Part 20
-JINHEE'S POV-
Waktu rehat sepatutnya masa paling berharga dekat sekolah sebab dapat lepak dan makan dengan member.
Namun, sikit pun aku tak rasa macam tu. Malahan, dulang berisi makanan yang Taehyung ambilkan untuk aku tadi langsung tak disentuh.
Pang!
"Aish, sakitlah Kim Taehyung!" marah aku sambil mengusap kepala. Dia pukul guna hujung sudu kot, sakit!
"Kau memang nak mati kelaparan ke?" soal Taehyung lagi dengan nada geram. Ish, dia ni dengan Jungkook sama je! Tak boleh dipisahkan dengan ayat pedas!
"Bukanlah, Tae..aku-"
"Takde selera? Semua sebab hadiah tu?" celah Taehyung sambil makan dengan berselera. Aku mengangguk perlahan kemudian menunduk.
"Haih, kau ni! Bersangka baiklah, mana tau Jungkook tak buka loker harini?" ujar Taehyung. Tak buka loker? Memang sangat mustahil!
"Kenapa aku rasa tak sedap hati eh?" kata aku dengan nada kecewa. Taehyung yang makan dengan gelojoh daripada tadi terhenti.
"Kim Jinhee, itu semua mainan perasaan kau dan tolong letak tepi, please? Makan dulu okay?" Taehyung menolak dulang aku kehadapan, menyuruh aku makan.
"Geundae, Taehyung-"
"Ahh, shut up! You eat now?! Eat! Eat!" marah Taehyung sambil berbahasa inggeris. Sesungguhnya confident itu penting.
"Hmm yela, yela." balas aku, mengalah. Taehyung tersenyum kemenangan. Eh, rilek sikit!
"Good girl~" Taehyung mengusap kepala aku dengan lembut. Aku pula membalas dengan jelingan maut.
"Yah, yeoreobun!" jerit seseorang. Aku dan Taehyung yang terdengar suara familiar tersebut terus toleh. Kim Yugyeom rupanya. Dia berlari anak menghampiri meja kami.
"Waeyo, waeyo?" Tanya Taehyung dengan cemas. Yugyeom terus mengambil tempat duduk sebelah aku. Wajahnya pucat.
"Kim Jinhee." Yugyeom menoleh ke arah aku. Air liur aku telan, agak berdebar ingin tahu apa yang bakal diperkatakan Yugyeom.
"Kau, dah ada musuh baru." kata katanya membuatkan aku keliru. Aku dan Taehyung saling berpandangan.
"Apa kau cakap ni, Yugyeom? Kitaorang tak faham.." balas aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Ahh, sudah! Jomlah pergi kelas Jungkook, nanti korang fahamlah!" Yugyeom terus bangkit daripada bangku. Aku dan Taehyung pun sama.
Semasa dalam perjalanan, Yugyeom cuba menjelaskan perkara yang ingin dia perkatakan tadi.
"Tak, tadi sebenarnya aku nak pergi kelas Jungkook nak ajak dia rehat, tapi-"
"Tapi?" celah Taehyung. Dia berpeluk tubuh. Semakin Yugyeom cuba bercerita, semakin laju debaran jantung aku.
"Aku ternampak Eunbi bagi hadiah dekat Jungkook." kata kata Yugyeom membuatkan mata aku membulat. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke kelas Jungkook.
"Kenapa Eunbi sibuk buat benda yang sama macam aku?!" sumpah, rasa marah geram semua datang secara sekaligus.
Aku yang sudah tiba ke kelas Jungkook menjenguk daripada tingkap sambil mencangkung. Yugyeom dan Taehyung juga melakukan perkara yang sama.
"Jungkook, kau tak nak ke hadiah ni?" soal Eunbi dengan senyuman sinis. Dia menayangkan hadiah aku kepada Jungkook. Eh, apa ni?
"Yugyeom-ah, itu hadiah yang aku nak bagi dia." ujar aku dengan cukup perlahan.
Taehyung mengangguk setuju manakala Yugyeom mengurut dagu. Apa jadi ni? Jangan buat confused macamni, otak tak berfungsi!
"Ish, buat apa aku nak ambil kalau itu daripada kau!" Suara Jungkook tiba tiba kedengaran naik geram. Hadiah aku dia rampas daripada tangan Eunbi dan baling sejauh jauhnya.
"Aku rasa, Eunbi nak sabotaj kaulah Jinhee." kata Yugyeom. Aku masih keliru, kenapa otak aku tak berfungsi sekarang?!
"Macam ni, Jinhee. Eunbi sengaja bagi hadiah tu dekat Jungkook supaya dia anggap Eunbi yang bagi. Bila Eunbi, kau tau kan apa reaksi Jungkook?" terang Taehyung.
"Kiranya Eunbi memang sengaja nak tengok hadiah kau dirosakkan Jungkook." sambung Yugyeom lagi.
Jaehyun yang melihat hadiah aku berdekatan dengan dia terus ambil. Plastik beg Cooky itu dia koyakkan.
Aku terkejut. Air mata aku cuba tahan dek kerana rasa sakit di hati yang terlampau pedih. Aku tak sanggup nak tengok!
"Kejap eh, dalam ni ada surat. Biar aku baca eh." pinta Jaehyun yang kemudiannya berdehem bagi membetulkan suaranya.
Eunbi berpeluk tubuh kemudiannya cuba melihat reaksi Jungkook yang seakan malas layan.
"For, my one and only Jungkook. From, your lovely Jinhee." Jungkook terkejut, dia terus cuba mendekati Jaehyun tetapi dihalang Eunbi.
"Yah, bagi kat akulah, hadiah tu!!" jerit Jungkook, kegeraman. Aku yang menyorok daripada tadi akhirnya munculkan diri.
"Terima kasih, Jungkook sebab tak hargai langsung hadiah tu." ujar aku sebelum beredar. Sambil berlari, air mata aku turut berlumba untuk turun dengan deras.
"Eh Jinhee, jangan gini woi!" jeritan Yugyeom yang memanggil aku, aku abaikan.
-JUNGKOOK'S POV-
Masalah pulak aku tak boleh keluar dari sini. Aku nak Jinhee lah!
Aku melihat Taehyung ingin mengejar Jinhee, dengan pantas aku menahan dia daripada lari.
"Taehyung-" Langkah Taehyung terhenti, dia menoleh ke arahku. Aku mengetap bibir.
"Bagi peluang kat aku, untuk minta maaf dengan adik kau..?" ujar aku dengan syahdu. Taehyung tersenyum nipis sambil mengangguk.
"Apa lagi, Tae?! Mailah kita serang syaitan syaitan tak matang tuuu!" ajak Yugyeom lalu masuk ke dalam kelas. Taehyung terlebih dahulu menolak Jungkook supaya aku terlepas.
"Pergilah, Jungkook! Good luck!" Sempat Taehyung memberi kata kata semangat. Yugyeom juga membuat gaya 'fighting"
Aku terus berlari untuk mencari Jinhee di serata sekolah. Kelas? Tak perlu risau sebab sekarang study week hiehsush. Enjoy!
Sedang mata aku melilau mencari dia, entah mengapa firasat aku mengatakan yang dia ada dekat tempat rahsia aku, bilik sukan.
Aku yang sudah tiba, menolak pintu dengan perlahan. Suasana gelap gelita langsung tak menjadi penghalang bagi aku untuk mencari Jinhee.
"Jinhee? Awak ada dalam ni?" perlahan lahan kaki aku menapak untuk mencari dia. Pintu aku biarkan terbuka supaya cahaya dapat masuk dan menerangi bilik ni.
Usai berkata begitu, aku terdengar bunyi peralatan yang jatuh. Dah sah, memang ada orang dalam ni dan aku pasti dia ialah Jinhee yang aku cari.
Semakin aku mendekati satu sudut bilik tu, semakin jelas figura seorang wanita sedang menangis sambil memeluk kakinya. Aku tersenyum nipis.
"Jinhee-"
"Keluar." celahnya. Wajah aku langsung dia tak tatap. Aku pun menghampiri dia dan mencangkung di hadapan dia.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau." Aku tersenyum tenang. Jinhee mengangkat wajahnya tanpa senyuman di bibir.
-AUTHOR'S POV-
Flashback (5 tahun lepas)
"Pointer aku makin turunlah korang! acane ni?!" ujar Jungkook dengan risau. Yugyeom dan Jaehyun yang berdiri di belakang Jungkook tergelak.
"Kau jangan risaulah, Kook." kata Yugyeom lalu memeluk bahu Jungkook.
"Kitaorang akan bantu kau.." balas Jaehyun sambil tersenyum, yang lama lama berubah menjadi jahat.
Namun wajah Jaehyun yang sebegitu langsung tak diperasan Jungkook dan Yugyeom.
"..dalam mimpilah." sambung Jaehyun dalam hati. Ya, dia akan terus membiarkan Jungkook berada di bawah!
Dalam masa 3 bulan, mereka bertiga banyak menghabiskan masa belajar bersama sama. Malahan, macam macam juga perkara yang berlaku.
Termasuklah, yeoja yang Jaehyun suka meluahkan perasaannya kepada Jungkook iaitu Eunbi.
"Kau tunggu, Jungkook!" tekad Jaehyun.
Dalam percintaan Jungkook dan Eunbi juga, Jaehyun menjadi orang ketiga. Dia juga bercinta dengan Eunbi dalam diam.
Namun, perkara itu langsung tidak diketahui Jungkook sehinggalah tibanya hari keputusan akhir peperiksaan.
"Jungkook, kenapa result kau macam tu?" soal Yugyeom. Jungkook terkejut, usahanya yang belajar bersungguh sungguh selama 3 bulan seakan sia sia.
Semuanya gagal? Langsung tiada result yang bagus.
"Kau memang lembap, Jungkook." celah Jaehyun. Jungkook dan Yugyeom menoleh ke arah Jaehyun.
"Untuk pengetahuan kau.." Eunbi secara tiba tiba datang dan memeluk Jaehyun.
"Jaehyun, apa kau-"
"Selama ni, Eunbi curang dengan kau." kata kata Jaehyun membuatkan baran Jungkook naik. Jungkook yang geram terus menarik kolar Jaehyun.
"Dan, kertas jawapan peperiksaan kau.." Jungkook mengetap bibir, cuba mengawal kemarahannya.
"..semua aku bakar dan tanam abu dia." Wajah Jaehyun terus Jungkook tumbuk. Yugyeom terkejut, dia meluru ke arah Jaehyun.
"Memang s**l kan aku kenal dengan korang, kan? Rupanya istilah kawan baik dan cinta sebenar tu memang takde!" hambur Jungkook, geram.
Jaehyun bingkas bangun kemudian tergelak jahat. Yugyeom sudah keliru tidak tahu hendak berpihak kepada siapa. Eunbi pula memeluk lengan Jaehyun dengan erat.
"Kau yang perasan, Kook. Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah anggap kau kawan aku." ujar Jaehyun tanpa rasa bersalah.
"Aku buat camni, supaya kau sedar diri sikit yang kau tu tak layak pun dapat semua tu." Jungkook menahan marahnya. Dia tidak mahu bergaduh.
"Baiklah, suka hati kau." Jungkook tersenyum fake. Dia menghampiri Jaehyun dan Eunbi.
"Muka korang dua kalau aku nampak lagi, jangan fikir korang akan terlepas." Jungkook beredar. Yugyeom cuba mengejar Jungkook tetapi..
"Kau pulak, Yugyeom. Kau ikutlah orang kurang kasih sayang ni. Aku boleh hidup sendiri."
*******
done, ahjumma edit balik sebab takut ramai konfius huhu. vomment juseyoo tq ily! ><
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro