Part 29
please baca apa ahjumma tulis kat bawah and bagi komen sekali sebab ahjumma murung teruks
-JINHEE'S POV-
"Yah.. k-kenapa..kau buat aku macam ni, Jungkook? Aku sakit tahu tak, sakit!" Air mata aku yang berlumba lumba keluar umpama air terjun, aku relakan jatuh.
"I wish that you'd love, me~ eojecheoreom dasi i son nohji malgo~ and everytime my heart beats, bal majchweobwa dasi deoneun hemaeiji anhdorok~"
Smartphone aku yang berdering lagu <Heartbeat> daripada kumpulan Bangtan Boys menandakan aku menerima panggilan daripada seseorang terpaksa aku biarkan.
Aku segera bangkit daripada duduk. Kaki aku bergerak meninggalkan perkarangan rumah Jungkook.
Walaupun dalam hati aku masih berharap untuk dia panggil aku semula, aku tahu itu semua sia sia.
Tak aku sangka, bumi turut merasai kesedihan aku. Mereka turut menangis dan menyalurkan air hujan yang lebat pada permukaan bumi.
Aku pula tersenyum nipis, sekadar membiarkan diri aku basah dan berusaha menahan kesejukan yang menimpa.
"Jinhee-ya!" Hujan yang terlampau lebat menyebabkan pandangan aku menjadi kabur. Namun, gerak gerinya masih aku dapat meneka siapa dia.
Kim Taehyung. Dia berlari mendekati aku sambil membawa sekaki payung. Aku tersenyum tawar melihat dia.
"Kenapa kau jalan dalam hujan ni?!" marahnya apabila sudah berdiri di hadapan aku.
Payung yang dia bawa segera dia guna untuk melindungi aku. Aku pula langsung tidak memberi sebarang reaksi, hanya mendiamkan diri.
"Yah, kau tahu kan yang kau-" Wajah aku terus disembabkan ke dada dia. Taehyung terdiam seribu bahasa.
"K-kau..okay tak, Jinhee?" soalan Taehyung aku balas dengan gelengan. Semakin kuat raungan aku. Taehyung pun memeluk aku, erat.
*******
RUMAH YUGYEOM
"Jinhee, makanlah." Yugyeom meletakkan dulang yang berisi makanan setelah mengambil tempat duduk dihadapan aku. Aku pula hanya merenung jauh daripada tadi.
"Jinhee-ya, janganlah fikirkan sangat Jungkook tu." ujar Taehyung yang baru tiba membawa selimut tebal. Dia melilitkan badan aku dengan selimut itu.
"Geureom! Lagipun, kau tau kan dia tu kalau marah acane?!" kata Yugyeom lagi. Taehyung mengangguk laju sebelum mengambil tempat duduk sebelah aku.
"Nae, sampai tak pakai otak kot. Main hembus je, tak fikir langsung perasaan orang." sambung Taehyung pula. Aku hanya menunduk, tidak mahu bersemuka dengan diorang.
"Korang rasa kan..Jungkook memang minta putus ke?" soal aku dengan senyuman fake. Taehyung dan Yugyeom pantas menggeleng.
"Ani, lagipun aku rasa ni kira bagus jugak nak campur dengan prank birthday dia, kan?!" kata Yugyeom dengan teruja. Taehyung tersengih jahat, otak aku pula tak dapat nak brain. Haish!
Someone, sponsor aku susu dutch lady? kasi sel otak berhubung!
"Yela, kau biar je dia marah kau, samuk kat kau pepuas. Nanti kalau dia tahu kau siapkan birthday ni untuk dia..mesti dia terharu, kan?!" terang Taehyung bersungguh-sungguh, yang disokong 100% oleh Kim Yugyeom.
"Hm..apa apalah, aku follow the flow." balasku dengan nada fed up. Yugyeom dan Taehyung mencebik. Yugyeom ambil sudu dan gunakan untuk menyuap aku makanan.
"Dah dah, jangan nangis ye budak kecik?" Taehyung segera memeluk aku buat kali kedua dengan manja. Yugyeom menayangkan wajah tak puas hati.
"Sini, meh Gyeom peluk sekali!" usai Yugyeom berkata begitu, dia turut memeluk aku bersama Taehyung.
Terima kasih dekat dua ekor manusia tak berguna ni, aku mampu tersenyum balik. Walaupun tak selebar Jungkook buat, rasa bahagia tu masih terselit dekat hati ni.
Sebab dikurniakan sahabat yang baik macam diorang.
*******
-JUNGKOOK'S POV-
"Hyungdeul, tolonglah cakap dengan Kook apa yang Kook buat ni betul!" pinta aku dengan nada merayu. Seokjin hyung dan Jimin hyung memandang satu sama lain.
"Ya, Kook. Janganlah menangis lagi, ya?" pujuk Seokjin hyung lalu mengusap lembut kepala aku. Jimin hyung mengangguk perlahan.
"Jangan risau, kalau kau rasa bersalah--" Jimin hyung tidak sempat menyambung ayatnya kerana smartphone aku berbunyi menandakan aku menerima panggilan.
"Omma!" aku yang sedang menangis terus menyeka air mata aku sebelum pantas menjawab panggilan Omma.
"J-Jungkook.." sapa omma di talian dengan sayu. Otak aku mula membuat banyak spekulasi bahwa ada sesuatu yang buruk terjadi.
"N-nae..o-omma.." balasku sambil menahan air mata yang ingin keluar semula. Tahan, Kook!
"Kalau omma cakap macam ni..janji ya kamu masih fokus belajar untuk exam akhir nanti?" ujar omma dengan sayu. Ah, kenapa pula ni?!
"W-waeyo, o-omma..?" tanyaku dengan gugup. Tolonglah jangan berita buruk, aku risau ni!
"Appa kamu masuk hospital, Kook.." balasan omma membuatkan air mata aku tumpah semula dengan banyak. Badan Jimin hyung aku peluk.
Aku tahu Jimin hyung dan Seokjin hyung pelik dengan aku, namun mereka berdua masih tidak putus asa pujuk aku yang menangis.
"O-omma..wae?! Kenapa semua terjadi benda buruk ni terjadi?" tangisan aku menjadi kuat.
Omma yang berada di talian tidak mampu menyorokkan kesedihan yang dialaminya.
"Jungkook anak mak, jangan nangis ye sayang? Kita doakan appa okay. Kamu fokus belajar, eo?" Aku menggeleng laju tanda bantah.
"Omma-"
"Dah, jangan sedih ya? Kamu belajar rajin rajin, nanti boleh lawat appa dekat sini-"
Sentak itu, omma meletakkan panggilan. Omma memang tak nak aku risau, tapi sebab aku yang minta up to date pasal appa itu yang dia beritahu.
"Jungkook, appa-"
"Dia terlibat masuk hospital, hyung." potongku dengan sayu. Seokjin hyung dan Jimin hyung terkejut, mereka terus menenangkan aku.
Aku dah macam orang tak betul fikir pasal appa. Keselamatan omma lagi. Jinhee yang aku marah dia. Hubungan aku dengan Yugyeom, Taehyung. Jaehyun? Eunbi? Tak payah cakap.
"Hyung rasakan Kook, kalau kau rasa bersalah kat Jinhee. Kau tulislah surat." cadang Jimin hyung. Wajah aku ditolehkan melihat dia.
"Macam nilah, kau belajar elok elok. Buang dulu pasal hal sekeliling kau, fokus untuk banggakan diorang. Habis tu, kau pergilah Jordan. Jumpa appa dengan omma. Surat untuk Jinhee jangan lupa." terang Jimin hyung. Aku menunduk.
Ding dong~
"Jinhee ke?" tebak Seokjin hyung. Aku yang tidak berfikir panjang, terus bangkit daripada tempat duduk dan menuju ke arah pintu.
"Hai, Kook!" sapa Eunbi di muka pintu. Aku merenung tajam melihat dia sebelum menghempaskan pintu. Namun, Eunbi dengan pantas menghalang.
"Kejaplah, aku nak jumpa kau je. Dah lama kan tak bersemuka camni? hehe." Harapnya kesabarang aku cukup tinggi melayan kegedikan dia.
"Apa?" soal aku dengan malas. Aku tahu Seokjin hyung dan Jimin hyung perhati gelagat kami berdua dari jauh.
Diorang takkan serang Eunbi selagi dia tak buat hal, lainlah kalau macam Jaehyun tu.
"Nah, hadiah birthday daripada aku." Eunbi menghulurkan aku sekotak hadiah bersaiz kecil. Aku melihat kotak itu dan dia bersilih ganti.
"Birthday aku esok, otak kau sasau ke?" perli aku secara kasar. Eunbi tergelak kecil. Eh dia ni, hantar hospital mental karang taulah!
"Aku busy esok, tak dapat bagi. Ambil jelah." Eunbi seakan memaksa. Aku menepis tangan dia daripada aku ambil. Lantaklah, Eunbi je pun kan?
"Aku tak naklah, kau tak faham ke ha?!" suara aku berubah menjadi tinggi. Disebabkan itu, Seokjin hyung dan Jimin hyung segera menghampiri aku.
"Kenapa, Kook?" soal Jimin hyung sambil melihat Eunbi atas bawah. Seokjin hyung pula mengalihkan pandangan ke arah luar.
"Eh, tu bukan Jinhee, ke?" Dengan serta merta, kami bertiga melihat ke arah Seokjin hyung tunjukkan.
Riak wajah Jinhee berubah serta merta apabila ternampak aku bersama Eunbi. Dia yang kecewa terus lari berpatah balik.
*******
hm sedih hati ahjumma bila mak tak support ahjumma menulis dah. korang rasa ahjumma tak layak jadu penulis ke? ahjumma nak sangat bukukan cerita. tapi dia rasa benda tu tak bawa banyak untung, apa pendapat korang? komenlah pasal penulisan ahjumma sama ada layak atau tak. ke ahjumma patut berhenti menulis? :(
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro