Chapter 13
Happy reading✌
Han River
Mereka bertiga duduk di sebuah bangku dan melihat pemandangan Sungai Han yang cantik pada waktu malam. Hayoung duduk di antara Taeyong dan Mingyu. Dia meletakkan kepalanya di atas bahu Taeyong dan melihat bintang².
"Oppa. Oppa ada girlfriend tak?" Tanya Hayoung kepada Taeyong.
"Tak de tapi oppa ada suka seorang perempuan ni. Dia kerja di salah satu syarikat yang terkenal sebagai secretary CEO" jelas Taeyong.
"Mesti CEO tu handsome kan?" Kata Mingyu pula.
"Itulah. Aku takut dia sukakan CEO tu" kata Taeyong lagi.
"Oppa harus berani luahkan perasaan kepada dia. Kalau tak, sampai bila pun oppa tak kan dapat dia" kata Hayoung.
"Ok. Oppa akan cuba ikut cakap Youngie" Taeyong mencubit pipi Hayoung. Tetiba seorang lelaki menarik lengan Hayoung dengan kasar dan beberapa orang lelaki juga berdiri di hadapan mereka.
"Korang nak buat ape dengan dia?!" tanya Taeyong dengan tegas
"Lepaskan aku lah!!" Hayoung meronta ronta minta dilepaskan oleh kedua orang lelaki yang sedang memegang lengannya.
"Kau pun tak kurang seperti bos kau. Selalu tanya soalan bodoh. Korang dah tahu aku nak isteri bos korang yang cantik ni tapi korang masih lagi tanya" ucap lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Kai.
"Kalau kau tak nak mati, lebih baik kau lepaskan dia" ujar Mingyu pula dengan tegas. Dia melihat semua anak buah Sehun yang lain sudah terbaring lemah selepas dipukul anak buah Kai.
"Kalau aku tak nak" Kai masih tak mahu lepaskan Hayoung.
"Kalau kau tak nak, isteri² kesayangan kau ni akan mati di depan mata kau sendiri and malam ni juga dorang akan mati" seorang lelaki datang bersama anak buahnya yang lain.
"Yuta Jackson. Bawa dorang datang sini" arah lelaki itu.
"Oppa!" Kedua orang perempuan itu memanggil suami mereka. Mereka dipegang oleh Yuta dan Jackson.
"Yah! Oh Sehun! Lepaskan isteri² aku lah" Kai mula panik kerana Yuta mengarahkan pistol ke arah Krystal.
"Kau lepaskan isteri aku dulu" arah Sehun. Dia melihat Hayoung mula menangis.
"Ok². Kali ni aku lepaskan isteri kau" Hayoung berlari ke arah Taeyong dan Mingyu. Manakala Krystal dan Naeun berlari ke arah suami mereka.
Setelah Kai berlalu pergi, Sehun melangkah ke arah Mingyu, Taeyong dan Hayoung. Mingyu dan Taeyong sedikit terkejut plus takut melihat bos mereka yang datang secara tiba². Sehun mengarahkan dua orang lelaki membawa Hayoung ke kereta. Kini, hanya Mingyu Taeyong dan dia di depan sungai Han.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Sehun. Mingyu memberi isyarat kepada Taeyong. Taeyong hanya menundukkan kepalanya.
"Tak pe kalau korang tak nak cakap. Tapi gaji korang berdua saya akan stop 3 bulan" Sehun berlalu pergi ke keretanya.
"Ish! Kenapa kau tak beritahu bos tadi? Tak pasal² kita tak dapat gaji 3 bulan" marah Mingyu.
"Eleh! 3 bulan je pun bukan 1 tahun. Lagipun kau tak de isteri dan anak kan. So, tak payah risau lah" Taeyong menepuk bahu Mingyu. Mereka berdua berlalu dari situ.
Dalam perjalanan pulang ke rumah.
Hayoung sedang gelisah kerana semua ini berlaku kerana dia. Dia melihat Sehun memandu kereta dengan wajah dingin.
"Awak. Saya minta maaf. Semua ni berlaku kerana saya. Sebenarnya, saya yang tak izinkan dorang follow mana² saya pergi. Saya dah bosan. Kemana saya pergi mesti anak buah awak follow saya" jelas Hayoung. Sehun memberhentikan keretanya di tepi jalan.
"Saya suruh mereka semua buat semua tu sebab saya nak awak selamat. Saya tak boleh jaga awak setiap hari. Saya juga perlu bekerja. Awak cakap awak tak nak orang ganggu awak. So, saya suruh budak² saya jaga awak. Tapi sekarang awak complaint. Saya tak faham lah dengan awak. Saya tak tahu apa yang awak nak sebenarnya. Saya dah letih awak. Saya baru balik kerja petang tadi. Pas tu Yuta bagitahu, Kai nak bawa awak pergi. Risau saya dibuatnya. Saya tak kisah awak keluar dengan Taeyong dan Mingyu. Tapi pastikan awak selamat dengan mereka. Itu je saya nak" Hayoung menundukkan kepalanya dan menangis.
Semua yang suaminya cakap adalah benar. Sehun cuma nak dia selamat. Dia menyesal. Kerana perbuatan dia sendiri, hubungan dia dan Sehun semakin buruk. Sehun memandu semula keretanya dan pulang ke rumah mereka.
Hampir sebulan mereka tidak bertegur sapa walaupun tinggal satu bumbung. Selepas kejadian itu, Hayoung menjadi lebih pendiam. Mereka akan bercakap bila perlu sahaja. Sejujurnya, Hayoung berharap agar Sehun memaafkannya.
Hayoung pergi hospital seperti biasa. Dia memakai kemeja putih dan skinny jeans. Tidak lupa juga, sarapan pagi telah disediakannya. Dia mencapai beg tangannya. Langkahnya terhenti apabila melihat Sehun yang sedang tidur.
"Awak. Bila awak nak maafkan saya? Saya tak kuat diperlakukan seperti ini. Saya seorang perempuan yang lemah dan saya juga...... dah jatuh hati pada awak. Saya tak tahu hidup saya macam mana tanpa awak disisi saya. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya harap sangat awak maafkan saya. Saya rindu awak yang dulu Sehun" dia mengesat air matanya dan mencium pipi suaminya yang sedang tidur itu. Dengan langkah yang perlahan, dia keluar daripada bilik itu dan pergi ke hospital bersama Taeyong.
Sehun merasa bersalah kepada isterinya. Dia telah mendengar semua pengakuan isterinya itu. Secara jujur, dia juga rindukan Hayoung. Tapi.......tak tahulah.
Di hospital
Hayoung menjalankan tugasnya sebagai doktor. Itulah cita citanya sejak dia kecil. Dia merawat semua pesakitnya dengan baik. Dia juga menjadi contoh kepada doktor yang baru.
Cafe hospital
"Hi Youngie" sapa Chorong. Senior yang paling rapat dengan Hayoung. Hayoung juga sudah menganggap Chorong seperti kakaknya sendiri.
"Hi unnie. Unnie dah habis kerja?" Tanya Hayoung sambil minum hot chocolate yang dipesan olehnya tadi.
"Tak. Ade beberapa pesakit yang unnie harus check up. Maybe petang ni unnie balik rumah. Hmm. Ni kenapa muka macam ade masalah je ni?" Tanya Chorong sedikit risau keadaan Hayoung yang kurang bercakap sekarang ini.
"Tak de lah. Penat sikit je ni" Hayoung berusaha mengeluarkan senyuman manisnya.
"Unnie just nak bagitahu, esok Unnie dah nak kahwin. So, unnie harap Youngie datang dengan suami Youngie esok. Boleh?" Tanya Chorong untuk mendapatkan kepastian.
"Boleh....tapi kalau datang dengan orang lain boleh?" Hayoung masih tidak berbaik dengan Sehun. Dia tahu, Sehun mungkin tidak akan datang bersamanya. Sebab itulah dia bertanya kepada Chorong terlebih dahulu.
"Boleh je. Asalkan datang dengan pasangan. Unnie tak nak Youngie datang sorang². Ok lah. Unnie pergi dulu. Jangan lupa datang esok malam. Kalau tak datang...siap Youngie" Hayoung tertawa kecil. Chorong berlalu pergi.
Setelah selesai kerjanya, dia pulang ke rumah untuk memasak makan tengahari kepada suaminya. Sampai di rumah, dia melihat Sehun sedang menonton movie iaitu Boboiboy The Movie eng ver. Hayoung menggeleng kepalanya kerana suaminya masih menonton cerita kartun seperti budak². Dia melangkah ke biliknya dan menukarkan pakaiannya. Setelah siap, dia turun ke bawah dan mula memasak.
Sehun tersenyum apabila mendapat tahu bahawa isterinya pulang ke rumah dan memasak untuknya. Dia bercadang untuk makan di rumah ibunya tapi niat itu dibatalkan kerana isteri tercintanya pulang dan memasak untuknya.
Selesai masak, Hayoung ke ruang tamu untuk memanggil Sehun makan bersamanya. Dia sedikit takut melihat wajah Sehun yang tidak pernah mengukir senyuman sejak mereka bergaduh.
"Awak. Jom makan. Saya dah masak" dengan hati² dia bercakap. Sehun memberhentikan movie yang dia tonton dan melangkah ke ruang makan meninggalkan Hayoung.
Mereka berdua hanya diam sambil menikmati makanan yang dimasak Hayoung.
"Awak. Esok Chorong unnie jemput kita untuk ke majlis perkahwinannya. Dia harap sangat saya dan awak dapat datang ke majlis dia tapi kalau awak tak nak saya akan pergi dengan Taeyong" Hayoung tahu, Sehun tak kan jawab pertanyaannya. Dia bangun dan siap² untuk ke hospital semula.
Sehun berfikir kata kata Hayoung. Dia patut pergi ke tidak. Tetiba satu idea muncul dari kepalanya. Dia tersenyum seperti orang jahat.
Saya ada janji dengan korang saya nak updated petang ni kan. So saya dah tunaikan janji saya. Hope enjoy. Teruskan beri kata kata semangat untuk saya tulis cerita ni sampai tamat HEHE✌ Assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro