🔷91
HALAL LA PUKUL 1 PUN EM-
VOMMENT SILA AND HEPI READING
OHOK
"Sayang, hari ni awak balik macam biasa kan?" soal Eunha seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dua beranak yang sedang menjamah sarapan itu. Dia memandang Jungkook, menanti jawapan.
"Eoh, banyak benda yang dah settle, so boleh balik macam biasa lah rasanya hari ni" jawab Jungkook sebelum mengulum senyuman singkat lalu meneguk air kosong di sebelah.
Eunha langsung tersenyum senang tika mendengar jawapan suaminya itu. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. Senang hatinya bila mendengarkan bahwa lelaki itu akhirnya dapat meloloskan diri dari kesibukan.
"Mummy, dah habis!" ujar Jungwon ceria seraya meletakkan girang sudu besi dari pegangannya itu ke dalam pinggan yang sudah kosong tanpa sebutir nasi goreng itu.
"Eoh,jalhaesso~" respon Eunha mesra dengan senyuman manis.
Jungwon tersengih kecil sebelum melompat turun dari kerusi di meja makan itu. Dia berlari anak ke arah sinki bagi membasuh tangannya. Memang sudah menjadi ajaran yang diterapkan oleh ibu bapanya itu. Biarpun menggunakan peralatan makan apa sekalipun, pasti tangannya itu tetap saja akan dicuci.
Eunha hanya tersenyum saja melihat gelagat si kecil itu. Dia kemudiannya memandang ke hadapan kembali lalu dia meneguk perlahan segelas susu segar di tepi.
"Kenapa tanya, sayang? Nak prepare something special ke untuk saya?" soal Jungkook bersahaja bersama senyuman sumbing sambil memandang Eunha di hadapan. Keningnya digerak-gerakkan.
Sebaik saja soalan itu diajukan, langsung saja Eunha yang sedang meneguk susu segar dengan aman itu tersedak. Terbatuk-batuk kecil dia dibuatnya sambil meletakkan kembali gelas susu itu di atas meja.
"Lah, tersedak terus?" soal Jungkook tanpa rasa bersalah dengan kening yang diangkat sebelah. Dia cuma penasaran saja tadi-
"Kebetulan, kebetulan" tukas Eunha sambil mengurut-urut tekaknya yang masih tersisa rasa tersedak itu. Dia berdehem perlahan.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebelum terkekeh kecil.
"Okey mummy, dah!" tutur Jungwon riang sebaik saja selesai mencuci tangannya. Dia berdiri tepat di sebelah kerusi yang diduduki ibunya itu.
Eunha langsung tersenyum kecil lalu mengangguk.
"Good. Hari ni Won pergi sekolah dengan daddy tau? Daddy hantarkan" ujar Eunha sambil mengelus perlahan rambut anak lelakinya itu.
"Oh,okey!" balas Jungwon mesra dengan anggukan mengerti.
"Kajja. Kita ambil beg dekat depan" ajak Eunha seraya berdiri dari terus duduk membatu di depan Jungkook itu. Dia meraih tangan kecil Jungwon lalu melangkah berganjak dari meja makan. Dan di kala dia berjalan melepasi Jungkook, tangannya diraih lelaki pula.
"Sayang, soalan saya tadi tak jawab lagi pun" ujar Jungkook mesra dengan senyuman lebar.
Eunha langsung saja meloloskan tangannya dari pegangan lelaki itu.
"Tak ada jawapan" balasnya senada seraya menjeling sekilas Jungkook di sebelah. Dia kemudiannya berura untuk melangkah kembali namun,
"Soalan apa, mummy?" soal Jungwon polos sambil mendongak memandang wajah Eunha. Lalu, dia memandang sekilas ayahnya di meja makan.
"Eoh?" respon Eunha spontan dengan terkesima. Dahinya berkerut buntu. Otaknya mula membuat kerja dengan lebih laju untuk memikirkan jawapan singkat.
"Oh, tak ada--"
Tak sempat Eunha menghabiskan responnya, Jungkook terlebih dahulu memotong percakapannya.
"Oh, Jungwon ah, macam ni, mummy kan--"
"Tak, tak payah nak mengarut, Jeon Jungkook" seloroh Eunha drastik dengan nada mengeras sambil menjegilkan matanya buat ekspresi wajah nakal sang suami.
"Eoh?" soal Jungwon bingung seraya memandang ibu dan ayahnya itu bersilih ganti. Dia masih tidak mendapat jawapan.
"Tak ada apa, sayang. Tak payah layan daddy awak tu. Kajja" jawab Eunha spontan seraya langsung memusingkan badan Jungwon menghadap ke arah ruang depan. Tak mahu berlama-lama dengan perangai tak dijangka Jeon Jungkook itu.
"Ey!" rengus Eunha jengkel seraya mengacah penumbuk buat Jungkook yang sedang terkekeh suka itu. Lalu, Eunha langsung mengatur langkah bersama Jungwon ke ruang depan.
"Mummy, tadi daddy nak bagitahu apa?" soal Jungwon sambil berjalan dengan kepala yang didongakkan memandang Eunha. Masih penasaran.
"Tak ada apalah. Biarlah dekat daddy tu. Tak payah fikir. Tak penting pun" jawab Eunha bersahaja lalu mengukir senyuman. Dia kemudiannya melangkah menghampiri sofa lalu beg galas milik Jungwon dicapai.
"Jjaaa. Ini yang penting" ujar Eunha mesra seraya menggalaskan beg galas pada kedua-dua bahu Jungwon. Lalu hidung kecil anaknya itu dicuit lembut dengan senyuman.
Langsung tersengih kecil budak tadika berusia 4 tahun itu tika diperlakukan manja oleh ibunya begitu.
Eunha tersenyum kecil sebelum menegakkan tubuhnya kembali. Dia kemudiannya menoleh memandang ke arah dapur.
"Sayang, ppaliwa!" laung Eunha agak lantang sebelum kembali memandang Jungwon di hadapan kembali.
"Ye,sayang,ye" sahut Jungkook tenang seraya melangkah keluar dari ruangan dapur sambil menyarungkan kot di tubuhnya.
Eunha kemudiannya memimpin tangan kecil anak lelakinya itu ke pintu depan. Lalu, dia duduk melutut di hadapan Jungwon sambil memegang kedua-dua bahu kecil anaknya itu.
"Bye,sayang. Belajar rajin-rajin tau" pesan Eunha lembut sambil menatap wajah polos Jungwon itu. Rambut si kecil itu dikusutkan perlahan bagi mengelakkan berantakan.
Jungwon lantas mengangguk semangat.
"Okey,mummy!" sahut Jungwon riang lalu tersengih comel.
Eunha langsung tersenyum kecil sebelum mencium singkat dahi polos Jungwon dan diteruskan dengan kedua-dua pipi tembam anak kecil itu. Lalu diakhiri dengan satu pelukan ringkas buat tubuh kecil satu-satunya anaknya itu. Memang seperti itulah rutin setiap hari si kecil itu.
"Bye, mummy" ucap Jungwon mesra dengan senyuman senang. Kemudian, dia membuka pintu dan melangkah keluar dari rumah. Kasut sekolah dikeluarkan dari rak.
"Iye" balas Eunha lembut dengan anggukan. Dia kemudiannya berura untuk berdiri dari duduk melutut.
"Saya pulak?" seloroh seorang Jeon Jungkook bersahaja seraya meraih lengan Eunha agar tidak bangkit terlebih dahulu. Dia duduk melutut di hadapan di hadapan isterinya itu.
"Ey, mengada kan" balas Eunha sambil menyepetkan kedua-dua matanya, merenung dalam ketidakpercayaan suaminya itu.
Jungkook pula hanya kekal mengulum senyuman lebar, menanti dengan sabar permintaannya itu dikabulkan.
Eunha langsung berdecit perlahan melihat raut wajah Jungkook itu. Setelah itu, dia akhirnya mengabulkan juga permintaan lelaki itu. Dicium singkat dahi dan kedua-dua pipi suaminya itu. Sama seperti apa yang diterima Jungwon tadi. Dan diakhiri dengan pelukan ringkas.
"Dah, pergi sana" ujar Eunha selamba sebaik saja selesai melakukan kerjanya itu.
Jungkook sudah tersenyum senang. Sukalah dia dilayan sama adil dengan anaknya yang seketul itu kali ini. Sebelum ini, dia cuma dapat peluk saja-
Ya, sadis.
Itu yang dia berkira-kira nak jual budak tu-
"Bye, sayang" ucap Jungkook lembut dengan senyuman sebelum menekup wajah kecil Eunha lalu dicium sekilas bibir isterinya itu.
Dan, sebaik saja adegan itu dilakukan,
"AAAAAAA, DADDY! MANA BOLEH! " bentak Jungwon protes dengan lantangnya. Dia yang sudah memakai kasut sekolahnya itu lagi membuatnya dia sebal.
"Sebarang bantahan tidak dilayan" balas Jungkook selamba seraya berdiri dari duduk melutut di atas lantai itu. Dia menoleh sekilas memandang sang anak yang protes di belakang dengan wajah riak. Kening digerakkan berkali-kali dengan senyuman kemenangan.
"HUWAAA, TAK BOLEHH" bentak Jungwon lagi dengan sebal seraya langsung bersusah-payah mahu menanggalkan kasut yang sudah dipakainya itu semula. Namun, sedar akan lembabnya mahu membuka kasut, dia langsung berlari anak ke muka pintu. Tak mahu kalah punya pasal-
"Mummy, nak--"
Tak sempat Jungwon menyatakan hasratnya, Jungkook terlebih dahulu menarik tangan anaknya itu menjauhi muka pintu.
"Tak, tak, tak, tak boleh. Kita kena pergi sekolah sekarang" tutur Jungkook selamba seraya menarik Jungwon menuju ke porch kereta.
"Mummyyyyyy!" laung Jungwon dengan pasrahnya sambil tertoleh-toleh memandang Eunha yang berada di muka pintu itu, sedang tergelak-gelak. Dia cuma mendapat lambaian dari ibunya
Sabar ye dik. Bintang tak selalunya malam-
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»91
•
•
•
Bam!
"Jungkook, Jungkook, Jungkook,Jungkook,Jungkook" panggil Mingyu dengan nada pantas sambil melangkah menghampiri meja kerja Jungkook sebaik saja merempuh masuk pejabat rakannya itu. Raut wajahnya cemas.
"Aish, kau boleh tak ketuk pintu tu dulu sebelum masuk, Kim Mingyu?" bentak Jungkook jengkel yang sedang ligat meneliti isi kandungan fail di tangannya itu. Dikerling sekilas sang rakan yang sedang melangkah menghampiri itu.
Mingyu langsung menarik bangku di hadapan meja kerja Jungkook itu lalu punggung dihenyak serta-merta. Tangannya mendarat kuat pada meja berlapis kaca rakannya itu hingga menghasilkan bunyi.
"Ah, lantak la pasal tu. Masalah sekarang ni lagi besar dari pasal nak ketuk pintu office kau ni" tukas Mingyu yang agak tercungap-cungap itu. Entah anjing manalah kejar dia- tak.
Jungkook langsung meletakkan fail yang berada di pegangannya itu ke atas meja. Keningnya dijongket sebelah, penasaran dengan tuturan Mingyu itu.
"Apa benda kau? " soal Jungkook ingin tahu seraya menegakkan tubuhnya dari terus menyandar pada badan bangku yang boleh meregang itu. Keningnya setia diangkat sebelah.
Mingyu meraup rambutnya ke belakang dalam keresahan. Dia kemudiannya memandang wajah Jungkook yang sudah fokus tertumpu padanya itu.
"Tadi aku pergi jumpa pengarah JJ Clothing tu" tutur Mingyu memulakan cerita.
Jungkook mengangguk perlahan.
"Hm, lepas tu?" soal Jungkook tenang.
"Dia complain pasal sale baju dia yang ada dekat mall kau tu. Sale dia drop banyak dekat situ. Untuk 5 bulan straight" jelas Mingyu.
Langsung saja Jungkook menaikkan sebelah keningnya.
"Oh ya?" respon Jungkook, tidak menjangka.
Mingyu merengus perlahan sebelum menganggukkan kepalanya.
"Ye, gila. Kau tahu ke tak pasal sale drop ni?" soal Mingyu meminta kepastian dengan agak sebal itu.
Jungkook langsung berdecit jengkel.
"Ha, memang. Memang aku ambil clothing dia je susun dekat mall aku tu. Memang tak ada barang-barang lain dah dekat situ yang aku kena fokuskan" balas Jungkook sarkastik.
Mingyu mengeluh kecil. Dia menongkat dagunya menggunakan tangan.
"Itu silap kita, Kook. Patutnya kita kena bagi attention lebih dekat benda yang bagi benefit dekat company ni. Bukan lepas tangan" tutur Mingyu yang berbaur kekesalan itu.
Jungkook merengus perlahan.
"Tak ada siapa yang lepas tangan dalam hal ni. Dia tu yang terlebih sensitif. Lepas tu, dia nak apa?" soal Jungkook mendatar setelah menidakkan apa yang diperkatakan Mingyu itu.
"Lepas tu, dah dia aware pasal sale drop untuk 5 bulan straight dekat mall kita ni, pak cik tu tak puas hati la. Katanya macam kita ni lepas tangan je buat kerja. Acuh tak acuh. Tak bersungguh langsung berurusan dengan sponsorship macam dia" terang Mingyu longlai yang masih menongkat wajah itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan sebaik saja mendengar penceritaan rakannya itu.
"Dia pikir rakyat dalam negeri ni semua minat design baju dia tu ke? Dia nak expect apa ni? Ha ye la, memang aku boleh kawal sale clothing dia tu setiap masa" tukas Jungkook dingin. Satu rengusan perlahan dilepaskan.
Mingyu hanya mengeluh perlahan mendengar hamburan rakannya itu. Dia kemudiannya menegakkan kepalanya kembali.
"Ye, so sebab isu ni, dia pun cakap nak tarik balik sponsor" ujar Mingyu senada.
Drastik ekspresi wajah Jungkook berubah. Sepasang matanya yang agak membuntang itu langsung tertumpu pada wajah Mingyu di depan.
"Kepala hotak. Serius la?" respon Jungkook spontan. Matanya masih membulat.
"Ye, serius" jawab Mingyu setelah mengangguk malas.
"Eh, bangang. Tak sampai 2 tahun lagi kot sponsor contract dia. Apahal buat macam ni, gila? Dah sale dia drop nak buat mcm mana? Habis, dia nak suruh kita pergi jual clothing dia tu tepi jalan ke nak bagi sale baju dia tu naik balik? Otak dia alright ke tak ni?" hambur Jungkook protes dengan sebalnya. Bibirnya diketap singkat. Rambut dikusutkan kasar setelah itu.
"Dalam agreement kemain macam-macam letak. Bila datang masalah macam ni, nak jadi buruk siku pulak. Aku bakar jugak kang company dia tu. Buat kerja tak menyusahkan orang tak boleh ke? Baik at the first place tak payah offer sponsorship ni" tambah Jungkook sebal sebelum mengeluh kasar. Wajahnya diraup.
"Ha ye, Kook. Sabar. Jangan bakar lagi. Apa pun kita tak boleh deny jugak the fact yang susah nak cari sponsorship agreement macam dia. Kalau dia tarik sponsor ni, memang kena struggle lagi kita nak minta sponsor organization lain pulak. Kalau tak ada sponsor, memang macam kena cekik company kau nanti. Hujung-hujung" tukas Mingyu panjang lebar, menasihati rakannya itu.
Jungkook perlahan mengeluh. Dia mengusutkan rambutnya sekilas.
"Dah tu kau nak suruh aku buat apa, kim Mingyu? Dah memang makhluk tu nak tarik balik sponsor dia kan?" balas Jungkook sebal dan buntu.
"Itu ugutan je, Kook" ujar Mingyu bersahaja.
Lantas Jungkook mencerlung tepat ke wajah selamba rakannya itu.
"Eh, bangang. Bagitahu la awal-awal tadi, gila! Penat aku emo" hambur Jungkook sebal. Mahu saja dia hempuk kepala si Kim Mingyu itu menggunakan fail tebal di atas mejanya itu.
"Lah, aku ni bagi ruang dekat kau untuk luahkan emosi kau tu. Nanti kang kau stress pulak tak dapat luah perasaan kau. Risau aku kang kau stress, bakar bangunan ni pulak" tukas Mingyu tenang yang kononnya berprihatin itu. Raut wajahnya ditayang ekspresi bertimbang rasa.
"Kepala hotak kau la" seloroh Jungkook jengkel sebelum merengus.
Mingyu langsung tergelak kecil. Dia kemudiannya berdehem kecil untuk kembali serius.
"So,dia bagi satu cara ni untuk nak naikkan balik sale dia. Katanya cara ni kita patut guna jugak nak tak nak. Ada possibility cara ni efektif katanya" tutur Mingyu.
Jungkook memandang Mingyu lalu keningnya dijongket.
"Cara apa? " soalnya penasaran.
"Hire model" jawab Mingyu ringkas.
"Kejadahnya" balas Jungkook spontan. Dia merengus perlahan. Bukannya melegakan, malah menyerabutkan.
"Ye, kejadahnya kan" ujar Mingyu dengan anggukan berkali-kali, sudah mengagak respon sebegitu akan keluar dari mulut rakannya itu.
Jungkook merengus buat kali yang sudah ke berapa kali. Bibirnya diketap kuat. Rambutnya diraup ke belakang.
"Memang tak la aku nak spend duit untuk hire kejadah model tu pulak. Tak payah la. Cara lain la. Function sangat ke cara hire model tu untuk clothing dia?" bentak Jungkook yang benar-benar tidak bersetuju itu.
"Function, Kook,function. Katanya model tu famous" tutur Mingyu.
"Ha,bagus la. Bagus. Banyak lagi la kan duit company aku nak kena spend untuk bayar model tu? Memang bagus" tukas Jungkook sarkastik sebelum meraup wajahnya.
"Tak,tak, itu kau tak payah fikir. Dia cakap dia tanggung untuk model tu. Kita cuma spend untuk advertising je. Shooting apa semua. Pasal model tu, dia settle" jelas Mingyu yang mungkin meredakan sedikit protes Jungkook itu.
Jungkook memandang sekilas wajah rakannya itu sebelum mengeluh kasar.
"Tak, asal nak kena guna model bagai? Aku semak la nak kena kerja dengan orang-orang bawah agency entertainment ni. Dah tu influencer lagi" hambur Jungkook jengkel.
Kali ini, Mingyu pula yang merengus geram. Ditatap tajam wajah rakannya itu.
"Yaish,kepala otak kau ada sesiapa bakar ke sampai jadi bangang tak boleh fikir macam ni, Kook? Dah sah-sah la cara guna model famous tu untuk naikkan sale pakcik Hong tu. Bila model tu famous, ramai la tertarik nanti bila tengok dekat iklan. Paling tak pun, fans dia dah beli pun dah memadai. Itu je plan pakcik tu" jelas Mingyu panjang lebar dengan terperincinya.
Jungkook yang mendengarkan semua itu sudah tak dapat nak membantah lagi. Dia mendiamkan diri buat sementara. Wajahnya diraup. Lalu, satu keluhan dilepaskan.
"Lepas tu, kau dah tahu background pasal model tu?" soal Jungkook seraya menumpukan matanya pada wajah Mingyu di hadapan.
Mingyu menggeleng kecil.
"Belum. Tapi yang aku tahu, dia perempuan la" respon Mingyu tenang.
"Perempuan? " soal Jungkook, meminta kepastian dengan apa yang baru didengarinya itu.
"Ye" jawab Mingyu ringkas, mengiyakan.
"Ha, tak payah. Semak" tutur Jungkook serta-merta dengan dingin. Wajahnya ditekup lalu satu rengusan dilepaskan.
Mingyu langsung mengeluh kecil.
"Aku dah setuju dah pun, Kook" ujar Mingyu senada.
Pantas Jungkook mengangkat kepalanya dan mencerlung tajam seketul Kim Mingyu itu.
"EH BODOH, AKU TAK NAK LA! "
"AKU DAH SETUJU DAH PUN,GILA! LAIN KALI CALL TU ANGKAT! "
"YAISH, YANG KAU PERGI SETUJU DULU TU BUAT APA?! "
"HABIS, KAU NAK DIA TARIK SPONSOR TU,BANGANG? "
"AISH,BODOH LAH MEMASING!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»91
•
•
•
Tok tok tok!
"Hm" sahut Jungkook ringkas dan dingin yang sedang fokus menilik kertas kerja di atas meja dengan wajah yang ditongkat itu. Dia kemudiannya memandang sekilas ke arah pintu kaca pejabatnya yang lut sinar itu.
Kemudian, pintu kaca itu ditolak dari luar. Figura Choi Kyung Joo menapak masuk ke dalam dengan sebiji botol aluminium bersaiz kecil di pegangan. Segaris senyuman sudah menghias bibir.
"Hai, tuan Jeon Jungkook. Busy ke tu?" sapa Kyung Joo mesra dengan senyuman lebar sambil kaki setia melangkah menghampiri meja kerja sang majikan.
"Nak benda kau?" soal Jungkook tanpa nada. Dipandang kosong si Choi Kyung Joo itu.
Kyung Joo langsung berdecit sebelum tersenyum kecil. Dia menarik kerusi di hadapan meja Jungkook lalu punggung dilabuhkan. Botol aluminium miliknya yang berisi air Cappucino hangat itu didaratkan selamba ke atas meja kerja Jungkook.
"Halah,tak pernah sporting la tuan Jeon kita ni" balas Kyung Joo yang masih lagi bermesra itu sambil mengukir senyuman buat wajah tegang Jungkook di hadapan itu.
Jungkook merengus perlahan. Rambutnya dikusutkan sekilas.
"Aku tengah serabut, Choi Kyung Joo. Kalau tak ada apa yang penting, boleh keluar dari office aku" tutur Jungkook dingin sambil menatap tajam Kyung Joo di hadapan.
Kyung Joo sekali lagi berdecit perlahan. Dia memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada mana-mana pekerja yang memerhatikannya dan Jungkook. Setelah yakin tiada mata-mata yang melihat, Kyung Joo kembali memandang Jungkook di hadapan.
"Aduh, rilek la, Kook. Tak payah serabut sangat. Aku datang sini pun nak buat kau serabut" seloroh Kyung Joo bersahaja yang langsung bertutur tidak formal itu. Itu yang dia memastikan keadaan clear dulu tadi.
Jungkook yang sedang sebal itu langsung mencerlung tajam Kyung Joo di hadapan dek loyar buruk wanita sebaya dengannya itu.
"Lah, gurau. Takut saya. Jangan tenung macam tu" tukas Kyung Joo serta-merta seraya melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah lelaki dingin itu agar tidak terus menikamnya dengan renungannya.
Jungkook merengus perlahan. Dia berhenti dari terus merenung tajam wanita itu.
"Tak, kau nak benda ni? Aku tak main-main ni" ujar Jungkook mendatar yang sedang mengawal emosinya itu.
"Ye, ye. Ala, kejap la. Bagi aku buka plastic wrap roti ni dulu" balas Kyung Joo tenang lalu dengan santainya dia mengeluarkan sebungkus roti dari poket blazernya. Setelah itu, dikoyak plastik pembungkus roti coklat itu.
Jungkook sekali lagi merengus perlahan. Dia memandang sekilas si Kyung Joo itu di hadapan yang fokus mengeluarkan roti ban itu dari plastik. Satu rengusan jengkel dilepaskan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Memang memerlukan kesabaran yang tebal bila berurusan dengan anak pakcik Choi ini. Nasib pernah terhutang budi saja dulu.
Sedang Jungkook mengawal emosinya, terlintas sesuatu di fikirannya. Langsung saja dia menatap tajam Kyung Joo di hadapan.
"Eh, makhluk. Kau buat kejadah apa dekat sini? Curi tulang kau kan" seloroh Jungkook tegas dengan mata yang dijegilkan.
Terbantut Kyung Joo yang baru membuka mulut dan mahu menjamah roti itu. Perlahan dia menutup mulutnya kembali dengan menyampahnya.
"Tengah break ni, Kook. Break" balas Kyung Joo jengkel sebelum langsung mengigit roti ban kegemarannya itu.
"Oh" jawab Jungkook ringkas tanpa nada. Dia kemudiannya berdehem kecil. Dikerling manusia yang merangkap pekerjanya itu di hadapan, yang sedang enak menjamu selera. Sesekali minuman di dalam botol disisip. Kemudian, roti dijamah kemhali.
Boleh pula dia berkelah makan tengah hari dekat pejabat orang atasan begini-
Itulah Choi Kyung Joo yang sekarang. Tak padan dengan penyambut tetamu di lobi. Bukan jobshaming-
"Hah,ni. Aku datang ni sebab aku dengar kau nak hire model untuk jadi ambassador satu company clothing ni. Betul ke?" soal Kyung Joo dengan kening yang diangkat sebelah,membuka topik.
Jungkook langsung berdecit perlahan.
"Kau kerja ke kau sibuk gosip dekat bawah tu?" balas Jungkook berbaur sindiran.
Kyung Joo langsung mencebik singkat.
"Ala, aku banyak sumber la dekat bawah tu. So, betul la pasal tu?" tukas Kyung Joo yang masih mahukan jawapan itu. Dipandang wajah datar Jungkook di hadapan.
"Hm" balas Jungkook ringkas.
Terhenti langsung Kyung Joo yang berura untuk menggigit roti ban coklatnya itu sebaik saja mendengar jawapan Jungkook itu.
"Pergh. Aku dengar model tu Kim Sae Yoon. Betul jugak ke?" soal Kyung Joo lagi lalu matanya bulat-bulat tertumpu pada wajah Jungkook.
Jungkook sudah menayang raut wajah jengkel.
"Semuanya kau 'dengar'. Kau dengar dari siapa ni?" soal Jungkook penasaran dan hairan itu. Keningnya diangkat sebelah. Cepat betul berita tersebar.
"Sumber yang dipercayai of course. So, betul ke tak?" balas Kyung Joo bersahaja dan pengesahan masih diminta.
"Entah. Aku tak tahu lagi detail pasal model tu. Aku cuma tahu dia perempuan" jelas Jungkook mendatar tanpa minat.
"Ouuu" respon Kyung Joo dengan mulut yang melopong lalu mengangguk-angguk perlahan.
"Tapi kan, Kook. Kalau betul la model tu Kim Sae Yoon, masak kau, Kook" tambah Kyung Joo seraya menatap serius wajah Jungkook.
"Asal?" soal Jungkook bingung dan penasaran. Keningnya dijongket.
Kyung Joo langsung meletakkan roti bannya yang hampir habis itu ke atas meja yang berlapik dengan plastik pembungkus roti itu sendiri. Lalu, dia menegakkan tubuhnya.
"Aku dengar--"
" 'Dengar' lagi" tutur Jungkook senada dengan jengkel.
"Eish, kau dengar je lah" tukas Kyung Joo sebal tika percakapannya itu dipotong begitu saja.
Jungkook langsung berdecit perlahan. Wajah membosankan ditayang.
Kyung Joo hanya mengabaikan saja ekspresi tak berminat Jungkook itu. Memang macam itulah selalu. Jadi, bukan satu masalah yang besar. Dia kemudiannya membetulkan posisi duduknya sebelum bersuara.
"Aku dengar, dia problematic tau, Kook. Ini aku sendiri pun aware pasal ni. Serius dia problematic. Setahun dah berapa banyak isu pasal dia leaked. Tapi, tu lah. Dia banyak cable. So, isu pun tak jadi besar bila pasal dia. Fans pun taksub kemain. Makhluk tu buat masalah besar macam mana pun, di-back up jugak oleh fans tegar dia tu. Best betul. Menyampah" jelas Kyung Joo panjang lebar dengan penuh bersungguhnya, sudah seperti orang yang profesional bergosip-
"Yang peliknya, tak jatuh-jatuh popularity dia. Makin banyak media bagi dia job ada lah. Bila dah banyak cable dalam kan? Ish, ish. Untung, untung" tambah Kyung Joo sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak ubah seperti makcik-makcik bercerita.
"Dah? Habis dah jadi netizen?" soal Jungkook mendatar dengan kening yang diangkat sebelah. Raut wajahnya turut mendatar.
"Ish, aku bagitahu kau haa. So, nanti kau tak ada lah culture shock kalau tetiba betul model tu Kim Sae Yoon yang akan kerja dengan kau nanti. Aku pun bagitahu ni untuk kau berjaga-jaga ha. Dia tu problematic dia another level. Takut kau gila je nanti. Ha, begitu" tukas Kyung Joo yang berlaku prihatin itu.
Jungkook hanya kekal menayang raut mendatarnya itu. Malas nak gelabah lebih-lebih. Lagipun belum tentu lagi model yang bakal berurusan dengannya itu si Kim Sae Yoon yang disebut itu.
"Tapi,Kook, apa hal dalam banyak-banyak model, si perempuan tu jugak kena kau pilih?" soal Kyung Joo hairan dengan dahi yang berkerut.
"Kau tu receptionist. Tahu apa je?" Balas Jungkook selamba.
Langsung raut wajah Kyung Joo berubah jengkel.
"Lamak, jangan nak downgrade jawatan aku pulak eh kau" tukas Kyung Joo jengkel.
"Belum tentu lagi kan yang model tu perempuan tu?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
"Kalau ye? " respon Kyung Joo bersahaja.
Jungkook terdiam seketika.
"Entah. Kalau dia tak problematic sekali pun, aku tetap tak nak deal dengan model perempuan. Complicated" jawab Jungkook senada.
"Tapi?" soal Kyung Joo yang seolah dapat mengagak ada sambungan ayat buat respon Jungkook itu.
"Tapi, benda ni sebab syarikat clothing ni complain pasal barang dia yang banyak sale drop. Then, dia kasi alternatif suruh ambik model yang dia dah pilih. Kalau aku tak setuju, dia akan tarik balik sponsor untuk mall aku tu. So, aku tak boleh buat apa lah" sambung Jungkook, menjelaskan hal yang berlaku.
Melopong mulut Kyung Joo tika mendengar penerangan Jungkook itu. Dia mengangguk perlahan, mengerti.
"Patut la. Berapa lama kontrak model tu dengan company kau ni?" soal Kyung Joo penasaran.
"Aku tak tahu apa-apa lagi pasal tu. Tapi selalunya paling sekejap pun setahun dua?" jawab Jungkook membuat andaian.
"BAPAK LA" balas Kyung Joo spontan dengan mata yang membulat. Terkesima.
Jungkook hanya mampu mengeluh kecil sebelum menjongket bahunya. Entah apalah nasib.
Kyung Joo menggelengkan kepalanya perlahan, terasa sangat tidak masuk akal tentang hal itu. Setahun bukannya sekejap. 12 bulan. Sebulan saja dah 30 hari.
"Well,Kook, aku cuma risau bila dia jumpa kau depan-depan nanti"
"Asal?"
"Harap dia tak tertarik dengan kau la" -Choi Kyung Joo
HAH AYOKKKK
HUEHUEHUE MY TIME HAS FINALLY COME
OHOKS
YE TAK PAYAH SUS LA SI KYUNG JOO TU. DIA DAH PENAT KENA KECAM DGN KORANG BBP.
INSYAALLAH DIA TRUST SELLER-
tapi apa pun boleh jadi kan(・∀・)
Alsoo, aku ada baca comment korang dkt chap 89 tu, soo aku rasa aku tak terlalu detail kot ye
HALAH, TAK PYH SERABUT OTAK LA PIKIR HYERI TU ANTAGONIS. DIA BAIK SAYANG II KU. KAN DIA BAGITAHU EUNHA PASAL BENDA BETUL TU UTK TANAK EUNHA PIKIR BEBANYAK.
AKU PUNYALAH BUAT HYERI TU NMPK BAIK BAGITAU SMUA BNDA, ANDA SUS JUGA DIA YE? AHAHAHAHA
AIGUU, AKU FAHAM KORANG ADA TRUST ISSUE DGN FF AKU, TAPI TAPI- hm
Hyeri tu role dia cuma nak bagitahu Eunha benda tu je. Then, habis dah keje dia. AHSHSJSOLS-
So yea, begitu.
BTW, THIS TIME AKU NK PINJAM MASA KORANG SIKIT JEEE
boleh tak bagitahu apa yg korang rasa selama baca ff ni?
KALI NI JE AKU MINTAK ANDA RESPON DAN BAGITAHU AKU DKT COMMENT SECTION:)
ANYTHING. Pasal storyline ff ni ke, pasal penulisan aku ke, pasal pape je la. aku akan terima dgn hati yg terbuka ohoks
Aku srsly perlukan motivate utk teruskan ff ni dgn respon korang. so tu je aku minta eh
YE SOMETIMES AKU RASA DOWN SOMETIMES AKU TERLEBIH HIGH-ok tak
AKU DH PENAT OVERTHINKING SO-
SO AKU MINTA SGT II KALI NI JE BAGITAHU AKU APA YG SIYESLY KO RASA SEPANJANG BACA FF NI.
MAAP KALAU AKU AGAK MENJENGKELKAN YE DISINI
Tak, aku memang annoying. Bukan KALAU. Em-
KBAI
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro