🔷83
HA VOTE
8.43 am
"Siap! Sayang, kajja!" ajak Eunha teruja sebaik saja dia selesai mengoles lipstik merah cair pada bibirnya sebagai penutup sesi solekan. Dia memusingkan badannya girang menghadap ke arah Jungkook yang sedang duduk di atas sofa di hadapan katil, fokus menilik telefon.
Jungkook yang cuma sedang menilik skrin telefonnya tanpa tujuan itu langsung dapat menghela nafas lega saat akhirnya isterinya itu siap berdandan. Dia menghadap telefon pun hanya untuk mengurangkan bosannya ketika menunggu.
Setelah itu, Jungkook mengangkat kepala, mengalihkan perhatiannya dari skrin telefon dan melihat penampilan Eunha di hadapan. Dia meneliti penampilan wanita itu dari kepala hingga kaki sebelum langsung keningnya terangkat sebelah.
"What's wrong with your outfit, Jeon Eunha?" soal Jungkook senada sambil merenung wajah ceria Eunha di hadapan. Ditilik sekilas pemakaian isterinya itu yang memakai baju T putih Reebok jenis crop top bersama seluar jeans pendek berwarna hitam.
"Wae? " balas Eunha bingung sebelum menundukkan kepalanya sedikit, membelek dan menilik baju yang selesa tersarung di tubuhnya itu. Cuba mencari cacat cela yang mungkin terdapat pada bajunya itu. Namun, tiada apa-apa pun cacat cela baginya.
Setelah itu, dia mengangkat kepalanya kembali, memandang Jungkook di hadapan.
"Okey je?" tutur Eunha polos sambil menatap raut wajah Jungkook.
Jungkook menggelengkan kepalanya perlahan.
"I'm not okay with it. Tukar" balas Jungkook senada dengan sedikit penekanan di dalam nadanya itu.
"Ah waeee?" respon Eunha serta-merta dengan rungutan protes. Dia menilik sekali lagi pakaian di tubuhnya itu sebelum kembali menatap sebal suaminya.
"Tukar" arah Jungkook sepatah dengan agak tegas. Wajah protes isterinya itu ditenung.
"Waeee? Apa yang tak kenanya, sayang? Ini kan paling simple dahhh" rungut Eunha sebal dengan raut wajah yang sudah bertukar cemberut. Ditilik sekilas baju T crop top di tubuhnya itu. Dia masih tidak jumpa di mana cacat celanya. Proteslah dia bila sesenang hatinya seketul Jeon Jungkook itu menyuruhnya menukar baju pula. 10 minit dia memilih baju dalam almari tadi, siapa yang nak ganti balik?
Jungkook menaikkan sebelah keningnya dek respon membentak Eunha itu.
"Expose-expose macam tu, nak tunjuk dekat siapa?" soal Jungkook mendatar sambil menatap tajam wajah cemberut Eunha dengan kening yang dijongket sebelah.
"Bukan nak tunjuk dekat sesiapa pun lah. Nak pergi makan je kann" tukas Eunha sebal sebelum mengeluh kecil.
"Then, tukar. Just, dalam banyak-banyak baju 'simple', kenapa nak kena pakai yang expose macam tu jugak?" ujar Jungkook yang kini membentak. Keningnya kembali dijongket sebelah.
"Dah ini je baju saya jumpa. Alaaaa, biarla, sayang. saya dah lapar nak pergi makan niii" balas Eunha dengan bersungguhnya dalam keadaan sebal. Dia bukannya apa, dia teruja sangat mahu pergi menjamah makan pagi di restoren hotel di bawah, alih-alih menjadi sebal dek kecerewetan si Jeon Jungkook itu.
"So,nak pergi ke tak?" soal Jungkook mendatar yang berbaur ugutan mesra itu. Keningnya dijongket sebelah.
Eunha mengetap bibirnya sambil menatap protes wajah mendatar suaminya itu. Dia kemudiannya merengus geram.
"Fine. Saya tukar" ujar Eunha sebal yang akhirnya mengalah jua. Gila tak mengalah. Kebulur dia nanti tak dapat cuba pelbagai hidangan makan pagi di restoren hotel di bawah itu.
Jungkook menarik senyuman kecil lalu menganggukkan kepalanya. Dapat juga dia menundukkan kedegilan wanita itu.
Eunha langsung berdecit jengkel melihat raut wajah lelaki itu yang drastik muncul segaris senyuman setelah dia mengalah. Dia merengus perlahan sebelum melangkah sebal ke arah almari yang terletak berhampiran tandas itu. Kemudian, dia membuka pintu almari itu.
Namun, tatkala terlintas sesuatu di fikirannya, lantas Eunha menjenguk kepalanya sedikit di tepi pintu almari itu.
"Tapi, awak tak penat ke menunggu ni?" soal Eunha dengan senyuman lebar sambil menggerakkan keningnya berkali-kali, cuba memperdayakan lelaki itu. Manalah tahu, berjaya-
"Nope. Just, TUKAR" respon Jungkook serta-merta dengan penuh penekanannya. Matanya dijegilkan sedikit.
Eunha langsung menarik muncung panjang. Dia merengus perlahan.
"Fine!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»83
•
•
•
"Sayang, try rasa pie epal ni. Sedap!" ujar Eunha riang seraya menyua satu sudu potongan pai kepada Jungkook di sebelah.
Jungkook yang sedang berura untuk menyuap sebiji sushi ke dalam mulutnya itu langsung terbantut tatkala menyedari tawaran Eunha itu. Dia lantas meletakkan sushi ikan salmon di tangannya itu ke dalam pinggan lalu menoleh ke arah wanita itu. Tanpa melengahkan masa, dia menyambut suapan sesudu pai epal dari isterinya itu.
"Sedap kan? Kan?" soal Eunha mesra dengan senyuman lebar. Dia memandang wajah Jungkook dengan tatapan ceria, menanti respon dari lelaki itu.
Jungkook yang masih dalam fasa mengunyah itu hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Eunha pula hanya tersenyum kecil lalu menjamah sedikit pencuci mulut itu.
"Oh ye, sayang. Kita check out pukul berapa hari ni?" soal Eunha penasaran dengan kening yang diangkat sebelah.
"Pukul 5 rasanya" balas Jungkook sebelum menyisip sedikit air Caramel Machiatto hangatnya itu.
Eunha mengangguk kecil.
"Flight kita?" soal Eunha lagi. Maklumlah, mereka kan bakal pulang ke bumi Incheon hari ini. Jadi, macam-macamlah dia mahu siapkan.
"Pukul 8" jawab Jungkook ringkas lalu mengigit sedikit roti croissant miliknya itu.
Eunha mengangguk faham. Dia kemudiannya kembali memberi sepenuh perhatiannya kepada sesi menjamah makanannya itu. Sambil dia menjamah hidangannya, matanya meliar rawak memandang ke sekeliling sudut restoren mewah ini. Lalu, matanya terarah pula pada seorang pelayan lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari mejanya itu. Sungguh segak dengan sut seragam putih dan apron hitam terlilit di pinggang. Tidak lupa juga lengan baju yang disinsing hingga ke pangkal lengan sambil memegang buku menu.
Langsung saja pelayan itu mengukir senyuman buat Eunha tatkala dia menyedari dirinya dipandang. Beku sekejap seorang Jeon Eunha di situ. Lalu, kekok saja dia membalas senyuman lelaki itu.
Tak sangka pula cepat sangat kena notice-
Eunha berdehem kecil sebelum memalingkan wajahnya menghadap depan kembali. Dia mengemam bibirnya sebelum tersenyum sendiri.
"Awh, dia senyum" gumam Eunha perlahan bersama senyuman suka sambil jarinya mencucuk-cucuk roti Croissant yang tak bersalah itu. Bibirnya dikemam, enggan terus tersenyum seperti orang gila.
"Kalau tengok sekali lagi, dia senyum lagi tak?" monolog Eunha dengan senyuman kecil seraya perlahan mengangkat kepalanya. Jarinya juga berhenti dari terus menzalimi roti tidak berdosa itu. Dia mengemam bibirnya, cuba beriak biasa lalu perlahan menoleh ke sebelah kanannya untuk mencuba nasib lagi.
Namun begitu, apa yang dilihatnya kali ini ialah sebuah skrin hitam tepat di hadapan matanya. Terkebil-kebil dia dibuatnya bersama dahi yang berkerut. Telefon siapa pula yang menghalang pemandangannya ini?
Eunha yang seolah baru berhubung sel-sel otaknya itu langsung menyedari bahwa ada lengan yang melingkar di belakang tubuhnya, tangan yang sama menghalang penglihatannya menggunakan telefon pintar. Siapa lagi kalau bukan orang di sebelah-
Jungkook langsung berdecit perlahan dek melihat Eunha yang kekal kaku melihat skrin telefonnya itu. Masih buntu agaknya.Dia menurunkan telefonnya itu lalu dibawa kepadanya kembali. Kemudian, dia menekup wajah kecil isterinya itu lalu dipusing menghadapnya.
"You have a husband,remember?" ujar Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah, mengingatkan wanita itu. Bukannya dia tak sedar si Jeon Eunha itu angau disebabkan seketul pelayan lelaki di hujung sana itu.
Eunha yang terkebil-kebil itu langsung menarik senyuman kecil saat perkara itu yang dilontarkan Jungkook. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Iye eh?" soal Eunha berbuat tidak pasti, sengaja mahu menyakat lelaki itu. Kepalanya disengetkan sedikit, seolah meragukan kata-kata suaminya itu.
Jungkook langsung menayang eskpresi jengkel.
"Heol, seriously" respon Jungkook dalam ketidakpercayaan dengan menyampahnya. Dia menurunkan kedua-dua tangannya dari terus menekup wajah mulus Eunha.
Eunha langsung terkekeh kecil saat melihat respon jengkel Jungkook itu. Tangan kecilnya naik memegang pipi kanan suaminya itu.
"Tapi, serius saya terlupa kejap tadi, sayang" tutur Eunha bersahaja lalu tergelak kecil.
Langsung saja Jungkook mencerlungnya tajam. Jujur sangat pun susah juga-
"Boleh pulak lupa, kan?" balas Jungkook sebal lalu langsung menjentik dahi polos isterinya itu.
"Ah-" rintih Eunha drastik seraya menggosok sekilas dahinya. Lalu, dia tergelak kecil lagi.
"Tak ada la, wak. Senyuman waiter tu charming la. Melting kejap saya tadi ha" jelas Eunha selamba seraya menyentuh dadanya lalu mata dipejam bersama senyuman. Dramatik.
Jungkook pula sudah menayang ekspresi paling jengkel melihat tingkah isterinya itu. Mulalah dia nak bunuh orang-
Ok tak.
"Ye? Sabar jap nak pergi robek mulut dia" seloroh Jungkook seraya berura-ura untuk berdiri.
Namun pantas saja Eunha yang sedang berdrama tadi itu meraih lengan suaminya. Menghalang lelaki itu. Walaupun dia tahu, seketul Jeon Jungkook itu cuma bergurau.
"Ehh, jangannn. Bukan salah dia bila senyum jadi menawan macam tu" balas Eunha yang kononnya berprihatin itu bersama gelengan kecil.
Jungkook langsung berdecit jengkel.
"Heol, apapun, tetap jugak saya handsome lagi. Saya charming lagi. Come on la. Jeon Jungkook kot" seloroh Jungkook sekali harung, merespon dengan bermegah diri. Kemeja kelabu gelap yang tersarung di tubuhnya itu dibetulkan dengan megahnya. Rambutnya juga diraup ke belakang dengan raut wajah megah.
Eunha langsung berdecit perlahan melihat respon suaminya itu.
"Ye la, sayang. Ye ye"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»83
•
•
•
"Uwa,cantik la pantai ni" ujar Eunha takjub tatkala menjejak kakinya di pasir pantai Jungmun. Pantai tropika ini antara paling terkenal dari semua pantai yang wujud di Jeju ini. Melihat ramai orang yang meramaikan kawasan pantai itu sudah cukup untuk menjadi bukti betapa terkenalnya pantai ini.
Tambahan lagi, suasana yang mempesonakan oleh Jungmun memang menarik perhatian pelancong. Tumbuhan hijau yang subur menuruni tebing curam di belakang, memisahkan pasir keemasannya dari kompleks pelancongan di atas. Dan di sebelah hujung pantai pula, seringkali menjadi tempat yang tenang, jauh dari orang ramai.
Petang itu, setelah mereka mendaftar keluar dari hotel, inilah destinasi terakhir mereka.
"Kan,sayang?" soal Eunha seraya memandang Jungkook di sebelah,mahukan sokongan dan respon dari lelaki itu. Namun, suaminya itu sekadar mengangguk dek terlalu sibuk mengambil gambar pemandangan sekeliling pantai menggunakan telefon pintarnya.
Eunha langsung berdecit jengkel sebelum mencebik. Dia langsung memalingkan wajahnya ke hadapan kembali,menatap setiap sudut di hadapan sambil kaki perlahan melangkah.
"Ah,labuh la baju ni pun" omel Eunha kesal dek baju oversized-nya yang mengganggu kedua-dua pehanya itu tika berjalan. Lagipun,terasa asing pula dirinya bila melihat pemakaiannya yang seolah tidak kena dengan suasana orang lain di pantai. Baju T merah jenis oversized bersama seluar jeans pendek. Seluarnya itu pula tidak kelihatan sangat dek kelabuhan baju oversized nya itu.
Eunha mengerling sekilas Jungkook di sebelah. Kelihatan lelaki itu masih sibuk dengan sesi fotografinya itu. Eunha tersenyum dan bersorak kecil di dalam hati. Tanpa melengahkan masa,dia langsung mengangkat sedikit baju oversized-nya itu ke paras pinggang lalu disimpul pantas. Sementara orang di sebelah tak sedar-
"Mwohae,Jeon Eunha?" soal Jungkook drastik seraya menoleh memandang Eunha di sebelah. Serentak dengan itu,dia meleraikan simpulan persis bunga ros pada baju wanita itu agar baju itu menjadi labuh seperti sediakala. Bukannya dia tidak sedar tingkah seketul Eunha itu yang sesenang hatinya saja mendedahkan pinggang di kawasan awam ini.Kemudian,satu renungan tajam diberikan kepada isterinya itu.
Suka suki dia je buat baju selabuh tu jadi crop top.
mwohae= buat apa
Eunha menayang sebaris giginya,tersengih. Kemudian,selamba dia mengangkat lagi bajunya lalu disimpul. Sengaja mahu mengenakan lelaki itu.
Namun,pantas saja Jungkook meleraikan cepat-cepat simpulan baju yang tidak sempat disiapkan Eunha itu.
Eunha tersenyum kecil lalu melakukan lagi hal yang sama.
Jungkook merengus geram lalu lantas meleraikan lagi simpulan di hujung baju isterinya itu. Dia memandang sekilas ke sekeliling,mahu memastikan tiada siapa terutama lelaki yang melihat ke arah isterinya itu. Memang tak lah dia mahu membiarkan hal itu terjadi. Nak kena cungkil mata buatlah-
Eunha mengemam bibirnya menahan tawa lalu kembali mengangkat lagi baju saiz lebihnya itu ke paras pinggang. Memang tetap tidak serik mengulangi hal yang sama. Suka lagi ada lah.
"Yaish,Jeon Eunha" rengus Jungkook sebal seraya lagi dan lagi dia meleraikan ikatan simpul di hujung baju isterinya itu. Baru saja dia menjauhkan tangannya dari baju wanita,dengan selamba tangan seketul Jeon Eunha itu kembali bergerak untuk mengangkat lagi baju yang tersarung di tubuh itu. Cepat-cepat dia menahan tangan wanita itu bersama satu renungan maut.
"You better don't--"
"Apa awak ni? Baju saya labuh la" tukas Eunha sengaja berbuat nada kesal seraya menolak tangan Jungkook dari terus menahan tangan kanannya. Lalu,dia berura-ura untuk menyelak lagi baju saiz besarnya itu ke atas.
"Yah,neo--"
Jungkook menjedakan ayatnya dek rasa kesal yang melampau. Satu keluhan kasar dilepaskan. Dia mencerlung tajam wajah santai Eunha di sebelah sebelum langsung mencempung tubuh kecil isterinya itu gaya bridal.
"Dah degil sangat, elok campak dalam laut je ni" tutur Jungkook sambil membawa tubuh kecil isterinya itu mendekati air pantai yang berombak kecil itu.
Langsung membulat sepasang mata Eunha tatkala mendengar niat suaminya itu.
"Oww, kejap, kejap, sayang. Saya gurau je tadi!" tukas Eunha gelabah sambil memandang wajah bersemangat waja Jungkook itu. Lalu, dengan gelabahnya juga Eunha menoleh ke tepi. Menyedari mereka sudah berada di persisir pantai, bertambah menggelabah lah Eunha.
Cepat-cepat Eunha berpaut erat dan kuat pada leher Jungkook. Itu saja caranya untuk melengahkan proses dicampak ke dalam laut oleh suaminya itu.
"Sayang, saya tak ada baju salin niii! Serius! Jangan lepassss. please,please, pleaseeeee" pohon Eunha bersungguh-sungguh sambil menatap wajah selamba Jungkook.
Namun, tuturan penuh terdesak Eunha itu sedikit pun tidak dipedulikan Jungkook. Dia tetap melangkah di dalam air pantai yang masih cetek di betisnya itu.
Eunha sudah menggelabah habis tatkala menyedari hakikat yang Jungkook tetap saja terus melangkah ke hadapan. Lelaki itu seperti betul-betul bertekad mahu mencampaknya tengah-tengah laut ke apa-
"Aaaaa ampun, sayang, ampun! Tak buat dah nanti! Betul!" rayu Eunha penuh terdesak sambil mengeratkan lagi pautannya pada leher Jungkook. Wajahnya dibenamkan seketika pada dada bidang lelaki itu.
Tetap saja sama. Dapat Eunha rasakan seorang Jeon Jungkook itu masih lagi melangkah. Lagi paniklah dia dibuatnya.
"Jangan lepas,sayang! Saya malas salin bajuuu!" rayu Eunha lagi, masih mencuba nasib. Dahinya berkerut-kerut terdesak.
"Cakap la apa pun, Jeon Eunha. Memang saya nak lepas" balas Jungkook selamba sambil memandang wajah terdesak Eunha di pangkuannya.
Eunha menggeleng-gelengkan kepalanya bersungguh. Lalu, dia mula meronta-ronta mahu meloloskan tubuhnya dari cempungan suaminya itu. Itu saja cara terakhirnya.
"Hanaaaa, dulll,se--"
Tergendala langsung Jungkook yang sedang menghayunkan tubuh mungil Eunha untuk dicampak itu tatkala wanita itu berjaya meloloskan diri.
"Assa!!" laung Eunha riang dengan lantangnya. Kemudian, dia lantas memercikkan air pantai ke arah Jungkook. Tepat mengenai wajah sempurna lelaki itu.
"Ohh, main kasar!" balas Jungkook sebaik saja meraup wajahnya yang basah disapa air. Dia langsung melangkah menghampiri Eunha yang sedang tergelak-gelak itu.
"Wek!" respon Eunha setelah menjelirkan lidahnya buat Jungkook. Sambil itu dia mengundur ke belakang, risau dengan lelaki itu yang sedang melangkah mendekat.
"Sabar jap, sayang. Kalau saya dapat tu, memang terus campak je. Tak ada consider dah" tutur Jungkook berbaur ancaman mesra itu sambil melangkah menghampiri Eunha yang sedang mengundur itu.
Eunha yang ligat mengundur itu langsung memusingkan badannya lalu langsung berlari sekuat hati ke arah darat semula. Walau hakikatnya, sangat susah berlari di dalam air.
"Ommaaaaaaaaaa!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»83
•
•
•
"Dah nak terbenam, sayang. Dah nak terbenam! Uwaa, cantikkk!" tutur Eunha dengan terujanya sambil menunjuk-nunjuk ke arah matahari yang perlahan terbenam di hadapan. Sungguh indah pemandangan ketika itu. Dengan warna matahari yang jingga kemerahan di hujung sana, ditambah pula bunyi deruan ombak yang memukul. Sungguh menenangkan.
Jungkook di sebelah hanya tersenyum melihat sisi wajah isterinya yang sedang teruja itu. Lebar saja senyuman wanita itu.
Eunha menoleh memandang Jungkook di sebelah lalu diukir senyuman manis buat lelaki itu. Dia kemudiannya melentokkan kepalanya pada bahu Jungkook. Matanya pula fokus mengamati keindahan pemandangan matahari terbenam jauh di nun sana.
"Sayang, kalau tak nak balik hari ni boleh tak?" soal Eunha bersahaja sambil tetap memandang lurus ke hadapan.
"Ni kes tak ingat Jungwon ke apa ni?" soal Jungkook sambil memandang wajah terlentok Eunha. Tangannya ligat mengelus lembut rambut panjang wanita itu.
Eunha tersenyum kecil.
"Of course la ingat. Tapi tu lah, rasa berat hati la nak balik hari ni, sayang" tutur Eunha bersama sedikit cebikan di bibir sebelum mengeluh kecil.
Jungkook menarik senyuman singkat.
"Nanti kita datang lain la. Kita datang dengan Jungwon pulak, eoh?" respon Jungkook memberi cadangan bersama kening yang diangkat sebelah.
Lantas Eunha mengangkat kepalanya dari terus melentok pada bahu Jungkook tatkala mendengar cadangan terbaik suaminya itu. Dia menoleh memandang lelaki itu dengan mata yang seakan bersinar-sinar itu.
"Uwa, really? Okay then!" balas Eunha teruja lalu tersenyum lebar. Sungguh dia sangat menantikan saat itu berlaku. Melancong bersama keluarga kecilnya.
Jungkook tersenyum kecil lalu memeluk lembut bahu Eunha. Wanita itu pula kembali melentokkan kepalanya di bahunya.
"Sayang" panggil Jungkook.
"Hm?" sahut Eunha ringkas.
"Selama 5 hari dekat sini, awak happy? Ke ada yang tak suka? Tell me" tutur Jungkook penasaran bercampur sedikit resah sekiranya mendapat respon negatif dari isterinya itu.
Eunha menarik senyuman kecil. Dia kemudiannya mengangkat sedikit kepalanya dan memandang Jungkook sekilas bersama senyuman lebar. Lalu, dia kembali melentokkan kepalanya pada bahu suaminya itu.
"Nope. Semua saya suka. And, saya happy sangat-sangat sepanjang dekat sini. Thanks for this beautiful vacation, sayang" balas Eunha mesra lalu memandang lagi wajah sempurna Jungkook, kini lebih lama. Senyuman manisnya menghiasi bibir.
Jungkook tersenyum kecil lalu mengelus sekilas rambut panjang Eunha. Setelah itu, dia menurunkan lengannya dari terus memeluk bahu kecil wanita itu. Lalu, dia mengangkat sedikit kedua-dua tangannya ke udara bagi menanggalkan cincin di jari manis kanannya.
"Sayang" panggil Jungkook.
"Eoh?" sahut Eunha seraya mendongak sedikit memandang wajah Jungkook di sisi memandangkan dia sedang melentok kepala pada bahu lelaki itu.
"Hulur tangan" pinta Jungkook sambil memandang wajah mulus isterinya itu. Tangan kirinya pula sedang menggenggam sebentuk cincin miliknya.
Eunha langsung bingung dek permintaan Jungkook itu. Dengan tertanya-tanya, dia menghulurkan jua tangan kecilnya ke arah lelaki itu.
"Wae?" soalnya buntu seraya mengangkat kepalanya dari terus melentok pada bahu suaminya itu. Dia memandang wajah sempurna lelaki itu, menanti respon.
Jungkook tidak merespon sebaliknya membuka genggaman tangan kirinya itu lalu meletakkan rapi sebentuk cincin miliknya ke atas tapak tangan mulus Eunha.
Eunha langsung terkesima seketika saat melihat sebentuk cincin perkahwinan mereka yang merupakan milik Jungkook diletakkan tepat di atas tangannya. Lalu, dia langsung memandang wajah Jungkook.
"Eoh? Sayang. Kenapa bagi saya cincin awak? Kenapa awak tanggalkan cincin kahwin kita? " soal Eunha bertalu-talu dalam kebuntuan dan juga keresahan. Bola matanya bergerak-gerak menatap setiap sudut wajah sempurna suaminya di sebelah.
Jungkook menarik senyuman kecil lalu dia meraih pula tangan kanan Eunha. Tangan kecil dan mulus itu dipegangnya lembut lalu sebentuk cincin permata di jari manis wanita itu dikeluarkannya.
Bertambah bingunglah Eunha dibuatnya ketika itu. Dia juga gelisah dan gelabah dengan perbuatan lelaki itu. Tanggalkan cincin perkahwinan secara tiba-tiba, siapa saja tak gelabah?
"Jung Eunha" panggil Jungkook dengan raut wajah serius. Sepasang matanya menatap lurus pada wajah bingung Eunha.
Eunha drastik tersentak. Dia memandang wajah lelaki itu dengan tatapan terkesima. Mulalah dia nak cemas. Tiba-tiba saja sebut nama penuhnya.
"Eo-eoh?" respon Eunha bingung bercampur gugup.
Jungkook memusingkan badannya sedikit menghadap Eunha di sebelah. Dia menatap wajah wanita itu lama sebelum bersuara.
"Dengan cincin ni, saya janji untuk sayang awak, hormat awak, lindung awak dan percaya awak. Saya akan bagi yang terbaik dari diri saya sebab saya tahu kita akan bina kehidupan jauh lebih bermakna daripada apa yang kita bayangkan sendiri"
"I choose you. I'll always choose you over and over, without pause, without doubt, i'll keep choosing you" sambung Jungkook dengan tulusnya menamatkan taburan janji itu. Matanya tetap mengamati wajah polos Eunha di tepi.
Maka, tika itu, terkaku seorang Jeon Eunha itu dibuatnya. Tak berkelip matanya mengamati wajah sempurna Jungkook di sebelah. Segala lontaran dan santun kata yang disusun lelaki itu cukup membuatkan jantungnya tak reti duduk diam– Perasaan itu sama seperti ketika kali pertama seorang Jeon Jungkook melontar kata janji itu di hari perkahwinan mereka 8 tahun lalu.
Jungkook mengulum senyuman kecil tika melihat raut wajah terpana Eunha itu. Dia kemudiannya meraih tangan kanan wanita itu lalu sebentuk cincin permata milik Eunha disarung ke jari manis isterinya itu. Kemudian, wajah kecil Eunha ditarik mendekat dengannya lalu satu kucupan lama mendarat di dahi polos insan tersayang itu.
"Sekarang barulah 'Jeon' Eunha" tutur Jungkook mesra dengan senyuman lebar. Tangannya mengelus ringkas rambut panjang isterinya itu.
Eunha berdecit perlahan sebelum tergelak kecil. Dia menganggukkan kepalanya lalu menilik tangan kanannya yang kembali sempurna dengan kehadiran cincin permata di jari manisnya itu semula. Bibirnya menarik senyuman kecil.
"Saya nak buat jugak!" ujar Eunha riang dengan raut ceria.
Jungkook langsung tergelak kecil sebelum menganggukkan kepalanya.
"Okey, kejap eh" tutur Eunha dengan senyuman kecil seraya mengemaskan posisi duduknya. Lalu dia berdehem kecil. Sambil itu dia memikirkan kata janji untuk dilontar.
"Saya janji untuk jadi isteri awak yang jujur, setia dan penyayang sepanjang hari saya. Saya berjanji untuk jadi panduan cahaya untuk awak dalam kegelapan, pujukan hangat dalam kesejukan, dan bahu untuk awak bersandar bila hidup terlalu berat untuk awak tanggung sendiri. Saya juga berjanji untuk hormat awak, sayang awak, percaya awak dan hargai awak sebagai suami saya hari ni dan setiap hari ke depan" tutur Eunha panjang lebar dengan agak lancar dan penuh ketulusan hati.
Usai saja mengungkap bicara indah itu, dia mengukir senyuman buat Jungkook di hadapan. Eunha kemudiannya meraih tangan kanan lelaki itu lalu gilirannya pula menyarungkan sebentuk cincin titanium ke jari manis suaminya itu.
"Okey, siap! " ujar Eunha ceria bersama senyuman lebar.
Jungkook tersenyum kecil lalu menarik tubuh kecil isterinya itu ke dalam pelukan. Rambut panjang wanita itu diusap perlahan. Eunha juga membalas pelukan hangat lelaki itu bersama sepenggal senyuman senang di bibir. Hembusan angin pantai menerpa pasangan bahagia itu.
"Sayang" panggil Eunha lembut.
"Hm?" sahut Jungkook ringkas. Tangannya masih mengelus rambut isterinya itu penuh kasih sayang.
"Jangan hilangkan diri. Stay dengan saya sampai bila-bila?" pinta Eunha dengan nada rendah. Bibirnya dikemam sebentar.
Jungkook tersenyum kecil. Dia meleraikan pelukannya dengan Eunha. Lalu kedua-dua bahu wanita itu dipegangnya. Wajah sempurna sang isteri ditatap. Kepalanya dianggukkan.
"Ne. I won't dissapear. I'll be with you forever" respon Jungkook mesra tanpa teragak-agak dengan penuh tulus bersama senyuman lebar.
Eunha tersenyum kecil.
"Aigoo, baiknya diaaa" puji Eunha meleret seraya mengusap-usap rambut hitam Jungkook dengan senyuman lebar. Tak tumpah seperti seorang ibu yang memuji anaknya.
Jungkook terkaku sebentar dek perlakuan Eunha itu. Dia hanya menatap wajah mesra isterinya itu. Namun, tak lama setelah itu,
"Sekali lagi, sekali lagi" seloroh Jungkook seraya melentokkan kepalanya ke arah Eunha, meminta isterinya itu melakukan perkara yang sama seperti tadi.
Eunha langsung tergelak kecil sebelum mendaratkan kepala suaminya itu pada bahunya.
"Aigoo yaaa,how nice of you~" puji Eunha mesra sambil mengusap-usap rambut Jungkook dengan senyuman manis.
Jungkook tergelak kecil sebelum mengangkat kepalanya. Lalu, kepala Eunha pula diraihnya dan rambut wanita itu diusap-usap lembut dengan senyuman.
"Aigoo, baiknya diaaa" puji Jungkook meleret dengan mesranya sambil tetap mengelus berulang kali rambut panjang Eunha.
Eunha hanya tertawa halus sebelum kedua-dua tangan kecilnya bergerak memegang wajah sempurna Jungkook. Sepenggal senyuman manis menghiasi bibirnya.
Sungguh, dia bahagia.
Dan tika detik itu, matahari jingga kemerahan yang kian menghilang, buih-buih putih pantai, deruan ombak yang memukul, pasir pantai keemasan yang tidak terkira jumlahnya telah menjadi saksi kemesraan pasangan suami isteri itu. Juga menjadi saksi segala perjanjian dua insan itu beberapa minit lalu. Semoga ungkapan perjanjian itu kekal seperti yang dibicara tanpa tiada yang tergoyah.
Semoga.
FUH MACAM LAIN MACAM YE VIBE OUTRO KALI NI AHDBDJDJDK-
TACHOD TAK-
TIBEH
APAPUN, SORRY KALAU ADA YANG CHEESY ATAUPUN CRINGE DALAM CHAP NI
EM
MAAPLA, AKU PUN STRUGGLE MENAIP SEGALA BENDA ALAH TU-
SO YEAH
HADAP JE LA KALAU ADA YANG MENG CRINGE KAN KORANG YE
KALAU TAKDE, BAGUS LA. SEJUK SIKIT HATI AKU NI HA-
HA TU JE LAH
AND YEA, DAH AKU APDET CHAP NI, SO NI BERMAKSUD AKU AKAN TERUSKAN FF NI MCM YANG KORANG NAK :)
JADI, TERUSKAN LA SAPOT FF NI, GIVE A VOMMENT AND EVERYTHING SINCE AKU DAH KABULKAN PERMINTAAN KORANG
NGEH AHAHAHA
K DAH BABAI
PS: AKU TAK TAHU LAGI APA YG GFRIEND AKU ANNOUNCE SEMALAM SINCE AKU PILIH UNTUK HABISKAN TYPE CHAP NI DULU, SO-
SOOO HARAP YG BAIK II JE LA. AAAAAA TACHOD
K BABAI
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro