🔷84
AYYY NEW CHAP MAREY
DAH, VOTE SILA
COMMENT JUGA:)
"Ha, nanti kau send dekat aku document tu. Proposal tu aku baru nak buat" tutur Jungkook buat Mingyu yang berada di hujung talian. Tangan kanannya ligat menyelak helaian kertas di dalam fail, meneliti setiap satu bahan kerja itu.
"Eoh,thanks" ucap Jungkook ringkas sebelum mematikan panggilan bersama rakannya itu. Telefon diturunkan lalu diletakkan ke atas meja. Dia kemudiannya meraih pula beberapa fail berkaitan di rak tepi.
Kembali sahaja dari bumi Jeju minggu lepas, kembali jugalah seorang Jeon Jungkook yang sibuk dengan hal kerjanya. Banyak yang perlu dibuat. Itu perlu diselesaikan, ini perlu disemak. Namun kalau mahu dibandingkan dengan beberapa hari yang lalu, mungkin hari ini lebih baik. Sekurang-kurangnya dia cuti hari ini.
Walaupun hal kerja tetap saja perlu diselesaikan–
Jungkook yang sedang ligat mencari fail yang dikehendakinya di rak bersebelahan meja kerjanya itu langsung terbantut seketika tatkala matanya terarah pada figura Eunha yang sedang duduk di atas katil. Terlihat wanita itu kaku dalam posisi itu, lurus menatap ke hadapan tanpa berkelip, tak ubah seperti patung. Jungwon yang sedang berdiri di atas riba dan menepuk-nepuk wajah ibunya dengan tangan kecilnya itu pun tidak dihiraukan.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya, hairan melihat keadaan Eunha yang sebegitu rupa. Cermin mata yang berpaut pada kedua-dua telinga diturunkan sedikit ke bawah.
"Termenung apa, sayang?" soal Jungkook penasaran. Keningnya masih dijongket sebelah.
Eunha yang sedang ligat mengelamun itu langsung tersedar ke realiti dek suara Jungkook yang menyapa telinganya itu. Dia langsung menoleh memandang suaminya yang sedang duduk di meja kerja, menanti respon darinya.
"Eoh? Tak. Tak ada apalah" balas Eunha setelah menggeleng kecil lalu mengukir senyuman manis bagi meyakinkan lelaki itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan dek jawapan tak memberangsangkan isterinya itu.
"Fikirkan apa? Ada yang mengganggu ke?" soal Jungkook lagi, menebak. Dia mahukan jawapan yang meyakinkan dari wanita itu. Mana mungkin termenung sampai hampir jadi patung begitu, tak ada apa yang besar difikirkan.
Eunha menggelengkan kepalanya lagi.
"Aniyaa. Tak ada apalah" nafi Eunha sebelum berdiri bersama Jungwon yang juga didukung. Lalu, dia menapak ke arah meja kerja Jungkook.
"Saya nak kemas-kemas dekat bawah, lepas tu nak masak lunch" tutur Eunha bersama senyuman kecil sambil memandang sang suami yang sedang duduk di meja kerja itu.
"Okey...?" balas Jungkook terpinga-pinga.
Eunha menarik senyuman lebar.
"Jadi, silakan jaga Jungwon sementara saya nak buat kerja dekat bawah" pinta Eunha mesra seraya meletakkan tubuh kecil anak lelakinya itu ke atas riba Jungkook.
Terpana langsung seorang Jeon Jungkook itu seketika. Namun begitu, dia tetap memegang tubuh kecil Jungwon yang kini berada di pangkuannya itu. Dia mendongak memandang Eunha di sebelah.
"Eh, sayang--"
"Jagakan, okey" tutur Eunha lagi dengan mesranya lalu mengelus sekilas rambut hitam suaminya itu. Satu senyuman manis diberikan sebelum dia berganjak dari meja kerja lelaki itu.
Jungkook pula tergopoh-gapah memusingkan badannya ke arah isterinya itu melangkah, tidak dapat menerima permintaan wanita itu.
"Lah sayang, saya pun ada kerja--"
"Kejap je!" laung Eunha riang sebelum melangkah keluar dari bilik tidur mereka itu.
"Tapi, tapi ni nanti--haih"
Satu keluhan mengalah langsung dilepaskan tatkala mendapati Eunha sudah pun hilang dari pandangannya. Wajahnya diraup sekilas. Sadis betul hidup.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»84
•
•
•
"Haluuu"
"Eoh, Ju"
"Ha, Na. Kenapa? "
"Aku menganggu kau eh? Busy ke? "
"Tak ada la. Kebetulan aku off day hari ni. So aku tak busy lah sangat. Kenapa,Na?"
"Ah, okey la macam tu. Tak, aku nak cakap sikit dengan kau ni"
"Eoh, apa?"
Eunha memandang sekeliling ruang tamu dan bahagian tangga sekilas sebelum dia bersuara.
"Kau ingat lagi unknown IG account yang aku cerita dekat kau last week?"
"User lelaki yang DM kau tiba-tiba tu?"
"Haah. Aku dah tahu siapa, Ju. Dia dah bagitahu"
"Iye? Siapa, Na? Kau kenal ke?"
"Aku tak kenal dia pun at the first place. Tak tahu la kalau kau mungkin kenal dia, Ju"
"Ehh, aku pulak dah. Asal aku pulak yang mungkin kenal dia?"
"Ye, ada kemungkinan. Sebabnya, dia cakap dia satu uni dengan kita"
"Eh, yeee? "
"Iye. Nama dia...Yoo Si Han. Kau kenal, Ju?"
"Yoo Si Han anak siapa pulak..."
"Kau tak kenal?"
"Kejap,kejap. Aku macam familiar dengan nama tu"
"Pulak" respon Eunha jengkel bersertakan riak wajah yang turut jengkel.
"Oh yeee! Yoo Si Han!"
Eunha langsung menjauhkan telefon pintarnya dari telinganya dek suara lantang seorang Choi Yuna di hujung talian itu. Matanya juga refleks menyepet sedikit. Terperanjat dengan suara tinggi rakannya itu.
"Yoo Si Han, Na. Yoo Si Han! "
"Ye ye, siapa? Siapa Yoo Si Han tu? Aku tak kenal dia, Ju"
"Serius lah kau tak kenal, Na?"
"Iyeee"
"Halah kau ni. Dia kinda hot stuff jugak lah. Sebab ye la kan, good looking, sis"
"Ohh"
"Eh kau ni, Na. Macam mana lah kau boleh tak kenal dia? Kau tinggal dalam loker ke apa time belajar dulu"
"Mana lah aku tahu. Nak buat macam mana, dah aku tak kenal"
"Ngeh. Tapi, bagus la kau tak kenal. Fokus laki kau je sudah"
Eunha langsung berdecit perlahan dek tuturan bersahaja Yuju itu. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sendiri.
"Tapi, kenapa dia DM kau? Like, literally lepas setahun kita graduate. Kenapa eh?"
"Actually kan, Ju, waktu aku dekat Jeju minggu lepas, dia datang approach aku. Aku rasa sebab tu kot"
"Wait what?! Dia? Datang? Approach? Kau? Jeju? "
"Iye. Aku memang clueless gila bila dia tiba-tiba datang tegur aku. Cakap dia kenal aku and everything. Tapi masalahnya aku tak kenal diaaaa. Halahhh"
"Wowowo, ini berjaya buat aku speechless ye, Na. Dia approach kau dekat Jeju? Jangan cakap dia stalk kau, Na! "
"Eish, tak adanya! Kau ni banyak tengok drama lah, Ju. Kebetulan je tu"
"Manalah tahuuu"
"Mengarut je"
"Okey, aku faham sampai dia approach kau. Lepas tu, motif dia DM kau pulak? Apa kes?"
"Itulah pasal. Aku kan, rasa dia pelik lah, Ju" luah Eunha perlahan sambil menggaru-garu perlahan kulit sofa yang didudukinya itu.
"Pelik? Kenapa pulak?"
"Tak ada lah. Cara conversation dia. Macam...macam cuba nak flirt dengan aku je"
"Flirt? Kau biar betul?"
"Betul... Nanti aku screenshot chat tu send dekat kau"
"Eoh"
"Serius rasa lain macam dengan cara dia tu, Ju"
"Kejap, kejap, kejappp. Jangan cakap kau tak bagitahu dia yang kau dah ada husband, Na?"
"Dah bagitahu lahhh. Aku dah bagitahu time dia approach aku tu. Nak aku bagitahu apa lagi dekat dia? Nak tunjuk kad kahwin ke?"
"Sijil kahwin, Na. Sijil"
"Ha, sijil"
"Haih. Cara dia chat dengan kau tu memang nampak try hard masuk jarum ke, Na? Takkan seketul lagi on crush dekat kau ni"
"Eyy buat apa nak on crush dekat aku ramai-ramai? Tak nak la"
"Itu la. Cuba transfer orang yang crush dekat kau tu ke aku. Aku ni lebih memerlukan tau. Single ni single"
Eunha langsung berdecit perlahan sebelum tergelak kecil.
"Menyempat"
"Tapi, Na. Kalau dia tahu kau dah ada laki, kejadahnya dia pergi chat kau lagi? Pulak tu kau cakap macam flirt bagai pulak. Kes tak boleh terima kenyataan ke apa ni?"
"Entah la, Ju. Seminggu aku hadap segala chat pelik dia tu tau. Tak selesa lah. Mengganggu sangat"
"Block lah, Na"
"Dah, Ju, Dah. Dia DM dengan account lain pulak"
"Bapak psycho jantan ni. Tak sangka siot aku"
"Huwaa, aku nak buat benda lagi ni, Ju? Dia memang nak aku snap sijil kahwin aku ke apaaaa"
"Kau dah bagitahu Jungkook pasal ni?"
"Kena ke? "
"Ehh tak payahhh. Kau pergi bagitahu Jungwon lah. Lagi membantu"
"Alaaa, aku rasa macam benda ni akan stop macam tu je nanti. Biar lah"
"Yah, benda ni boleh jadi salah faham tau, Eunha. Sekarang kau rasa benda ni kecik, kalau tetiba Jungkook dapat tahu sendiri dengan cara yang salah macam mana? Kau jugak yang susah nanti, Na"
Eunha tergamam seketika. Dia hanyut dalam kebisuan.
"Also, dia tu suami kau duh, Na. Dia patut tahu. Dia ada hak untuk tu. Kau macam selalu letak tembok je dengan dia bila benda macam ni jadi. Macam ada batas. Sepatutnya kau kena lebih terbuka la untuk cerita benda macam ni dengan laki kau sendiri. Tambah pulak, ni pasal kau dengan si jantan try hard tu. Explain awal-awal la, Na. Benda ni boleh bawa salah faham"
"Entah la, Ju. Aku…"
Satu keluhan kecil dilepaskan Eunha. Bibirnya diketap.
"Fikir baik-baik, Na. Suami kau layak tahu. Seriously"
"Eoh…Nanti aku fikir lain"
"Eoh. Nanti aku cuba cakap jugak dengan si Yoo Si Han tu. Amboi dia. Seberaninya dia ganggu kawan aku. Dasar buaya"
Langsung terkekeh kecil Eunha dibuatnya dek celoteh rakannya itu.
"Dah, omma aku dah panggil dah tu ha. Aneongg! "
"Eoh~"
Tut.
Panggilan dimatikan Yuju. Eunha menurunkan telefonnya dari terus dilekapkan di telinga. Lalu, objek itu diletakkan ke atas meja di hadapan. Dia kemudiannya menyandarkan tubuhnya pada badan sofa. Satu keluhan panjang dilepaskan. Dia mulai buntu.
"Baru habis call dengan siapa?"
Suara milik Jungkook yang tiba-tiba menyapa telinga Eunha itu langsung membuatkan wanita itu pantas memusingkan badannya ke belakang dan berdiri tegak. Tindakan refleks dek terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
Jungkook yang sedang melangkah ke arahnya dengan Jungwon di dalam dukungan hanya mengangkat sebelah keningnya menyaksikan tindakan refleks isterinya itu.
"Eo-Eoh? Eoh, Yuju. Dengan Yuju" respon Eunha agak gugup lalu mengukir senyuman kecil, cuba beriak biasa.
Jungkook mengangguk perlahan.
"Lepas tu kenapa sampai berdiri? Duduk lah. Takkan sehormat tu awak dengan saya? " soal Jungkook hairan dengan dahi yang berkerut sedikit itu.
"Eo-eoh? Eoh, ani. Saya...saya nak pergi dapur. Nak masak" jawab Eunha yang menjadi agak salah tingkah itu dan masih mahu beriak tenang. Dia mengukir senyuman singkat buat Jungkook.
"Oh, pergi lah" balas Jungkook ringkas sambik melangkah menghampiri wanita itu.
Eunha mengangguk kecil. Dia menggaru sekilas pipi mulusnya yang tidak gatal itu.
"Awak nak pergi mana?" soal Eunha penasaran sambil memandang Jungkook yang kini berada dekat dengannya.
"Luar. Saya nak settle proposal semua ni dekat gazebo sana. Hilang tension sikit" respon Jungkook lalu mengulum senyuman kecil. Dua keping fail nipis yang berisi helaian kertas di dalam,berada di tangan kirinya.
"Ah…" balas Eunha lalu mengangguk kecil. Dia mengerling sekilas bahan kerja di pegangan suaminya itu.
Jungkook hanya mengangguk perlahan sebelum berura-ura untuk menghayun langkahnya. Namun,
"Ah,sayang" panggil Eunha drastik, sedikit sebanyak membantutkan niat Jungkook itu.
"Eo, wae? " sahut Jungkook sebaik saja menoleh memandang isterinya itu. Keningnya dijongket sebelah.
"Awak baru je turun ye tadi?" soal Eunha mahukan kepastian sambil menatap fokus wajah Jungkook. Dia bukannya apa, risau kalau-kalau perbualannya dengan Yuju di corong telefon tadi didengari lelaki itu.
Jungkook mengangguk.
"Eoh. Kenapa?" soal Jungkook penasaran bercampur bingung.
Eunha mengangguk kecil. Entah kenapa dia merasa lega. Risau sangat kalau lelaki itu mendapat tahu tentang perkara itu.
"Aniya" balas Eunha ringkas setelah menggelengkan kepalanya.
Jungkook menjongket sebelah keningnya, tidak berpuas hati dengan respon ringkas wanita itu.
"Saya pergi dapur dulu" pamit Eunha serta-merta seraya langsung mengorak langkahnya dari ruangan itu, meninggalkan Jungkook yang agak terpinga-pinga dengan kelakunya.
"Mwoya?" omel Jungkook bingung bersama kerutan di dahi. Matanya masih tertumpu ke arah figura Eunha yang sedang melangkah masuk ke dapur itu. Sungguh, dia mulai terasa meragui wanita itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»84
•
•
•
"Jeon Jungwon, no" larang Jungkook penuh penekanan yang sudah cuak itu tatkala mendapati Jungwon yang baru saja meraih kertas kerjanya.
Jungwon yang tadinya fokus menilik kertas di pegangannya itu langsung memandang ayahnya tatkala mendengar suara larangan itu. Polos saja dia menatap wajah ayahnya itu.
Namun, hanya buat seketika sebelum dia kembali meneliti objek nipis di pegangannya itu dengan penasaran. Diangkat kertas itu lalu dilekapkan ke atas lantai gazebo semula.
"Sini,bagi daddy" pinta Jungkook lembut, cuba tawar-menawar dengan si kecil itu. Dihulurkan tangannya ke arah Jungwon.
Jungwon pula sedikit pun tidak mempedulikan sang ayah, sebaliknya lebih tertumpu pada kertas yang mengandungi banyak huruf tersusun rapi di situ. Ditampar-tampar perlahan kertas itu dengan tangan kecilnya.
Jungkook sudah mulai menggelabah. Buatnya kertas kerja itu koyak, menangis sambil bunuh diri dia nanti-
"Jungwon ah... sini kertas tu, sayang" pinta Jungkook lagi dengan lebih lembut bersama tangan yang kekal terhulur ke arah Jungwon. Kini bersama sepenggal senyuman lebar. Manalah tahu dapat memperdaya si kecil itu.
Jungwon menoleh memandang Jungkook dengan tatapan polos. Ditatap wajah penuh terdesak ayahnya itu. Lalu, dia pun mengangkat kertas itu sambil mata bulatnya itu tak lepas memandang wajah sang ayah.
"Ye, sini--Ah, janganLetakDalamMulut!" larang Jungkook sepantas kilat tika si Jeon Jungwon itu selamba membuka mulutnya dengan polos bersama kertas yang didekatkan ke mulut. Gelabah tahap dewa Jungkook dibuatnya. Mati-matian dia fikir si kecil itu sudah mahu menghulurkan kertas kerja itu kepadanya.
Terbantut langsung Jungwon dari memasukkan kertas penuh tulisan itu ke dalam mulut kecilnya. Baru nak rasa-
Bulat-bulat matanya menatap wajah cemas Jungkook. Dia masih memegang kertas itu dengan tangan kanannya. Mulutnya yang melopong tadi ditutup perlahan.
Jungkook mengeluh kecil. Wajahnya diraup sekilas. Ini bukan kali pertama dia berada di dalam fasa sukar begini. Cukuplah di dalam bilik tadi, si kecil itu menjatuhkan segala kertas-kertas kosong ke lantai. Mujur saja kesabaran seorang Jeon Jungkook ini tebal-
"Jungwon, please. Dalam banyak-banyak mainan depan tu, kenapa kertas kerja daddy jugak awak nak berminat pun?" tutur Jungkook dengan kesal dan sadisnya. Ditatap redup wajah polos anaknya itu. Kononnya mahu meraih simpati.
Namun, malangnya seketul Jeon Jungwon bertuah ini tak pernah sedikit pun memahami keadaan ayahnya- Dia kembali mengalihkan perhatiannya pada kertas di pegangan. Ditatap penuh ingin tahu kertas itu.
"Uwa, ada itik lah!" seloroh Jungkook dengan nada yang dibuat teruja bagi menarik perhatian sang anak. Ditunding jari telunjuknya ke langit.
Dia pun tak tahu kenapa dia tunjuk ke langit-
Jungwon pula langsung memandang ayahnya itu sekilas sebelum mendongak dengan polosnya,melihat ke langit seperti yang ditunjuk Jungkook, mencari itik-
Dan tika itu, Jungkook lantas meraih kembali kertas kerja pentingnya itu dari 'genggaman' si kecil itu.
Gila nak biarkan si bayi usia 6 bulan itu menjahanamkan kertas persetujuan pentingnya itu. Bala semua itu.
Maka dengan itu, dapatlah seorang Jeon Jungkook itu bernafas dengan teratur buat seketika. Sesungguhnya selama 15 minit dia berada di gazebo itu, asyik perlu bergelut dengan anaknya itu saja-
"Eh sayang, roh ada lagi tak tu?" tegur Eunha dengan gurauan tatkala melihat raut wajah Jungkook yang seperti tidak berdaya itu. Dia tertawa halus.
Jungkook yang mendengar suara Eunha itu lantas mengangkat kepalanya. Sepasang matanya drastik seakan bersinar-sinar penuh syukur menatap wajah wanita itu. Maklumlah, gerangan yang dinantikan sudah tiba.
"Sayang, finallyyyy. Dah, awak dah boleh ambik budak kecik ni" seloroh Jungkook seraya menunjuk Jungwon di sebelah menggunakan tangan kanannya.
Eunha langsung tergelak kecil. Dia memandang Jungwon yang sedang mengitai-ngitaikan tangan kecilnya girang dek melihat kehadirannya. Tercuit hatinya seketika.
"Saya datang sini bukan nak ambik Jungwon lah" tukas Eunha seraya memandang wajah suaminya itu kembali. Satu senyuman diukir.
Langsung lesap ekspresi wajah Jungkook yang barusan.
"What-"
Eunha tersenyum kecil.
"Nah, tolong suap puri ni dekat dia ye. Saya nak sambung masak" pinta Eunha seraya menghulurkan semangkuk kecil berisi puri lobak merah kepada Jungkook.
"Okey, yang ni okey" balas Jungkook senang bersama senyuman seraya menyambut huluran Eunha itu. Sesungguhnya dalam banyak-banyak perkara berkaitan Jungwon, menyuap makanan kepada si kecil itulah paling dia suka. Entah kenapa-
Eunha langsung berdecit perlahan. Dia pun tahu lelaki itu tak akan membantah jika berkaitan itu.
"Tahu dah. Dah, selamat berurusan dengan anak awak yang baik tu~" ujar Eunha meleret berbaur sindiran mesra sebelum melangkah pergi dari situ.
Jungkook hanya berdecit perlahan dek tuturan Eunha itu. Dia kemudiannya menoleh memandang Jungwon di tepi. Satu senyuman kecil diukir.
"Jungwon ah,kajja mokjaaa" ujar Jungkook mesra bersama senyuman. Dia menayang sekilas semangkuk kecil puri itu kepada Jungwon sebelum diletakkan ke atas lantai gazebo. Lalu,tubuh si kecil yang tak jauh darinya itu diraih lalu diletakkan berhadapan dengannya. Polos saja si Jeon Jungwon itu duduk menghadap ayahnya dengan belakangnya yang disokong Jungkook seketika.bulat-bulat matanya memerhati sang ayah di hadapan.
Jungkook mengangkat mangkuk kecil yang diletakkan ke atas lantai tadi semula. Puri lobak merah itu dikacau-kacau ringkas lalu dicedok sedikit. Kemudian,ditiup perlahan puri yang sudah suam-suam kuku itu.
"Jja,aaaaa" ujar Jungkook mesra seraya menyua sesudu puri renehan lobak merah itu ke arah Jungwon. Jungwon pula langsung membuka mulutnya tika melihat sudu yang berisi makanannya itu dihulur ke arahnya.
Jungkook lantas tersenyum kecil tatkala melihat betapa pantasnya anaknya itu mengangakan mulut. Dia langsung menyuap sesudu puri lobak itu ke dalam mulut Jungwon. Lalu si kecil itu pun mengunyah perlahan makanan renehan itu sambil matanya yang bulat itu tak lepas menatap wajah sang ayah.
Langsung saja Jungkook tergelak kecil tika melihat eskpresi polos si Jungwon itu yang mencuit hatinya. Jadi, inilah sebabnya mengapa dia suka sangat bila bab menyuap makanan kepada si kecil itu. Dengan mata bulat coklat tua itu dan pipi tembam yang bergerak perlahan tika mengunyah itu. Memang akan mencuit hatinya setiap kali melihat wajah polos itu.
Tzztt tzzzt!
Jungkook yang mendengar deringan dalam mod getaran berpunca dari telefonnya itu langsung meraih objek itu. Sempat dia mengerling Jungwon di hadapan. Kelihatan si kecil itu sudah membuka mulutnya kembali, sudah bersedia mahu menerima suapan seterusnya pula. Jungkook langsung tersenyum kecil.
"Kejap eh, sayang. Kejap" tutur Jungkook lembut seraya mengusap sekilas rambut nipis anaknya itu. Setelah itu, dia mengalihkan fokusnya pada telefon pintarnya buat seketika. Mangkuk berisi puri di pegangan diletakkan ke atas lantai buat sementara.
"Dia ni ada masalah apa lagi?" omel Jungkook kesal dengan jengkelnya tatkala membaca mesej yang diterimanya dari pihak kolaborator itu. Macam-macam tak kena.
"Suka hati kau la. Deal dengan orang lain. Aku malas layan" monolog Jungkook senada sebelum mematikan telefon pintarnya itu. Lalu, objek itu diletakkan ke lantai gazebo kembali. Kemudian, tangannya bergerak untuk meraih mangkuk kecil Jungwon semula. Namun,
"Ah, Jeon Jungwon!" laung Jungkook spontan tatkala menyedari keadaan anaknya itu di hadapan.
Kelihatan si kecil itu sedang seronok main celup-celup jari-jemari kecilnya itu ke dalam mangkuk berisi puri itu. Itu boleh diterima lagi. Yang tak boleh diterimanya, si Jeon Jungwon bertuah itu boleh pula melekapkan jari-jemarinya itu pada beberapa helai kertas kerja Jungkook-
Lantas Jungwon mengangkat kepalanya memandang sang ayah tika suara lantang itu sememangnya menarik perhatiannya. Dengan tatapan polos, dia merenung wajah Jungkook.
"Alahai, Jungwon sayang... Daddy dah la banyak kerja dah, awak tambahkan lagi pulak... " lirih Jungkook dengan penuh kesal dan luluh hatinya sambil menatap kecewa wajah comel anaknya itu. Sempat dia mengerling nasib-nasib kertas kerjanya yang dicorakkan puri lobak merah itu.
Jungwon yang polos memerhati Jungkook merintih dramatik itu langsung tertawa suka. Terhibur pula dia melihat ayahnya itu menderita-
Jungkook yang sedang dalam fasa meratap nasibnya itu langsung tertumpu kepada Jungwon yang tiba-tiba tertawa itu. Bertambah rasa teraniaya dia di situ.
Diraih tubuh si kecil yang sedang riang gembira itu lalu dipeluknya. Ekspresi wajah kecewa dan teraniaya kembali dipasang.
"Benda ni tak lawak, sayang. Tak lawak. Awak dah buat daddy tak boleh rehat hari ni, tahu?" tutur Jungkook dengan sayu hatinya sambil menggerakkan tubuhnya ke kiri dan kanan sambil kekal memeluk tubuh kecil anaknya itu. Dia merintih perlahan dengan sadisnya.
"Haih, anak siapalah ni…"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»84
•
•
•
Ting!
Eunha yang baru saja selesai membasuh pinggan mangkuk itu langsung menoleh sekilas ke arah telefon pintarnya yang menyala di meja makan belakang. Dia langsung menanggalkan sarung tangan getah di kedua-dua tangannya lalu diletakkan di tepi sinki buat sementara. Lalu,dia lantas menghampiri meja makan dan telefonnya baru menerima notifikasi itu diraih. Ditilik skrin gajet itu.
Instagram
[sh.y29]:Oh come on la,Eunha. It's not that serious. Aku cuma...read more
Eunha langsung merengus perlahan tika melihat mesej dari aplikasi Instagram yang diterimanya itu. Lagi dan lagi dia menerima mesej dari gerangan yang sama. Ya,si Yoo Si Han itulah gerangan yang sama itu.
"Seriously,tak boleh ke dia just stop semua benda ni?" omel Eunha kesal dengan nada perlahan seraya memadamkan kembali skrin telefonnya itu. Lalu,objek itu diletakkan ke atas meja kembali. Satu keluhan sebal dilepaskan. Bibir diketap. Sungguh,dia sudah sangat rimas dan terganggu dengan segala mesej dari lelaki itu. Hampir seminggu dia berhadapan dengan situasi yang sama.
"Lantak dia lah. Harap cepat sikit dia give up" gumam Eunha sebelum merengus perlahan. Itu saja harapannya buat masa sekarang. Apa yang dia dapat buat cumalah mengabaikan mesej dari lelaki itu dan terus menyekat setiap akaun yang dibuat.
Eunha kemudiannya mengatur langkahnya keluar dari dapur tanpa membawa telefon pintarnya bersama. Dia melangkah ke ruang tamu.
"Say--"
Terbantut Eunha yang berniat mahu memanggil Jungkook itu tika dia mendapati lelaki itu sudah terlena di atas sofa. Kening Eunha terjongket sebelah saat melihat situasi itu sebelum dia tergelak kecil. Letih sangat berurusan dengan si Jeon Jungwon terlebih hiper itu,serentak dengan menyelesaikan hal kerja lagi.
Eunha kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah si kecil di atas permaidani,giat bermain permainan sengsorang dia. Masih segar dan aktif lagi dia. Eunha berdecit perlahan lalu tersenyum kecil. Lalu,dia menghampiri sofa tempat Jungkook berbaring itu. Wajah tenang tika lena milik lelaki itu ditatap seketika. Kemudian,perlahan dia duduk melutut di hadapan sofa itu.
"Should I tell you?" soal Eunha perlahan sambil mengamati wajah sempurna Jungkook itu. Tangannya naik menyentuh lembut wajah lelaki itu. Jari-jemarinya mengelus perlahan wajah mulus itu sambil jauh di benak fikirannya sedang berfikir. Dia buntu sama ada dia patut memberitahu tentang ‘gangguan’ dari Yoo Si Han itu kepada suaminya itu atau dia patut selesaikan sendiri saja. Dua persoalan ini saja yang kerap berlegar di layar fikirannya setiap hari.
"Tapi, benda ni bukan big deal sangat pun..." tukas Eunha perlahan. Dia menatap redup wajah sempurna Jungkook itu.
Baginya,masalah ini tidaklah terlalu besar. Jadi,dia tak mahulah sekiranya dia menceritakan hal itu kepada Jungkook,secara drastik boleh menjadi serius pula. Lagipun, belakangan ini lelaki itu agak sibuk dengan hal kerja,tentulah masalah ini akan membebankan lagi suaminya itu.
Eunha melepaskan keluhan kecil. Bibirnya dikemam seketika sambil matanya tetap mengamati wajah tenang Jungkook itu. Lalu, tangannya bergerak mengusap perlahan rambut hitam lelaki itu.
"Tak apalah, sayang. Saya cuba deal benda ni sendiri" tutur Eunha lembut, membuat kata putus. Bibirnya kembali dikemam. Entah dia pun tidak terlalu yakin dengan keputusannya ini. Entah akan memberi hasil yang baik, atau sebaliknya.
"But really,just trust me,sayang. You're always in my heart" -Jeon Eunha
JENGJENGJENG
PANJANG JUGAK YE HSHSHSHS
HAMPIR 4k ye-
EKCELI ADA SATU SCENE AKU PLAN NK MASUKKAN DLM CHAP NI, TAPI DAH PANJANG SGT LA PULAK EM
SO, SEYA PUN REMOVE LAH-
BIAR LA. TAK PENTING PUN SCENE TU SHSHSHS
EH ADA BAU-BAU TAK GAIS?
HUEHUEHUE
AWAL YE HIDUNG KORANG DETECT-
LEKLUHH OHOHOHO
AKU PUN TAK SABOOOO-
DAH, SUDAH.
BTW, AKU RASA DH NK DEKAT SEBULAN AKU TAK REPLY COMMENT KORANG AAAAAAA
ESOK YE ESOK INSYAALLAH AHAHAHHA
SORRY, SIYES AI BUSY EM
DAH LA BUSY FRUST DGN NASIB HAKAK JIPREN AKU LAGI HAA
DAH,BYE
VOTE YE VOTEEEEEEEE
AMUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro