Part 6
-JUNGKOOK'S POV-
Daripada jauh, mata aku tidak lepas memerhati gerak geri dua insan tidak berguna itu. Siapa lagi kalau bukan Jaehyun dan Kim Yugyeom?
Kalau bukan sebab diorang-
"Yah Jeon Jungkook!" laungan Jinhee menyebabkan aku tersedar daripada lamunan. Mata aku melilau mencari dia yang lesap.
"Yah, yeogiseo!" jeritnya lagi. Mata aku membulat, mulut aku melopong. Dia dah habis satu pusingan?!
"Yah, kenapa kau tinggalkan aku seorang?!" marah aku, sambil berjalan itik mendekatinya. Oh peritnya dunia!
"Kau yang mengelamun daripada tadi." balas Jinhee pula, tidak mengalah. Dia kemudiannya berdiri dan duduk di atas banguk menunggu aku.
"Ish, kenapalah diorang mesti muncul?! aku fikirkan diorang takkan wujud dekat hidup aku lagi dah, tapi aku silap!" bisikku sendiri.
"Kook aku nak tanya." ujar Jinhee tiba-tiba. Aku yang masih meneruskan jalan itik tu mengangkat wajah memandang dia.
"Tanya ajelah." jawabku dengan selamba. Sikit lagi aku hampir tiba di penghujungnya, dan..yes! sampai pun!
"Diorang berdua tu daripada sekolah lama kau, kan?" soal Jinhee. Aku tersentak, dan hanya mampu terdiam mendengarkan persoalan Jinhee itu.
"Nae, wae?" balasku ringkas dengan nada tidak berminat. Tempat kosong di sebelah Jinhee aku ambil. Aku menyandarkan kepala pada kerusi.
"Diorang berdua tu pernah ada kaitan dalam hidup kau, ke?" Jinhee menoleh ke arah aku.
Walaupun mata aku memandang ke langit, dapat aku rasakan yang Jinhee sebenarnya risau dengan aku?
"Kaja, Jinhee-yah. Nanti ssaem marah pula kau ponteng." Aku terus bangun daripada bangku. Jinhee tidak berganjak, mahupun sedikit.
"Tolonglah jangan ubah topik, Kook. Mesti diorang berdua penyebab kau berubah jadi macam ni, kan?" tebak Jinhee. Aku tersentak.
"Tak perlu sibuk hal aku kalau hidup kau sendiri serabut." Aku terus melangkah meninggalkan Jinhee yang terpinga-pinga.
Aku serabut memikirkan kehadiran 2 ekor beruk tu. Apa agaknya tujuan diorang datang sini? Nak beri masalah dalam hidup aku lagi ke?
"Jungkook-ah, ppalliwa masuk kelas! Ssaem tengah perkenalkan pelajar baharu!" ujar satu bisikan daripada pelajar kelas aku. Aku mengangguk, tenang.
"Jungkook-ah! Jaehyun ni daripada sekolah kamu, Seoul High School. Mesti kamu berdua kawan, kan?" ujar ssaem.
Aku menoleh memandang ssaem dengan senyuman palsu. Wajah Jaehyun yang tersengih daripada tadi aku jeling.
Kemudian, aku toleh pula ke tempat Eunbi untuk melihat reaksi wajah dia. Depressed ke kak? bukan patutnya kau happy ke jumpa namchin?
"Hahah, berkawan? Jeoldae-"
"Semestinya, ssaem! Kitaorang dulu rapat gila kot, dah macam adik-beradik." celah Jaehyun.
Dasar penipu.
Sudahlah bacot.
Pergi mampus jelah, orang macam kau!
"Jinjjaro? Baguslah tu! Boleh Jungkook bawakan Jaehyun keliling sekolah." kata ssaem dengan nada lega.
"Gwenchanha, ssaem. Saya baru je keliling sekolah dengan Yugyeom tadi, sebab tu lambat masuk kelas." Terang Jaehyun dengan bersungguh-sungguh.
"Ouh, baguslah kalau begitu, Jaehyun." kata ssaem dengan gembira. Disebabkan bosan dengan perbualan mereka, aku pun bergerak ke tempat duduk.
"Haa Jaehyun! Kamu bolehlah duduk belakang Jungkook yang kosong tu." Aku mengetap bibir, tangan aku genggam erat.
Sebelum hadirnya Eunbi dengan Jaehyun, hidup aku tenang sebab keliling tempat duduk aku kosong.
Sekarang, tak lagi. Kenapa mesti diorang?! Ergh, stress gini!
"Baik, ssaem. Kamsahamnida." kata Jaehyun sebelum berjalan mendekati tempat duduknya.
Usai melalui sebelah aku, dapat aku tangkap bisikan suara Jaehyun yang perlahan.
"Moga hidup kau bahagia dengan kehadiran kitaorang, Jungkook."
"Sabar Jungkook, sabar. Dia budak baru dan kau tak boleh cari hal dengan dia sekarang." bisik aku sendiri, cuba menenangkan kemarahan.
"Tapi kau boleh cari masalah dengan dia, bila dia dah buat sekolah ni macam rumah dia sendiri. Kau tunggu lah, Jaehyun." bisik aku lagi.
*******
-JINHEE'S POV-
Makanan cafe di dulang, sedikit pun tidak aku usik. Aku tiada selera sebenarnya, Taehyung yang ambilkan tadi.
Ktak!
Aku mengaduh kesakitan apabila Taehyung memukul kepala aku dengan menggunakan pemegang sudu. Apeo!
"Ouh, tau sakit." perli Taehyung. Aku mencebik sambil mengurut kepala. Taehyung pula menghela nafas, stress melihat aku sebegini.
"Kau kenapa? Makanlah, kau nak mampus ke?" Aku menggulingkan biji mata mendengar kata-kata Taehyung.
"Yela Taehyung, biarlah aku mampus. Takdelah stress hidup kau nampak aku macam ni." balas aku dengan selamba.
"Kau fikir lawak?" Aku tersengih dengan lawak jenaka aku sendiri.
"Makanlah, Tae. Aku tau kau lapar lagi." Mata Taehyung bersinar tatkala aku berkata begitu.
"Hihi gomawo Jinhee-yah!" Perangai Taehyung berubah seperti kanak-kanak riang, comel!
"Aku tinggalkan 1/2 untuk kau. Janji tau, makan!" sambung Taehyung lagi sambil menjamah.
"Ahh, sirheo!" tolakku. Mood aku takde langsung ni, semua sebab Jungkook tadi!
Yugyeom tu baik je layan aku dalam kelas tadi. Apa agaknya kisah silam Jungkook dengan diorang berdua ek?
Aku nak selidik tapi takut jadi macam tadi pula.
"Alah, janganlah gini Jinhee-yah! aku rasa bersalah ni!" Taehyung seakan mahu menangis.
"Eh, jangan nangis jangan nangis!" pujukku sepantas mungkin. Tak ke naya kalau tiba-tiba dia meraung kat sini?
Taehyung yang menekup mukanya mengeluarkan jari kelingkingnya. Aku memandangnya pelik.
"Janji kau nak makan lepasni?" aku tegelak kecil. Aku satukan jari kelingking aku dengan Taehyung.
"Dah, makan!" Taehyung yang gembira menjamah semula makanannya.
"Kau nak habiskan, habiskan ajelah Taehyung." celah satu suara. Aku dan Taehyung toleh, Jungkook rupanya.
"Tapi Jinhee tak makan lagi-"
"Gwenchanha, dia boleh makan aku punya." Tempat kosong di sebelah aku Jungkook duduk. Dulangnya ditolak ke tepi.
"Wah, gomawo Jungkook-ah!" Taehyung yang gembira terus melahap makanan aku dengan gelojoh.
Aku memandang Jungkook dengan wajah tidak puas hati. Jungkook pula mengerutkan dahinya dengan pelik sambil merenung aku.
"Kau kenapa tak nak makan?"
"Kau kenapa tak nak makan?"
Damn. Serentak pula kitaorang cakap. Taehyung yang berselera tadi terhenti apabila melihat aku dan Jungkook.
"Aku yang tanya kau dulu-" kata aku.
"Eh, kau lambat 0.01 saat okay daripada aku!" balas Jungkook, tidak mahu kalah.
"Wah wah, bahagia aku nampak kau sekarang Jungkook?" perli seseorang. Kitaorang bertiga memandang arah suara.
Jaehyun, Yugyeom dan Eunbi menghampiri kitaorang bertiga. Jaehyun duduk bersebelahan dengan Taehyung, Yugyeom di sebelah Jaehyun dan Eunbi sebelah Jungkook.
"Semaklah korang ni, jangan muncul depan aku boleh tak?!" marah Jungkook. Taehyung tersedak, aku pula cuba tenangkan Jungkook dengan memegang tangan dia.
"Semak? bukan ke kita kawan, Jungkook?" ujar Jaehyun dengan senyuman. Yugyeom dan Eunbi hanya terdiam sepi.
"Kawan kepala kau, lah! boleh eh korang munculkan diri dengan muka tembok lepas apa korang buat kat aku?!" Jungkook menghentakkan meja, geram.
Disebabkan itu, tempat kami jadi perhatian semua. Aku yang berasa tidak selesa berusaha memujuk Jungkook.
"Jungkook, sudahlah-"
Tangan aku ditepis kuat oleh Jungkook, menyebabkan aku jatuh terbaring di lantai. Taehyung terkejut, dia terus bantu aku.
"Yah, gwenchanha?" Aku mengangguk laju. Aku berdiri semula dan cuba memberhentikan Jungkook lagi.
"Jungkook-"
"Jangan sibuk hal aku, lah!" Jungkook menolak kedua bahu aku sehingga jatuh terbaring lagi.
"Jinhee, kau dah cedera teruk ni!" Taehyung panik, dia terus mendukung aku di belakang menuju ke bilik rawatan.
"Jangan Tae, Jungkook dalam bahaya-" kepala aku berat kerana sakit. Aku akhirnya pitam.
*******
vote & comment juseyooo!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro