Chapter 11
Happy reading✌
Hayoung termenung di dalam biliknya. Dia masih memikirkan cara agar Sehun memaafkan kesalahannya. Tetiba pintu dibuka.
"Hi Youngie" sapa seorang lelaki yang agak tinggi dan handsome. Dia tersenyum ke arah Hayoung.
"Hi oppa" Hayoung juga turut tersenyum.
"Kenapa sedih je ni?" Johnny duduk berhadapan dengan Hayoung.
"Tak de ape lah. Oppa jangan risau" dia tersenyum lagi untuk meyakinkan Johnny.
"Betul ni?" Tanya Johnny lagi.
"Betul lah. Kenapa oppa datang sini?" Tanya Hayoung pelik.
"Oppa rindu Youngie. Sejak oppa balik sini, kita tak pernah spend time sama². So oppa ingat nak ajak Youngie jalan². Youngie ade kerja tak? Kalau-" katanya terpotong kerana seseorang masuk ke dalam bilik Hayoung.
"Dia ada kerja. So, better kau balik. Dia juga kena balik sebab perlu masak untuk aku" kata seorang lelaki yang tak lain adalah Sehun.
"Awak? Buat ape kat sini?" Hayoung terkejut kerana suaminya yang datang dengan tiba².
Sehun tak jawab pertanyaan Hayoung. Dia mengambil beg tangan Hayoung dan berlalu pergi. Johnny hanya mampu memandang kedua manusia itu yang semakin lama tidak terlihat lagi.
Sebenarnya dia pulang dari America adalah untuk memberitahu perasaannya yang sebenar kepada Hayoung. Tapi hati dia hancur setelah Hayoung memperkenalkan Sehun sebagai suami sahnya. Dia sedikit kecewa tetapi dia akan berusaha untuk tidak bersedih dan akan mengambil Hayoung daripada Sehun.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, kedua manusia ini hanya diam dan memikirkan hal masing². Sejujurnya, Hayoung juga pelik dengan sikap Sehun. Dengan tetiba je datang hospital. Sebenarnya, Hayoung sudah bercadang untuk pulang ke rumah kerana dia merasa tidak sihat. Tetapi Johnny datang, dia terpaksa berbual dengan Johnny sekejap dan tetiba Sehun datang. Dia terpaksa ikut Sehun dan meninggalkan Johnny. Dia merasa bersalah kerana meninggalkan Johnny begitu sahaja.
Setelah 20 minit, mereka sampai di rumah. Masing² membawa haluan sendiri. Hayoung melangkah ke biliknya dan membersihkan diri manakala Sehun menuju ke ruang tamu dan menonton televisyen. Selesai membersih diri, Hayoung mula masak makanan kesukaan Sehun.
Mr Xi's house...
Luhan dan Yuri sedang merehatkan diri mereka di ruang tamu. Yuri membaringkan dirinya di atas Luhan sambil menonton televisyen.
"Sayang. Saya rindu Hayoung lah. Lama dia tak datang sini" ujar Yuri.
"Lama ape nye. 3 hari yang lepas dia ada datang sini kan. Nak rindu ape nye. Kalau awak cakap awak rindu anak lelaki sulung kita tak pe juga" tetiba air mata Yuri mengalir. Dia sangat rindu dengan anak sulungnya itu. Satu kejadian yang telah meragut nyawa anaknya dan kejadian itu juga tak pernah dilupakannya.
Luhan memeluknya erat. Dia juga sedih atas kejadian yang menimpa anak sulungnya itu. Mereka takut kejadian itu akan berulang kepada anak kedua mereka, Hansol.
Tetiba bell rumah kedengaran. Yuri bergegas ke pintu utama dan membuka pintu itu. Dia terkejut kerana dia tak sangka Mr Oh akan datang ke rumah mereka bersama isterinya. Yuri menjemput mereka berdua masuk.
"Kenapa tak cakap nak datang. Kalau tak saya boleh masak untuk unnie" ujar Yuri dengan gembira.
"Tak payah nak susah². Unnie datang sini just nak tanyakan sesuatu" Jihyo bersuara. Dahi Yuri berkerut.
"Nak tanya apa?" Ujar Luhan pula. Yuri hanya mengangguk.
"Unnie just nak tanya, anak² kita dah berbaik ke belum?" Yuri bernafas lega. Ingatkan ape la tadi.
"Tak tahulah. Rasanya belum. Kenapa?" Tanya Yuri.
"Hmm. Lama lagi la kita kena tunggu untuk dapat cucu" Jihyo mengeluh. Yuri ketawa.
"Kenapa ketawa" tanya Jihyo.
"Tak de la. Sebab ini je unnie datang sini. Yuri ingat ape la tadi" Yuri sambung ketawa.
"Tak de la. Sebenarnya unnie boring di rumah. Jom kita buat double date nak?" Jihyo memberi cadangan.
"Unnie. Kita ni dah tua tahu tak. Buat ape nak date lagi. Nanti ape orang cakap" kata Yuri.
"Ala lantaklah ape orang nak cakap. Yang penting kita dapat spend time sesama. Unnie tak terima penolakan. Dah jom" Jihyo memaksa Yuri. Yuri melangkah ke atas bersama Luhan dan siap² untuk pergi bersama Jihyo dan Gary.
Keempat manusia itu sampai di pantai berdekatan dengan rumah Yuri. Mereka sedang menikmati buah buahan yang disiapkan oleh Jihyo di tepi pantai. Mereka menghirup udara segar sambil melihat sekeliling. Tetiba mata Yuri tertangkap satu susuk tubuh yang tak lain dari mereka semua.
"Unnie. Unnie pandang sana. Itu bukan anak unnie ke?" Yuri menunjuk kepada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang menikmati makanan mereka.
"Anak unnie yang mana?" Tanya Jihyo lagi.
"Kita ada sorang anak je sayang oi! Siapa lagi kalau bukan anak yang awak sayang sangat tu. Tengok tu. Ade ke patut dia keluar dengan perempuan lain. Dia dah ada isteri pun" terang Gary kepada isterinya.
"Ish! Ini tak boleh jadi. Jom kita pergi" Jihyo ingin bangun tetapi dicegah oleh Yuri.
"Jangan unnie. Malu kita semua nanti. Kita tengok dulu ape mereka buat" jelas Yuri.
"Ok. Unnie ikut cakap kamu. Unnie tak nak Hayoung diduakan" Jihyo duduk semula.
...
Selesai makan, Sehun dan wanita itu menuju ke kereta mereka semula. Belum sempat, Sehun dan wanita itu masuk ke dalam kereta, mereka dicegah oleh keempat manusia yang memerhati mereka sejak tadi.
"Ape Hun buat di sini?" Tanya Jihyo tak puas hati. Wanita itu menghampiri Sehun.
"Hun ade kerja lah di sini. Kenapa mommy?" Tanya Sehun pelik melihat mommy dan daddy nya bersama ibu bapa mertuanya.
"Siapa perempuan ni?" Tanya Yuri pula.
"Hello. Pa-"
"Kau diam. Saya sedang bercakap dengan menantu saya" potong Yuri.
"Dia ni sebenarnya........." Sehun explain kepada keempat orang manusia itu. Yuri meminta maaf kembali kepada wanita itu. Wanita itu hanya tersenyum dan meminta diri untuk pulang.
Seyoung's House....
Hayoung tertidur sambil memeluk IPad nya. Matanya juga seperti selepas menangis. Sehun yang baru pulang juga menatap wajah isterinya dengan sedih. Dia mengambil IPad isterinya dan tidak sengaja melihat skrin IPad itu. Gambarnya yang sedang tersenyum berpose V di skrin IPad itu. Dia tersenyum dan meletakkan IPad itu di atas meja sebelah katil king size mereka. Dengan perlahan dia melangkah ke atas katil dan berbaring di sebelah isterinya.
Dia menyentuh pipi gebu itu lalu menciumnya dengan lembut. Tangan besarnya melingkari pinggang ramping isterinya. Dia rindu pelukan isterinya. Dia juga rindu Hayoung yang selalu bermanja manja dengannya, yang selalu merengek seperti budak². Boleh dikatakan semua tentang Hayoung dia rindu. Tapi ape boleh buat. Ego nya yang semakin memuncak. Tambahan pula dia baru mendapat information dari Mingyu bahawa Johnny sukakan Hayoung. Hmm. Walau apa sekalipun, dia tak kan lepaskan Hayoung dengan mudah ke tangan orang lain.
Dia menutup matanya dan ingin merehatkan dirinya tapi bunyi telefon telah menganggunya. Dengan cepat dia menjawab telefon itu. Dia takut tidur isterinya terganggu. Dia juga tahu pekerjaan doktor tak kan mendapat rehat yang cukup. Sebab itu dia tidak mengganggu isterinya tidur. Dia mendapat call dari Mingyu.
"Kenapa?"
"......"
"Tak kan perkara kecil tu pun kau tak boleh nak selesaikan"
"....."
"Hmm yelah. Tunggu. Dalam masa 20 minit saya sampai"
"......."
Sehun menutup telefonnya. Dia menutup matanya dan menghembuskan nafasnya kasar. Dia bangun dari tidurnya. Pipi gebu isterinya dicium. Dia berlalu pergi ke tempat yang Mingyu maksudkan.
...
Di depan sebuah rumah usang, Sehun sedang menunggu ketibaan seseorang. Tidak lama kemudian beberapa buah kereta berhenti di hadapannya.
"What's up bro. Long time no see" ujar lelaki itu.
"Kau nak ape. Aku tak de masa lah nak layan kau" Sehun melihat jam tangannya.
Korang tahu tak siapa lelaki itu? Hmm?
Actually, chapter ni sepatutnya saya publish pukul 4 tadi tapi saya lupa pulak. Sorry. Sebagai tanda maaf, saya akan publish satu lagi chapter? Nak tak? HEHE✌ lagipun saya dah lama tak updated. So..hari ni saya akan double updated. Hope korang tak boring.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro