Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷90

WLELELELE 90 CHAP SUDEHHH

ENCIK AKUCK KONFLIK KIRIM SALEM


"Ah eonnie! Buat fake hope je lahhh! Ingatkan eonnie memang pregnant betul! " bentak Hae Jung sebal seraya memukul perlahan bahu Eunha. Terasa tamparan harapan palsu di wajahnya setelah mengetahui hal sebenar dari kakak iparnya itu. Bukan main gembiranya dia 10 minit lepas di meja makan tadi.

Eunha sudah tergelak-gelak melihat raut wajah cemberut Hae Jung itu. Memikirkan adik iparnya itu yang bereaksi terlebih teruja hingga kerusi yang diduduki menyembah lantai ketika di dalam dewan tadi, menggeletek lagi hati Eunha.

Hae Jung sudah bertambah masam mencuka bila sakan ditertawakan kakak iparnya itu. Dia mencebik sebal.

Eunha pula sedang mencuba meredakan tawanya.

"Hae,itu cuma excuse bijak yang mama Hae buatlah untuk stopkan argument tadi tu. Kalau tak,memang takkan habis,Hae" jelas Eunha dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Dia menepuk-nepuk perlahan bahu Hae Jung.

Ya, setelah Choi Im Hwa membuat alasan tentang Eunha yang kononnya emosi tak stabil disebabkan mengandung itu,mahu tak mahu, si puan Kim itu akhirnya mengalah jua. Walaupun, ada lah juga dia membentak tak puas hati. Dan akhirnya, acara makan malam yang sudah hancur suasana itu dihentikan dengan puan Kim yang langsung memutuskan untuk mengangkat kaki dari situ.

"Alaaaaa,kenapa bukan betul-betul je, eonnie?" rungut Hae Jung meleret sambil menggoyang lengan Eunha. Bibirnya menarik muncung panjang.

Eunha langsung berdecit perlahan sebelum tersenyum.

"Ala Hae ni. Dah nak sangat pegang baby tu, tunggu je la pegang baby Hae sendiri nanti" tukas Eunha bersahaja seraya menyiku perlahan lengan Hae Jung dengan senyuman kecil.

"Ish, Hae kan baru kahwin hari ni! " tukas Hae Jung sebal sebelum mencebik. Bahu kakak iparnya itu ditampar perlahan.

Eunha langsung tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya, mengiyakan saja.

"Eonnie ni haaa. Dah excited Hae tadi sampai masa berdiri tu kerusi pun boleh jatuh dekat belakang haaa. Tengok-tengok dusta je semua tuuu?" hambur Hae Jung kesal dengan wajah yang berkerut-kerut protes.

Eunha sekali lagi tertawa kecil.

"Nak buat macam mana? Eonnie pun tak sangka yang mama Hae nak bagi excuse macam tu" tukas Eunha tenang sebelum tersenyum kecil.

"Halahh, mama pun satuuu. Mama tu pun punca haaa" rengek Hae Jung sebal lalu menarik muncung panjang.

Eunha hanya tersenyum singkat. Mengingatkan puan Choi yang membantunya 'keluar' dari perbalahan antara puan Kim tadi, cukup membuatnya tersenyum sendiri. Sepertinya ada perubahan dengan personaliti ibu mertuanya itu kali ini.

"By the way eonnie, sorry ye dengan perangai mak mertua Hae tu. Tak tahu la kenapa dia macam tu dengan orang yang baru dia jumpa. Tapi bila dengan Hae, elok pulak" tutur Hae Jung sebaik saja memegang bahu Eunha,meminta maaf bagi pihak ibu mertuanya itu. Maklumlah, Eunha yang cuma menyertai gelak tawa tika acara makan malam itu saja pun boleh menjadi mangsa sindiran wanita suka menghukum itu.

Eunha langsung memandang Hae Jung lalu satu senyuman kecil diberikan. Kepalanya digeleng perlahan.

"Tak apa. Eonnie pun minta maaf la sebab buat family dinner tu jadi perang mulut pulak. Sepatutnya kan patut happy-happy macam tu" ujar Eunha yang turut rasa bersalah itu sebelum mengulum senyuman singkat.

Hae Jung langsung menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak ada apalah, eonnie. Lagipun, bukannya eonnie yang mulakan dulu. Hae rasa bersalah tau,sebab ye lah, kira baguslah tu eonnie ikut join family dinner ni walaupun Jungkook tak ada. Alih-alih kena judge dengan mak mertua Hae tu pulak. Bukannya eonnie cakap apa-apa pun dekat dia. Sorry eh, eonnie" tukas Hae Jung panjang lebar sambil menatap wajah polos kakak iparnya itu.

Eunha langsung menarik senyuman. Dia menggeleng kecil.

"Aniya, it's okay lah. Biasalah, memang ada kan jenis manusia macam tu. Tak ada apa lah" ujar Eunha tenang bersama senyuman tipis.

Hae Jung mengangguk perlahan.

"Tapi, eonnie, cara eonnie bidas tadi memang boek lah! Ternganga jugak Hae tadi tauu. Rasa gempak gila bila eonnie dah start buka mulut tu. Hae ingat eonnie nak sabar lepas tu senyum je dengan apa yang mak mertua Hae tu cakap tu. Rupanya sekali bukak mulut, penuh sarcasm. Memang terbaik la, eonnie. Burn gila!" hambur Hae Jung kagum dengan riangnya sambil menggoyang kedua-dua lengan kakak iparnya itu teruja.

Eunha langsung berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Dia hanya menganggukkan kepalanya saja.

"Lepas ni eonnie kena bertindak macam tu tau bila ada yang mulut toxic ajak gaduh! Apapun, soft spoken still maintain ye, eonnie" tambah Hae Jung dengan berselorohnya penuh riang. Keningnya digerak berkali-kali buat sang kakak ipar.

Eunha hanya tergelak sebelum menganggukkan kepalanya. Memang bukan Jeon Eunha lah kalau mengeluarkan kata-kata kasar walau sebiadab mana pun orang itu. Dia lebih memilih untuk menyerang dengan santun katanya yang mesra namun pedas dan penuh sarkastik. Sekurang-kurangnya budi bicaranya masih terjaga.

Hae Jung tersenyum kecil. Kemudian, terlintas sesuatu di fikirannya yang membuatkan dia langsung mendekatkan kepalanya di tepi telinga Eunha.

"Tapi kan, eonnie, mak mertua Hae tu bertuah banyak je sebab bukan Jungkook yang confronted dia. Kalau Jungkook yang confronted, risauuuu" bisik Hae Jung berseloroh dengan penuh intonasinya. Tangannya bergerak mengibas wajahnya dengan dramatik, seolah betul-betul risau akan kekentalan jiwa mak mertuanya itu.

Langsung terletus tawa Eunha mendengar celoteh dan melihat gelagat terlebih drama adik iparnya itu. Ditampar perlahan bahu Hae Jung sambil tertawa.

Hae Jung langsung ikut serta tertawa sebelum tersengih kecil. Suka pula dia mengata mak mertua sendiri-

"Eoh, eonnie. Cakap pasal Jungkook, mana dia ni? Tak datang-datang lagi ke nak ambil eonnie? 5 minit lagi kitorang nak gerak dah pergi rumah mama. Eonnie tak call dia ke? " soal Hae Jung bertubi-tubi, prihatin akan kakak iparnya itu. Keningnya diangkat sebelah.

"Ah, dah. Phone dia off. Busy lagi kot" jawab Eunha ringkas lalu mengulum senyuman kecil.

Hae Jung langsung menjongket sebelah keningnya.

"Ada kerja apa eh sampai nak dekat pukul 9 pun tak habis lagi?" soal Hae Jung yang kedengaran membentak itu sebelum mengeluh kecil. Sibuk betul si abangnya yang satu-satu itu. Boleh kira dengan jari berapa kali sehari lelaki itu bersua muka dengannya. Fikirnya, di hari bahagianya ini, mungkinlah si Jeon Jungkook itu akan  membahagikan masa untuk itu. Namun, sama saja.

"Entah la, Hae. Dia pun rushing tadi. Tak sempat dah nak bagitahu eonnie" jelas Eunha.

Hae Jung langsung menganggukkan kepalanya perlahan.

"Habis,sekarang macam mana? Takkan eonnie nak tunggu dekat luar dewan ni sorang-sorang? Malam-malam macam ni lagi. Catering,staff semua pun dah nak gerak" ujar Hae Jung berbaur kerisauan sambil memandang wajah Eunha.

Eunha langsung mengukir senyuman kecil sebelum menggeleng perlahan, tanda dia tidak apa-apa akan hal itu.

"Tak apa. Nanti dia on la phone tu. Lagi pun eonnie dah mesej dia. Nanti dia datang lah"  tutur Eunha lalu tersenyum bagi meyakinkan adik iparnya itu.

Hae Jung langsung menggeleng tidak berkenan. Dia memikir sejenak tentang cara yang lebih bagus dari membiarkan Eunha membahayakan diri dengan hanya menunggu di luar dewan itu.

"Okey, macam ni je lah. Eonnie ikut Hae pergi rumah mama dulu la eh? Nanti suruh Jungkook ambil eonnie dekat sana je. Boleh?" ujar Hae Jung memberi cadangan hasil dari idea kurang dari 5 minit dia berfikir itu.

"Eoh, okey lah"




【 BBP S2:TRUST】
»90



    


"Mummy, Uwon nak main kad dengan Hyungwon samchon tau!" tutur Jungwon riang sambil memeluk beberapa kotak permainan kad di pangkuannya sambil berlari setempat, menanti respon dari ibunya itu terlebih dahulu sebelum memecut pergi nanti.

"Iye, jangan lari, sayang" balas Eunha yang sedang duduk di atas sofa itu dengan pesanan lembut.

"Okey,mummy!" balas Jungwon girang tika mendapat kebenaran dari Eunha itu. Dia langsung memusingkan badannya lalu terus berlari teruja.

Buk!

"Auwww" rintih Jungwon spontan tika dirinya merempuh agak kuat tubuh figura di depannya dan berakhir dengan jatuh terduduk di atas lantai rumah Choi Im Hwa itu.

"Eh haaa. Itulaa. Mummy dah cakap jangan lari tadi kan" ujar Hae Jung yang langsung membebel ringkas itu dengan sebelah tangan yang mencekak pinggang.

"Tak apa, Won okey!" seloroh Jungwon seraya mengangkat ibu jari kecilnya. Lalu, dia langsung berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Eunha dan Hae Jung yang melihat itu serentak berdecit perlahan dengan celoteh si kecil itu.

"Hae imo, jom la main kad sekali!" ajak Jungwon ceria seraya mengutip tiga kotak permainan kadnya itu di lantai. Dia kemudiannya memandang Hae Jung di sebelah dengan raut riang.

"Eleh, dia tahu main ke?" soal Hae Jung dengan kening yang diangkat sebelah, sengaja berbuat meremehkan anak saudaranya itu.

"Tahu la! Sini,sini. Kita main sekali!" balas Jungwon riang lalu langsung menarik lengan kanan Hae Jung dengan kedua-dua tangannya, mengheret ibu saudaranya itu ke bilik.

Eunha yang menyaksikan itu dari ruang tamu hanya tersenyum kecil saja. Dia kemudiannya kembali mengalihkan fokusnya pada skrin telefon.

Ting Tong!

Bunyi loceng rumah yang bergema itu langsung membuatkan Eunha menoleh ke arah pintu hadapan. Dia langsung meletakkan telefonnya itu ke atas meja kecil di hadapan lalu berdiri. Setelah itu, dia melangkah menuju ke pintu hadapan dan langsung saja membuka pintu itu.

"Sayang" ujar Eunha spontan sebaik saja melihat gerangan Jungkook di muka pintu.

Jungkook mengukir senyuman kecil.

"Eoh, sorry, saya lambat. Jungwon mana?" respon Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah seraya memandang sekilas ke sekeliling.

"Ada dengan Hae imo dia. Awak kenapa lama sangat pergi office? Ada hal besar ke nak kena settle? 4 jam tau awak pergi" tutur Eunha yang berbaur bentakan dan penasaran itu.

"Sorry. Saya kena pergi Gimpo tadi" balas Jungkook ringkas seraya menyentuh singkat ubun-ubun kepala milik Eunha. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam.

Eunha sekadar menganggukkan saja kepalanya. Malas memanjangkan cerita. Walaupun hakikatnya,dia penasaran tentang atas hal apa suaminya itu pergi ke sehinggakan ke bandar sebelah itu.

"Papa ada? " soal Jungkook seraya memandang Eunha yang sedang menutup kembali pintu rumah itu.

"Eoh ye, ada. Papa bagitahu saya nak jumpa awak bila awak datang tadi. Papa ada dalam bilik tu. Tengah tunggu awak rasanya tu" respon Eunha yang hampir lupa tentang pesanan ayah mertuanya itu. Jarinya menunding ke arah sebuah bilik tidur di hujung.

Jungkook mengangguk.

"Eoh. Saya pergi jumpa papa dulu" pamit Jungkook seraya mengelus singkat rambut Eunha.

"Eoh, okey" balas Eunha akur dengan anggukan.




【 BBP S2:TRUST】
»90



    

"Pa" panggil Jungkook ringkas sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang merupakan bilik Choi Im Hwa itu. Kakinya mengorak menghampiri figura sang ayah yang sedang membelakanginya, memandang ke luar tingkap.

Mendengar suara anak sulungnya itu, tuan Jeon perlahan memusingkan badannya menghadap Jungkook. Dia memandang sang anak yang kian menapak hampir dengannya.

Pak!

Satu tamparan hebat hinggap di pipi mulus seorang Jeon Jungkook serta-merta. Terteleng langsung kepala lelaki itu.

Eunha yang kebetulan berjalan melepasi bilik itu, tidak sengaja menyaksikan situasi itu melalui pintu bilik yang tidak tertutup rapat. Membulat langsung sepasang matanya. Mulutnya ditekup. Tidak pernah menyangka adegan seperti itu akan dilihatnya hari ini. Sangkanya anak beranak itu saling rapat satu sama lain.

Tanpa banyak kata, Eunha langsung melangkah pergi dari situ. Dia tidak mahu terlihat memasuk campur hal yang tidak kena mengena dengannya. Meskipun dia sangat risau tentang keadaan suaminya di dalam.

"Buat hal lagi,Jeon Jungkook" tutur tuan Jeon tegas dan mendatar. Matanya menatap tajam sang anak di hadapan.

Jungkook yang sedang terteleng kepala itu mengesat perlahan bibirnya yang terhasil luka. Dia kemudiannya mengangkat kepalanya, memandang tuan Jeon di hadapan buat seketika. Dia diam.

"Apa penting sangat kerja kamu tu, Jeon Jungkook? Ini majlis bahagia untuk satu-satunya adik kamu. Kenapa susah sangat kamu nak elak dari lebihkan perkara lain? Kenapa nak kena pentingkan lagi kerja tu?" ujar tuan Jeon kesal dengan nada yang masih dikawal. Matanya kekal menatap tajam sang anak yang sedang menunduk.

"Dah tu, bukannya yang ada dekat meja makan tadi tu kamu. Tapi,kakak ipar dia. Yang tak ada talian darah pun. Yang kamu pulak, abang kandung dia, lagi nak sibukkan kerja. Pentingkan sangat kerja tu dari family" tambah tuan Jeon lagi dengan kesalnya.

Jungkook yang sedang memandang lantai itu langsung menarik senyuman senget. Dia mengangkat kepalanya.

"Bukan ke papa pun macam tu dulu?" tukas Jungkook mendatar dengan sarkastiknya. Keningnya diangkat sebelah.

Pak!

Buat kali kedua, pipi milik Jungkook mendapat satu lagi tamparan kuat oleh sang ayah. Cukup menambahkan lagi luka di bibir dan sakit di pipi. Semuanya berpunca dari responnya yang mencabar kesabaran tuan Jeon.

"Aku tengah cakap pasal benda yang tengah berlaku sekarang. Bukan pasal dulu! Tak perlu ungkit!" bentak tuan Jeon berang dengan agak lantang. Ditatap tajam anaknya di hadapan.

Jungkook yang mendengarkan itu langsung tersenyum mengejek. Dia mengesat kasar bibirnya yang berdarah sedikit itu sebelum memandang tuan Jeon.

Tuan Jeon merengus kasar. Bibirnya diketap seketika.

"Kalau memang aku dulu macam tu sekali pun,kau tak perlu nak ikut jejak bodoh aku. Terlalu pentingkan kerja dari family. Bila sampai masa, kau akan menyesal nanti. Kau akan menyesal bila terlalu sibukkan dengan kerja tu, Jungkook. Family kita,family kecil kau,lagi penting dan berharga dari semua kerja tu" tutur tuan Jeon panjang lebar dengan nada yang kembali mengendur, penuh tulus buat sang anak.

Jungkook kekal diam. Setiap tutur kata dari ayahnya itu mampu membuat hati memberontaknya tadi sedikit reda. Betapa jengkelnya dia tadi dengan tuturan tuan Jeon yang baginya seperti tidak sedar diri itu. Dan sekarang, dia merasa bodoh kerana berfikir seperti itu.

Tuan Jeon melepaskan keluhan berat. Dia mengangguk perlahan.

"Ya. Papa mungkin tak banyak luangkan masa untuk kamu dengan Hae Jung dulu. Papa mungkin tak layan kamu berdua macam ayah orang lain. Papa mungkin tak tunjuk kasih sayang untuk kamu berdua macam orang lain. Bila fikir semua ni, papa rasa tak berguna. Papa rasa tak layak. Jadi, papa tak nak kamu ulang kesilapan yang sama, yang papa pernah buat dulu. Jaga family kamu baik-baik, Jungkook. Jaga dengan sepenuh hati" hambur tuan Jeon panjang lebar dengan penyesalan dan pesanan.

Jungkook hanya membisu. Tipulah kalau hatinya tidak tersentuh dengan hamburan sang ayah yang sudah lama berjauhan dengan dirinya dan Hae Jung itu. Juga,Choi Im Hwa.

"Jangan ulang kesilapan papa, Jungkook. Jangan. Cukuplah papa menyesal dengan akibat yang jadi dekat keluarga kita" sambung tuan Jeon bersungguh, sambil menatap tepat ke wajah mendatar Jungkook di hadapan.

"Then, baikilah balik keluarga kita" ujar Jungkook senada seraya mengamati wajah redup tuan Jeon.

Tuan Jeon menggeleng perlahan.

"Tak,Jungkook. Dah terlambat. Papa akan bercerai dengan mama kamu nanti" respon tuan Jeon sebelum mengemam bibirnya singkat.

Bagai sebiji batu besar yang menghempap dada Jungkook sebaik saja dia mendengar jawapan ayahnya itu. Biarpun dia membenci sosok ibunya itu, hatinya seakan tidak dapat menerima.

"M-mwo?" respon Jungkook terpana dengan wajah yang terkesima. Matanya menatap tepat wajah kesal tuan Jeon.

Tuan Jeon mengeluh panjang. Dia sudah mengagak anak sulungnya itu akan bereaksi begitu.

"Papa minta maaf. Itu je cara--"

"Pa, tak cukup huru-hara lagi ke keluarga kita sampai buat keputusan macam ni? Macam ni ke 'menyesal' yang papa cakapkan tadi? Macam ni ke,pa? Eoh?" bentak Jungkook protes dengan agak berang sambil menatap tajam wajah tuan Jeon. Nadanya kekal dikawal, enggan mengeruhkan suasana di dalam rumah agam Choi Im Hwa itu.

Tuan Jeon memejamkan matanya seketika. Bibirnya dikemam.

"Papa minta maaf"

Jungkook merengus kasar. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

"Pa, please. Jangan buat keputusan macam ni. Fikirlah pasal Hae jugak. Dia baru je mula hidup baru. Papa tak fikir--"

"I'm really sorry" ucap tuan Jeon perlahan seraya menepuk lembut bahu Jungkook. Dia menatap singkat wajah kesal anaknya itu sebelum melangkah menghampiri katil.

Jungkook langsung merengus geram. Wajahnya diraup kasar sebelum lantas mengatur langkahnya keluar dari bilik tidur tetamu itu. Pintu ditutup kasar lalu tubuhnya disandarkan pada pintu itu. Matanya dipejam rapat bersama bibir yang diketap kuat. Bertambah lukalah di bahagian situ dibuatnya.

"Bodoh" omel Jungkook sebal dengan nada yang perlahan. Rambutnya diramas kuat. Sungguh, dia amat kesal dengan keputusan ayahnya itu.

Di kala dia sedang melayan emosi, terasa wajahnya disentuh lembut. Drastik dia menepis kasar tangan yang memegang wajahnya itu. Lalu, matanya yang dipejam tadi langsung dicelik, ingin melihat gerangan yang 'mengganggu' wajahnya itu.

Jeon Eunha.

Ya. Itulah gerangannya.

Wajah wanita itu tentunya tampak tersentak dek tindakan kasar Jungkook barusan. Langsung saja raut wajah bengang Jungkook tadi mereda sedikit. Mungkin dia terlalu melayan perasaan amarahnya tadi.

"Sa-sayang? Gwenchana?" soal Eunha prihatin dengan agak gugup sambil menatap raut wajah tegang suaminya itu.

"Eoh?" sahut Jungkook buntu dengan raut wajah yang masih terkesima dengan perbuatannya tadi.

"Bibir awak" tutur Eunha ringkas sambil menatap bimbang ke wajah Jungkook.

"Hm?" respon Jungkook bingung dengan kening yang diangkat sebelah. Lupa habis pasal luka di bibirnya itu setelah melihat wajah polos Eunha di hadapan.

Eunha mengeluh kecil dek respon terpinga-pinga suaminya itu.

"Sini" arah Eunha perlahan seraya menarik lengan Jungkook ke ruangan hadapan. Lelaki itu hanya menurut saja hingga masing-masing duduk di atas sofa. Saling bersebelahan.

Eunha memusingkan badannya sedikit menghadap Jungkook di sebelah. Ditatap lama wajah lelaki itu.

"Saya nampak... papa tampar awak tadi" ujar Eunha teragak-agak sambil mengamati wajah datar suaminya itu.

Jungkook langsung tersentak sedikit. Dia hanya memilih untuk diam.

Eunha mengeluh perlahan. Dia kemudiannya mencapai ubat antiseptik dan putik kapas yang berada di dalam peti kecemasan yang sudah diambilnya tadi itu. Kemudian, dia kembali menghadap suaminya itu.

"Apa yang jadi, sayang? Awak okey kan? " soal Eunha prihatin seraya memandang sekilas wajah Jungkook di hadapan. Dia meletakkan sedikit krim antiseptik itu pada putik kapas.

Jungkook menarik senyuman kecil. Dia mengangguk perlahan.

"Okey lah. Tak ada apa pun. Memang layak pun saya kena tu" jawab Jungkook tenang dan kembali menarik senyuman.

Eunha hanya mengeluh kecil sebelum mulai mendaratkan krim antiseptik yang berada di putik kapas itu lalu disapu perlahan pada bibir terluka suaminya itu. Berkerut-kerut sedikit dahinya tika merawat luka di hujung bibir Jungkook itu, seolah dirinya pula yang terluka.

Jungkook yang melihat itu langsung tersenyum kecil. Cukup mencuit hati.

"Sayang" panggil Jungkook perlahan sambil menatap wajah Eunha yang dekat dengannya itu.

"Hm? " sahut Eunha ringkas tanpa sedikit pun teralih fokus dari meletakkan krim ubat di bibir suaminya itu.

"I'm sorry" ucap Jungkook lembut dengan tulus sambil mengamati wajah Eunha di hadapan.

"Hm? Untuk? " soal Eunha bingung seraya memandang wajah sempurna Jungkook itu. Dahinya berkerut. Terhenti juga aktiviti menyapu ubat di bibir lelaki itu.

"Saya memang tiba-tiba je ada hal tadi. Saya tak berniat pun nak tinggal awak dengan Jungwon macam tu je tadi. Saya rushing sangat" tutur Jungkook yang serba salah sambil tak lari dari memandang wajah polos isterinya.

"Iye. Dah memang kerja awak kan?" balas Eunha ringkas dan menarik senyuman kecil.

"Ye. Lepas ni saya akan cuba manage masa saya untuk kita keluar bertiga,yang tak sempat jadi hari ni eh?" tutur Jungkook lembut sambil menatap wajah sempurna Eunha.

Eunha memerhati seketika wajah Jungkook sebelum perlahan dia mengangguk setuju. Sekuntum senyuman manis diukir.

Jungkook juga tersenyum senang sebelum mengusap lembut rambut Eunha.

"Eh ehhh, siapa yang pengantin baru dalam rumah ni sekarang ni?" seloroh Hae Jung yang langsung menerjah di saat manis antara abang dan kakak iparnya itu. Sengajalah dia mahu menyakat dua orang itu yang khusyuk bersemut di ruang tamu.

Eunha pula langsung menoleh belakang apabila mendengar suara adik iparnya itu.

"Eh, Hae" tegur Eunha sebelum tersengih kecil.

"Hak elah, bersawit pulak korang dua ketul dekat ruang tamu ni ye. Mentang-mentanglah tak ada siapa" tambah Hae Jung lagi sebelum berdecit perlahan. Lengannya disilang ke dada.

Eunha langsung tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan, menafikan.

"Mana ada lah. Eonnie cuma letak ubat dekat bibir abang awak ni je ha" terang Eunha mesra dengan senyuman.

Hae Jung langsung mengangkat sebelah keningnya sebelum memandang si abang.

"Dah apahal pulak bibir kau, Kook? Siapa robek?" soal Hae Jung selamba dengan kening yang diangkat sebelah. Penasaran.

Jungkook langsung berdecit jengkel dengan soalan adiknya itu. Rasa macam nak baling sofa- k tak rilek.

"Blah kau sana. Semak" respon Jungkook senada dengan wajah jengkel.

Hae Jung langsung berdecit perlahan.

"Ngeh. Ha, yelah. Sambung la beranai-anai dekat sini. Biar aku yang pengantin LAMA ni jaga anak korang yeee" balas Hae Jung bersahaja dengan terselitnya sindiran mesra. Satu senyuman terikhlas diberikan.

Jungkook sudah mengangguk-angguk setuju dengan pilihan adiknya itu.

"Ha, pergi--"

Manakala, Eunha langsung berdiri dek tuturan Hae Jung itu.

"Eh Hae, Jungwon ada dengan Hae ye? Tak apa,tak apa. Kejap eonnie--"

Tidak sempat Eunha menghabiskan katanya dan berura untuk pergi, lengannya pantas diraih Jungkook.

"Tak payah. Duduk sini. Tak habis lagi kan letak ubat dekat bibir saya" ujar Jungkook dengan nada yang agak terisi penekanan sambil menatap wajah sang isteri.

Eunha langsung mengerling Jungkook jengkel.

"Dah, buat sendiri sana. Bukannya budak-budak" balas Eunha bersahaja seraya meloloskan lengannya dari pegangan Jungkook. Kemudian, dia langsung melangkah ke arah Hae Jung yang sudah tergelak-gelak menyaksikan ragam dua gerangan itu.

"Ala, sayangggg" rungut Jungkook protes dengan sadisnya apabila direspon begitu oleh sang isteri. Mulalah sisi mengada-ngadanya itu.

Di kala itu, terukir senyuman kecil di bibir seorang wanita tika melihat sisi lain dari Jeon Jungkook itu. Sisi dari seorang lelaki yang langsung tidak pernah menarik senyuman kepadanya.




【 BBP S2:TRUST】
»90



    


"Hah tu,eonnie. Ada dengan nenek dia tu ha" tutur Hae Jung sebelum menjuihkan bibirnya ke arah Jungwon yang berada di ruang dapur bersama Choi Im Hwa. Eunha mengangguk dan tersenyum kecil.

"Halmeoni, nak coklat tu!" pinta Jungwon ceria seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah balang kaca yang berisi coklat bar mini di tengah-tengah meja makan itu.

"Satu je, boleh?" respon puan Choi dengan kening yang diangkat sebelah. Maklumlah, selama si kecil itu menerjah dapur beberapa minit lalu, macam-macam manisan dimintanya.

Tambahan pula bila dia mendapat tahu wanita itu merupakan neneknya. Bukan main tak malulah meminta-

"Alaaa,Halmeoni ni kedekut lahh" rungut Jungwon protes dengan bibir yang sudah memuncung panjang.

Puan Choi tersenyum singkat melihat celoteh anak kecil itu.

"Nanti kalau gigi rosak macam mana? Siapa nak bagi pinjam gigi?" balas puan Choi, menguji si kecil itu. Keningnya dijongket sebelah.

"Eoh? Boleh rosak ke,halmeoni? Tak ada orang nak bagi pinjam?" soal Jungwon polos yang perlahan menurunkan muncung itiknya barusan. Bulat-bulat matanya menatap wajah sang nenek.

Puan Choi tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya.

"Iye lah" jawab puan Choi mengiyakan soalan polos Jungwon.

Jungwon masih menatap polos wajah puan Choi.

"Kenapa tak--"

"Jungwon ah" panggil Eunha mesra yang sengaja memotong percakapan anaknya itu.

Langsung saja Jungwon menoleh tika mendengar suara ibunya itu.

"Mummy!" laung Jungwon riang seraya turun dari kerusi lalu berlari anak menghampiri Eunha.

Eunha langsung tersenyum seraya mengusutkan perlahan rambut anaknya itu.

"Mummy, mummy. Tu halmeoni Uwon kan?" soal Jungwon meminta kepastian sambil menarik-narik tangan mulus Eunha. Lalu, ditunding jarinya ke arah Choi Im Hwa yang kekal duduk di meja makan itu.

Eunha memandang puan Choi sekilas sebelum menganggukkan kepalanya buat Jungwon. Satu senyuman juga diukir buat anaknya yang satu itu.

"Ye,sayang. Apa kata Uwon pergi depan, duduk dengan daddy? Mummy nak cakap sikit la dengan halmeoni" tutur Eunha lembut dengan mesra.

"Daddy dah datang?" soal Jungwon dengan raut wajah yang langsung teruja.

Eunha tersenyum sebelum mengangguk.

"Iye. Pergilah. Pergi dengan Hae imo" balas Eunha dengan senyuman.

"Eoh! Imo,kajja!" ajak Jungwon riang seraya langsung menarik tangan ibu saudaranya itu ke ruang depan. Hae Jung hanya redha saja diheret si kecil itu.

Eunha hanya tersenyum kecil melihat situasi itu sebelum memandang puan Choi yang sedang duduk di meja makan, mengemas ringkas sisa plastik pembungkus gula-gula yang ditinggalkan Jungwon tadi. Eunha langsung menapak mendekati ibu mertuanya itu.

"Macam mana Jungwon boleh kenal puan?" soal Eunha seraya menarik kerusi di hadapan wanita itu lalu didudukinya.

Puan Choi mengangkat kepalanya, memandang Eunha di hadapan.

"Pelik ke kalau dia kenal nenek dia sendiri?" respon puan Choi mendatar, membalas dengan soalan kembali.

"Ah, jadi dia sendiri ye yang recognize puan?" tebak Eunha, membuat andaian. Keningnya dijongket sebelah.

Puan Choi menggeleng perlahan.

"Tak lah. Aku sendiri yang kenalkan dekat dia. Aku tak patut buat macam tu ke?" balas puan Choi sedikit ragu. Ditatap wajah menantunya itu.

Eunha langsung tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya, menidakkan tanggapan ibu mertuanya itu.

"Tak lah. Apa yang tak patutnya? Itu kan cucu puan" tukas Eunha lalu mengulum senyuman kecil.

Choi Im Hwa sekadar mengangguk kecil. Tak mahu memanjangkan cerita soal itu.

"Jungwon tu betul-betul macam muka Jungkook kan, puan?" soal Eunha mesra dengan senyuman, membuka bicara lagi.

Puan Choi memandang Eunha sekilas sebelum dia membisu seketika. Kemudian, dia menganggukkan kepalanya.

"Hm" jawabnya ringkas.

"Hampir sama macam waktu dia sebaya Jungwon dulu" sambungnya sebelum tersenyum singkat.

Eunha tersenyum simpul mendengar respon Choi Im Hwa itu.

"Kan? Memang Jungwon tu betul-betul copy paste daddy dia" tambah Eunha bersetuju. Dia tersenyum lebar.

Puan Choi sekadar mengangguk kecil. Dia kemudiannya menatap lurus ke hadapan dengan tatapan kosong.

"Tengok Jungwon tu betul-betul ingatkan aku waktu Jungkook sebaya dia dulu. Tapi,aku tak pernah layan dia macam mana aku layan Jungwon tadi waktu tu. Kadang rasa kelakar bila everytime aku nak cakap dengan dia sekarang,aku rasa awkward sangat. Padahal dengan anak aku sendiri" luah puan Choi sebelum tersenyum kelat.

"Yea, semua sebab kerja afterall. Dia tak dapat kasih sayang macam budak-budak lain dapat pun. Sebab aku terlalu sibuk pentingkan kerja" tambah puan Choi lalu mengemam bibirnya sebentar. Berbaur penyesalan dari bicara wanita itu.

"Jadi, puan menyesal sebab tak jaga dia dengan baik waktu tu?" soal Eunha lembut dengan nada perlahan. Wajah puan Choi ditatapnya lama.

Puan Choi mengalihkan pandangannya ke arah Eunha di hadapan sebaik saja soalan itu diaju. Dia memandang wajah polos menantunya itu lama. Lalu, lambat-lambat dia mengangguk.

"Eoh" jawabnya ringkas. Buat pertama kalinya dia berlaku jujur pada dirinya bila soalan berkenaan itu ditanya.

Eunha tersenyum kecil, bersenang hati dengan jawapan ringkas puan Choi itu.

"Jadi,puan tak nak cuba berbaik dengan dia? Masih tak terlambat untuk puan jadi ibu yang terbaik untuk dia kan?" cadang Eunha lembut dengan senyuman. Dia sememangnya cuma mahukan kebahagiaan antara dua beranak itu. Dia cuma mahu membaiki hubungan dingin antara Jungkook dan puan Choi itu.

Choi Im Hwa perlahan mengulum senyuman nipis.

"Mungkin memang tak terlambat. Tapi, apa yang aku dah buat sebelum ni, tak memadai untuk tu"












"Aku bagi luka besar dekat dia. Bukan senang nak rawat semua tu, Eunha" -Choi Im Hwa


OK DAH

4K WORDS LAGI EM

AHSHDHDHDH

HAH TAK, TAK.

EUNHA TAK MENGANDUNG PUN AHAHAHAHAH

ADAKAH SEYA MEMBERI ANDA HARAPAN?

HAHAHAHAAHA EM

BUKAN AKU YG SCAM EH, MAKCIK CHOI KORANG YG SCAM HUEHUEHUE

ANDDD, CHAP NI DGN CHAP LEPAS FIRST TIME AYAH JUNGKOOK MUNCUL DLM FF NI AND BBP JUGAK.

DALAM BBP AKU CUMA MENTION NAMA JE, SOO-

SOOO, TAK PYH SUSAH II PIKIR AYAH JUNGKOOK NI SIAPA SEBAB AKU TAK PENAH BUAT SKRIP UTK DIA SBLM NI AHAHAHAH

Ha tu je lah

YE JGN LUPA VOTE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro