Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 19

-JUNGKOOK'S POV-

Aku dan Taehyung berjalan bersama-sama untuk pulang ke rumah. Sejak kes ni diselesaikan, tiada lagi sifat dendam atau benci aku kepada Taehyung.

Sepanjang perjalanan juga, kami berdua banyak bersembang tentang Jinhee. Kata Taehyung, dia dengan Jinhee berkawan baik sejak hari pertama di sekolah menengah.

"Jinhee memang macam tu. Apa dia buat semua extra. Kalau happy, dia sampai melalak sana sini. Kalau sedih, dia tak bercakap langsung pun. Kalau marah, dia selalunya boleh control." terang Taehyung sambil tersengih.

"Kau kena tahu sesuatu. Jinhee ni ada pure heart. Apa yang aku cakap tadi pun kau dah boleh faham an? Kiranya dia ni boleh dilabelkan hati tisu jugalah." sambung Taehyung.

"So, aku percaya pertemuan kau dengan Jinhee ni sebenarnya dapat memberi pengajaran dalam hidup kau." Dahi aku kerutkan melihat Taehyung.

"Kau tak perasan? Kau dengan Jinhee jauh berbeza. Kiranya Jinhee tu macam opposite diri kau. Bila dah macam tu, aku percaya kau boleh belajar banyak benda dengan dia."

"Ouh, maksudnya-"

"Ya, kau akan banyak turunkan ego kau bila dengan dia. Melalui tu jugak, akan wujudnya satu titik perubahan dalam diri kau yang akan mengubah segalanya."

Aku agak terharu mendengar kata-kata Taehyung. Dia buatkan aku rasa diri aku yang lama dapat dikembalikan. Ya, aku percaya Jinhee akan jadi penyebab aku untuk berubah semula seperti dulu.

"Sudahlah, aku tak sukalah sendu sendu ni. Ish!" ujar Taehyung secara tiba-tiba. Dia memang mood maker, no wonder Jinhee rasa bahagia bila dengan dia.

"Hahahha, habis tu? Kau nak cerita apa?" soalku. Taehyung mengerutkan dahinya sambil cuba memproses otaknya untuk berfikir.

"Kau nak tahu? Waktu dia mood swing inilah aku tak tahu nak layan dia macam mana." cerita Taehyung.

"Hahahha, wae? Apa jadi kalau dia mood swing?" soalku. Aku pernah juga nampak omma macam ni, sampaikan appa pun keliru nak buat apa. Mesti stress?

"Dia macam bukan mood swing, dia macam drunk. Haih, seram!" Taehyung menunjukkan reaksinya dengan menggigilkan satu badannya.

"Lepastu bila dia macam tu, omma dia ada cakap yang Jinhee kalau boleh nak berkepit dengan aku seharian." Aku mengetap bibir, entah rasa cemburu? Ish, tak baiklah Kook!

"Waeyo?" Tanyaku cuba menyorokkan apa aku rasa. Taehyung menjuihkan bibir.

"Omma dia cakap, Jinhee senang rasa bahagia bila dia ada dengan aku walaupun mood dia tak betul." beritahu Taehyung. Untungnya menjadi insan bernama Kim Taehyung!

"Tapi, parents korang dah tahu, aku rasa omma Jinhee panggil kau je kot lepasni." Aku tergelak, haraplah!

Sambil itu, dia ceritakan juga pengalaman dia berkawan dengan Jinhee dan cara untuk selesaikan dengan mudah. Haa, kau dapat tips lagi! Bukan besye besye Taehyung ni!

"Kau jangan risaulah kalau kau rasa Jinhee benci kau sekarang. Dia cuma terasa dengan kau dan dia takut nak cakap hal sebenar." Terang Taehyung.

"Ouh, takpe kot. Aku pun tak sedia lagi nak jumpa dia dalam keadaan macam ni sebenarnya." balas aku pula. Taehyung mengangguk faham lalu menepuk bahu aku dengan perlahan.

"Gwenchanha, ambillah masa kau. Jinhee pun mungkin sama." jawab Taehyung. Aku berfikir sejenak.

"Anyways, aku kena balik. Aku nak sambung tengok drama." kata kata Taehyung membuatkan aku terkejut. Eh dia ni, exam nak dekat boleh dia goyang kaki?

"Takdelah, aku gurau je. Gue mahu ketidurannn! Penat banget sih." Taehyung meregangkan badannya.

"Haa yelah, aku balik dulu." Taehyung mengangguk faham. Aku pun berpaling ke arah bertentangan. Taehyung juga melakukan perkara yang sama.

"Eh Taehyung, kejap!" sempat aku menahan dia. Taehyung menoleh ke arah aku. Aku mengetap bibir sambil mengusap belakang leher aku.

"Mian.." ucapku, sepatah. Taehyung tersenyum lebar. Dia tak marah ke?

"Gwenchanha, aku fahamlah perasaan kau." balas Taehyung. Hm, baiknya budak ni. Tapi sayang, dia takde yeochin pun.

"Gomawo, aku harap kau akan dapat yeochin satu hari nanti." kata kata aku membuatkan Taehyung tergelak.

"Hahaha, okay~" jawab Taehyung dengan gelak yang tersisa.

Kemudian, kami berdua pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Rasa lega apabila benda ni selesai.

Eh, tak jugak. Aku lupa dua ekor syaitan terlepas tu tak insaf lagi. Ke aku yang patut kena buat diorang rasa macam tu?

*******

-JINHEE'S POV-

Aku menjeling jam di atas meja. Ok Jinhee, sabar. Baru pukul 2230! awal lagi, siapkan sling bag ni dulu baru tidur~

"I wish that you'd love me-"

Smartphone aku yang berdering lagu <Heartbeat> daripada kumpulan Bangtan Boys menandakan ada seseorang menelefon.

Aku pun mencapai smartphone dan menjawab panggilan daripada Taehyung. Tolonglah, aku harap berita baik! Jangan buruk, please?

"Taehyung?" panggil aku di talian. Sunyi? Orangnya ada ke tidak ni?

"Maaf, nombor yang anda dail-"

"Tae, tak kelakar tau." celah aku. Taehyung ketawa sendirian.

"Ala, tak kelakar ke? Gelaklah dulu.." pintanya dengan manja, ish!

"HA." balasku dengan senyuman tipis.

"Begini, aku dah cerita apa jadi tadi dari awal sampai habis lepastu aku describe jugak kau ni macam mana supaya dia senang faham kau and lastly dia kata dia tak ready nak jumpa. Ada faham?"

Mulut aku hanya ternganga sepanjang Taehyung membebel. Aku faham je, cuma terkejut cara dia bercerita. Yoongi, dah lepas kot audition nak Cypher part 5 ni!

"Ouh, ya. Aku faham. Gomawo, Taehyung-ah!!!!!!!" jerit aku di talian. Aku tau dia mesti bingit, huheuheu.

"Haa cheonmal, kau memang tak nak jumpa dia kan?" soal Taehyung lagi inginkan kepastian.

"Geureom, hadiah dia tak siap lagi." aku melihat sling bag aku yang hampir siap.

Itulah hadiah aku buat untuk Jungkook. Coraknya simple aje, sebab aku tahu Jungkook suka fesyen yang simple tapi nice.

Nanti dekat hujung sling bag ni aku letakkan keychain plush doll Cooky BT21. Mesti comel kalau dia pakai!

"Good luck chinguuu! jangan overnight sangat tauu!" pesan Taehyung. Aku tergelak.

"Haa ye, tahu Tae. Gomawooo!" ucapku lagi sebelum mematikan talian. Taehyung selalu tidur awal, sebab tu tak pernah lambat ke sekolah.

Tak sabarnya esok! Walaupun aku kena bangun awal untuk letakkan hadiah ni dalam loker Jungkook, aku tak kisah! Untuk dia, semua boleh!

"Huwargh! Siap juga akhirnya!" Perasaan gembira aku tak dapat diucapkan dengan kata kata. Aku menjeling jam di atas meja. 2330!

"Okay, sentuhan terakhir~ Cooky!" aku memasangkan keychain tersebut di sling bag yang telah siap. Aku harap dia suka!

*******

Celik sahaja mata, aku terus lompat turun ke katil. Tuala di gantungan aku capai dan terus masuk ke bilik air membersihkan badan.

Selesai dengan pakaian sekolah yang lengkap, aku capai beg sekolah dan galaskan. Sling bag untuk Jungkook aku letakkan di dalam beg plastik bergambar Cooky.

Aku terus turun bawah, menyapa omma seperti biasa dan menjamah sarapan. Nasib baik omma nak siap awal juga harini.

Kemudian, aku terus keluar daripada rumah dan menuju ke sekolah. Sungguh, aku bahagia dan perasaan teruja aku langsung tak boleh disorok.

Masuk ke pagar sekolah, aku menuju ke loker Jungkook yang terletak di hadapan aku. Aku tersenyum lega lalu membuka pintu lokernya.

Jungkook mana kunci loker dia. Maklumlah, takde siapa pernah berani nak sentuh. Akulah manusia yang pertama ni, hehe.

Hadiah untuk Jungkook aku letakkan dengan kemas di dalam lokernya. Nota di dalam beg itu pun ada, aku pasti dia akan tahu itu daripada aku.

Selesai, aku terus beredar dan bergerak ke kelas dengan wajah ceria. Taehyung mesti tengah tunggu aku dalam kelas.

-AUTHOR'S POV-

Tanpa Jinhee sedar, ada dua manusia memerhatikan gerak gerinya daripada awal. Siapa lagi kalau bukan syaitan terlepas yang digelarkan Jungkook?

Jaehyun menghampiri loker Jungkook dan buka pintunya. Memandangkan dia pelajar baharu dan juga musuh ketat Jungkook, dia langsung tidak kisah jikalau dia membuat Jungkook marah sekalipun.

Hadiah yang Jinhee buatkan untuk Jungkook, Jaehyun ambil dan beri kepada Eunbi.

Eunbi tersengih jahat melihat hadiah tersebut. Idea yang dia dapat tidak akan di sia sia kan begitu sahaja.

*******
done! vomment juseyooo! jangan risau harini double update macam biasa! keep reading ok ily!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro