B O N U S C H A P T E R
YA ALLAH SORI GAIS, TAK KESAMPAIAN APDET SIANG
RUSHING SANGAT HUWA
SORRYYYY
BTW, ENJOYYY
"Jeon Jungwon! "
Bergema satu rumah dek suara lantang Eunha itu. Jungwon yang baru senyap-senyap mahu mendaki tangga di sebalik dinding yang melindungnya itu lantas terbantut dek laungan keras ibunya itu. Bahunya drastik terhinjut. Mulutnya melopong seraya raut wajahnya perlahan berubah cuak.
"Jungwon!"
Mendengar laungan kali kedua itu sudah seperti amaran menyeramkan buat budak lelaki berusia 7 tahun itu. Mahu tak mahu, dia perlu munculkan juga dirinya di depan mata ibunya itu.
"Y-Ye, mummy. Waeyo?" sahut Jungwon seraya menjengah keluar dari terus berdiri kaku di sebalik dinding tangga itu. Dia memandang takut-takut ibunya yang sedang berdiri di ruang tamu sana.
"Siapa bagi adik makan aiskrim ni?" soal Eunha sambil memandang lurus ke wajah polos Jungwon yang berjarak dengannya itu.
"U-Umm, Uwon...umm..." gumam Jungwon takut-takut sambil cuba memikirkan jawapan untuk ibunya itu. Memang tak beranilah dia mahu mengaku langsung begitu saja. Dia sudah agak semua ini akan berlaku.
"Keropok ni pun. Adik makan jugak kan? Siapa bagi?" tambah Eunha seraya menundingkan jarinya ke arah plastik keropok yang sudah dibuka itu di atas meja.
Jungwon mengerling sekilas hal yang ditunjukkan ibunya itu. Semuanya sudah dijumpai wanita itu. Tiada yang tertinggal.
"Uwon...Uwon tak tahu, mummy..." balas Jungwon perlahan dengan raut wajah agak cuak.
"Apa pulak tak tahu. Mummy suruh Uwon tengokkan adik kejap kan tadi?" tukas Eunha, kekal bernada lembut dengan anak lelakinya itu.
Jungwon perlahan menjuihkan bibirnya ke depan. Lalu, dia menunduk memandang lantai sambil bermain jemari kecilnya.
"Y-Ye...memang lah. Tapi, bukan Uwon yang bagi..." nafi Jungwon perlahan, masih tidak mempunyai keberanian yang tinggi bagi mengakui perbuatannya itu.
"Kalau bukan Uwon yang bagi, siapa bagi?" soal Eunha lagi, cuba mendorong sebuah kejujuran dari seorang Jeon Jungwon itu. Sekaligus menguji anak kecil itu.
"Eoh...umm..." gumam Jungwon buntu sambil kekal memandang lantai. Jemari kecilnya dimainkan bersama bibir yang dijuihkan sedikit.
Setelah itu, dia mendengar bunyi derapan tapak kaki dari arah tangga di sebelah. Kepalanya pun diangkat lalu mata pun tertancap pada figura Jungkook yang sedang menuruni tangga itu.
"Hai semua. Good mor–"
"Daddy yang suruh!" seloroh Jungwon spontan seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah ayahnya yang baru tiba di lantai aras bawah itu. Ayahnya itu mengeliat pun belum habis lagi, tak semena-mena dituduh langsung.
"Eoh? Suruh apa? Apa? Kenapa? Apa jadi? Apa ni?" respon Jungkook langsung bertubi-tubi, terpinga-pinga. Dia memandang Eunha dan Jungwon yang sedang menatapnya. Dahinya berkerut.
"Daddy buat apa?" soal Jungkook bingung seraya memandang Jungwon. Jari telunjuknya ditunding ke arahnya bersama dahi berkerut. Tercengang-cengang dia di situ. Sudahlah baru saja bangun dari tidur. Alih-alih menjadi perhatian pula.
Jungwon memandang wajah bingung ayahnya itu sebelum dia beralih memandang sang ibu di ruang tamu. Salah masa pula dia mahu 'menganiaya' ayahnya itu kali ini.
"Jungwon... " panggil Eunha perlahan namun diisi penekanan sambil merenung wajah polos anak sulungnya itu.
Jungwon langsung mengeluh perlahan dengan cebikan di bibir.
"Ish, ye lah. Uwon yang bagi Yuna makan semua tu. Uwon mana tahu Yuna tak boleh makan aiskrim dengan keropok tu. Lagipun, Yuna yang minta-minta dekat Uwon. Uwon bagi lah. Kesian dia" jelas Jungwon lancar dengan raut yang kekal cemberut.
"Kan adik kecik lagi. Mana boleh makan semua makanan macam Uwon, sayang. Lagipun, kan pagi lagi sekarang. Tak elok lah" tukas Eunha lembut.
"Tapi, kesian diaaa. Dia lapar..." ujar Jungwon dengan nada perlahan sebelum mencebikkan bibirnya. Mata bulatnya itu bergerak-gerak perlahan menatap wajah 'mummy'nya itu.
"Mummy tengah buat makanan untuk dia kan dekat dapur?" balas Eunha.
"Iye lah, tapi dia lapar..." tukas Jungwon perlahan lalu memuncungkan bibirnya. Tetap mahu membela dirinya.
"Iye, mummy tengah masak untuk adik kan? "
Manakala, Jungkook yang statik berdiri di hadapan tangga itu menyaksikan saja 'perbalahan' Eunha dan Jungwon itu. Dia memandang dua beranak itu bersilih ganti dalam keadaan bingung.
Konflik apa pula dua beranak ni?
Malas mahu pening-pening fikir, dia pun mengatur langkahnya ke ruang tamu,memutuskan untuk melayani puteri kecilnya yang sedang duduk sendirian di atas permaidani itu. Lebih baik dia 'berkawan' dengan si kecil yang sudah menginjak usia dua tahun itu.
"Lahh, ini comot habis kenapa,sayang?" soal Jungkook sejurus saja dia duduk berhadapan anak perempuannya itu. Sekotak tisu yang berada di atas meja kaca di tepi pun diraih. Kemudian, sehelai tisu pun dikeluarkan lalu sekitar mulut Yuna yang comot dek aiskrim pun dilapnya cermat.
Bulat-bulat saja mata cantik si kecil itu memandang wajah sempurna ayahnya itu. Langsung tiada merengek tika sekitar mulutnya itu dikesat menggunakan tisu. Selalunya, pasti ditolak-tolak habis tangan orang yang mengganggu wajahnya.
Usai membersihkan sisa comot aiskrim coklat pada wajah kecil itu, Jungkook pun meletakkan sementara tisu yang telah digunakannya tadi itu di tepi. Kemudian, kotak tisu pun diletakkan ke atas meja. Tatkala itu, matanya pun terarah pada satu paket keropok yang sudah terbuka dan dibiarkan itu.
"Biar diorang gaduh sana. Kita makan keropok ni sama-sama" ujar Jungkook santai sebelum selamba menghulurkan sebiji keropok perisa barbeku itu kepada Yuna.
"Sayang!! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"
Adikkk, jangan lah robohkan!"
"Adikkk! "
"Mummyyy, tengok adikkk!"
Eunha yang sedang ligat membasuh pinggan di dapur itu langsung menghentikan aktivitinya itu seketika apabila mendengar bentakan Jungwon di ruang tamu. Dia mengeluh perlahan. Termasuk kali ini, sudah hampir 4 kali dia mendengar suara lantang anak sulungnya itu. Tak tenang dia mahu mengemas dapur dibuatnya.
"Mummyyy!"
"Iye, kenapaaa? Kejap lahh, mummy tengah cuci pinggan ni!" laung Eunha lantang tatkala mendengar lagi rengekan anak sulungnya itu. Dia kembali membilas pinggan di pegangannya itu.
"Yuna ni, mummyy! Dia cabut lego Uwonn! "
"Buat lah satu untuk dia, sayang!"
"Dah buat dahh! Dia nak yang Uwon jugak! "
"Bagi lah yang Uwon dekat dia! "
"Ohhh mana boleh! Penat Uwon buat!"
Eunha langsung menghela nafasnya perlahan dek jawapan anaknya itu.
"Kalau macam tu, main lah baik-baik. Tak nak la gaduh-gaduh"
"Yuna ni lah! Teddy bear dia tak nak main! "
"Dah Uwon pergi cabut mata teddy bear dia, dia takut lah! "
"Sebelah aje! "
Eunha sekali lagi mengeluh perlahan sebelum menggelengkan kepalanya. Letih dia hari-hari begini. Sememangnya inilah situasinya dengan ragam anak-anaknya itu. Sehari tidak bergelut, tak lengkap hidup.
Pili sinki pun ditutup, menghentikan air yang mengalir laju keluar itu. Kemudian, sarung tangan getah yang dipakainya itu pun dikeluarkannya lalu disangkut. Selesai juga sesi mencuci pinggan mangkuknya itu.
Setelah itu, Eunha pun mengorak langkahnya keluar dari dapur. Kaki menapak ke ruang tamu, tempat dua orang anaknya itu bermain. Situasi antara dua beradik itu sudah tenang berbanding tadi.
"Ha, kan bagus main macam ni. Mummy pun tak ada pening kepala, tahu?" tutur Eunha seraya melabuhkan punggungnya ke atas permaidani yang sama yang diduduki anak-anaknya itu. Tubuh kecil Yuna yang duduk di sampingnya itu diraih lalu diletakkan ke atas ribanya.
"Adik ni la, mummy. Tadi Jungwon dah buat bangunan tinggi-tinggi, dia pergi robohkan. Lepas tu, lori panjang yang Jungwon buat, dia pergi cabut habis semua ha. Jungwon dah buat penat-penat sambil tengok cara-cara dia. Adik pulak sibuk je kacau semua" hambur Jungwon penuh kesal dengan wajah yang cemberut. Dikerling protes adiknya yang berada di pangkuan sang ibu.
Eunha yang sedang ligat merapikan rambut pendek paras dagu milik Yuna itu langsung tergelak kecil tika mendengar hamburan Jungwon itu. Dia kemudiannya memusingkan tubuh Yuna menghadapnya.
"Apa lah adik ni. Kacau abang buat apa? Kita pergi tidur nak?" ujar Eunha sambil menatap wajah polos anak perempuannya itu.
Mendengar soalan terakhir itu, lantas saja Yuna memeluk leher ibunya itu dengan rengekan kecil. Satu bahasa badan yang menafsirkan bahwa dia menentang cadangan sang ibu.
"Ha, mummy. Bagi dia tidur!" seloroh Jungwon langsung dengan lantangnya.
Yuna langsung merengek protes. Dia melepaskan dakapannya pada leher Eunha lalu tangan kecilnya yang sebenarnya ada menggenggam sebongkah lego itu lantas dicampak ke arah sang abang. Tepat mengenai sisi kepala budak lelaki itu.
"Ish, adikkk!" bentak Jungwon sebal seraya menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit. Bibirnya bergetar sambil mata yang hampir berkaca itu merenung sang adik dengan kesalnya.
"Alolo, kata dah besar? Orang lelaki mana boleh cepat menangis" tutur Eunha langsung tatkala menyedari riak mahu menangis di wajah Jungwon itu.
Jungwon langsung merengus sebal. Bibirnya dicebikkan.
"Dah la! Tak nak kawan Yuna dah lepas ni! Pergi main sorang-sorang! Lepas ni, abang sorok lego!" hambur Jungwon lantang dengan sebalnya.
Mendengarkan hamburan 'marah' si abang, gilirannya pula mahu menangis. Yuna langsung menoleh memandang sang ibu dengan raut cemberut dengan mata yang berkaca.
"Ya tuhannn" gumam Eunha spontan disela tawa. Geli hati melihat 'pergaduhan' dua beradik itu. Yuna pula sudah memeluk leher ibunya itu kembali seraya merengek dan mulai menangis kecil.
"Tak, sayang. Abang gurau je tu" ujar Eunha dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Ditepuk perlahan belakang tubuh kecil itu.
"Tak ada gurau!" tukas Jungwon drastik dengan angkuhnya.
Eunha lagi-lagi tergelak kecil. Yuna pula menoleh memandang sang abang kembali. Di kala dia menjengkelkan abangnya itu, pastinya dia tak mahu juga abangnya itu memarahinya. Dia pun melepaskan rangkulannya pada leher Eunha lalu terkedek-kedek berjalan mendekati Jungwon. Kemudian, dengan polosnya dia duduk di sebelah sang abang yang sedang kesal dengannya. Kepala didongak, melihat Jungwon di sebelah yang sengaja mengabaikannya.
Jungwon mengerling adiknya itu di sebelah. Lalu, dia memandang ke arah lain kembali.
"Pergi la sana. Siapa nak kawan dia" tutur Jungwon senada, mod merajuk.
Yuna pula menarik-narik perlahan lengan baju Jungwon, meminta diberikan perhatian. Ditarik-tarik lengan baju abangnya itu yang langsung tidak mahu memandangnya itu.
Jungwon pula merentap lengannya dari ditarik sang adik. Mata pun tak mahu beralih langsung bagi mengerling Yuna di sebelah. Menunjukkan protesnya.
Manakala Eunha yang cuma diam menyaksikan karenah dua beradik itu tidak dapat menahan dirinya dari tersenyum. Comel saja ragam anak kecil yang berbeza 5 tahun itu.
Sedang ligat Eunha menonton adegan perang dingin dua beradik itu, telinganya menangkap bunyi angka kata kunci pada pintu dimasukkan di luar. Langsung saja dia memandang ke arah pintu. Bibirnya mengukir senyuman sebelum lantas dia berdiri. Kaki pun berlari anak ke pintu utama dan berdiri statik di sana.
Sejurus saja itu, pintu pun dibuka dari luar. Terpampanglah sosok tubuh seorang Jeon Jungkook yang memakai lengkap kemeja di muka pintu. Eunha lantas menadah tangannya ke arah suaminya itu.
Jungkook yang baru meletakkan kasutnya pada rak itu langsung bingung memandang Eunha. Dia melirik tapak tangan kecil yang disuakan kepadanya itu. Keningnya pun terangkat sebelah, buntu.
Malas mahu berfikir banyak, selamba dia meletakkan tangannya di atas tangan Eunha dan digenggam lalu diturunkan ke sisi.
"Ish, bukannn. Mana aiskrim saya?" ujar Eunha langsung setelah meloloskan tangannya dari genggaman kemas Jungkook itu. Kemudian, ditadah kembali tangannya ke arah lelaki itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan setelah terkebil-kebil melihat tangannya ditolak. Dia memandang wajah polos Eunha itu lalu matanya beralih pada tapak tangan wanita itu lagi. Dia pun selamba menggenggam lagi tangan isterinya itu lalu ditarik ke dapur.
Tiba saja di dapur, Jungkook pun mengeluarkan satu pek aiskrim jenis kon dari poket kotnya. Lalu,dihulurkan kepada Eunha.
Eunha langsung tersenyum suka sebelum lantas menyambut huluran aiskrim kon berperisa strawberi itu. Aiskrim yang sudah lama dia inginkan.
"Tapi,kenapa sampai ke dapur? Boleh je bagi dekat sana tadi,sayang" tutur Eunha hairan sambil membuka pembalut kertas yang membalut aiskrim itu. Dia mengerling sekilas Jungkook di hadapan.
"Saya lupa beli dekat anak awak dua orang tu" jawab Jungkook santai sebelum tergelak kecil.
"Oh, lah. Bertuah punya daddy" ujar Eunha menyindir sebelum terkekeh perlahan. Dia masih ligat menanggalkan pembalut aiskrim tersebut.
"Anyway, thank you, sayang!" ucap Eunha mesra dengan senyuman manis. Kemudian, dia langsung menjamah aiskrim strawberi tersebut dengan riangnya.
Jungkook tersenyum kecil sebelum berdehem kecil bagi menarik perhatian isterinya yang sedang ligat melantak aiskrim itu. Kemudian, jari telunjuknya mengetuk perlahan pipi kanannya.
Eunha pun menoleh lalu tanpa banyak kata, dia mencium singkat pipi suaminya itu. Sesuai seperti yang diminta. Kemudian, dia kembali menjilat aiskrim konnya itu.
"Oh, ye. Sayang, awak dah makan ke belum? Nak makan sekarang ke?" soal Eunha seraya memandang Jungkook yang sedang tersenyum-senyum di sebelah.
"Kejap lagi lah. Lepas saya mandi, tukar baju apa semua" balas Jungkook lalu mengulum senyuman singkat.
"Oh, okey." jawab Eunha akur setelah mengangguk kecil. Dia menjilat kembali aiskrim miliknya yang hampir meleleh itu.
"Eoh. Saya naik atas dulu" pamit Jungkook lalu lantas memutar tubuhnya untuk beredar.
"Sayang, kejap" ujar Eunha langsung seraya meraih lengan Jungkook tatkala dia terfikir akan sesuatu.
"Kenapa? Nak ikut saya pergi tukar baju ke?" seloroh Jungkook menyoal dengan selamba sejurus menoleh memandang Eunha di belakang. Bibir sudah mengukir senyuman sumbing.
"Ey, tak lah!" nafi Eunha drastik seraya langsung menampar lengan suaminya itu.
Jungkook langsung tergelak kecil. Dia pun memusingkan tubuhnya, menghadap Eunha.
"Ye, kenapa?" soal Jungkook penasaran. Keningnya diangkat sebelah.
Eunha yang memasang raut sebal tadi itu lantas berubah mesra apabila soalan itu ditanya Jungkook. Bibirnya menarik senyuman lebar.
"Esok kan birthday saya kan, sayang. Awak prepare apa je untuk saya?" soal Eunha dengan lenggok suara lembut sambil tangannya membetulkan kot yang tersarung pada tubuh Jungkook itu. Sesekali dia mengerling wajah lelaki itu dengan senyuman manis.
"O-Oh, birthday awak. Esok ye? Oh, esok. 30. Ha. Esok." respon Jungkook sepatah demi sepatah sebelum mengulum senyuman singkat. Seakan gugup begitu.
"Haah, esok. " ujar Eunha dengan anggukan sambil memerhati riak wajah Jungkook itu. Lalu, perlahan tangannya yang sedang memegang kot lelaki itu diturunkan ke sisi. Matanya disepetkan, merenung penuh ragu wajah suaminya itu.
"Jangan cakap awak lupa ye,sayang..." tutur Eunha lembut namun penuh penekanan. Matanya kekal merenung wajah sempurna itu.
"Lupa? Tak ada lah. Mana ada lupa. Tak lupa lah. Tak,tak" balas Jungkook menafikan sebelum tersenyum kecil. Kepalanya juga digelengkan perlahan.
Eunha perlahan mengakhiri renungannya buat Jungkook itu. Dia mengangguk kecil.
"Tak lupa, tak apa. Kalau lupa, buat malu dekat Jungwon je, tahu? Dia pun dah sibuk melukis kad untuk saya ha" tutur Eunha seraya menyilangkan lengannya ke dada.
Jungkook langsung tergelak kekok.
"Ala, sayang. Budak tu pun saya yang ingatkan dia tu" seloroh Jungkook bersahaja.
Eunha langsung berdecit perlahan.
"Ye ye je awak tu" balas Eunha dengan raut tidak percaya.
"Ye lah" jawab Jungkook dengan penuh yakinnya. Meski, itu semua dusta belaka.
"Ha, lepas tu awak dah prepare apa untuk saya?" soal Eunha langsung, kembali pada soalan cepu emas. Keningnya dijongket sambil merenung wajah tenang suaminya itu.
Jungkook mengukir senyuman kecil sebelum tangannya bergerak menarik wajah kecil Eunha itu lalu satu ciuman singkat dihadiahkan pada dahi polos wanita itu.
"Salah satunya" ujar Jungkook bernada rendah dengan senyuman sebelum mengenyitkan sebelah matanya. Kemudian, selamba dia menapak keluar dari dapur itu.
Eunha pula hanya statik berdiri di situ. Berkelip-kelip matanya memandang figura Jungkook yang sudah pergi begitu saja itu. Dia belum sempat menangkap apa yang berlaku. Aiskrim perisa strawberi di pegangan pun perlahan meleleh cair ke celah jemarinya.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"Sayang? Awak nak pergi mana?" soal Eunha langsung sejurus saja melihat pantulan sosok Jungkook yang sedang menyarung jaket di belakang menerusi cermin meja soleknya itu. Dia lantas menoleh belakang, melihat suaminya itu dengan tatapan penasaran. Aktiviti memakai produk jagaan mukanya pun tergendala serta-merta.
Mendengar soalan penasaran Eunha,Jungkook langsung melangkah menghampiri bangku meja solek yang diduduki wanita itu.
"Eoh, saya nak keluar pergi office kejap. Ada hal sikit" jelas Jungkook sambil ligat merapikan jaket biru gelap yang tersarung di luar baju T-nya itu.
Eunha lantas mengerutkan dahinya seraya perlahan berdiri menghadap Jungkook.
"Ada hal apa malam-malam macam ni, sayang? Dah nak pukul 11 dah" tutur Eunha bingung dan berbaur bantahan. Sempat dia mengerling jam di dinding. Sememangnya lagi beberapa minit saja lagi jam 10 akan menukar angka.
"Kejap je, sayang. Tiba-tiba je ada hal mengejut. Saya pergi settle kejap je" balas Jungkook sambil menatap wajah berkerut Eunha.
"Settle esok tak boleh ke? Sekarang dah malam kan" tukas Eunha dengan dahi berkerut protes.
Jungkook mengeluh kecil sebelum menggeleng perlahan.
"Tak boleh, sayang. Look, saya pergi kejap je. Betul. And, saya akan make sure saya balik sebelum pukul 12. Saya akan wish birthday awak betul-betul depan muka awak, tepat pukul 12 nanti. Serius" tutur Jungkook lancar dengan yakin yang secara tidak langsung telah berjanji.
Eunha langsung menghela nafasnya perlahan. Dia menggeleng kecil.
"Saya tak kisah pun lah pasal tu, sayang. Masalah sekarang ni dah malam sangat ni awak nak keluar. Bahaya la" ujar Eunha perlahan dengan dahinya yang berkerut risau.
Jungkook langsung tergelak kecil dek kebimbangan isterinya itu.
"Bahaya apa, sayang? Saya nak pergi office je. Dalam setengah jam nanti saya balik lah" respon Jungkook dengan nada yang sedikit tersisa tawa.
"Ala, tapi–"
"Saya pergi kejap je. Kejap je, okey?" tutur Jungkook lembut sebelum langsung mencium sekilas dahi polos Eunha.
"Sayang–"
"Kejap lagi saya balik" tambah Jungkook seraya mengusutkan perlahan rambut isterinya itu lalu langsung menapak ke pintu bilik.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
Buat kali ketiga, Eunha menguap kecil. Tangan kiri setia menongkat wajah yang sudah sangat dihantui mengantuk itu. Mata pun sesekali terpejam dan tercelik. Begitulah keadaannya selama hampir sejam menunggu kepulangan Jungkook di ruang tamu.
Eunha lagi-lagi menguap kecil. Pipinya yang tidak gatal digaru-garu perlahan sambil mata menatap ke arah pintu. Tiada ura-ura seperti ada orang balik pun. Dia mengeluh kecil sebelum melarikan pandangannya ke skrin telefon yang hitam di sebelah pula. Objek itu dinyalakan. Kalau-kalau menerima sebarang makluman dari lelaki itu.
Namun, keadaan telefonnya itu pun sunyi sepi saja tanpa mesej atau panggilan.
Eunha mengeluh perlahan sebelum memadamkan kembali nyalaan skrin telefon tersebut. Dia kemudiannya melentokkan kepalanya ke atas meja. Mata pun dipejam perlahan. Dia terlalu mengantuk.
Baru saja berura masuk ke alam mimpi, bunyi deringan telefon yang kuat di tepi telinga langsung mengejutkan Eunha. Dia pun mengangkat kepalanya lalu telefonnya yang sedang menyala-nyala itu dicapai. Matanya terlebih dahulu menilik nama pendail di skrin.
'Mingyu'
Tanpa berlengah, Eunha pun menjawab panggilan tersebut. Telefon dilekapkan ke telinga.
"Hello? "
"Eoh, Eunha,"
"Ye. Kenapa call ni? Ada apa?"
"Jungkook,Eun. "
"Eoh, kenapa dengan Jungkook?" soal Eunha penasaran dan perlahan diselubungi gelisah tika mendengar nada suara Mingyu itu. Dan tika itu, telinganya menangkap bunyi siren ambulans yang samar-samar.
"Ke-Kejap,Gyu, awak dekat mana sekarang?" soal Eunha yang mendadak gugup. Jantungnya sudah berdetak laju. Tolonglah. Bukan seperti yang difikirnya.
"Saya dalam ambulans. Jungkook accident waktu balik kerja tadi, Eun."
Bagai berhenti berdetak jantung milik Eunha tika mendengar berita itu. Lidahnya kelu.
"Eo-Eoh?"
Nafas menjadi tidak keruan.
"Ke-Keadaan dia macam mana? Dia okey je kan,Gyu? Tak teruk kan?"
"Banyak pendarahan jugak, Eun. Tak apa,awak datang hospital dulu. Saya hantar location"
"Eo-Eoh."
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"Kita dah sampai, cik."
"Ne? Dah sampai?" soal Eunha bingung seraya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Kemudian, dia kembali memandang pemandu teksi tersebut dengan hairan.
"Ya. Ini location yang cik bagi dekat saya tadi" jelas pemandu teksi tersebut seraya membetulkan telefon pintar yang memaparkan navigasi di bahagian atas dashboard keretanya itu.
"A-Ah, betul ke? Bukan hospital?" soal Eunha hairan. Dahinya berkerut sambil memandang sudut wajah pemandu teksi itu. Sebentar tadi sememangnya dia terus menunjukkan saja lokasi yang dihantar Mingyu itu kepada sang pemandu.
Pemandu teksi tersebut menggelengkan kepalanya perlahan.
"Bukan, cik." jawabnya ringkas.
Eunha terdiam sebentar. Dia memandang sekali lagi ke luar tingkap. Sememangnya bukan sebuah hospital.
"Oh, okey. Tak apa lah. Terima kasih" tutur Eunha seraya menghulurkan sekeping wang kertas kepada pemandu teksi tersebut. Kemudian, dia langsung keluar dari kereta sedan itu.
Persekitaran di situ gelap-gelita dan cuma diterangi cahaya lampu di pagar bangunan setingkat yang besar di hadapannya itu. Sepertinya sebuah dewan tertutup. Dahi Eunha lagi-lagi berkerut bingung.
"Apa ni? Mingyu salah kasi location ke?" gumam Eunha buntu sebelum langsung menyalakan telefon pintar yang kekal berada di dalam genggamannya itu. Jemarinya mengetik ringkas lalu nombor Mingyu didail.
"Eoh, Eun. Dah sampai ke?"
"Eoh, Mingyu. Awak salah bagi saya location ke? Ini dekat dewan serbaguna. Bukan hospital"
"Alamak, sorry, saya rushing tadi. Tak apa, Eun. Nanti saya send location dekat awak lain. Jungkook baru nak masuk ER ni. Saya hang up dulu."
ER: Emergency Room
"Kejap, hospi–"
Tut.
Eunha langsung mengeluh perlahan apabila Mingyu sudah memutuskan panggilan mereka. Suara lelaki itu pun kedengaran tergesa-gesa. Barangkali baru tiba di hospital.
Bibir diketap kuat. Nafas yang masih tidak teratur itu dihela. Matanya meliar ke sekeliling. Dia mahu pergi ke hospital, bukan dewan!
Bagusnya sekarang dia sendirian di hadapan dewan itu. Jalan besar pun jauh di seberang sana. Susah pula lah dia mahu mendapatkan teksi.
Sedang fikirannya yang celaru dek memikirkan keadaan sang suami di sana, dia tetap juga memikirkan cara untuk berganjak juga ke hospital. Bila difikirkan logik, pasti Jungkook dihantarkan ke hospital Dasom dek berdekatan pejabat lelaki itu.
Eunha kembali menyalakan telefon pintarnya. Jemarinya mengetik pantas di atas skrin lalu nombor Hae Jung pula didail. Objek itu lantas dilekapkan ke telinganya.
"Yess, eonnie ku? Ada apa call malam-malam ni?"
"Hae,Hae busy ke? Hae tolong eonnie boleh?"
"Eh, eonnie. Kenapa macam panik je suara tu? Are you okay?"
"Tak, Jungkook accident,Hae" jelas Eunha dengan nada yang sedikit lirih seraya air matanya mengalir. Tangan kiri setia meramas hujung kardigannya.
"EH?! Serius?! Bila, eonnie?!"
"Tadi. Tak, Hae boleh ambil eonnie tak sekarang? Kita pergi hospital"
"Eoh, eoh. Dekat rumah ye? Kejap, Hae–"
"Tak, tak. Eonnie ada dekat dewan serbaguna Yanggi ni"
"Ah, situ. Okey, eonnie. Eonnie tenang dulu. Kejap lagi Hae sampai. Eonnie duduk dulu dekat bangku situ. Hae akan cepat"
"Eoh"
Tut.
Sebenarnya dewan tersebut adalah dewan yang sama di mana majlis perkahwinan Hae Jung dijalankan kira-kira dua tahun lalu. Jadi, pastinya wanita itu tahu selok-belok dewan itu.
Eunha menghapus air matanya yang ligat mengalir itu menggunakan lengan bajunya itu. Dia cuba bertenang namun hatinya tidak berdaya menanggung kerisauan yang menyelubungi. Bibir diketap sebelum dia memutar tubuhnya lalu melangkah masuk ke dalam perkarangan dewan itu. Bangku yang tersedia di sana pun didudukinya.
Eunha menarik nafas sedalamnya lalu dihela perlahan. Nafasnya bergetar. Kedua-dua tangannya bertaut erat sambil kaki dihinjut perlahan. Dia tersangat gelisah dan bimbang ketika itu. Mata yang memandang lantai menjadi kabur dek air mata yang kembali bertakung.
Inilah hal yang paling ditakutinya. Sebab itulah dia tidak berkenan bila Jungkook itu keluar malam-malam begini. Pemandu yang mabuk di jalan raya mungkin akan menjadi asbab semua ini.
Eunha mengemam bibirnya yang bergetar lalu teresak perlahan. Air matanya yang mengalir dihapus lagi menggunakan lengan baju,tak ubah seperti seorang kanak-kanak. Mata kekal menatap lantai, tepatnya sandal yang tersarung pada kakinya itu.
"Mana ni? Mingyu ni tak nak hantar location lagi ke? Hae pun mana? Cepatlah..." omel Eunha dengan nada yang disela serak seraya mengangkat kepalanya. Dia memandang ke sekeliling sekilas. Sunyi saja persekitaran. Namun, mujur saja tidak terlalu gelap.
Eunha merengus perlahan. Dia sudah malas mahu menunggu lagi. Rasa resahnya ketika itu memang tak dapat dibendung lagi. Dia berdiri lalu berura untuk melangkah pergi.
Namun, drastik bahunya terhinjut dasyat apabila mendengar bunyi kuat dari belakang. Sepertinya bunyi pintu yang seolah digoncang rakus. Lantas dia memutar tubuhnya dengan mata yang membuntang. Matanya merenung tepat ke arah pintu utama dewan yang tertutup rapat itu.
Senyap pula.
Bingung dan seram sejuk bercampur menjadi satu. Eunha masih tidak berkelip memandang ke arah pintu itu. Dia sedang berhalusinasi pula kah sekarang?
Eunha menggelengkan kepalanya laju. Dia melepaskan keluhan kuat lalu memutar tubuhnya. Sejurus saja itu, dia mendengar bunyi pintu pula dibuka. Spontan dia memusingkan tubuhnya kembali. Ya, pintu utama itu terbuka.
"M-Macam mana..." gumam Eunha gugup seraya kakinya mengundur perlahan ke belakang. Jantungnya sudah berdetak kencang.
Dewan ni berhantu ke?
Kemudian, lampu di dalam dewan tersebut pula terbuka, sedikit sebanyak menerangi bahagian luar. Meski cuma sedikit. Lalu, bunyi derapan tapak kasut pula kedengaran.
Entah kenapa, Eunha tidak berasa cuak dengan situasi kali ini malah dia menjadi penasaran pula dek mendengar derapan tapak kasut itu. Kaki pun lambat-lambat melangkah ke arah pintu utama tersebut. Di dalam hati, tetap juga berdoa-doa agar tiada yang bukan-bukan menyerangnya.
Bibir diketap kuat tika dia berada di sisi pintu. Takut jugalah dia mahu menjengah ke dalam. Buatnya benar-benar satu gangguan? Tapi, tetap saja dia berasa ingin tahu. Kepala pun perlahan menjenguk ke dalam.
Alangkah terkejutnya seorang Jeon Eunha tatkala matanya disapa satu sosok tubuh yang berdiri statik lurus di tengah-tengah dalam dewan. Tak berkelip matanya.
"Cak" sapa Jungkook mesra dengan senyuman bersama kepala yang disengetkan.
Perlahan air mata Eunha bertakung di tubir mata kembali. Wajahnya cemberut, bibirnya bergetar. Lalu, dia lantas merengek perlahan dengan bibir yang dicebikkan. Air mata pun menitis.
"Aww, eonnie! Comel la! " seloroh Hae Jung drastik tatkala melihat raut wajah kakak iparnya yang mencuit hati itu. Dia langsung melangkah ke arah Eunha dengan lengan yang didepakan. Siapa saja tak mahu memeluk kalau begitu punya comel?
"Tak, tak payah sibuk. Aku dulu" tukas Jungkook langsung sejurus menolak tubuh adiknya itu dan melangkah ke arah Eunha di muka pintu sana.
"Ey" rengus Hae Jung sebal sambil menatap tajam figura abangnya itu yang kian menjauh.
Jungkook terkekeh perlahan melihat raut cemberut bersama air mata yang terlakar di wajah Eunha itu. Dia lantas memeluk tubuh kecil isterinya itu. Sempat dia menerima tamparan sebal pada bahunya oleh wanita itu.
"Ey haaa. Buat orang risau je lahh! Tak kelakar, tahuuu?" hambur Eunha kesal dengan protesnya. Bukannya dibalas pelukan Jungkook itu malah ditampar belakang lelaki itu dengan geramnya. Siapa saja tak sebal? Dia merasakan gelisah dan cuak sekaligus. Dan itu semua dibuat-buat.
Jungkook hanya tergelak-gelak. Tidak berkira-kira bagi memujuk hati kesal wanita itu. Malah, dia lagi menikmati kesebalan seorang Jeon Eunha itu. Bukannya menakutkan, namun mencuit hati.
Setelah itu, Jungkook pun melonggarkan pelukannya pada Eunha itu. Bahu wanita itu dipegang seraya mata menatap tepat ke wajah cemberut sang isteri. Hidung kecil itu kemerahan, bulu mata juga masih basah. Semuanya dek tangisan yang tumpah sebentar tadi.
"Happy birthday, sayang" ucap Jungkook bernada perlahan namun lembut seraya mencuit sekilas hidung Eunha. Segaris senyuman juga diukir.
Eunha langsung berdecit perlahan.
"Ye,gumawo" ucap Eunha acuh tak acuh seraya menjeling sekilas wajah mesra suaminya itu. Masih protes.
Jungkook langsung tergelak kecil sebelum tubuh mungil Eunha itu ditarik lagi ke dalam pelukannya. Isterinya itu terlalu mencuit hatinya.
"Dah ah,balik la macam ni. Datang ramai-ramai pun diorang peluk diorang je" seloroh Mingyu menyindir seraya melangkah keluar dari terus mereput di penjuru dewan itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan saat mendengar suara rakannya itu. Eunha pula terpinga-pinga sebelum meloloskan tubuhnya dari dakapan sang suami. Dia langsung memandang figura Mingyu di sana.
"Eh, siapa lagi ada?" soal Eunha bingung. Dia memandang ke sekeliling dewan. Sunyi saja.
"Saengil Chukkahae! "
Terhinjut sedikit bahu Eunha tatkala tiba-tiba disapa suara lantang yang bergabung ramai itu. Dia juga dikejutkan dengan gerangan lain yang baru muncul di sebalik dinding itu.
Semuanya ahli keluarga terdekatnya. Dan, Chaeyeon juga pastinya turut berada di situ bersama dua orang anaknya.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"Sayang, pergi cepat. Tiup lilin" tutur Jungkook yang baru kembali dari meja utama yang dihias khas buat sang 'birthday woman' itu. Dia menghampiri Eunha yang sedang berdiri di penjuru dewan itu.
"Aduh, sayang. Malu lah." luah Eunha dengan bibir yang dicebikkan.
"Nak malu kenapanya? Baju semua pakai" balas Jungkook bersahaja.
"Iye, memanglah pakai baju. Tapi, tengoklah saya pakai baju apa, sayang. Baju tidur!" tukas Eunha sebal separuh bisik seraya menayang baju tidur satu setnya itu yang ditutupi kardigan hitam. Sudahlah dia mendapat 'spotlight' sepenuhnya hari ini. Penampilan pun sikit punya boek-
"Lah, comel apa. Ada carrot-carrot kecik dekat baju tu. Comel, sayang, comel." ujar Jungkook santai setelah mengimbas sepintas lalu pemakaian isterinya itu. Kepalanya diangguk-angguk yakin.
Bertambah cemberutlah wajah seorang Jeon Eunha apabila mendengar komen suaminya itu. Bunyi seperti menyakat saja.
"Eyy awak lah ni! Lain kali bagitahu la nak buat birthday party untuk saya. Boleh la saya prepare baju cantik-cantik sikit! Ini apa? Huwa, maluuu" hambur Eunha dengan kesalnya sebelum sepantas kilat merengek kecil dan membenamkan wajahnya pada dada bidang Jungkook.
Jungkook langsung terkekeh perlahan sebelum menepuk-nepuk belakang Eunha.
"Tak, sayang, comel. Serius." ujar Jungkook bersungguh.
"Habis tu, awak gelak kenapa?!" bentak Eunha sebal seraya mendongak memandang suaminya itu.
"Lah, sebab comel lah" tukas Jungkook selamba.
Eunha meneliti raut selamba di wajah Jungkook, mencari ketulusan lelaki itu. Kemudian, wajahnya kembali cemberut.
"Tak nakkk, maluuu" rungut Eunha perlahan dan kembali membenam kepalanya pada dada bidang Jungkook. Sesungguhnya, dia betul-betul berasa segan. Mahu potong kek, tiup lilin dengan baju tidur corak lobak? Paling memalukan.
"Ya tuhannn. Ada siapa je dalam dewan ni, sayang? Semuanya family kita. Bukannya stranger. Tak ada bendanya nak malu" tutur Jungkook, cuba memujuk kebimbangan isterinya itu. Malu betul lah dengan baju pijamanya itu.
"Eyy, awak tak fahamm" rungut Eunha yang tetap menyembamkan wajahnya pada dada bidang suaminya itu.
"Ye, nak faham apa bendanya, sayang? Lagipun diorang faham lah awak rushing datang sini. Mana nak sempatnya nak dress up" ujar Jungkook, berusaha meyakinkan Eunha itu.
"Awak lah pergi tiupkan lilin" tutur Eunha seraya mendongak memandang wajah sempurna Jungkook.
"Eh, hari ni birthday Jeon Eunha tau. Bukan Jeon Jungkook" tukas Jungkook sebelum menarik perlahan pipi gebu Eunha yang sedang mendongak memandangnya itu.
"Ala, sayaaanggg" rungut Eunha meleret dengan wajah cemberut.
"Yeeee" sahut Jungkook yang juga meleret, sengaja meniru intonasi Eunha itu.
"Oi, sampai bila nak berpeluk tu?! Terbakar kang kek ni!" laung Mingyu berseloroh yang sedang berada di meja utama itu. Ligat menjaga api lilin pada kek agar tidak terpadam.
"Kejap, ni ada orang malu! Pakai baju tidur!" balas Jungkook lantang dengan bersahaja.
"Ish,sayangggg! Jangan la bagitahuuu" bentak Eunha meleret dengan protesnya. Bahu Jungkook juga ditamparnya perlahan.
"Lahhh, comel je lah!"
"Ha, see? Mingyu pun kata–"
"Pakai macam mana pun comel,Eun! "
"Woi, woi sikit sudah! Lebih-lebih pulak kau" laung Jungkook lantang.
"Lah, benda? Memang ye–aduh" rintih Mingyu drastik tatkala bahunya tiba-tiba diketuk oleh sesuatu yang keras. Dia langsung menoleh ke tepi sambil menggosok perlahan bahunya.
Kelihatan seorang Kim Chaeyeon sedang cantik berdiri di sebelahnya bersama kening yang diangkat sebelah. Lengan juga sudah tersilang di dada.
"Tak, sayang,tak. Awak lagi cantik. Di antara seribu bintang–"
Chaeyeon langsung berdecit sebelum terus beredar dari situ.
"Sayanggg! Di antara seribu bintang,awak yang ke seribu satu!"
"So, pergi eh?" soal Jungkook lembut sambil menatap wajah Eunha di hadapan.
Eunha merengus perlahan. Dia menunduk, melihat pakaiannya yang langsung tidak sesuai untuk parti hari lahir itu. Sudahlah dia peran utama hari ini.
"Comel, sayang, comel." tutur Jungkook bersahaja.
"Itu je la ayat awak dari tadi" balas Eunha seraya mengangkat kepalanya memandang Jungkook di hadapan.
"Dah memang ye." respon Jungkook selamba.
Eunha langsung berdecit perlahan.
"Dah, jom"
"Kejapp, muka tak ada make uppp"
"Tak, cantik dah. Cantik dah"
"Tak, saya–"
"Sayang, lambat saya dukung tau. Tak ada cakap banyak dah"
"Ish, okey fine! "
Jungkook langsung tersenyum sebelum merangkul leher Eunha dan berjalan beriringan ke meja utama di tengah-tengah dewan.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
Selesai acara meniup lilin dan memotong kek, juga sedikit sesi bergambar, kini semua yang berada di situ sedang menikmati hidangan di meja masing-masing.
Namun, tidak bagi sepasang suami isteri ini yang masih kekal berdiri di meja utama. Baru mahu mengambil kek buat santapan mereka.
"Siapa beli kek ni, sayang?" soal Eunha penasaran sambil ligat memotong kek berbentuk segi empat besar itu. Kek keju.
"Siapa lagi? Husband awak yang handsome ni lah" balas Jungkook bersahaja sambil ligat mencampak sebiji demi sebiji kekacang ke dalam mulutnya. Sambil itu dia memerhati Eunha di sebelah.
"Ey, 24 jam nak kena puji sendiri kan?" tukas Eunha jengkel seraya memandang sekilas wajah santai suaminya itu di sebelah.
"Why not?" balas Jungkook selamba dengan bahu yang dijongket.
Eunha berdecit perlahan. Dia mengangkat sepotong kek yang dipotongnya itu lalu diletakkan ke atas pinggan.
"By the way, thank you so muchhh untuk hari ni, sayang" ucap Eunha seraya menoleh memandang Jungkook di sebelah.
"My pleasure" jawab Jungkook ringkas dengan mesra. Segaris senyuman juga diukir, melengkapkan lagi wajah sempurna itu.
Eunha tersenyum kecil sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dua sudu dicapai lalu diletakkan ke dalam pinggannya.
"Tu, suap. " pinta Jungkook ringkas sebelum menjuihkan bibirnya ke arah kek yang berada di dalam pinggan itu.
Eunha langsung berdecit perlahan sebelum menuruti saja permintaan suaminya itu.
"Jja" ujar Eunha mesra seraya menghulur sesudu potongan kecil kek keju itu ke arah Jungkook. Lalu, suaminya itu pun menerima suapannya itu.
Sejurus saja itu, bunyi berdesing kuat mikrofon langsung mengilukan telinga masing-masing yang berada di situ. Terpejam sedikit mata Eunha dan Jungkook dibuatnya.
"Astaga, maaf."
"Perhatian buat encik Jeon Jungkook, hari ni merupakan birthday Eunha ya, bukan acara suap pengantin baru. Tolong jangan tukar majlis"
Sebaik saja mendengar pengumuman Kim Mingyu melalui mikrofon itu, langsung saja disambut tawa hampir kesemua orang yang berada di situ. Tidak terkecuali tuan badan yang ditujukan itu.
Dan,yang terkecuali dari beriaksi seperti yang lain adalah gerangan-gerangan di sebuah meja. Persatuan kanak-kanak polos.
Di meja itu, cuma Kim Mi Yeon sajalah yang mendapat jenaka ayahnya itu. Manakala tiga orang budak yang selebihnya cuma terkebil-kebil saja melihat semua yang ketawa. Jungwon, Minwoo dan Yuna.
Tidak faham tentang apa yang berlaku, mereka bertiga hanya sambung mencomotkan mulut mereka dengan makanan. Ya, lebih kepada begitu.
Jungwon melihat Daddy dan Mummy-nya di hadapan sana dengan tatapan polos. Ibu dan ayahnya itu tampak mesra di sana. Lalu, barulah terlintas sesuatu di fikirannya.
"Adik, adik. Abang rasa kan macam tu la mummy dengan daddy masa kahwin dulu" tutur Jungwon kepada adiknya di sebelah sambil mengusap-usap dagunya. Lalu, dia pun menoleh memandang sang adik di samping.
Kelihatan si kecil itu sedang santai menjilat aiskrim coklat yang berada di dalam mangkuk kecil di hadapannya. Jemari kecilnya dicelup ke dalam aiskrim yang separa cair itu lalu dijilat polos. Pipi dan mulutnya sudah comot habis dek aiskrim.
"Ehh, adik, tak boleh! Nanti mummy marah lagiii" ujar Jungwon langsung saat melihat aktiviti adiknya itu. Dia langsung menarik beberapa helai tisu dengan gelabahnya bagi mengelap wajah kecil yang comot itu.
Yuna pula terkebil-kebil melihat reaksi abangnya itu. Dengan polos, dia menghulur mangkuk kecil berisi aiskrim itu kepada Jungwon. Mahu ajak berkongsi mungkin.
"Sedap ke perisa coklat tu?"
"Hai! Seorang Kim Hae Jung yang pemurah nak bagitahu ni! Let's go to Aussie lusa ni! Saya belanja tiket untuk anda semua!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
Hembusan angin dingin malam terus-menerus menerpa seluruh sosoknya, yang sesekali menusuk terus ke tulangnya. Sememangnya di bumi Australia tika itu merupakan musim sejuk yang baru saja menjengah. Setiap hembusan angin di situ pastinya dingin belaka. Tambah pula pada malam hari, di luar balkoni apartmen begini.
Ya, sesuai dengan ajakan seorang Kim Hae Jung tempoh hari, mereka kini telah pun tiba di tanah Sydney,Australia senja tadi. Bagusnya, di sini sudah dilanda musim sejuk, jadi secara tidak langsung mereka dapat mengelakkan diri dari musim panas di Korea sana.
Jungkook ralit mengamati pemandangan cantik kota Sydney yang tersergam indah di hujung sana. Bangunan-bangunan moden, jalan raya yang sudah agak lengang dek kenderaan, lampu-lampu jalan yang samar menerangi dan jambatan Harbour yang agak jauh di sana. Meski terus-terusan ditiup angin sejuk, dia masih betah berdiri di balkoni itu.
"Sayang, tak nak masuk lagi? Sejuk lah dekat luar" ujar Eunha sejurus saja membuka sedikit pintu gelangsar yang memisahkan ruangan rumah dengan balkoni itu.
Jungkook pun menoleh apabila mendengar suara Eunha itu. Dia mengukir senyuman singkat.
"Sini la tengok view" ajak Jungkook dengan jemari kanannya yang digerakkan, mengajak wanita itu ke mari. Tangan kirinya setia berada di dalam poket jaket yang mengurangkan dinginnya itu.
Eunha pun hanya menuruti saja. Lagipun dia belum sempat lagi melihat pemandangan dari atas balkoni rumah apartmen ini lagi. Sibuk mengurus dan melayan karenah dua orang anaknya itu. Ini mujur saja sudah tidur keduanya.
Kaki pun melangkah keluar seraya kedua-dua tangan kecilnya dimasukkan ke dalam poket hoodie-nya yang tersarung di luar baju tidurnya itu. Dia berdiri di sebelah figura suaminya itu. Pandangan pun dilemparkan ke arah pemandangan bandar di hadapan.
"Uwa, cantik. Hujung tu Harbour Bridge ke, sayang?" soal Eunha kagum seraya menunding jari telunjuknya ke arah sebuah jambatan di hujung sana yang diterangi lampu-lampu kecil pada rangkanya.
"Eoh" jawab Jungkook ringkas dengan anggukan seraya memandang sekilas Eunha di sebelah.
Mulut Eunha melopong kecil. Bola matanya bergerak-gerak perlahan meneliti setiap keindahan pada pemandangan bandar besar itu.
"Wah…" gumam Eunha perlahan, takjub. Maklumlah, ini merupakan pertama kali dia memijak bumi Australia. Begitu indah walau hanya cuma persekitaran bandar pada malam hari. Tak sabar rasanya dia mahu meneroka bandar itu esok. Pasti banyak tempat tarikan pelancong yang menarik.
"Eoh, esok malam Hae Jung ajak buat barbeku dekat tepi pantai kan? Pantai mana, sayang?" soal Eunha penasaran tatkala di fikirannya terlintas tentang ujaran Hae Jung tika mereka mula-mula tiba di tempat penginapan mereka itu. Dia menoleh memandang Jungkook di sebelah.
"Entah dia. Semua dia yang plan" balas Jungkook seraya turut memandang wanita di sebelahnya itu.
"Esok siang pun?" soal Eunha lagi, penasaran.
Jungkook mengangguk.
"Ye. Ikut je lah esok dia nak heret kita pergi mana" seloroh Jungkook bersahaja. Sememangnya adiknya itu paling bersemangat kalau fasal menjadi pemandu pelancong tidak bertauliah.
Eunha hanya tergelak kecil sebelum mengangguk faham. Dia kembali memandang ke hadapan, mengamati pemandangan kota tersebut. Sedang ralit dia mengamati pemandangan, hembusan angin dingin yang agak kencang menerpa tubuh mungilnya. Dia merasakan sejuk yang cukup hebat. Pipi dan hidungnya kemerahan seketika, bibirnya sedikit bergetar.
"Tak sejuk ke?" soal Jungkook seraya menoleh memandang Eunha di sebelah. Maklumlah, dia yang memakai jaket agak tebal itu pun terasa sejuknya hembusan angin barusan, apatah lagi isterinya itu yang cuma memakai sehelai hoodie saja di luar.
"Sejuk jugak lah" balas Eunha dengan senyuman kecil sambil memandang Jungkook. Dia memeluk tubuhnya lalu digosok-gosokkan lengannya, cuba menyalurkan kehangatan. Nafas dingin juga dihela perlahan.
Jungkook langsung berdecit perlahan melihat kondisi Eunha itu.
"Lain kali pakai jaket, bukan hoodie" pesan Jungkook ringkas seraya melebarkan bahagian sisi kiri jaketnya itu lalu mendakap bahu kecil isterinya itu. Dia menarik rapat figura Eunha itu hingga dekat dengan sisi tubuhnya agar fabrik jaket itu dapat menyelubungi sisi tubuh wanita itu.
"Iye" jawab Eunha ringkas seraya mendongak sedikit, memandang wajah suaminya di samping itu.
Jungkook tersenyum kecil sebelum kembali memandang ke hadapan, dengan keadaan memeluk bahu Eunha itu.
"Tapi, bagus jugak macam ni"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"Jungwon, sini makan dulu. Nanti nak keluar dah" laung Eunha sambil menyapu jem mentega kacang pada roti kosong di tangannya itu. Lalu, diletakkan roti itu ke dalam piring.
"Kejap, mummy. Tengah sikat rambuttt" respon Jungwon yang sedang menjinjit kaki di hadapan cermin meja solek, menyikat rambut lebatnya itu.
"Dari tadi sikat rambut tu. Sama je macam tadi mummy tengok" ujar Eunha seraya berjalan ke ruangan tengah.
"Tak samaaa. Mummy tak fahammm" tukas Jungwon yang dengan telitinya sedang merapikan rambutnya itu. Sehingga mata bulatnya itu pun boleh menjadi sepet.
Eunha langsung berdecit perlahan. Baru 7 tahun, sudah sibuk pentingkan penampilan rambut ya?
"Ye lah. Jangan lama sangat sikat rambut tu. Nanti Hae imo datang, tak sempat makan kang nanti" pesan Eunha yang sempat menyelit ugutan mesra sebelum melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
"Yee, kejapp" balas Jungwon yang sedikit sebanyak terganggu fokusnya tika diugut tentang makanan.
Eunha hanya tersenyum kecil sebelum matanya beralih pada figura kecil Yuna yang sedang duduk bersila di atas lantai, bulat-bulat mata menonton televisyen yang berjarak sedepa dengannya. Bukan rancangan kartun, namun berita ramalan cuaca.
Eunha kemudiannya berdiri lalu menapak menghampiri Yuna yang fokus menonton kaca televisyen itu. Dia pun melabuhkan punggungnya, duduk di samping anak kecil berusia dua tahun itu. Rambut pendek paras dagu itu disisirnya perlahan menggunakan jemari.
"Sayang, getah rambut Yuna mana?" soal Eunha seraya menoleh memandang Jungkook yang sedang menatap skrin telefon di atas katil sana.
"Tu, dekat tangan dia" balas Jungkook bersahaja setelah memandang sekilas ke arah Eunha dan Yuna. Dan, dia kembali fokus pada telefonnya.
Eunha langsung menjongket sebelah keningnya sebelum memandang ke arah Yuna kembali. Sememangnya benar getah rambut si kecil itu terlilit elok di pergelangan tangan kecil itu. Eunha langsung berdecit perlahan. Memang tak ada kerja orang lain dah. Kerja orang yang memaklumkan dengan yakin tadi itu lah.
"Yuna ya, sini mummy nak ikat–"
Belum sempat Eunha menghabiskan bicaranya, si kecil itu dengan selamba berdiri lalu terkedek-kedek berjalan ke arah Jungkook yang berada di katil itu. Terkebil-kebil Eunha melihat anaknya itu pergi begitu saja. Sampainya hati kamu, nak-
Yuna berdiri dengan statik di birai katil yang diduduki Jungkook itu lalu dia menghulurkan tangan kecilnya itu kepada sang ayah. Tangan kecilnya yang dilingkari getah rambut itu.
"Oh, sayanggg, dia nak saya yang ikat rambut dia" tutur Jungkook langsung sejurus saja melihat gelagat seorang Jeon Yuna itu. Dia memandang isterinya yang terpinga-pinga di sana.
Eunha langsung berdecit dalam ketidakpercayaan sebaik saja mendengarkan itu.
"Eh, Yuna. Sini lah. Daddy tu mana tahu nak ikat rambut awak. Kusutkan boleh lah. Sini, sayang. Sini mummy ikat" tutur Eunha agak lantang, memanggil anaknya itu kepadanya. Jemari kanannya bergerak-gerak ke arahnya, gaya tangan memanggil.
Yuna pula hanya memandang ibunya itu beberapa saat sebelum kembali memandang ayahnya di sebelah.
"Halah, sayang. Dia lagi percayakan saya ni untuk ikat rambut dia" tukas Jungkook bersahaja dengan megahnya sebelum langsung mengangkat puteri kecilnya itu ke atas katil lalu diletakkan ke pangkuannya.
Eunha langsung berdecit jengkel. Ya, nampaknya dia benar-benar perlu menerima hakikat bahwa anak perempuannya itu sememangnya lebih manja kepada si daddy nya itu. Muka saja persisnya, namun lebih gemar kepada ayahnya itu.
"Heol. Anak daddy sangat kan dia?"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"Eunha eonnie, sini lah makan! Dah-dah la tu bakar daging tu. Makan dulu sini meh! " laung Hae Jung lantang sambil memandang ke arah kakak iparnya itu yang berjarak kira-kira 30 meter dari meja makan.
"Yee, kejap! Sikit lagi je ni!" respon Eunha turut melaung seraya menoleh sekilas memandang keluarganya di meja belakang. Lalu, dia kembali fokus membakar beberapa cucuk barbeku di atas besi pemanggang itu.
"Ada berapa cucuk lagi? Sini saya ganti. Pergi la makan sana" tutur Jungkook menawar diri sejurus saja dia berdiri di sebelah isterinya itu. Maklumlah, sejak tadi lagi wanita itu sibuk membakar barbeku.
Eunha pun menoleh sekilas memandang Jungkook yang tiba-tiba muncul di sebelahnya itu.
"Ala, tak apa. Sikit je lagi ni. Awak pergi la makan. Nanti saya pergi" balas Eunha sambil fokus memutar beberapa cucuk barbeku di atas besi gril itu.
"Aduh, tak boleh, sayang. Nanti tak kenyang" seloroh Jungkook dengan dahi yang berkerut dramatik.
"Ey, mengada" respon Eunha langsung dengan nada yang tersela tawa. Dia mengerling sekilas suaminya itu.
Jungkook tersenyum kecil. Matanya kekal menatap sisi wajah isterinya itu.
"Jom lah makan sekali. Appa, papa, mama semua dah makan dah tu" ajak Jungkook lembut, cuba memujuk Eunha itu agar makan bersama.
"Ye, kejap, sayang. Ni last, ni last" jawab Eunha seraya memandang sekilas Jungkook. Dia benar-benar mahu menghabiskan dulu kerjanya itu.
"Eoh, sini saya buat" ujar Jungkook seraya menghulurkan tangannya, meminta penyepit besi dari isterinya itu.
Eunha menggeleng kecil sambil ligat menterbalikkan beberapa keping daging yang turut dibakar di situ. Lalu, dia mengipas bara api di bawah besi pemanggang itu agar lebih marak.
"Ala, tak apa. Saya–akh" rintih Eunha langsung tatkala habuk dari arang menyerang masuk ke dalam matanya. Matanya drastik terpejam. Tangannya yang memegang kipas tangan itu pun berhenti bergerak.
"Kenapa?" soal Jungkook penasaran saat mendengar rintihan isterinya itu.
"Aaaa masuk mataaa" rengek Eunha perlahan seraya tangan kirinya naik menggosok-gosok matanya dengan bibir yang dicebikkan.
"Apa masuk mata? Daging?" soal Jungkook bersahaja seraya menyengetkan wajahnya, menilik wajah Eunha di sebelah.
Dan soalan itu tak semena-mena membuatkan bahunya menjadi mangsa tamparan Eunha.
"Ey tak kelakar la!" bentak Eunha sebal dengan mata yang masih terpejam. Dahinya berkerut kesal.
Jungkook langsung terkekeh perlahan sebelum kedua tangannya bergerak memusingkan tubuh mungil itu menghadapnya. Kedua-dua bahu kecil Eunha itu dipegangnya.
"Belah mana?" soal Jungkook ringkas sambil meneliti wajah sempurna isterinya itu dalam jarak dekat.
"Kiri kot" balas Eunha lalu menurunkan tangannya yang ligat menggosok-gosok matanya itu, memberi ruang untuk suaminya itu membantu.
Jungkook pun mengangguk kecil sebelum menekup lembut wajah kecil Eunha itu lalu dua jari kanannya bergerak menaikkan sedikit kelopak mata wanita itu bertujuan untuk membuka sedikit matanya. Seterusnya, dia langsung meniup perlahan ke dalam sepasang mata isterinya itu.
Berkelip-kelip sedikit mata Eunha dek hembusan angin yang memasuki matanya itu. Dia menggosok perlahan matanya sebelum memandang Jungkook di hadapan dengan matanya yang sedikit sepet itu,masih tidak dapat menyesuaikannya dengan lebih baik lagi.
"Dah okey?" soal Jungkook prihatin tika melihat tindak balas isterinya itu. Dia meneliti wajah polos itu sambil tangannya masih menekup wajah wanita itu.
"Eoh...dah okey kot" balas Eunha setelah mengangguk lalu menggosok ringkas matanya sebelum kembali mencelikkannya.
"Kanan okey?" soal Jungkook lagi.
"Okey" jawab Eunha ringkas dengan anggukan.
"Dahi?" soal Jungkook lagi.
"Apa pulak dahi–"
Tergendala langsung Eunha yang cuba menyuarakan kebingungannya itu apabila dahinya langsung dicium singkat oleh seorang Jeon Jungkook itu. Eunha langsung tercengang sebentar sebelum bahu suaminya itu langsung ditampar.
"Ish, perangai tu kannn. Suka sangat macam tu. Orang ramai tau dekat sini" bebel Eunha langsung sambil merenung kesal wajah santai Jungkook itu.
"Lepas tu, nak balik bilik ke? Situ tak ada orang,sayang" balas Jungkook selamba dengan senyuman lebar.
Buat kali yang ke berapa, bahu seorang Jeon Jungkook itu ditampar Eunha lagi.
"Awak ni kalau saya grill muka tu kang,sia-sia hidup" tukas Eunha serta-merta dengan cerlungan tajam.
Jungkook langsung terkekeh perlahan sebelum selamba dia mencium sekilas pipi mulus isterinya itu pula.
"Ish, sayanggg" bentak Eunha kesal bernada separuh jerit dan tangannya bergerak lagi untuk memukul bahu Jungkook. Namun, lelaki itu pantas mengundur ke belakang sambil tergelak-gelak. Lalu, dia pun menapak ke meja di belakang sana secara mengundur.
"Nanti datang tau"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»Bonus
•
•
•
"Sayang, esok kita nak pergi mana lagi?" soal Eunha penasaran sambil memandang Jungkook yang berjalan seiringan di sebelah. Mereka sekarang sedang berjalan di persisiran pantai, mengambil udara dingin malam.
"Awak nak pergi mana?" soal Jungkook kembali seraya menoleh memandang Eunha di samping. Serentak dengan itu dia memasukkan genggaman tangan mereka ke dalam poket kot labuhnya. Dek hembusan angin yang kian mendingin kencang.
"Tak tahu. Tapi, saya suka lah kalau pergi pantai-pantai macam ni. Kan cantik-cantik pantai dekat sini. Saya suka tengok" jelas Eunha sebelum mengukir senyuman lebar buat suaminya itu di sebelah.
Jungkook pun tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. Lalu, mereka kembali memandang ke hadapan bersama kaki yang setia melangkah rapi. Masing-masing mengamati air pantai di tepi yang sedang lembut dipukul ombak kecil. Wajah mulus disapa angin malam yang meniup. Sungguh nyaman suasana tika itu.
"Sayang, jom duduk dulu" ajak Eunha seraya langsung melabuhkan punggungnya ke atas pasir pantai terlebih dahulu tanpa melepaskan tautan tangannya dengan Jungkook.
Dek hal itu, tergopoh-gapah sedikit Jungkook dibuatnya apabila Eunha terus duduk begitu. Mujur saja dia tidak terjatuh dek hilang keseimbangan.
Eunha pula terkekeh perlahan tika melihat kesukaran Jungkook itu dek angkaranya. Mulutnya membuat mimik mengungkapkan perkataan 'sorry' buat sang suami yang sudah merenungnya kesal.
Kemudian, mereka pun sama-sama memandang ke hadapan, menikmati pemandangan air pantai beberapa depa ke hadapan yang sedang dipukul ombak. Angin sejuk pun tetap saja meniup.
"Sayang, sorry tau sebab saya nak bangkitkan benda ni" tutur Eunha seraya menoleh memandang Jungkook yang duduk rapat di sampingnya itu.
"Hm?" respon Jungkook penasaran seraya menoleh ke arah Eunha. Seraya itu dia memasukkan kembali genggaman kemas tangan mereka ke dalam poket kot labuhnya.
"Tak, walaupun dah nak dekat 3 tahun dah, saya tetap tak boleh lupa apa yang pernah jadi dekat kita dulu, sayang. It just something yang betul-betul besar yang buat saya tak boleh nak lupa semua tu" luah Eunha lancar sambil menatap lurus ke hadapan.
"Bila saya fikir pasal ni kan, saya mesti akan terfikir satu benda ni." tambah Eunha sebelum menjedakan ayatnya seketika. Jungkook pula hanya diam memerhati sisi wajah isterinya itu.
"Kalau kita betul-betul berpisah kan, awak akan menyesal tak? Saya akan menyesal tak? Waktu tu, semudah tu kan kita dikaburkan dengan ego, selfish? Saya apatah lagi" sambung Eunha yang sepertinya masih tersisa kekesalan.
Jungkook tersenyum kecil sebelum menghela nafasnya perlahan.
"Pernah dengar tak satu quote ni, sayang? ‘Relationship never dies a natural death. They are murdered by ego,attitude and ignorance.’ Basically hubungan kita hampir 'terbunuh' dulu sebab tiga benda tu" tutur Jungkook sambil menatap tepat ke sisi wajah sempurna Eunha.
Eunha pula langsung menoleh memandang Jungkook tika mendengarkan bicara lelaki itu. Jungkook mengukir senyuman singkat.
"But, it's fine now. Let's just focus on present. Semua tu dah lepas. Yang penting semua dah jadi jauh lagi baik. Buktinya, saya ada dekat sebelah awak sekarang, holding tight your hand. Saya takkan cuba untuk lepaskan lagi. Where can I find this precious woman? " ujar Jungkook panjang lebar sebelum memegang lembut sisi wajah Eunha itu. Segaris senyuman menghiasi lagi wajah sempurnanya itu.
Eunha langsung tersenyum kecil dek bicara manis itu. Dia kemudiannya melentokkan kepalanya pada bahu suaminya itu.
"I love you" ucap Eunha dengan senyuman manis.
"Cantik betul pantai depan ni" ujar Jungkook kagum sambil menatap pantai di hadapannya itu.
Eunha langsung mengangkat kepalanya lalu memandang Jungkook di sebelah.
"Sayang, tak balas pun?!" bentak Eunha sambil merenung sisi wajah santai suaminya itu.
"Balas apa?" soal Jungkook bersahaja seraya menoleh memandang Eunha.
"I love youuuuu"
Tidak mengendahkan protes Eunha, Jungkook selamba berdiri lalu menapak menghampiri gigi pantai.
"Air dia jernih jugak ke malam-malam macam ni?" omel Jungkook sambil meneliti air pantai yang dipukul ombak kecil itu.
Manakala Eunha pun turut berdiri dan menapak kesal menghampiri suaminya itu.
"Ish, sayangggg, balas la! Awak tak sayang saya ke?!" hambur Eunha geram.
Jungkook mengerling Eunha yang kini berdiri di sebelahnya itu.
"Sayang, saya rasa ada ikan jaws la dalam laut ni" ujar Jungkook sambil kekal mengamati air pantai yang cuma sehasta dari mereka itu.
"Ish, biar la ada buaya ke dinasour ke naga ke dalam laut ni! Balas la dulu!" bentak Eunha sebal.
"Oh, naga pun boleh ada eh?" seloroh Jungkook menyoal seraya menoleh memandang Eunha di sebelah.
"Jeon Jungkook!" laung Eunha sebal.
"Iye, puan Jeon Eunha. Kenapa,puan?" sahut Jungkook santai sambil menatap wajah cemberut Eunha.
"Eyy, penat la nak ulang benda yang samaaa!" hambur Eunha kesal.
"Okey,meh sini bisik. Cakap dekat saya" ujar Jungkook bersahaja.
Eunha langsung merengus perlahan. Dia menapak menghampiri suaminya itu.
"Rendah la sikit" arah Eunha senada seraya menepuk-nepuk bahu Jungkook. Maklumlah, dia tidak tercapai untuk membisik pada telinga suaminya itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum merendahkan tubuhnya.
"Saya cakap, I. LOVE. YOU. " ujar Eunha penuh penekanan sebelum langsung menjauhkan bibirnya dari telinga lelaki itu. Dikerling jengkel suaminya itu.
Mendengarkan itu, Jungkook langsung membuntangkan matanya. Mulutnya melopong lalu ditekup. Sengaja berdramatik.
"Puan sayang saya? Serius la,puan?" soal Jungkook berbuat terkesima dengan mata yang masih membuntang itu.
"Ey, awak ni kenapaaa? Menyampah la haa. Campak dalam laut ni kang!" tukas Eunha kesal. Nak cekik kang derhaka!
Jungkook langsung terkekeh ketawa. Suka dia dapat menyakat habis-habisan isterinya itu. Sampai berona merah padam wajah kecil itu.
Eunha pula hanya mampu mencerlung tajam Jungkook yang sakan mentertawakannya itu. Nafas dihela sebal. Wajah sudah masam mencuka.
Jungkook tersenyum kecil melihat reaksi Eunha itu sebelum dia memutar tubuh mungil itu menghadapnya. Lalu, bibir merah cair itu pun dikucupnya singkat.
"I love you so much. I love you a lot. I love you. " ucap Jungkook bernada perlahan sambil menatap tepat ke wajah polos Eunha itu.
Eunha yang tadinya cemberut itu langsung tersenyum lebar.
"Sayang" panggil Eunha sambil merenung tepat ke wajah sempurna Jungkook itu.
"Hm? " sahut Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah.
"Awak tak penat ke?" soal Eunha.
"Hm? Nak penat kenapa?" soal Jungkook semula, bingung.
"Tak, tak penat ke asyik buat saya tak boleh stop sayangkan awak?" ujar Eunha bersahaja.
Jungkook langsung berdecit dalam ketidakpercayaan seraya memejamkan matanya seketika. Dadanya juga dipegang.
"Sayang,tak baik attack saya macam tu" tutur Jungkook seraya menoleh memandang Eunha di sebelah.
Eunha langsung tergelak kecil. Geli hati dengan reaksi suaminya itu.
"Sayang, awak tahu dekat mana yang awak akan nampak sangat cantik?" soal Jungkook bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah.
"Eoh, dekat mana?" respon Eunha penasaran.
"My arms" balas Jungkook ringkas seraya menarik tubuh kecil seorang Jeon Eunha itu ke dalam pelukannya.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
『 B.T.S birthday prank Eunha 』
"Bodoh, cepat la. Aku nak call Eunha ni" gesa Mingyu yang sudah bersedia dengan telefon pintarnya di tangan. Dia memandang Jungkook di sebelah.
"Kejap,aku rasa better kita letak siren ambulans la biar lagi real" cadang Jungkook seraya memandang Mingyu yang sedang menilik jam di pergelangan tangannya itu.
"Ha, cepat la letak" balas Mingyu.
"Sabar jap. Aku nak search" ujar Jungkook seraya langsung menyalakan telefon pintarnya. Jemarinya pun mengetik pantas di atas skrin, mencari audio siren bagi ambulans. Jumpa saja apa yang dicari, dia pun memainkan audio itu.
"Tu bunyi siren polis la sial. Kau accident, bukan baru lepas bunuh orang, gila" ujar Mingyu langsung sejurus saja mendengar audio yang dimainkan rakannya itu.
"Halah rilek la. Khilaf." tukas Jungkook seraya menjeling sekilas rakannya itu.
"Ni first time aku nampak kau bodoh, Kook"
"Diam kau diam" balas Jungkook senada sambil ligat mencari audio siren yang betul.
"Ha, dah" tutur Jungkook lalu memainkan audio siren ambulans. Maka, bergemalah bunyi siren itu dalam dewan yang luas itu.
"Ha, aku call ni" ujar Mingyu setelah mengangguk. Namun, niatnya itu terbantut apabila melihat rakannya itu tertawa.
"Bodoh, jangan la gelak" ujar Mingyu yang juga tertawa sedikit.
"Bodoh, aku tak boleh ambik serius benda ni lah, sial" tukas Jungkook yang disela tawa seraya langsung mematikan audio siren itu.
"Bodoh la, aku nak kena call bunyi macam panik ni, sial. Kau jangan la spoil in character aku." bentak Mingyu kesal. Dia pun sedaya-upaya untuk tidak turut menyertai Jungkook yang sedang gelak itu.
"Ye, aku tengah cuba tak gelak ni, bodoh" balas Jungkook sambil cuba meredakan tawanya.
"Bodoh,kalau tetiba keluar iklan macam mana? " seloroh Jungkook menyoal.
"Sial, play je la bunyi siren tu. Ada jugak orang dalam ambulans betul-betul kang nanti"
"Okey, okey. " balas Jungkook lalu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum jarinya memainkan audio siren tersebut. Maka, kembali bergemalah bunyi siren ambulans tersebut.
Mingyu pun sudah mendail nombor Eunha.
"Hello?"
Dan, Jungkook pun sudah kembali sedaya upaya menahan tawanya sambil memegang telefon pintarnya yang sedang kuat berbunyi siren ambulans. Wajahnya ditekup bersama bibir yang diketap. Mata juga dipejam.
Betapa sukarnya dia untuk cuba serius ketika itu.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
M
AKKKKKK NAK KAWINNNN
TIBEH
AKU SENDU DULU OKEY
K AKU RASA BONUS CHAP NI TIDAK MENYENDUKAN SANGAT YE
MAAF LA KALAU HAMBAR AAAAAAA
B.T.S DI ATAS ITU HANYALAH UTK HIBURAN KAMU SEMUA. JUST TERFIKIR NAK SHARE DGN KORANG EM
SOOOO DENGAN BERAKHIRNYA CHAP NI, MAKA BERAKHIRLAHHH FF TRUST YINIH
AAAAAAAAAAAA
GIMANA YA GIMANA YA
YE ANDA DAH TAK TERASA NAK KAWIN DAH LPS NI AHAHAHAHAH
ANDA BAKAL MERINDUI SEMUA BENDA DALAM FF NI YE
TERMASUK, PENDERITAAN ANDA^^
SO YEAHH SELAMAT MUVONN
PASTU KAN AKU RASA AKU TAK PENAH TUNJUK KORANG ULZZANG UTK JUNGWON KAN, SO HERE
THIS BUDAK TAK SILAP AKU PENAH VIRAL DULU SBB DIA ADA LOOK A LIKE JUNGKOOK SIKIT, BUT ADA KE MUKA SAMA TU?
SKALI PNDG MCM YE, SKALI PNDG TAK SGT PULAK. BUT SOKEY EM
AND DISSS BUDAK TERLALU COMEL AKDBSKDJSLAO AKU JUST JUMPA RANDOM JE AND DIA TERLALU COMEL.
SO AKU PUN AJAK LA DIA BELAKON DLM NI JADI YUNA. TIBE
BTW, LAST CHAP HARITU AKU LUPA NAK CAKAP BNDA NI
MAAFKAN SEYA ATAS APA II KECACATAN FF NI YAA
TERLEBIH SENDU KE TERLEBIH JAHAT KE EM
DAN TERIMA KASIH SANGAT II ATAS SUPPORT ANDA SEMUAAA
SEYA MASIH IGT LAGI SEYA RASA SEYA TAK DAPAT CARRY FF NI
SBB YEA, AKU BARU LPS WORK ON FF GENRE SEKOLAH, TETIBA NAK FLY GI GENRE RUMAH TANGGA PULAK
EM
TAPI TULAH, LIHATLAH SEYA SEKARANGGG
SEYA BERADA DI BONUS CHAPPP
YEE SEMUA TU SEBAB SOKONGAN ANDA SEMUA JUGEK💙
TANPA ANDA SEMUA, SEYA MUNGKIN TAK DPT NAK SE-HAPPY NI TAMATKAN FF NI :)
AILEB YALL❤❤❤
ORAIT SOOO, MARILAH MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL UTK FF INI ')
JUMPA ANDA SMUA DI FF BARU SEYAA ! 💙
Seya akan selalu rindu awak, Trust :(
LAH DRAMA!
Kbai
Oh kejap. Ada satu lagi session ye sebelum seya labuhkan tirai ff ni
Seya mahukan kerjasama dari anda semua!
Amuah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro