Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 12

-JINHEE'S POV-

"Hai, dah lama tak jumpa, kan?" sapa Jaehyun. Dia melangkah ke hadapan, menghampiri aku. Aku yang ketakutan, hanya mampu meneruskan langkah ke belakang.

Jungkook, mana kau?!

Aku kerap menoleh ke belakang berkali kali. Niat aku untuk lari terbantut begitu sahaja, apabila aku tersedar yang aku berada di lorong.

Lorong tu memang gelap, seakan tiada siapa pernah jejak. Orang ramai mesti tak tahu kewujudan tempat ini, kan? Habislah aku!

"Cari siapa tu? Pengganti aku, eh?" sakatnya sambil tersenyum sinis. Aku menelan air liur, kemudian pusing ke belakang. Dengan pantas aku cuba lari.

"Laa nak ke mana tu? Penat aku ekori kau dengan Jungkook sampai ke sini tau!" kata Jaehyun dengan nada sayu. Damn, sempat pulak dia rentap tangan kecik aku ni!

"Lepaskan akulah, Jaehyun p*b*! Kau nak apa lagi lepas kau curang belakang aku?!" sengaja aku menjerit supaya suara aku boleh didengari.

Jaehyun ketawa jahat. Tangan sebelah aku yang masih bebas daripada kekotoran tangan Jaehyun aku gunakan untuk mengambil telefon.

Dengan pantas Jaehyun menarik aku. Dia meletakkan lipatan sehelai kain dan gunakan untuk menutup mulut aku. Pernafasan aku juga terhenti kerana hidung aku ditekup kain itu.

"!@#$%&*" aku tak mampu bersuara, Jaehyun menekup mulut dan hidung aku terlampau ketat. Jaehyun ketawa besar.

Aku yang semakin lama dengan keadaan sebegitu menjadi lemah, dan akhirnya rebah dalam dakapan Jaehyun.

Handphone yang aku pegang juga turut mencium jalan tar. Habis retak handphone aku, macam dah nazak.

Kelopak mata aku semakin lama tidak bermaya untuk terbuka luas. Keadaan sekeliling aku pun nampak samar samar je. Aku akhirnya pengsan.

*******

-JUNGKOOK'S POV-

Aku menjadi panik apabila Jinhee menghilang. Sudah 17 panggilan dibuat, satu pun tak diangkat. Hati aku mula risau, otak aku juga menjadi gelisah.

Aigoo, Jinhee-ya! Neomu mianhae, aku tak sengaja cakap macam tu. Terlepas!

Sedang aku mencari Jinhee seperti orang separuh gila, aku tersempak dengan seseorang. Langkah aku terhenti, begitu juga dengan dia.

Kim Yugyeom.

Muka kerek aku kekalkan, tak mahu berbaik dengan dia pun. Yugyeom pula masih rasa bersalah, dia cuba menghampiri aku.

"Jungkook-ah, kau cari Jinhee ke?" tanya Yugyeom, dengan risau. Aku membiarkan soalan dia ditiup angin dan berjalan meninggalkan dia.

"Bukan hal kau." balas aku. Belum sempat aku lari, Yugyeom menahan aku dengan memanggil nama aku. Aku pun tak tahu kenapa aku berhenti. K.

"Aku tahu dia dekat mana." Mata aku membulat, wajah aku pusingkan ke arah dia. Yugyeom mengambil langkah menghampiri aku.

********

Aku mengajak Yugyeom datang ke rumah aku setelah sekian lama. Aku dan Yugyeom duduk dan memulakan perbualan di kusyen.

"Ni, aku nak bagitahu kau. Jaehyun memang cadang nak culik Jinhee harini, masa kau dengan dia tengah date." terang Yugyeom.

"Lepastu, yang pagi tadi aku jumpa yeochin kau tu, nak warning awal awal pasal benda ni." Aku sedikit tersentak mendengar penjelasan Yugyeom. Siapa je tak rasa bersalah?

"Erm..maksudnya, kau memang tak berkomplot dengan dia?" soalku dengan gugup sedikit. Perasaan bersalah menyelubungi diri.

"Nae, sekali pun aku tak pernah pun berpihak dekat dia." terang Yugyeom lagi. Kisah silam lepas muncul dalam minda tanpa dijangka.

"Aku berkawan rapat dengan dia, berkomplot dengan dia, ada sebab." ujar Yugyeom sambil menundukkan kepala. Aku terdiam.

"Semua tu, sebab aku nak tahu rancangan dia dan cuba nak tolong kau. Bukan aku tak perasan dia selalu buli kau tanpa kau sedar."

Aku..rasa bersalah. Terharu pun ada, senang cerita mix feeling ah! Aduh Yugyeom ni, nasib baik aku pro tahan air mata.

"Yugyeom." Panggilan aku membuatkan dia mengangkat wajah, memandang aku.

"Mianhae." sepatah sahaja kata kata aku cukup membuatkan aku menangis. Yugyeom ketawa lalu menenangkan aku.

"Aku yang sepatutnya minta maaf. Sepatutnya aku beritahu kau lebih awal, tak sangka operasi dia lebih cepat." Yugyeom menepuk bahu aku.

Ding Dong!

Loceng rumah aku berbunyi. Aku dan Yugyeom melihat ke arah pintu. Sempat aku kesat air mata sebelum membuka pintu.

"Yah, kitaorang berjayaa!" ujar ahjumma Kim dengan gembira. Aku terkejut, melihat omma mendukung Jinhee yang masih belum sedar.

Apa semua ni?!

"Omma, apa yang berlaku-"

"Kook, kau kasi omma kau masuk dulu, nak patah pinggang rasanya dukung yeochin kau ni. Asyik nak jatuh!" bebel omma.

Aku pun membuka pintu seluasnya. Omma dan ahjumma Kim masuk tanpa berfikir panjang. Omma duduk di salah satu kusyen berdekatan, sekaligus meletakkan Jinhee.

"Omma, letak perlahan lahan please!" Omma terus bangun dan lap peluhnya. Jinhee yang hampir tersembam di kusyen terus aku tahan.

Aku meletakkan kepala dia di atas riba aku. Lama juga dia pengsan? Apalah Jaehyun tak guna tu buat agaknya? ish!

"Omma, apa jad-"

"Haa ni kitaorang cerita apa jadi tadi!" begitu semangat ahjumma Kim ingin memulakan cerita. Omma yang selesai minum air mengambil tempat duduk sebelah ahjumma Kim.

Yugyeom yang berasa kurang selesa terus menukar tempat duduknya. Dia kini duduk di sebelah aku.

Flashback (AUTHOR'S POV)

"Jihyun-ah, anak aku dengan anak kau bercinta ke?" soal Puan Goeun yang khusyuk melihat tingkah laku Jungkook dan Jinhee di dalam kedai yang menjual couple items.

"Aku pun tak tahulah. Kadang macam ya, kadang macam tak." terang Puan Jihyun. Puan Goeun yang pelik, menoleh ke arah Puan Jihyun.

"Awat pulak?" tanya Puan Goeun.

"Anak aku tu 24 jam tau main game, mana dia minat nak bercinta semua ni." jelas Puan Jihyun.

"Oh-"

"Goeun, Goeun anak kau lari weyh!" Puan Jihyun menjadi panik. Puan Goeun terus menoleh ke arah Puan Jihyun lihat.

"Ppalli, kita kena kejar dia!" Puan Goeun dan Puan Jihyun segera mengejar Jinhee.

Mereka berdua nampak apa yang terjadi sepenuhnya di antara Jinhee dan Jaehyun. Jadi, mereka pun mengekori Jaehyun sehingga ke tempat tersorok tu.

"Weyh, Jihyun! Kau tengok anak Eunyoon tu ditamparnya Jinhee? Dia ni buta ke bodoh tak nampak Jinhee tengah pengsan tu?!" marah Goeun.

Puan Jihyun yang mula geram, terus bingkas bangun yang menyebabkan bunyi bisinh kedengaran. Jaehyun memandang ke arah bunyi bising itu.

"Hoi, anak Eunyoon! Mak kau tak jaga kau elok elok ke sampai reti culik anak dara orang?!" hambur Puan Jihyun. Puan Goeun yang mencangkung turut terbangun.

"Entah, kau dahlah curi permata aku! Dasar anak bacot, mehlah lawan mak dia ni!" Jaehyun ketawa mengejek mendengarkan kata kata mereka berdua.

"Habis makcik berdua ni tak pandai jaga anak sampai saya dapat culik." balasan Jaehyun membuatkan Puan Goeun dan Puan Jihyun memandang satu sama lain.

Puan Jihyun dan Puan Goeun segera lompat keluar dari tempat tersorok. Mereka berdua mendekati Jaehyun yang sedang mengikat Jinhee di kerusi.

"Kau dengar eh, anak Eunyoon." Jaehyun menoleh ke belakang, dan terkejut melihat Puan Goeun dan Puan Jihyun.

"Sekali kau sentuh bakal menantu aku, aku akan balas balik macam mana kau buat kat anak aku!" Puan Jihyun dengan pantas menolak Jaehyun sehingga jatuh.

Sementara Puan Jihyun dan Jaehyun bergaduh perang atomen, Puan Goeun membuka tali pada badan Jinhee.

Akhirnya, Jaehyun tewas dan dia pula yang berada di kedudukan Jinhee. Jinhee selamat di belakang Puan Jihyun.

"Nak call polis ke mak kau?" Mulut Jaehyun yang terikat rapat membuatkan dia tak mampu bersuara, hanya menggerakkan kepala.

"Ke nak dua dua?" sengaja Puan Goeun sakat. Jaehyun menggelengkan kepalanya dengan pantas. Puan Goeun pun menelefon sesorang.

"Aku call mak kau, nanti kalau dia tanya kenapa kau kat sini.." Puan Goeun pun mendekati Jaehyun dan membisik sesuatu di telinganya.

"Cakap kau kena sorok ngan bunian." Jaehyun ingin menjerit, namun Puan Goeun dan Puan Jihyun serta Jinhee terus lari.

"Chaw!"

*******
so how? vomment juseyoo maaf pasal kesalahan teknikal tadi, hehe!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro