Part 17
-JUNGKOOK'S POV-
Aku cuba mencari Yugyeom dengan melalui jalan dia lalu tadi. Tapi batang hidungnya setinggi gunung fuji langsung aku tak nampak, mana anak Kim ni?!
Mata aku yang sibuk melilau mencari Yugyeom menyebabkan aku terlanggar seseorang secara tak sengaja.
"Eh Jungkook!" laa Yugyeom rupanya. Tapi wajah dia pucat, dia pergi mana tadi? Melepaskan hajat ke?
"Kau pergi mana weyh?" tanyaku. Yugyeom ketawa hambar kemudian memeluk bahu aku sebelum mengajak aku masuk ke kelas semula.
"Err, takde pergi mana! Jumpa awek kejap tadi.." jawab Yugyeom dengan bangga. Tersembur gelak tawa aku.
"Seriously? Nanti tunjuk aku eh?" balasku. Yugyeom memandang aku pelik.
"Awat?" aku tersengih jahat, hehehe!
"Manalah tau boleh bermadu an-"
"Eh kau, nak tambah pulak!" marah Yugyeom dengan nada bergurau. Lol, nak ambik yeoja lain selain Jinhee?
Aku minta maaf, apa yang korang boleh buat cuma bermimpi je, sekian.
-ikhlas, Jengkuk John Al Coco.
"Ah Kook, nanti kalau kau nak balik sesama datang ah kelas aku." ajak Yugyeom. Aku berfikir sejenak. Hm.
Yugyeom satu kelas dengan Jinhee dan Taehyung. Kalau aku pergi, mesti aku nampak sesuatu yang aku benci kan?
"Err Gyeom, apa kata kau yang datang kelas aku?" cadang aku pula. Langkah Yugyeom terhenti, dia mengurut dagu sambil memandang langit yang ketujuh. Tiber.
"Tapi ada Jaehyun!" balasnya. Waduh, mengapa jodoh kami tidak sekuat dahulu?!
"Hmmm macam mana ek?" tanya aku lagi, meminta cadangan daripada Yugyeom.
Yugyeom memusingkan badannya sana sini, kononnya otak dia boleh bergerak macam badan dialah kot, kan?
Secara tiba tiba, reaksi wajah Yugyeom berubah cemas. Dia segera memusingkan badan aku arah bertentangan dengannya.
"Kau baliklah kelas kau, nanti aku jemput okie! bye bye!" Yugyeom menolak aku berkali kali, mengarahkan aku berjalan.
Aku melihat Yugyeom di belakang. Dia melambaikan kedua tangannya dengan wajah ceria. Eh, aku syak mamat ni simpan sesuatu daripada aku!
Takpe, Gyeom. Nanti aku selidik sampai ke lubang cacing, ehueheue.
*******
Waktu balik sudah tiba, aku sibuk mengemaskan barang aku dan masukkan ke dalam beg galas.
"Jungkook, jawablah soalan saya!" pencil case aku yang baru hendak aku simpan, dia rampas dan menyorokkan ke belakang.
"Bagilah, aku malaslah nak layan kau!" marahku lalu menghentakkan meja dengan kuat. Eunbi menayangkan wajah 5 sen.
Yugyeom yang baru tiba terus berlari masuk ke dalam kelas aku. Dia menghampiri aku untuk cuba tenangkan aku.
"Aku dah cakap jangan kacau Jungkook, kan?!" marah Yugyeom. Dapat aku lihat api kemarahan pada mata dia. Belakang dia aku usap.
"Mana ada aku kacau dia. Aku cuma tanya soalan semudah ABC je dekat dia. Takkan tak boleh jawab? Top student kot." bebel Eunbi seorang.
"Kaja, Jungkook-ah! Kita tinggalkan yeoja tak sedar diri nih!" marah Yugyeom. Tangan aku dia tarik, tapi aku berkeras. Hm, pencil case Iron Man aku!
"Pencil case Iron Man aku, kau yang belikan! Takkan aku nak biar aje dia ambik?!" jawab aku. Yugyeom mengetap bibir sambil merenung anak mata Eunbi, menahan geram.
"Takpelah Kook, aku belikan yang lain." luluh jantung aku dengar Yugyeom cakap macam tu.
Huwa sudah banyak kenangan aku bersama pencil case itu. Dialah peneman aku untuk melukis. K tiber lagi.
Yugyeom menarik tangan aku keluar sehingga kaki aku terikut langkahnya yang keluar dari kelas. Namun, sebelum aku beredar, sempat aku jerit kuat, sumpah seranah si Eunbi tu!
"AKU DOAKAN IRON MAN AKU AKAN BUNUH KAU SATU HARI NANTI!" tegasku sebelum beredar keluar.
Dasar Eunbi, habis Yugyeom kena keluarkan duit lagi!
*******
-JINHEE'S POV-
Sejak balik tadi, sebaris senyuman pun tak meniti di bibir aku. Aku balik tak sapa omma macam biasa, dan terus naik ke bilik baring kat katil.
It's been 30 minutes aku pandang syiling bilik aku yang sendu ni. Syiling jelah, tapi dinding gue penuh abangtan hihihi!
"I wish that you'd love me-"
Panggilan telefon terus aku angkat tanpa melihat nama yang tertera pada skrin. Lantaklah, siapa pun aku dah fed up.
"Kau dah makan ke belum? Dah mandi ke belum?" soalnya bertalu talu. Siapa lagi kalau bukan Taehyung? Aish dia nih!
"Emm belum lah..malas." jawabku dengan nada acah mengantuk. Taehyung mengeluh berat.
"Jangan lah fikir sangat. Aku dengan Yugyeom akan tolong nanti-"
"Aku tak nak bergantung dekat orang, lelagi kau. Aku nak settle hal ni sendiri sebab ni masalah aku dengan dia, bukan korang." Terangku panjang lebar.
"Jinhee, malam ni aku nak jumpa kau. Kita bincang elok elok rancangan nak betulkan masalah kau, okay?" cadang Taehyung. Aku gumam perlahan.
"Dah, pergi mandi lepastu makan." arah Taehyung dengan lembut. Aku tersenyum nipis.
"Gomawo, Taehyung-ah." balasku. Taehyung tergelak sebelum cakap sama sama.
*******
-AUTHOR'S POV-
Keesokan harinya, sekolah dijalankan seperti biasa. Kelihatan seorang yeoja seakan hilang akal lompat terkinja kinja untuk berjumpa dengan seorang namja.
"Jungkook, saya ada hadiah untuk awak!" sapa Eunbi, ceria lain macam. Jungkook malas melayan, dia terus beredar selepas kunci loker.
"Alaa Jungkook, sekejaplah! Menarik tau video ni, tengah trending dekat sekolah!" pujuk Eunbi lagi. Jungkook meneruskan jalannya.
"Sebenarnya, aku sukakan kau-"
Langkah Jungkook terhenti. Eunbi tersengih jahat apabila berjaya pancing Jungkook melalui pemasangan video tersebut dengan volume yang kuat.
"Apa tu, Eunbi..?" gugup suara Jungkook, hatinya sakit. Dia menggenggam erat penumbuknya.
"Kalau nak tengok, mehlah sini!" ajak Eunbi. Jungkook terus lari menghampiri Eunbi manakala Eunbi menghulurkan smartphone nya.
Jungkook dengan tekun melihat setiap saat video tersebut berjalan. Tangannya yang menggenggam erat smartphone Eunbi hampir ingin dipecahkannya.
"Eh, sabar sabar!" sempat Eunbi merampas smartphone nya daripada tangan Jungkook. Kalau pecah, mampus wui OPPO RENO tu. K #donepromote
"Mana kau dapat video ni?! bila berlaku?!" soal Jungkook bertubi tubi. Amarahnya tidak dikawal apabila loker miliknya dia tumbuk dengan geram.
"Sabar Jungkook, sabar! Waeyo?" Jungkook hanya menggelengkan kepalanya membalas soalan Yugyeom. Yugyeom pula segera mengekori Jungkook yang menghampiri Eunbi.
"See? Aku dah cakap..Kau tak nak dengar?" perli Eunbi lalu berpeluk tubuh. Jungkook terus berlari pergi ke tempat rahsianya.
Yugyeom mengejar Jungkook sehingga tiba di bilik peralatan sukan. Dengan serta merta, dia dapat mengetahui tempat rahsia Jungkook.
"Jungkook.." luluh jantung Yugyeom melihatkan sahabatnya menangis. Walaupun sebabnya masih tidak dapat diketahui, dia masih merasa simpati.
"Kau kenapa? Boleh cerita apa jadi sebenarnya tadi?" pinta Yugyeom dengan lembut. Jungkook mengambil nafas dalam.
"Eunbi..dia tunjuk satu video dekat aku. Dekat dalam video tu, ada Jinhee dengan Taehyung dekat taman permainan. Masa tu malam." Yugyeom mengangguk faham.
"Lepastu, Taehyung ada luahkan perasaan dia dekat Jinhee." cerita Jungkook, yang membuatkan mata Yugyeom membeliak besar.
"L-luahkan..p-perasaan? m-maksud kau, Taehyung sukakan-"
"Ye, Gyeom. Aku tak sangka apa yang Eunbi cakap tu betul." Jungkook menekup mukanya, malu dengan wajahnya sebegini.
"Tapi, aku rasa tak sedap hatilah Kook." ujar Yugyeom. Jungkook mengalihkan tangannya daripada Yugyeom.
"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena." Jungkook terdiam.
"Aku akan tolong kau selidik, jangan risau." Jungkook masih mendiamkan diri.
"Aku akan pastikan apa yang Eunbi tunjuk tu semua fitnah semata!" Jungkook melihat Yugyeom dan Yugyeom tersengih.
"Dah, jangan nangis!" Badan Jungkook terus Yugyeom peluk erat.
*******
nak umum something ni, kalau rasa cerita ni bosan bagitaulah. akan ku baiki k! vomment juseyoo ily!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro