Part 7
-JUNGKOOK'S POV-
"Kenapa? Kau nak gaduh ke, Jungkook?" soal Jaehyun dengan nada sinis. Beruk ni memang sengaja menguji kesabaran aku!
"Apa lagi, Kook? Tumbuklah aku." ujar Jaehyun, lalu berdiri mendekati aku. Tangan aku genggam sekuat hati. Dia ni..memang meminta!
Kau tak pernah rasa tumbukan aku, kan? Aku akan pastikan kau menyesal, Jaehyun!
"Jaehyun-ah, hajima!" marah Yugyeom. Jaehyun hanya tergelak sinis yang membuatkan baran aku tidak dapat dikawal.
"Kau tak nak masuk, biar aku 'ketuk pintu' dulu." kata Jaehyun, bongkak.
Usai Jaehyun berkata begitu, dia terus melemparkan tumbukannya ke pipi aku.
"Jaehyun-ah, neo michyeosseo?!" Eunbi dan Yugyeom terus bangkit daripada bangku dan cuba memberhentikan pergaduhan ini.
Bibir aku yang berdarah aku lap dengan ibu jari. Tak, aku tak boleh kalah! Aku tak boleh tunjuk lemah!
Lagi lagi depan orang ni!
Aku bangkit dan berlari mendekati Jaehyun. Belum sempat tumbukan aku hinggap ke muka Jaehyun, seseorang menahan tangan aku.
Aku melihat wajah pemilik tangan tersebut. Damn, Cikgu Dongwook!
"Kamu tak pernah rasa masuk bilik disiplin ya?" soalnya disertai nada perlian. Tangan aku dia bawa turun.
"Kamu berempat, ikut saya ke bilik disiplin sekarang."
*******
"Ada benda kamu nak cakap dekat diorang ke, Jungkook?" aku mengetap bibir memerhati wajah mereka bertiga.
JAEHYUN NI BACKSTABBER PALING BERJAYA, CIKGU. HA PASTU SI YUGYEOM NI PULAK MINION SI JAEHYUN. YANG SI EUNBI NI PULAK BODOH SEBAB SALAH PILIH PASANGAN, CIKGU.
Kalaulah aku berani nak cakap semua benda tu, hm.
"Tiada apalah, ssaem. Saya okay." balasku tanpa sebarang reaksi. Sebenarnya aku malas layan.
Lagipun kalau nak lawan bercakap pun, aku tau aku akan kalah. Yela, diorang bertiga kot. Aku alone.
"Ssaem, Jungkook yang mulakan pergaduhan tadi. Jadi kalau nak beri denda, bagi kat dia seorang. Kawan saya semua tak terlibat." terang Jaehyun.
"Oh jinjjaro? Kalau macam tu, saya bagi punishment lah dekat korang bertiga, boleh? Ni punishment je, bukan denda." kata Cikgu Dongwook sambil tersengih jahat.
Melopong mulut mereka bertiga. Aku pula dah senyum gembira sampai ke dahi. Haa kau, itulah!
Pepatah Papa Zola ada mengatakan, 'Jangan pandai memandai-mandai'. K tiber.
"Jadi, punishment korang ialah, ketuk ketampi 50 kali." Wajah diorang bertiga berubah pucat habis. Haa kau, setepek!
"Macam mana pula dengan Jungkook?" soal Jaehyun, tidak puas hati.
"Jungkook?" Cikgu Dongwook menoleh ke arah aku, dia kemudiannya tersengih.
"Dia akan kena 2 kali ganda lebih teruk daripada korang bertiga, jangan risau." jawapan Cikgu Dongwook membuatkan senyuman aku mati.
Jaehyun kelihatan gembira. Dia tidak henti-henti mengetawakan wajah aku yang berubah pucat lesi.
"Sudah, kamu bertiga pergi ke padang sekarang dan laksanakan denda korang, arasseo?!" arah Cikgu Dongwook, tegas.
Mereka bertiga memandang satu sama lain, keliru sama ada mahu ikut arahan atau pun tidak.
"Naga!!" suara Cikgu Dongwook berubah lunak yang berjaya menakutkan 3 ekor beruk itu. Macam lipas kudung kau diorang lari. Haha!
Aku menahan diri daripada ketawa terbahak-bahak. Cikgu Dongwook yang perasan terus merenung mata aku, yang membuatkan aku panik habis.
Bukan panick gay lah tapi aku takut. Huabauhauahau.
Secara tiba-tiba, wajah Cikgu Dongwook berubah gembira. Dia tersenyum melihat aku.
"Apa khabar, Kook? Dah lama ssaem tak jumpa kamu secara personal macam ni, kan?" Cikgu Dongwook mengarahkan aku supaya duduk.
"Erm..ya, hahah!" Aku ketawa tak ikhlas. Janganlah ssaem tanya pasal background story aku ke apa lagi.
"Apa sebenarnya terjadi sampai pergaduhan macam ni berlaku, Kook?" soal Cikgu Dongwook, risau. Aku tersenyum nipis.
"Tiada apalah, ssaem. Saya okay je. Ssaem pun tahukan saya jenis macam mana?" balasku dengan tenang.
"Ye, ssaem tahu. Tapi kalau kamu marah sekali pun, kamu takkan sesekali lepaskan dekat orang lain, apatah lagi cederakan diorang." terang Cikgu Dongwook.
Aku terdiam seribu bahasa. Lepaskan dekat orang lain? sampai..cederakan diorang? akua ada buat ke semua tu?
"A-apa..maksud ssaem? Setahu saya, pergaduhan ni cuma saya dengan 3 pelajar tadi je kan terlibat?" tanya aku dengan gugup.
Entah bagaiman, pelbagai spekulasi muncul berada dalam minda tentang pergaduhan ni. Siapa..orang aku cederakan tu? Teruk ke? Aku tak sanggup nak ambil tahu.
"Jinhee dalam bilik rawatan sekarang. Dia mengalami kecederaan ringan di dahi dan sikunya." Terang Cikgu Dongwook.
Aku terkejut, terdiam dan..semualah! Aku tak sangka aku baru sahaja buat dia cedera? Apa aku dah buat ni?!
"Jungkook, lebih baik kamu-"
"Mianhae, ssaem. Saya kena pergi." pintaku sebelum lari ke bilik rawatan. Dalam kepala aku hanya satu benda je, Kim Jinhee!
*******
-JINHEE'S POV-
"Tae, tolong ambilkan emergency kit boleh?" pintaku kepada Taehyung. Dia mengangguk sebelum mengambil emergency kit yang terletak di atas meja.
Taehyung menghulurkan aku emergency kit itu dan aku pun ambil selepas mengucapkan terima kasih.
"Eh, kau pergilah masuk kelas." arahku kepada Taehyung. Dia balas dengan mencebik sambil memeluk tubuh.
"Sirheo! aku nak temankan kau!" jawab Taehyung dengan nada manja. But sorry, aku tak termakan walaupun jantung aku dah berdegup laju. Hahahhaha!
"Aku dah cukup besar, Kim Taehyung. Tak perlulah, aku boleh jaga diri!" kataku dengan yakin.
"Habistu, siapa nak ubatkan kau?" soal Taehyung, masih tidak mengalah. Aku tersenyum, lalu menunduk untuk menyapu ubat pada siku.
"Aku boleh buat sendiri-" kapas yang aku pegang tiba-tiba ditarik seseorang. Aku mendongak ke atas.
"Mianhae, Jinhee-ya.." ujar Jungkook dengan sayu. Dapat aku rasakan keikhlasannya apabila melihat air matanya yang tumpah.
Mata aku secara tidak sengaja tertoleh ke pintu. Aku ternampak Taehyung yang melambai ke arahku dengan sengihan jahat.
Ish, kau tunggu Tae! Kita settle benda ni kat kelas!
"Biar aku tolong." Jungkook terus mengambil tempat duduk Taehyung tadi dan cuba sapukan ubat pada lengan aku.
Namun, aku sempat tarik tangan aku daripada dipegang. Jungkook terkilan dengan tingkah laku aku yang membuatkan dia terasa.
"Gwenchanha, aku boleh buat sendiri." aku cuba nak rampas kapas tu tetapi Jungkook macam biasa, gunakan ketinggian dia.
"Kau nak apa, Kook? Lepas kau dah sakitkan fizikal aku, kau tak nak bagi aku sembuh ke?!" marah aku. Jungkook mengetap bibir.
"Aku nak tolong, bagilah aku tebus kesalahan aku." balas Jungkook dengan nada bersalah.
"Tak perlu, aku memang takkan maafkan kau." jawab aku pula. Okay ni sebenarnya penipuan tapi aku nak tengok reaksi dia. Itu je.
Jungkook duduk semula. Kali ini bukan di kerusi, tetapi di birai katil. Aku tak tipu, kedudukan kitaorang rapat gila sekarang!
"Kau pasti?" soalnya. Aku mengangguk laju, berlagak cool tapi dalam hati tak payah cakap kot macam mana keadaan dia, hm.
"Serius?" soalnya lagi. Wajahnya semakin dekat, yang membuatkan hidung aku dan dia tersentuh sedikit, wargh!
Ini kalau makin dekat, fuh terus kiss bhai!
"Kalau kau tak cakap syarat untuk tebus kesalahan ni, aku tak teragak agak untuk jadikan kau first kiss aku." ujar Jungkook dengan nada sinis.
"Okay okay, aku nak kau cerita kisah silam kau, itu je!" kata aku, lalu menutup wajah dengan selimut. Dapat aku dengar suara Jungkook ketawa.
"Kan elok macam tu, good girl!" Jungkook mengusap rambut aku. Aku pun mengalihkan bantal itu.
Jungkook dengan pantas mencium dahi aku.
"Yah, Jeon Jungkook!" Dia ketawa terbahak-bahak apabila bantal tadi itu aku baling ke muka dia.
*******
thanks for 100 views and almost 50 votes! ni memang apa ahjumma inginkan, votes separuh daripada views huhu. keep reading until end, okay! vote and comment juseyo ily!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro