Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 12


Happy reading✌

"Soalan bodoh ape yang kau tanya ni? Sah² lah aku nak isteri kau" dia menujukkan gambar Hayoung.

"Aku tak faham lah dengan korang ni. Kenapa mesti isteri aku yang korang nak. Banyak lagi perempuan kat luar tu. Kenapa korang pilih isteri aku jugak" Sehun semakin stress.

"Relax bro. Aku suka isteri kau since kami sekolah menengah lagi. And your wife have a hot body too" satu tumbukan melayang tepat di muka lelaki yang bernama Kai itu.

"Jangan harap kau dapat sentuh Hayoung. Kau ingat aku tak tahu kau dah ada dua orang isteri. Krystal and Naeun. Dorang kan? Ck....sekarang kau nak ambil isteri aku jadi isteri ketiga kau? Memang tak lah. Jangan harap lah. Kalau kau dapat kahwin dengan Hayoung sekalipun, maybe dalam mimpi. Ok bro. Aku balik dulu. My baby Hayoung ada di rumah. Maybe malam ni aku akan buat dia jadi milik aku selamanya" Kai memukul anak buahnya yang tidak bersalah untuk melepaskan geramnya.

"Kau tunggu nasib kau Oh Sehun! Kau tak kenal lagi siapa Kim Jongin a.k.a Kai yang kau hina tadi. Aku gangster no.3 terbesar di Korea. Min Jun tu just anak buah yang tak boleh diharap. Kau tu just anak orang kaya yang tak mampu nak buat apa²" Kai tersenyum jahat.

Di dalam kereta...

"Bos tahu tak siapa lelaki tadi?" Tanya Mingyu yang sedang memandu kereta.

"Tahu. Dia gangster no. 3 yang terbesar di negara kita. Min Jun pun just anak buah dia je" jawab Sehun.

"Ler..baru nak bagitahu bos tapi bos dah tahu. Hmm. Macam mana bos tahu?" Tanya Mingyu lagi.

"Di depan kereta dia ada tulis 'No.3' dan pasal Min Jun, Taeyong yang bagitahu semalam" jelas Sehun.

"Ouh! Sebenarnya saya yang bagitahu Taeyong. Tak tahu pula dia dah bagitahu bos" tetiba kereta di hadapan mereka berhenti secara tiba². Setahu Mingyu, jalan mereka lalui jarang² ada kereta yang menggunakan jalan raya ini.

Sehun melihat pergaduhan di luar. Siapa lagi kalau bukan anak buahnya dan anak buah Kai. Dia hanya menggeleng kepalanya dan menunggu dengan sabar. Kejadian seperti ini selalu terjadi kepadanya apabila dia berjumpa dengan musuhnya. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej baru. Dia membuka mesej daripada Taeyong. Taeyong memberitahu bahawa Hayoung tidak bangun lagi. Dia hanya tersenyum. Dia berfikir mungkin isterinya terlalu penat bekerja.

"Lepas ni, kita pergi tempat biasa" ujar Sehun setelah membalas pesanan ringkas Taeyong.

"Ok bos" Mingyu memandu semula setelah pergaduhan selesai.

🌸🌸🌸

Sehun dan Mingyu sampai di tempat dimana Yuta dan Jackson sudah menunggu mereka.

"Korang dah dapat maklumat yang saya nak?" Yuta membuat isyarat kepada Jackson.

"Sebenarnya, Shownu ialah anak buah Min Jun. So, dia juga anak buah Kai" jelas Jackson.

"Saya nak korang terus perhatikan Shownu. Jangan sampai dia buat hal" Sehun berlalu bersama Mingyu. Dia pulang terus pulang ke rumahnya. Yuta dan Jackson meneruskan kerja mereka.

Sampai di rumah, dia tidak melihat susuk tubuh Hayoung di dalam bilik mereka. Mungkin perempuan itu pergi ke rumah ibunya. Selesai membersihkan diri, dia ke ruang tamu untuk sambung menonton movie. Satu susuk tubuh sedang tidur di sofa dengan memakai seluar pendek yang menampakkan peha putihnya. Sehun yang melihat itu terus naik ke atas dan mengambil selimut yang agak tebal dan meletakkan di atas badan Hayoung agar tidak kesejukan. Dia mengambil tempat di sofa sebelah dan menonton movie.

Seyoung's House 06:14 AM

Hayoung membuka matanya dengan perlahan dan merasa badannya tidak kesejukan. Dia mendapati selimut tebal menutupi seluruh badannya. Dia baru teringat semalam dia tertidur di sofa sambil menonton televisyen. Matanya beralih kepada satu susuk tubuh yang tak lain baginya sedang tidur di sofa sebelahnya. Dia tersenyum kecil apabila melihat lelaki itu.

Hayoung membuka selimut yang menutupi seluruh badannya lalu meletakkan di atas badan Sehun. Dia memandang wajah Sehun. Jarinya yang kecil sedang bermain di muka Sehun tanpa membuat lelaki itu bangun dari tidurnya.

"Awak. Bila awak nak maafkan saya. Saya tahu semua ni salah saya. Hmm. Saya akan tunggu sampai awak maafkan saya. Saya dah mula sayangkan awak. Saya takut awak akan tinggalkan saya. I love you Oh Sehun" Hayoung mencium pipi Sehun.

🌸🌸🌸

Hayoung merasa bosan di rumah. Pagi tadi dia mendapat panggilan bahawa Chorong akan menggantikan tempatnya di hospital. Sehun pula sudah sehari pergi kerja dan tidak balik rumah. Hayoung juga tidak tahu pekerjaan suaminya kerana dia malas untuk mengambil tahu semua itu.

Dia keluar dari rumah dan menuju ke taman. Dia melihat Taeyong yang sedang bermain game di dalam IPad mini miliknya dengan tekun di salah satu bangku yang disediakan di taman itu. Dia mendapat satu idea jahat. Kakinya terus melangkah dengan perlahan ke arah Taeyong.

"Harrghhh!!!" Taeyong memegang dadanya. Dia sangat terkejut dengan kehadiran Hayoung manakala Hayoung sudah terduduk di atas rumput diiringi dengan ketawa.

"Yah! Oh Hayoung! Oppa baru nak menang game tadi. Sampai hati Hayoung buat oppa macam ni" Taeyong berpura pura merajuk. Hayoung berhenti ketawa.

"Ala. Oppa merajuk ke? Youngie just nak main² dengan oppa. Youngie bosan lah" Hayoung cuba memujuk Taeyong.

"Ok lah. Nasib Youngie isteri bos oppa. Kalau tak dah lama Youngie kena dengan oppa. Hmm. Ape kata kita pergi jalan² nak?" Taeyong memberi cadangan.

"Nak join boleh?" Satu suara yang mengejutkan mereka berdua.

"Boleh je. Lagi ramai lagi best" ujar Hayoung dengan gembira.

"Kau tak ikut bos ke Mingyu?" Tanya Taeyong.

"Tak. Dia tak nak aku ikut dia. Entahlah" jawab Mingyu.

"Emm? Mingyu. Saya nak tanya boleh?" Ujar Hayoung dengan ragu.

"Ape pula tak boleh. Boleh je" Mingyu tersenyum.

"Emm? Sebenarnya Sehun kerja apa?" Tanya Hayoung.

"Kenapa Youngie tak tanya bos sendiri?" Kata Mingyu. Dia ingat Hayoung sudah tahu pekerjaan suaminya selama ini.

"Saya....- Lupakanlah. Jom kita pergi sekarang" Hayoung menarik lengan Mingyu dan Taeyong. Kali ini, hanya mereka bertiga sahaja kerana Hayoung tidak mahu bodyguards lain mengikutinya.

Mingyu dan Taeyong hanya memakai pakaian biasa. Selalunya mereka akan pakai kemeja putih dan kot yang berwarna hitam. Setelah siap mereka bertiga menuju ke kereta tetapi langkah itu terhenti kerana salah seorang bodyguard berlari ke arah mereka.

"Miss tolong. Jangan buat kami semua macam ni. Kami harus jalankan tugas kami untuk mengikuti  kemana miss pergi dan menjaga miss. Kalau tak mati kami dengan bos" ucap bodyguard itu. Mingyu dan Taeyong melihat satu sama lain.

"Bos korang kan tak de. Buat ape nak takut. Lagipun Mingyu dan Taeyong oppa ada. Dorang pun hebat juga" kata Hayoung.

"Tapi-"

"Tak pe. Nanti saya bagitahu bos korang. Jangan risau. Korang tak kan mati selagi saya ada. Kalau ada ape² berlaku nanti, Taeyong akan telefon korang. Jangan risau k" Hayoung cuba menenangkan lelaki itu. Mereka melangkah masuk ke dalam perut kereta dan menuju ke Namsan Tower.

Namsan Tower

Ketiga manusia ini sedang menikmati keindahan kota Seoul dari atas Namsan Tower. Ramai orang yang berkunjung di sini. Sebenarnya, Hayoung berharap dia akan datang sini bersama Sehun suatu hari nanti. Dia memandang kota Seoul dengan tatapan yang sedih.

"Kau tak rasa ada orang perhatikan kita ke?" Tanya Taeyong.

"Aku pun rasa macam tu juga. Tak sedap hati. Jom lah kita pergi dari sini" kata Mingyu.

"Emm.. Youngie. Jom kita pergi makan. Mingyu belanja" kata Taeyong.

"Lah. Kita kan baru sampai sini. Kenapa nak cepat²" protes Hayoung.

"Kitaorang rasa tempat ni tak selamat. Jom kita pergi tempat lain" ujar Mingyu pula. Dia berusaha memujuk Hayoung.

"Ok lah. Let's go" Hayoung memaut kedua lengan lelaki itu dan berlalu pergi.

Ramen store...

Mereka memilih tempat di hujung sekali dan memesan tiga mangkuk ramen. Sekali lagi Taeyong rasa seperti orang sedang memerhati mereka tetapi dia tidak mengambil kisah dan berbuat seperti biasa.

"Aku rasa lebih baik kau call bodyguards sebelum jadi apa²" cadang Taeyong kepada Mingyu. Mingyu terus mencapai telefonnya dan menelefon anak buah Sehun yang lain.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Tanya Hayoung.

"Tak de lah" kata Mingyu. Ramen yang dipesan mereka telah dihidangkan di atas meja. Mereka mula menikmati ramen tersebut. 15 minit kemudian, anak buah Sehun yang lain datang dan menunggu di luar.

Double updated✌ Kalau saya ada masa esok petang saya updated. Kalau ada typo, biasalah tu. HEHE✌ Assalamualaikum.

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro