Part 33
-JINHEE'S POV-
"Weyh, kau jangan nangis pulak!" pesan Yugyeom, yang perasan riak wajah aku berubah pucat sedikit. Smartphone aku terus Taehyung rampas, dan simpan di dalam poket blazernya.
"Tae-"
"No." celahnya, belum sempat aku menghabiskan kata kata. Keluhan berat aku lepaskan. Taehyung menggeleng perlahan melihat reaksi aku lalu menarik tangan aku masuk ke dalam dewan.
Okay, just focus on the exam yang lebih penting ni. Jangan fikir pasal Jungkook, buang dulu! buang dulu!
*******
-AUTHOR'S POV-
Peperiksaan bermula. Semua pelajar yang berada di dalam dewan mula menjawab soalan di dalam kertas yang diberikan.
Pelbagai reaksi pelajar yang dapat disaksikan. Ada yang yakin, siap tersengih macam kambing busuk. Hahha, yakin habislah tu jawapan betul, kan?!
Ada yang stress, sampai serabutkan kepala dek memikirkan jawapan. Yang hampir menangis pun ada, penjaga peperiksaan siap bagi stok tisu lagi. Kau ada? Takde shh, senyap!
Tak sangka ada juga insan yang cuba meniru, ish ish! Nasib baik terkantoi. Kertas mereka pula selamat dikoyakkan, yang menyebabkan terjadinya musim luruh kertas dalam dewan ni. Hahhaha takziah ya!
Lastly, ada juga manusia yang redha dengan masa depan dia. Dah lena pun dalam dunia mimpi. Penjaga peperiksaan pun tak tahu nak brainwash camne.
Tok tok tok
Bunyi ketukan pintu menyebabkan semua pelajar di dalam dewan mengalihkan pandangan ke arah muka pintu. Berdirinya Cikgu Dongwook di situ dengan wajah ketat.
Senyumannya langsung tidak dapat diukirkan. Dia melangkah masuk sambil memerhatikan setiap wajah pelajar di dalam dewan. Siapa agaknya insan yang dicari?
"Mana Jaehyun dan Eunbi? Ssaem nak jumpa diorang." ujar Cikgu Dongwook dengan suara mendatar.
Jaehyun dan Eunbi yang daripada tadi menulis terbantut tingkah lakunya apabila terdengar nama mereka berdua dipanggil.
"Kamu berdua, ikut saya ke bilik disiplin." Sebaik sahaja berkata begitu, Cikgu Dongwook terus berpatah balik dan keluar daripada kelas.
Jaehyun dan Eunbi pula memandang satu sama lain dengan wajah innocent. Mereka berdua keliru sama ada mahu mengikut arahan Cikgu Dongwook ataupun tidak.
"Kamu berdua pekak ke?! Jangan buat ssaem marah boleh, tak?!" jerit Cikgu Dongwook yang sudah tiba di luar kelas.
Jaehyun dan Eunbi mulai ketakutan mendengar suara Cikgu Dongwook. Alat tulis mereka yang bersepah di atas meja mereka kemas dengan tergesa gesa. Kemudian, mereka terus keluar daripada kelas tersebut.
"Lembaplah, korang berdua ni!" marah salah seorang pelajar namja. Dia yang tidak dapat mengawal kemarahan terus membaling pemadam yang hancur ke arah mereka berdua.
"Entah! Kalau kitaorang gagal, aku salahkan korang dulu!" sambung seorang pelajar yeoja pula. Dia menjeling tajam memandang Jaehyun dan Eunbi yang semakin hilang daripada pandangan.
"Sudah, senyap! Peperiksaan masih berjalan, teruskan menjawab!" tegas penjaga peperiksaan tersebut. Dia mula melangkah dan melihat keadaan pelajar pelajar tersebut.
*******
"O-omma.." ujar Jaehyun dengan nada terkejut. Jaehyun langsung tidak menyangka bahawa Puan Eunyoon berada di dalam bilik disiplin sekarang.
"Appa?" Eunbi juga memberikan reaksi yang sama seperti Jaehyun apabila ternampak Encik Kwon dan Puan Eunyoon berdiri bersebelahan.
Puan Eunyoon berjalan menghampiri Jaehyun dan berhenti apabila tiba di hadapannya. Lama kelamaan, air matanya jatuh dengan deras.
Puan Eunyoon pun menolak bahu Jaehyun dengan lemah. Jaehyun pula menayangkan reaksi keliru. Dia tersenyum nipis kerana menganggap tingkah laku ommanya adalah gurauan semata.
"Kenapa kau buat, Jaehyun-ah?! Kenapa?! Kau sedar tak yang kau sekarang ni pembunuh?!" Jaehyun mengerutkan dahi, terkejut barangkali mendengar Puan Eunyoon bercakap kasar?
"Apa omma cakap, ni? Jaehyun tak faham-"
"Kau membunuh, Jaehyun! Kau tak sedar ke?!" marah Puan Eunyoon dengan geram. Pipi anaknya itu hampir sahaja menjadi sasaran untuk ditamparnya.
"Sabar, puan. Kita bincang elok elok, ya?" Tangan Puan Eunyoon sempat ditahan Encik Kwon dengan pantas.Entah berapa kali Encik Kwon cuba mengawal kemarahan Puan Eunyoon.
Apa lagi, geng? Marilah beri tumbukan free kepada Jaehyun secara berjemaah lepas tak sedar apa dia buat.
"Om-omma.."
"Kau bunuh appa Jungkook untuk rosakkan hubungan Jungkook dan Jinhee, kan? Betul tak, Jaehyun?!" kata kata Puan Eunyoon menyebabkan Jaehyun menelan air liur banyak kali.
"Omma, tak baik menuduh-"
"Menuduh apa bila semua bukti dah ada depan mata?! Omma jumpa semua kertas rancangan kau, dan omma juga tahu yang kau hantar bodyguard sebagai wakil untuk bunuh appa Jungkook, kan?!"
Jaehyun terdiam seribu bahasa. Eunbi juga tidak berani untuk menunjukkan wajahnya walaupun Encik Kwon tidak berkata apa apa.
"Omma, Jaehyun boleh explain-"
"Kau nak explain apa, Jaehyun?! Kau dari dulu tak puas hati dengan anak Jihyun tu, apahal! Kalau kau dari dulu takde rasa benci kat dia atau buli dia, hidup kau takkan jadi macam nilah Jaehyun." ujar Puan Eunyoon.
"Sebab kau je, Jungkook tak dapat nak ambil exam. Dia terpaksa pindah sana terus sebab mayat appa dia dekat situ." sambung Puan Eunyoon lagi, geram.
"Appa tak sangka kau sanggup rosakkan persahabatan kau sebab cinta." celah Encik Kwon tiba tiba. Eunbi yang tersentak, terus menunduk ke bawah.
"Kenapa kau menunduk? Takut?" Eunbi yang seakan tersentap terus mengangkat wajah melihat wajah Encik Kwon yang gerun akibat menahan marah.
"Rosakkan hidup orang tak takut pulak, sedangkan hidup kau yang semakin rosak sekarang ni." Eunbi mengetap bibir kuat, menahan air matanya daripada keluar.
"Jaehyun dan Eunbi. Ssaem memang takde pilihan lain selain hantar kamu berdua ke pihak polis." Melopong mulut Jaehyun dan Eunbi mendengar kata kata Cikgu Dongwook.
"Tapi ssaem, saya nak jawab exam!" Jaehyun seakan merayu. Kedua tapak tangannya disatukan, dan dia terus melutut ke arah Cikgu Dongwook.
"Tolonglah, lepaskan saya ssaem! Saya tak sanggup nak duduk lokap tu-" Eunbi turut melakukan perkara yang sama seperti Jaehyun.
Cikgu Dongwook mengalihkan pandangan ke arah Encik Kwon dan Puan Eunyoon, yang langsung tidak berkata apa apa mengenai tindakan anak anak mereka yang sebegitu.
"Jaehyun." panggil Cikgu Dongwook, lalu menghulurkan tangan kirinya kepada Jaehyun. Dengan pantas Jaehyun berdiri dengan teruja, tangan Cikgu Dongwook terus disambut.
"Apa kamu ni? Sasau ke?" Tangan Jaehyun Cikgu Dongwook tepis dengan kasar. Jaehyun yang malu, menunduk ke bawah sambil menggosok belakang lehernya.
"Bagi ssaem benda tu sekarang." Jaehyun menjadi keliru. Jadi, dia memandang Eunbi untuk bertanyakan apa yang dimaksudkan Cikgu Dongwook. Namun, sayang sekali dua dua bodoh. Hahahah.
"Bagilah smartphone Jungkook, anak taguna." celah Puan Eunyoon. Jaehyun dan Eunbi tersentak.
"Bodyguard yang kau hantar tu..ikut Jungkook naik flight yang sama, kan? Smartphone dia tu kau curi masa dia tidur dalam perjalanan tu, betul tak?" terang Cikgu Dongwook disertai perlian.
Jaehyun mendengus geram. Tidak menyangka semua rancangannya terbongkar. Lebih memalukan apabila berada dihadapan ommanya sendiri.
"Bagilah sini, kau tak faham bahasa ke?!" Cikgu Dongwook yang tidak dapat bersabar menyebabkan smartphone Jungkook terus Jaehyun keluarkan daripada poketnya dan hulur dengan kasar.
"Done unblock Jinhee!" Puan Eunyoon dan Encik Kwon menumpang gembira. Cikgu Dongwook pula berasa teruja dan lega. Jadi, dia menyimpan smartphone Jungkook di dalam drawer.
"Encik Kwon dan Puan Eunyoon. Saya minta maaf, tapi Jaehyun dan Eunbi tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana mereka berdua akan dihantar ke pihak polis." Puan Eunyoon dan Encik Kwon tidak membantah, namun berasa gembira.
*******
Maaf semakin hambar. 2 chapters more and this ff will be done. So keep reading and support okay? tq ily!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro