak sepatutnya peluk lelaki lain selain suami saya" Sehun hanya tersenyum.
"You're so beautiful tonight babe" akhirnya Sehun memuji kecantikannya.
"Thanks biy" Hayoung mengeratkan pelukannya.
"Kenapa biy buat sayang takut?" Hayoung masih mengeratkan pelukannya. Sehun tertawa kecil.
"Sorry. Saje nak surprise sayang" Sehun melepaskan pelukannya dan mencium pipi isterinya. Hayoung tersenyum dan memeluk semula suaminya. Dia sangat rindu lelaki itu.
15 minit berlalu, Hayoung masih tidak melepaskan pelukannya.
"Ekhmm! Tak nak lepas ke?"
Sehun berdehem. Hayoung menggeleng kepalanya.
"Biy lapar lah. Jom makan" pujuk Sehun kerana Hayoung masih tak nak lepaskan pelukannya.
"Tak nak! Sayang nak peluk biy je malam ni" Hayoung masih dengan keputusannya.
"Ala. Balik nanti pun boleh peluk lagi. Lebih dari ni pun boleh" Sehun tersenyum jahat. Hayoung terus melepaskan pelukannya.
"Eii. Byuntae! Tak nak kawan dengan biy" Hayoung melangkah ke meja makan yang disediakan. Dia melihat Sehun berdiri membelakanginya. Dengan perlahan dia melangkah semula ke Sehun.
"Biy. Biy merajuk eh?" Hayoung berpura pura tanya. Sehun hanya diam dan melihat ke arah lain.
"Biy. Jangan merajuk" Hayoung memeluk Sehun. Sehun tidak membalas pelukannya. Dia membisikkan sesuatu kepada Sehun. Secara automatik, Sehun tersenyum dan memeluknya.
"Betul ke?" Tanya Sehun untuk mendapat kepastian. Hayoung mengangguk kepalanya.
"Dah jom makan" Hayoung menarik lengan suaminya menuju ke meja dan menikmati makanan.
🌸🌸🌸
Hujan lebat sedang melanda di Kota Seoul. Hayoung melirik jam tangannya. Sudah hampir 15 minit dia menunggu suaminya datang mengambilnya di hospital. Taeyong tidak boleh datang kerana demam panas. Hari semakin gelap. Ditambah dengan kilat yang sambung menyambung membuatkan dia menjadi takut. Dia merapatkan baju tebalnya kerana cuaca semakin sejuk. Tetiba seseorang menutup mulutnya dan menariknya.
"Yakk! Oh Sehun!" Hayoung memukul tangan Sehun. Sehun pula hanya ketawa.
"Hehe. Saje nak gurau dengan isteri sendiri" Sehun mengangkat peace. Hayoung mula menangis.
"Kenapa biy buat macam ni? Sayang takut tahu tak" Sehun merasa bersalah dan menarik Hayoung ke dalam pelukannya.
"Biy minta maaf eh. Biy tak de maksud nak takutkan sayang. Sorry eh" Sehun mencium pipi isterinya. Hayoung berhenti menangis.
"Please jangan buat lagi macam tu" Hayoung mengesat air matanya. Sehun tersenyum.
"Ok biy janji. Biy tak kan buat macam tu lagi" Sehun mencubit pipi Hayoung.
"Jom balik" Sehun memegang tangan isterinya dan mereka pulang ke rumah.
🌸🌸🌸
Hayoung masih berdiri di depan rumahnya dan melihat hujan. Sehun juga turut berdiri di sebelah isterinya. Mereka berdua sama² melihat hujan.
"Sayang suka hujan turun" kata Hayoung sambil melihat ke atas.
"Tak tanya pun" jawab Sehun tanpa perasaan. Hayoung menoleh ke arahnya dengan tatapan maut. Dengan pantas Hayoung menolak Sehun ke luar yang sedang hujan lebat.
"Yakk! Oh Hayoung!" Sehun tidak berpuas hati.
"Itulah akibatnya. Orang cakap dia main²" Hayoung tertawa melihat Sehun yang basah kuyup. Sehun pula tersenyum jahat dan melangkah ke arah Hayoung.
"Please biy. Jangan. Ok² sayang minta maaf. Sayang janji sayang tak kan buat lagi" Sehun tidak menghiraukan kata kata Hayoung. Dia terus menarik Hayoung ke luar. Mereka sama² basah kuyup.
Hayoung masih mempuyai satu lagi idea jahat. Dia berlari ke arah paip air dan mengarahkan ke arah Sehun. Sehun merampas paip ditangan Hayoung dan mengarahkan ke arah Hayoung. Setelah lamanya, akhirnya Hayoung dapat main hujan. Jika dia tinggal bersama ibunya, dia tidak dibenarkan bermain hujan. Tapi sekarang dia tinggal bersama Sehun. Dia bebas melakukan apa saja.
🌸🌸🌸
Matahari mula menaik tapi seorang perempuan cantik masih tetap di tempat tidurnya. Manakala Sehun sudah selesai mandi. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hayoung.
"Wake up babe" Sehun mencuit hidung Hayoung. Tapi Hayoung still tak bangun.
"Sayang wake up. Kalau tak biy kiss" Hayoung masih tidak bangun. Sehun menjadi pelik. Selalunya, Hayoung akan bangun dulu. Tapi hari ni lain.
"Biy" kata Hayoung perlahan. Sehun memegang dahi isterinya. Panas. Itu yang dia dapat rasa.
"Sayang demam lah" kata Sehun dengan keadaan risau. Mungkin akibat semalam mereka bermain hujan.
"Sikit je ni" ujar Hayoung lemah. Dia menarik selimut paras dada.
"Jom pergi hospital" Hayoung memilih untuk memejamkan matanya.
"Tak payah la sampai pergi hospital. Sikit je ni. Biy pergi ambil ubat di dapur" Hayoung masih berdegil. Sehun hanya menurut.
"Degilnya sayang ni. Kiss baru tahu" Sehun menarik lembut telinga Hayoung.
"Kiss lah. Tak kisah pun" Hayoung memejamkan matanya. Sehun mendekatkan mukanya dengan Hayoung dan mencium lembut bibir Hayoung.
"Yah!" Hayoung terus membuka matanya. Dia hendak memukul Sehun tapi badannya lemah.
"Tadi cakap tak kisah. So biy kiss jelah" Sehun bangun dan menuju ke dapur untuk mengambil ubat. Hayoung hanya mampu melihat.
🌸🌸🌸
20 minit kemudian, Sehun masuk ke dalam bilik. Tidak lupa ubat dan bubur dibawanya. Hayoung tertidur kerana menunggu Sehun yang agak lama.
"Sayang wake up. Makan ubat dan bubur yang biy buat khas untuk sayang" Sehun membantu Hayoung untuk duduk.
"Biy tolong suapkan boleh?" Hayoung meminta seperti budak kecil.
"Alolo. Meh sini biy tolong suapkan baby comel ni" Sehun mengambil bubur dan suapkan Hayoung.
"Tak nak makan ubat" Hayoung merengek. Dia paling tidak suka ialah ubat.
"Oh Hayoung! Listen to me. Sayang kena makan ubat ni. Kalau tak macam mana nak baik" Sehun memujuk Hayoung. Hayoung menggeleng kepalanya dan melipatkan kedua tangan di dadanya.
"Biy ingat nak pergi bercuti minggu depan lepas sayang dah baik. Tapi sayang tak nak makan ubat terpaksa biy cancel per-" Hayoung terus mengambil ubat dari tangan Sehun dan makan. Sehun tertawa kecil melihat telatah Hayoung.
"Dah makan. So kita pergi bercuti eh?" Hayoung bercakap seperti orang dah sihat.
"Tak nak. Kiss dulu" Sehun menunjukkan bibirnya.
Chu~
"Ok kita pergi" setelah mendapat ciuman dari Hayoung, Sehun terus bersetuju.
"Yeay!" Hayoung melompat lompat di atas katil.
"Yakk! Oh Hayoung! Sayang kan demam. Sini baring. Rehat diri tu" Sehun cuba untuk menarik Hayoung. Tetapi perempuan itu lebih kuat.
"Tak nak. Wek!" Hayoung menjelir lidahnya. Sehun juga bangun untuk memberhentikan Hayoung tetapi belum sempat dia menarik Hayoung, keduanya sudah jatuh. Mereka ketawa bersama.
Update🙆 Korang mesti seronok seyoung dah berbaik😊. Saya harap korang terus memberikan kata² semangat untuk saya tulis💕 Assalamualaikum💕😌
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro