🔷96
YEEHAW
OK DIS CHAP AKU YAKIN KORANG AKAN SUKA (◕‿◕✿)
AND CHAP NI PANJANG JUGAK
SO MAKE SURE COMMENT BEBANYAK AND VOTE OKEYY!
Seya akan sangat menghargainya💙
YE SELAMAT MEMBACA :)
"I nak jumpa your Ceo" maklum Sae Yoon senada sebaik saja dia berdiri di hadapan meja penyambut tetamu di lobi syarikat Jeon's Corporation. Dia memandang sekeliling lobi yang luas itu.
"Okey, boleh saya tahu nama cik?" soal Aerin bersantun kata sambil memandang wajah wanita yang memakai cermin mata hitam di hadapannya itu.
Sae Yoon yang mendengar soalan itu langsung saja menatap sang penyambut tetamu itu.
"Pardon? You tak kenal I?" soalnya dalam ketidakpercayaan lalu menanggalkan cermin mata hitam yang berpaut di batang hidungnya itu. Keningnya dijongket sebelah.
"Um...tak?" balas Aerin teragak-agak sebelum tersenyum janggal.
Drastik Sae Yoon menggulingkan bola matanya ke atas. Menyampah.
"Ugh. I'm Kim Sae Yoon" jawab Sae Yoon acuh tidak acuh. Dia betul-betul berfikir yang satu bumi Korea Selatan ini mengenalinya agaknya. Cermin mata hitamnya dimasukkan ke dalam beg tangan di pegangan.
Aerin mengangguk kecil.
"Oh, okey. Sekejap ye. Saya nak check" ujar Aerin mesra lalu mengalihkan perhatiannya ke skrin komputer di sebelah. Tangannya menggerakkan tetikus.
Dahi Sae Yoon berkerut hairan dan bingung. Dia memandang pekerja itu pelik.
"What are you gonna check?" soal Sae Yoon hairan. Keningnya dijongket sebelah.
Aerin memandang Sae Yoon pula tika mendengar soalan wanita itu. Dia mengulum senyuman singkat.
"Saya akan cek nama cik lah. Cik cakap nak jumpa tuan Jeon kan? Jadi, saya kena check nama cik dekat name list yang ada buat appoinment dengan tuan Jeon. Then, barulah saya akan iring cik ke pejabat tuan Jeon" jelas Aerin panjang lebar dan mengulum senyuman kecil. Setelah itu, dia kembali memfokuskan matanya ke skrin komputer yang sudah memaparkan senarai nama yang agak panjang.
"Mwo? Then, kalau I tak buat appoinment, I tak boleh jumpa dia?" soal Sae Yoon dengan nada agak membentak.
Aerin mengangguk.
"Ye, betul, cik" jawabnya lalu mengukir senyuman singkat.
"Nonsense! I'm the model here for this company. I should have just go meet him whenever and however I want. Now, you call dia. Tell him that I yang nak jumpa dia. Dia mesti akan bagi" hambur Sae Yoon yang mulai agak sebal itu. Dia menatap tajam wajah gadis di hadapan.
Sang penyambut tetamu yang merupakan pekerja baru itu tersentak sedikit dengan sikap wanita di hadapannya itu. Selama sebulan dia bekerja di sini, tak pernah lagi ada tetamu yang berperangai begini.
"Maaf, cik. Yang ada buat appoinment je boleh jumpa tuan Jeon. Kalau cik nak jumpa tuan, cik boleh daftar dulu dan saya akan inform dekat tuan--"
"Eh, I tak ada masa la nak buat semua tu! Now, just buat apa yang I suruh you tadi. Call him" tukas Sae Yoon kesal lalu mengangkat gagang telefon yang berada di atas meja penyambut tetamu itu. Dia menghulurkan telefon itu kepada Aerin.
Aerin terkedu sebentar. Lalu, dia langsung meraih gagang telefon dari pegangan Sae Yoon itu lalu diletakkan kembali.
"Sorry,cik. Saya tak boleh--"
"Oh, come on lah! I ada banyak benda penting nak cakap dengan boss you all. Both of you will never understand. Ini urusan I dengan tuan Jeon" hambur Sae Yoon sebal lalu menatap tajam dua orang penyambut tetamu awal 20 an yang berada di hadapannya itu.
Aerin mengemam bibirnya singkat. Dia betul-betul tidak pernah berhadapan dengan situasi begini.
"Tapi cik Sae Yoon, cik kena buat appoinment dulu kalau nak jumpa dengan tuan Jeon. Ini memang peraturan tetap syarikat ni" jelas Aerin lembut sambil menatap wajah protes Sae Yoon.
Sae Yoon langsung merengus kasar. Dia mengetap bibirnya.
"Again. Peraturan, peraturan, peraturan. Eh, aku bukan macam kau semua lah. Nak kena tunduk dekat dia setiap masa. Nak kena ikut peraturan itu, ini. Aku punya level jauh lagi tinggi dari staf bawahan macam kau semua ni. Aku ni client tetap dekat sini for a year. So, i don't fcking need to do that shit, the appointment and what so ever" hambur Sae Yoon panjang lebar dengan kesalnya lalu langsung memusingkan badannya untuk ke pejabat Jungkook.
"Cik, tolong. Jangan bertindak macam ni. Kami cuma buat kerja kami. Kalau cik tak boleh bagi kerjasama, minta maaf, tapi kami memang akan panggil security untuk bawa cik keluar dari bangunan ni" ujar Aerin drastik bersama amaran bagi menghalang wanita itu.
Sae Yoon langsung menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang gadis itu kembali lalu tergelak kecil. Dia mendekati meja penyambut tetamu kembali.
"Heol, what? Security? Aigoo, you must be joking right now. Apa? Kau fikir aku ni penceroboh ke sampai nak panggil security bagai? Kau fikir aku ni beggar?" soal Sae Yoon sambil mencerlung tajam Aerin.
Aerin langsung menggelengkan kepalanya.
"Bukan macam tu, cik. Saya--"
"Then, tak payah banyak cakap. Bagi je aku pergi jumpa boss kau tu. Bukannya susah pun kan?" tukas Sae Yoon bersahaja dengan kening yang dijongket sebelah.
"Tapi cik, kami tak boleh benarkan cik pergi--"
"Yaish, aku bukannya nak bunuh bos kau tu pun!" bentak Sae Yoon sebal dengan nada yang naik seoktaf.
"Mula dah terpekik dia" sindir Kyung Joo bersahaja yang baru masuk kerja itu. Dia berjalan selamba masuk ke belakang meja bersama air Latte hangat di pegangan.
"Mwo?" bentak Sae Yoon tak berpuas hati. Bertambah sebal dia jadinya apabila melihat gerangan yang sama memalukannya semalam. Ditatap tajam Kyung Joo.
Kyung Joo sedikit pun tidak menghiraukan respon protes Sae Yoon itu. Dia melabuhkan punggungnya ke atas bangku lalu bersandar. Kakinya disilang. Kemudian, barulah dia memandang raut sebal Sae Yoon.
"Cik Kim Sae Yoon, cik nampak tak dekat luar bangunan tu? Cerah dan indah je suasana pagi ni. Angin sepoi-sepoi. Sinaran matahari yang cerah tersuluh. Tapi, bila cik datang terpekik terlolong dekat sini, habis rosak suasana pagi yang indah tu. Burung pun dah terbang habis. Tak ada mood nak bercicip dah. Nasib jugak la matahari still ada situ. Risau kalau tetiba tukar malam" tutur Kyung Joo panjang lebar dengan sarkastik yang mesra. Dia kemudiannya mengulum senyuman terikhlas buat wanita itu.
Sae Yoon merengus sebal.
"Eh, aku takkan terpekik terlolong la kalau kau semua lepas aku pergi--"
"Pergi zoo? Alright. Go" seloroh Kyung Joo selamba. Dia menyisip sedikit minuman hangat yang menjadi sarapannya itu.
"Yaish! Kau jaga sikit mulut kau tu, perempuan!" laung Sae Yoon drastik dengan bengangnya.
Kyung Joo mengangkat sebelah keningnya apabila melihat Sae Yoon itu membentak sebal. Dia menurunkan botol minuman tahan hangatnya itu dari bibir.
"Lah, saya salah ke, cik Sae Yoon? Aigoo, maaf la. Ingatkan memang rindu nak balik kampung halaman" ujar Kyung Joo bersahaja sebelum tersenyum kecil.
Sae Yoon langsung merengus geram. Bibirnya diketap kuat. Tangannya menggempal penumbuk. Lalu, satu keluhan kasar dilepaskan.
"Ah, whatever it is, aku still akan pergi office Ceo korang tu! Jangan nak halang aku!" hambur Sae Yoon yang kekal berdegil itu lalu langsung berura untuk menapak ke arah depan.
Menggelabah lah Aerin dibuatnya. Dia tak boleh membiarkan wanita itu pergi begitu saja. Dia tak nak kerjanya hilang begitu saja hanya disebabkan hal ini.
"Cik, cik, please. Jangan--"
"Biar je, Ae Rin. Biar. Biar dia pergi office ceo kita tu. Dah nak pergi sangat kan? Ha, pergi" tutur Kyung Joo selamba. Dia mengibas tangannya, mengisyarat menghalau Sae Yoon itu pergi.
Aerin langsung menoleh memandang Kyung Joo di belakang dengan tidak bersetuju.
"Tapi, eonnie--"
"Tak apa. Nanti kurang dalam 5 minit dia dalam tu, kena halau la" balas Kyung Joo bersahaja. Dia menyisip lagi air Latte hangat miliknya itu.
Sae Yoon yang mendengarkan itu langsung menjongket sebelah keningnya.
"Mwo?" responnya tidak percaya sebelum tergelak sinis.
"Eh, kau mesti fikir tuan Jeon korang tu sekejam macam tu kan dengan aku? Aigoo. No, okay. Aku ni orang penting untuk dia" tutur Sae Yoon dengan yakinnya sebelum tersenyum senget.
"Weh, AHAHAHAHAHAHAHAHA" respon Kyung Joo drastik dengan ketawa yang tidak ingat dunia. Dia menepuk-nepuk tangannya. Geli hati dengan tuturan penuh yakin Kim Sae Yoon itu.
Aerin yang melihat itu pun terkebil-kebil. Takut pun ada-
"Eonnie...?"
Kyung Joo menggelengkan kepala sambil cuba meredakan tawanya. Dia kemudiannya memandang wajah bengang Sae Yoon di hadapan. Pasti disebabkan tawanya tadi.
"Ha ye lah. Pergilah. Kau kan orang penting tuan Jeon. Mesti kau expect dia akan usap-usap kepala kau bila nampak kau datang kan nanti?" ujar Kyung Joo sarkastik sebelum tertawa kecil.
"Well,what if he did?" balas Sae Yoon bersahaja dengan kening yang diangkat sebelah.
"Aku resign" jawab Kyung Joo selamba seraya mengangkat kad identiti pekerja yang berada di lehernya itu.
Sae Yoon langsung tersenyum senget. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Okay, we will see" ujar Sae Yoon sinis lalu langsung melangkah pergi ke arah bahagian lif. Ke pejabat Jeon Jungkook.
"Good luck!" laung Kyung Joo selamba.
"Oh, nanti kalau kena halau, keluar guna pintu belakang eh! Risau malu nanti" tambah Kyung Joo lagi dengan bersahaja.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»96
•
•
•
"Hai, tuan Jeon! " sapa Sae Yoon mesra tatkala menolak pintu kaca milik pejabat Jungkook itu.
Jungkook yang sedang mencari fail di rak belakang meja kerjanya itu lantas memusingkan badannya apabila mendengar suara nyaring yang mencucuk telinganya itu. Drastik tatapannya menjadi tajam tika melihat figura Kim Sae Yoon sedang berjalan riang masuk ke dalam pejabatnya.
"Eh, siapa suruh kau datang sini? Siapa suruh kau masuk sini? Siapa suruh kau jejak kaki dalam office aku without even ketuk pintu? Kau ingat kau siapa dalam bangunan ni?" soal Jungkook bertalu-talu dengan dinginnya. Matanya menikam tajam wajah ceria Sae Yoon yang menghampiri.
"Eo, mianhaeee. It just that, I excited sangat nak jumpa you--"
"Keluar" arah Jungkook dingin bersama tatapannya yang kekal tajam itu.
Sae Yoon drastik tersentak. Dia meneliti setiap sudut wajah dingin Jungkook di hadapan. Renungannya saja sudah menakutkan.
Sae Yoon berdehem kecil. Lalu, dia mengukir senyuman lebar.
"Ala, you ni. Kan I baru je datang--"
"Ada aku minta kau datang ke?" soal Jungkook drastik dengan nada yang sama, penuh dingin.
Sekali lagi respon Jungkook itu bagai menusuk tepat ke hati seorang Kim Sae Yoon. Dia tergamam lagi. Senyumannya yang lebar tadi memudar sedikit.
Jungkook merengus perlahan tika melihat wanita itu kekal berdiri di situ. Fail tebal yang berada di pegangannya itu langsung dihentak kuat ke atas meja. Cukup menghasilkan bunyi yang sangat kuat.
Terhinjut dasyat bahu sang model 'terkenal' itu dek perbuatan Jungkook. Terkaku lagilah dia dibuatnya.
"Dah, keluar" arah Jungkook lagi lalu menarik bangku miliknya dan duduk. Kali ini dia tidak lagi memandang wanita itu. Malas mahu melayan perempuan pekak.
Sae Yoon yang seakan dibekukan di situ barusan langsung berkurang sedikit tatkala dia tidak lagi ditenung bagai nak tembus oleh lelaki dingin itu. Tanpa berfikir banyak, dia langsung menarik kerusi di hadapan meja kerja Jungkook lalu didudukinya.
Jungkook yang sedang menyemak fail di atas meja itu langsung merengus perlahan apabila menyedari seorang Kim Sae Yoon itu kini duduk di hadapannya pula. Dia menundukkan kepalanya lalu rambutnya diramas singkat. Matanya dipejam. Bibirnya diketap kuat. Wanita itu benar-benar memancing emosinya.
"Yah" panggil Jungkook senada seraya memalingkan wajahnya ke tepi. Rambutnya dikusutkan perlahan.
"Eoh?" sahut Sae Yoon mesra dengan senyuman.
"Aku tak nak berkasar dengan kau tau, perempuan" tutur Jungkook dingin yang sedang sedaya-upaya mengawal nada suaranya itu. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya, menatap tajam wajah ceria Sae Yoon di hadapan.
"Aku cukup pantang bila hadap orang tak faham bahasa, terkinja-kinja macam kau ni" sambung Jungkook dengan nada yang sama.
Sae Yoon terkedu. Raut wajah cerianya tadi perlahan pudar. Bergerak-gerak bola matanya menatap ekspresi tegang di wajah Jungkook.
Jungkook merengus perlahan. Lidahnya menekan-nekan dalam pipinya dengan kesal. Lalu dia mencerlung tajam wajah Sae Yoon semula.
"So, sebelum aku heret kau keluar dari office aku--"
"Okey, okey. Wait. Don't do that. I ada tu-tujuan I datang sini. I bukannya saja-saja nak ganggu you. Eoh?" tutur Sae Yoon serta-merta dalam keadaan agak gugup. Takut-takut dia mahu menatap wajah serius Jungkook.
Jungkook merengus kasar.
"Aku tak ada masa nak cakap--"
"Kenapa you block nombor I?" soal Sae Yoon cepat-cepat yang langsung memotong percakapan Jungkook.
"Lepas tu kau expect aku nak save nombor kau? Eh, kau tu siapa je?" balas Jungkook drastik dengan pedasnya.
"Mwo?" respon Sae Yoon agak tersentak dengan jawapan kasar Jungkook itu.
"Kalau pasal tu je kau nak tanya aku, kau dah boleh berambus. Tak payah buang masa aku" tutur Jungkook dingin sebelum menumpukan perhatiannya pada fail di atas meja.
"Nooo. No, no,no. I rasa you salah faham ni. I sebenarnya nak tanya you semalam. Pasal schedule I. That's why I call you" tukas Sae Yoon, mengajukan alasan.
Jungkook mengangkat kepalanya, memandang wajah Sae Yoon.
"Kenapa? Manager kau dah mati? Dia tak boleh call aku?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
Sae Yoon tersentak sebentar. Lalu, dia langsung menggelengkan kepalanya laju.
"Eo-Eoh? Eoh, tak. Manager I...sakit. Yea, dia sakit. Tak sihat. So, untuk few days ni I sendiri kena berdikari. So, yeah" jelas Sae Yoon sebelum mengulum senyuman kecil.
"But still. Tindakan kau minta phone number aku dekat orang lain tanpa pengetahuan aku is still a stupid doing. Memang bodoh sangat" tukas Jungkook dingin.
Lagi dan lagi seorang Kim Sae Yoon itu seperti ditusuk anak panah tajam dengan ayat yang dilontarkan Jungkook itu. Terlalu menusuk.
"O-Okey. I'm sorry about that. I just nak tahu pasal schedule I--"
"Kau ni bukan je bodoh tau, tak faham bahasa sekali. Memang otak kau ada problem nak hadam apa orang cakap ke apa?" soal Jungkook jengkel bersama kening yang dijongket sebelah.
"Eoh?" respon Sae Yoon bingung. Berkelip-kelip matanya memandang Jungkook.
Jungkook merengus perlahan. Dia meraup kasar rambutnya ke belakang.
"Aku dah cakap semalam. Pasal SCHEDULE, Department ADVERTISING yang akan inform kau. Bukan aku. Boleh faham sampai situ? Ke nak aku lakar atas kertas bagi kau lagi faham?" jelas Jungkook penuh penekanan sambil menatap tepat ke wajah Sae Yoon.
Sae Yoon mengangguk kepalanya perlahan, mengerti.
"Eo-Eoh, betul. Tapi, I tak tahu department tu dekat mana" tukas Sae Yoon yang masih giat mencipta alasan.
"Mulut ada?" soal Jungkook.
Sae Yoon perlahan mengangguk.
"Ada...?" jawabnya terpinga-pinga.
"The,guna untuk tanya. Bukan guna untuk menghina orang je" balas Jungkook mendatar terselit sindiran.
Tergamam langsung Kim Sae Yoon itu. Dia diserang dengan ayat pedas dari Jungkook lagi.
"Dah, blah" arah Jungkook dingin.
"Kejap, I--"
"Ke kau nak aku campak kau keluar dari tingkap belakang ni?" soal Jungkook drastik berbaur ugutan yang sangat MESRA.
"Eo-eoh, okey. I pergi dulu" pamit Sae Yoon serta-merta lalu perlahan berdiri. Beg tangannya yang di atas riba diangkat lalu disandang ke bahu. Setelah itu, dia langsung memusingkan badannya dan mengatur langkahnya ke pintu.
Jungkook sekadar mengerling sekilas kepergian wanita itu sebelum menyandarkan tubuhnya ke badan bangku yang fleksibel itu. Matanya dipejam lalu satu rengusan perlahan dilepaskan. Dilonggarkan kasar tali leher yang seakan memerangkap haba bengang yang menyelubungi dirinya itu.
Rosak mood.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»96
•
•
•
Ting!
Bunyi khas kedengaran tika lif tiba di aras yang dikehendaki lalu pintu lif terbuka luas. Eunha menapak keluar dari lif yang membawanya ke tingkat 6 itu. Dia mengatur langkahnya menghampiri meja penyambut tetamu yang khas untuk pihak berpangkat tinggi itu.
"Hyera-ya" sapa Eunha lembut kepada seorang wanita lingkungan pertengahan 20 an, Jung Hyera, selaku pengurus Jungkook sekaligus penyambut tetamu.
Hyera yang sedang fokus menulis itu langsung mengangkat kepalanya. Sedar akan kehadiran Eunha, dia langsung berdiri.
"Eoh, eonnie. Eonnie nak jumpa tuan ye? Dia ada dekat dalam office dia" tutur Hyera mesra lalu mengukir senyuman.
Eunha langsung tersenyum dek makluman pantas dari Hyera itu. Dia belum sempat lagi nak beritahu hasratnya, si penyambut tetamu itu lebih cepat.
"Oh, okey. Gumawo, Hyera-ya" ucap Eunha bersama senyuman.
Hyera menganggukkan kepalanya.
"No prob-- eh, eonnie,eonnie. Saya baru teringat. Ada orang lagi rasanya dalam office tuan" tutur Hyera pantas, serta-merta membantutkan Eunha yang baru memusingkan badannya itu. Terlupa pula dia dengan keberadaan si mulut bising Kim Sae Yoon itu berada di dalam pejabat Jungkook.
Eunha langsung menoleh memandang Hyera kembali.
"Eoh? Really?" responnya dengan kening yang diangkat sebelah.
Hyera mengangguk perlahan.
"Rasanya lah. Tak sure la kalau dia dah keluar ke belum. Eonnie nak saya pergi check dulu ke?" soal Hyera, meminta pandangan Eunha.
Eunha langsung menggelengkan kepalanya.
"Ah, ani. Eonnie pergi tengok la. Awak buat la kerja awak. It's okay" tukas Eunha menolak bersama senyuman.
"Eoh, okey" balas Hyera lalu menarik senyuman manis. Dia kemudiannya duduk kembali ke atas kerusi lalu sambung menulis kerjanya.
Eunha kemudiannya mengatur langkahnya di kaki lima yang membawa ke pejabat milik Jungkook. Dia melangkah dengan rapi sambil memegang erat beg kertas yang berisi beberapa bekas makanan yang dimasaknya tadi. Maklumlah, pagi tadi si Jeon Jungkook itu tergesa-gesa lagi untuk ke pejabat sampai sudah tidak sempat nak menjamah makanan sedikit pun.
"Ishhh! Sakitnya hatiiiiii"
Suara rengusan sebal seorang perempuan yang menyapa telinga Eunha langsung membuatkannya memandang ke arah suara itu. Gerangan seorang wanita yang bertubuh ramping yang baru keluar dari pejabat Jungkook itu menarik perhatian Eunha. Dia memandang wanita itu yang bakal berselisih dengannya. Langkah wanita itu dihentak-hentak sebal.
Ya, Kim Sae Yoon.
"Hm? Staf baru ke?" omel Eunha bingung sambil memandang Sae Yoon yang berjarak tidak jauh darinya itu. Wanita itu berselisih dengan Eunha dengan aura yang sedang bengang.
Eunha hanya mengabaikan saja sebelum mengatur langkahnya ke pejabat Jungkook. Tiba saja di depan pintu pejabat suaminya itu, diketuk tiga kali pintu itu.
"Eoh, masuk" arah Jungkook mendatar yang kekal menyandarkan tubuhnya pada badan bangku dengan mata yang tertutup. Dia masih tersisa jengkel dengan seketul Kim Sae Yoon.
Eunha langsung tersenyum sebelum menolak pintu kaca itu perlahan.
"Selamat pagi, tuan Jeon Jungkook. Hari ni jadual awak kena makan pagi yang awak skip dekat rumah tadi" tutur Eunha bersahaja yang sedang berdiri statik di muka pintu, lagak seperti pembantu peribadi sang Ceo di hadapan.
Jungkook yang mendengar suara yang paling dikenalinya itu menyapa telinga, drastik dia mencelikkan matanya. Badannya juga ditegakkan dari terus menyandar.
"Eh, sayang sayaaa" respon Jungkook mesra yang drastik tersenyum lebar itu. Lesap habis rasa menyampah dan bengangnya kepada si Sae Yoon itu sebaik saja wajah seorang Jeon Eunha menyapa pandangannya.
Mohon jangan scroll balik cara dia bercakap dengan Sae Yoon tadi. Aku tahu jauh beza-
Eunha langsung berdecit perlahan dengan reaksi Jungkook itu. Macamlah sudah tak jumpa berhari-hari. Dia melangkah ke arah sofa ditempatkan lalu punggungnya dihenyak di situ.
"Sini la. Makan" panggil Eunha lalu menepuk perlahan ruang sofa di sebelahnya itu. Dia memandang Jungkook yang masih duduk di atas bangku itu.
"Bagus, sayang. Memang betul timing awak datang. Saya memang rasa nak campak orang keluar tingkap je tadi" tutur Jungkook seraya berdiri. Dia mengatur langkahnya ke sofa sambil mengetatkan dan merapikan tali lehernya kembali.
"Lah, kenapa sampai nak campak orang pulak?" soal Eunha hairan dan penasaran seraya menoleh memandang Jungkook yang baru duduk bersebelahannya.
"Kalau boleh" jawab Jungkook bersahaja lalu mengulum senyuman singkat buat Eunha di sebelah.
Eunha langsung berdecit perlahan. Dia kemudiannya mengeluarkan beberapa bekas makanan dari beg kertas yang berada di atas meja.
"Oh, by the way, sayang. Tadi perempuan yang keluar dari office tu siapa? Staff baru ke?" soal Eunha seraya menoleh memandang Jungkook di sebelah. Keningnya diangkat sebelah.
"Yang mana?" soal Jungkook kembali dengan dahi yang berkerut.
"Alaaa, yang baru je keluar tu ha" tutur Eunha yang betul-betul penasaran itu.
Jungkook masih mengerutkan dahinya. Sambil itu dia cuba mengimbas kembali ingatannya. Dan, langsung terlintas wajah Kim Sae Yoon di layar fikirannya. Langsung saja dia menggelengkan kepalanya.
"Entah. Saya mana ambik staf baru dah" jawab Jungkook bersahaja lalu mengukir senyuman kecil buat Eunha.
Eunha langsung mengerutkan dahinya bingung.
"Habis, tadi tu?" soal Eunha hairan.
"Hantu"
"Eishhh!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»96
•
•
•
Tepat saja jam 5 petang, Jungkook langsung mengemas meja kerjanya yang agak berselerakan dengan kertas kerja dan sebuah fail itu. Dia akan pulang awal hari ini kerana sudah berjanji dengan Eunha pagi tadi untuk pergi menikmati Patbingsu di kafe kegemaran wanita itu. Jadi, dia tak mahulah janji itu dianggap ambil ringan lagi.
Komputer yang sedang menyala itu dimatikan. Lalu, beg kerjanya yang berada di atas bangku diraih. Kot merah hati yang tersangkut itu juga diraih. Setelah itu, dia berganjak dari meja kerjanya. Langkah diatur keluar dari pejabat sambil menyarungkan kot pada tubuhnya.
"Eh, hai! You dah nak balik?" sapa Sae Yoon mesra yang baru pulang dari jabatan pengiklanan itu. Dia melambai kecil buat Jungkook yang berjalan dari arah bertentangan.
Namun, Jungkook hanya meneruskan langkahnya ke hadapan tanpa mengerling sedikit pun ke arah wanita itu. Seolah tiada sesiapa yang menyapanya.
Sae Yoon langsung mencebikkan bibirnya. Dia menoleh, melihat figura Jungkook yang baru melepasinya.
"Hyera, saya balik awal hari ni. So, kalau ada apa-apa, just postpone" pesan Jungkook senada sambil memandang wajah pengurusnya itu.
"Eoh, ne algeseumnida" jawab Hyera akur setelah menganggukkan kepalanya.
Jungkook kemudiannya berganjak dari meja penyambut tetamu itu. Dia memusingkan badannya dan melangkah ke bahagian lif di hadapan.
"Jadi, betullah you dah nak balik eh? I pun nak balik! Kita balik sekali eh?" seloroh Sae Yoon riang seraya berjalan di sebelah Jungkook. Dia memandang lelaki itu di sebelah dengan tatapan bersinar-sinar.
"Apa masalah kau?" soal Jungkook dingin sebelum mengerling sekilas wanita itu di sebelah. Dia kekal menghayun langkahnya ke arah lif.
"What? I tak ada masalah apa-apa lah. You concerned pasal I eh?" soal Sae Yoon yang langsung menerjah ke andaiannya sambil tersengih-sengih memandang Jungkook.
Jungkook langsung berdecit jengkel. Dia menekan butang di tepi pintu lif tatkala tiba di hadapan lif. Sepatah pun tidak dibalasnya bagi respon 'syok sendiri' Sae Yoon itu.
Saat pintu lif terbuka, Jungkook langsung melangkah masuk ke dalam.
Dan, si Kim Sae Yoon itu juga cepat-cepat menapak masuk ke dalam perut lif juga. Dia memandang Jungkook di sebelah lalu tersengih kecil.
Jungkook pula hanya merengus sebelum memilih untuk menumpukan pandangannya ke arah lain selain wanita di sebelah itu. Dia menapak sedikit ke hadapan lalu butang angka 2 ditekannya.
"You, nampaknya kita memang akan balik sekali lah. Kereta I pun dekat tingkat 2" tutur Sae Yoon girang dengan senyuman lebar.
"K" balas Jungkook senada. Dia kekal memandang hadapan. Dalam hati sudah menyumpah seranah lif yang tiba-tiba terasa seolah bergerak perlahan itu.
Sae Yoon tersenyum kecil. Dia kekal memandang sisi wajah sempurna Jungkook.
"Kita balik and jalan sekali ye?" tambah Sae Yoon bersama senyuman lebar.
Jungkook tetap saja menatap lurus ke hadapan. Memang tidak merancang untuk mempedulikan wanita itu. Biarlah dia syok sendiri. Beria lebih.
"Eoh? Eoh?" ujar Sae Yoon lagi seolah mendesak jawapan dari Jungkook. Kepalanya disengetkan sedikit untuk memandang wajah lelaki itu.
Namun, Jungkook tetap Jungkook. Dia terlalu bijak untuk melayan perempuan bodoh-
"Alahh jawab lahhh" rayu Sae Yoon meleret lalu langsung menggoyangkan sedikit lengan kiri milik Jungkook.
"Tak payah sentuh aku" larang Jungkook spontan dengan dinginnya seraya menarik lengannya dari pegangan wanita itu. Dia merengus perlahan.
Sae Yoon langsung mencebikkan bibirnya. Dia mengetap bibirnya.
"Ah waeee? Kenapa you ni terlebih strict sangat eh? I just pegang lengan you jeeee" rungut Sae Yoon meleret lalu dengan bersahajanya dia memegang tangan lelaki itu pula. Memang tak tahu serik.
"Aku dah cakap jangan pegang aku" larang Jungkook lagi kini dengan nada agak meninggi. Dia merentap tangannya kasar. Dicerlung tajam wajah Sae Yoon di sebelah.
"Just whyyy?" bentak Sae Yoon protes. Wajahnya cemberut.
"Sebab aku dah kahwin. I'm married. Ingat dalam kepala otak kau tu baik-baik. Aku dah ada WIFE" jawab Jungkook dingin dengan penuh penekanan. Ditatap tajam wajah wanita itu.
Sae Yoon terdiam seribu bahasa. Dia tersentak mendengar pernyataan Jungkook itu. Tak berkelip matanya.
Namun, reaksinya itu tak bertahan lama bila dia langsung tertawa kecil.
"Ye la tu,kan? Alasan tu nak bagi I jauhkan diri dari you je kan? Aigoo, is not gonna work la, Jeon Jungkook. Not gonna work" tukas Sae Yoon dengan gelengan kecil.
Jungkook merengus perlahan.
"Suka hati kau la. Aku tak ada masa nak layan kau. Ada banyak lagi tempat aku nak pergi dari melayan perempuan terkinja macam kau ni"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»96
•
•
•
Sayang💙
Awak,saya dah sampai«
Saya tunggu dekat parking :)«
5.04 pm
Selesai menghantar mesej ringkas itu, Eunha menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg tangannya. Dia mengatur langkahnya sambil matanya meliar ke sekeliling lot parkir di dalam bangunan yang tentunya penuh dengan kereta itu. Dia mahu mencari kereta milik Jungkook.
Maklumlah, seperti yang dirancang, dia datang ke bangunan syarikat suaminya itu lagi dengan menaiki teksi. Motifnya untuk cuma menaiki kereta Jungkook saja nanti. Tak perlu banyak-banyak kenderaan.
Jungwon?
Dah kena jual dah budak tu-
Ok, tak.
Anak kecil itu macam biasalah nasibnya,dari kecil sampai besar. Ditinggal di rumah atuknya-
"Ala youuu, come on la. Kan kita boleh keluar sekali~"
Suara wanita bernada mesra yang bergema di dalam lot parkir itu cukup untuk menarik perhatian Eunha. Dia menoleh ke kiri dan kanannya, mencari suara itu.
Dan, sebaik saja dia memandang ke depan kembali, satu adegan yang sangat jelas menyapa pandanganya. Rupanya suara yang dicarinya tadi berada lurus di hadapannya. Tidak jauh darinya. Langkahnya terkaku di situ.
Yang dilihatnya ketika itu, seorang perempuan yang sedang terhegeh-hegeh memeluk lengan Jungkook. Sambil suaminya itu pula sedang ligat meloloskan lengannya dari dipeluk wanita itu.
"Youuu--"
"Tak, apa yang susah sangat nak faham ni? I'm married! Yaish" hambur Jungkook lantang yang sudah hilang sabar untuk mengawal nada suaranya itu. Dia merentap lengannya dari Sae Yoon.
"I tak percaya! Alasan tu memang nak perdayakan I--"
"Awhhh, sayaangggg! " laung Eunha mesra seraya mengatur langkahnya laju ke arah dua figura itu yang berjarak kira-kira 4 meter darinya.
Serentak Jungkook dan Sae Yoon menoleh memandang Eunha yang kian menghampir dengan senyuman lebar itu.
"Aigoo, sayang sayaaa" ujar Eunha dengan mesra dan meleretnya. Dia menolak tubuh Sae Yoon menjauhi Jungkook lalu langsung memeluk tubuh lelaki itu. Kemudian, kepalanya didongak, memandang wajah terkebil-kebil suaminya itu. Lalu, tanpa berfikir banyak, dia langsung mencium singkat bibir lelaki itu. Tak berkelip terus si Jeon Jungkook itu dibuatnya.
Setelah itu, Eunha tersenyum kecil. Dia meleraikan pelukannya pada tubuh Jungkook. Lalu, dia menoleh memandang Sae Yoon yang turut terkaku dengan keadaan itu.
"Siapa ni, sayang? Staf baru awak eh?" soal Eunha mesra lalu memandang sekilas Jungkook di sebelah.
"Ehh, sedap mulut kau je kata aku staff! Apa muka aku ni nampak macam orang bawahan ke?! " bentak Sae Yoon protes.
"Haah" jawab Eunha selamba. Satu anggukan kecil juga diberi.
"Mwo? Yah, kau tu siapa je?" tukas Sae Yoon sinis sambil menatap tajam wajah polos Eunha. Dia tersenyum senget.
Eunha tersenyum kecil.
"Well--"
"Well, ni lah wife aku. Cantik kan? Comel lagi. Sure, sure. Kau boleh jealous dengan perfection wife aku ni" seloroh Jungkook seraya memeluk bahu kecil Eunha. Dia menayang raut wajah megahnya.
Sae Yoon langsung tertawa kecil. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tak payah nak tipu I lah. Alasan tu memang dah lapuk lah, you" ujar Sae Yoon dengan nada yang tersisa tawa itu.
Jungkook hanya berdecit perlahan. Memang susah bercakap dengan orang tak reti terima hakikat ni.
"Eh, perempuan. Mengaku je lah. Kau tu siapa sebenarnya? Eoh? Halah, mengaku je lah. Title tu tak sesuai dengan kau" ujar Sae Yoon sinis lalu menunjal berkali-kali bahu Eunha.
"Yah, tangan kau--"
"It's okay, sayang" tukas Eunha serta-merta, menghalang Jungkook dari memarahi wanita di hadapan mereka itu. Setelah itu, dia memandang Sae Yoon kembali.
"Title 'wife' tu tak sesuai dengan saya? Hm, apa lagi untuk cik kan? Laaaagi tak sesuai" tukas Eunha bersahaja dengan mesranya.
"Mworago?" respon Sae Yoon spontan yang agak terkesan dengan tuturan ringkas Eunha itu.
"Also, cik puan yang saya tak kenal pun siapa, boleh terima kenyataan tak? Ye, saya tahu realiti tu menyakitkan tapi kalau cik behave macam ni, saya pulak yang sakit. Saya ni tak sampai hati tengok orang yang nampak menyedihkan. Jadi, saya sakit tengok" tambah Eunha mesra dengan sarkastiknya. Segaris senyuman tulus diukir.
Membulat sebal sepasang mata Sae Yoon dek sakit hati dengan bicara sarkastik Eunha itu. Nafasnya menjadi tak keruan.
"Yah, kau elok sikit mulut--"
"Sayang, jom balik? Saya kan, masak baaaaaanyak makanan sedap-sedap untuk awak. Penuh kasih sayang lagi ha! " hambur Eunha mesra sambil mendongak sedikit, memandang wajah suaminya itu di sebelah. Sengaja mengabaikan si Sae Yoon itu.
Sae Yoon langsung berdecit menyampah melihat kelakuan Eunha itu. Dia merengus lalu menggulingkan bola matanya ke atas.
"Maaf ye, cik. Kami pergi dulu ye? Nak balik rumah lah. Nak makan. Kesiannnn nanti husband saya ni lapar. Baru balik kerja kan" tutur Eunha mesra yang sengaja menokok tambah kemesraan itu. Dia menarik senyuman lebar buat wanita itu.
Sae Yoon merengus jengkel. Dia menatap tajam wajah mesra Eunha itu.
Eunha mengukir senyuman kecil lalu menoleh memandang Jungkook di sebelah.
"Jom, sayang" ajak Eunha dengan senyuman lalu memeluk erat lengan Jungkook. Lalu, mereka mengatur langkah meninggalkan Sae Yoon yang dalam keadaan sebal itu.
Sae Yoon mengetap bibirnya kuat. Dia menggenggam penumbuk.
"Pergi dulu ye, cik puan. Semoga dapat jodoh! " laung Eunha mesra yang sempat menoleh ke belakang, mengucapkan kepada Sae Yoon.
Sae Yoon langsung merengus kasar. Bertambah sebal dia jadinya.
"Alright. Alright. Kau sabar, perempuan, kau sabar. Kalau betul tu memang suami kau pun, tu bukan satu halangan untuk aku tau"
"Jodoh aku? Well, it's your husband"
YE KONDIFEN ITU PENTING
BIAR DIA BIAR DIA
EM
YE HAMPIR 5K WORDS NYAH
DAH DERMA BEBANYAK COMMENT KAN?
SORANG SATU KOMEN PUN AI TAK KESAH AJDBDJDKHD
DAH AKU TATAU NK BEBEL APA
JUST DO VOTE KALAU BELUM
AND BABAI
EHE
Oh btw, aku memang daily apdet ye lately.
SO, APA SUSAHNYA NAK WAK
HALAHHH
TABAIK TAU BUAT SEYA BURGINI
Tengok ah, aku buat konflik sampai jantung kau luruh-
Kbai
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro