🔷78
YE AGAIN LEWAT
HA VOTE COMMENT
ASHELAMAT MEMBACA
"Sayang, let's say, kalau diberikan kesempatan, diberikan peluang,awak nak tak cuba berdamai dengan puan Choi, ibu awak sendiri? " soal Eunha lembut sambil kekal menatap tepat ke wajah Jungkook.
Raut wajah Jungkook drastik berubah apabila soalan itu diajukan. Tangan kirinya yang digenggam tangan kecil Eunha langsung diloloskan dari genggaman isterinya itu. Dia memalingkan wajahnya ke hadapan.
"Not this again, Jeon Eunha" respon Jungkook senada sambil menatap lurus ke hadapan. Ekspresi wajahnya dingin.
"Wae? Saya cuma curious pasal tu. Just answer me" balas Eunha sambil menatap sisi wajah suaminya itu.
"Saya tak nak ruin the mood just sebab soalan tu" ujar Jungkook mendatar. Dia langsung tidak mengerling Eunha di sebelah.
"Sayang, please?" balas Eunha berbaur pujukan dengan tatapan khasnya itu.
Jungkook mengeluh kasar. Bibirnya diketap. Dia menoleh memandang wajah bersungguh isterinya di sebelah.
"Awak tahu jawapan saya, Jeon Eunha. Terlalu jelas" tutur Jungkook senada sambil merenung wajah polos Eunha.
"Tak apalah. Jawab je. Saya tak nak assume sendiri" jawab Eunha ringkas, tetap tidak berura untuk mengalah.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya dikemam. Matanya dipejam sebentar sebelum dicelik semula. Cuba menyalurkan kesabaran dalam dirinya. Setelah itu, dia mengeluh kecil.
"Benda tu takkan jadi. Memang takkan jadi. Dan, kalau jadi sekalipun, saya takkan senang-senang nak berdamai dengan dia. Even with the fact who she is to me" balas Jungkook mendatar sebelum merengus perlahan.
"Wae?" soal Eunha penasaran atau lebih kepada mahukan penerangan lebih jelas dari suaminya itu yang secara tak langsungnya menyuruh lelaki itu terus berbicara tentang itu.
"Jeon Eunha" panggil Jungkook spontan dengan nada mengeras bersama tatapan tajamnya apabila wanita itu enggan menutup saja topik itu.
"Please, sayang? Kali ni je. 2 bulan saya simpan soalan ni. Bagi la kali ni segala curiousity saya terjawab. Eoh?" pujuk Eunha lembut sambil menatap wajah tegang Jungkook dengan matanya yang bulat-bulat itu. Sungguh, sejak dua bulan lepas lagi dia memang mahu bercakap tentang ini dengan suaminya itu. Namun, dia tangguhkan saja dulu.
Jungkook merengus perlahan. Bibirnya dikemam rapat. Memang dia perlu mengalah juga walau macam mana pun.
"Obviously sebab semua benda yang dia dah buat selama saya hidup. Nak maafkan dia pun susah, apatah lagi nak berdamai dengan dia? Too hard" jelas Jungkook senada.
"Walaupun kalau dia dah berubah?" soal Eunha, menguji lelaki itu.
"Dia tahu ke nak berubah?" tukas Jungkook sarkastik setelah tergelak sinis. Keningnya dijongket sebelah. Betul-betul mengejek tentang pernyataan itu.
Eunha mengeluh panjang apabila respon Jungkook yang sedemikian yang diterimanya.
"Sayang--"
"Look. Benda tu bukan pasal saya je. Mostly, Saya lagi concerned pasal awak. Semua benda teruk yang dia dah buat dekat awak, buat saya lagi rasa susah nak maafkan dia, nak berdamai dengan dia. Semua tu mustahil. Takkan terjadi" tutur Jungkook panjang lebar, menjelaskan dengan agak terperinci.
"Tapi, dia ibu awak" tukas Eunha.
"Yea, she is. Jadi?" balas Jungkook mendatar dengan kening yang diangkat sebelah.
"Jadi, awak kena cuba untuk perbetulkan hubungan awak dengan dia. Cuba maafkan dia. Cuba berdamai dengan dia" jawab Eunha lembut.
"Lepas semua benda dia dah buat? Bukan satu benda yang senang, Eunha. Really." balas Jungkook dengan tatapan tepat pada wajah polos isterinya bersama gelengan perlahan.
Eunha mengeluh kecil. Bibirnya dikemam sebentar.
"Tapi, sampai bila awak nak berpaling muka dekat mak awak sendiri?" soal Eunha.
Jungkook melepaskan keluhan panjang. Kedua-dua bahu kecil Eunha dipegangnya lembut.
"Sayang, awak kena faham satu benda. Saya bukan saja-saja benci dia. Saya bukan saja-saja tak nak ada hubungan baik dengan dia. Tapi, semua tu bersebab" tutur Jungkook lembut sambil menatap tepat ke wajah polos Eunha.
"To be truth, sayang, saya boleh consider lagi kalau Choi Im Hwa tu cuma buat hal dengan saya, tapi bukan bila dia dah buat macam-macam yang teruk dekat awak dulu. Awak tahu kan, i hate when people disturbing what's mine" sambung Jungkook.
"Jadi, awak susah nak maafkan puan Choi just disebabkan saya? Just disebabkan puan Choi pernah buat macam-macam yang teruk dekat saya dulu?" soal Eunha, meminta kepastian dengan ringkasan yang dibuatnya tentang bicara Jungkook.
"Eoh" respon Jungkook ringkas setelah menganggukkan kepalanya.
Eunha langsung mengeluh kecil. Bibirnya dikemam sebentar sebelum dia mengubah sedikit posisi duduknya, lebih menghadap ke arah Jungkook.
"Sayang, ini pasal hubungan awak dengan ibu awak sendiri. Jangan fikirkan pasal saya dulu. Saya tak suka kalau saya penyebab awak tak nak cuba berdamai dengan Puan Choi. Macam mana pun dia tu ibu awak" tutur Eunha dengan tulusnya sambil menatap wajah Jungkook.
Jungkook mengeluh panjang. Dia meraup wajahnya sebelum kembali mengamati raut wajah bersungguh isterinya itu.
"Jeon Eunha, apa yang buat awak terdesak sampai macam ni nak saya berbaik dengan perempuan tua tu? Come on, sayang. Dia dah buat macam-macam teruk dekat awak. Dia dah buat awak suffer. Kenapa still nak fikir pasal orang tak guna macam dia tu?" tukas Jungkook agak membentak namun nadanya tetap rendah.
Eunha mengemam bibirnya sebelum bersuara.
"Sayang, dia--"
"Kenapa saya nak kena berdamai dengan dia? Kenapa saya nak kena maafkan dia? Semudah tu je awak nak saya maafkan orang macam dia? Just,kenapa?" tambah Jungkook protes yang langsung memotong respon Eunha.
Eunha mengeluh kecil. Wajah protes Jungkook ditenung.
"Because she's your mother? Dia dah lahirkan awak, sayang. Sampai bila awak nak berpaling muka dekat mak ayam sendiri, hm? Saya tahu, apa yang dia dah buat dekat kita dulu tinggalkan luka yang dalam dekat awak. Tapi, why not kalau kita cuba baiki hubungan dengan dia? Kita cuba berdamai dengan dia? Ye, banyak benda teruk dia dah buat tapi walau macam mana pun, hakikat yang dia tetap mak awak memang tak boleh ubah" respon Eunha panjang lebar, berharap dapat membuka hati suaminya itu.
"Walaupun tak banyak dia korbankan untuk awak selama awak hidup, tapi dia dah korbankan separuh nyawa dia untuk lahirkan awak dulu. You still need to remember about that, right?" sambung Eunha dengan nada lembut bersama kening yang dinaikkan sebelah. Bibirnya mengulum senyuman kecil.
Jungkook mengamati sebentar wajah sempurna Eunha itu sebelum matanya dipejamkan seketika. Satu keluhan dilepaskan.
"Sayang, saya tahu awak ada hati yang lembut, suci, tapi awak kena belajar untuk tak terlalu cepat berlembut dengan orang. Benda ni bukan benda kecil. Dia dah banyak seksa fizikal, mental awak dulu. Takkan semua tu tak tinggalkan kesan langsung dekat awak, sayang? Come on, Jeon Eunha. Just forget about this. Tak payah beria sangat nak berbaik dengan orang tua tu" tutur Jungkook yang kekal tidak menyokong keputusan dan hujah panjang Eunha itu.
Eunha mengemam bibirnya sebelum mengeluh perlahan.
"Saya dah tak ada ibu, sayang. Saya nak jugak dapat sebut panggilan 'omma' tu balik. Sekarang saya ada mak mertua,tapi malangnya saya tak dapat jugak nak sebut panggilan 'omma' tu. Sebabnya hubungan saya dengan mak mertua sendiri tak macam orang lain. Jujur saya cakap, sayang, saya nak sangat cuba berdamai dengan puan Choi. She used to be very kind towards me in the past. Saya tak rasa mustahil untuk dia jadi macam dulu balik. Tapi, saya takut awak tak suka kalau saya pilih untuk cuba ada hubungan baik dengan dia" jelas Eunha sambil menatap redup wajah Jungkook di sebelah.
Jungkook mengeluh kecil sebelum mengubah sedikit posisi duduknya menghadap Eunha di sebelah. Kedua-dua bahu isterinya itu kemudian dipegang lembut. Dia menatap tepat ke wajah redup wanita itu.
"Sayang, listen here. Dia tu jauh beza sangat dengan mendiang omma. Kalau awak ada hubungan baik dengan dia sekalipun, memang takkan pernah sama dengan mendiang omma" ujar Jungkook yang berharap dapat mengubah fikiran isterinya itu.
Eunha mengangguk perlahan.
"Ye. Memang takkan sama. Tapi, kalau betul dia boleh berbaik dengan saya, sekurang-kurangnya saya boleh rasa balik kasih sayang seorang ibu tu" tukas Eunha sebelum tersenyum tipis.
"Takkan,Jeon Eunha. Tak akan" sangkal Jungkook dengan nada mengeras dan agak meninggi. Pegangannya pada kedua-dua bahu kecil Eunha dilepaskan.
Eunha langsung tersentak dek respon suaminya itu. Dia memandang Jungkook yang langsung memusingkan tubuh menghadap hadapan kembali. Satu keluhan kasar dilepaskan lelaki itu.
"Kalau Hae dengan saya pun dia tak pernah curah kasih sayang, lagi-lagi awak--"
"Wae? Awak nak cakap saya tak layak dapat kasih sayang dari dia? Sebab saya orang luar? " tebak Eunha spontan dengan nada yang agak bergetar. Dia menatap tepat pada sisi wajah Jungkook, menanti respon. Nafasnya sedikit tidak keruan.
Jungkook langsung menoleh memandang Eunha kembali tatkala mendengar tanggapan melulu wanita itu.
"No, sayang. Bukan macam tu…" nafi Jungkook bernada rendah sambil menatap wajah kesal isterinya itu.
Eunha hanya diam, menatap wajah Jungkook dengan matanya yang sudah berkaca itu. Hatinya memang cepat tersentuh dan air matanya memang cepat bertakung.
Jungkook mengeluh kecil. Dia kembali memusingkan sedikit badannya menghadap Eunha di sebelah.
"Itu yang saya malas nak bahas pasal ni. It's really do ruining the mood right now" tutur Jungkook kesal seraya jarinya bergerak menyeka air mata Eunha yang hampir mengalir keluar. Setelah itu, dia mendakap tubuh kecil isterinya itu.
"Seriously, saya tak maksudkan macam tu pun, sayang. Look, i hate seeing you cry, i hate seeing you in a pain. Saya cuma tak nak awak terseksa lagi sebab orang tua tu. Saya memang tak nak awak rapat pun dengan dia. She could hurt you again and again. Kita tak boleh predict orang licik macam dia. Just sebab dia dah tak ganggu kita 2 bulan ni, doesn't mean yang dia dah totally berubah" tutur Jungkook lembut yang sedikit sebanyak memujuk hati Eunha.
"Tak la, awak. Saya tak tahu kenapa, tapi saya dah mula percaya yang Puan Choi takkan buat semua tu lagi dah" tukas Eunha dengan agak yakin.
Jungkook mengeluh perlahan sebelum meleraikan dakapannya pada tubuh Eunha itu. Dipandang seketika wajah bersungguh isterinya itu.
"Jangan cepat percayakan orang sangat, sayang. Please. Ingat balik apa yang dia dah buat dekat awak dulu. Dua bulan lepas, tahun lepas, 7 tahun lepas. It was a hard time for you. And yet, awak senang macam tu je mula percayakan dia?" ujar Jungkook berbaur bentakan namun nadanya tetap saja lembut dan rendah.
"Tapi, sayang--"
"Dah, let's just stop cakap pasal ni. Kajja" tukas Jungkook senada seraya berdiri. Sebuah beg bagasi diraih lalu wajah polos Eunha yang sedang mendongak memandangnya itu dipandang. Wanita itu tidak berganjak, masih duduk di atas bangku.
"Jangan cakap dengan saya kalau awak cuma nak cakap pasal Choi Im Hwa tu" tutur Jungkook berbaur agak tegas dan amaran itu.
"Tapi, saya--"
"Dah. Lambat, pergi boarding gate sendiri" seloroh Jungkook spontan, mengugut mesra isterinya itu seraya langsung menghayun langkahnya dahulu ke hadapan.
"Ah, kejap la, kejap laaaa" respon Eunha meleret dan agak gelabah. Tergopoh-gapah dia meraih beg sandangnya lalu digalas pada bahu. Setelah itu, dia berdiri dan cepat-cepat berlari anak mengejar langkah suaminya itu.
•
•
•
【 BBP S2:TRUST】
»78
•
•
•
Tayar kapal terbang Asiana Airlines itu akhirnya mencecah jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju setelah sejam lebih perjalanan dari Incheon.
"Uwaaa sampai!" sorak Eunha riang yang sudah tidak tumpah seperti kanak-kanak itu. Dia yang sedang teruja memandang ke luar tingkap kapal terbang itu kini menoleh memandang Jungkook di sebelah. Lelaki itu dengan nyenyaknya tidur di bahu Eunha sejak 15 minit lepas.
"Sayang, sayang, dah sampaiii" tutur Eunha girang sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Jungkook, secara tidak langsung mengejut tidur suaminya itu.
Jungkook pula hanya mencelik matanya sedikit sebelum dipejam semula.
"Hm,okey" balasnya ringkas dan membetulkan posisi kepalanya yang berbantalkan bahu isterinya itu menjadi lebih selesa. Lengannya disilangkan ke dada.
Eunha merengus geram apabila tindak balas itu yang diberikan Jungkook.
"Sayanggg, bangun lah cepat. Orang banyak dah turun dah haa" ujar Eunha sebal sambil matanya sesekali memandang ke arah beberapa penumpang yang melepasi bangku mereka.
"Biar la. Kita vacation dalam ni je la" respon Jungkook selamba. Matanya setia terpejam.
Eunha sekali lagi merengus geram. Bibirnya diketap.
"Eyy, dah la. Awak vacation la sorang-sorang dalam ni. Saya turun dulu" hambur Eunha sebal seraya langsung berdiri.
Di kala itu, kepala Jungkook pun hilang tempat mendarat. Terpaksalah diangkat juga kepalanya. Dia kemudiannya memandang Eunha yang dengan raut protesnya mencapai beg galas yang berada di rak atas bangku yang diduduki mereka. Langsung dia tergelak kecil melihat ekspresi isterinya itu. Tadi bukan main ceria.
Jungkook turut berdiri lalu beg galas yang dicapai Eunha itu diraihnya dari pegangan wanita itu. Lalu, beg itu digalas pada bahu kirinya. Kemudian, dia menilik wajah isterinya yang kekal cemberut itu. Ditekup wajah mulus itu dengan kedua-dua tangannya.
"Hey, dah sampai Jeju ni takkan muka nak masam macam ni?" soal Jungkook sambil mengamati setiap sudut sempurna di wajah masam mencuka Eunha. Wanita itu pula melarikan bola matanya ke arah lain.
Soalan Jungkook itu sedikit sebanyak membuatkan Eunha menumpukan tatapan tajamnya buat sang suami yang menekup wajah.
"Awak la punca!" balasnya sebal seraya menampar geram lengan Jungkook.
Jungkook langsung terkekeh kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya. Memang sengaja dia menyoal soalan bodoh itu tadi. Sesungguhnya, di waktu Eunha sebal itulah yang mencuit hatinya.
"Okey, okey. Sorry. Kajja" balas Jungkook yang masih tersisa tawa itu seraya merangkul erat bahu Eunha hingga tubuh wanita itu rapat dengannya.
Eunha pula hanya berdecit perlahan, tidak merancang untuk meloloskan dirinya dari rangkulan Jungkook.
Mereka berdua bergerak keluar dari kapal terbang dan mengorak langkah seiringan menuju ke dalam ruangan lapangan terbang antarabangsa Jeju bagi menuntut bagasi mereka.
Setelah semuanya selesai, mereka menapak mendekati deretan bangku yang disediakan di situ dahulu. Hanya berdiri seketika di situ.
"Sayang,tunggu sini kejap. Ada call" tutur Jungkook seraya menayang sekilas skrin telefon pintarnya yang sedang memapar panggilan masuk itu.
"Eoh, okey" balas Eunha akur dengan anggukan. Sebaik saja itu, suaminya itu langsung berganjak dari ruangan di situ bagi menjawab panggilan itu. Panggilan penting mungkin. Dia hanya memandang sekilas figura lelaki itu.
Eunha kemudiannya memandang sekeliling ruangan luas di lapangan terbang di bumi Jeju itu. Ramai juga orang-orang yang lalu-lalang di situ. Setelah itu matanya terarah pada papan tanda di tengah-tengah ruangan di bahagian atas. Nama-nama lokasi dan daerah di Jeju elok tertera di papan itu. Terukir senyuman kecil di bibirnya.
"Ma, Eun dah sampai Jeju. Sayangnya Eun tak berpeluang pun datang sini dengan omma" monolog Eunha sendiri lalu mengulum senyuman kelat. Satu keluhan kecil dilepaskan. Memang lokasi impiannya ialah pulau Jeju namun impiannya ingin mengunjungi lokasi itu bersama ibunya.
"Eo, maja. Tak message appa lagi" omel Eunha spontan tatkala dia baru teringat untuk memaklumkan kepada ayahnya bahwa mereka telah tiba di Jeju. Dia langsung mengeluarkan telefon pintarnya dari beg sandangnya. Lalu, objek itu dinyalakan.
Di saat jari-jemari Eunha sedang lincah mengetik di skrin telefonnya,
Buk!
Hampir saja Eunha terlepas telefon pintar di pegangannya itu apabila tubuh kecilnya tiba-tiba saja dirempuh seseorang dengan agak kuat. Dia juga terdorong sedikit ke belakang. Mujur saja dia tidak jatuh terduduk di tengah-tengah ruangan menunggu itu.
"Aishh, jalan tu tolonglah guna mata" rengus seorang perempuan dengan sebalnya. Dia menepuk-nepuk bahunya seolah ada kotoran di kot labuh yang tersarung di tubuhnya itu.
Eunha memandang perempuan yang agak tinggi di hadapannya itu. Sempat dia menilik sekilas penampilan figura wanita itu. Baju T putih bersama seluar pendek jenis jeans. Dan, tersarung kot labuh paras betis berwarna hitam di luar. Tak lupa juga cermin mata hitam tersangkut elok di batang hidung dan topeng muka putih yang menutupi hidung dan mulut.
"Sorry, miss? Awak yang langgar saya, okey" tukas Eunha agak jengkel tatkala mendengar bentakan tak sedar diri perempuan agak tinggi lampai itu. Lagipun memang benar wanita itu yang merempuhnya. Sejak dari tadi lagi dia berdiri di tepi deretan bangku di ruangan menunggu itu cuma untuk tidak menganggu laluan orang. Dan sesungguhnya, laluan tersangatlah luas di sebelahnya itu.
Jadi, siapa langgar siapa sekarang ini?
Perempuan itu merengus kasar. Bola matanya mengguling jengkel di sebalik kaca mata hitam di matanya.
"Eish, melambatkan aku je la perempuan ni. Dasar orang awam" omel perempuan itu sebal sebelum langsung menghayun langkahnya kembali. Bagasi di tangan kiri ditarik dan dia berjalan melepasi Eunha.
"Heol, what?" respon Eunha spontan dalam ketidakpercayaan dek mendengar omelan perempuan biadab itu. Dia menoleh, melihat figura perempuan itu yang sedang melangkah menuju ke pintu keluar.
"Apa masalah dia? Dah langgar orang bukannya nak minta maaf. Mengata pulak" gumam Eunha kesal seraya memandang ke hadapan semula. Raut wajahnya betul-betul mentafsirkan betapa sebalnya dia ketika itu. Perempuan acah-acah itu betul-betul merosakkan mood nya.
"And, what? 'Dasar orang awam'? Habis, dia bukan orang awam? Dia orang apa? Orang asing? Ke, makhluk asing? Ah, patut la tak tahu adab dekat sini bila datang bumi" omel Eunha lagi sebelum berdecit perlahan. Lengannya disilang ke dada. Satu keluhan kasar dilepaskan.
"And, siapa yang pakai spec hitam dengan mask dalam airport? Time musim luruh? Ada trend baru pulak ke yang aku tertinggal?" tambah Eunha bingung bercampur sarkastik itu. Pipi gebunya digaru-garu perlahan.
"Kejap. Bukan ke orang yang pakai macam tu untuk tak nak surrounding kenal diorang? Jadi, dia artis ke?" omel Eunha menebak sendiri.
"Dengan attitude yang macam tu?" sambung Eunha dalam ketidakpercayaan sebelum menoleh memandang belakang, berharap dapat melihat figura wanita kurang adab tadi itu kembali. Namun begitu, gerangan itu sudah hilang dari pandangan Eunha.
"Serius lah dia artis? Tak mungkin lah" gumam Eunha sambil terjenguk-jenguk melihat ke arah pintu keluar lapangan terbang yang agak jauh darinya itu, berharap wanita tadi itu menyapa pandangannya kembali.
"Kalau artis, siapa ye? Entah-entah aku kenal tak" monolog Eunha yang penasaran sambil fikirannya bertalu-talu meneka siapa gerangan yang mungkin untuk perempuan itu tadi. Dahinya sedikit berkerut seraya kakinya mengorak perlahan untuk menuju ke pintu keluar yang digunakan perempuan tadi. Rasa ingin tahunya membuak-buak pula.
"Eh, sayang. Nak pergi mana? Kita keluar sebelah sini" ujar Jungkook drastik seraya meraih lengan kecil isterinya itu. Dia baru saja selesai menjawab panggilan dari rakan niaganya itu. Kalut saja dia bergegas ke arah Eunha apabila menyedari wanita itu melangkah ke mana pula.
Eunha yang tentunya terbantut langkahnya dek teguran suaminya itu langsung menoleh memandang lelaki itu.
"Eo? Eoh, saya…Tak, perempuan tu…" respon Eunha tidak teratur dengan polosnya sebelum memutuskan untuk menghentikan begitu saja responnya. Dia memandang sekilas ke arah pintu keluar itu kembali.
Jungkook mengangkat sebelah keningnya.
"Perempuan tu? Perempuan mana? Siapa?" soal Jungkook buntu dan penasaran. Matanya meliar ke sekeliling, cuba mencari 'perempuan' yang dimaksudkan isterinya itu.
"Eoh? Eo... Tak ada apalah. Lupakan" balas Eunha sebelum mengukir senyuman kecil.
"Hm?" respon Jungkook bingung.
"Nothing. Kajja" balas Eunha ringkas dan mengulum sepenggal senyuman lebar untuk meyakinkan suaminya itu. Dia langsung menarik lengan Jungkook ke arah deretan bangku itu kembali bagi mengambil bagasi dan beg galas mereka.
Jungkook hanya diam saja, tidak merancang untuk tetap menyoal tentang jawapan tergantung Eunha itu. Dia mengerling sekilas Eunha di sebelah. Wanita itu terlihat seperti sedang berfikir pula.
Eunha yang sedang menyimpan telefon pintarnya ke dalam beg sandangnya itu terhenti sebentar tika dia terfikirkan sesuatu.
"Somehow rasa macam pernah tengok lah perempuan tadi tu. Tapi dekat mana? " getus hati Eunha.
HUAAAA RASA MACAM HAMBAR II JE KANNN
AHSJDHDKSK
YE AKU TAHU KORANG DAH SUS DENGAN PEREMPUAN LANGGAR EUNHA TU AHAHAHAHA
YELA SUKA HATI LA KORANG NAK SUS DENGAN SI PEREMPUAN TU
AKU FAHAM, BANYAK BENDA KORANG NAK KENA PEKA BILA PASAL FF AKU NI OHOHOHO
K CAHCAH SANGAT
BTW KALAU ADA FEW CHAP YG AKU TAK BEBEL TU, TAK TAK ITU BUKAN AKU MOGOK KE APA, AKU CUMA MALAS NAK BEBEL NYAH
TAKDE POINT EKCELI EM
DAH , VOTE SILA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro