Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 27

-JINHEE'S POV-

Otak aku serabut. Hati aku sakit. Kaki aku melangkah terus ke hadapan, entah ke mana tempat yang ingin aku pergi pun tak tahulah.

Yugyeom dan Taehyung hanya mengikut langkah aku. Mereka berdua sekadar mampu mendiamkan diri, tidak mempunyai keberanian untuk menegur aku sekarang.

"Function eh korang buat study group senyap, tak berbincang? Baik study sendiri lah weyh. Semak."

Kata kata Jungkook serta jelingan maut dia asyik bermain dalam fikiran aku. Senyuman fake cuba aku ukirkan. Air mata yang ingin tumpah, aku cuba tahan dengan mengetap bibir.

Bukan sebab apalah. Aku tak suka mood sendu macamni. Lagipun, aku tak nak Yugyeom dengan Taehyung hadap perangai moody aku. Kesianlah diorang, tak bersalah tapi diorang yang kena.

Secara tiba-tiba langkah aku terhenti. Lutut aku menjadi lemah, menyebabkan aku jatuh. Derapan tapak kaki yang berlari menghampiri serta jeritan suara memanggil nama aku dapat didengar.

"Jinhee-yah!"

"Yah, Kim Jinhee!"

Tak, aku okay. Cuma mental aku penat. Penat nak hadap perangai Jungkook.

"Jinhee-yah, janganlah macam ni!" kata Taehyung, cuba membantu aku bangun. Yugyeom juga menyokong, namun aku memilih untuk mengeraskan badan aku dan terus terduduk dengan posisi sebegitu.

"Aku tak fahamlah..kenapa Jungkook macam ni eh?" memang soalan bodoh aku utarakan sekarang dekat diorang. Haih, Jinhee Jinhee! Manalah diorang tahu pasal Jungkook pindah?

"Molla..Jungkook mesti ada sebab tersendiri layan kita semua macamni.." balas Yugyeom dengan yakin. Aku sekadar menggelengkan kepala, cuba menafikan spekulasi yang berada dalam minda.

Jungkook tu..

Tak akan pindah, kan?
Dia janji yang dia nak usaha pujuk omma dia, kan?
Tapi..situasi tadi tu macam dah cukup menjelaskan segalanya..?

"Dahlah, Jinhee..aku tak sukalah tengok kau sedih." kata Yugyeom, yang kemudian duduk mencangkung hadapan aku, diikuti Taehyung. Aku melihat mereka berdua secara silih ganti.

"Jangan sedih, ya?" Kepala aku Taehyung sentuh dengan lembut. Perlahan lahan dia memasukkan aku ke dalam dakapan dia yang cukup menghangatkan aku.

"Apa kata, kita bincang plan birthday Jungkook, nak?!" cadang Taehyung apabila pelukan terlerai. Yugyeom menjadi teruja.

"Haa betul, betul! Kita prank dia sampai nangis, nak?!" cadang Yugyeom lagi. Aku tergelak kecil.

Bolehlah. Daripada aku study macam ni, confirm tak masuk.

*******
-JUNGKOOK'S POV-

Selepas kejadian pahit tadi, aku mengambil keputusan untuk terperap dalam bilik. Bukan apalah, aku cuma rasa yang aku bawa masalah untuk diorang semua.

Drrt~ Drrt~

Smartphone aku yang berdering, terus aku capai dan membuka mesej di aplikasi WhatsApp. Aku tak mengharapkan sesiapa, sebab aku tau tu bukan Jinhee.

---------------------------------------------------------
Omma Terchenta🐰

Jungkook-ah

Omma sampai Jordan lama lagi sebab jauh

Kamu tahu kan?

Setakat ni berjauhan dengan omma okay?

Ke dah rindu? hihi.

hahah arrayo, omma.

rindu sikit je.

nanti kalau banyak banyak sakit.

auch.

🤧

😜

neo eodiseo?

macam mana study group, seronok?

---------------------------------------------------------

Tanpa membuang masa, aku terus call omma. Aku nak luahkan semua masalah tu dekat dia.

Omma, anak mu ini tak boleh hidup tanpamu! hm.

Bukan niat untuk menambah beban, sekadar mengharap untuk mendengar luahan.

"Ye Kook? Kamu okay?" tak ku sangka, hanya mendengarkan suara manusia yang baru berjauhan dengan aku sekejap tadi buat aku menangis.

Tak, aku kena kuat.

"N-nae.." balas aku dengan gugup. Aku mengetap bibir dengan kuat. Tolonglah, Jungkook! Omma kau takde sekarang, kuat!

"Jungkook? Kamu nangis ke?! Siapa buat anak omma nangis ni?!" omma secara tiba tiba marah. Aku naik cemas, jadi aku tenangkan omma.

"T-tak, omma..biar Kook cerita sepenuhnya apa jadi tadi." kata kata aku membuatkan omma terdiam. Aku pun mula bercerita.

"Jungkook-ah..omma minta maaf-" aku tersentak. Aigoo, omma dah salah faham ke?!

"Omma, ni bukan salah omma. Kook yang marah Jinhee." balas aku dengan tenang. Omma menghela nafas berat.

"Kalau bukan sebab omma ajak kamu pindah-"

"Omma, hajima." omma terdiam seribu bahasa. Aish, macam kurang ajar pulak aku ni.

"Mianhae, omma..Kook bukan nak kurang ajar tapi, biarlah benda ni Kook settle sendiri. Omma janganlah risau, Kook cuma nak luah je." sambung aku lagi.

"Betul ni?" soal omma, inginkan kepastian.

"Eung, geokjeongma! omma jagalah diri ya! Nanti pasal appa semua updatelah dekat Kook." ujarku, ceria.

"Nae, tapi tak janjilah. Kamu kena fokus exam akhir ni." pesan Omma. Aku menggumam perlahan.

"Annyeong, Kook. Jaljinae. Jangan tidur lambat, bangun awal, pastikan cukup makan, mandi tiap hari, study jangan lupa, good luck okay?! Omma sayang Kook sangat sangat!"

"Nae, Kook sayang lagi lebih." Kami berdua saling tertawa. Usai omma mematikan talian, aku terus mencapak smartphone tersebut ke tepi.

Ding Dong~

Aduh. Siapa pula yang kacau aku sekarang ni? Nak kata Jinhee, tak mungkinlah!

Aku dengan langkah yang malas terus lompat turun daripada katil. Kaki aku menuju ke pintu bilik untuk keluar dan menuruni tangga. Pintu utama aku buka.

Mata aku membeliak melihat dua manusia yang kini berdiri di hadapan aku.

"Eyyo, WhatsApp Kook?!" tegur Seokjin hyung dengan ceria. Aku tertawa kecil mendengar broken english dia. Haih, dah buka kedai beauty yang ternama pun masih tak berubah dia ni.

"Apa khabar, Kook? Mian, lama aku tak lawat kau.." ucap Jimin hyung seraya memeluk aku sekilas. Aku hanya mampu tersengih. Hm, diorang datang tepat pada masanya.

"R u ok brother? Don't be sad! You hev meh, rite?!" Seokjin hyung menepuk bahu aku pelan. Aku menggeleng kepala perlahan sambil tertawa. Eh, habis hilang mood sendu aku hm.

"Kau seorang je ke?" soal Jimin sambil melihat keliling rumah aku. Aku mengangguk laju dan terus mengajak mereka masuk.

"Hey JayKay! U hev problem rite?" soal Seokjin hyung, seakan boleh menebak melihat wajah aku yang kesedihan. Jimin juga merenung aku daripada tadi.

"Bagitaulah, aku tau kau tak okay." ujar Jimin hyung dengan nada memujuk. Aku mengetap bibir, cuba memikirkan keputusan terbaik.

"Gomawo, korang memang sampai tepat pada masanya." balas aku dengan senyuman. Dengan itu, aku menceritakan semula semua masalah aku kepada mereka berdua.

"Ouh..camtu ke?" Seokjin hyung berfikir sejenak. Jimin pula mendiamkan diri, hanya mengurut dagu daripada tadi.

"Kook, pada akulah kau tak buat salah pun." ujar Jimin hyung. Aku mengerutkan dahi mendengar kata kata Jimin hyung. Benarkah?

"Wae..?" soal aku dengan gugup. Jimin tersengih kecil. Makin confused aku tengok hyung ketot nih.

"Sebab, kau kena pindah. Benda ni memang kau tak dapat elak. Pada masa sama, kau tak nak sakitkan hati Jinhee jadi kau terpaksa buat sesuatu yang buatkan dia benci kau." terang Jimin hyung.

"Itu adalah langkah pertama nak buat dia dapat lupakan kau dengan mudah. Yela, dah benci kan." sambung Seokjin hyung lagi. Aku menelan air liur.

"Maksudnya..aku kena-"

"Nae, kau terpaksa teruskan cara ni. Buat dia benci kau dan kau boleh pindah dengan tenang." kata Jimin hyung. Macam menghalau pula? hm.

"Kau jangan salah faham tau, Kook. Walaupun kita jauh nanti, kitaorang akan berusaha untuk lawat kau macam sekarang." ujar Seokjin hyung sambil menepuk bahu aku dengan perlahan.

Aku terharu, huhu. Gomawo, hyungdeul!

Drrt~ Drrt~

---------------------------------------------------------
jaehyun dwaeji

ucapkan selamat tinggal dekat bapak kau, Jungkook.

dalam masa beberapa hari.😉

---------------------------------------------------------
*******
sorry sebab hambar! hm vomment tau! kalau kurang tolonglah pm tepi, srs ahjumma risau :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro