🔷88
cAk em
YE VOTE, COMMENT AND
HEPI READING 💙💙
"Hanaaa dul se"
Klik!
Gambar Eunha bersama Hae Jung atau lebih tepat pengantin perempuan pada hari itu diambil. Gambar yang terakhir antara ipar itu setelah 4 keping difotografi.
"Okey,nice!" ujar jurugambar itu ramah bersama ibu jari yang diangkat sebaik saja gambar selesai diambil. Dia berpuas hati dengan gaya ringkas dua wanita itu yang cuma duduk di atas pelamin dengan segaris senyuman indah.
"Kamsahamnidaa" ucap Eunha dan Hae Jung serentak dengan mesra bersama tunduk hormat 30° seraya berdiri. Senyuman manis setia menghiasi bibir dua orang wanita itu.
"Eonnie cantik tau hari niii" tutur Hae Jung mesra seraya melangkah berganjak dari pelamin putihnya itu seiring dengan Eunha. Lengan kakak iparnya itu digoyang teruja.
Eunha langsung saja tergelak kecil dek pujian tiba-tiba oleh Hae Jung itu.
"Kamchagi? " soalnya dengan nada yang masih tersisa tawa. Keningnya dijongket sebelah.
"Betull. Nampak feminine gila haa" ujar Hae Jung lagi dengan bersungguhnya setelah mengangguk. Matanya kekal memandang sisi wajah Eunha. Memang tak dapat dinafikan penampilan kakak iparnya ketika itu terlalu cantik dan berkelas walaupun tiada yang berlebihan. Cuma dress paras lutut berwarna pastel dan dikenakan dengan dandanan rambut bersama pin bunga dan seutas rantai menghias leher.
Eunha sekali lagi tergelak kecil. Dahinya sedikit berkerut dengan gelengan kecil.
"Apa pulak pengantin yang puji guest ni, Hae? Aigoo. Eonnie dengan Hae ni memang dah macam langit dengan bumi dah la" tukas Eunha yang kekal merendah diri itu dan berasa tidak senang pula dipuji oleh sang ratu sehari tika itu.
"Cantik la! Nanti orang fikir eonnie pulak yang pengantin hari--"
Bicara Hae Jung itu langsung terganggu dek suara deheman yang dibuat-buat milik seketul Jeon Jungkook itu yang mencelah. Kononnya tidak berkenan dengan perumpamaan yang digunakan dalam pujian adiknya itu kepada Eunha. KONON.
Langsung saja Hae Jung berdecit jengkel. Dia menjeling sekilas Jungkook di sebelah yang entah bila muncul itu.
"Ngeh, sibuk la yang tu pun nak claim" ujar Hae Jung jengkel dengan raut wajah yang juga mentafsirkan hal yang sama.
"Ye ye, Eunha aku memang pakai apa pun cantik" seloroh Jungkook selamba bersama anggukan berkali-kali.
"Iye,macam aku" balas Hae Jung bersahaja lalu mengukir senyuman singkat.
Jungkook juga menarik senyuman tulus sebelum mendekatkan kepalanya dengan telinga sang adik.
"Boleh pergi mati" bisiknya penuh ikhlas lalu menjauhkan kembali kepalanya dari telinga Hae Jung.
Lantas Hae Jung mencerlung tajam satu-satunya abang durjananya itu.
"Kurang ajar kan, kau? Heels aku 4 inci ni haa. Kalau hinggap dekat muka kau, memang berlubang tau, Kook" balas Hae Jung sebal dengan tatapan tajam buat Jungkook dan berura untuk menanggalkan kasut tumit tinggi 4 incinya itu.
Jungkook langsung tergelak kecil. Dia kemudiannya merangkul bahu Hae Jung.
"Cover sikit saiko kau tu,Hae. Husband kau tu ada je sana tengok perangai kau. Seram dia nanti" seloroh Jungkook lalu menepuk perlahan bahu adiknya itu.
"Eh, serious?! "
Manakala,situasi di hujung sana, di ruangan yang sama,
"Oppa, siapa tu?" soal seorang gadis lingkungan awal 20 an, Kim Hyeri. Adik ipar Hae Jung. Jari telunjuk runcingnya menunding ke arah lelaki yang sedang bermesraan dengan kakak iparnya itu.
"Oh, tu? Abang ipar oppa" jawab Hyungwon ringkas setelah mengenalpasti gerangan itu.
"Oh ye? Handsomeee!" respon Hyeri drastik dengan terujanya. Matanya seakan bersinar-sinar. Kedua-dua tangannya menekup wajahnya.
Hyungwon langsung saja berdecit perlahan melihat reaksi penuh girang adiknya itu.
"Ha, dia dah kahwin dah pun. Ada anak seorang lagi" tutur Hyungwon bersahaja seraya menepuk perlahan kepala Hyeri yang masih teruja sendiri itu.
Dan, lantas reaksi teruja si gadis itu berubah serta-merta sebaik saja mendengar hakikat dari abangnya itu. Satu tamparan realiti. Perlahan dia menoleh memandang Hyungwon.
"Eo-eoh? Eoh...so? Bukannya adik terfikir nak tackle dia pun" respon Hyeri berlagak biasa sebelum menjongket kedua-dua bahunya.
Hyungwon hanya berdecit perlahan.
"Ye lah, bagus lah tu"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»88
•
•
•
"Eunha ya! "
Eunha yang baru saja melangkah keluar dari ruangan berfotografi dengan pasangan pengantin itu langsung saja mencari suara yang menyeru namanya itu. Matanya meliar seketika dan langsung menemui gerangan yang memanggilnya itu dengan tangan yang dilambai.
"Eoh? Chaeyeon ah!" sahut Eunha mesra lalu langsung mengatur langkahnya menghampiri rakannya itu.
"Jumpa jugak kau. Ingatkan belum sampai ha" ujar Chaeyeon membuka bicara.
"Aku sampai lama dah ha. Pergi jumpa Hae Jung dulu tadi" jelas Eunha lalu mengulum senyuman kecil.
"Ahh" balas Chaeyeon mengerti bersama anggukan kecil.
Eunha tersenyum seraya matanya terarah kepada si kecil di sebelah Chaeyeon yang sedang erat memegang tangan ibunya.
"Minwoo yaa, aneongggg! " sapa Eunha mesra dengan senyuman lebar sambil melambaikan tangannya buat anak kecil berumur 2 tahun itu. Kim Minwoo. Anak kedua Kim Chaeyeon, adik lelaki kepada Kim Mi Yeon.
"Sini,sini" arah Eunha lembut dengan mesranya seraya duduk mencangkung, mengarahkan si kecil itu melangkah ke arahnya.
Terkedek-kedek Minwoo itu berjalan ke arah Eunha lalu langsung didakap tubuh wanita itu.
"Aigoo" ujar Eunha spontan bersama tawa kecil dek tercuit hati dengan kemesraan si kecil itu. Diusap ringkas rambut hitam Minwoo itu.
"Ohhh, mummy dah tak nampak Yeon ye dekat siniii" seloroh Mi Yeon yang berbuat kecewa itu seraya kedua-dua lengannya disilang ke dada.
Eunha langsung memandang Mi Yeon yang sedang berdiri di sebelah ibunya itu lalu tergelak kecil. Dia mendukung tubuh kecil Minwoo seraya berdiri.
"Ehh, takkan la mummy tak nampak anak mummy yang dah makin cantik ni~" tukas Eunha mesra bersama senyuman sambil memandang Mi Yeon yang sudah berumur 9 tahun itu. Budak itu pun sudah semakin mewarisi kecantikan Chaeyeon di usia itu.
Mi Yeon langsung tersengih kecil dek bicara mesra Eunha itu.
"Daddy dengan Jungwon mana, mummy?" soal Mi Yeon penasaran, juga membuka topik.
"Ah, ada dengan papa Yeon ha" jelas Eunha ringkas sambil ligat menggoyangkan perlahan tangan kecil Minwoo yang sedang menggenggam jari telunjuknya itu.
Mi Yeon mengangguk faham dengan mulut yang sedikit melopong.
"Yeon baru balik sekolah ye? " soal Eunha dengan kening yang diangkat sebelah.
"Haah. Baru jee" balas Hae Jung setelah menganggukkan kepalanya.
Eunha mengangguk kecil.
"Ah, mummy! Yeon dapat nombor 2 tau dalam gred Yeon! " tutur Mi Yeon riang dengan senyuman lebar.
"Oh yaaa? Exam yang baru-baru ni ye?" respon Eunha dengan raut wajah yang turut teruja. Keningnya dijongket sebelah, meminta kepastian.
"Haah!" jawab Mi Yeon riang dengan anggukan.
"Awhh chukae, sayanggg!" ucap Eunha mesra dengan segaris senyuman senang sebelum memeluk longgar tubuh anak sulung Chaeyeon itu.
"Thank you, mummy! " balas Mi Yeon ceria dengan senang hatinya.
Eunha meleraikan pelukannya pada tubuh Mi Yeon itu dengan senyuman.
"Nampak, mama? Mummy lagi tahu appreciate Yeon, tahu? " seloroh Mi Yeon seraya mengerling sekilas ibunya itu di sebelah.
Chaeyeon langsung berdecit perlahan.
"Mama bukannya tak appreciate. Cuma kalau dapat nombor 1 kan lagi bagus" balas Chaeyeon selamba.
"Okey lah tu masih top 3!" tukas Mi Yeon sebal.
"Tak okey. Nombor 1 jugak okey" ujar Chaeyeon bersahaja,sengaja mahu menyebalkan lagi anaknya yang seorang itu.
Mi Yeon langsung merengus geram. Wajahnya cemberut sebal.
"Eyy haa! Tengok la tu,mummy. Yeon dapat nombor 2 pun masih tak puas hati haa. Mama ni tak appreciate Yeon punya susah payah, tahu? Siang malam yeon study untuk exam tu tau!" hambur Mi Yeon dengan bersungguhnya. Bibirnya diketap geram.
"Ha, yelah ha" respon Chaeyeon senada dengan raut wajah kosong. Kononnya tidak mengambil peduli hamburan protes anaknya itu.
"Eyy menyampah tau dengan mama ni!" ujar Mi Yeon sebal seraya menampar geram lengan ibunya itu.
Chaeyeon sudah tergelak-gelak sambil mengelakkan dirinya dari terus menjadi mangsa pelepas geram Mi Yeon itu.
"Mummy, daftarkan Yeon jadi anak mummy lah senang!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»88
•
•
•
"Daddy, daddy,daddy!" panggil Jungwon riang sambil menarik-narik lengan Jungkook di sebelah yang berura-ura untuk menyuap potongan stik daging ke dalam mulutnya itu.
"Ye, ye? " sahut Jungkook serta-merta tatkala niatnya untuk menjamah stik daging itu terganggu begitu saja dek perbuatan anaknya yang menggoyang lengannya itu. Dipandang wajah ceria si kecil itu di sebelah. Entah apa yang diterujanya sehinggakan berdiri di atas kerusi.
"Lepas ni, bawa Jungwon pergi main game dekat kedai yang banyak-banyak game tu tau!" pinta Jungwon teruja dengan girangnya. Matanya yang bulat-bulat itu sudah bersinar-sinar.
Jungkook langsung tersenyum kecil tika melihat celoteh anak kecil itu.
"Lepas tu, daddy dapat apa?" soal Jungkook dengan kening yang dijongket sebelah, menguji si kecil itu.
Jungwon tersengih comel sebelum langsung mencium pipi mulus ayahnya itu.
"Dah! Kasih sayang dari Jeon Jungwon yang handsome dari baby!" seloroh Jungwon dengan cerianya bersama tangan kecilnya yang diangkat ke udara, bersemangat. Semangat betul puji diri sendiri. Siapa entah ajar-
Jungkook langsung saja berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Eunha di sebelah sudah pun tertawa halus lalu menggeleng perlahan.
"Dah, duduk, sayang. Kotor kerusi tu nanti" arah Eunha lembut kepada Jungwon yang duduk berselang satu kerusi dengannya itu.
"Eohhh" respon Jungwon akur seraya langsung melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kembali dari terus berdiri.
"Sayang tak nak minta apa-apa jugak ke? " soal Jungkook mesra dengan kening yang diangkat sebelah sambil memandang wajah Eunha di sebelah kirinya itu.
Eunha langsung saja berdecit perlahan.
"Point-nya nak kiss tu je kan? Mengadaaa" balas Eunha drastik yang sudah dapat mengagak semua itu.
"Eh, tak lah. Ikhlas ni, ikhlas ni" tukas Jungkook bersahaja lalu mengukir senyuman seikhlasnya.
Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung penuh ragu wajah suaminya itu. Lalu, dia mengangguk kecil. Mungkin boleh dipercaya kali ini.
"Well,okey. Kalau macam tu, saya nak Patbingsu dekat cafe favourite saya dalam mall awak tu. Saya nak semua buah letak atas tu dengan strawberry syrup sebagai topping" pesan Eunha dengan lancarnya. Satu senyuman diberikan.
"Ohh, demand lebih, hadiah pun kena demand lebih jugak la macam ni" seloroh Jungkook dengan senyuman sumbing seraya mengetuk berkali-kali pipi kirinya, mengisyaratkan kepada isterinya itu.
Eunha langsung menayang raut wajah sebal dan jengkel. Ikhlas apa gini-
"Ah, mwoyaaa--"
"Tak boleh! Mummy tak boleh kiss daddy. Sini Jungwon gantikan" seloroh Jungwon mencelah seraya langsung menarik wajah ayahnya agar tidak hampir dengan ibunya itu. Dia kembali berdiri di atas kerusi. Lalu, dia langsung mengucup pipi ayahnya itu bagi pihak sang ibu-
"Halahh, apa nii" bentak Jungkook protes apabila hasratnya barusan lesap begitu saja dek perbuatan anaknya yang bertuah itu. Direnung protes wajah si kecil di sebelah dengan tangan yang memegang pipi kanan.
Eunha langsung saja tertawa tika melihat situasi dua beranak itu. Dia lebih terhibur melihat Jungkook yang memprotes dengan si anak mereka yang cuma berusia 4 tahun itu.
"Terima kasih, sayang. Tolong gantikan mummy! " ucap Eunha riang dengan senyuman senang, sengaja mahu menyebalkan lagi suaminya itu.
Jungkook langsung saja menoleh memandang Eunha pula, menatap dalam ketidakpercayaan isterinya itu. Rasa teraniaya dia di situ-
"Sama-sama! " balas Jungwon mesra dengan sengihan comel. Dia kemudiannya menekup wajah Jungkook lalu dipusing menghadapnya.
"Daddy tak boleh kiss mummy eh!" ujar Jungwon memberi amaran dengan mata yang dijegilkan sedikit sebelum meleraikan tekupan kedua-dua tangan kecilnya itu pada wajah sang ayah.
Jungkook langsung berdecit perlahan. Kini gilirannya pula menekup wajah Jungwon dengan sebelah tangannya.
"Kedekutnya lahhh dengan mummy dia tu" tutur Jungkook sambil menggoyang perlahan wajah kecil itu ke kiri dan ke kanan.
"Iyela! Mummy,Won punya!" balas Jungwon dengan yakinnya sambil cuba meleraikan tekupan tangan ayahnya itu di pipi tembamnya.
Jungkook sekali lagi berdecit perlahan. Tangannya yang menekup pipi gebu si kecil itu akhirnya diturunkan.
"Yelah yelah, ambik la" respon Jungkook yang akhirnya mengalah itu.
Drastik raut wajah si Jeon Jungwon itu berubah ceria. Bibirnya menarik senyuman lebar.
"Bagus daddy Won ni~ " seloroh Jungwon meleret dengan mesranya sambil mengusap-usap rambut hitam ayahnya itu dengan senyuman.
Jungkook langsung tergelak dek perlakuan luar jangka anak kecil itu.
"Eh, siapa ajar ni? " soal Jungkook dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Keningnya dijongket sebelah sambil memandang sang anak di sebelah.
"Awak lah yang selalu buat macam tu dekat dia" ujar Eunha mencelah sebelum berdecit perlahan. Dia tersenyum kecil.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya sebelum tergelak kecil. Masih dalam ketidakpercayaan.
"Lah,kan dia--"
Tzztt tzzzt, tzzzttt tzzzt!
Respon Jungkook itu terpotong tika telefon pintarnya tiba-tiba berdering dalam mod getaran itu. Langsung saja fokusnya teralih pada objek yang sudah menyala di atas meja itu, memaparkan si pendail. Dia langsung mencapai telefonnya itu lalu ditilik sang pemanggil di skrin.
"Saya jawab call kejap" pamit Jungkook seraya langsung berdiri. Dia memandang sekilas Eunha di sebelah.
"Eoh" balas Eunha ringkas dengan anggukan.
Lalu, lelaki itu langsung berganjak dari meja makan itu seraya melekapkan telefon pintar di telinganya. Eunha hanya menoleh sekilas memandang kepergian figura Jungkook itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»88
•
•
•
"Mummy, aaaaaa" arah Jungwon mesra seraya menyua sebiji puff krim ke arah Eunha, meminta wanita itu agar membuka mulut.
Eunha tersenyum sebelum langsung saja membuka mulutnya tanpa berlengah, menerima suapan dari si kecil itu.
"Sedap kan mummy? " soal Jungwon girang sebaik saja menyuap puff krim itu ke dalam mulut ibunya.
"Yee" jawab Eunha mesra dengan anggukan. Rambut Jungwon itu dikusutnya perlahan dengan senyuman.
"Nanti kita nak pergi makan patbingsu dengan main game tu kan, mummy?" soal Jungwon teruja dengan senyuman lebar. Bulat-bulat matanya menatap wajah Eunha.
Eunha tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Iye. Lepas majlis Hae imo ni ye, sayang?" respon Eunha lembut dengan senyuman.
"Okey! " balas Jungwon ceria dengan senyuman teruja. Dia kemudiannya meraih segelas air jus oren dingin miliknya lalu diteguk perlahan.
Eunha hanya memerhati saja si kecil itu dengan senyuman kecil.
"Sayang"
Fokus Eunha langsung teralih tatkala mendengar suara Jungkook yang memanggilnya itu. Langsung saja dia menoleh belakang. Wajah suaminya itu dipandang.
"Eoh, sayang. Wae gurae?" soal Eunha penasaran dengan dahi yang berkerut dek melihat raut wajah Jungkook yang terlihat tergesa-gesa itu.
"Saya kena pergi office ni. Ada hal" jelas Jungkook ringkas seraya memasukkan telefon pintarnya itu ke dalam poket seluar. Kemudian, wajah polos isterinya itu dipandang.
"Sekarang?" soal Eunha spontan.
Jungkook menganggukkan kepalanya. Jam di pergelangan tangan ditilik sekilas.
"Ye. Saya pergi dulu" pamit Jungkook lalu langsung berura-ura untuk melangkah pergi.
Eunha langsung saja berdiri. Dia menapak sedikit lalu lantas meraih lengan suaminya itu.
"Kejap, sayang. Family dinner pukul 7 ni macam mana?" soal Eunha pantas sekali harung sambil menggenggam lengan Jungkook. Sungguh, dia enggan melepaskan suaminya itu begitu saja di saat majlis istimewa buat Hae Jung itu. Tambahan lagi, ada acara makan malam pula pada pukul 7 malam nanti. Takkanlah lelaki itu mahu beredar begitu saja?
Jungkook mengeluh kecil sebelum meloloskan lengannya dari genggaman Eunha. Wajah kecewa isterinya itu dipandang.
"Sorry, saya kena pergi" balas Jungkook senada sebelum memusingkan badannya untuk beredar.
Eunha tersentak seketika.
"Sayang--"
"Daddy,daddy nak pergi mana?" soal Jungwon polos sebaik saja turun dari kerusi. Dia melangkah menghampiri ayahnya itu.
Jungkook sekali lagi tergendala dari melangkah. Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan badannya menghadap si kecil itu.
"Daddy ada kerja,sayang. Nanti daddy datang balik ye?" ujar Jungkook lembut sambil menatap tepat ke wajah anaknya yang sedang mendongak memandangnya itu.
Ekspresi wajah Jungwon sedikit berubah muram.
"Habis, kedai game yang Won nak pergi tu macam mana...? " soal Jungwon perlahan dengan nada hampir kecewa. Matanya bulat-bulat menatap penuh berharap wajah ayahnya itu.
Jungkook mengetap bibirnya sebentar sebelum mengeluh kecil.
"Sorry, sayang" ucap Jungkook ringkas serba salah sebelum mengucup singkat dahi polos anaknya itu. Kemudian, dia langsung melangkah pergi dari situ.
Bertambah hampalah perasaan si kecil itu ketika itu. Bibirnya bergetar menatap figura ayahnya itu yang terus beredar. Apa yang diterujanya tadi lesap begitu saja.
"Mummy... " panggil Jungwon sebaik saja memusingkan badannya menghadap Eunha di belakang dengan nada yang bergetar. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.
Eunha langsung menapak mendekati anaknya itu lalu duduk melutut dan terus memeluk tubuh kecil itu.
"Tak apa, sayang. Nanti kita pergi ye?" pujuk Eunha lembut sambil mengusap lembut belakang Jungwon. Dia faham akan kekecewaan si kecil itu. Dia sendiri pun berasa kecewa.
"Won nak pergi kedai game tu,mummy..." lirih Jungwon dengan nada bergetar menahan tangisan.
Eunha mengangguk-anggukkan kepalanya. Belakang anaknya itu setia diusap.
"Ye ye, nanti kita pergi ye, sayang? Daddy kan ada kerja tu" balas Eunha lembut, berusaha memujuk hati Jungwon yang hampa itu.
"Tapi daddy dah cakap nak bawa Jungwon pergi..." tukas Jungwon perlahan sebelum menyembamkan wajahnya pada bahu ibunya itu.
Eunha mengeluh kecil. Bibirnya dikemam. Anaknya itu memang terlalu kecewa. Dia pula yang berasa sangat bersalah ketika itu.
"Sorry, sayang. Mummy tak boleh buat apa-apa" - Jeon Eunha
HA DIA BUAT HAL DAH HA-
huehuehue
AAAAA PAHAL LAGI SIKIT NI WORDS
AROUND 2.6K JE NI AAAAA
DAH LA, AKU TANAK SETEGHEIH II TYPE PEPANJANG
SEYA CUMA HARAP CHAP NI ADA HAPPENING JUGAK WALAUPUN TAK PANJANG MANA YE ')
AKU DH BIASA TYPE 3K WORDS KE ATAS, SO BILA CHAP NI JADI 2K+, RASA MCM KOSONG LAK EM
RASA MACAM BOSANNNN AAAAAA
AT THE SAME TIME AKU RASA RINGAN JE BILA TYPE PNJG NI JE
BOLEH CEPAT SIKIT AKU APDET NEXT CHAP YE EM
TAPI TULAH
AKU TAKUT NEXT CHAP PUN AROUND NI JUGAK
2K+ WORDS OKEY KE?
KE RASA HAMBAR?
HALAHHH DH LA KCNDKDJAOAO
kbai
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro