Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 1

Busan Art Highscool, 2019.

"Sekarang, saya bakal umumkan pelajar dengan pencapaian terbaik di Busan Art High School." kata pengacara majlis, Kim Jinhee.

Pelajar pelajar yang berada di dalam dewan mulai membisik antara satu sama lain, seperti sudah boleh menebak siapa yang bakal menerima anugerah tersebut.

"Mesti Jeon Jungkook lagi."
"Siapa lagi yang selalu merangkul anugerah tu selain dia?"
"Itulah! tapikan, aku pelik satu benda pasal dia.."

Suasana menjadi agak riuh rendah tatkala pelajar pelajar berbual kosong mengenai Jeon Jungkook. Jinhee pula berdehem, tanda suruh diam.

"Ehem! pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik bagi setiap subjek ialah.." Jinhee menghela nafasnya.

"Jeon Jungkook...!" katanya, dengan nada hambar, bosan. Sebaik sahaja mendengar nama diumumkan, semua pelajar bersorak.

Namun, ada di antara mereka yang masih tidak henti-henti berbual.

"Apa yang pelik pasal Jungkook tu?"
"Hm, kau tengoklah. Dia mana pernah nak naik pentas tu."
"Yalah, dari dulu dia macam tu."

"Jungkook 1, palau 1! Jungkook 2, palau 2!" ujar Jinhee pada mikrofon. Pelajar yang mendengar kata-kata Jinhee terhibur serta-merta.

"ish! mana pulak bocah ni pergi!" bisik Jinhee, sendirian. Mikrofon yang dipegang terus diletakkan. Jinhee berjalan pantas untuk mencari Jungkook yang hilang.

*******

Mulut Jinhee dalam hati tidak henti-henti sumpah seranah. Tetapi, banyak kali juga dia cuba bersangka baik dengan Jungkook.

"Sabar Jinhee, bersangka baik! Jungkook mungkin tak jumpa location perhimpunan kat dalam waze." ujar Jinhee, cuba menghiburkan dirinya.

"Double kill!"
"Triple kill!"

Bunyi bising di dalam bilik stor permainan sukan memeranjatkan Jinhee. Namun, sikit pun dia tak terasa takut untuk masuk ke dalam.

Sebaik sahaja tiba di dalam stor tersebut, Jinhee terus mencari Jungkook dengan keadaan berhati-hati. Takut terkantoi pula.

"Haa yes! yes! Go go go!" suara Jungkook yang kedengaran terus Jinhee cuba cari.

"Alaaa! bacot ah semua! main menyorok pulak!" dengus Jungkook kegeraman. Jinhee dengan perlahan lahan mendekati Jungkook.

Headphone yang kemas berada di telinga Jungkook terus Jinhee tarik. Telinga Jungkook pula dipulas sekuat hati, melepaskan kegeramannya.

"Kau asal tak datang perhimpunan tadi?! Kau tau tak, aku panggil kau banyak kali?!" marah Jinhee, disertai bebelan.

Jungkook memekakkan telinganya. Dia hanya meneruskan permainan MLnya sambil menangis dek pulasan telinga Jinhee.

"JungKook anak lelaki Jeon! kau dengar tak?!" Jinhee melepaskan pulasannya.

"Ha? ye kak yung, saya dengar.." balas Jungkook dengan selamba. Jinhee menghela nafas, dia penat melayan sikap Jungkook sebegini tiap tahun.

"Kau kenapa tak nak ambik anugerah tadi?" tanya Jinhee dengan lembut. Buang masa sahaja marah, bukan beri kesan pun pada Jungkook.

Langkah Jungkook tiba-tiba terhenti. Dia memusingkan kepalanya, memandang Jinhee dengan pandangan yang redup.

"kau fikir kau dah cukup bagus ke dapat naik pentas tu?"
"baru dapat anugerah sikit, dah berlagak."
"maaflah, tapi aku tak suka berkawan dengan orang yang bongkak."

Jungkook merenung anak mata Jinhee, lama. Jinhee yang ketakutan terus cuba mengubah topik.

"Erm..ha!" Pandangan Jungkook berubah terkejut kerana jeritan Jinhee yang kuat.

"Jungkook-ah, nanti ada pelajar baharu kat sekolah ni. Yeoja tau!" cerita Jinhee bersungguh-sungguh, ingin menghilangkan rasa awkward tadi.

"So?" balas Jungkook, sepatah sambil menyambung bermain ML. Jungkook bukanlah seorang yang berminat di dalam hal percintaan. Apa yang dia suka hanyalah game, game dan game!

"Janganlah macam ni, aku nak minta tolong kau bawa yeoja tu jalan satu sekolah." ujar Jinhee. Jungkook menggulingkan matanya.

"Asal kau tak buat dengan Taehyung?" Jinhee menghela nafas lagi, cuba bersabar dengan sikap malas Jungkook.

"Aku dengan Taehyung kena tolong cikgu." kata Jinhee. Dalam hatinya masih berharap supaya Jungkook dapat memberi kerjasama.

"Sirheo. Dah umur 17 takkan tak tau nak berdikari?" jawab Jungkook, pedas. Jungkook terus beredar meninggalkan Jinhee yang terpinga-pinga.

*******

"Mianhae, ssaem..saya gagal lagi.." kata Jinhee dengan nada bersalah. Kepalanya menunduk ke bawah dan dia tidak berhenti bermain dengan jari jemarinya.

"Gwenchanha, Jinhee-ya. Gagal sekali bukan maknanya selamanya." ujar Cikgu Lee Dongwook, cuba menenangkan Jinhee.

"Jadi ssaem takkan suruh saya cuba rapat dengan dia lagi, kan?!" tanya Jinhee dengan teruja. Cikgu Dongwook tersenyum manis.

"Jeoldae, andwae!" Senyuman Cikgu Dongwook mati dengan serta-merta. Jinhee menghela nafas.

"Geundae wae? kenapa mesti saya? kenapa tak suruh Taehyung ke..?" soal Jinhee memberi cadangan kepada Cikgu Dongwook.

"Ssaem! Saya bawakan sarapan ni!" Pintu bilik guru ditolak seseorang. Jinhee dan Cikgu Dongwook terus memandang ke arah muka pintu itu.

"Yah, Kim Taehyung! kau ni tak payahlah nak takutkan orang!" marah Jinhee dengan sikap Taehyung yang suka mengejutkan orang.

"Heheheh, mian!" Taehyung terus mengambil tempat kosong dan duduk di sebelah Jinhee.

"Ni tengah perjumpaan PUBG ke apa?" tanya Taehyung sambil memandang ke arah Jinhee dan Cikgu Dongwook.

"PIBG, Taehyung-ah. Bukan PUBG. Haish, yakinnya kamu ni." kata Jinhee. Cikgu Dongwook cuba menahan tawanya.

"Ssaem bukan tak pernah guna Taehyung ni, dia lagi takut dengan Jungkook tu." cerita Cikgu Dongwook.

"Jeongmalyo, ssaem?" tanya Jinhee, inginkan kepastian. Cikgu Dongwook mengangguk pantas.

"Ingat tak, tahun lepas Taehyung tak datang sekolah seminggu?" Jinhee mengangguk manakala mata Taehyung membulat.

"Tu sebabnya-"

"ARGH SSAEM! JANGAN BUKAK AIB ORANG!" jerit Taehyung sambil menutup kedua belah telinganya. Malu yang amat kerana maruahnya bakal terjatuh.

"-Taehyung kena sergah dengan Jungkook." sambung Cikgu Dongwook. Wajah Taehyung yang berubah merah padam terus bertindak keluar dari bilik guru.

"HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH!"
meletus ketawa Jinhee.

*******

Jungkook masuk awal ke dalam kelas. Sebenarnya, tujuannya hanya untuk bermain ML dengan tenang, tanpa gangguan semua orang terutama Jinhee.

"You have slained an enemy!"

"Nice nice! keep going!" kata Jungkook dengan semangat. Tangannya lincah, Jungkook sememangnya seorang yang professional.

Tap tap tap

Kehadiran Cikgu Dongwook bersama seorang pelajar yeoja langsung tidak dihiraukan Jungkook. Dia meneruskan permainannya.

"Jungkook, ssaem dah sampai." Jungkook dengan selamba memandang hadapan, seakan tiada apa berlaku.

Tangannya yang berada di bawah meja masih ligat bermain walaupun matanya memandang ke hadapan.

"Pelajar baharu-"

Sebaik sahaja mendengar sepatah ayat keluar dari bibir Cikgu Dongwook, Jungkook kembali fokus dalam permainannya.

"-sila kenalkan diri." ujar Cikgu Dongwook, ramah. Pelajar baharu itu sekadar menganggukkan kepalanya disertai senyuman manis.

"Annyeong, yeoreobun-"

Jungkook yang mendengar suara pelajar baharu tersebut sedikit tersentak.

"-Nae ireumeun, Kwon Eunbi imnida." Mendengarkan sahaja nama itu, kepala Jungkook serta-merta memandang ke hadapan semula.

"Mannaseo bangabseubnida." katanya dengan ramah lalu membongkok 90° tanda hormat.

"Baiklah Eunbi, awak boleh duduk sebelah Jungkook. Dia yang tengah busy main ML dari tadi." terang Cikgu Dongwook disertai perlian.

Wajah Eunbi berubah sedikit pucat namun dia berusaha mengekalkan senyumannya. Dia melangkah mendekati meja Jungkook dengan debaran.

"Kenapa kau datang sini? Stay jela dekat Seoul tu." ujar Jungkook, dengan nada pedas. Eunbi terkejut.

Jungkook yang geram terus bangkit dari tempat duduknya dan keluar daripada kelas.

*******
s

eperti yang dujanjikan, ff jungkook setelah sekian lama terbiar pakcik oren ni fufu! vote and comment juseyooo! kamsahamnidaaa! ><

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro