🔷82
HAI GAIS
EM AKU TAHU SITUATION TIDAK MENGIZINKAN, TAPI AKU NAK TERUSKAN APDET JUGAK
STRUGGLE AKU TYPE NI DGN HATI YG LULUH WOI FLNFELJDLE
DAH, VOMMENT SILA.
JANGAN SEDIH II YE , LET'S BE POSITIVE :) ♥
ENJOYYY!!💙
Di pagi hari yang indah itu,matahari baru saja naik di sebelah timur, menyinari dan menyuluh seluruh bandar Jeju yang tidak menjengah kesibukan dan sesak lagi ketika itu. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut dari arah laut, menampar perlahan wajah mulus seorang Jeon Eunha yang kini sedang menikmati suasana nyaman di balkoni besar Hotel Vincemo yang terletak di tingkat tiga. Suasana yang nyaman bersama bayu itu bertambah lebih lagi dek pemandangan pantai yang indah ditatap dari tingkat atas.
Terukir senyuman kecil di bibir Eunha. Biarpun tiada yang menarik, namun dia teramat menyukai suasana begini. Suasana pagi bersama angin yang menghembus ditambah pula pemandangan panorama pantai di hadapan yang juga wujudnya bot, kapal layar, kapal yang elok terparkir di sisi hujung air laut yang kebiruan.
"Cantik" gumam Eunha sambil ligat mengamati pemandangan di bawah. Satu kalimat yang keluar dari mulutnya itu sudah cukup mentafsirkan segalanya.
Sedang ralit Eunha menikmati pemandangan dan suasana aman itu, terasa ada tangan yang melingkar lembut di sekeliling pinggangnya bersama sebelum bahu kirinya terasa beban mendarat pula di situ. Terhinjut sedikit bahu Eunha dek agak terkejut saat satu pelukan dari belakang yang tiba-tiba mendakap tubuhnya itu.
Eunha menoleh sedikit bagi melihat gerangan yang sesuka hati saja memeluk tubuh mungilnya itu. Setelah itu, dia memandang ke hadapan kembali bersama senyuman kecil.
"Lain kali tunggu lah saya dulu baru datang sini" tutur Jungkook agak protes yang baru saja tiba di balkoni besar dan luas milik bangunan hotel yang didiami mereka itu. Dia menatap sisi wajah sang isteri yang hampir dengannya.
"Ala, kan saya dah text awak ha. Okey lah tu" tukas Eunha bersahaja sebelum menoleh memandang wajah Jungkook di sebelah, yang rapat dengan wajahnya. Lagipun, bukannya dia tak mahu tunggu lelaki itu tadi, cumanya dia enggan mengganggu lena suaminya itu. Jadi, dia sekadar menghantar mesej kepada Jungkook dan terus menuju ke balkoni besar ini.
Jungkook berdecit perlahan dek jawapan ringkas Eunha.
"Kalau orang lain yang tiba-tiba datang peluk awak macam ni,macam mana? " soal Jungkook yang lebih kepada membentak itu. Dia menatap sisi wajah Eunha.
"Nak buat macam mana? Rezeki saya lah tu" seloroh Eunha selamba sambil matanya lurus memandang hadapan.
Jungkook langsung mencubit sebal pipi gebu milik Eunha sebaik saja mendengar respon santai wanita itu.
"Ah-" rintih Eunha spontan sebelum tergelak kecil tatkala melihat raut wajah protes suaminya itu. Sempat dia mencuit-cuit pipi Jungkook bagi menyebalkan lagi lelaki itu. Setelah itu dia menggosok-gosok pipinya yang agak sengal dek dicubit itu sambil terkekeh kecil.
"Sayang, saya bukan nak melebih-lebih la kan, tapi seriously, saya memang suka sangat ada dekat sini. Saya suka hotel ni, saya suka view dia, saya suka tempat attraction dia, saya suka everything dekat sini. Saya happy sangat ada dekat sini" tutur Eunha dengan tenang bersama senyuman kecil. Matanya kekal mengamati keindahan alam di hadapan.
Jungkook menarik senyuman kecil. Pelukannya pada pinggang ramping Eunha dieratkan lagi. Senang hatinya mendengar lontaran kata wanita itu.
"Ye, sebab tu awak pilih untuk datang sini dengan saya kan?" balas Jungkook bersahaja dengan kening yang dijongket sebelah.
Eunha mengerling Jungkook di sebelah sebelum mengangguk kecil.
"Eoh, sebab saya sayang awak" jawab Eunha drastik tanpa teragak-agak. Dia menoleh memandang wajah Jungkook di sisi lalu satu senyuman manis diberikan. Kemudian, dia memandang ke hadapan kembali.
"Such a sudden confession there" respon Jungkook yang tentunya terkesan dengan luahan mencuit hati oleh Eunha itu. Dia langsung mencium sekilas pipi mulus isterinya itu. Lalu, rambut wanita itu dikusutkan ringkas.
Eunha pula sekadar tersenyum kecil bila diperlakukan begitu. Tiada rasa yang lebih selain bahagia.
"Sayang, actually saya nak datang Jeju ni dengan mendiang omma, tapi..."
"Yea, awak buat satu decision yang hebat untuk decide datang sini dengan saya walaupun sepatutnya awak cuma nak datang sini dengan mendiang omma" sambung Jungkook serta-merta sebaik saja mengerti apa yang cuba disampaikan isterinya itu. Dia menarik senyuman kecil seraya mengeratkan dakapannya pada tubuh mungil wanita itu setelah itu.
"Awak tahu pasal ni?" soal Eunha tidak menyangka bercampur buntu seraya memandang suaminya itu.
"Eoh. Appa bagitahu" jawab Jungkook ringkas bersama senyuman kecil.
"Bila? " soal Eunha penasaran.
"Sebelum kita pergi airport hari tu" jelas Jungkook ringkas.
Eunha terdiam seketika. Lalu, dia menganggukkan kepalanya perlahan.
"Ah, jadi, sebab tu la awak tiba-tiba datang peluk saya hari tu?" tebak Eunha lalu menoleh memandang wajah suaminya di sisi, menanti respon.
Jungkook pula tidak menjawab. Dia sekadar lurus memandang ke hadapan sambil erat memeluk pinggang isterinya itu.
Mengerti soalannya dibiarkan tergantung, Eunha kembali mengalihkan pandangannya ke hadapan. Dia tersenyum tipis.
"Awak kesiankan saya eh? Ye la, saya hilang omma. Lepas tu macam-macam jadi dekat saya waktu dulu,sekarang. Like every single time saya tak dapat nak terus bahagia sangat, selain ada awak dekat sisi saya. Mostly, banyak benda yang menimpa saya dulu. So techincally, mesti saya nampak menyedihkan dekat mata awak" tutur Eunha panjang lebar, membuat andaian sendiri tentang tanggapan Jungkook terhadapnya.
"Hey, kenapa fikir macam tu,sayang?" tukas Jungkook lembut yang sememangnya terkesan dengan hamburan isterinya itu. Dia menatap sisi wajah sempurna Eunha yang berada dekat dengannya itu.
Eunha menoleh memandang Jungkook bersama senyuman tipis.
"Betul kan? Sebab tu la awak datang untuk pujuk saya waktu tu,even saya tak tahu apa yang jadi. Like,awak rasa kesian sangat dengan nasib saya yang macam ni" ujar Eunha sebelum mengemam bibirnya. Kemudian, satu senyuman tawar diukir.
Jungkook mengeluh kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan sebelum meleraikan rangkulannya pada pinggang Eunha. Kemudian, dia memusingkan badan wanita itu menghadapnya. Bahu kecil isterinya itu dipegang sambil dia menatap tepat ke dalam mata cantik wanita itu.
"Hey, no. It's not about that. I just thought yang awak tak deserve dunia yang kejam ni. Tapi, at the same time, awak buat saya lagi adore dengan tahap kesabaran awak, sayang. Tak semua orang boleh bertahan sampai sini. That is why, awak bukan kelemahan saya tapi kekuatan saya, Jeon Eunha"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»82
•
•
•
"Sayang,malam ni ada food festival dekat jalan bawah tu! Kita pergi eh?" tutur Eunha teruja yang baru selesai mengeringkan rambut panjangnya itu. Serentak dengan itu dia menoleh memandang Jungkook yang sedang fokus menatap skrin telefon di atas katil.
"Eoh, araso" balas Jungkook ringkas dengan anggukan. Bola matanya tidak beralih sedikit pun dari terus menilik skrin telefon yang menyala di hadapan wajah.
Eunha tersenyum senang tika permintaannya serta-merta dikabulkan suaminya itu. Telefon pintarnya ditinggalkan di atas meja solek bersama alat pengering rambut. Kemudian, dia langsung melangkah menghampiri katil.
"Festival tu sebenarnya dah start dah sekarang,sayang" ujar Eunha seraya menyelak selimut yang terhampar kemas di atas katil itu. Dia naik ke atas katil lalu duduk bersebelahan Jungkook yang sedang separa baring di sebelah itu.
"Eoh" respon Jungkook sepatah sambil jari-jemarinya ligat mengetik di skrin telefon. Entah sedar entah tidak isterinya yang kini berada di sebelah itu.
Eunha langsung mencebikkan bibirnya tika cuma itu jawapan yang diberikan sang suami.
"Tu je? Tanyalah 'tapi'!" bentak Eunha sebal sambil mencerlung protes sisi wajah Jungkook di sebelah.
Jungkook mengerling sekilas Eunha yang terlihat sebal itu. Dia mengeluh kecil sebelum mengangguk.
"Eoh, tapi?" soal Jungkook yang hanya akur saja dengan bentakan isterinya itu.
Eunha tersenyum kecil.
"Tapi, saya nak tidur dulu! Mana aci selama ni awak je banyak tidur dari saya" seloroh Eunha riang sebelum membaringkan dirinya dengan selesanya.
"Eoh,jalja" balas Jungkook bersahaja sambil tetap giat dengan telefon pintarnya itu.
Eunha merengus perlahan. Bibirnya dicebikkan kembali.
"Ah jjinjaaa! Dari saya keluar tandas tadi sampai sekarang dekat sebelah awak ni pun, awak still fokus dengan phone tu?" bentak Eunha protes sambil merenung sisi wajah Jungkook dari sudut posisi baringnya itu. Kesal jugalah dengan lelaki itu yang memberi sepenuh perhatian kepada gajet di tangan sejak 15 minit lalu. Hanya sepatah dua saja yang direspon seorang Jeon Jungkook itu bila ditanya atau diajak borak.
Perkara yang sama berlaku. Walaupun sudah dibentak sebal oleh Eunha sedemikian, Jungkook tidak jua mengalihkan perhatiannya kepada sang isteri. Bukan saja tidak mengerling, merespon sepatah pun tidak.
Eunha mengeluh kesal. Bibirnya diketap.
"Ah, sayaaaang!" panggilnya lantang dengan sebalnya.
"Ye, ye kenapa?" sahut Jungkook drastik tatkala suara laungan Eunha itu sedikit sebanyak menyedarkannya dari terus fokus pada telefon di tangan. Dia menoleh, melihat wanita itu di tepi.
Eunha menayang raut wajah cemberut. Dia merengus perlahan.
"Saya nak tidur" tutur Eunha ringkas dengan bibir yang dicebikkan. Dia menarik kasar selimut yang diselak tadi menyelubungi separa tubuhnya.
"Ye la, tidur la. Saya ada ganggu awak ke?" balas Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Bingung juga dia dengan wanita itu.
"Haah" jawab Eunha ringkas sebelum bangkit dari pembaringannya lalu telefon pintar yang berada di pegangan Jungkook diraih kemudian diletakkan di tepi bantalnya. Setelah itu, dia menarik lengan kiri lelaki itu kemudian kepalanya didaratkan. Dia berbaring dengan kepala yang berlapikkan lengan kekar suaminya itu. Lalu, dia berbaring mengiring ke arah lelaki itu.
"This much better" tutur Eunha dengan senyuman senang seraya memejamkan matanya. Lebih tenang dan selesa rasanya untuk dia hanyut ke alam mimpi.
Jungkook pula langsung berdecit perlahan dek perlakuan Eunha itu. Dia tersenyum kecil lalu turut mengubah posisi baringnya kepada mengiring menghadap wanita itu. Lalu, didakap tubuh isterinya itu erat hingga rapat ke tubuhnya.
"Sleep well"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»82
•
•
•
"
Sayang, tunggu sini kejap. Saya nak beli air dekat dalam" pesan Jungkook ringkas seraya berdiri. Dia menyentuh lembut ubun-ubun kepala Eunha yang sedang duduk itu.
Eunha yang sedang ligat menjamah secucuk kek ikan rebus atau Odeng itu langsung mendongakkan kepalanya tatkala ubun-ubunnya terasa disentuh. Dia kemudiannya mengangguk patuh dengan pesanan Jungkook.
"Okey" balas Eunha akur lalu menyambung menjamah secucuk Odeng di tangannya itu. Itu bukanlah Odeng pertama yang dilantaknya. Sudah masuk yang keempat-
Jungkook tersenyum kecil sebelum melangkah masuk ke dalam kafe di belakang mereka itu.
"Mana Hotteok? Eo? Eohhh?! Dah habis ke? " omel Eunha dengan kesal dan dalam ketidakpercayaannya sambil gelabah membelek-belek beg plastik di sebelahnya yang terisi pelbagai jenis makanan jalanan yang dibeli 30 minit lalu. Namun, tiada juga Hotteok kesukaannya atau juga dikenali sebagai lempeng manis itu. Sedar tidak sedar, dia sudah menghabiskan makanan itu tadi-
"Ah, patutnya kena beli tiga juga tadi haaa" gumam Eunha kesal lalu merengus perlahan. Dia sambung menggigit kek ikan di pegangan yang hampir habis itu. Dikunyah perlahan makanan cucuk itu sambil matanya meliar di persekitaran di hadapan. Lurus di hadapannya wujud beberapa gerai kecil yang turut menjaja makanan. Cuma saja, mereka tidak menyertai tapak festival makanan yang tidak jauh dari situ.
"Eo? Ada jual apa ye dekat situ?" monolog Eunha penasaran tatkala gerai-gerai kecil yang agak jauh darinya itu menyapa pandangannya. Dia mengecilkan matanya, cuba mengenal pasti benda apa yang dijual gerai tersebut.
"Ah, molla. Nak pergi tengok" omel Eunha yang langsung menyerah setelah seminit menyepetkan matanya untuk mengecam apa yang dijual beberapa gerai di hujung itu,berdekatan pantai. Dia langsung menghabiskan Odengnya itu lalu lidi dimasukkan ke dalam plastik. Setelah itu, dia berdiri.
Eunha menghayun langkahnya menuju ke arah deretan gerai-gerai yang terlihat lengang dan sendu itu. Maklumlah, kebanyakan orang pasti mengunjungi festival makanan di sebelah sana. Jadi, terabailah gerai-gerai kecil ini.
"Ah,ada jual tteokbokki. Sayangnya aku dah beli" gumam Eunha saat dia akhirnya dapat mengenalpasti deretan gerai-gerai kecil di hadapan tatkala dia hampir dengan mereka. Niatnya kalau boleh mahulah membeli sedikit kepada penjual-penjual itu. Dia mengemam bibirnya serba salah seraya menghentikan langkahnya.
"Alahai--"
Terhenti drastik keluhan Eunha yang tidak kesampaian tatkala dia merasakan seperti ada yang turut menghentikan langkah di saat dia menghentikan langkah barusan. Eunha terkaku sebentar di situ. Dia menelan air liurnya sukar. Selangkah diberanikan jua dihayun bagi dia memastikan tentang apa yang sudah difikirnya. Lalu, dia berhenti lagi.
Dan ya, dapat dia dengar bunyi tapak kasut yang mendadak berhenti sebaik saja dia berhenti. Seolah sang pemilik bunyi tapak kasut itu tidak mahu dirinya tertangkap. Eunha sekali lagi kaku. Dia sudah tidak tahu mahu melakukan apa. Sudahlah dia sudah jauh dari kafe yang didudukinya tadi. Tempat yang dia sedang berdiri ini pula boleh tahan kurang sumber cahayanya.
"Mwoya... Aish... Jebal... " omel Eunha dengan nada perlahan mungkin lalu bibirnya diketap kuat. Dia yakin ada seseorang yang mengekorinya. Jantungnya sudah berdegup kencang.
Eunha memandang ke hadapan dengan hati yang sudah resah dan gelisah. Dia memang buntu untuk bertindak dengan lebih bijak selain terus menghayun langkahnya laju ke arah sebelah kiri dan tidak mematah balik. Dia takut kalau dia memusingkan badannya untuk mematah balik, gerangan yang mengekorinya itu mampu langsung mendapatkannya
"Jebal.. Jebal.. " omel Eunha dengan nada bergetar sambil melangkah selaju mungkin maju ke hadapan sambil menggenggam erat tali beg sandangnya. Dapat dia dengar bunyi derapan kasut di belakang yang tidak kalahnya melangkah laju. Situasi menjadi lebih menggerunkan lagi tika orang yang lalu-lalang juga kurang di situ. Nampaknya, festival makanan di sebelah sana sangat menarik perhatian penduduk di situ.
Eunha tetap saja melangkah pantas menerusi jalan sebelah kiri yang digunakannya itu untuk ke kafe tadi semula. Biarpun agak jauh, namun dia kekal melangkah menuju lokasi itu. Perasaannya ketika itu memang tidak dapat digambarkan betapa takut dan gerunnya dia.
"Hey, tak payah lari lah. Tak ada orang--"
Mendengar saja suara garau yang samar-samar itu menyapa telinga, Eunha langsung saja berlari sekuat hati menuju ke kafe yang sudah tidak jauh darinya itu. Mujurlah dia memakai sandal. Dan kebetulan ketika itu, Jungkook baru saja keluar dari kafe tersebut dengan secawan minuman di tangan. Tak semena-mena tubuhnya didakap Eunha erat hingga terdorong sedikit dirinya ke belakang. Mujur saja minuman di pegangan tidak terlepas.
"Hey, kenapa ni?" soal Jungkook drastik dengan bingungnya tika tubuhnya itu tiba-tiba dipeluk wanita itu. Dahinya berkerut seribu. Tangan kirinya bergerak menyentuh belakang isterinya itu walau dalam kebuntuan.
Eunha tidak merespon. Matanya dipejam rapat. Terasa sangat-sangatlah lega dan bersyukur kerana dia terlepas dari gerangan misteri yang mengekorinya itu. Nafasnya masih tidak keruan. Tubuhnya agak menggigil.
Sedar akan tubuh Eunha yang menggigil dan deruan nafas berat wanita itu, langsung membuatkan kebingungan Jungkook tadi lesap begitu saja. Timbul kebimbangan serta-merta dalam diri lelaki itu.
"Sayang, wae gurae? Eoh? Kenapa ni? Sakit? " soal Jungkook bertalu-talu dalam kerisauan seraya melonggarkan sedikit pelukan lalu mengangkat kepala Eunha. Dia cuma mahu melihat keadaan wajah wanita itu.
Eunha menggelengkan kepalanya perlahan. Dia cuba mengatur nafasnya yang tidak keruan itu. Bibirnya dikemam.
"Saya pergi tengok gerai depan tu tadi. Lepas tu, ada satu lelaki pelik ikut saya " jelas Eunha dengan nada yang tidak terlalu teratur itu. Dia mengetap bibirnya setelah itu.
Jungkook sedikit tersentak dengan penjelasan isterinya itu. Langsung saja bola matanya laju meliar ke persekitaran berdekatan, mencari 'lelaki pelik' yang mungkin menyapa pandangannya. Namun, pastinya kemungkinannya kecil untuk gerangan seperti itu akan kekal tetap di situ setelah apa yang berlaku.
Jungkook mengeluh kecil sebelum beralih memandang wajah Eunha yang sedang mendongak memandangnya kembali.
"Saya dah bagitahu just tunggu situ kan?" soal Jungkook agak kesal dengan kening yang diangkat sebelah. Namun nadanya tetap saja lembut. Tiada motif untuk dia memarahi wanita itu.
Eunha lambat-lambat mengangguk. Dia mengemam bibirnya.
"Iye la, tapi saya cuma nak tengok apa benda yang gerai-gerai dekat depan tu jual je. Tak expect pulak ada lelaki creepy nak ikut saya" tukas Eunha lalu mengeluh berat.
Jungkook melepaskan keluhan panjang. Tangannya naik memegang lembut kedua-dua bahu isterinya itu. Wajah resah dan serba salah wanita itu ditatap.
"Sekarang ni malam,sayang. Memang itu risk dia" tutur Jungkook ringkas, mengingatkan Eunha dengan tatapan agak kesal. Dia bukannya apa, dia cuma risaukan keselamatan isterinya itu.
Eunha diam. Dia mengangguk kecil lalu mengemam bibirnya. Kemudian, dia menundukkan kepalanya dan satu keluhan panjang dilepaskan. Memang benar. Dia yang terlalu ikutkan perasaan dan bertindak tanpa memikir dahulu. Sekarang, dia sendiri juga yang menggigil.
Jungkook yang melihat reaksi Eunha itu langsung mengeluh kecil. Tanpa berfikir banyak, dia langsung mendakap erat tubuh kecil isterinya itu kembali. Diusap lembut belakang wanita itu.
"It's fine, it's fine"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»82
•
•
•
"Sayang, jom kita pergi jalan-jalan tepi pantai!" ajak Eunha riang tatkala dia dan Jungkook menjejak kaki pada lobi hotel yang didiami mereka, Hotel Vincemo. Dia cuma terlintas mahu melakukan itu saja sebelum mereka pulang ke bilik semula. Cuma mahu mengambil angin dingin pantai.
"Angin sejuk la malam-malam macam ni,sayang" balas Jungkook lembut seraya memandang ekspresi ceria yang terpapar di wajah Eunha, tidak terlalu berkenan dengan ajakan wanita itu. Maklumlah, cuaca ketika musim luruh ini menyumbang kepada suasana yang dingin dan lebih berangin. Pada siang hari saja sudah terasa dinginnya itu, tambahan malam-malam begini. Tepi pantai lagi.
"Ala, tak ada sejuk mana lah. Lagipun, kejap je. Saya takkan beku la. Don't worry" tukas Eunha sambil mendongak sedikit memandang wajah Jungkook di sebelah memandangkan bahunya sedang dirangkul lelaki itu, jadi jarak mereka rapat. Dia menarik senyuman bagi meyakinkan suaminya itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan dek jawapan berseloroh Eunha itu.
"Seriously, awak akan sejuk nanti. Tunggu sini, saya pergi ambilkan jaket dekat bilik" ujar Jungkook sebelum meleraikan rangkulan lengannya pada leher Eunha. Ubun-ubun kepala wanita itu diusap sekilas.
Eunha langsung menarik senyuman lebar lalu menganggukkan kepalanya.
"Okey, thank you,sayang" ucap Eunha bersama senyuman sambil menatap wajah sempurna suaminya itu.
Jungkook sekadar tersenyum kecil lalu mengorak langkahnya menuju ke lif, meninggalkan Eunha di tengah-tengah lobi hotel yang ditemani beberapa orang di situ.
Eunha memandang sekilas figura suaminya itu menjauh sebelum dia melangkah menuju ke sofa kosong yang disediakan di lobi itu. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk itu.
"Ah, esok dah nak balik. Sedihnya..." monolog Eunha perlahan sebelum mencebikkan bibirnya. Satu keluhan panjang dilepaskan. Sekejap betul masa berlalu. Rasanya seperti dia baru saja tiba di hotel ini hari ini. Alih-alih esok sudah menjengah 5 hari mereka berada di bumi Jeju ini.
Namun begitu, dia tetap saja berasa sangat bahagia sepanjang 4 hari dia dan Jungkook meluangkan masa di bandar Jeju ini. Walau ada juga cacat-cela suasana dalam waktu itu, itu langsung tidak mencacatkan rasa bahagianya. Yang penting, hubungan mereka tetap baik dan saling memahami.
"Hai. Jung Eunha, kan?"
Suara garau yang tiba-tiba menyapa telinga Eunha di kala wanita itu sedang mengelamun cukup membuatkan wanita itu terperanjat.
"Kamchagi-"
Eunha lantas menoleh memandang gerangan lelaki yang tiba-tiba menyapanya itu dengan mata yang masih membuntang terperanjat. Seingatnya tadi, hanya dia saja yang duduk di sofa. Sejak bila pula ada lelaki duduk di sebelahnya?
Lelaki yang memakai baju T putih bersama seluar Jeans yang duduk bersebelahan Eunha itu langsung tersenyum kecil melihat reaksi wanita itu.
"Sorry? Awak kenal saya?" soal Eunha bingung dengan kerutan di dahi. Jari telunjuk kecilnya ditunding ke arah dirinya.
"Of course. Kau tak kenal aku?" balas lelaki itu dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha meneliti sekilas wajah lelaki di sebelahnya itu, cuba mengimbas wajah itu di benak memorinya. Lalu, dia menggaru-garu perlahan pipinya kekok.
"Siapa...ye? " soal Eunha buntu bersama sengihan janggal.
Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya dalam ketidakpercayaan.
"Seriously? Aku pernah seminggu satu dewan kuliah dengan kau. Kita satu course. Kau lupa aku, Eunha?" respon lelaki itu agak kesal.
Eunha terdiam sebentar. Dia masih cuba memproses juga langsir ingatannya, namun hasilnya tetap sama. Dia tetap tidak dapat mengingati lelaki di sebelahnya itu.
"Sorry...tapi saya--"
"Kita pernah seatmate. Kita pernah teammate. Kau pernah ajar aku lakar pelan tapak. Kita pernah present sekali. Kita pun pernah makan dekat kafeteria sekali" jelas lelaki itu bersungguh, tetap mengharapkan wanita itu mengingatinya.
Eunha sekali lagi mendiamkan dirinya. Dia menatap lama wajah lelaki itu sambil cuba memproses segala situasi yang disebut lelaki itu. Lalu, dia menganggukkan kepalanya berkali-kali perlahan.
"Ohhhh... tak kenal jugak" balas Eunha bersahaja dengan polosnya sebelum menarik senyuman kecil.
Lelaki itu langsung mengeluh kecil dalam kekesalan. Mati-matian dia fikir wanita itu akhirnya mengingatinya. Nasiblah dia tidak tersenyum-senyum suka lagi tadi.
"Tak apa lah. By the way, kau datang sini dengan siapa?" soal lelaki itu, membuka bicara. Keningnya dijongket sebelah.
"Oh,dengan husband saya" jawab Eunha mesra dengan senyuman manis.
Langsung berubah sedikit riak wajah lelaki itu saat mendengar jawapan mesra Eunha itu.
"Husband?" soalnya seolah mahu mengesahkan sama ada apa yang didengarinya itu benar.
Eunha mengangguk perlahan.
"Yea. Waeyo?" soal Eunha polos.
"So,kau dah kahwin?" soal lelaki itu lagi. Keningnya dijongket sebelah.
"Ye saya" jawab Eunha ringkas setelah satu anggukan.
"Ah, aku terlambat lah ni?" balas lelaki itu kesal sebelum menundukkan kepalanya. Lalu dia tersenyum kecil.
"Ne?" soal Eunha bingung dek apa yang didengarinya itu. Terpinga-pinga dia di situ.
"Aniya" balas lelaki itu seraya mengangkat kepalanya semula lalu sepenggal senyuman diukir.
Eunha mengangguk perlahan. Dia membalas senyuman lelaki itu dengan senyuman kekok. Sempat dia menilik sekilas sekeliling lobi, menjangka kelibat Jungkook yang mungkin sudah tiba pada waktu sekarang. Namun, jangkaannya itu meleset. Dia kembali memandang lelaki itu di sebelah.
"By the way, awak cakap tadi awak pernah satu course dengan saya dulu. Jadi, mesti kita sama Uni dulu kan? Then, awak buat apa dekat sini? Dah graduate jugak ye?" soal Eunha penasaran dengan kening yang dijongket sebelah. Maklumlah, dia masih bingung dengan lelaki itu yang sepertinya sudah kenal lama dengannya. Lihat sajalah cara lelaki itu membahasakan diri.
Lelaki itu tersenyum kecil sebelum menggeleng kecil.
"Belum. Tengah cuti sem. Aku tukar course medic last year, so ada lebih kurang 3 tahun lebih lagi sebelum aku graduate" jelas lelaki itu.
Eunha mengangguk faham.
"Ah, kkeuraekuna" respon Eunha ringkas, mengerti.
kkeuraekuna= I see
Lelaki itu kemudiannya mengeluh perlahan.
"Seriously kau datang sini dengan husband kau? Bukan alasan nak aku jauh dari kau kan?" soal lelaki itu yang masih tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima tentang status wanita di sebelahnya itu.
Langsung dahi Eunha berkerut.
"Sorry? Kenapa saya nak buat awak jauhkan diri dari saya pulak? Saya kenal awak pun tak? " tukas Eunha hairan bercampur bingung dengan dahi yang masih berkerut.
Lelaki itu merengus perlahan.
"Kau serius tak kenal aku?" soal lelaki itu, masih tidak yakin dengan jawapan Eunha itu.
"Sorry, saya betul-betul tak kenal awak" balas Eunha dengan bersungguhnya.
Lelaki itu mengangguk perlahan.
"Then, why not kalau kita berkenalan balik?" tukas lelaki itu memberi cadangan. Keningnya diangkat sebelah.
"Eo?" balas Eunha bingung.
Lelaki itu menarik senyuman sebelum tangan kanannya dihulurkan ke arah Eunha.
"Hai, aku Yoo Si Han" ujar Si Han mesra bersama senyuman kecil. Tangannya masih setia dihulur.
"Eoh, Si Han..." balas Eunha perlahan seraya mengulum senyuman singkat. Lalu, tangannya lambat-lambat berjabat dengan tangan lelaki itu. Dan, dia langsung meleraikan serta-merta.
Si Han sedikit tersentak dengan tindakan Eunha yang cepat-cepat meleraikan tautan tangan mereka. Dari situ, dapat dia lihat, wanita itu terlihat terlalu menjaga batas sebagai seorang isteri sangat. Agak jengkel sebenarnya. Dia berdehem kecil.
"So, kau, Eunha. Jung Eunha,kan?" soal Si Han, seolah betul-betul seperti baru mengenali wanita itu. Satu senyuman terukir.
"Jeon Eunha" balas Eunha ringkas dengan sedikit penekanan, membetulkan namanya.
"Oh yea. You're married" ujar Si Han acuh tak acuh. Dia mengemam bibirnya sebentar. Kemudian, dia berdiri seraya memegang pemegang bagasinya di sebelah. Eunha yang sedang duduk ditatap.
"Well,jumpa kau lepas 3 tahun. Penantian aku selama ni patut jadi berbaloi. Aku betul-betul kena buat tu jadi berbaloi. So,see you" -Yoo Si Han
HAH NEW CAST OHOKS
SELAMAT DATERNGGG
SORRY NOT SORRY GAIS em
HAIHH AKU TAK BOLEH NAK HAPPY II SGT MEMBEBEL LPS BAD NEWS PASAL GFRIEND KITA SEMALAM😭 :(((
ISOKEY, LET'S JUST HOPE THE BEST FOR THEM '(❤
SEYA SAYANG MEREKA SANGAT HUWAAA DORANG JE GIRL GROUP AKU STAN GILA II HIKS
AKU DAH STAN DORANG 5/6 TAHUN HFJSNDKDHEKDJKA
AAAAAAAAAA PENGEN NANGESSS
DAH LA AKU NAK SAMBUNG MURUNG
OH BTW, AKU HARAP CHAP NI TAKDE TERPENGARUH KEMURUNGAN AKU LAH FKDNELJDEO
MAKLUMLAH, AKU TYPE NI PUN DGN HATI YANG LARA GAIS-
APAPUN JGN LUPA VOTE YE :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro