🔷87
YE ALKISAHNYA AKU NAK APDET SEMALAM, KEMUDIAN SAYA PUN TERTIDUR. SEKIAN
YE SILAKAN BACA, VOTE DAN COMMENT
AMUAH
"Eonnieeeee"
"Ye,Hae dah siap ke?"
"Haah,baru je siap. Eonnie bila nak datang?"
"Eoh,kitorang pun dah nak siap ni. Kejap lagi keluar la"
"Oh,okey! Cepat sikit tau! Nanti kalau dah ramai Hae takut tak lama pulak nak jumpa eonnie"
"Eoh,arasoo. Kejap lagi eonnie sampai ye. Apapun,jangan nervous-nervous!"
"Hahahaha,ne~"
Tut.
Panggilan dimatikan Eunha dengan senyuman kecil yang terukir di bibir. Lalu,telefon pintarnya itu dilepaskan ke atas katil semula. Dia kembali melangkah ke meja solek dan rambut pendek paras lehernya sudah hampir siap digayakan itu dirapikan cermat. Tiga pin rambut bunga sutera berwarna ros keemasan diselit kemas pada sisi kanan rambutnya.
"Siapa call tadi?" soal Jungkook penasaran yang baru saja berganjak dari almari pakaian di hujung bilik itu. Dia menapak menghampiri Eunha sambil ligat mengancing lengan baju kemeja hitamnya itu.
"Adik awak tu lah" jawab Eunha bersama senyuman singkat dan kembali fokus merapikan rambut pendeknya itu.
"Ah,budak tu" balas Jungkook ringkas dengan anggukan kecil.
Eunha langsung berdecit perlahan dek gelaran untuk Hae Jung yang digunakan Jungkook itu. Dia memusingkan badannya menghadap lelaki itu.
"Dah bukan ‘budak’ dah dia sekarang,sayang" ujar Eunha sambil memandang wajah suaminya itu bersama sekuntum senyuman kecil.
"Tetap ‘budak’ jugak untuk saya. Dah nak kahwin ke dah nak ada tanggungjawab sendiri ke,tetap je ‘budak’ makhluk tu" tukas Jungkook bersahaja sambil giat mengancing lengan baju kemeja di sebelah kiri pula.
Ya. Seorang Jeon Hae Jung yang baru saja lepasan diploma perniagaan itu akan berkahwin pada hari ini di usia 26 tahun setelah 6 tahun menyendu--maaf. Membujang.
Eunha langsung saja berdecit perlahan tika mendengar jawapan mendatar Jungkook itu.dia menapak menghampiri katil lalu sehelai kot hitam yang terhampar kemas bersama penyangkut itu diangkatnya. Kemudian, dia melangkah ke arah Jungkoook yang statik berdiri itu kembali.
"Dah besar dah adik awak seorang tu. Dah nak jadi wife orang dah ha" tutur Eunha bersama sepenggal senyuman senang sambil menyarungkan kot hitam pada tubuh suaminya itu. Dibetulkan rapi kot hitam itu.
Jungkook sekadar berdecit perlahan. Rasa tak kena pula hakikat itu dengan si Hae Jung,seketul adik yang selalu berperang mulut dengannya itu.
"Nanti bila dekat majlis tu,awak jangan pulak pergi buat hal dekat sana" pesan Eunha bersahaja yang ligat mengemaskan kot di tubuh Jungkook itu. Dia memandang sekilas suaminya itu di hadapan.
"Saya nak buat hal apa je,sayang? Pergi pukul future husband si Hae tu?" seloroh Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha langsung tergelak kecil.
"Manalah tahuuu. Dulu kan waktu mula-mula Hae kenalkan si Hyungwon tu dengan kita,awak tengok tak approve je~" ujar Eunha meleret sebelum tertawa halus.
Jungkook sekali lagi berdecit perlahan dek usikan berdasarkan kejadian sebenar yang dibuat Eunha itu. Bukannya dia tak mahu restu hubungan istimewa adiknya yang secara tiba-tiba itu,cumanya dia sukar untuk melepaskan adiknya itu kepada orang baru. SAYANG betul adik beliau--ok,maaf.
Eunha pula masih tersenyum sendiri mengingatkan kejadian beberapa bulan lepas itu. Dia menggeleng perlahan sambil mengemaskan ringkas kot pada bahagian bahu suaminya itu. Kemudian,rambut hitam lelaki itu pula dirapikan ringkas sebagai sentuhan terakhir.
"Okey,dah" tutur Eunha seraya menurunkan tangannya dari kepala Jungkook. Satu senyuman singkat diukir.
Jungkook menarik senyuman lebar lalu mengelus lembut rambut isterinya itu.
"Thank you,sa--"
"Mummy,Jungwon nak jugak! Buat dekat Won jugak!" pinta Jungwon lantang dengan bersungguhnya itu sambil berlari anak masuk ke dalam bilik ibu dan ayahnya itu. Dia cuma mahu diperlakukan sama oleh Eunha sepertimana dia lihat ayahnya itu dilayan. Kot kecil di tangannya itu disua berkali-kali kepada Eunha sambil mendongak,meminta wanita itu meraihnya.
Eunha langsung tergelak kecil melihat gelagat anak lelakinya itu. Ada sajalah dia itu. Disambutnya juga huluran kot dari Jungwon itu.
"Eishh,sibuklah dia tu" seloroh Jungkook sengaja berbuat jengkel itu sambil merenung anaknya itu dengan mata yang dikecilkan.
Jungwon langsung mencerlung ayahnya itu dengan wajah cemberut.
"Daddy la sibuk! Pergi sana daddy" tukas Jungwon jengkel seraya menolak tubuh Jungkook di paras pinggang,berharap dapat mendorong ayahnya itu.
"Ehh,halau orang pulak. Dah la sibuk nak mummy dia buat jugak" bentak Jungkook yang masih sengaja kekal protes itu. Bukannya nak mengalah--
"Biarlah! Ini kan mummy Won!" balas Jungwon sebal sebelum langsung memeluk lengan ibunya itu seeratnya.
"Ni isteri daddy" seloroh Jungkook seraya merangkul bahu Eunha yang cuma statik berdiri di situ itu.
Langsung saja Jungwon mencebikkan bibirnya.
"Eishhh"
Maka,bermulalah perbalahan tanpa penghujung antara dua beranak itu hanya untuk merebut kasih sayang dan perhatian seorang Jeon Eunha,permaisuri hidup mereka itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»87
•
•
•
"Hae Jung ah~" laung Eunha mesra tatkala melangkah masuk ke dalam bilik menunggu yang telah dihias ringkas dan berkelas dengan bunga-bungaan bersama sebuah sofa putih panjang, rapat di dinding.
Hae Jung yang sedang ligat ber-selfie
sendirian itu langsung menurunkan telefon pintarnya tika mendengar suara yang sangat tidak asing di telinganya itu.
"Eoh,eonnie! " sahut Hae Jung teruja seraya langsung berdiri. Telefonnya diletakkan di atas sofa dan langsung melangkah menghampiri Eunha yang baru tiba bersama Jungkook dan Jungwon itu. Gaun putihnya yang kembang dan labuh itu diangkat sedikit agar mudah mengatur langkah.
"Eeee sampai jugakkk! Penat alone dekat sini tau, eonnie! " hambur Hae Jung dalam keterujaan dan terharu itu tika mendakap tubuh kakak iparnya itu. Satu senyuman sudah memang terukir.
"Ni, nak kena deal dengan dua ketul ni. Dah rasa macam jaga dua orang anak,tahu? " tutur Eunha sebaik saja meleraikan pelukannya dengan Hae Jung. Dia mengerling sekilas sang dua beranak di tepi.
Hae Jung langsung tergelak kecil. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya, mengerti.
"Hae imooo!" sapa Jungwon riang yang sedang berdiri statik di tepi Eunha seraya melambaikan tangan kecilnya buat si satu-satunya ibu saudara.
"Eh, hai sayanggg" sahut Hae Jung mesra dengan senyuman lebar seraya membongkokkan tubuhnya lalu rambut hitam anak kecil itu dikusutkannya perlahan.
Jungwon hanya menayang sebaris giginya. Sukalah dia diperlakukan begitu oleh 'Hae Imo'-nya itu.
"Imo,yeppuda!" puji Jungwon ceria tika melihat penampilan berbeza ibu saudaranya itu. Gaun putih labuh bersama rambut yang disanggul dan sebuah mahkota yang menghias rambut.
"Awhh,jjinja? Gumawo~" respon Hae Jung mesra yang langsung tersenyum lebar itu dek tercuit hati dengan pujian anak saudaranya itu. Lalu, matanya terarah pula pada sang abang durjana di sebelah Eunha yang sudah menayang raut wajah jijik itu. Tentulah disebabkan pujian Jungwon itu.
"Kook, jangan nak biadab eh kau" tutur Hae Jung sambil merenung tajam wajah Jungkook. Jungkook pula sekadar berdecit perlahan sebelum mengubah kembali riak wajahnya kepada normal-
"Aigoo, Won pun comel lahh pakai baju coat ni semuaaa" ujar Hae Jung mesra dengan senyuman sambil memegang kedua-dua bahu kecil Jungwon. Ditatap wajah ceria si kecil itu.
Namun, langsung saja raut ceria di wajah seorang Jeon Jungwon itu pudar dan digantikan dengan raut cemberut.
"Oh ye ye,imo tersilap. Bukan comel. Aigoo, handsome-nya diaaa pakai baju coatt" tutur Hae Jung spontan dengan intonasi yang sama tatkala menyedari 'kekhilafan' nya ketika memuji si kecil itu barusan. Satu senyuman lebar diberikan.
Langsung saja ekspresi wajah Jungwon itu berubah ceria kembali. Segaris senyuman senang kembali menghiasi bibir.
Hae Jung langsung berdecit perlahan tika melihat perubahan drastik ekspresi si kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun itu apabila dipuji 'handsome'. Dia kemudiannya mengusap singkat rambut Jungwon lalu menegakkan badannya kembali.
"See, Kook? Betul-betul turun perangai kau" ujar Hae Jung kepada Jungkook sebelum berdecit perlahan.
"Well, anak aku kot" respon Jungkook bersahaja dengan mendatar. Telefon pintarnya yang ligat diketiknya dari tadi dimasukkan ke dalam poket seluar kembali.
"Ngeh" balas Hae Jung jengkel.
"Dah, aku pergi dulu. Jumpa kawan aku kejap" pamit Jungkook ringkas.
"Ha, bagus. Pergi kau sana" seloroh Hae Jung sebelum melibas-libaskan tangannya, menghalau abangnya itu.
Jungkook langsung berdecit jengkel. Dia kemudiannya memandang Eunha di sebelah.
"Sayang, saya pergi jumpa Mingyu kejap. Dia baru sampai" jelas Jungkook lembut kepada Eunha, jauh berbeza nadanya dengan Hae Jung.
"Oh, okey" balas Eunha setelah mengangguk bersama senyuman kecil. Rambutnya diusap singkat oleh lelaki itu sebelum beredar.
"Eonnie, eonnie " panggil Hae Jung riang seraya menggoyang perlahan lengan Eunha.
"Ye, ye? " sahut Eunha lalu memandang Hae Jung.
Hae Jung tersenyum kecil.
"Eonnie punya 'look' kali ni nampak lagi berseri la. Nampak classy dengan short hair tu! " seloroh Hae Jung girang dengan bersungguhnya.
Eunha langsung saja berdecit perlahan. Curiga pula dia dengan pujian tiba-tiba adik iparnya itu.
"Lah, kan dah lama eonnie rambut macam ni? Dah nak dekat 5 bulan. Kenapa hari ni puji berseri pulak? Mesti ada nak cakap something ni... " respon Eunha meleret yang meragui tuturan Hae Jung itu dengan mata yang dikecilkan, merenung penuh curiga adik iparnya itu.
Hae Jung langsung tergelak kecil. Dia kemudiannya tersengih. Tangan mulus kakak iparnya itu diraih lalu digoyangkan sedikit.
"Nak minta hadiah wedding dekat eonnie ni" tutur Hae Jung dengan sengihan yang masih kekal.
"Oh, lahh. Ada dalam kereta. Nanti--"
"Bukan. Ini Hae yang nak request" tukas Hae Jung setelah menggeleng lalu menayang sebaris giginya kembali.
Langsung berkerut dahi Eunha. Keningnya dijongket sebelah.
"Hm? Hae nak request hadiah apa pulak? " soal Eunha bingung. Maklumlah, hadiah untuk si Hae Jung itu sudah dibelinya untuk wanita itu hari ini. Ini nak minta hadiah lain pula.
Hae Jung menarik senyuman.
"Dah 4 tahun, eonnie. Hae request hadiah ni dari Jungwon 4 bulan lagi" ujar Hae Jung bersama senyuman lebar seraya mengelus singkat rambut Jungwon di hadapan.
"Iye? Hae request apa? Eonnie tak ingat lah. Bagitahu la" tutur Eunha yang kekal terpinga-pinga itu.
"Ye, Hae bagitahu ni dekat Jungkook dulu. Eonnie tak tahu eh? " soal Hae Jung meminta kepastian.
"Tak...? Ala, tak sure la, Hae" balas Eunha teragak-agak yang sedang buntu itu.
Hae Jung langsung berdecit sebal. Tercengang-cengang betul kakak iparnya yang seorang ini.
"Anak buah baru untuk Hae la, eonnieee" tutur Hae Jung lalu menggoyang-goyangkan lengan Eunha.
"Ehh, apa pulak ke situuu" balas Eunha spontan dengan raut wajah yang drastik berubah dalam ketidakpercayaan.
"Ke situ laaaa" ujar Hae Jung meleret setelah mengangguk laju.
Eunha berdecit perlahan sebelum menggeleng perlahan.
"Aneh-aneh je la nak request hadiah wedding pun awak ni,Hae" tutur Eunha dan kembali menggeleng dalam tidak menyangka.
Hae Jung mencebik singkat.
"Ala, eonnie. Tak rindu ke nak pegang baby balik, eonnie? Come on la, eonnie. Come onnn" tukas Hae Jung bersungguh, berharap dapat memujuk kakak iparnya itu.
Eunha langsung berdecit buat kali kedua sebelum mengangguk.
"Ye, rindu tu ye tapi--"
"Hah,dah tu, eonnie? Ala, Jungwon pun dah besar la, eonnie. Mesti dia pun nak jadi abang tu haaa" seloroh Hae Jung yang sememangnya bersungguh mahu memujuk Eunha itu.
Eunha langsung saja tergelak kecil. Dia memandang sekilas Jungwon di sebelahnya yang sedang memerhati sekeliling bilik menunggu itu dengan polos.
"Tanyalah dia" arah Eunha bersama senyuman kecil.
"Okey, kejap" balas Hae Jung yang langsung akur itu sebelum membetulkan gaunnya yang bukan main kembang itu lalu mencangkung di hadapan Jungwon.
"Jungwon ah" panggil Hae Jung lembut bagi menarik perhatian si kecil itu seraya tangannya memegang kedua-dua bahu Jungwon.
"Ne, imo? " sahut Jungwon polos sebaik saja mengalihkan perhatiannya buat sang ibu saudara di hadapan.
Hae Jung menarik senyuman lebar.
"Jungwon nak jadi abang kan? Ada adik ba--"
"Tak lah! Mana ada! Won nak dengan mummy je!" nafi Jungwon serta-merta seraya langsung memeluk pinggang ibunya itu.
Eunha langsung saja tertawa. Dia mengusap ringkas rambut hitam anaknya itu.
"See, Hae?" tutur Eunha dengan nada yang masih tersisa tawa itu. Keningnya dijongket sebelah.
Hae Jung langsung menggulingkan bola matanya ke atas. Jengkel.
"Ugh"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»87
•
•
•
"Eh Kook, meeting dengan HY Group tu kau nak pergi ke petang ni?" soal Mingyu penasaran dengan kening yang diangkat sebelah. Segelas air bikarbonat dingin disisipnya sedikit.
"Tak nak. Rimas aku dengan pengarah perempuan ni" balas Jungkook mendatar yang berbaur sedikit kebencian itu.
Mingyu mengangguk perlahan.
"Ha ye, aku tahu dah kau tak nak. Lepas tu, aku lah kan nak kena hadap pengarah perempuan tu?" tebak Mingyu dengan agak protes itu dengan kening yang diangkat sebelah.
Jungkook yang sedang meneguk sedikit segelas minuman di tangannya itu langsung saja menggelengkan kepalanya.
"Tak, tak payah pergi terus. Biar lama-lama dia blacklist je company aku. Aku pun malas nak berurusan dengan dia actually" balas Jungkook senada lalu kembali meneguk minuman soda di pegangannya.
Mingyu sekali lagi mengangguk.
"Oh, okey la macam tu. Tapi, asal kau malas sangat nak deal dengan dia tu? Dari 2-3 tahun lepas lagi" soal Mingyu penasaran dengan dahi yang berkerut.
Jungkook langsung saja merengus perlahan. Minuman soda miliknya itu diteguk hingga habis lalu diletakkan gelas kosong itu di meja panjang yang menyediakan pelbagai gelas minuman di sebelah.
"Sebab, dia tu pernah jadi penyebab aku dengan Eun--"
Tak sempat Jungkook menjelaskan, bahunya tiba-tiba ditepuk-tepuk Mingyu berkali-kali.
"Woi, woi aku nampak mak kau--tak, maksud aku, makcik Choi" seloroh Mingyu agak gelabah sebaik saja dia mendapati figura Choi Im Hwa yang tak jauh dari mereka itu. Maklumlah, dia berdiri menghadap Jungkook, jadi, apa yang dari arah belakang rakannya itu dilihatnya.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya lalu menoleh sekilas ke belakang. Kemudian, dia kembali memandang raut wajah gelabah rakannya itu.
"Biar la dia. Dah ni majlis anak dia, kau nak expect--"
"Tak, masalahnya dia macam datang ke kita je, gila. Ha sudah. Aku nak buat apa ni? Aku nak kena jadi invisible ke"
"Dah dia macam datang tu blah la, gila. Gelabah benda lagi" ujar Jungkook spontan seraya meraih gelas di pegangan Mingyu itu lalu diletakkan ke atas meja. Kemudian, dia lantas mengatur langkah.
"Jungkook"
Dan, langkah seorang Jeon Jungkook pun seolah dihentikan sebaik saja suara itu menyapa gegendang telinganya. Suara seorang Choi Im Hwa.
"Ala,siooooooot" omel Mingyu perlahan dengan kesalnya yang turut tidak sempat melarikan diri itu. Dengan dia-dia sekali kejung membelakangi wanita yang bergelar ibu rakannya itu.
Jungkook mengetap bibirnya bersama mata yang dipejam singkat. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia memusingkan badannya menghadap puan Choi di belakang.
"Hm" sahut Jungkook dengan raut wajah mendatar.
"Ala bangang la. Benda aku buat dekat sini" omel Mingyu perlahan dengan sebalnya dek terasa menyibuk antara hal dua beranak itu. Dia mengetap bibirnya sebelum langsung saja melangkah ke arah meja di tepi. Segelas minuman yang tersedia di situ diraihnya lalu diteguk sedikit. Buat-buat sibuk minum air-
"Kau...datang seorang je? " soal puan Choi, membuka bicara.
"Dengan Eunha" jawab Jungkook ringkas, tanpa nada.
"Anak kau?" soal puan Choi lagi.
"Hm, datang jugak" jawab Jungkook senada. Matanya langsung tidak statik memandang wajah sang ibu di hadapan, sebaliknya meliar ke sekeliling sudut.
Puan Choi perlahan mengangguk. Niatnya menegur anak lelakinya itu bukan untuk menyoal tentang itu sebenarnya. Ada hal lain yang ingin diungkapkannya. Namun, mungkin saja ketika itu bukan waktu yang sesuai.
"Okey. Sambunglah borak dengan kawan kau. Aku pergi dulu" pamit puan Choi sebelum langsung memusingkan badannya untuk beredar.
"Kejap" ujar Jungkook drastik, cuba menghalang kepergian wanita itu buat seketika.
Puan Choi menghentikan langkahnya. Dia menoleh, memandang wajah Jungkook di belakang.
"Papa...datang tak? " soal Jungkook dengan sedikit teragak-agak. Wajah Choi Im Hwa ditatapnya.
Puan Choi langsung mengangguk.
"Datang. Kejap lagi dia sampai" jelas puan Choi ringkas.
Jungkook sekadar mengangguk perlahan.
"Um,by the way, " tutur puan Choi senada dan dijedakan sebentar. Tidak terlalu yakin untuk dia menyambung tuturan yang bakal diungkap.
Jungkook langsung saja menumpu perhatiannya pada wajah wanita itu. Tertanya-tanya.
"Kalau boleh, stay sini sampai malam. Ada makan malam dengan keluarga Hyungwon nanti. Family dinner" tutur Choi Im Hwa sambil menatap wajah anak sulungnya itu.
"Aku harap kau boleh tunggu,"
"Bukan untuk aku, tapi untuk adik kau. Hae Jung " -Choi Im Hwa
AHSHSHSHSHSJDK-
YE 2.5K WORDS JE EM
MAAP LA KALAU RASA CHAP NI KOSONG KE HAMBAR KE EM
IYAYAYA HAE JUNG YANG DULUNYA RAKAN SEPERJUANG ANDA SEMUA DAH TAK SINGLE DAH-
ANDA JE SENDU LAGI YE AHAHAHAHAHA
HA TAK PAYAH NAK KATA KAT AKU BALIK-
AKU SEDOR K AKU SEDOR
AKU SEDOR AKU TERLALU LAWA UNTUK TAKEN-
LAH TIBAH
K DAH
Geruck lu sistur
OH YE BTW CHAP ESOK MAYBE PNJG YE
NAK SPOILER TAK, NAK SPOILER TAK OHOHOHO-
Oh, tak nak eh?
Okey bye AHAHAHAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro