🔷81
IYA JARANG II YE AWAL
HA VOTE SILA
SEYA AKAN HARGAI SANGAT KALAU ANDA SUDI MENGOMEN JUGA :)
IYA SELAMAT MENYENDU
EH
TAK
SELAMAT MEMBACA☺
"Sayang"
"Sayang"
"Sayang"
"Ah,sayanggg!" panggil Eunha sebal dek Jungkook yang langsung tidak menyahut dan cuma melangkah ke hadapan tanpa mempedulikannya di belakang. Bibirnya diketap sambil kaki setia mengejar langkah sang suami.
"Awakkk,seriously--"
Tak sempat Eunha memulakan bentakannya, bicaranya terputus tatkala Jungkook di hadapan mendadak menghentikan langkah dan memusingkan badan menghadapnya. Hampir saja dia merempuh tubuh suaminya itu. Kepalanya didongakkan sedikit, memandang raut wajah tegang Jungkook di hadapan.
Satu keluhan kasar dilepaskan Jungkook sebelum bersuara.
"Saya dah bagitahu,Jeon Eunha. Saya dah bagitahu yang saya tak suka awak dekat dengan perempuan tua tu" tutur Jungkook senada sambil menatap wajah polos isterinya itu.
"Ye,tapi saya cuma cakap sikit je dengan dia--"
"Dengan orang yang dah banyak buat awak menderita?" soal Jungkook drastik dengan kening yang diangkat sebelah. Sedikit pun tiada nada mesra di dalam suaranya.
Eunha sedikit tersentak. Dia mengemam bibirnya bersama tatapan lembut pada wajah Jungkook.
“Sayang...benda tu dah lepas. Just lupakan--"
"Mudahnya awak nak lupakan benda yang banyak bagi kesan dekat kita,Jeon Eunha" ujar Jungkook berbaur sarkastik disertakan tatapan kesal.
Eunha tergamam sebentar. Dia menilik wajah tegang yang ditayang Jungkook di hadapan. Bibirnya dikemam rapat sambil di benak fikiran, dia cuba menyusun ayat untuk dilontarkan perlahan kepada lelaki yang sedang kesal dan marah dengannya itu.
"Okey,sayang,macam ni. Saya dah bagitahu dekat awak yang saya memang nak cuba berbaik dengan puan Choi. Jadi,bila saya terjumpa puan Choi tadi,saya tak fikir apa-apa yang negatif pun. Saya cuma fikir nak tegur dia je. Tapi ye, saya faham kenapa awak tak suka saya dekat dengan dia" tutur Eunha panjang lebar dengan berhati-hati. Risau jika dia tersalah cakap dan boleh membawa kepada situasi yang lebih teruk.
"Saya yang tegur puan Choi dulu,sayang. Dia dah cuba elakkan diri daripada saya pun sebelum tu,tapi saya yang sibuk nak sapa dia. At the end,jadi salah faham pulak bila awak nampak" jelas Eunha.
"Puan Choi tak ada cakap bukan-bukan pun dekat saya. Dia tak ada ugut saya,ancam saya,takutkan saya atau apa-apalah. Tak ada pun. Saya betul-betul sempat tegur dia sikit je" tambah Eunha, cuba menyangkal tuduhan Jungkook kepada puan Choi lingkungan 5 minit lepas. Wanita itu pun sudah beredar terlebih dahulu tadi.
"Saya bukan nak back up puan Choi,tapi saya cuma bagitahu awak benda yang betul je,sayang. Memang dia tak ada cakap apa-apa yang teruk pun. Dan,hakikatnya tak macam yang awak fikir. Puan Choi tak ada agenda apa-apa pun,sayang. Dia sendiri cakap dekat kawan dia yang dia ada lawatan kerja dekat sini. Jadi,semua tu cuma kebetulan je,wak" terang Eunha panjang lebar dengan lancarnya bersama hujah pertahankan dirinya.
Jungkook hanya diam,mendengar dengan baik setiap lontaran kata isterinya itu. Matanya tak lepas menatap wajah polos wanita itu.
"Buktinya,nothing happened,kan? Saya ada depan awak sekarang. Saya tak ada cedera apa-apa pun. I'm doing fine right here" ujar Eunha cuba meyakinkan lagi suaminya itu. Satu senyuman kecil diukir.
Namun begitu, seorang Jeon Jungkook itu hanya kekal menayang ekspresi wajah yang sama. Sepertinya lelaki itu sedikit pun tidak terkesan dengan segala lontaran Eunha yang panjang lebar itu.
Eunha yang tadinya mengulum senyuman itu perlahan mengemam bibirnya tatkala melihat raut wajah tegang suaminya yang tidak kian berubah ceria. Masih saja sama.
"Apapun,sayang,saya minta maaf. Saya tahu saya dah buat awak risau dengan marah sebab saya berdegil untuk dekat dengan puan Choi. Walaupun saya tahu awak tak suka tu" tutur Eunha yang langsung memutuskan untuk meminta maaf itu. Tangan kanan suaminya itu diraih. Raut wajah serba salahnya ditayang.
Jungkook kekal diam.
Eunha berdehem kecil apabila tindakannya itu tidak juga memberi reaksi kepada lelaki itu.
"Jadi… awak maafkan saya eh? Eh,sayang? Eoh? Eoh?" soal Eunha bertalu-talu dengan nada yang dikecilkan sambil kepala disengetkan, mengerdipkan matanya berkali-kali terhadap Jungkook di hadapan.
Namun begitu, aksi mencuit hati seorang Jeon Eunha itu langsung tidak berhasil mengubah kondisi mood lelaki itu.
"Ala, maafkan lahhh" desak Eunha bersungguh dengan nada meleret seraya menggoyang-goyang lengan kanan Jungkook.
Dan, hasilnya tetap sama. Raut wajah Jungkook kekal begitu.
Eunha mencebik sebelum mengeluh kecil.
"Jangan la marah macam ni, sayang. Baru dua hari kita dekat sini tapi mood awak dah melayang ke mana ha. Ye la,saya tahu la awak marahkan saya tapi kan saya dah minta maaf ni? Jadi, awak tak payahlah marah dah. Kita lupakan je apa yang jadi tadi. Okey, okey?" tutur Eunha panjang lebar dengan mesranya. Satu senyuman manis diukir bersama kepala yang kembali disengetkan.
Jungkook yang tadinya hanya membisu dan memerhati segala usaha Eunha untuk menambat hatinya itu akhirnya merespon dengan satu keluhan kasar. Rambutnya diraup kasar ke belakang lalu wajah ceria sang isteri di hadapan ditenung.
"This is why i hate you. Really" tuturnya senada bersama tatapan dingin itu.
Drastik ekspresi mesra yang dipasang Eunha berubah terpana tatkala tuturan suaminya itu menyapa telinga. Dia tersentak.
"Eo-Eoh?" respon Eunha bingung dengan raut wajah buntu.
Jungkook merengus perlahan. Dia memandang ke arah lain sekilas sebelum kembali terarah kepada wajah tercengang Eunha.
"Jeon Eunha" panggilnya senada bersama renungan tajamnya.
"Y-Ye?" sahut Eunha takut-takut. Eskpresi wajahnya sudah cuak. Sepasang matanya diberanikan jua menatap wajah tegang Jungkook di hadapan.
Jungkook mengetap bibirnya lalu merengus kasar. Rambutnya dikusutkan kasar. Kemudian, wajah cuak Eunha kembali ditenung.
"Boleh tak sekali tu bagi saya peluang untuk marah awak lama sikit? Tolonglah" tutur Jungkook kesal lalu tangannya bergerak mengacah seolah mahu merenyuk-renyuk wajah kecil seorang Jeon Eunha di hadapan. Bukannya apa, dia sebal dengan wanita itu. Bersusah-payah dia berusaha untuk terus kekal marah tadi. Hasilnya, dia akan tewas juga dengan teknik memujuk isterinya itu.
Eunha yang tadinya bagai mahu luruh jantung dek tuturan dingin Jungkook itu akhirnya dapat bernafas dengan baik sebaik saja memahami situasi. Mati-matian dia fikir lelaki itu betul-betul memarahinya dan kesal dengannya. Langsung saja dia menayang sengihan comel.
"Tak boleh" balas Eunha ringkas dengan mesranya sebelum menjinjit kakinya lalu satu kucupan lembut dihadiahkan tepat di pipi seorang Jeon Jungkook.
"You really shouldn't hate me, sayang" tuturnya bersama kenyitan mata sebelah kiri dan disusuli sebelah kanan.
Jungkook pula terkaku sebentar di situ dek 'double kill' dari sang isteri yang diterimanya bertalu-talu itu.
Macam mana nak benci kalau macam ni?
"Kajjaaa! Saya nak pergi makan!"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»81
•
•
•
Cahaya matahari yang menembusi langsir besar di hadapan sedikit sebanyak telah mengganggu tidur nyenyak seorang Jeon Jungkook pagi itu. Lengannya naik menutupi bahagian matanya, bertujuan menghalang sinaran matahari yang giat mencucuk matanya. Lalu,lenanya yang terganggu barusan cuba diteruskan kembali.
Beep beep beep!
Tidak semudah yang disangka, tidur Jungkook kini terganggu dek bunyi kuat penggera telefon pintarnya pula. Dia merengus perlahan sebelum tangannya bergerak meraba-raba meja lampu tidur di sebelah, mencari telefonnya dengan mata yang masih terpejam. Dapat saja objek itu, dibawa ke wajahnya lalu matanya dibuka sedikit dan jarinya bergerak menggeser di skrin telefonnya bagi mematikan bunyi deringan penggera itu. Kemudian, objek itu dilepaskan ke sisinya.
Suasana kembali lengang. Kini lelaki itu mungkin dapat meneruskan kembali tidurnya yang berharga itu. Lengan kanan mendarat semula pada bahagian mata, posisi selesa untuk diulik mimpi.
Namun begitu, niatnya untuk menyambung tidurnya itu terbantut seketika apabila terlintas sesuatu di fikirannya. Pelik. Suasana pagi ini terlalu lengang. Selalunya, suara laungan seorang Jeon Eunha mengejutnya tidur pasti sudah memecahkan suasana. Pasti tubuhnya sudah digoncang hingga hampir tergolek jatuh ke lantai oleh wanita itu. Pasti deringan penggera telefonnya juga tak akan perlu berbunyi.
Dek rasa tertanya-tanya yang menyelubungi, Jungkook langsung menurunkan lengannya dari matanya. Dia mencelikkan matanya lalu menoleh melihat ke sisi kirinya, menyangka isterinya itu masih nyenyak dibuai mimpi. Namun, dia silap. Hanya ruang kosong di sebelah yang menyapa pandangannya.
Terpinga-pinga dia di situ. Hanya bantal dan cadar yang agak dirapikan itu saja yang menyapa pandangannya. Dia kemudiannya bangun dari pembaringannya dalam kebingungan.
"Sayang?" panggilnya agak lantang sambil matanya meliar di sekeliling bilik yang luas itu. Dahinya berkerut apabila tiada sahutan diterimanya. Dia memandang ke arah tandas, berfikir kalau-kalau wanita itu berada di dalam. Malangnya tidak. Pintu tandas elok saja terbuka luas. Bunyi air juga tidak kedengaran. Bermakna peratus keberangkalian Eunha berada di dalam sangatlah tipis.
"Jeon Eunha" panggilnya lagi sambil memandang ke setiap sudut bilik, berharap panggilannya itu disahut atau figura isterinya itu menyapa pandangannya. Namun, tetap saja sama. Tiada sahutan mahupun tuan badan yang tiba-tiba muncul.
Jungkook masih cuba untuk bertenang. Dia menghela nafas panjang sebelum menyelak selimut tebal yang menutupi separuh tubuhnya itu. Kemudian, dia turun dari katil lalu melangkah ke arah tandas. Tetap mahu memastikan bahwa jika seorang Jeon Eunha itu betul-betul tiada di dalam. Dan ya, memang tiada.
Jungkook merengus perlahan. Dia kemudiannya berganjak sedikit dari pintu tandas lalu pintu ruangan kolam renang pula dibukanya. Walaupun mustahil wanita itu mahu berada di sana, tapi dia tetap juga mahu memeriksa. Sama juga hasilnya. Tiada figura sang isteri di situ.
Sudah.
Mana pulak si Jeon Eunha ini menghilang?
Jungkook meraup wajahnya lalu bibir diketap. Mulalah dia fikir yang bukan-bukan. Kaki dilangkah laju menghampiri katil. Telefon pintarnya dicapai kemudian dinyalakan. Nombor Eunha didail dan telefon dilekap ke telinga. Talian dapat disambung. Kuranglah rasa panik di hati.
Namun, terasa sia-sia seorang Jeon Jungkook itu berasa lega tatkala telinganya menangkap bunyi kuat deringan telefon milik Eunha yang tidak jauh darinya. Elok saja telefon wanita itu dicas di atas kabinet bawah televisyen.
"Aishhhh" rengus Jungkook serta-merta seraya mematikan dailannya kepada nombor Eunha. Rambutnya dikusutkan kasar. Mulalah dia nak panik di pagi hari yang cerah ini.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»81
•
•
•
Eunha berjalan bersendirian di persisiran pantai dengan langkah yang perlahan, mengamati air pantai di tepi yang sedang lembut dipukul ombak kecil. Wajah mulusnya disapa lembut angin pagi yang menghembus. Sungguh nyaman suasana tika itu. Tidak sia-sia dia memutuskan untuk mengambil angin di tepi pantai di belakang bangunan hotel pagi itu.
Sedang asyik seorang Jeon Eunha menikmati suasana nyaman di gigi pantai itu, pipi gebunya tiba-tiba saja dicubit dan ditarik dari sisi kirinya tanpa belas kasihan.
"Ah appoo appo! Jjinja appooo! " rintih Eunha agak lantang sambil menampar berkali-kali tangan yang menzalimi pipi mulusnya itu sebelum dia menoleh melihat gerangan yang berbuat demikian.
Jeon Jungkook.
Wajah Eunha yang berkerut-kerut dek menahan sakit di pipinya itu langsung berubah ceria tatkala melihat wajah suaminya di sebelah. Dengan pipinya yang masih ditarik Jungkook, dia mengukirkan senyuman girang.
"Eh, sayang saya dah bangun lah. Macam mana tahu saya ada sini?" sapa Eunha mesra dengan eskpresi yang ceria itu. Sedikit pun dia tidak mempedulikan pipi gebunya yang masih ditarik sang suami itu.
Namun, reaksi cerianya itu bukannya mendapat balasan yang juga ceria, malah kepalanya pula diketuk Jungkook setelah pipi dizalimi barusan.
"Ah-"
"Keluar tak bagitahu" tutur Jungkook senada sambil merenung tajam wajah polos Eunha di tepi.
Eunha yang sedang menggosok-gosok kepalanya yang diketuk itu langsung menayang sebaris giginya tatkala ayat itu yang keluar dari mulut suaminya.
"Ala, saya cuma pergi sini je. Bukan jauh pun. Lagipun kan saya nak pergi pantai dari hari pertama kita sampai lagi, tapi tak dapat-dapat jugak pergi ha. Jadi, pagi ni saya decide nak keluar berjalan je la kejap" jelas Eunha sebelum menayang senyuman kecilnya.
"Tak kisah la dekat ke jauh. Nak keluar tu bagitahu la saya dulu. Tak pun, ajak saya pergi sekali. Ini tak. Pergi macam tu je. Penat saya gelabah pusing satu hotel cari awak" tukas Jungkook kesal lalu menarik lagi pipi tembam Eunha, namun kali ini hanya perlahan.
Eunha tergelak kecil lalu mengangguk-anggukkan kepalanya. Jarang-jarang lelaki itu membebel.
"Alright, sorry, sayang~" respon Eunha mesra dengan meleretnya seraya memeluk erat lengan kanan suaminya itu. Didongak sekilas memandang wajah kesal lelaki itu.
Jungkook hanya berdecit perlahan dengan respon isterinya itu.
"Satu lagi" tambah Jungkook senada.
"Ye... apa satu lagi? " balas Eunha longlai. Dia meleraikan pelukannya pada lengan Jungkook lalu mendongak memandang lelaki itu.
"Phone tu suka sangat tinggal. Pergi keluar mana-mana pun even cuma turun tingkat bawah, bawalah phone tu. Kalau apa-apa jadi, boleh call,boleh track location" ujar Jungkook dengan agak tegas sambil menatap tepat ke wajah Eunha.
"Oh, phone. Saya tak bawak eh?" respon Eunha polos sebelum langsung menyeluk kedua-dua poket hoodie yang tersarung di tubuhnya itu, memeriksa keberadaan telefonnya. Hasilnya, cuma poket yang kosong.
Jungkook hanya memerhati saja tingkah cuai isterinya itu di sebelah.
"Haah la. Tak bawak. Lupa, sayang, lupa" jawab Eunha seraya memandang wajah Jungkook lalu satu sengihan ditayang.
Jungkook berdecit.
"Lepas ni ikat je lah phone tu dekat leher tu. Clumsy sangat" seloroh Jungkook sarkastik.
"Heol" balas Eunha jengkel lalu mencebikkan bibirnya. Dia menjeling sekilas suaminya itu. Bab cuai jangan nak menyindir, okey.
Jungkook menarik senyuman kecil tika melihat ekspresi wajah Eunha yang pantas berubah cemberut itu.
"Sayang" panggil Jungkook dengan nada rendah sambil menatap sisi wajah Eunha di sebelah.
"Ye, pasal apa lagi nak dibebel, sayang?" balas Eunha dengan longlainya seraya menoleh memandang wajah sempurna Jungkook. Keningnya diangkat sebelah.
"Sakit ke kepala tu saya ketuk tadi?" soal Jungkook lembut dengan serba salah seraya tangan kanannya naik mendarat perlahan di atas kepala Eunha.
Eunha terpana seketika dek soalan tanpa jangka yang keluar dari mulut suaminya itu. Lalu, langsung dia menarik senyuman kecil dan mengangguk laju.
"Haah! Rasa macam nak amnesia!" jawab Eunha dengan dustanya dalam nada bergurau. Sisi kepalanya dipegang dramatik.
Jungkook langsung berdecit sebelum tergelak kecil. Dia mengusap-usap lembut kepala Eunha, tetap bimbang jika dia benar-benar menyakiti wanita itu dek ketukannya tadi.
"Amnesia la dia sorang-sorang"
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»81
•
•
•
『Shinhwa Theme Park』
"Nah,sayang. Air" ujar Eunha dengan nada yang disela tawa itu sambil menghulurkan botol air mineral sejuk kepada Jungkook. Tawanya memang tidak dapat reda sejak mereka turun dari roller-coaster 3 minit lepas. Bukannya apa, dia terhibur dengan suaminya itu yang bukan main pucat setelah menaiki 'kenderaan meluruh jantung' itu.
Jungkook yang sedang memicit-micit pelipis kepalanya itu langsung mencerlung tajam Eunha di sebelah yang masih terkekeh mentertawakannya. Kalau bukan disebabkan paksaan wanita itu, dia sendiri tak inginlah nak naik benda puaka itu. Berpeluh habis dahinya tika menaiki roller-coaster yang berdurasi hampir 10 minit itu.
"Comel la, sayang! Aigooooo! " seloroh Eunha riang yang masih tersisa tawa dalam nadanya itu. Dia mencuit berkali-kali pipi suaminya itu sambil tertawa.
Jungkook pula ligat mengelakkan wajahnya dari terus diperlakukan seperti anak kecil oleh isterinya itu. Dia menjeling wanita itu sekilas sebelum meraih kasar huluran botol air dari Eunha. Penutup botol air dibuka lalu diteguk rakus air kosong itu. Maklumlah, dia masih terasa mual akibat menaiki roller coaster yang berdurasi lama dan banyak berpusing-pusing 360° itu.
"Jom, sayang. Kita naik lagi!" ajak Eunha teruja yang cuma bertujuan untuk menyakat lelaki itu.
"No!" balas Jungkook spontan yang drastik menelan laju air kosong di dalam mulutnya bagi merespon isterinya itu. Terbatuk-batuk kecil dia dibuatnya setelah itu.
Terletus kembali tawa Eunha tika melihat respon sepantas kilat suaminya itu. Dia tertawa sakan seraya tangannya menggosok-gosok belakang Jungkook yang tersedak air.
"Ya tuhannn, comel la, sayang! Serius!" tutur Eunha teruja seraya menekup wajah Jungkook lalu digoyang ke kiri dan ke kanan wajah lelaki itu. Dia bukannya apa, melihat keadaan suaminya sekarang yang sedang sebal dalam mual itu cukup membuatkan hatinya tercuit. Bukan selalu mahu melihat lelaki itu lemah akan permainan taman tema yang lasak ini.
Jungkook hanya mampu merengus tika diperlakukan Eunha begitu. Dia mengerling jengkel isterinya itu sebelum kembali memicit-micit sisi kepalanya yang masih bersisa pening itu.
Eunha tersengih kecil melihat reaksi Jungkook itu. Dia langsung menarik wajah suaminya itu menghadapnya lalu dia sendiri bersukarela memicit perlahan pelipis kepala lelaki itu.
"Pening lagi ke, sayang? Sini saya picit. Lepas ni kan kita nak naik sekali lagi" seloroh Eunha dengan sengihan sumbing sambil tangannya tetap memicit-micit sisi kepala Jungkook.
Jungkook lantas menatap protes wajah Eunha di hadapan.
"Aish, can you just stop-"
Eunha pula langsung terkekeh kecil. Sungguh dia sangat suka dengan hakikat yang betapa pantasnya lelaki itu memberi reaksi dan respon apabila dia menyakat tentang roller coaster itu.
"Enjoy betul sakat saya kan, Jeon Eunha? " ujar Jungkook protes dengan tatapan tajam.
"Iye la! Comel tengok awak macam traumatized dengan roller coaster tadi! " respon Eunha girang bersama senyuman lebar. Ditepuk-tepuk teruja bahu suaminya itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan. Betapa cerianya isterinya itu atas 'traumatized' nya itu. Bukannya dibimbangkan, malah dipuji 'comel' lagi.
"Sayang" panggil Jungkook perlahan seraya menurunkan kedua-dua tangan kecil Eunha dari terus memicit-micit sisi kepalanya.
"Ye? " sahut Eunha spontan dengan raut wajah bingung. Dia menatap wajah sempurna suaminya itu yang tidak berjarak jauh dengannya itu.
"Awak tahu saya tak senang mengalah kan?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Beberapa helai rambut panjang Eunha yang terurai di sisi wajah diselit ke belakang telinga. Setelah itu, dia menarik senyuman kecil. Atau lebih tepat, senyuman penuh makna.
"Ye...?" balas Eunha mengiyakan walau terpinga-pinga sambil mengamati ekspresi aneh suaminya itu. Tersenyum sumbing bagai.
Jungkook tersenyum kecil melihat raut bingung Eunha. Dia kemudiannya berdiri lalu memusingkan badannya menghadap sang isteri yang masih duduk di atas bangku dalam kebingungan itu.
"Jom kita pergi bungee jump" seloroh Jungkook bersama senyuman seraya langsung mengangkat tubuh kecil isterinya itu gaya bridal. Itu saja cara yang paling mudah untuk dia memastikan wanita itu tidak mencuba untuk melarikan diri. Juga, 'dendam'nya perlu dilunaskan.
"MWO?! TAK, TAK ,SAYANG,TAK! NOOO,NOT THAT THINGGGG! "
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»81
•
•
•
"Tali tu rasa macam nak tercabut tadi haa! "
"Nasib saya tak terlepas jatuh dalam tasik tu! "
"Lepas tu lelaki tu kira sampai 3 je tadi! Mana saya sempat nak readyyy. Tahu-tahu je nak kena lompat dah haa"
"Dah la tinggi! 20 meter! Haa, nak bunuh orang ke apa!"
Ya. Itulah dia. Itulah bebelan seketul Jeon Eunha sebaik saja selesai melakukan lompatan bungee dalam tangisan. Ya. Dia sedang menangis dengan kepala yang dibenamkan pada dada bidang Jungkook.
Manakala seketul Jeon Jungkook pula bukannya memujuk sang isteri yang sedang merengek dan menangis, malah sedang sakan mentertawakan wanita itu. Kali ini gilirannya pula terhibur. Mana tidaknya, sejak dari sebelum lompat lagi seorang Jeon Eunha itu sudah merengek dan menangis padanya. Takut mati dalam tasik di bawah itu katanya. Puas dia pujuk walaupun sedang geli hati.
"Jahatttt! Haaa, awak jahat!" hambur Eunha sebal seraya menumbuk geram dada bidang Jungkook dek bengang dengan lelaki itu yang sakan ketawa itu.
Jungkook terkekeh kecil sebelum menarik kembali tubuh Eunha ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh wanita itu sambil cuba meredakan tawanya. Maklumlah, tak mahu menjadi punching bag jadian oleh Eunha. Dalam masa yang sama, dia menjadi sangat tercuit hati dek ragam wanita itu yang membuatnya seperti mahu memeluk tubuh mungil itu selamanya.
"Ah sayanggg, sampai bila awak nak peluk saya niii? "
"Forever" -Jeon Jungkook
Semoga memang 'selamanya' mereka dapat tetap dalam pelukan walau ada yang cuba meleraikannya sekalipun.
SUS BETHOL AYAT OUTRO EM
GHISAUUUU
HA DAH
CUKUPLA 3K WORDS
EM
MACAM SIMPLE JE CHAP NI HSHSHSHSH
EKCELI SCENE DEKAT THEME PARK TU SUPPOSE TO BE PANJANG SINCE AKU PLAN NAK STORY EVERY SINGLE THING DLM SCENE TU
TAPI TAKUT PNJG SGT PULAK, SO AKU RINGKASKAN JE HUEHUEHUE
STILL MENYENDUKAN KORANG KAN?
JGN RISAU, ANDA TIDAK BERSEORANGAN
EM
TAPI TULA
CHAP NI SIYES AKU RASA BIASA JE EM
DAH LA
NEXT CHAP HARAP TAK HAMBAR LAGI LA HM HM
K dah, jangan lupa vote!
Gudnaittt
Stay safeuuuu💙
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro