🔷89
Ha seminit sebelum pukul 12am-
HA YE AKU DATENG LAGI
SEYA TENGAH USAHAKAN UTK DAILY SELALU, JADI TOLONG EPRESYET SEYA SELALU. MUAH
VOTE LA BEBEH
LAMAK
"Mummy tak dapat nak halang daddy, sayang. Itu memang kerja daddy. Nanti kita pergi ye? " tutur Eunha lembut dengan tangannya yang memegang kedua-dua bahu kecil Jungwon. Matanya tepat menatap lembut pada raut wajah cemberut anaknya itu.
Jungwon memandang wajah ibunya itu dengan tatapan redup sebelum menganggukkan kepalanya perlahan. Ekspresi wajahnya tetap saja muram. Bukan mudah untuk kanak-kanak sekecilnya memahami situasi begitu.
Eunha menarik senyuman kecil tika melihat respon Jungwon itu. Akhirnya si kecil itu tidak merengek-rengek dan memilih untuk menerima. Tangannya langsung naik mengelus singkat rambut anaknya itu dengan senyuman.
"Jungwon ah!"
Jungwon yang sedang mengamati wajah ibunya itu langsung saja menoleh ke tepi apabila mendengar namanya diseru. Begitu juga Eunha.
Terlihat seorang Kim Mi Yeon sedang berlari anak menghampiri dua beranak itu dengan cerianya. Tangannya juga dilambai mesra.
"Mi Yeon noona" respon Jungwon perlahan sebaik saja Mi Yeon menghampiri mereka. Raut wajahnya masih lagi hampa. Selalunya jangan haraplah dia tak teruja bila bertemu dengan 'Mi Yeon noona' nya itu.
"Kenapa masammm je muka tu?" soal Mi Yeon mesra bercampur hairan dek riak wajah yang ditayang Jungwon itu. Keningnya dijongket sebelah.
Jungwon langsung mencebikkan bibirnya. Dia menunduk memandang tanah dengan kecewanya.
"Jungwon nak pergi kedai game dengan daddy. Daddy cakap nak bawa Won pergi tadi. Tapi, lepas tu daddy tak boleh bawa pulak. Daddy pergi kerja" jelas Jungwon bernada kendur dengan mulutnya yang muncung-muncung kecewa itu. Dia kekal menatap tanah.
Melopong mulut Mi Yeon mendengar penjelasan Jungwon itu.
"Ohhh. Tak apalah. Nanti kan boleh pergi lagi?" balas Mi Yeon mesra dengan senyuman lebar. Kepalanya disengetkan sedikit, cuba memujuk si kecil yang berbeza 5 tahun dengannya itu.
Namun, Jungwon tetap saja melayan kekecewaannya itu. Ekspresi wajahnya kekal hampa.
Mi Yeon menjadi bingung seketika. Dia menggaru-garu pipinya yang tidak gatal, cuba memikirkan cara lain untuk menggembirakan si kecil itu semula. Matanya meliar ke sekeliling ruang makan yang dipenuhi meja dan kerusi itu. Juga, makanan.
"Umm, Won nak tahu tak?" soal Mi Yeon berhati-hati, kembali membuka bicara. Dia memandang Jungwon di hadapan yang sedang menguis tanah menggunakan kasutnya itu.
Jungwon perlahan mengangkat kepalanya. Dia menatap kosong Mi Yeon yang sedang membongkokkan tubuh di hadapannya itu. Ada juga terselit penasaran dalam dirinya.
Mi Yeon tersenyum kecil sebelum bersuara.
"Tadi kan noona nampak ada banyak makanan diorang baru letak! Ada pencuci mulut! Ada puding, ada pie, ha kek pun ada! Macam-macam kek ada ha noona nampak! Kek lobak pun ada!" jelas Mi Yeon mesra yang dibuat teruja dengan ekspresi girang. Kedua-dua tangannya juga bergerak-gerak di udara, membuat gaya bagi menarik teruja kanak-kanak itu lagi.
"Jeongmal-yo?" respon Jungwon spontan dengan raut berminat. Bulat-bulat matanya menatap wajah Mi Yeon.
Mi Yeon mengangguk laju dengan senyuman lebar.
"Eoh! Nak pergi tengok tak?" soal Mi Yeon mesra dengan kening yang diangkat sebelah.
Pantas saja si Jeon Jungwon itu menganggukkan kepalanya.
"Nak nak!" jawab Jungwon riang dengan mata yang sudah seakan bersinar-sinar itu.
Mi Yeon langsung tersenyum lebar. Taktik yang tak pernah gagal. Makanan.
"Okey, jom!" ajak Mi Yeon ceria seraya meraih tangan kecil Jungwon.
"Yey,kajja,noona!" balas Jungwon riang.
"Mummy, Yeon pinjam Jungwon kejap eh?" tutur Mi Yeon mesra dengan senyuman, meminta kebenaran kepada Eunha yang sudah tersenyum melihat gelagat dua orang anak kecil itu.
Eunha langsung saja menganggukkan kepalanya.
"Eoh, gumawo Mi Yeon ah" ucap Eunha lembut yang sememangnya sangat terhutang budi dengan tindakan Mi Yeon yang telah menggembirakan kembali si Jungwon itu.
"Tak ada hal la, mummy. Kajja, Jungwon ah!"
"Uwaa,kajja!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»89
•
•
•
Ting!
Eunha yang sedang ligat memikir sendirian di salah satu meja di ruang makan di luar dewan itu langsung saja tersentak tika telefon pintarnya berbunyi deringan notifikasi. Dia langsung meraih telefonnya itu lalu ditilik skrin objek itu.
You have messages from Sayang💙
»Sayang, saya rasa tak sempat kot nak pergi family dinner tu
»Sorry
6.47 pm
Satu keluhan panjang langsung dilepaskan Eunha sebaik saja membaca mesej dari Jungkook itu. Dia langsung mematikan telefonnya itu tanpa membalas sepatah pun terhadap mesej itu. Sungguh, dia kecewa.
Eunha mengemam bibirnya rapat. Wajahnya diraup perlahan. Satu keluhan kecil dihela. Dia buntu mahu memberi reaksi apa dengan situasi ini. Yang dia rasa sekarang cumalah satu kekecewaan.
"Entah la. Hal urgent apa lagi kali ni?" gumam Eunha kesal sebelum menyembamkan wajahnya ke atas meja. Bibirnya diketap kuat. Tangannya menggenggam penumbuk erat. Benar. Dia mungkin perlu memahami situasi suaminya itu. Namun, buat masa sekarang, biarlah dia melayan rasa hampa dan kecewanya dulu. Dia letih asyik perlu menjadi seorang yang memahami pihak yang lain.
"Umm hai...eon...nie?"
Suara seorang perempuan yang tiba-tiba menyapa telinga Eunha itu langsung membuat wanita itu mengangkat kepalanya. Langsung saja dahinya berkerut tika melihat seorang gadis di hadapannya.
"Nuguseyo? " soal Eunha bingung dengan dahi yang berkerut. Buntu dengan gerangan gadis yang tiba-tiba saja duduk semeja dengannya dan menyapanya. Siap panggil 'eonnie' lagi.
"Ah, saya adik ipar Hae Jung eonnie" jelas gadis itu atau lebih tepat, Kim Hyeri. Adik perempuan kepada suami Hae Jung.
Langsung melopong mulut Eunha.
"Ah, anyeonghaseyo" sapa Eunha drastik seraya menunduk hormat 30°.
"Ne,anyeonghaseyo" balas Hyeri spontan dan turut membalas hormat seperti Eunha.
Eunha hanya mengulum senyuman singkat. Dia bingung sebenarnya mengapa gadis ini tiba-tiba menyapanya. Takkanlah hanya untuk saling berkenalan.
Atau, mungkin memang untuk berkenalan–
"Eonnie ni...kakak ipar Hae Jung eonnie kan?" soal Hyeri menebak. Keningnya dijongket sebelah.
"Ye, betul la tu" balas Eunha mesra dengan senyuman setelah mengangguk.
Hyeri mengangguk kecil. Dia memandang sekeliling buat seketika sebelum kembali memandang Eunha di hadapan.
"Husband eonnie mana?" soal Hyeri penasaran dengan kening yang dijongket sebelah.
"Hm? Awak kenal ke husband saya?" balas Eunha dengan soalan kembali. Keningnya juga diangkat sebelah. Tidak menjangka soalan itu keluar dari mulut sang gadis yang baru dia jumpa.
Hyeri perlahan mengukir senyuman kecil, atau lebih tepat mungkin cuak?
"Ah, saya...saya kenal sebab abang saya yang bagitahu. Lagipun kan, husband eonnie tu abang ipar abang saya sekarang" jelas Hyeri sebelum menarik senyuman nipis. Gelabah pula dia walaupun cuma untuk menjelaskan perkara itu saja.
"Oh, betul lah kan" balas Eunha yang memang menerima jawapan gadis itu. Kepalanya diangguk perlahan.
Hyeri tersenyum kecil. Matanya meliar ke sekeliling lagi buat kali kedua, cuba mengambil ilham untuk membuka topik lain pula.
"Eoh,anak eonnie yang jadi flower boy time majlis tadi kan?" tebak Hyeri mesra dengan senyuman.
Eunha langsung tersenyum. Kepalanya dianggukkan.
"Oh, haah" jawab Eunha bersama sepenggal senyuman.
Hyeri tersenyum lebar.
"Comel je" tuturnya lembut lalu tersengih kecil.
Eunha pula hanya mengulum senyuman kecil.
Kemudian, suasana antara mereka pun menjadi hening. Masing-masing diam.
Eunha pula sudah kembali mengelamun sendiri. Dia masih tidak kunjung merasa pudar dari kekecewaan walaupun telah berborak kosong dengan sang adik ipar Hae Jung itu.
"Eonnie tengah fikir pasal...husband eonnie eh?" soal Hyeri berhati-hati dan teragak-agak tika menyedari wanita di hadapannya itu kembali mengelamun sendiri.
Eunha langsung tersentak dari lamunan dek soalan Hyeri itu. Matanya lantas tertumpu pada wajah cantik gadis itu.
"Eoh?" respon Eunha terkesima. Matanya sedikit membulat.
Hyeri kembali menggelabah. Dia mengetap bibirnya singkat.
"Eo-Eoh, sorry kalau saya macam...menyibuk urusan rumah tangga eonnie. Tapi..." ujar Hyeri teragak-agak dan secara tidak langsung menggantungkan ayatnya. Dia mengemam bibirnya.
"Tapi? " soal Eunha penasaran.
"Tapi, saya memang tak sengaja tengok dan dengar everything" balas Hyeri pantas dengan satu nafas. Dia kemudiannya mengatur nafasnya.
"Eoh?" soal Eunha yang sekali lagi terkesima. Biarpun gadis itu bercakap pantas, dia masih dapat menangkap setiap kalimah yang keluar dari mulut Hyeri itu. Dia agak tersentak.
Hyeri mengemam bibirnya apabila melihat raut wajah Eunha itu. Mulalah dia rasa bersalah dan cemas.
"Saya tak sengaja, eonnie. Betul-betul tak sengaja" tutur Hyeri bersungguh-sungguh sambil matanya bulat-bulat menatap wajah Eunha.
Eunha pula sudah hanyut dalam kebisuan. Dia cuba menghadam apa yang cuba disampaikan Hyeri itu. Satu kejutan yang tidak terjangka buatnya.
"Tapi, kalau betul lah eonnie tengah fikir pasal husband eonnie sekarang, bagi saya bagitahu eonnie benda ni" tutur Hyeri, meminta kebenaran. Wajah terpana Eunha dipandangnya bersungguh.
Eunha langsung memandang gadis itu.
"Bagitahu apa? " soal Eunha penasaran bercampur hairan.
Hyeri menggigit bibirnya seketika. Dia menghela nafasnya perlahan. Tampak resah dia di situ untuk bersuara.
"Saya...tak sengaja dengar call conversation husband eonnie tadi. Niat saya nak pergi ambil makanan untuk Hae Jung eonnie je tadi. Then...tak sengaja dengar pulak" jelas Hyeri sebelum mengemam bibirnya. Risau dirinya dimarahi.
Eunha langsung terpana sebaik saja mendengar tuturan Hyeri itu.
"Awak dengar the whole thing?" soal Eunha penasaran dan tidak menyangka.
Hyeri perlahan menganggukkan kepalanya.
"Boleh... saya bagitahu?" soal Hyeri berhati-hati.
Eunha mati kata. Dia memandang wajah polos Hyeri sambil di benak fikirannya sedang berkira-kira dengan permintaan gadis itu. Dia penasaran, dalam masa yang sama dia bimbang kalau-kalau perbualan telefon oleh Jungkook itu berubah menjadi situasi lain. Satu lagi kekecewaan pula.
Eunha mengeluh perlahan. Kemudian, lambat-lambat dia mengangguk.
Hyeri mengangguk perlahan tika mendapat kebenaran dengan satu anggukan oleh wanita itu.
"Sebenarnya ni lah tujuan saya datang tegur eonnie. Saya nak bagitahu benda ni. Jadi, macam ni, eonnie. Saya tengok cara conversation husband eonnie tu pun dah nampak serius. Bunyi macam hal urgent. Tapi, dia banyak kali cakap dekat caller tu untuk postpone kerja tu hari lain, waktu lain. And, end up dia mengalah jugak" jelas Hyeri panjang lebar dengan lancarnya.
"Maybe hal tu memang urgent kan, eonnie?" sambung Hyeri dengan kening yang diangkat sebelah, cuba meminta sokongan dari Eunha.
Eunha pula hanya diam. Dia sedang menghadam penerangan panjang Hyeri itu. Sangkanya seorang Jeon Jungkook itu betul-betul langsung akur bila tiba-tiba muncul hal kerja walaupun di hari istimewa buat adiknya itu. Namun, dia silap. Penjelasan Hyeri sudah cukup menceritakan segalanya.
"Saya rasalah kan, husband eonnie pun tak nak pergi settle kan hal tu. Tapi itulah, maybe ada hal urgent yang kita tak faham?" tambah Hyeri, cuba memberi asupan positif kepada Eunha tentang tindakan Jungkook itu.
Eunha kemudiannya memandang Hyeri. Hairan pula dia mengapa gadis yang baru bertemunya tidak sampai 10 minit itu memberitahunya semua itu.
"Kalau eonnie pelik kenapa saya bagitahu semua ni, umm nothing much. Just, saya nak eonnie tahu yang husband eonnie waktu tu tak senang-senang je setuju untuk kerja tu. Also, saya nampak eonnie nampak kecewa tadi. Jadi, maybe benda ni boleh heal kan sikit rasa kecewa eonnie tu? "
"Kadang memang kita rasa macam kita je yang sibuk faham situasi, perasaan orang lain. Tapi, kita tak nampak pun struggle orang lain yang sebenarnya buat benda yang sama dekat kita"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»89
•
•
•
"Mi Yeon noonaa, sinilahh! " panggil Jungwon riang sambil melambai-lambaikan tangannya buat Mi Yeon yang berjarak banyak di belakang.
"Yee, kejapp!" balas Mi Yeon yang sudah berusaha sebaik mungkin mengejar langkah Jungwon yang terlebih aktif itu.
Jungwon tersengih kecil sebelum memusingkan badannya ke hadapan kembali.
"Uwaa, ada tasik lah!" sorak Jungwon kagum tatkala matanya terarah pada tasik yang berada di taman hujung sana.
"Uwahh, nak pergi sanaaa!" laung Jungwon teruja tika ada pancuran air terjun buatan yang keluar di sekeliling tasik itu. Dia menepuk tangan riang sebelum langsung berlari ke arah itu.
"Jungwonnnn, kejap lahh. Jangan la lari! " jerit Mi Yeon sebal yang sudah letih mengejar budak berusia 4 tahun itu. Dia membongkokkan tubuhnya sambil mengatur nafas. Sesekali dia memandang Jungwon di hadapan.
"Wekk, noona lambat!" laung Jungwon mesra dengan nada mengejek sebelum tergelak-gelak sambil berlari. Dia kemudiannya memandang hadapan kembali dan,
Buk!
"Ah" desis Jungwon spontan serentak dengan dirinya yang jatuh terduduk dek merempuh tubuh satu figura dewasa itu. Seorang wanita.
Choi Im Hwa.
"Ommo,gwenchana?" soal puan chong drastik dengan prihatin. Dia langsung membantu si kecil itu berdiri semula.
Jungwon menganggukkan kepalanya sebagai respon.
"Joseonghamnida, ahjumma" ucapnya polos seraya langsung membongkokkan tubuhnya 90°.
Tersenyum langsung wanita itu dek tingkah bermoral si kecil itu.
"Aniya, gwencha--"
Terhenti langsung respon mesranya itu di saat Jungwon mendongakkan kepala, memandang wajahnya. Terpana sebentar puan Choi dibuatnya. Wajah si kecil itu betul-betul persis seorang Jeon Jungkook.
"Ahjumma? " panggil Jungwon bingung dek menyedari wajahnya ditenung bagai nak tembus oleh wanita di hadapannya itu.
Langsung saja seorang Choi Im Hwa itu tersedar dari lamunan singkatnya. Dia memandang wajah polos Jungwon yang kekal mendongak memandangnya itu.
"Eoh?" sahut puan Choi.
"Kenapa...ahjumma tengok saya macam tu?" soal Jungwon polos. Bulat-bulat matanya menatap wajah wanita itu.
Puan Choi lantas tersenyum kecil. Bibirnya dikemam singkat.
"Eoh, aniya. Sebab muka dia comel sangat" balas puan Choi mesra sebelum mencubit perlahan pipi gebu Jungwon atau lebih tepat, cucunya itu.
Jungwon langsung tersengih suka. Kali ini tidak pula dia membantah bila diri dipuji 'comel' dan bukan 'handsome'. Malah tersengih suka lagi.
"Nama apa?" soal puan Choi seraya mengubah posisi berdirinya itu kepada mencangkung. Prihatin dengan kepala dan leher anak kecil itu yang perlu mendongak untuk memandangnya.
"Jungwon!" jawab Jungwon ceria.
"Ahh, Jungwon" balas puan Choi dengan anggukan kecil.
"Kenapa Jungwon sorang-sorang dekat sini?" soal puan Choi hairan dan penasaran seraya memandang sekeliling sekilas.
"Mummy ada dekat sana. Jungwon bukan sorang-sorang la. Ada noona tu ha" jelas Jungwon dengan betahnya dan menunjuk sekilas Mi Yeon di belakang yang sedang melangkah menghampiri mereka.
"Ahh, araso" respon puan Choi yang terselit tawa kecil itu seraya mengangguk. Tercuit juga hatinya dek celoteh si kecil itu ketika memberi penerangan.
"Nak hadiah tak?" soal puan Choi mesra dengan kening yang diangkat sebelah.
"Hadiah? Hadiah apa,ahjumma? " soal Jungwon polos namun terselit teruja dalam nadanya.
Puan Choi tersenyum lebar seraya menyeluk tangannya ke dalam poket Hanbok yang dipakainya itu.
"Jjajangg" sorak puan Choi perlahan namun mesra seraya menayang seplastik biskut yang bersaiz agak besar itu. Plastik pembalut snek itu saja sudah mampu menarik perhatian budak-budak.
"Uwaa! Apa ni, ahjumma?" soal Jungwon teruja dengan mata yang sudah bersinar-sinar. Asal makanan, memang itulah reaksi dia-
"Biskut coklat. Dalam biskut ni ada coklat cair tau. Jadi,bila Jungwon makan biskut ni nanti,coklat cair tu akan keluar banyak dari biskut ni" jelas puan Choi dengan lancar dan dibuat ceria agar lebih menarik teruja si kecil itu.
Dalam masa yang sama, Mi Yeon pun akhirnya tiba di situ. Dia duduk mencangkung di sebelah Jungwon yang sedang berdiri itu, sambil menatap polos wanita di hadapan. Dia cuba menghadam situasi. Maklumlah, terlepas train-
"Uwaa, jeongmal? " soal Jungwon riang dek penerangan menarik neneknya itu. Malangnya, dia tidak kenal bahwa wanita di hadapannya itu sebenarnya neneknya sendiri.
Puan Choi menganggukkan kepalanya dengan senyuman.
"Iye. Nah. Pegang elok-elok tau" ujar puan Choi lembut seraya menghulur seplastik biskut coklat itu kepada Jungwon. Lalu, diberikan juga buat Mi Yeon.
"Eoh,kamsahamnida,ahjummaa!" ucap Mi Yeon dan Jungwon serentak dengan ceria. Masing-masing melihat seplastik biskut yang diterima di atas tapak tangan.
Seorang Choi Im Hwa itu tersenyum kecil. Dia kemudiannya berdiri.
"Dah,jangan main jauh-jauh. Nanti mummy cari tak jumpa"
"Baikkk! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»89
•
•
•
"Eunha ya"
Eunha yang sedang memicit-micit kepalanya yang terasa pening sedikit itu langsung mengangkat kepalanya apabila mendengar namanya dipanggil. Langsung saja dia berdiri saat melihat gerangan di hadapan.
Jeon Il Woo. Ayah mertuanya.
"Eoh, anyeonghaseyo,pa" sapa Eunha spontan seraya membongkokkan tubuhnya, memberi hormat buat lelaki bergelar ayah kepada Jungkook itu. Lalu, wajah tuan Jeon itu dipandangnya. Raut wajah ayah mertuanya itu tak pernah sekali pun dia berasa tidak cuak melihatnya. Raut wajah yang terlihat sangat tegas dan dingin itu.
"Eoh. Jungkook mana?" soal tuan Jeon setelah mengangguk kecil dek hormat yang diberikan menantunya itu.
Eunha langsung tersentak dengan soalan pertama ayah mertuanya itu. Masaklah.
"Eoh, Jungkook...Jungkook tiba-tiba ada hal urgent. Dia dah pergi office" jelas Eunha ringkas dengan agak gagap itu. Bibirnya langsung dikemam setelah itu.
Tuan Jeon langsung menjongket sebelah keningnya setelah mendengar penjelasan Eunha itu.
"Dia pergi office? Hal apa yang penting sangat dari majlis adik sendiri?" bentak tuan Jeon perlahan dengan kesalnya. Nadanya dingin. Satu keluhan dilepaskan.
Eunha hanya mampu berdiri kaku di situ,dengan kedua-dua tangan di hadapan tubuhnya, tak ubah seperti seorang ahli kadet di hadapan komander. Mulutnya dikunci. Dia menelan air liurnya sukar.
Walaupun sudah 10 tahun dia berkahwin dengan Jungkook, tetap saja dia tidak dapat menghilangkan rasa gerunnya pada ayah mertua sendiri. Nak buka mulut pun seram.
Walhal, tuan Jeon itu tak pernah pun memarahinya atau apa. Layannya dengan baik lagi ada lah. Cuma raut wajahnya saja yang menakutkan. Jarang senyum. Bukan jenis yang selalu mesra.
"Appa kamu tak datang, Eunha?" soal tuan Jeon, membuka topik baru.
"Oh...appa ada dekat Ilsan. Lawatan kerja" jelas Eunha ringkas.
Tuan Jeon mengangguk perlahan.
"Okey lah. Kajja. Tahu kan ada family dinner dekat dalam?" tutur tuan Jeon seraya memandang wajah kaku menantunya itu.
"Eo-Eoh? Eoh, ye, tahu, Pa" respon Eunha yang tetap saja gugup itu. Satu senyuman kecil dipaksa juga terukir.
"Ha, kajja" ajak Tuan Jeon ringkas.
"Eoh... papa masuk dulu. Saya nak panggil Jungwon kejap" balas Eunha lalu mengukir senyuman nipis.
"Eoh, araso. Papa masuk dulu" pamit tuan Jeon bersama senyuman kecil.
"Ok, pa" jawab Eunha setelah mengangguk. Dia juga mengulum senyuman kecil.
Setelah itu, dia langsung mengatur langkah berganjak dari meja makan yang didudukinya tadi.
"Jungwon ah! " laung Eunha tidak terlalu lantang memandangkan anaknya itu berada tidak jauh darinya.
"Ye, mummy!" sahut Jungwon yang sedang ligat membuka plastik bungkusan biskut di tangannya itu.
"Sini!" arah Eunha dengan tangannya yang melambai sedikit, memanggil si kecil itu ke arahnya.
"Eohhh" balas Jungwon akur seraya langsung berlari anak ke arah Eunha.
"Kajja--"
"Mummy, tengok ni! Tadi Jungwon dapat biskut! " tutur Jungwon riang seraya menghulur-hulur seplastik biskut coklat di tangannya itu ke arah Eunha.
Eunha langsung memandang huluran anaknya itu. Dahinya berkerut.
"Hm? Siapa bagi, sayang?" soal Eunha penasaran dengan kening yang dijongket sebelah.
Jungwon langsung menjongket bahunya. Dia menurunkan biskut itu ke sisi.
"Entah, tak kenal. Tapi, Won panggil dia 'ahjumma' je" jawab Jungwon polos.
"Iye? Kenapa dia bagi dekat Jungwon?" soal Eunha lagi yang sebenarnya merasa curiga dengan biskut yang diterima Jungwon itu.
"Tak tahu. Tapi ahjumma tu cakap biskut ni sedap!" jelas Jungwon ceria dengan senyuman lebar. Dia kemudiannya langsung membawa seplastik biskut itu ke mulutnya untuk dibuka plastik pembungkus itu.
Namun, pantas saja Eunha menghalang. Terkebil-kebil Jungwon dibuatnya.
"Kejap, sayang. Mummy nak tengok kejap" pinta Eunha lembut dengan senyuman. Tangannya dihulurkan ke arah si kecil.
"Eoh, nah" balas Jungwon patuh seraya menghulur biskut coklat itu kepada ibunya.
Eunha menyambut huluran Jungwon itu lalu dia langsung membelek biskut coklat itu.
"Won dapat ni dekat mana?" soal Eunha seraya memandang wajah polos anaknya itu.
"Dekat hujung sana tu. Mi Yeon noona pun dapat! " jawab Jungwon ceria seraya menunding jarinya ke arah satu sudut.
Eunha memandang ke arah yang ditunjuk Jungwon itu. Memang agak jauh dari situ. Dia kemudiannya memandang anaknya itu lalu satu senyuman diukir.
"Okey, nanti kita makan biskut ni ye? Sekarang ni, jom kita masuk dalam dewan tu. Ada makan-makan! " tutur Eunha teruja dengan senyuman lebar.
Jungwon langsung mengangguk laju.
"Okey,mummy!" jawab Jungwon ceria.
Eunha langsung memimpin tangan kecil Jungwon lalu mengatur langkah menuju ke dewan kecil di hadapan. Manakala, tangan kanannya masih menggenggam biskut coklat milik Jungwon itu. Dia mengerling sekilas biskut itu sebelum langsung membuang snek itu ke dalam tong sampah di sebelah. Bukan apa, dia terlalu meragui biskut coklat itu kalau-kalau diberi oleh seseorang hanya untuk menyakiti anaknya.
Dan, di saat itu, seorang Choi Im Hwa yang sememangnya melihat situasi dua beranak itu dari mula langsung tersenyum kelat tika menyaksikan tindakan Eunha itu. Dia fikir menantunya itu berbuat demikian kerana tahu biskut itu pemberiannya.
"Memang sampai bila-bila orang akan fikir aku cuma tahu nak sakitkan orang"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»89
•
•
•
Malam itu, acara makan malam antara keluarga baru itu berlangsung dengan suasana yang sangat mesra. Suara gelak ketawa kunjung menceriakan suasana di meja panjang yang penuh dengan hidangan. Bermacam-macam topik dibuka. Masing-masing saling berkongsi cerita, kecuali seorang. Jeon Eunha. Dia cuma bergelak tawa saja. Tiada benda untuk dikongsikannya.
"Ha, Im Hwa ya, bukan ke Hae Jung ada abang?" soal seorang wanita lingkungan awal 50 an, puan Kim Yojung, ibu mertua Hae Jung. Kini, topik baru pula dibukanya.
Puan Choi yang berura-ura untuk menyuap sesudu nasi ke dalam mulut langsung tergendala tika namanya dipetik dan soalan itu diajukan. Dia meletakkan sudu yang berisi nasi putih itu ke dalam mangkuk semula lalu memandang besannya itu di hadapan. Satu senyuman diberikan.
"Ye, ada" jawab puan Choi ringkas.
"Jadi, mana dia? Tak sampai lagi ye?" soal puan Kim penasaran sambil memandang sekeliling dewan tertutup itu.
Puan Choi terdiam seketika. Fikirnya wanita itu tidak akan sedar akan ketiadaan Jungkook.
"Ah,dia...ada hal urgent dekat tempat kerja nak kena settle" jelas puan Choi lalu mengulum senyuman kecil.
Puan Kim menjongket sebelah keningnya dalam ketidakpercayaan.
"Ah, hal kerja lah? Time hari macam ni pun boleh ada kerja yang nak diselesaikan lagi ye? Mesti abang Hae Jung ni memang typical yang sangat busy dengan kerja ye?" balas puan Kim yang dibuat mesra itu dan terselit nada sindiran di situ. Satu senyuman diukir.
Choi Im Hwa di situ hanya mampu mengulum senyuman terpaksa sahaja. Tipulah kalau dia tidak terkesan dengan sindiran konon suci birasnya itu.
Eunha yang sedang menyuap Jungwon makanan itu juga tersentak dek tuturan wanita itu. Dia mengemam bibirnya singkat.
"Jadi, itu kakak ipar Hae ye?" soal puan Kim dengan kening yang diangkat sebelah. Dia memandang tepat ke arah Eunha yang berselang sebuah kerusi dengan puan Choi.
Eunha langsung memandang wanita itu tatkala menyedari dirinya dipetik. Dia menarik juga sekuntum senyuman.
"Ne, majayo. Anyeonghaseyo" sapa Eunha penuh santun kata seraya menunduk hormat 30°.
Bukannya dibalas dengan hormat, malah wanita itu memandang remeh Eunha. Dia tersenyum kecil.
"Aigoo. Jadi kamulah wife abang Hae Jung ye? Macam manalah agaknya hidup rumah tangga kamu dengan lelaki sibuk macam dia? Nasiblah anak aunty ni tak kerja office macam tu. Kesian anak,isteri" tutur puan Kim dengan penuh sarkastik. Namun, tetap saja dengan nada 'mesra' nya itu untuk menutupi sindiran itu.
Eunha langsung mengukir senyuman manis. Walaupun jauh di sudut hatinya, hatinya sangat sakit dengan sindiran wanita tua itu. Bukan itu saja, dilontar tanggapan sesuka hatinya tentang Jungkook.
Eunha berdehem perlahan dengan senyuman yang masih kekal di bibir. Dia kemudiannya bersuara.
"Terima kasih atas CONCERN aunty pasal rumah tangga saya. Aunty tak perlu risau. Dia cukup bagi saya kasih sayang. Rasanya saya tak perlu kot untuk cerita lebih-lebih pasal kehidupan rumah tangga saya. Bukannya saya yang pengantin baru dekat sini kan? Tak manis pulak rasanya" tukas Eunha dengan lancarnya lalu mengukir senyuman paling cantik sekali buat wanita itu.
Puan Kim langsung berdecit perlahan sebelum tertawa jengkel.
"Ye,tak ada siapa pun suruh kamu cerita pasal tu. Tak ada yang MINTA pun" balas puan Kim bersahaja sebelum tersenyum senget.
Eunha hanya memilih untuk mengukir senyuman sahaja. Tidak merancang untuk membidas. Risau acara makan malam yang mulanya sangat aman itu berakhir dengan masam muka.
"Ma..." panggil Hyungwon perlahan,menegur emaknya itu. Dia pula rasa tidak selesa di situ dengan mulut laser ibunya itu.
Puan Kim langsung menoleh protes memandang anak lelakinya itu di sebelah.
"Apa? Betul la kan? Tak ada siapa suruh dia crita pasal kehidupan rumah tangga dia yang tak cukup kasih sayang laki sendiri tu" ujar puan Kim dengan pedasnya.
Eunha langsung mengetap bibirnya kuat. Tangannya sudah menggenggam penumbuk, melepaskan geram dengan cara itu. Lalu, satu keluhan kasar dilepaskan.
"Jadi, aunty tak perlu la judge lebih-lebih pasal married life saya kalau aunty tak SURUH pun saya ceritakan pasal tu. Baik aunty diam dan makan je. Minta maaf cakap ye,aunty. Saya memang sensitif sikit dengan orang judgemental ni" tutur Eunha dengan nada yang kekal santun namun tidak bagi isi bicaranya. Dia sudah penat jadi seorang yang hanya mengangguk dan senyum saja bila ditindas.
"Mworago?" respon puan Kim dalam ketidakpercayaan. Dia hampir melenting. Matanya membulat sebal.
"Husband aunty mana? Busy jugak ye? " soal Eunha bersahaja, berbuat ingin tahu. Keningnya diangkat sebelah. Memberi serangan balas. Bukannya dia tidak sedar bahwa wanita itu pun tiada suaminya di sisi. Itu pun nak kata orang.
"Eh,kau kenapa nak sibuk pasal husband aku?" bentak puan Kim sebal dengan mata yang dijegilkan. Dia hampir berdiri protes.
"Ma, please " tegur Hyungwon lagi seraya memegang lengan puan Kim, cuba menenangkan ibunya itu. Namun, ditepis begitu saja oleh wanita tua itu.
Eunha tersenyum kecil.
"Lah,saya cuma CONCERN je, aunty. Maaf lah kalau aunty salah faham" ujar Eunha tenang. Satu senyuman manis diberikan, cukup untuk menyebalkan lagi wanita tua itu.
"Aish, kau--Hey, takkan la aku nak kena cerita pasal laki aku pulak dkt kau? Kau tu siapa sibuk nak concern pasal laki aku?" tukas puan Kim sebal dengan bengangnya. Ditatap tajam wajah tenang Eunha.
"Eh tak, tak. Saya tak minta aunty ceritakan pun. Tak ada yang MINTA pun,aunty. Kan saya cuma CONCERN je. Tak boleh ke saya nak concern? Tadi aunty dah concern pasal husband saya,saya tak tanya aunty ni siapa pun?" bidas Eunha bersahaja dengan mesranya. Senyuman kembali diukir cantik.
"Yah neo! "
Manakala, puan Choi yang duduk bersebelahan tuan Jeon itu sudah tersenyum puas dengan bidasan Eunha terhadap puan Kim itu. Sampai melenting wanita itu dibuatnya. Mana tidak puas hatinya dia. Si birasnya itu memang dari hari pertama dia jumpa lagi, memang sejenis manusia yang suka menghukum hidup orang. Mulut pun tiada insurans.
"Im Hwa, stop kan la dua orang tu. Depan makanan" arah tuan Jeon dengan berbisik kepada isterinya yang sedang senyum sendiri itu.
Langsung saja puan Choi melesapkan senyuman di bibirnya. Dia berdehem kecil lalu mengangguk.
"Im Hwa! Apa jenis menantu kau pilih ni? Melawan cakap orang tua banyak! tak ada adab! " hambur puan Kim berang dengan lantangnya. Wajah puan Choi ditatap tajam.
Puan Choi langsung mengemam bibirnya dari mengukir senyuman. Dia berdehem kecil.
"Aigoo, maaf ye puan Kim. Dia selalunya tak sebiadab ni. Maaf ye. Biasalah, orang mengandung. Sensitif--"
"MWO?! EUNHA EONNIE MENGANDUNG?!" -Hae Jung
JENG JENG JENGGGG
SEPRAISSSS
tibe
YA MINYU KEMBALI DENGAN WORDS BERJELA
SO 4K+ YE KALINI HUEHUEHUE
YE CHAP NI BYK POV THATS WHY PANJAAAAANG GILA
JGN MARAH II MAKCIK BAWANG DEKAT ATAS TU, KITA TANAM JE
DANNNNN SAPA SUS DEKAT SI HYERI TU MEMULA ANGKAT TANGANNNNN
ha ye memang aku nampak
OK LAH TU JE AKU RUSHING NI
BAI MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro