Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 30

-JUNGKOOK'S POV-

"Jungkook-ah." Seokjin hyung menghampiri aku yang berada di meja belajar. Aku bukannya study pun, termenung dari tadi.

"Ya, hyung?" Pandangan aku beralih ke arah Seokjin hyung dan Jimin hyung yang kini berdiri di sebelah aku. Mereka berdua seakan takut untuk bercakap.

"Kitaorang kena baliklah, Kook." ujar Jimin hyung dengan nada bersalah, lehernya kemudian digosok perlahan. Aku mengangguk perlahan sebelum menoleh ke arah meja belajar semula.

"Kau janganlah sedih, Kook. Rasa bersalah pula tinggalkan kau kat sini seorang." kata Seokjin hyung pula. Aku tersenyum nipis, lalu memandang mereka.

"Hm. Baliklah." ucapku dengan ringkas. Sengaja aku berkelakuan sebegitu supaya mereka berubah fikiran untuk menemani aku lagi.

"Yelah, kitaorang stay lagi." balas Seokjin hyung lalu menepuk bahu aku dengan manja. Aku tersenyum lebar melihat mereka berdua duduk bersebelahan dengan aku.

"Dah tulis surat untuk Jinhee, belum?" soal Jimin hyung tiba-tiba. Riak wajah aku berubah sayu. Aku membalas pertanyaan Jimin hyung dengan gelengan yang perlahan.

"Wae? Kenapa tak tulis sekarang?" soal Seokjin hyung pula. Aku mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Seokjin hyung pun mengambil sehelai kertas warna pink dan sebatang pen.

"Nah, tulislah." Seokjin hyung meletakkan aku kertas warna pink dan pen tersebut di hadapan aku. Jimin hyung pula menggosok belakang aku dengan lembut.

"Dalam surat ni, kau luahkan semua benda apa kau nak cakap dengan dia. Tak kisahlah sebelum korang gaduh or after ke, yang penting kau ikhlas tulis." terang Jimin hyung.

"Kitaorang bukannya apalah, takut kau kena pergi Jordan tu out of sudden sampai kau tak sempat siapkan apa-apa untuk dia. Lagipun, aku tak nak korang gaduh lagi." sambung Seokjin hyung pula.

"Arrasseo, hyung. Kook faham. Gomawo!" ucapku dengan gembira. Pen yang diambil oleh Seokjin hyung tadi aku gunakan untuk menulis surat luahan aku pada Jinhee.

Aku tak nak dia sedih baca surat ni. Aku cuma nak dia fikir yang aku dan dia masih ada harapan untuk meneruskan hubungan ni sampai kahwin.

*******

-JINHEE'S POV-

Siapa sangka? yang aku, Yugyeom dan Taehyung kini berada di perkarangan rumah Jungkook tepat pada pukul 23:30 malam sekarang. Sebab nak sambut birthday je, macam ni jadinya.

Aku membawa kotak berisi hadiah yang aku belikan untuk dia. Bukan main kemas aku bungkus, siap ada sticky note tertampal lagi. Hahaha.

Tapi si Yugyeom dengan Taehyung ni memburukkan pulak dengan tulis wish diorang kat pembalut hadiah kotak ni, ergh!

Anyways, aku prepare benda lain jugak. Aku buatkan kek untuk dia. Tukang decorate kek tu semestinya Yugyeom dan Taehyung. Hahahah aku merelakan kek aku buat dirosakkan mereka.

And guess what? Harini aku pakai lain daripada sebelum ni. Actually aku suka style boyish, sebab aku memang suka pakai seluar. High heels? No way, i prefer sneakers.

Untuk birthday Jungkook harini, jjan! Dress hengko!

Tok tok tok~

Yugyeom yang hanya membawa belon di tangannya segera mengetuk pintu. Kami bertiga menayangkan wajah terkejut saat ternampak dua figura manusia di muka pintu.

Eh, tu bukan ke ex-crush aku a.k.a. Mr. Worldwide Handsome? OMG!

"Jinhee?" sapanya dengan ceria. Dia menghampiri aku lalu melihat penampilan aku atas bawah dengan wajah terkejut. Weyh, dia ingat aku lagi!

"Eh, masuklah! Dahlah banyak barang korang bawa!" ajak manusia di sebelah Seokjin tu. I don't know him but he is freaking cute like, oh my gosh! is he an angel?

Masuk sahaja kami bertiga di rumah Jungkook, barang yang kami bawa terus diletakkan atas meja. Kami berenam pun duduk bersama di kusyen.

Baru pukul 23:45. Pukul 00:00 tepat nanti baru kami berempat naik untuk kejutkan Jungkook yang tidur.

"Unbelievable! Encik Seokjin buat apa kat sini?" aku seakan tak percaya. Apa hubungan dia dengan Jungkook? Abang ke? Eh, Jungkook anak tunggal.

"Saya ni abang angkat Jungkook." jawabnya. Whut? Abang angkat?! Taehyung dah tayang muka rasa bersalah, yela haritu kat shop dia dahlah carut kat Seokjin. HAHAHHA.

"S-saya-" Taehyung menjadi gugup. Aku dan Yugyeom yang duduk bersebelahan Seokjin cuba menahan tawa. Padan muka!

"Gwenchanha. Lupakan perkara tu. Hyung tak kisah pun." ujar Seokjin lalu menepuk bahu Taehyung, perlahan. Woah, nasib hati dia baik. Siap gelar diri 'hyung' lagi.

"Jinhee janganlah awkward sangat dengan saya. Panggil je 'oppa'." Aku tersentak mendengarkan permintaan Seokjin 'oppa' tersebut. Gulp.

"Jangan lupa, saya sekali. Panggil je Jimin oppa." kata manusia yang comel tadi. Awh, nama pun comel macam tuan dia. Ini kalau aku single dah lama aku rembat.

Eh, ingat Jungkook! Ingat Jungkook!

"Eh, nak dekat pukul 00:00 lah!" Yugyeom yang menilik jamnya terkejut. Kami berlima dah tergesa-gesa menyiapkan kek yang belum diletakkan lilin.

"Ok done!"

*******

Aku yang berdiri di hadapan pintu bilik Jungkook berasa amat takut. Berdebar habis, rasanya kalau nampak muka aku sekarang memang merah.

"Jinhee, masuklah." bisik Taehyung dengan perlahan. Aku sempat menoleh ke belakang melihat wajah 5 manusia yang memberi sokongan kepada aku.

Tombol pintu bilik Jungkook dipulas, kami berlima pun masuk ke dalam dengan langkah yang perlahan. Lenanya dia tidur kat meja?

"Saengil chukhahamnida~ Saengil chukhahamnida~" nyanyi ku dengan perlahan di telinganya. Jungkook terjaga, dia kemudiannya melihat anak mata aku dengan terkebil kebil.

"Saranghaneun uri Jungkookie~ Saengil chukhahamnida~" nyanyian lagu diakhiri oleh mereka berlima yang menyusul masuk ke dalam bilik Jungkook.

"Ap-apa..semua ni? Jinhee?" Aku tersenyum lebar melihat wajah dia yang blur. Comel, nasib baik dia tak buat muka moody dia!

"Aku prepare untuk kau lah, dah official 18 kan tahun ni, hurm?" Jungkook menayangkan wajah terkejut, namun perlahan lahan berubah dengan senyuman yang manis.

"Tiuplah lilin ni, Jungkook! Penat aku pegang!" Rengekan Taehyung menyebabkan aku menjeling tajam ke arah dia. Lengan dia aku tepuk perlahan.

"Eh, jatuh woi! jatuh!" Kek yang dipegang Taehyung menjadi kurang seimbang. Selesai Jungkook meniup lilin, pak!

Kami berenam melihat kek yang jatuh mencium lantai. Dalam kepala aku sudah terbayang lagu 'My Heart Will Go On' versi meme. Sadisnya!

"J-jungkook, m-mianhae! jinjja-" Taehyung tidak sempat menghabiskan kata katanya apabila Jungkook tergelak besar.

Jimin oppa sudh lari turun ke bawah dan kembali dengan kain basah dan gayung kecil untuk membersihkan kek tersebut. Selesai, dia turun semula dan kembali seperti biasa.

"Gwenchanha, korang datang sini pun dah cukup buat aku bahagia walaupun sekejap. Gomawo Seokjin hyung, Jimin hyung, Yugyeom, Taehyung!" ujar Jungkook.

Wait, dia tak mention nama aku?

"Em, aku nak privacy dengan Jinhee kejap boleh?" Mereka semua mengangguk laju. Wah wah, cepat eh korang setuju!

"Boleh boleh." balas Yugyeom. Jungkook tersenyum nipis.

"Erm, kitaorang nak teman kau malam ni, boleh?" Mata Jungkook membeliak, seakan tak percaya mendengar kata kata Taehyung.

"Boleb boleh, ambillah toto dekat almari bilik tetamu. Bentang kat bawah ya?" Mereka semua mengucapkan terima kasih sebelum keluar.

Baam!

Pintu yang baru ditutup Jungkook tadi menyentakkan aku daripada lamunan dek kerana terlampau kuat. Takut!

Jungkook kemudian menyandar ke pintu sambil memeluk tubuh. Matanya merenung anak mata aku dalam. Aku yang ketakutan menunduk ke bawah.

"Jungkook." panggil aku dengan perlahan. Tak, aku masih tengok lantai. Memang tak aku nak tengok muka dia macamtu.

"Aku tau, kau mungkin tak anggap aku yeojachingu kau lagi. Tapi tolonglah tahu, yang sebenarnya rasa sayang aku dekat kau masih ada. Malahan, makin meningkat dari hari ke hari." Jungkook menghampiri aku.

"Walaupun haritu kau marah aku, halau aku..Entahlah, sepatutnya aku kena buang rasa sayang tu. Tapi tak boleh, dan masa tu baru aku sedar. Kau ni special dalam hidup aku." sambung aku lagi.

God, aku dah nampak kaki dia yang flawless tu betul betul depan aku!

"Omma pun banyak tegur aku makin ceria. Semuanya sebab kau, Jungkook. Kau punca aku bahagia." Aku menjadi gugup saat Jungkook makin mendekati aku. Jujur, kepala aku hampir tersembam kat bidang dada dia.

"Aku sayang kau sesangat-" Jungkook memeluk aku dengan erat. Belakang aku diusap perlahan. Tak, yang mengejutkan aku sekarang..

Dia menangis?

"Jinhee-ya, my baby, my Euphoria. Aku minta maaf sebab buat kau macam ni. Tapi, tolonglah faham. Apa yang aku buat ni sebenarnya bersebab." Jungkook meleraikan pelukan.

"Dan, aku tak boleh nak bagitau kau sebabnya." Sekilas itu, pipi aku ditekup, Jungkook kemudiannya mencium bibir aku dengan lembut.

Walaupun dia meleraikan bibir aku dan dia, dahinya masih melekat pada dahi aku.

"Mianhae, Jinhee-ya. Aku sayang kau sangat, aku rindu kau."

*******
ahjumma nak ucap thanks sesangat sebab sudi komen and bagi semangat! alhamdulillah berkat komen korang, ahjumma makin happy menulis. pasal mak em tak tahu lagi. but still, thanks y'all! ily!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro