Part 15
-JUNGKOOK'S POV-
Harini aku bangun awal. Bukannya apa pun, nak buat surprise kat Jinhee aku datang jemput dia pagi ni kat rumah dia je. Heheh!
Aku melihat diri aku yang sudah siap menyarung baju sekolah lengkap di cermin besar. Macam dah okay?
Aku pun mencapai beg sekolah dan turun ke tingkat bawah. Aku menuju ke dapur. Bau roti bakar dapat aku hidu. Oh sedapnya!
"Wah, sedapnya omma!" pujiku lalu menggigit satu roti di situ. Omma memusingkan badannya dan menuangkan aku segelas susu.
"Belum makan dah puji ea." Aku tersengih sehingga menampakkan sebaris gigi aku yang shining gitu. Omma pula mencuit hidung aku dengan manja.
"Nah, makan banyak banyak." arah omma. Aku mengangguk laju sebelum meneguk susu tersebut secara one shot. Hoho!
"Kamu nak ke mana pukul 7 pagi ni? Tak rasa awal sangat ke?" soal omma dengan keliru. Aku sekadar tersenyum tersipu malu.
"Takdelah, biasa je. Nak jumpa buah hati kan, hohoho!" jujur aku lalu menggigit roti bakar itu. Omma menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
"Omma tak kisah kalau kamu nak bercinta sekali pun, sebab benda ni pun kamu tak pernah experience kan?" ujar omma. Nadanya seakan risau?
"Haah, tapi Kook tak nak jadikan percintaan Kook dengan Jinhee sekadar experience. Kook nak kahwin dengan dia." luahan aku buatkan omma ketawa. Fresh telinga aku dengar omma gelak pepagi, comel!
"Hahahahha. Ye Kook, tau. Tapi pembelajaran jangan tinggal pula. Sebab ML pun kamu macam dah jarang main, apatah lagi belajar." jujur omma.
"Geokjeongma, Kook akan pastikan Kook akan dapat tempat pertama lagi dalam sekolah.." ujar aku dengan yakin. Omma tersenyum gembira.
"..dan juga, tempat pertama dekat hati omma!" sambungku. Omma memeluk aku erat. Aku membalas lalu meletakkan kepala aku pada bahunya.
"Omma sayang Kook tau." luah omma dengan penuh kasih sayang. Aku mengangguk perlahan.
"Kook berganda ganda lagi sayang omma, hehe!" Pelukan terlerai dan aku mencium sekilas dahi omma sebelum beredar keluar.
"Belajar rajin rajin tau!" Sempat omma memberi peringatan kepada aku. Aku pula mengangguk sambil berlari menuju ke pintu hadapan.
Aku dah lambat nak jemput Jinhee ni! 07:30 dah, sekolah mula pukul 8 pagi waduh!
Tombol pintu aku pusingkan, dan aku ternampak satu figura yeoja daripada belakang menunggu seseorang di pagar hadapan.
Alah, tak payah klise lah! Tu Jinhee anak perempuan Kim tengah tunggu bakal suami dia iaitu aku, sekian.
Rasa bersalah pula aku keluar lambat. Tapi tadi aku dating dengan omma kejap je, mesti Jinhee faham.
Aku menapak ke arah dia perlahan lahan. Nampaknya dia langsung tak sedar kehadiran aku dekat belakang dia. Aku menepuk perlahan bahu dia.
Jinhee yang terkejut terus menoleh ke tepi, arah di mana aku menudingkan jari telunjuk supaya dapat menyentuh pipi gebu dia.
"Aish, Jungkook-ah! Terkejut tau!" rajuk Jinhee pepagi. Aku tergelak kecil. Pipi dia sengaja aku cubit perlahan sebelum meminta maaf.
"Maafkan aku, ya?" Jinhee mencebik. Aku menghulurkan tangan aku. Jinhee menyambut tetapi wajah aku langsung dia tak pandang.
"Alah, baby! Janganlah marah, tak best lah gini!" aku pula yang merajuk. Langkah Jinhee terhenti serta merta.
Haa sekarang ni orang asyik cakap perempuan minta attention dengan merajuk, kan? Biar aku pula yang merajuk!
"Halah merajuk pula dia, dahlah lambat, lepastu kenakan orang!" bentak Jinhee. Aku pula sekadar menjuihkan bibir, orang tu tengah bebel.
"Kau ni keluar lambat, asal tie kau tak betul ek?" Aku terkejut mendengar kata kata Jinhee. Aku pun menunduk, dan lihat tie aku. Okay je?
"Mehlah aku betulkan." Jinhee dengan wajah selamba merapati aku. Aku yang tak jangka Jinhee bertindak sedemikian sekadar melihat tingkah lakunya.
"Rambut kau pun, tunduk sikit." arah Jinhee. Setelah tie dibetulkan, dia mengemaskan rambut aku pula. Jantung aku, please behave! aish!
"Haa kan dah comel!" Pipi aku dia tekup sebelum menarik tangan aku untuk ke sekolah. Aku tergelak.
Mood perempuan memang macam ni eh? Perasaan dia tak dikawal and semua secara tiba tiba?
*******
-JINHEE'S POV-
Usai tiba di sekolah, tangan Jungkook aku lepaskan perlahan-lahan. Aku terus berlari menuju ke kelas. Jungkook yang memanggil nama aku tak dihiraukan.
"Mianhae, Jungkook-ah! Nanti carilah aku dalam kelas!" jeritku. Jungkook sekadar menggelengkan kepalanya melihat telatah aku.
"Jinhee!" Bahu aku dipeluk seseorang. Aku melihat ke tepi, dan nampak wajah ceria Eunbi. Aku membalas sapaan dia.
"Kau nak pergi kelas aku ke?" soal Eunbi. Aku tergelak, entah kenapa rasa kelakar pula soalan tu.
"Awat pulak? Aku ada kelas sendiri.." balas aku. Eunbi tersengih. Namun, senyuman dia seakan membawa maksud sesuatu?
"Manalah tau kan, nak jumpa dia punya buah hati tu?" sakat Eunbi lalu menyambung perjalanannya. Aku menyusul dia dari belakang.
"Aku dah hadap tiap hari tiap masa. Aku rindu kawan akuuu!" luah aku sepenuhnya. Eunbi memusingkan badannya menghadap aku.
"Kau rindu aku?!" Eunbi mesti tengah rasa terharu sekarang but no, sorry. It's..
"Kim Taehyunggggg!" Nama dia aku jerit sekuat hati apabila aku hampir tiba ke kelas.
Sebaik sahaja tiba, aku ternampak Taehyung meletakkan kepalanya. Dia merenung ke arah luar tingkap. Aku mendekati dia lalu menyapa dia dengan ceria.
"Hai, Taehyung busyukk! Aku rindu sama kamuuu!" luah aku. Pipi dia aku picit dengan kuat. Namun, riak wajah dia masih sama.
"Alah Tae, janganlah begini weyh. Kau depressed, aku pun depressed gak." Kerusi di hadapan dia aku pusingkan ke hadapan. Tu memang tempat aku pun.
Dapat aku dengar suara Yugyeom dan Jungkook semakin dekat ke arahku. Tetapi aku tak hirau langsung sebab Tae lagi pentinggg!
"Kau dah ada namchin, tak payahlah cari aku. Tinggalkan ajelah aku seorang diri." ujar Taehyung dengan sayu. Nada dia memang sedih, bukan gurau macam anak Jeon tadi!
"Hai, baby!" Jungkook melekatkan air sejuk di pipi aku. Aku memarahi Jungkook sebelum ambil air tersebut.
"For you, minumlah!" aku pun minum untuk menutup mulut dia. Jungkook dengan lebih pantas meletakkan straw lagi satu pada minuman tu.
Dia minum serentak dengan aku. Alah nak bersweet pun janganlah depan Taehyung, Jungkook ni karang!
"Aku nak keluar." kata Taehyung lalu keluar daripada kelas. Aku dengan segera meletakkan beg dan mengejar dia. Jungkook pun sama.
*******
-AUTHOR'S POV-
"Jaehyun." Panggil Eunbi lalu mendekati Jaehyun yang baru tiba.
"Asal?" soalnya, seakan tidak berminat. Eunbi menghela nafas berat sebelum memulakan bicaranya.
"Pasal rancangan tu, aku nak buat." Jaehyun terkejut, terus wajah Eunbi dia tenung.
"Jinjjaro?" Eunbi mengangguk laju.
"Ya, aku nak. Tak tahan pula nampak Jungkook dengan Jinhee macam ni." luah Eunbi, kecewa.
"Baiklah, nice Eunbi!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro