Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷99

OHOK CAK

HUEHUEHUE SILAKAN BACA

VOTE COMMENT ;)


















"Kenapa mummy dengan daddy diammm je?" soal Jungwon penasaran sambil memandang ibu dan ayahnya itu bersilih ganti. Maklumlah, sejak dari 5 minit lalu mereka menjamah sarapan pagi, hanya bunyi sudu dan penyepit besi menyentuh pinggan saja yang memecahkan suasana. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut sesiapa.

"Hm?" sahut Eunha spontan apabila mendengar anaknya itu bersuara. Dia yang berura untuk menyuap nasi goreng ke dalam mulut pun tergendala dibuatnya. Matanya memandang wajah penasaran Jungwon yang duduk bersebelahan Jungkook itu.

Manakala,berbeza pula dengan Jungkook. Dia tidak merespon apa-apa. Dia hanya berbuat sibuk menyuap nasi ke dalam mulut tanpa memandang Jungwon dan Eunha.

Jungwon kekal memandang Eunha dan Jungkook bersilih ganti. Dia penasaran dan ingin menebak dengan hanya melihat raut wajah ibu dan ayahnya itu.

"Kenapa? Mummy dengan daddy--"

"Aniya. Makan lah, sayang. Nanti terlewat macam mana?" tukas Eunha spontan dengan nada lembut, menghalang si kecil itu dari bertanya yang bukan-bukan di meja makan. Dia mengukir senyuman singkat buat Jungwon.

Jungwon mengangguk kecil lalu menoleh memandang Jungkook di sebelah.

"Ha, daddy. Mummy suruh makan cepat. Nanti terlewat" seloroh Jungwon sebaik saja menoleh memandang Jungkook di sebelah. Berbuat seolah tuturan ibunya tadi untuk ayahnya, bukan untuknya.

Terkesima langsung Eunha dibuatnya dek kelakuan anaknya itu. Matanya sedikit membulat.

"Ah, ani--"

Eunha yang spontan menggelabah untuk menafikan itu langsung menghentikan bicaranya apabila dia menyedari tindakannya.

"Ah, molla" omel Eunha lalu langsung menunduk memandang nasi goreng yang berbaki di dalam pinggannya. Dicedok sedikit nasi tersebut lalu disuap ke dalam mulutnya langsung. Jujur, dia gugup. Masa-masa macam inilah si Jeon Jungwon itu nak tersalah faham pun.

Jungkook pula hanya memandang sekilas Eunha di hadapan lalu kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Manakala seketul Jeon Jungwon itu sudah tersengih kecil melihat ibunya yang tersalah tingkah itu. Lalu, dia meneruskan menyuap suapan nasi goreng terakhir ke dalam mulutnya.

"Daddy" panggil Jungwon sambil memandang Jungkook di sebelah sebaik saja dia selesai menghabiskan hidangan sarapannya.

"Hm?" sahut Jungkook ringkas seraya memandang anak lelakinya itu. Keningnya dijongket sebelah.

Jungwon tersengih kecil sebelum mendekat dengan ayahnya itu lalu dia menekup telinga ayahnya dan berbisik.

"Mummy marah dengan daddy lagi ke?" soal Jungwon meminta kepastian dengan nada berbisik itu. Setelah itu dia menjauhkan sedikit dari telinga ayahnya itu untuk mendapatkan respon.

Jungkook langsung tersenyum kecil dek celoteh anak kecil itu lalu dia menganggukkan saja kepalanya sebagai respon.

Melopong langsung mulut Jungwon. Dia mengangguk-angguk kecil.

Manakala, seorang Jeon Eunha yang berada di hadapan sedang merenung curiga dua beranak itu dengan mata yang dikecilkan. Entah apa yang dibisikkan itu. Tentang dirinya kah? Atau dua manusia itu mengutuknya?

Jungwon mengusap-usap dagunya, lagak berfikir. Dia memikirkan soalan yang lain pula. Lalu, dia kembali mendekat ke telinga ayahnya itu kembali untuk berbisik lagi.

"Ke, daddy yang--"

"Jeon Jungwon, kajja. Nanti lewat sampai sekolah" ajak Eunha mendatar seraya berdiri. Sengaja dia mahu membantutkan aktiviti dua beranak itu. Mencurigakannya saja. Nak tanya nanti, jatuhlah imej protesnya.

"Eo-eoh, okey, mummy" sahut Jungwon akur seraya tak langsung soalan keduanya untuk sang ayah tadi dikuburkan. Dia langsung melompat turun dari bangku dan berlari anak ke sinki untuk membasuh tangan.

Eunha pula mengorak langkahnya keluar dari ruang dapur. Langkahnya diatur hingga ke ruang tamu. Tiba saja di ruang tamu, dia langsung menoleh kesal ke arah dapur. Lebih tepat ke arah figura Jungkook yang sedikit terlindung oleh dinding pemisah dapur dan ruangan tengah.

"Eish, bisik-bisik apa entah? Molla. Aku nak tanya Jungwon nanti" omel Eunha sebal lalu memandang ke hadapan kembali. Dia merengus perlahan dengan lengan yang disilangkan ke dada.

"Mummy" panggil Jungwon sebaik saja berdiri di belakang ibunya itu. Eunha langsung memusingkan badannya. Dia menurunkan lengannya ke sisi semula.

"Eoh,dah? Kajja" ujar Eunha dengan senyuman lalu mengatur langkahnya ke sofa berdekatan bagi mengambil beg galas milik Jungwon yang berada di situ.

"Eh, kejap. Uwon rasa Uwon tertinggal pensel warna la, mummy" tutur Jungwon sebelum mengemam bibirnya singkat. Dia menoleh sekilas ke belakang, memandang ayahnya yang masih berada di meja makan itu.

Eunha langsung memusingkan badannya memandang Jungwon. Dahinya berkerut.

"Pensel warna? Won tertinggal dekat mana?" soal Eunha dengan kening yang dijongket sebelah sambil melangkah menghampiri anak lelakinya itu semula.

"Hmmm, dekat mana eh?" respon Jungwon meleret sambil mengusap-usap dagunya, berfikir.

Eunha langsung mengeluh kecil.

"Cepat, sayang. Tertinggal dekat mana? Dekat atas? Bilik Won?" soal Eunha menggesa sambil memandang anaknya yang masih mengusap-usap dagu itu.

Jungwon mengeluh perlahan. Dia mencebikkan bibirnya.

"Lupa lah dekat mana, mummy. Mummy tak ada nampak ke?" balas Jungwon sambil menggaru-garu perlahan kepalanya yang tidak gatal.

Eunha langsung mengeluh panjang dengan ragam anak kecil itu.

"Aigoo, kan mummy cakap dulu jangan letak merata-rata pensel warna tu. Lepas guna tu simpan terus dalam beg" ujar Eunha agak kesal sambil menatap wajah anaknya itu.

Jungwon sekadar menayang sebaris giginya buat sang ibu. Lalu, dia mengetuk perlahan pipi tembamnya itu menggunakan jari telunjuknya, masih berfikir. Bola matanya meliar ke sekeliling.

Eunha pula hanya mampu bersabar saja dengan si kecil itu.

"Ha! Won rasa kan dekat almari tu lah,mummy" ujar Jungwon girang lalu menundingkan jari telunjuknya ke arah kabinet di bawah televisyen itu.

Eunha langsung memandang ke arah yang ditunjukkan anaknya itu.

"Dekat kabinet tu?" soal Eunha seraya turut menundingkan jarinya ke arah kabinet berlaci di bawah televisyen itu.

"Ha, kanibet tu!" jawab Jungwon riang dengan anggukan laju.

"Kabinet, sayang" tutur Eunha membetulkan sebutan anaknya itu lalu bergerak menghampiri kabinet tersebut.

"Iye lah. Kanibet" balas Jungwon perlahan dengan anggukan kecil.

Eunha duduk melutut di hadapan kabinet itu lalu laci aras pertama dibuka. Dia mulai menyelongkar cermat barang-barang yang berada di dalam laci itu, mencari keberadaan sekotak pensel warna sang anak. Namun, tiada di situ. Laci aras kedua pula ditarik. Diselongkar juga dan tetap juga tiada. Begitu juga laci aras bawah.

Eunha langsung mengeluh kecil lalu berdiri. Dia memusingkan badannya menghadap Jungwon di belakang kembali.

"Tak ada pun. Won letak dekat mana ni?" tutur Eunha agak kesal sambil memandang wajah polos anaknya itu.

"Tak ada eh? Tak apa lah, mummy. Uwon bukan nak guna pun dekat sekolah hari ni" seloroh Jungwon lalu tersengih tidak berdosa.

"Mwo?" respon Eunha agak sebal tika mendengar jawapan anaknya itu. Bersungguh dia mencari di dalam tiga laci kabinet, rupanya benda alah itu tak diperlukan pun untuk hari ini.

"Ehehehe. Kajja, mummy" ajak Jungwon dengan sengihan lalu menarik tangan ibunya itu menjauhi kabinet dan menuju ke pintu depan.

Eunha hanya mampu menghela nafas panjang bagi menyalurkan kesabarannya. Pintu dibuka lalu dia melangkah keluar setelah Jungwon.

"Eoh, mummy!" panggil Jungwon seraya memusingkan badannya menghadap Eunha di belakang.

"Apa lagi, sayang?" soal Eunha yang sudah lali dengan ragam anak lelakinya itu hari ini.

Jungwon tersengih kecil melihat ekspresi wajah ibunya itu.

"Mummy tak ada lupa apa-apa ke?" soal Jungwon dengan kedua-dua keningnya yang dijongket. Bulat-bulat matanya memandang wajah ibunya itu.

Eunha langsung mengerutkan dahinya.

"Lupa apa? Ni, kunci kereta mummy dah bawak" jawab Eunha bingung lalu menayang kunci keretanya yang berada di jarinya itu kepada Jungwon di hadapan.

"Bukan tu lah, mummy" nafi Jungwon dengan gelengan kepala.

"Habis tu apa?" soal Eunha buntu seraya menurunkan kunci kereta di jarinya ke sisi semula.

"Cuba mummy tengok dalam rumah balik. Mesti nanti mummy ingat!" tutur Jungwon sambil menggoyangkan tangan Eunha berkali-kali.

Eunha pula sedang memerah otaknya, memikirkan barang apa yang mungkin dia terlupa. Lalu, dia memandang wajah menggesa anak lelakinya itu.

"Eoh, haah lah. Beg mummy" tutur Eunha sebaik saja sel-sel otaknya berhubung. Langsung saja dia memusingkan badannya untuk masuk ke dalam rumah kembali.

Jungwon langsung tersengih kecil tika Eunha memutuskan untuk masuk ke dalam rumah semula. Tanpa melengahkan masa, dia langsung mendorong belakang tubuh ibunya itu sekuat hati dengan menggunakan kudrat budaknya itu. Berganjak jugalah tubuh kecil ibunya itu.

"Eh, eh Jungwon--"

Tergopoh-gapah Eunha mengatur langkahnya apabila terus-menerus ditolak Jungwon dari belakang. Dia tertoleh-toleh sedikit ke belakang dek perbuatan si kecil itu.

"Jungwon, jangan--"

Dan, akhirnya seorang Jeon Eunha itu pun berakhir dengan merempuh sisi tubuh Jungkook yang baru meraih beg kerjanya di kabinet itu. Langsung saja lelaki itu menoleh dan refleks memeluk pinggang isterinya itu dek menyangka wanita itu bakal jatuh ke belakang.

Begitu juga Eunha. Dia sendiri pun berfikir yang dia bakal terjatuh terlentang ke belakang dan refleks memeluk longgar pinggang suaminya itu.

Walhal, statik saja si Eunha itu berdiri. Semua itu hanya satu tindakan refleks-

Maka, dua figura itu pun masing-masing tak berkelip mata memandang wajah satu sama lain. Terpana dengan posisi mereka yang seakan memeluk itu. Maklumlah, masing-masing masih saling mogok satu sama lain lagi.

"Okey dah peluk, baru boleh hantar Uwon pergi sekolah. Jom,mummy!" seloroh Jungwon girang lalu langsung menarik lengan ibunya itu. Memang semua itu akal si kecil ini. Maklumlah, pada setiap hari, tak pernah dia tidak lihat ibunya itu memeluk ayahnya itu sebelum bergerak pergi. Jadi, dia tak mahulah rutin itu goyah hari ini.

"Daddy, bye bye! "




【 BBP S2:TRUST】
»99



    


"Mummy kenapa kita tak balik rumah?" soal Jungwon polos sambil memandang Eunha di sebelahnya yang khusyuk menonton televisyen. Hairanlah dia mengapa ibunya itu pulang ke rumah atuknya setelah mengambilnya dari tadika dan bukan rumah mereka.

"Kalau balik pun belum tentu daddy awak tu dah balik. Mesti tengah sibuk berurusan dengan perempuan model baru dia tu" balas Eunha mendatar lalu menyumbat tiga biji buah anggur ke dalam mulutnya. Matanya kekal menatap kaca televisyen yang sedang menayang movie aksi itu.

Jungwon yang mendengar jawapan dari ibunya itu sukar juga untuk dihadamnya. Entah siapa perempuan model pun dia tak tahu. Model pun belum tentu dia tahu itu benda alah apa.

"Habis tu kita tak balik rumah ke mummy?" soal Jungwon lagi, penasaran. Dia kekal memandang sisi wajah ibunya itu.

"Tengok la macam mana" jawab Eunha senada tanpa mengerling pun si kecil di sebelah.

"Nanti daddy mesti cari kita" tambah Jungwon polos.

"Bagus la kalau cari" balas Eunha mendatar. Dia kekal memandang ke arah skrin televisyen.

"Kenapa ni, Eun? Acuh tak acuh je jawab dekat anak" tegur ahjumma Lee yang sedang menapak menghampiri sofa di ruang tamu itu. Dia mengambil tempat di sebelah Eunha.

Eunha mengeluh kecil lalu memandang sekilas ahjumma Lee di sebelah.

"Tak ada apalah, ahjumma" jawabnya senada dan kembali menumpukan perhatiannya pada kaca televisyen di hadapan.

Ahjumma Lee menghela nafas perlahan melihat respon anak majikannya itu.

"Ada masalah apa dengan Jungkook? Cerita dekat ahjumma" ujar ahjumma Lee prihatin sambil menatap sisi wajah Eunha.

"Tak ada apa pun" balas Eunha mendatar setelah menggeleng kecil.

"Ada lah,halmeoni!" seloroh Jungwon riang seraya mengangkat tangannya ke udara, lagak seperti mahu menjawab soalan.

Eunha langsung menoleh memandang wajah anaknya itu.

"Jungwon-"

"Semalam mummy dengan daddy--"

"Jeon Jungwon" tegas Eunha dengan mata yang dijegilkan sedikit buat Jungwon yang beria-ria mahu bercerita itu.

Langsung saja keterujaan si kecil itu pudar. Dia mencebikkan bibirnya sambil memandang wajah ibunya itu.

"Alaaa, kan halmeoni nak tahu, mummy" rungut Jungwon dengan raut wajah cemberut.

"Tak payah bagitahu apa-apa. Jungwon bukannya tahu apa-apa pun" tukas Eunha senada lalu menjeling sekilas anak lelakinya itu.

"Tahu la! Mummy marah daddy!" seloroh Jungwon dengan yakinnya. Pantas saja Eunha memandang anaknya itu kembali.

"Yaish, budak ni-"

Ahjumma Lee langsung tergelak kecil tika melihat gelagat dua beranak itu. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ada apa ni, Eunha? Kamu betul-betul ada masalah ke dengan Jungkook?" soal ahjumma Lee prihatin, masih mahukan kepastian. Melihat dari raut wajah dan tingkah Eunha, dapat dia andai bahwa ada yang tidak kena.

Eunha mengeluh kecil tika soalan itu kekal diajukan wanita itu. Dia menoleh memandang ahjumma Lee di sebelah kanannya.

"Tak ada apa lah, ahjumma. Bukan masalah besar pun. Nanti okey lah" tukas Eunha lalu mengulum senyuman singkat bagi meyakinkan wanita itu.

Ahjumma Lee menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kalau ada masalah, bukan caranya lari macam ni. Kalau bukan masalah besar pun, tetap kena selesaikan juga kan? Nanti kang dari masalah kecil, dah boleh jadi besar sebab asyik nak mengelak" tutur ahjumma Lee, menasihati Eunha.

Eunha menghela nafas perlahan.

"Eun tak lari lah. Tahu la Eun nak selesaikan dengan dia nanti" tukas Eunha.

Ahjumma Lee menganggukkan kepalanya perlahan.

"Selesaikan baik-baik" pesan ahjumma Lee lalu memegang lembut tangan mulus Eunha. Satu senyuman diukir.

"Iye. " jawab Eunha ringkas dengan anggukan. Dia sekadar mengulum senyuman sekilas. Mood-nya tidak benar-benar baik lagi.

Dan, di kala itu, tuan Jung yang terhenti dari menurun tangga di sebalik dinding dek terdengar perbualan anaknya itu dari tadi, drastik mendapat idea. Dia memandang sekilas dua buah fail pemasaran di pegangannya itu. Lalu, segaris senyuman terukir. Dia sambung menurun tangga.

"Eunha ya" panggil tuan Jung sebaik saja dia tiba di lantai tingkat satu. Langkah diatur ke ruang tamu.

"Ye, pa?" sahut Eunha seraya menoleh memandang ayahnya yang kini berdiri di sebelah sofa. Lelaki lingkungan awal 50 an masih berpakaian kemas.

"Tolong appa, boleh?" pinta tuan Jung lembut dengan kening yang dijongket sebelah.

"Tolong apa, pa?" soal Eunha penasaran.

"Ni" ujar tuan Jung seraya menghulurkan dua buah fail di pegangannya kepada sang anak.

Eunha dengan dahi yang berkerut seribu menyambut juga huluran dari ayahnya itu. Dia menilik sekilas tajuk fail itu. Pemasaran.

"Nak buat apa dengan dua fail ni, pa?" soal Eunha bingung seraya mendongak sedikit, memandang sang ayah yang sedang berdiri itu.

"Tolong hantarkan dekat Jungkook" pinta tuan Jung bersahaja dengan segaris senyuman.

Drastik mata Eunha membulat.

"Mwo? Wae?" respon Eunha spontan yang berbaur bentakan itu.

"Wae gurae?" soal tuan Jung hairan dengan kening yang diangkat sebelah. Kononnya dia bingung dengan reaksi membentak anak perempuannya itu.

Eunha langsung menggeleng laju. Sedar dengan reaksi tak memberangsangkannya barusan.

"Tak, kenapa Eun yang nak kena pergi hantar? Why me?" soal Eunha yang berbuat penasaran, namun hakikatnya masih terlihat membentak.

"Eun tak ada kerja apa-apa pun sekarang kan?" respon tuan Jung bersahaja.

Eunha terdiam sebentar. Dia mulai memikir alasan. Memang tak lah dia mahu pergi bersemuka dengan suaminya itu lagi. Dia harus tetap pendirian dengan sesi mogoknya dengan lelaki itu.

"Iye la, tapi kenapa Eun pulak? Appa lah pergi hantar dekat dia. Appa kan dah siap pakai kot semua. Ha, okey la tu" tukas Eunha lalu mengulum senyuman lebar.

"Appa dah siap ni sebab appa ada meeting dengan pelabur kejap lagi. Appa boleh je nak hantarkan dekat Jungkook, cuma appa takut nanti appa terlewat pergi meeting je" balas tuan Jung sebelum mengemam bibirnya singkat. Dan itu cuma alasan semata-mata. Yang sebetulnya, tiada sebarang mesyuarat pun.

"Ala, tak adanya terlewat lah. Sempat tu. Nah, appa pergi hantarkan eh? Sempat,sempat" seloroh Eunha lalu menghulur kembali dua buah fail itu kepada tuan Jung. Dia mengukir senyuman manis.

Tuan Jung langsung mengeluh kecil. Dia menatap redup wajah anak perempuannya itu.

"Tolong la appa, Eun. Hantarkan dua fail ni dekat Jungkook je. Bukannya orang lain. Suami kamu je ha. Boleh la,ye?" pujuk tuan Jung dengan nada yang sengaja dibuat sayu.

Eunha pula menjadi serba salah dengan intonasi ayahnya itu. Dia memandang huluran failnya yang tidak disambut itu.

"Tapi, Eun--"

"Appa dah lewat ni. Tolong ye, Eun? Appa dah bagitahu Jungkook nak kasi fail tu dekat dia hari ni. Dia nak rujuk pasal stock management apa semua dengan fail ni. Boleh eh?" ujar tuan Jung lalu mengukir senyuman lebar. Dia berbuat tergesa-gesa setelah mengerling jam di pergelangan tangan.

"Tapi, pa--"

"Pergi sekarang ye" pesan tuan Jung.

"Sekarang?" respon Eunha agak terkejut. Bulat-bulat matanya menatap wajah sang ayah.

"Iye lah. Pergi kasi dekat dia. Dia ada dekat gudang sekarang. Eun tahu kan dekat mana?" jelas tuan Jung dan meminta kepastian.

Eunha mengeluh kecil sebelum mengangguk perlahan.

"Ye" jawabnya ringkas.

"Alright. Tolong hantarkan ye?" pinta tuan Jung dengan senyuman lebar. Rambut anaknya itu disentuh lembut.

Eunha melepaskan keluhan berat sebelum mengangguk.

"Iye..." balasnya pasrah seraya menarik semula huluran kedua-dua fail tadi.

Tuan Jung langsung tersenyum lebar.

"Terima kasih, Eunha ya" ucap tuan Jung lalu mengatur langkahnya ke arah tangga semula.

Eunha mengeluh lagi. Dia menatap kosong dua buah fail yang berada di pegangannya itu. Lalu, dia menoleh memandang Jungwon di sebelah.

"Won, nak ikut mummy tak? Kita pergi jumpa daddy" pelawa Eunha mesra dengan senyuman lebar. Itu saja caranya untuk dia mengurangkan kejanggalan nanti.

"Tak nak" jawab Jungwon spontan.

"Alaaa, jom lahhh. Teman mummy"

"Tak.Nak"

"Ala, jom lah, sayanggg"

"Ala mummy ni. Nak pergi jumpa daddy je pun. Mummy pergi je lah. Won nak duduk sini dengan halmeoni"

Eunha langsung merengus perlahan. Dia mencebikkan bibirnya. Nampaknya dia perlu pasrah sajalah.

Ada anak pun tak membantu.




【 BBP S2:TRUST】
»99



    


"Buat masa sekarang, untuk stok yang still balance banyak, pending dulu untuk place order. Ambil stok yang mana memang banyak sale and stok yang memang dah nak habis. Untuk yang sale memang drop non stop, better clear off yang tu dulu" arah Jungkook lancar sambil berpandukan pada fail di pegangannya itu.

"Ne, algesumnida" respon pekerja di gudang itu akur.

"Anything else?" soal Jungkook sambil memandang pekerja itu. Keningnya dijongket sebelah.

Pekerja lelaki itu langsung menggelengkan kepalanya.

"Tak ada. Saya pergi dulu" jawabnya dan meminta diri. Tubuhnya dibongkokkan sedikit lalu langsung beredar.

Jungkook kembali menilik fail berkaitan senarai stok yang tertera di situ. Diteliti setiap satu maklumat dengan fokus. Sesekali dia memeriksa stok yang tersusun rapi di rak besi yang tinggi dan besar di hadapannya itu. Sememangnya di persekitaran gudang itu begitu. Terisi dengan rak yang tinggi-tinggi dan besar.

"Hai, you. Busy ye?" tegur Sae Yoon mesra seraya menjenguk sedikit ke arah fail yang diteliti Jungkook itu.

Jungkook langsung menoleh ke kanannya tika mendengar suara yang paling dia menyampah itu. Fail yang ditiliknya tadi diturunkan ke sisi. Ditatap tajam wajah tersenyum-senyum Sae Yoon.

"Kau buat apa sini?" soal Jungkook dingin sambil memandang wajah Sae Yoon yang disolek tebal itu.

Sae Yoon tersenyum lebar sambil memandang wajah dingin lelaki itu. Rambut panjangnya itu kerap kali dirapikan. Sesekali diselit ke belakang telinga. Bertingkah 'anggun'.

"Lah, kan I ada photoshoot untuk outdoor hari ni. And, sekarang break time, jadi I datang la sini. Nak jumpa you!" jelas Sae Yoon girang.

"Aku tak nak jumpa kau" tukas Jungkook senada.

Sae Yoon langsung mencebikkan bibirnya dek respon mendalam dari Jungkook itu.

"Ala, you ni selalu macam ni dengan I. I datang sini nak jumpa you, and at the same time I nak kasi you air. So, tak boleh ke layan I baik-baik?" ujar Sae Yoon agak membentak dengan ekspresi cemberut. Dihulur sebotol air mineral kepada Jungkook.

Jungkook sekadar mengerling huluran Sae Yoon itu. Lalu, dia memandang wajah wanita itu kembali.

"Aku tak pernah rasa nak jumpa kau, aku tak pernah mintak kau bagi aku air dan aku tak pernah terfikir nak layan kau baik-baik. Boleh faham sampai situ?" ujar Jungkook penuh penekanan dengan dinginnya.

Sae Yoon bertambah tersentak dengan jawapan lelaki itu. Dia tergamam. Raut wajahnya lebih cemberut.

"Dah, blah. Ni bukan tempat kau" tambah Jungkook senada, menghalau wanita itu.

Sae Yoon mengeluh perlahan dek tuturan Jungkook itu. Sakit hatinya. Asyik dihalau saja. Dia mencebikkan bibirnya sambil matanya meliar ke sekeliling gudang. Risau jika ada sesiapa yang menyaksikan dirinya dilayan sang Ceo sebegini rupa.

Sedang matanya meliar ke setiap sudut, tertancap langsung matanya pada seorang figura wanita yang tidak jauh darinya dan Jungkook.

Jeon Eunha.

Kelihatan wanita itu sedang tertoleh-toleh, mencari sesuatu sambil kaki setia melangkah. Tentunya mencari figura suaminya.

Jungkook yang melihat Sae Yoon masih lagi tidak berganjak dengan raut protesnya itu, dia menjadi lebih sebal. Dia kembali bersuara.

"Kau jangan ingat kau ada title untuk company aku, kau boleh suka-suka buat apa kau nak. Sekarang kau keluar. Sini gudang. Bukan tempat untuk kau--"

Terhenti langsung bicara dingin Jungkook apabila wajahnya ditekup lalu bibirnya dicium oleh seorang Kim Sae Yoon. Membulat drastik sepasang mata milik Jungkook dek perbuatan bodoh perempuan itu.

Pap.

Dua buah fail yang agak tebal di pegangan seorang Jeon Eunha langsung terlepas menyembah lantai tika melihat adegan itu. Sepasang matanya yang membuntang itu lurus memandang ke arah dua figura yang berjarak lebih kurang 3 meter darinya. Nafasnya menjadi tidak keruan.

Tubuhnya seakan dibekukan di situ.

Hatinya hancur.

ALAMUCK

AHSHDJDJDIDK

SEYA BAKAL DICEMUH READERS-

*lari masuk pasu*

AHAHAHAHAHHA maap la, seya cuma melakukan kerja seya

ANDA OKEY?

AHAHAHAHAHAHAHHAAH k

Ok bai

VOTE YE MUAH

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro