Part 2
-JUNGKOOK'S POV-
Aku seakan tidak percaya. Dia dah kembali? Betul ke? Aku bermimpi, kan?
"Aish, jinjja!" memikirkan Eunbi yang hadir dalam hidup aku semula, sudah cukup menyerabutkan kepala otak aku.
"Eunbi-yah, saya tak sangka awak sanggup datang Seoul ni!!" suara Jinhee yang teruja membingitkan telinga aku.
Wajah aku angkat, dan mata aku memerhatikan tingkah laku Jinhee dan Eunbi yang nampak mesra. Mwoya ige? diorang kenal satu sama lain ke?
"Untuk kawan baik saya, apa salahnya kan?" balas Eunbi pula dengan gembira. WHUT. KAWAN BAIK?!
Hampir tersedak aku mendengar kata-kata Eunbi tu. Tak sangka tekaan aku tepat.
uhuk! uhuk!
Aigoo, terbatuk pula..jatuh maruah aku gini!
"Eunbi-yah, saya nak kenalkan awak dengan seseorang ni!" kata Jinhee, apabila dia tersedar kehadiran aku kat sini?
Aish, macam mana pula dia boleh nampak aku kat sini?
Mata aku kembali memandang ke arah mereka berdua. Dan..oh tidak, diaorang datang ke arah sini pula!
Jinhee duduk di sebelah aku, manakala Eunbi pula dihadapan aku. Ah, sudah! Banyak tempat kosong, sini juga kau pilih!
"Kenalkan, ni pelajar terbaik kat sekolah, Jeon Jungkook. Jungkook-ah, ni Eunbi." beria Jinhee memperkenalkan Eunbi dekat aku.
Ceh, untuk pengetahuan kau, aku memang tak berminat nak berkawan dengan dia. Sebab? Aku lagi kenal dia tu siapa.
Eunbi menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan aku. Tangan dia aku tenung, kemudian beralih ke arah wajah dia.
"Jungkook-ah, balas lah balik!" Jinhee menepuk belakang aku, seakan memaksa aku.
"Aku takkan sentuh tangan manusia yang kotor." kata kata aku membuatkan Eunbi sedikit tersentak.
Dengan itu, aku terus bangun daripada kerusi dan mengangkat dulang aku untuk beredar pergi.
*******
-JINHEE'S POV-
"Eunbi-yah, mianhae pasal Jungkook tu. Mulut dia memang tak berinsurans sikit." terangku pada Eunbi.
Eunbi tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia tak terasa ke dengan Jungkook tu?
"Neo gwaenchanha?" tanya aku, inginkan kepastian. Manalah tahu dia tipu kan, who knows?
"Na jinjja gwenchanha. Tak perlulah risau, saya masih nak cuba berkawan dengan dia lagi." balas Eunbi dengan yakin. Fed up juga aku gini, haish.
"Geundae..wae?" soalku.
"Mwo?" soal Eunbi kembali.
"Kenapa dalam ramai ramai pelajar kat sini, awak pilih Jungkook untuk jadi kawan awak?" tanyaku. Eunbi terdiam.
"Sebabnya..saya..em.." Eunbi seakan gugup. Wajahnya juga berubah merah padam. Why?
"Saya sukakan dia.." jujur Eunbi. Mata aku terbeliak, mulut aku melopong. Aku tak salah dengar, kan?
"Awak..suka dia?" Eunbi mengangguk pantas, menandakan dia yakin dengan apa yang dia katakan.
"Nae! awak rasa kalau saya confess, hati dia terbuka tak untuk terima saya?" soal Eunbi dengan bersungguh-sungguh.
"Ermm..saya rasalah, tak kot. Sebab Jungkook memang tak minat dalam hal bercinta ni-"
"Ahh wae?! Jebal, tolong saya? kali ini aje.." Pinta Eunbi. Makin parah budak ni kalau aku tengok lama.
"Hm baiklah." aku mengalah, dan terpaksa mengikut apa yang Eunbi mahukan.
*******
Aku dan Eunbi berjalan bersama sambil berpegangan tangan. Pada masa yang sama, mata kami berdua melilau mencari kelibat Jungkook.
Tiba di pondok, aku ternampak satu figura tidak jauh dari pandangan aku. Dia sedang baring di atas bangku sambil mendengar lagu di headphone.
"Haa! itu pun Jungkook!" Eunbi menjerit teruja apabila ternampak Jungkook. Dia bertindak pantas menarik tangan aku mendekati Jungkook.
"Ppalli, kejutkanlah dia.." kata Eunbi dengan nada tidak sabar. Aku mengetap bibir. Betul ke apa yang aku buat ni?
"Jungkook-ah." aku menolak sikit bahunya. Jungkook menggeliat sedikir dan matanya mencelik melihat kehadiran aku dan Eunbi.
Headphone nya dibuka dan diletakkan ke bahagian bidang dadanya.
"Apa kau nak?" tanya Jungkook dengan dingin. Dia memusingkan kepalanya, arah berlawanan aku dan Eunbi.
"Jungkook-ah, Eunbi-"
"Jungkook-ah, neoreul johahae!" ujar Eunbi, tidak mengambil masa panjang.
Oh my god. This girl really drives me crazy!
"Apa kau merepek ni?" Jungkook mengerutkan dahinya. Headphone miliknya dicapai semula namun tangan Eunbi lebih pantas merentap tangan Jungkook.
Hampir semua pelajar yang berada di kawasan berdekatan kami berhenti untuk melihat kejadian memalukan ini. Ya, aku malu!
"Jungkook-ah, jebal.. saya cuma-"
"Cuma apa? kau nak jilat ludah kau balik ke?" kata Jungkook dengan pandangan yang tajam.
Eunbi yang mendengarkan kata-kata Jungkook tersentak. Orang ramai yang melihat kejadian kami juga mula berbisik antara satu sama lain.
Jungkook menarik tangannya daripada rentapan Eunbi dengan kasar. Dia terus beredar meninggalkan aku dan Eunbi.
"Jinhee-ya.." Eunbi menoleh pandangannya ke arah aku. Air mata dia bertakung. Mesti dia tak dapat tahan rasa sedih ni.
"Gwenchanha, aku faham perasaan kau." ujar aku sambil tersenyum nipis. Aku menarik Eunbi ke dalam dakapan aku.
Maybe it's better to turn this way, daripada aku..
"apa ni, oppa?"
"kau buta ke? dia yeochin aku."
"apa oppa merepek ni? bukan ke-"
"memang patut aku putus dengan orang bodoh macam kau. dia ni yeojachingu akulah, babo!"
dan lepas tu, aku dapat tahu dia curang dengan aku. bukan dengan yeoja tu seorang, tapi ada 5 lagi perempuan lain.
my life is such a mess.
*******
Malam, aku menyiapkan kerja sekolah sambil membuat video call bersama Eunbi. Ya, pada masa yang sama kitaorang bincang juga soalan yang tak dapat kitaorang selesaikan.
"Jinhee-ya! Yah, Kim Jinhee!" Eunbi tiba-tiba menjadi gelisah. Aku memandangnya pelik.
"Wae? neo gwaenchanha? eo?" tanya aku dengan risau. Sudahlah baru kena reject, janganlah ada benda buruk datang pada dia lagi.
"Cek website sekolah sekarang, jebal!" kata Eunbi dengan nada takut. Aku yang curious terus turn on kan laptop.
Website sekolah aku buka melalui Google. Aku mula membaca satu persatu berita di situ, dan aku terjumpa..
"Kwon Eunbi, pelajar baharu menggatal?!"
"Jeon Jungkook jual mahal dekat pelajar yeoja!"
"Pelajar baharu, Kwon Eunbi tiada maruah?"
"Eunbi-yah..mwoya ige?" Mulut aku tekup kerana terlampau terkejut. Siapa pula manusia jahat buat cerita ni?!
"Molla..eotteokhae Jinhee-ya? Saya tak nak pergi sekolah esok.." Eunbi mula menangis teresak-esak. Tak, ini tak boleh jadi.
Eunbi pelajar baharu, takkan lah dia nak bertindak liar ponteng sekolah? Aish, sekolah aku ni pun satu! Consider lah sikit, budak baru kot!
"Eunbi-yah, sabar. Saya akan cuba selesaikan hal ni." kata aku. Eunbi menganggukkan kepalanya sebelum mengucapkan selamat tinggal untuk mematikan video call.
Okay so, should I text Jungkook first?
Aplikasi WhatsApp aku buka dan nama Jungkook aku cari dalam contact list memandangkan aku tak pernah chat dia.
---------------------------------------------------------
Jungkook Taguna
Yah, kau sedar tak apa kau buat petang tadi?!
Apa?
Kau dah sakitkan hati Eunbi tau tak!
So?
Kalau kau nak reject dia sekali pun, tak perlulah tulis dekat website sekolah!
Dasar childlish!
Sejak bila aku tulis kat website, ngek?
Kau yang childlish sebab main tuduh orang!
---------------------------------------------------------
Eh? betul juga. Jungkook tak pernah nak kacau life orang. Orang jela yang selalu kacau tepi kain dia hm.
Mesej Jungkook aku biarkan bluetick dan aku ternampak dp nya hilang. Lantaklah kena block, Jungkook je pun.
Drrt~
Phone aku vibrate tatkala notification masuk. Oh daripada Instagram. Ada orang hantar direct message.
@wjdrjr._
Hi.
Username nya aku tenung lama. Siapa pulak natang ni?! Aku tak follow pun?!
*******
done chapter 2! vote and comment okay! pasal watak eunbi, I'm using her because i like her, no hate k!😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro