Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 11

-AUTHOR POV-

Sebuah kereta merah berjenama ferrari diberhentikan di hadapan sebuah rumah. Seorang wanita dalam lingkungan 30-an keluar daripada perut kereta tersebut.

Tap tap tap

Bunyi tapak kasut tumit tinggi mulai kedengaran apabila wanita itu berjalan menuju ke pagar hadapan. Kaca mata hitamnya dibuka.

Ya, dialah Jeon Jihyun. Omma kepada Jungkook Jeon Al Coco.

Tak disangka, tuan kepada rumah yang Puan Jihyun lawat sedang menunggu kehadirannya di pintu hadapan.

Dialah, Kim GoEun. Omma kepada Kim Jinhee yang sangat cantik.

Mereka berdua merenung satu sama lain daripada jauh. Masing masing mengambil langkah ke hadapan. Sepertinya ada sesuatu yang serius bakal berlaku di sini.

"Yah, kau memang dah tak ingat member kan?!" tiba-tiba sahaja Puan Goeun memulakan bicara dengan marah.

"Ala, sorry ah! aku busy-"

"Busy main ML?" potong Puan Goeun. Puan Jihyun mencebik, kononnya comel lah tu!

"Habis kau pun sama je?! Asal aku datang tengah layan Bangtan, baik aku duduk rumah!" Puan Jihyun tidak mengalah.

"Hihi sorrylah, kau datang wrong time sis! masa tu jugak tengah comeback stage diorang." terang Puan Goeun. Puan Jihyun sekadar mengiyakan, give up lah katakan.

"Weyh, Goeun." kata Puan Jihyun dengan nada berbisik. Bahu Puan Goeun dipeluk Puan Jihyun, sepertinya ingin memulakan gosip.

"Ha apa?" soal Puan Goeun. Pelik dengan tingkah laku Puan Jihyun yang berubah drastik menjadi serius.

"Anak kau ada keluar harini?" soal Puan Jihyun. Puan Goeun berfikir sejenak.

"Oh ya, daripada pukul 8 pagi tadi dia dah bersiap keluar nak jumpa kawan. Wae?" terang Puan Goeun. Puan Jihyun menganggukkan kepalanya.

"Kau nak tahu something tak?" kata Puan Jihyun dengan nada suspen. Puan Goeun menantikan kata kata yang ingin disampaikan Puan Jihyun.

"Anak aku pun keluar pagi ni." kata kata Puan Jihyun mengejutkan Puan Goeun serta merta. Pelbagai spekulasi mula muncul dalam minda mereka berdua.

"Tapi dalam pukul 9 pagilah, lambat sikit sebab malam tadi kitaorang semua main ML." terang Puan Jihyun. Puan Goeun mengurut dagunya.

"Kau fikir apa yang aku fikir?" tanya Puan Goeun dengan nada sinis. Puan Jihyun tersengih jahat, seakan boleh baca apa yang ada dalam fikiran Puan Goeun.

Puan Jihyun menayangkan kaca mata hitamnya kepada Puan Goeun ambil tanpa ragu ragu dan memakainy secara serentak.

"Shall we?" Puan Goeun menganggukkan kepalanya dengan laju, tanda setuju. Mereka berdua pun masuk ke dalam perut kereta.

*******

-JINHEE'S POV-

Aku berjalan menyusul Jungkook dari belakang. Bunyi degupan jantung aku punya laju tak boleh bawa bincang, dah macam kena heart attack sekarang ni!

Apa patut aku buat?
Apa patut aku buat?!
Apa patut aku buattt?!

Aku memejamkan mata lalu berjalan bersebelahan Jungkook. Lengannya aku peluk, dan kepala aku dilentokkan ke bahu dia.

"Jungkook, janganlah mar-"

"Ye, baby? kenapa?" potong Jungkook. Dia memusingkan kepalanya ke arah bahu aku dilentokkan. Ommo, rapatnya!

Ya ampun dia memanggil aku 'baby.' Macam mana aku nak cakap nii?

"Erm, kau tak marah ke?" tanya aku dengan agak gugup. Jungkook ketawa, kemudian kepala aku diusap.

"Kenapa nak marah pula? Baby takde buat salah kan?" soal Jungkook semula. Air liur aku telan, pelukan aku pada lengan dia aku lepaskan perlahan.

"Yang pasal Yugyeom tu-"

"Takdelah, kan Jungkook dah cakap, kalau Jungkook berubah, depan diorang je. Bukan baby kena sekali pun." Jelas Jungkook sambil tersenyum manis.

"Ouh, hahhaha okay. Mianhae, Jungkook-ah." ucapku sambil menggarukan kepala yang tidak gatal. Jungkook tergelak.

"Kenapa nak minta maaf?" tanya Jungkook. Aku sekadar menggelengkan kepala sambil tersengih, dah macam kambing.

Patut ke aku beritahu dia pasal Yugyeom tadi tu? Dia datang nak minta maaf, tapi aku pasti dia tak buat salah. Ah, aku tak tahulah!

"Baby?" aku tersedar daripada lamunan selepas Jungkook menepuk lengan aku dengan perlahan.

"Fikir apa je?" soalnya sambil ketawa kecil. Aku mengetap bibir, fikir banyak kali sama ada mahu bertanya atau pun tidak.

"Jungkook-ah." panggilan aku membuatkan Jungkook memandang tepat ke anak mata aku, uish.

"Nae?" balasnya, ingin tahu. Okay calm down Jinhee, just one question. Mungkin dia akan cerita pasal background story dia sekarang?

"Boleh awak cerita sekarang?" pintaku, sambil berharap. Jungkook menghela nafas berat. Dia masih tak bersedia ke?

"Boleh tak, kita spend time dulu? Aku tak nak fikir pasal diorang. Lagi lagi kelompok Jaehyun tu." pinta Jungkook. Aku mengangguk sambil tersenyum tawar.

"Kaja, ada kedai waffle kat sini!" ujar Jungkook dengan teruja. Tangan aku dia tarik, dan kami pergi ke kedai waffle itu dan order.

Jungkook beli waffle dengan jem strawberi, aku pula chocolate peanut. Nikmat dia tak payah cakap, sampai comot aku makan. HAHAHAH.

Jungkook memerhatikan aku yang sedang makan dengan gaya kebudak budak.

Memang bila aku dapat dessert, perangai aku akan berubah dan aku pun tak tahu kenapa jadi jangan tanya jangan kecam.

Jungkook turut bantu aku mengelap bahagian mulut yang comot dengan ibu jarinya.

"Comotnya lahai, nasib masih comel." Coklat yang melekat di pipi aku, dia calit menggunakan ibu jari dan jilat.

"Em, massine!" puji Jungkook tentang perisa waffle aku. Aku mengangguk laju, tanda setuju. Jungkook melihat waffle aku dan dia secara silih ganti.

"Apa kata kita tukar?" cadang Jungkook. Aku hanya mampu menganggukkan kepala memandangkan mulut aku penuh. Jungkook menahan tawanya.

"Kyeopta.." kata Jungkook dengan perlahan. But excuse me, telinga aku masih boleh tangkap okay! Tahan kembang je sekarang ni, hohoh!

"Jungkook-ah, aku nak minta sesuatu boleh?" tanya aku dengan nada malu. Ehek, asal aku jadi gedik ni?! Nyampah pulak titew xD

"Boleh boleh boleh, apa dia?" tanya Jungkook dengan teruja. Aku tersengih lalu menuding jari ke salah satu kedai berdekatan di situ.

"Ouh, kau nak pakai couple items eh?" tebak Jungkook. Aku menganggukkan kepala dengan malu malu. Jungkook senyum, lalu menarik tangan aku ke sana.

"Wahhh!~ Comelnyaaaa!" aku menjadi teruja melihat barang yang dijual dalam kedai tu. Semua comel comel belakaa T-T

"Haa kau nak pakai apa? Aku belanja." Dahi aku dikerutkan saat Jungkook berkata begitu. Dah kenapa dia ni?

"Eh, aku yang ajak. Akulah yang belanja." balas aku, yakin. Jungkook memandang aku dengan pelik.

"Jinhee, benda basic macam ni pun kau tak tahu ke? Selalunya namja yang kena keluarkan duit, bukan yeoja." jawab Jungkook. Aku membuat mulut bentuk 'o'.

"Haish kau ni, manalah kau tak kena curang? Lurus sangat, mudah percayakan orang." kata Jungkook sambil mencari barang yang ingin dibeli untuk couple items kami.

Entah kenapa, aku terasa dengan kata-kata Jungkook tadi. Sumpah, aku rasa cam..tahlah, tak tau nak explain camne tapi aku memang sakit dengar apa dia cakap.

"Em, aku keluar dululah. Kau belilah apa kau nak." ujarku, perlahan lalu keluar daripada kedai. Aku berjalan pantas supaya Jungkook tidak dapat mengekori aku.

"Jinhee! Jinhee-ya!" panggil Jungkook berkali kali, tapi aku tak endah.

Aku berjalan sejauh mungkin, berapa kali aku pandang belakang bagi memastikan Jungkook tiada.

Namun, langkah aku terhenti saat tersempak dengan satu figura. Langkah aku semakin ke belakang apabila dia mendekati aku.

"Hai, lama tak jumpa, kan?" sapa Jaehyun.

*******
dah reach 200 views and 100 votes. thanksss! keep reading and vomment okayy i love youu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro