Part 9
-JINHEE'S POV-
"Kalau kau nak tolong wujudkan kepercayaan aku terhadap kawan, aku nak wujudkan kepercayaan kau terhadap cinta, boleh?" ujar Jungkook dengan yakin. Aku tergamam seketika.
"A-apa.. maksud kau?" tanya aku, inginkan kepastian. Jungkook mengetap bibir, berfikir sejenak untuk terangkan kepadaku.
"One hour later.." celah seseorang. Aku dan Jungkook yang terkejut, terus mengalihkan pandangan ke arah pintu. Ah, Kim Taehyung aje rupanya!
"Aku tau korang tengah enjoy dating ni, tapi korang tak nak balik ke?" tanya Taehyung disertai perlian. Aku dan Jungkook tergesa-gesa mengemas barang dan mengambil handphone.
"Mianhae, Tae! aku tak perasan pulak dah balik!" kataku dengan tawa yang hambar. Taehyung menggelengkan kepalanya.
"Erm..aku balik dululah, Jinhee! annyeong!" kata Jungkook dengan nada tergesa-gesa sebelum beredar.
"Ahh okay." balas aku sambil melambai ke arah Jungkook yang keluar daripada bilik rawatan ini.
"Igeo, bag kau." Taehyung menghulurkan beg sekolah aku. Aku ambil selepas mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Kaja, Taehyung-ah!" aku menyimpan handphone di dalam poket blazer. Taehyung pula memerhatikan gerak geri aku dengan pandangan yang pelik.
"Wae?" Tanya aku. Taehyung sekadar menggelengkan kepalanya sebelum menarik tangan aku keluar daripada bilik rawatan.
*******
Usai tiba di rumah, aku menyapa omma dan naik ke tingkat atas iaitu bilik tidur aku. Aku ambil tuala dan membersihkan diri.
Selesai memakai baju, aku terus capai handphone dan menghempaskan badan ke katil. Mata aku membeliak.
"Omona!" aku terkejut. Handphone yang aku pegang, terus aku lepaskan. Sejak bila aku pakai casing iron man ni?! Mana casing Chimmy akuu?!
Handphone tadi yang jauh 30 cm daripada aku, aku tilik semula. Aku cuba menganalisis pemilik handphone ni.
"i feel bloom i feel bloom i feel bloom~"
Alamak, ada orang call!
Aku melihat nama yang tertera pada screen. Ommo, aku tak tahu nak buat apa. Yeoja chingu dia call!!
Nama dia save 'Baby Euphoria♡' kot! Dah sah sahlah tu yeoja chingu dia! Siapa lagi?
Macam mana ni, nak angkat ke tak nak? Dia dah call banyak kali nii!
Okay, take a deep breath and just answer it. Don't panic, Jinhee! You can do it!
Aku pun angkat sambil tersenyum palsu. Aku dedor ni!
"Hell-"
"nama saya jinhee anak perempuan kim dan saya nak minta maaf sebab ni bukan pakwe awak tapi-"
"Jinhee-ya, ni akulah." celah suara manusia di dalam talian. Aku terdiam. Siapa 'aku' tu?
"Erm..hello?" aku sapa manusia dalam talian itu lagi. Dia ketawa pula.
"Jinhee, ni aku Jungkook anak lelaki Jeon." Terangnya. Mata aku membulat. Jungkook?!
"Wait, WHAT?!" secara tak sengaja suara aku berubah lunak. Jungkook ketawa lagi. Entah apa yang kelakar aku tak taulah, yang penting aku dedor.
"Nampaknya handphone kita tertukar." kata kata Jungkook membuatkan aku menjerit. Ahh, bagaimana inii?! esok cuti!
Macam mana aku nak dapatkan handphone aku balik? huwaaa!
"Tenang, Jinhee. Kau guna jelah handphone aku tu dulu. Esok aku datang rumah kau." terang Jungkook.
"Hm okay.." balasku dengan perlahan. Jungkook pun mematikan talian. Aku yang kebosanan mencampak handphone nya ke tepi dan baring.
Nak buat apa dengan handphone dia?
Aku dengan lemah menge-swipe lockscreen handphone Jungkook. Sendu. Handphone dia takde wallpaper, hm.
Aku mengambil keputusan untuk main Instagram sahaja memandangkan dekat situ aku boleh log in account aku sendiri, hoho!
Saat aku ingin menambah account aku di aplikasi tersebut, wajah aku berubah 360° darjah. Bukannya apalah, tapi..
Jungkook ada 2 account Instagram. Account pertama, @jungkookbaikgila. Yang itu memang account biasa yang dia guna.
Dan lagi satu, @wjdrnr._
Aku buka account Instagram Jungkook yang kedua. Sah! tu semua mesej yang aku terima!
Bermulalah daripada jualan sunscreen, sampai wish mornight, semua adalah! Serius ke Jungkook yang tulis?! Dia..
Drrt~ Drrt~
Bertalu-talu bunyi vibrate keluar, menandakan ada mesej baru masuk. Aku pun lihat nama penghantar.
Baby Euphoria♡
Aku menelan air liur banyak kali sebelum berdoa insan yang mesej tu bukan Jeon Jungkook.
---------------------------------------------------------
Baby Euphoria ♡
Jinhee!!
Jangan bukak ig tau!!
Tu je yang saya minta!!
Kalau nak main yang lain, mainlahh!
cuma JANGAN SENTUH IG TU PLEASE
---------------------------------------------------------
Weyh, betul ke apa yang aku baca ni? Jungkook..dah lama sukakan aku ke? Serius? Ni bukan mimpi, kan?
"ARGHHHHH!!" aku menjerit kegembiraan. Face Cushion BT21 aku campak semua ke langit. Pintu bilik aku tiba-tiba di rempuh.
"Jinhee? Kamu okay? Ada orang kacau ke?" Tanya omma bertubi sambil menunjukkan sudip di tangannya. Aku terketawa.
"Omma, malam ni Jinhee belanja omma McDonald, JINHEE HAPPY!" Omma menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu keluar dari bilik.
Crush balas cinta? kau rasa?! HUWA!
Okaylah aku bukanlah suka Jungkook daripada Part 1 pun tapi sebab insiden di mana dia care pasal aku, hati aku boleh berpaut kat dia.
Aku tak letak harapan tinggi pun, sebabnya Jungkook takkan jatuh cinta kat mana-mana perempuan, even Eunbi pun-
wait, Eunbi?
Aku kembali diam seribu bahasa. Takkanlah aku nak jadi backstabber, kan? Eunbi suka Jungkook dulu, hm.
Drrt~ Drrt~
---------------------------------------------------------
Baby Euphoria ♡
Jinhee?
Awak dah baca ke belum?
ah, ya ya sudah
maaf saya lambat reply
takpe :)
---------------------------------------------------------
Macam mana ni? Eunbi tak tahu pun pasal ni..
"Jinhee-yah, saya betul betul betul nak minta maaf dengan awak dan saya janji takkan ulanginya lagi. Kalau awak nak madu pun takpelah, bukan hak saya kalau awak suka Jungkook."
Dia cuma cakap kalau aku yang suka, bukan Jungkook. Eotteokhae?
*******
"Jinhee, nak dengar satu pepatah?" soal omma yang duduk di hadapan aku sambil tersenyum lebar. Dah kenapa omma aku malam malam ni?
"Mwo?" soal aku semula, ringkas.
Ppap!
Omma secara tiba-tiba menghentakkan sudipnya. Aku terkejut beruk, hampir terjatuh dari kerusi.
"Janji harus ditepati, mana McDonald yang dijanji?" balas omma sambil menghulurkan tangannya. Mata aku membeliak. Omma, saya terlupa pula!
"Okay okay Jinhee beli sekarang!" aku terus capai sweater tebal dan duit daripada dompet aku. Aku pun berlari ke McDonald.
"Jangan lupa ayam goreng ngap ngap diaaa!" sempat omma jerit.
******
Aku berjalan dengan lemah semasa dalam perjalanan pulang. Nasib baik tangan sebelah je guna, kalau penat tukar jelah.
"Jinheeeeeee!" bahu aku terhinjut saat nama aku dipanggil. Aku menoleh ke belakang, dan ternampak Jungkook berlari anak mendekati aku dengan aiskrim di tangan.
"Nah, aku belanja. Tak sempat nak bagi kat McDonald tadi, kau dah keluar awal." terang Jungkook sambil menghulurkan ais krim tu.
Nak ambik ke tak nak? Nak ambik ke tak nak?
"Ambiklah, ke nak aku suap?" kata Jungkook sambil tersengih. Terus aku ambil ais krim tu dan jilat sambil ucap terima kasih.
"Aku balik dulu tau." ujarku lalu menjilat ais krim itu lagi.
Jungkook tersenyum melihat aku, dengan pantas dia turut menjilat ais krim itu yang menyebabkan bibir kitaorang hampir bersentuhan.
"Annyeong." aku ingin beredar, tapi..
"Jamkkanman, Jinhee-ya!" jerit Jungkook, memanggil aku lagi. Langkah aku terhenti.
"Kau dah tahu, kan?" soalnya. Aku dapat dengar derapan tapak kakinya menuju ke arah aku. Aku menoleh menghadapnya.
"Kenapa-"
"Aku suka kau." Jungkook memeluk aku dengan erat. Pelukannya tiba tiba terlerai, dan dia merenung mata aku sedalamnya.
"Tak, aku sayang kau." Dia mengucup bibir aku, lembut.
*******
vomment juseyooo!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro