Chapter 10
Happy reading✌
Sorry kalau typo banyak.
2 hari selepas kejadian itu, Hayoung memutuskan untuk pergi ke China. Dia mahu menenangkan fikirannya dan berjumpa dengan seseorang.
Sampai di sana, dia dan Taeyong menuju ke apartment mewah. Bell ditekan dan pintu dibuka oleh seorang lelaki yang dirinduinya. 15 tahun mereka tidak bersua muka. Dan hari ini, Hayoung memutuskan untuk berjumpa dengan lelaki itu.
"Youngie? Youngie buat apa datang sini?" Tanya lelaki itu dengan lembut. Manakala Hayoung sudah menitiskan air matanya. Dia terus memeluk tubuh lelaki itu.
"Hansol oppa. Youngie minta maaf sangat sebab dah bencikan oppa selama ni tapi oppa tak pernah benci Youngie. Youngie dah banyak buat salah dengan oppa. Youngie minta maaf oppa" air matanya semakin laju. Taeyong hanya tersenyum melihat dua orang manusia itu.
"Oppa dah lama maafkan Youngie. Dah jangan nangis. Tak comel lah Youngie Oppa yang sorang ni bila nangis. Jom masuk. Bro jom masuk" dia juga mengajak sahabat lamanya itu masuk ke dalam apartment nya yang cantik itu.
Mereka berbual di ruang tamu sambil meminum teh hijau yang dibuat Hayoung. Hansol tidak menyangka bahawa adiknya akan datang dan meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya, saat ini yang ditunggu tunggu olehnya selama ini.
"Terima kasih bro sebab sudi jaga adik perempuan aku yang nakal ni. Bukan senang nak jaga dia" Hayoung mencubit lengan abangnya apabila mendengar kata kata yang keluar daripada mulut abangnya itu.
"Itukan memang kerja aku. So aku kena buat lah. Lagipun tak susah pun jaga adik kau ni" jawab Taeyong sambil meminum teh hijau yang disediakan oleh Hayoung.
"See oppa. Taeyong oppa cakap tak susah pun jaga Youngie. Oppa yang lebih²" Hayoung menjelir lidah kepada abangnya.
"Oppa. Bila oppa balik Korea. Mommy dah rindu dengan oppa. Kesian mommy" Hansol berfikir sekejap.
"Oppa ada kerja lah" Hansol menunjukkan wajah kecewanya.
"Oppa ambil cuti seminggu. Boleh la boleh la oppa. Oppa tak sayangkan family kita ke?" Hayoung merengek kepada Hansol.
"Ok lah. Apa² je untuk Youngie" Hansol memeluk adik perempuannya itu.
"Yeay!! Esok kita balik eh. Kita surprise mommy" Hayoung bersorak seperti budak kecil.
"Boleh juga" kata Hansol.
🌸🌸🌸
Hari ini Mr & Mrs Xi mengambil cuti kerana ingin meluangkan masa bersama anak anak mereka. Wajah Puan Yuri semakin berseri seri apabila mendapat tahu bahawa Hayoung dan Hansol sudah berbaik.
"Mommy!!!! Tolong Youngie!!!" Hayoung berlari ke arah ibunya.
"Yah!!! Xi Hayoung!! Bagi balik fon oppa!! Hansol mengejar adik perempuannya.
Beginilah mereka apabila tinggal sebumbung. Hayoung selalu mengganggu abangnya.
"Kenapa dengan korang berdua ni? Macam budak²" Puan Yuri menegur kedua anaknya itu. Hayoung bersembunyi di belakang ibunya.
"Mommy. Youngie ambil fon Han. Han perlu buat panggilan penting" Hansol memberitahu ibunya.
"Elehh! Panggilan penting. Bagitahu jelah oppa nak call girlfriend oppa kan. I'm not a kid anymore Xi Hansol" Hayoung menjelir lidahnya kepada abangnya.
"Xi Hayoung! Bagi balik fon oppa kamu" kata Puan Yuri sambil membuat teh hijau.
"Ok lah :-(..... Ambil lah balik fon oppa. Tak kuasa Hayoung nak ambil. Kalau IPhone tak pe jugak. Ni samsung je pun. Cih!" Hayoung menghulurkan telefon yang berjenama Samsung itu kepada abangnya. Tangan kecilnya pantas menarik rambut abangnya dan dia terus berlari ke ruang tamu dimana daddy nya sedang membaca surat khabar. Hansol juga turut mengejar adiknya.
"Daddy!!! Oppa nak pukul Youngie!!" Hayoung berlari ke arah daddy nya. Mr Xi hanya menggeleng kepalanya melihat kerenah anak² nya. Hayoung memeluk lengan daddy nya.
"Korang ni kan tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang perangai tu masih seperti budak kecil. Hmm" Mr Xi sambung membaca surat khabar.
"Youngie ganggu Han dulu" Hansol tidak berpuas hati dengan adik perempuannya itu.
"Ala kamu ni Han, dia kan adik kamu. Biar lah. Dia memang macam ni kan" Hayoung tersenyum menang. Daddy nya selalu sebelahkan dia. Dia menjelir lidah kepada abangnya tanpa membuat daddy nya tahu. Hansol memutar bola matanya.
"Yeobo! Hansol! Hayoung! Jom makan. Makanan dah siap" suara Yuri kedengaran dari ruang makan.
Hayoung tidak melepaskan lengan daddy nya. Mereka berjalan ke ruang makan dan menjamah makanan yang dibuat Yuri.
"Mommy. Mommy nak tahu tak. Semalam, Youngie ada dengar oppa cakap telefon dengan girlfriend dia. Bukan main lagi" Hayoung mengadu kepada ibunya. Hansol hanya diam memakan makanannya.
"Bila Han nak bawa girlfriend Han jumpa daddy dengan mommy?" Tanya Mr Xi.
"Maybe next month?" Jawab Hansol.
"Tak lama lagi kita akan terima ramai cucu lah ye. Tak sabar nye" kata Yuri pula.
"Ape pula terima cucu. Kahwin pun belum. Lain lah kalau anak mommy yang sorang tu" Hansol melihat ke arah Hayoung.
Hayoung yang mendengarnya sedikit terkejut plus sedih. Baru sebentar dia melupakan masalahnya dengan Sehun. Wajahnya kembali sedih.
"Mommy. Youngie dah full. Youngie naik atas dulu" dia berlalu ke biliknya. Air mata yang ditahan telah mengalir.
"Han tersalah cakap eh? Tanya Hansol.
"Hmm. Dia ada masalah sikit dengan suaminya. Biasalah suami isteri" explain Puan Yuri.
"Lah ye ke" dia merasa bersalah kepada adiknya.
4 hari berlalu, Sehun sudah pulang dari kerjanya. Dia kembali ke rumahnya dan Hayoung juga berada di rumah.
"Awak dah balik?" Tanya Hayoung sebaik sahaja Sehun melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Sehun hanya menunjukkan wajah dinginnya. Hayoung menahan tangisannya. Dia tidak kuat diperlakukan seperti ini.
Setelah selesai membersihkan diri, Sehun turun ke ruang makan untuk mengisi perutnya. Secara jujur, dia sangat rindu dengan masakan Hayoung. Mereka makan dengan keadaan diam sehingga Hayoung memulakan perbicaraannya.
"Awak. Saya nak keluar dengan Hansol oppa. Esok dia akan pulang ke China semula. So dia nak saya temankan dia pergi jalan². Saya harap awak izinkan" Sehun hanya diam. Sedikit pun tidak pandang Hayoung yang berada di depannya sekarang ini.
Selesai makan, Hayoung bersiap siap untuk keluar bersama oppa nya. Dia hanya memakai skinny jeans dan kemeja biru tua dimana lengannya dilipat paras siku. Tidak lupa juga, rambutnya diikat seperti ekor kuda. Simple. Tapi cantik. Itulah Xi Hayoung yang sebenar.
"Awak. Saya pergi dulu. Oppa dah tunggu kat bawah" dia mencium pipi suaminya dan berlalu pergi.
Restoran Seafood
Hayoung hanya melihat makanan di hadapannya sahaja. Dia tiada nafsu untuk makan.
"Youngie. Oppa minta maaf pasal semalam. Oppa tak de maksud-" kata katanya dipotong oleh Hayoung.
"Youngie tahu oppa tak de niat nak buat Youngie sedih. Tak pe. Bukan salah oppa pun" Hansol yang mendengarnya sedikit lega kerana adiknya tidak marah.
"Thanks Youngie. Emm? Lepas ni kita nak pergi mana?" Tanya Hansol dengan gembira.
"Kita balik jelah. Hayoung letih. Lagipun flight oppa pukul 5 kan? Sekarang dah pukul 4, oppa ada lagi sejam untuk packing up barang² oppa. Nanti tak sempat pula" Hayoung bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke kereta.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Hayoung hanya diam dan memandang kosong ke arah luar tingkap. Abangnya yang sedang memandu kereta pun tidak dihiraukan.
"Youngie ok ke tak?" Tanya Hansol.
"Youngie ok. Just sedih sikit je. Oppa jangan risau lah" Hayoung berusaha tersenyum.
"Siapa yang buat adik kesayangan oppa sedih ni? Hmm. Ni mesti husband Youngie kan. Ishh! Dia ni. Youngie nak oppa belasahkan untuk Youngie tak?" Hansol cuba untuk membuat adiknya ketawa.
"Ada hati nak belasah suami orang. Cermin muka tu sikit. Setakat oppa, dia petik jari je, oppa dah mati" Hayoung ketawakan abangnya. Hansol juga turut ketawa.
"Mana boleh petik jari terus mati. Cakap tu biar masuk akal sikit. Oppa pun pandai belasah orang lah. Youngie mana boleh pandang rendah terhadap kemampuan oppa" Hansol mencubit pipi adiknya. Hayoung hanya ketawa.
Updated! Saya harap korang suka sebab chapter ni ade sikit je seyoung moment. I'm sorry. HEHE✌
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro