Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🔷85

THE MEDIA ABOVE WILL BE DELETED SOON ;)

AAAA SORRY GAIS AI APDET LEWAT HSHSHSHS

NNTI AKU AKAN USAHAKAN APDET STIAP 2 HARI OKEYHH

KALAU LAGI NAIS, DAILY LA EM

INSYAALLAH SEYA AKAN CUBA

DAH, TULUNG VOTE DAN COMMENT^^



























1 Mei, 5.47 petang, di dalam ruang makan peribadi di sebuah restoran, satu alunan suara riang bersama selingan tangan yang ditepuk mengikut rentak alunan, memenuhi ruangan tersebut.

"Saengil chukkahamnida~ Saengil chukkahamnida~Saranghaneun Jungwoniee~ Saengil chukkahamnida~!"

Lagu sempena hari lahir itu dinyanyikan ceria oleh Eunha bersama tangan yang ditepuk mengikut irama, menyempurnakan lagi lagu ringkas itu. Tubuhnya juga digerakkan ke kanan dan kiri dengan girangnya. Mata tertumpu tepat pada sang birthday boy di sebelah yang berada di pangkuan Jungkook itu. Senyuman senang kekal menghiasi bibir.

Jungkook pula sepanjang lagu ceria itu dinyanyikan Eunha, dia hanya menggerakkan tangan kecil Jungwon di pangkuan ke kiri dan kanan, turut mengikut rentak. Tertawa girang si kecil itu dibuatnya dek merasai keterujaan kesan dari kelakuan ibu dan ayahnya itu.

"Yeyyyy" sorak Jungkook mesra serentak dengan tangan yang ditepuk teruja setelah lagu selesai dinyanyikan. Tangan kanan Jungwon itu digoyang-goyang bersama senyuman lebar. Kemudian, dikucup pipi mulus anaknya yang sudah menjengah usia 1 tahun itu.

Ya. Sekejap saja masa berlalu. 6 bulan telah pun berlalu. Satu-satunya anak lelaki pasangan suami isteri itu sudah pun berusia 12 bulan atau lebih tepat 1 tahun pada tanggal 1 mei hari ini. Bulan yang sama dengan ibu terchentanya-

Bila si kecil itu sudah mencapai umur setahun,sepertinya satu cabaran lagilah untuk ibu bapanya itu. Sememangnya akan semakin hiperaktif budak itu nanti. Sebelum ini saja sudah mencabar. Sejak si Jeon Jungwon itu boleh berdiri, berjalan walaupun tak lancar mana, tetap tak boleh ubah hakikat yang betapa memenatkan menjaga si kecil itu. Meninjau merata.

Namun, bagi sudut yang cerahnya,melihat si kecil itu semakin membesar, semestinya satu kebahagiaan terhadap Jungkook dan Eunha. Cabaran yang bakal menanti itu letak tepi dulu.

"Saengil chukkae,sayanggg" ucap Eunha mesra seraya mengelus lembut rambut nipis Jungwon dengan senyuman. Kemudian, diraih tubuh kecil itu dari pangkuan suaminya. Kini, si kecil itu berubah tempat.

"Awhh, dah besar dah anak mummy nii! " tutur Eunha riang terselit rasa terharu sebelum mengucup lembut pipi tembam Jungwon itu.

"Okey, kajjaa. Kita potong kek~!" ajak Eunha girang seraya menurunkan Jungwon dari pangkuannya dan diletakkan anaknya itu di antaranya dan Jungkook, di atas bangku rekaan seakan sofa yang diduduki mereka itu.

Si kecil itu berdiri teguh dek belakangnya yang disokong oleh tangan sang ayah di sebelah. Dia menilik penuh minat sebuah kek di hadapannya itu. Kek vanila berbentuk bulat yang dihiasi garisan krim icing berwarna biru di sekeliling kek dan beberapa buah mainan yang 'diparkir' rapi di permukaan kek itu. Tidak lupa juga angka 1 yang dicucuk di tengah-tengah kek vanila itu.

"Waaa, comelnya kek diaaa" ujar Eunha meleret dengan nada kagum seraya menggoyangkan sekilas tangan kecil Jungwon di sebelah. Jungwon tersengih suka lalu berura untuk menyentuh permukaan kek itu.

"Aip, kejap. Pakai topi dulu" ujar Eunha drastik seraya memegang tangan kecil anaknya itu, menghalang si kecil itu dari 'merosakkan' hiasan cantik di atas kek itu.

Redha saja raut wajah si Jungwon itu melihat tangannya yang dipegang sang ibu. Nak calit sikit pun tak boleh-

Eunha kemudiannya meraih topi hari lahir,bercorak palkedot berwarna biru muda yang berada di sisi meja.

"Jjaa, pakai ini dulu la, sayang. Baru comel haaa" tutur Eunha lembut dengan mesra seraya memakaikan topi itu pada kepala Jungwon. Tali yang tersedia ditarik lalu disangkut pada dagu si kecil itu.

"Aigoo yaa, kyeop--"

Tak sempat Eunha menghabiskan pujian mesranya itu, si birthday boy itu terlebih dahulu merengek protes. Raut wajahnya cemberut sambil kedua-dua tangannya cuba menanggalkan topi berbentuk kon di kepalanya itu. Rimas.

"Lahh, tak nak pakai ke, sayang? Tak comel lah nantii" seloroh Eunha sambil memandang wajah protes anaknya itu. Bibirnya dicebikkan.

Jungwon pula sedikit pun tidak mempertimbangkan tuturan ibunya itu dan merengek lebih protes. Kedua-dua tangannya mengitai-ngitai memberontak. Dia cuma mahu mencabut buang topi hari lahir yang merimaskan kepalanya itu. Maklumlah, dia mana pernah memakai objek itu di kepalanya. Lagi pula tali yang berada di bawah dagunya itu terlalu mengganggunya.

"Eo, araso, araso. Sini mummy bukakan" ujar Eunha yang hanya mengalah itu. Lagipun, sudah kalau si kecil itu rimas dengan objek itu, nak buat macam mana lagi? Memang tanggalkan sajalah topi itu.

"Dah, dah. Dah buka. Aigoo" tutur Eunha tatkala menanggalkan topi itu dari kepala Jungwon. Langsung saja si kecil itu berhenti dari merengek.

Seorang Jeon Jungkook yang hanya menjadi pemerhati gelagat dua beranak itu dari tadi langsung tergelak kecil melihat reaksi pantas Jungwon tatkala topi itu ditanggalkan. Tangannya bergerak mengusutkan perlahan rambut hitam anaknya itu. Banggalah dia sekejap. Si kecil itu ada juga mengikut perangainya. Tak suka memakai topi hari jadi-

"Nah, sayang. Awak lah pakai" tutur Eunha seraya menghulurkan topi hari lahir yang baru, rekaan dan corak yang sama namun lebih besar.

Laju saja Jungkook memandang Eunha dengan tatapan agak protes.

"Eh, apa pulak? Tak nak--"

"Ah, tak ada, tak ada. Sini saya pakaikan" tukas Eunha seraya menarik lengan Jungkook agar menghampirinya sedikit. Lalu topi itu langsung dipakaikan pada kepala suaminya itu walau betapa bersungguhnya lelaki itu mahu mengelak.

"Aduh, sayang. Rosak rambut--"

Ya. Itulah sebab yang paling tepat mengapa seketul Jeon Jungkook ini sangat membenci topi hari jadi dipakaikan pada kepalanya-

"Aigoo,anak yang baikkk" seloroh Eunha memuji dengan mesranya sebaik saja topi hari lahir itu selamat dipakaikan pada kepala Jungkook. Bukannya dia tak tahu suaminya itu tak suka akan benda alah itu. Cumanya dia rasa alasan lelaki itu terlalu tidak munasabah. Takut rambut yang sudah digayakan dengan kemas itu berantakan.

Jungkook langsung menayang wajah jengkel dek pujian mesra isterinya itu. Langsung saja dia membetulkan benda alah kon di kepalanya itu ke belakang, tak mahu membiarkan jambulnya itu ditindih objek itu. Lalu, dikemaskan semula rambutnya itu.

Jungwon pula dengan hairan dan polosnya memandang ayahnya di sebelah kirinya itu. Setelah mendengar pujian ibunya kepada ayahnya tadi, dia menjadi hairan.

Seya ada abang?

"Okey dah. Kajja! Kita potong kek!" ajak Eunha teruja seraya meraih pisau kek yang terselit di tepi kotak kek itu. Kemudian, pisau plastik itu diletakkan ke atas permukaan kek itu. Baru saja dia berura untuk menekan pisau itu ke dalam tekstur kek tersebut, hidungnya tiba-tiba saja dicalit oleh krim kek.

Siapa pelakunya?

"Ah,sayang!" laung Eunha sebal sebaik saja dia mengangkat kepalanya. Tak perlu tanya dulu, dia sudah kenal jari-jemari suaminya itu. Matanya tajam mencerlung wajah Jungkook.

Ya. Itulah pelakunya.

Jungkook pula sudah tergelak-gelak. Macam biasalah. Dia memang suka membuat wanita itu sebal dengannya.

"Ishh! " rungut Eunha kesal lalu merengus geram. Nasib ada Jungwon di tengah saja yang menghalang. Kalau tak, memang sudah dicubit, ditampar lelaki itu. Maghoh ni.

Jungwon yang sedang berdiri di antara ibu dan ayahnya itu pula hanya menjadi pemerhati dengan tatapan polos. Kemudian, dengan penasarannya dia menurunkan jari telunjuknya pada krim di permukaan kek itu. Lalu, dia menoleh memandang sang ibu yang masih kesal dengan ayahnya itu. Dan, dengan polosnya dia mencalit krim berwarna biru di jarinya itu pada pipi mulus Eunha.

Eunha terkesima sebentar. Dia memandang wajah polos anak lelakinya itu dengan tatapan ketidakpercayaan. Jarinya naik memegang perlahan pipinya bagi memastikan perbuatan yang baru dibuat si kecil itu.

"Jungwonnnn,pipi mummyyy!" rungut Eunha dengan kesalnya sebaik saja memeriksa pipinya yang menjadi mangsa calitan krim lagi. Raut wajahnya protes yang teramat.

"Ayyy, cepat belajar ye diaaa" seloroh Jungkook yang berbaur pujian itu seraya menekup lembut pipi tembam anak lelakinya itu. Dia tersenyum senang. Si kecil itu yang menayang raut wajah polos tadi langsung berubah ceria tika melihat ekspresi ayahnya itu.

"Aish, awak lah ni mengajar!" bentak Eunha sebal lalu merengus kasar. Bibirnya diketap.

Jungkook langsung tergelak kecil. Dia kemudiannya menekup lagi wajah kecil Jungwon, namun kali ini dengan kedua-dua tangannya. Bulat-bulat mata si kecil itu memandang wajahnya.

"Jungwon ah, cakap dekat mummy, 'terima kasih mummy dah lahirkan Uwon! Saaayang mummy!' " pesan Jungkook mesra seolah anaknya yang baru berusia setahun itu mampu mengatakan itu. Dia pun tahu si kecil itu masih tidak berdaya untuk bertutur sebanyak itu. Tujuannya cuma mahu menyejukkan semula hati protes Eunha dek perbuatan mereka berdua itu.

Jungwon pula lama menatap wajah Jungkook, sedang memproses apa yang diperkatakan ayahnya itu. Dia yang sudah sepertinya agak mengerti tuturan ayahnya itu perlahan memusingkan badannya menghadap Eunha di sebelah kanan. Lalu, perlahan dia melangkah menghampiri tubuh ibunya itu lalu didakap polos. Sebagai gantian untuk tuturan yang disuruh si ayah tadi memandangkan dia tidak dapat menzahirkan bicara itu.

"Awhh,macam mana nak marah kalau macam niiii" tutur Eunha yang langsung sejuk hati dek perbuatan anaknya itu. Dibalas pelukan si kecil itu dengan senyuman senang.

"Ha, boleh calit krim lagi la macam tu"

"No! "




【 BBP S2:TRUST】
»85


"Sayang, jom main satu game! " ajak Eunha riang tatkala matanya terarah pada botol plastik bersaiz besar yang sudah kosong itu. Maklumlah ketika itu dia sedang mengemas mana yang patut di atas meja makan. Terlintas pula dengan satu permainan tika melihat objek itu.

"Game apa?" soal Jungkook penasaran yang sedang ligat membuka plastik pembungkus jajan ubi kentang tanpa MSG itu buat Jungwon. Dipandang sekilas Eunha yang berada di meja makan itu.

Eunha tersenyum suka. Dia mencapai botol kosong itu lalu melangkah menghampiri bangku sofa yang diduduki Jungkook dan Jungwon itu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa itu, bersebelahan Jungkook. Atau lebih tepat, Jungwon. Memandangkan si kecil itu sedang berdiri di antara mereka di atas sofa itu.

"Ni. Guna botol kosong ni. Kita main batu-gunting-kertas. Awak ingat lagi kan game dia macam mana?" jelas Eunha teruja seraya menayang botol kosong bersaiz besar itu kepada Jungkook.

"Ah, tu. Serius nak main game ni? I really won't be nice" respon Jungkook bersahaja sebaik saja menghulur sekeping jajan ubi kentang itu kepada Jungwon. Dia menarik senyuman megah.

"Heol" respon Eunha dengan jengkelnya. Dia kemudiannya memusingkan badannya menghadap Jungkook di sebelah. Botol kosong di pegangannya itu diletakkan di sebelah.

"Jjaaa, kajja kajja" ajak Eunha riang seraya menepuk-nepuk ringkas bahu suaminya itu. Jungkook pula hanya mengangguk. Seplastik jajan ubi kentang di pegangannya itu selamba dihulurkan kepada Jungwon, membiarkan si kecil itu pegang sendiri.

"Gawi bawi bo!" ujar Eunha seraya mengeluarkan 'gunting'.

Gawi bawi bo= gunting batu kertas

"Assa! " sorak Eunha riang tatkala melihat Jungkook mengeluarkan 'kertas'. Menanglah dia. Eunha langsung meraih botol kosong di sebelahnya itu lalu tanpa teragak-agak dia mengetuk kepala suaminya itu menggunakan objek itu. Redha saja lelaki itu.

"Gawi bawi bo!"

"Asssaaaaa" sorak Eunha girang seraya mengangkat tangan kanannya ke udara dengan drastiknya.

Ya. Buat kali kedua wanita itu menang. Batu-kertas.

Jungkook pula dengan sadisnya melihat tangannya yang dengan yakinnya membuat gaya 'kertas' lagi. Dia pun tak sedar-

Puk!

Kepala seketul Jeon Jungkook itu diketuk lagi menggunakan botol kosong oleh Eunha yang sedikit pun tidak merasa simpati-

"Gawi bawi bo!"

"Uwu, nice niceee!"

Jungkook merengus kesal. Ya, dia kalah lagi. Siapalah sabotaj dia yang tiba-tiba menjadi malang ni?

Eunha tergelak-gelak suka lalu meraih lagi botol kosong itu dan langsung mengetuk kepala suaminya itu dengan girangnya. Dendam jangan bawa sekali kak-

Manakala, seketul Jeon Jungwon yang sedang berdiri sambil menyandar di badan sofa di antara dua figura itu memandang bersilih ganti ibu dan ayahnya itu dari tadi. Sekejap dia pandang Eunha, sekejap dia pandang Jungkook. Entah apalah yang dimainkan ibu bapanya itu. Sampaikan dia terasa tidak wujud di situ sambil memakan jajan di pegangan. Nasib ada makanan-

Jadi penonton lah si kecil itu. Menarik pulak tengok ibunya itu ketuk, ketuk kepala sang ayah-

"Gawi bawi bo! " laung Eunha riang seraya dengan terujanya mengeluarkan 'kertas'. Dia semakin yakin yang buat kali ini suaminya itu disumpah menjadi malang.

"Eo-"

-atau mungkin tidak.

Jungkook yang tadinya longlai mengeluarkan 'gunting' itu langsung berubah semangat ekspresi wajahnya tika mendapati bahwa 'meja sudah berpusing' kali itu. Dia akhirnya tidak berisiko menjadi bangang dek diketuk botol di kepala berterusan.

"Eo? Nampak macam luck saya dah datang" tutur Jungkook dengan megahnya seraya menarik senyuman sumbing. Dia langsung meraih botol kosong di sebelah.

Eunha sudah berkelip-kelip matanya memikirkan nasib di kepalanya yang bakal diterima nanti. Dia langsung memejamkan matanya rapat. Menyesal pun ada dek tidak 'berperikemanusiaan' dengan suaminya itu tadi.

"Sorry, sayang" seloroh Jungkook bersama senyuman kecil sebelum langsung mengetuk kepala isterinya itu menggunakan botol bersaiz besar itu.

Puk!

"Ah-" rintih Eunha drastik sebaik saja kepalanya selamat diketuk menggunakan botol kosong itu. Matanya dibuka semula serentak dengan tangan yang naik memegang kepalanya.

Dan tika itu, Jungwon yang menyaksikan adegan itu langsung memandang ke arah ibunya itu dengan tatapan redup. Tidak gamak melihat kepala ibunya itu diperlakukan sebegitu rupa. Langsung saja raut wajahnya berubah cemberut lalu perlahan dia melangkah ke arah Eunha dan leher ibunya itu dipeluk.

Eunha langsung menoleh dek perbuatan anaknya itu dan terus terkekeh perlahan dia dibuatnya. Langsung saja dia berbuat riak sedih dan teraniaya dengan cebikan di bibir. Kepalanya yang didakap Jungwon itu dilentok pada tubuh kecil anaknya itu. Sengaja berdramatik.

Manakala seketul Jeon Jungkook yang melihat adegan ibu-anak itu langsung menayang raut wajah dalam ketidakpercayaan. Keningnya dijongket sebelah.


"Ehh, apa ni? Mummy dia kena ketuk baru sekali kot! Ini terlalu pilih kasihhh"




【 BBP S2:TRUST】
»85



"Duduk sini kejap tau, sayang. Mummy nak kemas sikit meja tu. Nanti kita balik rumah, okey?" tutur Eunha lembut seraya mengusap-usap ringkas rambut nipis Jungwon yang sedang duduk di atas bangku sofa itu. Si kecil itu sedang giat membelek beg tangan ibunya itu. Tunggu masa nak dipunggah keluar je tu-

Eunha kemudiannya menegakkan tubuhnya dari membongkok. Dia menilik jam di pergelangan tangannya. Lebih kurang 15 minit lagi masa yang berbaki bagi tempoh tempahan mereka di ruang makan peribadi ini. Pula itu, si Jeon Jungkook hilang ke mana. Maklumnya cuma mahu keluar sebentar tadi. Tapi sekarang tak muncul-muncul pun.

Eunha mengeluh kecil sebelum melangkah menghampiri meja makan. Dia mulai mengemas peralatan dan bahan sisa yang berada di atas meja itu. Kek sudahpun dimasukkan ke dalam kotak. Pinggan mangkuk yang digunakan dikumpulkan setempat. Plastik pembungkus dan sisa yang lain dimasukkan ke dalam satu plastik besar.

Selesai saja mengemas meja makan itu kurang dari 5 minit, Eunha memusingkan badannya menghadap Jungwon di belakang. Satu keluhan sebal dilepaskan.

"Daddy awak ni pun satu. Mana pergi--"

Terhenti langsung rungutan Eunha yang baru berada di mukadimah itu tatkala sejambak bunga ros merah dan ros putih muncul di depan wajahnya dari belakang. Terpana dia seketika sebelum langsung memusingkan badannya menghadap sang pemberi.

"Happy wedding anniversary, sayang" ucap Jungkook mesra bersama sepenggal senyuman seraya menghulur kembali sejambak bunga ros dua jenis warna itu kepada Eunha yang terpinga-pinga itu.

"Eo-eoh? " respon Eunha bingung dengan terkebil-kebilnya. Dia memandang wajah suaminya itu dengan tatapan bingung sebelum memandang sekilas huluran jambakan bunga ros di tangan Jungkook itu.

Jungkook menarik senyuman kecil. Dia berdehem singkat.

"I mean, happy belated wedding anniversary, sayang" tutur Jungkook lalu kembali mengukir senyuman lebar.

Eunha yang terpinga-pinga barusan langsung berdecit perlahan dek tuturan Jungkook itu.

"Heol, 'belated' ye? " soal Eunha dalam ketidakpercayaan bersama kening yang dijongket sebelah. Maklumlah hari yang sepatutnya adalah 2 hari lepas,bukan di hari lahir Jungwon ini.

Jungkook langsung mengukir senyuman kecil. Perlahan dia menurunkan jambakan bunga di pegangannya itu ke sisi.

"Ala, saya bukan lupa--"

"Tapi tak ingat?" seloroh Eunha berloyar buruk namun dengan nada agak tegas. Keningnya dijongket lagi sambil menatap tepat pada wajah sempurna suaminya itu.

Laju saja Jungkook menggelengkan kepalanya. Sudah seperti anak kecil yang takut dimarahi ibunya-

"Eh, bukan. Mana ada saya tak ingat" nafi Jungkook drastik dengan bersungguhnya,berharap wanita itu mempercayai katanya. Memang benar pun dia tidak lupa akan hari istimewa itu,cumanya ada perkara yang menghalang ketika itu.

Eunha langsung berdecit perlahan dek penafian dan cara respon lelaki itu. Dia kemudiannya tersenyum singkat.

"It's okay. Saya tahu awak struggle siapkan kerja 2 hari lepas untuk spend time hari ni. Well, at least awak still wish jugak walaupun terlewat sikit kan? " tukas Eunha lalu mengulum senyuman manis buat Jungkook di hadapan. Dia kemudiannya meraih jambakan bunga di tangan suaminya itu lalu dihidu sekilas. Tentunya wangi. Ditatap bunga ros putih dan merah yang disusun rapi dan indah di dalam pembalut berwarna hitam dan riben berwarna emas itu.

Jungkook mengulum senyuman kecil. Tangannya naik menyentuh lembut ubun-ubun kepala Eunha yang sedang menunduk,mengamati bunga.

"Sorry. Tahun ni jadi 'belated' pulak" ucap Jungkook yang tentunya merasa serba salah itu. Maklumlah,tahun-tahun yang lalu,mana pernah dia terlewat untuk mengucap dan meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Eunha mengangkat kepalanya lalu wajah Jungkook itu dipandang. Dia langsung mengukir senyuman manis. Kepalanya digeleng perlahan tanda tidak kisah tentang itu. Lalu,tubuh suaminya itu didakap.

"Tak apa lah. You're still the best. Thank you, sayang. I love you" tutur Eunha lembut dengan mesranya sebaik saja memeluk tubuh Jungkook itu. Dipeluk erat tubuh lelaki itu.

Jungkook langsung tersenyum dek perbuatan dan ucapan Eunha itu. Dia mengelus lembut rambut panjang wanita itu. Kemudian, diakhiri dengan satu kucupan lembut pada ubun-ubun kepala isterinya itu. Lalu,pelukan itu dileraikan.

"Eoh, sayang. Saya ada bawa hadiah untuk awak" ujar Eunha mesra bersama senyuman sambil memandang wajah sempurna suaminya itu.

"You did? " soal Jungkook tidak menyangka dengan kening yang spontan diangkat sebelah.

Eunha mengangguk ceria.

"Eoh, sini" respon Eunha seraya menarik lengan Jungkook,menarik lelaki itu ke bangku sofa yang lebar itu. Kemudian,dia melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut,diikuti Jungkook juga. Seketul Jungwon yang sedang fokus mengeluarkan segala barang dari dalam beg tangan ibunya itu langsung tidak dipedulikan.

"Sini la. Dekat sikit. Saya nak bagitahu something" tutur Eunha mesra sambil menggerakkan tangannya,membuat gaya bagi menyuruh suaminya itu agar lebih dekat dengan wajahnya. Seakan mahu membisik sesuatu kepada lelaki itu.

"Mwoya?" soal Jungkook bingung sebelum menuruti saja. Dia mendekatkan sisi wajahnya dengan Eunha,sudah bersedia untuk mendengarkan apa yang bakal dibisik isterinya itu.

Eunha langsung mengulum senyuman kecil tatkala lelaki itu hanya akur saja dengan permintaannya. Dia kemudiannya dengan bersahajanya mencium pipi mulus suaminya itu.

"Dah, tu hadiahnya~" ujar Eunha ceria dengan meleretnya bersama senyuman lebar.

Jungkook yang sememangnya langsung tidak menyangka akan 'hadiah' itu yang diberi Eunha itu,terpana seketika dia dibuatnya. Hanya untuk seketika. Dia menoleh memandang wajah mesra yang ditayang wanita itu.

"Oh, macam tu eh? Sini pulak" seloroh Jungkook sebelum langsung menarik wajah isterinya itu. Ditekup wajah kecil itu lalu dicium dahi polos wanita itu. Kemudian diteruskan dengan ciuman di pipi kanan dan kiri milik Eunha itu.

Dan,baru saja dia berura untuk meneruskan dengan mengucup bibir isterinya itu pula,dengan sadisnya wajahnya ditolak seorang Jeon Jungwon dari tepi. Lalu,si kecil itu menjengah masuk di antara jarak dekat ibu bapanya itu. Kemudian, dia langsung bergerak memeluk tubuh ibunya itu. Sedikit pun tidak memberi peluang untuk ayahnya itu.

"Halahhh, budak ni memang selalu dengki dengan daddy kan?" bentak Jungkook dengan kesalnya sambil menayang wajah protes. Ditatap kesal figura kecil anaknya itu.

Eunha pula sudah tergelak-gelak dek perbuatan mencuit hati anaknya itu. Memang dipeluk erat tubuhnya oleh si kecil itu. Dia memandang Jungwon lalu anak kecil itu langsung mendongak memandangnya. Bibir si kecil itu dimuncungkan,juga mahukan satu ciuman darinya.

Lagi menggeletek hati seorang Jeon Eunha lah dibuatnya dek gelagat si kecil itu. Dia terkekeh kecil sebelum langsung mengucup bibir anaknya itu yang kekal memuncung itu. Ketawa sukalah si kecil itu setelah itu. Dipeluk girang leher ibunya.

Daddy ada? Daddy tak ada~

Manakala seketul Jeon Jungkook yang menyaksikan itu sudah merasa satu ketidakadilan dan iri hati di situ. Matanya dikecilkan,merenung protes adegan dua beranak itu. Satu rengusan perlahan dilepaskan.

Tanpa melengahkan masa,Jungkook langsung menginjak menghampiri dua beranak itu lalu didakap seeratnya dua figura tersayangnya itu. Biar terpenyek si budak Jungwon tu-

Kemudian,dicium berkali-kali kepala Jungwon lalu dahi mulus Eunha pula mendapat ciuman bertubi-tubi itu. Si Jungwon juga tak mahu kalah. Dicium juga pipi gebu ibunya itu walaupun agak tidak kesampaian. Masing-masing sibuk nak cium gerangan tersayang itu.

"Aigoooo,jjinjaaaa" rungut Eunha dek rasa rimas yang menyelubungi angkara perbuatan dua beranak itu sebelum dia tergelak-gelak. Walaupun rimas pada mulanya, dia mulai rasa keselesaan tika itu. Langsung saja dia merasa senang dan bahagia kesan dari pelukan erat mereka sekeluarga kecil itu.

Dan tika itu,dia mulai mengharap,semoga kebahagiaan yang dirasainya ketika itu akan kekal selamanya.












HAH TERSENGIH MCM ORANG GILA JUGAK LA AKU TIME TYPE SCENE LAST TU EM SHSHSHSHSH

YE JUNGWON KORANG DAH SETAHUN DAAA

MAAP LA AKU SKIP TIME BYK SGT EM

TAPI AKU RASA KORANG PUN MESTI DAH MUAK KAN SCENE JUNGWON TIME BABY BEBANYAK

SO YEA EM

AKU PUN TANAK BYK LETAK USELESS SCENE,NNTI KANG PNJG LAGI FF HAKU

INSYAALLAH FF NI TAK SEPANJANG BIL

DUN WORREYH

TAPI AKU SAYANG FF NI-

YE STIAP FF AKU YG ON GOING SEMUANYA AKU SAYANG HMMMM

DAH,BABAI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro