Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 32

-JINHEE'S POV-

Dear Jinhee,💜

Aku tau cara aku ni klise guna surat bagai. Tapi, aku tetap nak luahkan jugak. Em, aku nak minta maaf kalau ayat aku ni tak sampai ke hati kau, but i try my best!

Aku cuma nak cakap, terima kasih sebab jadi sebahagian daripada hidup aku. Sejujurnya dalam pemikiran aku, tak pernah terdetik pun kita berdua akan jadi macam ni.

Sebab yela, kita berdua selalu gaduh macam budak tak matang. Hanya disebabkan sifat degil aku yang suka menghilang masa dekat perhimpunan, perang dunia dekat sekolah terus bermula sebab pergaduhan kita. Haha, dan masa tu mesti kau cari aku sekeliling sekolah untuk pulas telinga aku je.

Aku terharu dengan usaha kau nak bercakap dengan aku walaupun aku layan kau teruk. Ya, aku tahu itu semua amanah daripada Cikgu Dongwook but still, aku rasa happy sebab kau masih nak jalankan amanah tu dan sanggup hadap perangai aku ni.

Sejujurnya, aku cepat menyampah dengan orang macam kau, mudah terasa dan sebagainya. Tapi, kehadiran kau dalam hidup aku membuatkan pemikiran aku berubah ke arah lebih positif. Sebab apa? Kau banyak memberi perubahan dalam diri aku yang ni.

Aku sombong, kau peramah.
Aku degil, kau bertanggungjawab. (sikit laaa hihi)
Aku kejam, kau ada pure heart.
Bak kata Taehyung, kita berdua dapat belajar untuk saling memahami.

Tak lupa jugak kau adalah orang pertama yang buat aku tersenyum secara ikhlas dekat sekolah tak guna tu. Looking at your childlish attitude once for a day are enough to bring me happiness in a whole day.

That's why we are purefect for each other, baby♡

I just can't describe how much I love you, missing you everyday and everytime, but..what can I only do is show it trough my action.

Aku buat account Instagram @wjdrnr._ tu hanya untuk bercakap dengan kau, nak rapat dengan kau, nak kenal dengan kau. Tak sangka kantoi, hihi.

Pasal Jordan ini pulak..

Aku nak minta maaf sebab pergi macam tu je. Aku nak beritahu kau, tapi aku tak sanggup nak tengok kau sedih. Sebab, aku sendiri yang buat janji untuk pujuk omma suruh stay.

Walaupun jarak aku dengan kau jauh, percayalah hati aku masih dekat dengan kau.
Walaupun status kita berdua in long distance relationship, percayalah rasa cinta aku dekat kau masih sama dan kian menambah dari masa ke masa.

Aku sayang kau Jinhee, sayang sangat sangat. Aku nak minta maaf untuk segalanya.

- From a person who always loving you, Jeon Jungkook🐰

Selesai aku baca surat yang diberi Jungkook tu, baru aku sedar terlampau banyak kesan air mata menitik di atas kertas.

"Jungkook.." ucapku disertai esakan. Aku meletakkan surat tersebut di dada aku sebelum memejamkan mata, melayani rasa sedih.

*******

Hari ini merupakan hari bersejarah untuk pelajar Busan Art Highschool. Peperiksaan akhir tahun akan tiba, dan semua pelajar semestinya bertungkus lumus untuk belajar.

Yela, kan peperiksaan ni bakal menentukan masa hadapan?

Kecuali seorang yeoja yang dari tadi duduk termenung, memerhatikan sekeliling dia. Macamlah dia anggap tengok orang study tu dapat ilmu ek?

Okay aku kutuk diri aku sebenarnya HAHAHHAHAHA. WEYH AKU TAKDE MOOD NAK BUAT REVISION BALIK.

Sudahlah aku masih tak boleh nak move on pasal Jungkook betul betul pindah ke Jordan. Dia tak hantar sebarang WhatsApp atau direct message, pun tau!

"Yah, Kim Jinhee!" tegur Yugyeom dengan tegas. Kepala aku kemudiannya diketuk menggunakan buku teks, auch!

"Yah, sakit tau!" marah aku sambil mengusap perlahan kepala aku. Ini kalau ketuk masuk ilmu takpe, tapi aku rasa cam amnesia sekarang ni!

Habis ilmu aku yang cikai cikai tu ada pun hilang, ergh!

"Kau asal termenung, huh? Awat tak baca buku? Kau tak fikir masa depan kau ke? Nak menganggur?" soal Taehyung dengan bertalu-talu. Telinga aku sudah tekup awal awal, malas nak dengar dia bebel uh.

"Ish, masa depan orang, orang taulah!" balasku dengan geram, lalu memeluk tubuh. Hidung Taehyung aku lihat kembang kempis kembang kempis.

"Alahai, tengah study ke tu?" sapa seseorang secara tiba tiba. Kami bertiga menoleh ke arah empunya suara, Jaehyun dan Eunbi.

"Taklah tengah memancing, kan Taehyung?" balas Yugyeom dengan evil smilenya. Bahu Taehyung kemudiannya ditepuk perlahan.

"Geureom, tak nampak ke banyak ikan kitaorang dapat ni?" sambung Taehyung sambil menyelak buku yang dibacanya.

Wah wah! mentang mentang dah habis kena gantung, kacau orang ek? Bilalah nak pupus dua ekor ni? Sudahlah Jungkook takde, mesti gelaran tempat pertama tu akan diambil Jaehyun, ergh!

"Yang sorang tu macam dah yakin dekan je? Mana buku?" kata Eunbi pula sambil lihat aku atas bawah. Wow, nak kacau aku pulak? Come on, you messed up with the wrong people!

"Haah, memang pun." jawabku dengan selamba. Sumpah, aku malas nak layan budak tak matang ni pepagi. Plus, hari ni exam kot.

Aku tak naklah gaduh gaduh ni. Boleh jadi penyebab aku tak tenang jawab exam. Lagi teruk buatkan ilmu aku jadi tak berkat.

"Ke takleh move on pasal Jungkook pindah?" Eunbi tersengih jahat usai berkata begitu. Hujung rambutnya dimain dengan manja. Bibir aku ketap, penumbuk aku genggam. Sabar Jinhee, sabar!

"Yah-" Belum sempat aku ingin memarahi Eunbi, Taehyung terlebih dahulu mengambil langkah menghampiri Eunbi yang ketakutan.

"Kau, tolong jaga mulut ek." kata Taehyung dengan nada menahan marah. Suaranya yang dalam jelas menunjukkan dia cuba mengawal marahnya yang membuak.

"Kalau aku tak nak, amacam?" balas Eunbi, tidak mengalah. Dagunya diurut perlahan sambil berfikir sejenak. Dasar! Jangan buat Taehyung samuk, gila!

"Heh, aku tak teragak agak pun untuk buat kau sakit sampai terlantar kat hospital sekarang ni." ujar Taehyung pula, dengan sinis.

"Marilah!" Eunbi seakan bersedia untuk menerima tumbukan daripada Taehyung. Tangan Taehyung yang ingin memukul lengan Eunbi aku sempat tahan.

"Tae, hentikanlah." pintaku dengan memujuk. Taehyung menjeling aku sekilas sebelum memandang ke arah Eunbi semula.

"Aku lepaskan kau kalini." Taehyung menolak bahu Eunbi dengan kasar. Dia terus bergerak ke kelas, meninggalkan Jaehyun dan Eunbi yang terpinga pinga.

Aku dan Yugyeom terus berlari mengejar Taehyung. Dia tu kalau dah marah kena jaga, silap silap sekolah ni terbakar sebab dia aje.

"Kau okay, Jinhee?" tanya Yugyeom dengan prihatin. Aku tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan. Eunbi patut bersyukur aku masih cuba nak kawal marah aku.

"Sure?" Taehyung secara tiba tiba memusingkan badan dia  untuk memandang aku. Mata aku membeliak kerana terkejut, tapi aku tetap memberikan respon yang sama seperti tadi.

"Jinhee, kau kena lupakan Jungkook lah buat sementara." kata Yugyeom. Belakang lehernya diusap perlahan, seakan rasa bersalah ingin berkata sebegitu.

"Jungkook tu..kita fikir sama sama lepas exam habis ya?" janji Taehyung. Jari kelingkingnya dikeluarkan, menyuruh aku satukan dengan aku punya.

"Nae.." balas aku dengan perlahan. Usai berbuat begitu, aku mengambil smartphone aku yang berada di dalam poket blazer. Contact bernama Jungkook aku cari di WhatsApp.

"Eh? dia takde dp ke?" kata kata aku membuatkan Taehyung dan Yugyeom memandang pelik. Bukan apalah, Jungkook tak pernah buang dp, ni first time!

"Jap, kasi aku cek." Yugyeom yang merasa tidak sedap hati turut mengeluarkan smartphonenya, begitu juga dengan Taehyung.

"Eh? ada je?" Yugyeom menayangkan screen smartphone nya yang tersedia contact nama Jungkook.

"Weyh..ap-apa ni..Aku kena block, ke?" Taehyung dan Yugyeom yang terkejut saling berpandangan.

*******
truly sorry for the late update! ahjumma busy harini, baru dapat post sekarang! harap enjoy! this ff almost reach my target which is 1K views and 500 votes, so keep reading and give some support okay? thank you and ily!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro